TAFSIRAN SURAH IBRAHIM
DOA AGONG NABI IBRAHIM AS
Bersesuaian dengan surah ini yang dikenali sebagai Surah Ibrahim as, ayat-‐ayat berikut mempersembahkan doa-‐doa Nabi Besar Ibrahim Alaihissalam bagi menjelaskan penerusan kenabian dan kerasulan dari Nabi Ibrahim as sehingga Nabi Muhammad saw sebagai pembawa satu agama yang sama iaitu agama Islam, yang menganjur kan kita kepada penyembahan Allah dan beriman dengan Nya.
Nabi Ibrahim selaku penghulu semua nabi-‐nabi telah dibawa dalam surah dengan doanya yang dianggap agong dan memperlihatkan betapa seorang hamba yang banyak bersyukur itu mendapat tempat di sisi Allah swt.
Nabi Ibrahim as ialah seorang nabi dan rasul yang sempurna ingatan nya, sangat kuat bersyukur, dan bila beliau melihat setiap sesuatu kejadian itu ia sangat insaf dan terus bersyukur, penuh meneliti dan berserah sepenuhnya kepada Allah, yang Mengurniakan semua nikmat-‐nikmat ini. Beliau adalah contoh manusia yang mengambil perhatian sewajarnya atas semua kejadian Allah seperti yang di jelaskan dalam ayat-‐ayat sebelum ini.
Beliau telah berdoa dengan doa yang sangat masyhur yang melambangkan keagongannya sebagai penghulu kepada semua nabi-‐
nabi. Kata Allah memperkenalkan Nabi Ibrahim dengan doanya seperti ayat berikut:
Mafhum nya:
Dan kenangkanlah peristiwa di mana Ibrahim pernah berdoa dengan katanya: “Wahai Rabb, Tuhan ku, jadikanlah negeri Mekah ini dengan penuh aman dan jauhkanlah aku dan anak-‐anak aku dari syirik perbuatan menyembah berhala” (35)
“Wahai Rabb, Tuhan ku, sesungguhnya berhala-‐berhala itu telah menyebabkan kesesatan yang banyak diantara umat manusia. Oleh itu sesiapa yang menurut ajaranku (menjadi pegangan dalam islam) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (menyalahi agama ku) maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.(36)
Tafsiran ayat-‐ayat 36:
Perkataan ‘kenangkanlah peristiwa Nabi Ibrahim pernah mendoakan’
membawa makna bahawa: Nabi Ibrahim sewaktu berdoa dengan doa nya yang masyhur itu sedang berada di kawasan berhampiran Baitullah selepas beliau membangunkan semula Baitullah itu.
Sewaktu itu tidak ada sebuah patung pun yang didirikan disamping
Baitullah, sedangkan di zaman ayat ini diturunkan dan diminta
‘dikenangkan’ itu, terdapat patung-‐patung sembahan yang berbagai rupa dan bentuk dalam dan diluar Baitullah. Ini memberi keinsafan kepada musyrikin Mekah betapa mereka telah menyeleweng jauh dari hakikat sebenar akidah yang dibawa oleh Ibrahim as dengan perbuatan mereka menyembah berhala itu supaya balik semua kepada ajaran Nabi Ibrahim, iaitu menyembah hanya Allah.
Saranan doa Nabi Ibrahim yang pertama ialah
(Wahai Allah, Rabb, jadikanlah Negeri Mekah ini penuh keamanan….);
Iaitu Nabi Ibrahim as menekankan nikmat keamanan, kerana keamanan adalah pokok kepada semua nikmat yang ada. Keamanan yang melibatkan diri beliau dan keluaraga, serta seluruh penduduk Mekah. Bagi penduduk Mekah yang menentang agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim bererti mereka telah menempatkan diri mereka pada yang tidak aman dan tidak selamat. Mereka, khususnya kaum Quraisy di zaman Rasulullah itu adalah kufur akan nikmat Allah itu.
Saranan Kedua Doa Nabi Ibrahim ini ialah:
(dan jauhkan aku dan anak-‐anakku (zuriatku) dari menjadi syirik pada Allah melalui perbuatan menyembah berhala-‐berhala….)
Saranan kedua ini memberi tamparan hebat kepada penduduk Mekah pada masa itu, yang rata-‐rata syirik pada Allah melalui penyembahan patung-‐patung di sekeliling Baitullah, khususnya. Ertinya meninggal dan menjauhkan diri dari penyembahan patung itu adalah satu nikmat besar dari Allah kerana yang berbuat demikian itu akan terkeluar dari kegelapan kekufuran syirik dan menerima Nur Iman dari Allah.
Lantas dalam Doa Nabi Ibrahim, beliau memberi sebab mengapa penyembahan patung itu sesat kerana amalan menyembah patung-‐
patung ini telah menyesat dan boleh menyesatkan banyak manusia, kerana peranan Syaitan didalam menentang akidah Allah yang
sebenarnya.
(Wahai Allah, Rabb, Sesungguhnya patung-‐patung berhala itu telah banyak menyebabkan kesesatan diantara umat manuia….)
Seolah-‐olah Nabi Ibrahim memberi mesej agar semua manusia dapat menerima dan mengikut ajaran yang dibawanya yang direstui oleh Allah. Nabi Ibrahim bertegas jika mereka mengikut ajaran beliau
maka mereka adalah dari golongan Nabi Ibrahim (iaitu yang beragama Islam, sebagaimana yang dianjur oleh Nabi Muhammad saw). Sebalik nya jika mereka menentang akan saranan ini, maka aku serahkan mereka pada Allah, semoga Allah mengampunkan mereka dan membawa balik mereka ke pangkal jalan; Inilah pengertian dari sebahagaian doanya;
( maka sesiapa yang mengikut semua sarananku itu maka sesungguh nya dia adalah dari golonganku (beragama Islam), dan sesiapa yang menentang semua sarananku itu, maka aku serahkan mereka pada Mu ya Allah; Engkau Maha Pengampun dan Penanugerah Rahmat keatas mereka).
Dalam doa agong ini, selepas ayat ini, Nabi Ibrahim memaparkan sejarah beliau dengan anak beliau Nabi Ismail as yang telah berjaya mendirikan semula Baitullah yang bakal digunakan oleh Muslimin untuk tawaf dan beribadat di Mesjidil Haram;
Firman Allah:
Mafhum nya:
“Ya Rabb, Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah Lembah (Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, disisi rumah Mu (Baitullah) yang di haramkan mencerobohinya. Wahai Rabb, Tuhan kami, (mereka yang ditempatkan disitu) didoakan supaya mereka rajin mendirikan solat (serta memakmurkannya dengan ibadat). Maka jadikanlah hati
sebahagian dari manusia (di dunia ini) tertarik gemar kepada mereka (agar datang beramai-‐ramai kesitu). Kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai buah-‐buahan dari hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.”
Tafsiran ayat 37:
Dari segi maknanya ayat ini menjelaskan yang Nabi Ibrahim telah mengikut arahan Allah untuk menempatkan zuraitnya, (bermula dengan isterinya Hajar, dan anaknya Ismail as)di kawasan berhampiran Baitullah. Kawasan Baitullah diwaktu itu digambarkan sebagai tidak ada sesuatu pun, tiada tanaman untuk dimakan, kecuali tanah yang tandus, tetapi ianya di sebelah Baitullah. Inilah sejarah nya bermula pembinaan semula Baitullah dan berlaku kependudukan oleh manusia setelah bertemu dengan telaga air zam-‐zam.
Dari segi penilaian ayat ini, bagi mereka yang kufur pada Allah dari kalangan masyarakat Quraisy Mekah, haruslah menilai kembali sejarah bagaimana Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail as telah mendirikan Baitullah dengan satu matlamat khusus untuk penyembahan Allah, beriman dengan Nya. Demi melaksanakan matlamat itu, maka Nabi Ibrahim berdoa agar zuriatnya itu patuh mendirikan solat, dan mendapat rezeki yang terbaik dari buah-‐
buahan, menjadikan ianya sebagai tarikan untuk manusia terus datang beribadat di Mesjidil Haram ini:
(Wahai Rabb, Tuhan ku! jadikan zuriat ku ini rajin menunaikan solat;
dan jadikanlah hati-‐hati manusia di seluruh dunia tertarik dan gemar pada mereka (untuk datang beribadat ke Mesjidil Haram); dan kurniakankanlah pada mereka rezeki yang melimpah dari buah-‐
buahan semoga mereka bersyukur pada Mu.)
Inilah doa untuk zuriat Nabi Ibrahim pada masa itu dan masa akan datang, Dengan berkat solat dan doa agong itu, diharapkan hati-‐hati manusia akan tertarik dan gemar kepada mereka dan akan datang ke Mesjidil Haram, dimana terdapat dalamnya Baitullah untuk melakukan ibadat.
Apabila Mekah sudah menjadi negeri kerana air zam-‐zamnya, maka pendatang-‐pendatang Arab pun membanjiri Kota Mekah untuk beribadat disamping berniaga. Mekah sudah menjadi pusat peniagaan dan dari situlah terjadinya tambahan rezeki dari perniagaan itu sendiri dan dari barang-‐barang dan buah-‐buahan yang dibawa menjadikan Mekah syurga kepada semua.
Mekah sekarang telah menjadi pusat ibadat dan pusat perniagaan, berkat dari doa agong Nabi Ibrahim as. Sayangnya sewaktu ayat ini diturunkan, kebanyakan orang-‐orang Quraisy yang merupakan penghuni terbesar di Mekah pada masa itu adalah dari orang yang syirik pada Allah, menyembah patung berhala dan sudah pasti mereka buta dari apa yang diharapkan oleh Ibrahim as sebagai orang yang bersyukur.
Doa yang melibatkan Nabi Ibrahim as itu bukan untuk bermegah-‐
megah tetapi ianya IKHLAS pada Allah. Ianya mendukung prinsip
Tauhid pada Allah yang maha Melihat yang ghaib dan yang Nyata.
Sambung doa itu lagi:
Mafhum nya:
“Ya Rabb, Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati-‐hati kami dan apa-‐apa yang kami zahirkan nya dan tiada sesuatu pun, baik di langit maupun di bumi yang tersembunyi dari Mu.”
Tafsiran ayat 38:
Wahai Tuhan ku, Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan yang ternyata zahir, dalam hati-‐hati kami; tiada ada apa-‐apa yang boleh tersembunyi dari pandangan Allah. Dalam hal ini, Allah maha Mengetahui hikmat-‐hikmah dari doa ini untuk kepentingan manusia semuanya, termasuk dari umat Muhammad sendiri.
Kemudian Nabi Ibrahim as, memanjatkan doanya itu dengan bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepadanya zuriat untuk penerusannya sehingga kepada Rasulullah saw. Inilah nikmat yang terlalu agong untuk beliau ingatkan semua;
Katanya dengan penuh kesyukuran pada Allah:
Mafhum nya;
“Syukur kami dan segala puji-‐pujian tertentu hanya kepada Allah, yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua ini akan Ismail dan Ishak. Sesungguhnya, Ya Rabb, Tuhan ku, Maha Mendengar dan Maha Penerima doa.”
Tafsiran ayat 39:
Syukur Ibrahim itu adalah terlalu ikhlas kerana pada umur setua itu pun Allah masih mengurniakan kepadanya anak pertama, iaitu Nabi Ismail as dari ibunya Siti Hajar, Hajar dan Ismail telah dibawa ke Mekah dan ditinggalkan zuriat itu disitu atas arahan Allah, yang Maha Mengetahui hikmah dari arahan itu. Kemudian Allah menganugerahkan Nabi Ishak as dari Ibunya Sarah dan menjadikan beliau sebagai nabi terawal kepada kaum Yahudi. Doa Nabi Ibrahim yang mahukan zuriat itu telah direstui dan dijawab oleh Allah, dan ini lah kesyukuran yang benar-‐benar ikhlas.
Dengan penerimaan doa ini oleh Allah, dan Nabi Ibrahim telah mempunyai zuriat maka sebagai bapa beliau meneruskan doanya untuk menjaga zuriatnya dari kufur dan beliau memohon supaya Allah membantu beliau dan anak zuriat beliau supaya terus rajin melakukan solat.
Firman Allah:
Mafhumnya “Ya Rabb, Tuhan kami; jadikanlah aku dari orang yang rajin mendirikan solat, dan demikian jugalah diikuti oleh semua zuriat ku. Ya Rabb, Wahai Tuhan ku, perkenankanlah doa ku ini”
Tafsiran ayat 40:
Dalam kata lain, Nabi Ibrahim berdoa; “Ya Allah, biarkanlah zuriatku mengikuti jejak langkah aku untuk mereka terus rajin dalam melaku kan solat kerana solat itu adalah tiang agama”.
Nabi Ibrahim sangat-‐sangat mengharapkan Allah menerima doa-‐doa nya itu. Dengan penerimaan doa itu maka tersebarlah kalimat Tauhid dan tersebarlah iman dengan meluasnya kedalam hati-‐hati yang beriman pada Allah.
Ini berlawanan sekali dengan kafir Quraisy di Mekah, yang menjadi penghuni negeri Mekah itu yang menentang Rasulullah. Rahsia sejarah, dan doa yang sangat-‐sangat diharap terkabul akan membuka mata kafir Quraisy untuk berfikir kembali tentang Ibrahim, tentang doa-‐doa beliau, dan dakwahnya kepada iman dan Islam. Inilah dia bantuan penting pada Rasulullah dalam dakwahnya di Mekah diawal pergerakan Islam.
Akhirnya Nabi Ibrahim terus berdoa dengan hati yang khusuk memohon agar Allah mengampunkan dosa-‐dosanya, dosa-‐dosa kedua ibu bapanya, dan semua mukminin dan mukminat di hari Akhirat nanti; iaitu pada hari berlakunya operasi HISAB semua amalan baik dan jahat manusia .
Firman Allah:
Mafhum nya:
“Ya Rabb, Tuhan kami, ampunkanlah dosa-‐dosaku ini, dan dosa-‐dosa kedua-‐dua ibu-‐bapaku, serta semua dosa-‐dosa orang-‐orang yang beriman, khususnya pada hari berlakunya hisab hitungan amal dan pembalasan (di akhirat nanti)”
Tafsiran ayat 41:
Doa nabi Ibrahim untuk Allah ampunkan dua Ibu-‐bapanya tidak diterima Allah dan Nabi Ibrahim telah menarik balik doa tersebut untuk ibu dan bapanya kerana ibu dan bapanya tetap kufur pada Allah.
Kita tidak mendoakan seorang yang kafir walaupun ianya ibu dan bapa kita dan doa itu tidak akan diterima.
Catitan doa di atas, dalam al Quraan bukan untuk nabi Ibrahim tetapi untuk diamalkan oleh semua orang yang beriman dengan mengambil contoh doa agong dari Nabi Ibrahim itu.
Keseluruhan doa Nabi Ibrahin yang dicatitkan melalui ayat-‐ayat 35 hingga ayat 41 adalah satu doa yang agong, boleh memberi kesedaran kepada penduduk Mekah akan sejarah dan perjalanan Nabi Ibrahim sehingga Mekah menjadi tumpuan orang seluruh dunia untuk beribadat dan mengerjakan ibadat Hajj.
Doa ini masih kekal keagongannya kedalam hati nurani manusia muslim untuk menerapkan konsep tauhid pada Allah dan menjadikan Maqam Ibrahim sebagai sebagai tempat musalla.
MASA HADAPAN MEREKA YANG MENGGANTIKAN NIKMAT-‐NIKMAT ALLAH DENGN KEKUFURAN (AYAT-‐AYAT 28-‐30)
Orang-‐orang yang menggantikan nikmat-‐nikmat Allah dengan kekufuran dan menganjurkan supaya kaum mereka menjadi sesat dan masuk ke dalam neraka Jahannam, mereka-‐mereka ini telah di tangguhkan hukuman atas mereka sehingga semua amaran-‐amaran al Quraan sudah mereka hayati. Ini ternyata benar apabila Allah berkata, mafhumnya;
“berbahagialah mengecap nikmat yang ada itu, maka sesungguhnya tempat berpulang kamu nanti adalah kedalam neraka!”.
Dalam ayat berikut, Allah membawa minda kita kepada apa yang telah Allah sediakan kepada orang-‐orang yang kufur ini dan menjelaskan bila masanya kepulangan mereka itu akan berlaku dan pastinya ialah pada hari Akhirat, hari yang akan meronton dan menguris hati nurani mereka:
Mafhum nya:
Dan jangan sekali-‐kali Engkau (wahai Muhammad) menyangka yang Allah itu lalai terhadap apa-‐apa yang telah dilakukan oleh orang-‐orang yang zalim. Sesungguhnya, Allah hanya melambatkan dan menangguh kan balasan keatas mereka hingga kes atu masa yang pada masa itu akan terbeliak kaku pemandangan mereka (akibat gerun melihat keadaan azab yang menanti).
Tafsiran ayat 42:
Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas dengan berkata:
‘Wahai Muhammad, jangan mereka menganggap yang Allah itu lalai dan telah lupa diatas perlakuan-‐perlakuan lalu mereka yang zalim itu.
Allah tidak membalas serentak atas semua amalan jahat mereka itu;
akan tetapi Allah tetap berkuasa atas semua amal-‐amal mereka itu, sekadar Allah melambatkannya sehingga mereka semua ditemukan dengan hari Akhirat; iaitu hari yang penuh dengan kesusahan.
Iaitu bermula dari mereka dibangkitkan semula dari kubur masing-‐
masing, mereka akan berpusu-‐pusu bergerak ke Padang Mahsyar dengan keadaan tergesa-‐gesa dan berlari-‐lari. Muka-‐muka mereka didapati mendongak keatas dan mata-‐mata mereka terus terpaku
melihat semua ehwal yang berada disekeliling mereka. Fikiran mereka mula terganggu di masa itu hati-‐hati mereka kosong dan tertekan kerana mula merasai malu atas perbuatan yang pernah mereka lakukan dan diikuti rasa penuh ketakutan”. (Ibnu Kathir ms 543, Juz 4) Syed Qutub menyatakan: bahawa Allah memberi ingatan kepada Rasulullah saw, bahawa Allah tidak lalai atas apa yang pernah orang-‐
orang zalim lakukan. Mereka telah melakukan kezaliman tetapi tidak diikuti degan balasan yang segera, mereka masih bersukaria disamping mereka masih mendengar tentang amaran-‐amaran Allah, lantas itu mereka yakin sebenarnya tidak ada dan tidak nampak pun sebarang pembalasan dalam seluruh hidup mereka. Inilah dia cara Allah membiarkan mereka terus menikmati hidup ini dan mereka hanya akan ditemukan dengan Hari Akhirat dan sudah pasti pada hari itu:
a) Tidak ada lagi penangguhan hukuman atas mereka b) Tidak ada lagi kesihan belas atas mereka
c) Mata mereka yang terbeliak melihat persekitaran yang penuh menakutkan dan menundukkan ‘ego’ mereka
d) Hari di mana dipaparkan semua amalan-‐amalan mereka dan ini disaksikan sendiri oleh mereka
e) Hari di mana muka-‐muka mereka terus mendongak keatas kerana ketakutan dan tergamam
f) Hari dimana semua hati-‐hati mereka gentar ketakutan, tanpa sebarang bantuan tanpa sebarang panduan; semuanya kosong dan dihadapi secara berseorangan.
Inilah dia hari yang ditangguhkan kepada mereka walaupun mereka sering mencabar bila hari itu akan datang? Bila? (Syed Qutub; Fi Zilaliquraan)
Setelah keterangan Kiamat ini dijelaskan maka sekali lagi Allah membawa minda kita kepada satu lagu penyaksian yang akan terkena keatas orang-‐orang kafir ini yang pernah menukarkan nimat-‐nikamt Allah kepada kekufuran:
Firman Allah:
Mafhum nya:
(Wahai Muhammad) Berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari Kiamat yang padanya mereka akan di kenakan azab kerana pada masa itu, orang yang zalim itu akan merayu dengan berkata; “ Ya Rabb, Tuhan Kami, kembalikan kami semula ke dunia, dan berilah satu tempoh kepada kami sehingga kesuatu masa yang terdekat supaya kami menyahut seruan Mu itu, dan menurut semua perintah-‐perintah rasul-‐rasul Mu itu”. Rayuan
mereka ditolak sambil dikatakan pada mereka: “Tidakkah kamu sedar, yang kamu telah pernah diberi tempoh untuk berbuat demikian?dan bukankah kamu telah pernah bersumpah sewaktu di dunia dahulu yang kamu tidak akan mengalami sebarang balasan?(44)
‘Padahal kamu semua telah mendiami (dan memahami benar) tempat-‐tempat tinggal orang-‐orang yang pernah menzalimi diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-‐bukti yang jelas bagaimana Kami telah menghancurkan mereka, dan Kami juga telah menyatakan kepada kamu semua berbagai contoh-‐contoh bandingan (yang sepatutnya kamu ambil iktibar dengannya)’(45)
Tafsiran ayat-‐ayat 44-‐45:
Apakah yang telah diucapkan oleh mereka yang zalim ini(yang menukarkan nikmat-‐nikmat Allah kepada kekufuran) pada Hari Akhirat itu setelah mereka sendiri telah melihat azab yang terbentang dihadapan mereka? Diantaranya, kata mereka dengan penuh ketakutan dan merayu dengan penuh penghinaan:
“Wahai Rabb, Tuhan kami, boleh tak Engkau menangguhkan semua urusan-‐urusan yang telah ditetapkan atas kami itu ke satu masa yang terdekat, untuk memberi peluang kepada kami sekali lagi bagi menyempurnakan semua arahan-‐arahan Mu itu!” Penyesalan yang sama pernah Allah catitkan dalam surah Al ‘Anaam ayat 27:
Mafhum nya:
(dan jika engkau dapat menyaksikan, ketika semua orang yang kafir itu berada diatas api neraka, mereka terus menyesal dan berkata: Kalaulah kami dapat di pulangkan semula ke dunia, maka masa itu kami tidak akan mendustakan lagi semua ayat-‐ayat Tuhan kami itu, dan akan kami menjadi seperti orang yang beriman (17 al ‘Anaam)
Apa jawapan Allah kepada mereka pada masa itu:
“Tidakkah kamu pernah bersumpah sebelum ini yang kamu semua tidak akan diseksa begini, dan kamu semua tidak akan dipulangkan semula selepas mati dan tidak akan ada apa-‐apa pahala yang akan di beri ? “
Perkatan
(kamu telah bersumpah yang kamu semua tidak akan dibawa berpindah dari dunia ke hari Akhirat) menyamai ayat dari surah Nahl
ayat 38 (
mereka telah bersumpah dengan Allah dengan sumpah yang besungguh-‐sungguh yang Allah tidak akan membangkitkan mereka yang telah mati);
Kedua-‐dua ayat diatas ini menggambarkan yang mereka yakin yang mereka tidak akan berada di Akhirat dengan sumpah mereka itu;
bagaimana pula mereka mahu ada penangguhan diberi supaya mereka diberi peluang kedua untuk balik ke dunia dan beramal soleh?