JADUAL TRANSLITERASI
1. Hipotesis Utama HO 1;
1.9 Definisi Istilah
Penggunaan istilah dalam kajian ini adalah dibataskan berdasarkan batasan kajian; Pembinaan dan Penilaian Modul Sintaksis Bahasa Arab Berlandaskan Pendekatan Kontrastif Bahasa Melayu Bahasa Arab. Berikut adalah istilah yang kerap digunakan dalam penulisan kajian ini.
i. Pendekatan Kontrasti
Pendekatan Kontrastif merupakan kajian perbandingan antara dua bahasa atau lebih dari segi fonologi, morfologi dan sintaksis dan budaya.
University
23 ii. Perbandingan Sintaksis
Merujuk kepada analisis perbandingan atau analisis kontrastif yang dilakukan terhadap topik sintaksis bahasa Melayu dan bahasa Arab yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4 dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Arab Tahun 4. Perbandingan ini bertujuan untuk memperlihatkan persamaan dan perbezaan di antara sistem kedua-dua bahasa tersebut. Hasil perbandingan ini akan dijadikan garis panduan oleh pengkaji dalam mereka bentuk isi pengajaran dan pembelajaran sintaksis asas bahasa Arab iaitu M-SABA.
iii. Sintaksis Asas
Sintaksis Asas ini adalah merujuk kepada topik-topik sintaksis yang telah dinyatakan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4 dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Arab Tahun 4.
iv. Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab (M-SABA)
Modul yang dihasilkan oleh pengkaji setelah pemerian topik-topik sintaksis asas bahasa Melayu dan bahasa Arab dilakukan. Ia merupakan satu preskripsi lengkap yang menjelaskan tentang apa yang perlu dilakukan oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (student algorithm), peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (teacher algorithm) serta tugasan
University
24 yang perlu dilaksanakan oleh pelajar (task algorithm) semasa menggunakan Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab (M-SABA). Modul ini digunakan oleh kumpulan rawatan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sintaksis asas bahasa Arab.
v. Bahasa ibunda
Bahasa pertama yang dikuasai oleh pelajar-pelajar Melayu iaitu bahasa Melayu.
vi. Bahasa kedua/ ketiga / asing
Merujuk kepada bahasa Arab yang sedang dipelajari oleh pelajar-pelajar di sekolah rendah.
vii. Kumpulan Kawalan
Merujuk kepada sekumpulan pelajar sekolah rendah yang mengikuti kajian ini. Mereka diajar oleh guru bahasa Arab menggunakan pendekatan konvensional, iaitu pendekatan sedia ada yang diamalkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran sintaksis asas bahasa Arab.
viii. Kumpulan Rawatan
Merujuk kepada kumpulan pelajar sekolah rendah yang mengikuti kajian ini. Kumpulan ini diajar oleh guru bahasa Arab menggunakan Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab yang dihasilkan daripada analisis perbandingan sintaksis bahasa Melayu dan bahasa Arab.
University
25 1.10 Rangka Kajian
Penulisan tesis ini terbahagi kepada enam bab utama. Setiap bab dimulai dengan pendahuluan dan diakhiri dengan rumusan.
Bab Satu adalah bab pengenalan yang merangkumi penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian dan hipotesis kajian. Kerangka teoritikal kajian dan konseptual kajian sebagai asas yang mendasari dalam kajian ini. Selain itu bab ini juga membicarakan tentang kepentingan kajian, batasan kajian, definisi kajian, rangka kajian dan rumusan.
Bab Dua berkaitan dengan kajian literatur yang merangkumi tajuk seperti pengajaran nahu, kaedah pengajaran nahu, dasar pengajaran nahu di Malaysia, pendekatan analisis kontrastif, latar belakang analisi kontrastif, kritikan dan implikasi analisis kontrastif dalam pedagogi. Sementara itu, Teknologi Instruksi, reka bentuk instruksi dalam pengajaran, Model Dick & Carey (2005), tinjauan kajian berkaitan kajian analisis kontrastif bahasa Melayu dan bahasa kedua serta kajian analisis kontrastif bahasa Melayu dan bahasa Arab, kajian berkaitan dan pembinaan modul pengajaran bahasa Arab di Malaysia juga di perincikan dalam kajian literatur ini.
Bab Tiga menerangkan tentang metodologi kajian. Reka bentuk kajian ini dibahagikan kepada reka bentuk kajian deskriptif dan rekabentuk kajian kuasi-eksperimen. Variabel dan sampel kajian, prosedur kajian di sekolah, instrumen
University
26 kajian serta kesahan kajian dikenalpasti dalam bab ini. Seterusnya kesahan instrumen kajian diuji. Kebolehpercayaan instrumen kajian dan kajian rintis modul pengajaran juga dibincangkan dalam bab ini.
Bab Empat membincangkan pembinaan modul sintaksis asas bahasa Arab ( M-SABA ). Reka bentuk pembinaan modul sintaksis asas bahasa Arab (M-M-SABA) menggunakan Pendekatan Kontrastif dan Reka bentuk Sistem Instruksi (ISD), model Dick & Carey. Sementara model Instruksi Dick & Carey mencadangkan satu proses yang lengkap dan bersistematik meliputi tahap pembinaan bahan, proses penilaian serta semakan bahan proses pengujian keberkesanan bahan yang dihasilkan.(Dick & Carey 2005).
Bab Lima adalah bab analisis data kajian iaitu data kualitatif dan kuantitatif bersumberkan daripada 3 peringkat kajian. Iaitu peringkat pertama data kajian kualitatif iaitu (a) mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan sintaksis asas bahasa Arab dan bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan kontrastif. Peringkat kedua data kuantitatif dari kajian deskriptif iaitu (b) mengenal pasti aras kesukaran responden terhadap elemen-elemen tatabahasa Arab yang terkandung di dalam DSKP Bahasa Arab Tahun 4 KSSR. Pengkaji menggunakan reka bentuk kaedah deskriptif melalui ujian kecekapan tatabahasa berasaskan kepada elemen tatabahasa yang terkandung di dalam DSKP Bahasa Arab Tahun 4 KSSR. Berdasarkan kepada dapatan peringkat pertama dan peringkat kedua, pengkaji dalam peringkat ketiga data kajian kuasi eksperimen iaitu (c) membina sebuah
University
27 Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab (M-SABA) yang berasaskan Model Rekabentuk Pengajaran Dick dan Carey (2005) dan seterusnya menilai keberkesanan modul tersebut dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen.
Bab Enam adalah kesimpulan dan cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji rentetan dari dapatan kajian Pembinaan dan Penilaian Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab (M-SABA). Bab ini di akhiri dengan implikasi kajian terhadap pedagogi pengajaran bahasa Arab, penggubalan kurikulum dan penulisan buku teks serta implikasi terhadap pensyarah bahasa Arab di IPGM dan IPTA. Akhir sekali pengkaji mengemukakan beberapa cadangan kajian lanjutan.
1.11 Rumusan
Bab satu ini menghuraikan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, tujuan kajian juga dikemukakan bagi dijadikan panduan dan landasan dalam pembentukan soalan kajian, hipotesis kajian dan kerangka teoritikal dan konseptual kajian, kepentingan kajian dan definisi istilah. Seterusnya bab ini membincangkan kepentingan dan batasan kajian serta menjelaskan beberapa istilah penting yang digunakan dalam penulisan tesis.