TAFSIRAN SURAH IBRAHIM
Ayat 45 di atas, lebih memberi erti seperti ini:
“Kamu semua telah melihat dan telah menerima semua apa yang telah kami perlakukan ke atas umat-‐umat yang pernah menentang daripada mereka-‐mereka yang menolak agama Allah sebelum kamu?
Dengan adanya azab yang sedang kamu rasakan sekarang ini ianya menggambarkan bahawa kamu semua tidak pernah mengambil iktibar atas apa-‐apa yang pernah berlaku itu sedikit pun dan ianya tidak langsung memberi bekas atau kejutan pada kamu? Inilah akibat dari kelalaian kamu sendiri yang menolak Rasul Kami dan tidak memperlajari daripada persekitaran yang pernah kami tunjukkan itu.”
Allah menempelak mereka dengan kenyataan berikut:
Mafhum nya:
Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka dengan menentang Islam, sedang disisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka itu sekalipun rancangan jahat mereka itu dapat menjatuh dan melenyapkan gunung ganang sekalipun.
Tafsiran ayat 46:
Pengertian ayat ini boleh di jelaskan dengan bahasa berikut:
“Sesungguhnya Allah sangat meneliti orang atau kaum yang menentang Allah dan Rasul Nya serta mengawasi mereka atas segala
tipu helah mereka, walaupun kesan tipu helah mereka itu kuat pengaruhnya sehingga dapat meruntuhkan bukit atau lebih keras dari itu. Segala tipu daya mereka bukanlah boleh ditutup dari kekuasaan Allah, atau tersembunyi dari penelitian Allah ianya akan wujud dan muncul nyata dihadapan Allah yang boleh berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki diatas mereka, lebih-‐lebih lagi di hari Akhirat kelak.”
(Syed Qutub)
Mafhum nya:
Oleh itu janganlah kamu berpendapat yang Allah memungkiri janji-‐
janji Nya kepada rasul-‐rasul Nya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Sedia Membalas (kepada yang derhaka ingkar itu)
Tafsiran ayat 47:
Segala tipu helah mereka itu tidak memberi apa-‐apa kesan yang berkekalan dan tidak akan meruntuh jatuh semua janji-‐janji Allah kepada Rasul Nya supaya Rasul-‐rasul Nya mencapai kemenangan dan semua tipu helah mereka itu akan kecundang di bawah kuasa Allah.
Orang yang zalim itu tidak selamanya terlepas, dan tipu helah mereka tidak selamanya berjaya, Allah Maha Membalas dendam yang sesuai dengan kezaliman dan tipu helah mereka.
Firman Allah:
Mafhum nya:
Ingatlah! Di hari dimana bumi ini digantikan dengan yang lain, demikian juga langit (di Hari Akhirat), dimana manusia semuanya akan keluar berhimpun menghadap Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa itu.
Tafsiran ayat 48:
Pada Hari Akhirat nanti, akan terjadi di mana semua lapisan bumi ini telah diganti baharu sehingga bumi yang kita tinggal sekarang ini menjadi bukan bumi dan langit ini lagi dengan kuasa dan Iradah Allah.
Sekaligus, ini memberi erti bahawa mereka yang kufur zalim yang menukarkan nikmat Allah dengan kekufuran didunia dulu, yang menjadikan tipu helah mereka itu tidak ke mana dihadapan Allah.
Sebenarnya mereka tertipu dengan tipu helah mereka sendiri.
Perkataan (dan semua akan keluar
berhimpun menghadap Allah Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa) ditafsirkan sebagai
“mereka semuanya akan dalam keadaan ‘telanjang bulat’ dan tidak tersembunyi apa pun dari kesan kezaliman mereka dulu itu dari Allah.
Mereka semuanya dihadapan Allah yang Maha Esa yang Ganas Perkasa yang merentasi semua fitnah dan tipu helah mereka.
Mereka semuanya dihadapan Allah dengan keadaan bertelanjang bogel menggambarkan penyaksian pada Hari Allah itu dengan azab yang sangat mengerikan dan perit sekali. Tambahan kengerian yang ada digabungkan dengan gambaran dalam ayat berikut:
Mafhum nya:
Akan terlihat oleh mata kita yang orang-‐orang zalim berdosa ini akan diberkas dengan belenggu (49)
Pakain yang dipakai mereka itu diperbuat dari minyak ‘tar’, dan muka serta seluruh badan mereka diliputi oleh api(50)
Tafsiran ayat-‐ayat 49-‐50:
Di Hari Akhirat itu, akan kelihatan orang-‐orang yang zalim ini di berkas dan dipasong bersesama mereka-‐mereka yang sealiran, yang sama-‐sama mendukung akidah jahat dan rosak di dunia dulu.
Pembawa akidah zalim, akidah yang rosak dan merosakkan ini mungkin dibelenggu bersesama dengan syaitan-‐syaitan yang pernah menggoda mereka dulu dalam membuat tipu helah atau mereka yang zalim ini semua dibelenggu secara berasingan dengan diberkaskan dengan tangan mereka secara selari dan kemudiannya disentak keleher mereka. Semuanya ini memberi gambaran satu penyaksian yang sangat menyakitkan.
Bagaimana pula halnya dengan pakaian yang dipakai oleh mereka yang zalim ini?
Dikatakan kebanyakan yang zalim berkeadaan bertelanjang, tetapi khusus bagi mereka yang menukarkan nikmat Allah pada kekufuran, maka mereka diberi pakaian yang diperbuat dari bahan minyak ‘tar’.
Apabila pakaian ini disambar api neraka maka pakaian yang melekat pada kulit kita itu akan membakar kulit-‐kulit yang dibalut oleh pakaian itu. Ia akan membakar seluruh kulit dengan azab yang sangat pedih. Kepanasan dari bakaran itu akan membakar ke dalam rongga mereka.
Jelas sekali dari ayat itu, bakaran baju yang membakar kulit dan rongga dalam jasad mereka itu seterus akan membakar muka mereka sekaligus. Muka itulah yang mendorongkan orang lain kepada jalan yang sesat dan menyesatkan.
Mengapakah Allah menceritakan semuanya ini pada kita?
Jawapannya dalam ayat berikut:
Mafhum nya:
Sebagai balasan dari Allah ke atas tiap-‐tiap usaha amalan seseorang itu dan Allah itu amat cepat hitungan hisab Nya.
Tafsiran ayat 51:
Seksaan dan azab yang ditonjol di atas itu diadakan dan pasti diadakan sebagai balasan seimbang terhadap diri yang zalim yang menyeleweng dari al Haq; yang menjana semua jenis kekufuran dan maksiat di dunia dulu, sebagai pembalasan yang sepatutnya atas amalan yang mereka lakukan.
Sesungguhnya, dalam melaksanakan hisab ini, tak timbul kelewatan dalam melaksanakannya, kerana kepantasan Allah menghisabkan sesuatu adalah terlalu cepat dan tepat. Segala-‐galanya akan terlaksana dengan mudah disepanjang menjalankan hisab itu.
Semua balasan itu adalah setimpal dan Allah tidak zalim kepada makhluk Nya.
Diakhir ayat ini, Allah memberi AMARAN yang keras kepada mereka yang mahu meneruskan tipu helah mereka menukarkan nikmat-‐
nikmat Allah dengan kekufuran dan PESANAN supaya mereka berbalik pada Allah yang maha Esa, dan semuanya ini menjadi bahan renungan kepada orang-‐orang yang berakal; Firman Allah:
Mafhum nya:
(al Quraan ini) di sampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingatan dan diberi nasihat dengannya, agar mereka mengetahui dengan hujah-‐hujah yang ada dalamnya, bahawa sesungguhnya, Allah
itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, dan supaya ianya menjadi bahan befikir, bahan ingatan dan untuk keinsafan.
Tafsiran ayat 52:
Ayat terakhir ini seperti memberi kesimpulan keatas keseluruhan surah ini dengan memperkasakan al Quraan, supaya semua berbalik kepada al Quraan kerana al Quraan itu yang penuh dengan nasihat-‐
nasihat berguna dan menunjukan matlamat hidup ini; jika ianya di sampaikan kepada manusia semua sudah mencukupi untuk mereka beringat dan berpandu dengannya. Pada masa yang sama, al Quraan juga dapat memberi AMARAN berguna kepada manusia sebelum mereka meninggal untuk mereka mengambil faedah darinya.
Al Quraan juga melalui pengamatan keatas ayat-‐ayatnya akan membawa mansuia itu kepada mengenali Allah yang Maha Esa, yang tidak disekutukan dengan apa juga makhluk Nya supaya kita hanya menyembah Allah.
Kita wajib menjauhkan diri dari menyembah selain dari Allah, tidak tunduk kepada pqnggilan hawa nafsu, tidak menjadi pengikut Syaitan dan apa-‐apa juga amalan yang menyebabkan kita kufur pada Allah.
Orang yang waras dan berakal yang mengambil al Quraan sebagai pegangannya, akan beroleh munafaat yang banyak, iaitu menjadikan sifat-‐sifat orang yang kufur pada Allah sebagai sifat-‐sifat yang mesti dijauhi dan memperbetulkan muamalatnya dengan manusia lain serta membetulkan akidahnya. Orang-‐orang dari kalangan ‘Ulul Albab’ ini ialah orang yang berakal dan diakui oleh Allah sebagai orang-‐orang yang diharap untuk Islam. مﻡﻠﻋأﺃ ﷲوﻭ