• Tidak ada hasil yang ditemukan

JADUAL TRANSLITERASI

1. Hipotesis Utama HO 1;

1.6 Kerangka Teoritikal Dan Konseptual Kajian

3. Hipotesis HO 3;

Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara skor pelajar kumpulan rawatan dan skor pelajar kumpulan kawalan dalam membina ayat bahasa Arab berasaskan pola ayat FN + FA.

4. Hipotesis HO 4;

Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara skor pelajar kumpulan rawatan dan skor pelajar kumpulan kawalan dalam membina ayat bahasa Arab berasaskan pola ayat FN + FK.

5. Hipotesis HO 5;

Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara skor pelajar kumpulan rawatan dan skor pelajar kumpulan kawalan dalam membina ayat bahasa Arab berasaskan pola ayat FN + FS.

6. Hipotesis HO 6;

Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara skor pelajar kumpulan rawatan dan skor pelajar kumpulan kawalan dalam membina ayat bahasa Arab berasaskan pola ayat FN + FK + FS.

1.6 Kerangka Teoritikal Dan Konseptual Kajian

Pendekatan yang sering digunakan dalam membandingkan struktur linguistik dua bahasa atau lebih secara sistematik adalah pendekatan kontrastif. Menurut Lado (1957) pelajar bahasa kedua atau bahasa asing akan mudah menerima unsur-unsur bahasa asing yang sama atau hampir sama dengan bahasa ibunda mereka.

University

14 Manakala perbezaan yang wujud di dalam unsur-unsur bahasa asing akan menyulitkan proses pembelajaran mereka.

Justeru itu, dalam kajian ini, pendekatan kontrastif akan digunakan sebagai metodologi dalam membandingkan sintaksis asas bahasa Melayu dan sintaksis asas bahasa Arab, iaitu untuk melihat persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua sistem. Topik-topik sintaksis asas yang diramalkan menjadi gangguan kepada proses pembelajaran bahasa Arab dimasukkan di dalam Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab yang dibina menggunakan reka bentuk pengajaran Dick & Carey (2005).

Berikut adalah rajah pembinaan reka bentuk pengajaran berdasarkan model Dick & Carey. Perbincangan mengenai Model Dick & Carey (2005) akan dibincangkan lebih mendalam di dalam Bab 2.

University

15 Rajah 1.1 Model Dick & Carey (2005)

Gabungan analisis kontrastif dan model reka bentuk pengajaran Dick & Carey (2005) membentuk satu kerangka konseptual kajian ini. Kerangka konsep kajian ini dapat diperjelaskan lagi dalam Rajah 1.2 yang berikut :

Melakukan Analisis Pengajaran Menetapkan matlamat pengajaran Mengenal pasti Kelakuan Masuk Menulis Objektif Tingkah laku Membina Item Rujukan Kriteria Membina Strategi Pengajaran Semak Instruksi Penilaian Sumatif Membina dan Memilih Bahan Pengajaran Membina & Kendali Penilaian Formatif

University

of Malaya

16 Rajah 1.2 Kerangka Konseptual Kajian Pengajaran

Sintaksis Asas Bahasa Arab Matlamat Pengajaran Membina ayat BA yang gramatis Mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan

perbezaan Sintaksis Asas BA BM ti

Menentukan Objektif Pembelajaran Bahasa Arab

Membina item soalan ujian pra dan Pasca

Membina Bahan Pengajaran Membina Strategi Pengajaran

Penilaian Modul M-SABA

Formatif Sumatif Rawatan Kawalan Peringkat I Peringkat II Peringkat III Analisis Pengajaran Kelakuan Masuk Pelajar Modul M-SABA Mengenal pasti aras kesukaran pelajar

dalam membina sintaksis asas BA

Analisis Konstrastif Ujian Kecekapan Tatabahasa Arab

University

of Malaya

17 1.7 Kepentingan Kajian

Pengajaran sintaksis asas bahasa Arab berlandaskan pendekatan kontrastif menggunakan modul yang diadaptasikan daripada model Reka bentuk Pengajaran Dick dan Carey (2005) mempunyai beberapa kepentingan. Antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

i. Dapatan analisis kontrastif antara sintaksis asas bahasa Melayu dengan bahasa Arab membolehkan guru untuk memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar dengan memokuskan aspek persamaan dan perbezaan antara dua sistem bahasa tersebut.

ii. Pendekatan pengajaran sintaksis asas bahasa Arab berlandaskan pendekatan kontrastif memudahkan pelajar mempelajari bahasa Arab. Melalui modul, ini pelajar dapat belajar secara bersendirian ataupun berkumpulan kerana modul ini telah memberi panduan dalam membina ayat gramatis dengan melihat persamaan dan perbezaan struktur ayat bahasa Melayu (BM) dan bahasa Arab (BA). Lado (1957) menegaskan bahawa dengan membandingkan secara sistematik bahasa yang hendak dipelajari (BA) dengan bahasa natif (BM), guru akan dapat meramal dan menghuraikan pola-pola yang menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran, dan dengan yang demikian ini akan memudahkan proses pembelajaran pelajar. Justeru , modul ini menyediakan kosa kata dan pola ayat

University

18 yang secukupnya berpandukan pendekatan kontrastif antara bahasa Melayu dan bahasa Arab.

iii. Pembinaan Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab (M-SABA) berlandaskan pendekatan kontrastif membantu pelajar mengatasi masalah kesilapan penggunaan kosa kata dan sintaksis dalam membina ayat bahasa Arab yang gramatis. Pendekatan analisis kontrastif menganggap bahawa para pelajar bahasa kedua atau bahasa asing akan dapat mempelajari dengan mudah unsur bahasa asing yang sama atau hampir sama dengan bahasa pertama atau bahasa ibunda pelajar. Kepentingan pendekatan pengajaran menggunakan modul ini juga membantu pelajar dari aspek tatabahasa di mana modul ini menerangkan aturan tatabahasa ringkas dan mudah diikuti oleh para pelajar. Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar memperbetulkan kesilapan tatabahasa dalam aspek kosa kata dan sintaksis bahasa Arab.

iv. Penghasilan Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab (M-SABA) berlandaskan pendekatan kontrastif dapat membantu guru Bahasa Arab menggunakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan berfokus. Dalam kajian ini guru sebagai pembimbing dan pemudah cara. Sebagai pembimbing, guru berusaha memberikan aspirasi, motivasi dan membimbing pelajar ke arah kejayaan. Sebagai pemudah cara pula, guru Bahasa Arab dapat mencorakkan suasana belajar yang berkesan dalam bilik

University

19 darjah dengan menggunakan strategi berasaskan modul M-SABA. Dapatan perbandingan ini memberi maklumat penting kepada guru bahasa dan penulis-penulis buku teks, membantu guru-guru bahasa Arab untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran, membuat perancangan kursus dan teknik pengajaran di dalam bilik darjah.

v. Penggunaan Modul Sintaksis Asas Bahasa Arab berlandaskan pendekatan kontrastif ini juga membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran tatabahasa Arab. Selain itu ianya juga boleh digunakan sebagai bahan tambahan dalam pengajaran sintaksis asas bahasa Arab di sekolah.

vi. Para guru juga dapat menggunakan dapatan kajian ini untuk menghasil dan menilai modul pengajaran mereka sendiri. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh guru-guru yang mungkin tidak pernah terdedah kepada kajian perbandingan antara dua bahasa dan juga tidak pernah terdedah dengan model pengembangan pengajaran.

vii. Modul sebegini akan membolehkan aktiviti pemulihan, pengayaan dan pengukuhan dilakukan semasa sesi persekolahan tanpa membebankan guru-guru bahasa Arab.

viii. Melalui hasil dapatan kajian ini juga, pengkaji berharap pihak pusat perkembangan kurikulum dan bahagian buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengaplikasi pendekatan

University

20 alternatif ini dalam penggubalan kurikulum bahasa Arab dan penerbitan buku teks agar persembahan bahan pengajaran sintaksis asas bahasa Arab menjadi lebih menarik. Di samping penggunaan pola ayat yang ringkas dan mudah difahami pelajar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pengalaman mereka.

ix. Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga akan dapat manfaat dari kajian ini, di mana pihak Bahagian Pendidikan Guru boleh menambah kursus analisis perbandingan dan analisis kesilapan dalam sukatan kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah pengkhususan bahasa Arab (DPLI) samada untuk calon guru bahasa Arab sekolah menengah dan sekolah rendah (KDPM) dan juga untuk pelajar program ijazah sarjana muda bahasa Arab (PISMP) yang sedang mengikuti kursus bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

x. Hasil dapatan kajian ini juga diharap dapat dimanfaatkan oleh para pensyarah di institusi-institusi perguruan samada di IPTA dan IPGM dalam mendedahkan kepada bakal guru-guru bahasa Arab tentang pendekatan alternatif yang efektif dalam pengajaran sintaksis asas bahasa Arab berlandaskan pendekatan kontrastif. xi. Dapatan kajian ini juga bermanfaat untuk membantu Bahagian

Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia (BBT) untuk menyediakan buku teks bahasa Arab yang mudah dan efisien untuk

University

21 kegunaan pelajar-pelajar bahasa Arab sama ada di sekolah rendah atau menengah.