SURAH IBRAHIM
TERJEMAHAN AYAT SURAH IBRAHIM
Mafhum nya:
Alif, Lam, Mim, Ini adalah Kitab (al Quraan) yang telah Kami turunkan nya kepada Mu,(wahai Muhammad), supaya Engkau dapat mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita (kekufuran, keksesatan) kepada cahaya (iman, jalan yang lurus) dengan izin Tuhan (Allah) ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
Mafhum nya:
Allah itu, Dialah Pemilik yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; Kecelakaan besar kepada orang-‐orang yang kufur ingkar(khususnya kufur ingkar mereka terhadap al Quraan) dari azab yang amat berat (yang bakal menimpa mereka kelak).
Mafhum nya:
Mereka-‐mereka ini adalah orang-‐orang yang lebih mengutamakan dunia dari Akhirat dan menghalang manusia lain dari mengikuti jalan agama Allah, serta berusaha membentuk jalan yang bengkok terpesong (demi kepentingan mereka), mereka ini telah ditentukan akan terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesong .
Mafhum nya:
Dan Kami mengutuskan mana-‐mana seorang Rasul itu dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat menjelaskan (mengenai hukum-‐
hukum Allah) kepada kaum mereka itu (dengan lebih mudah). Maka Allah berkuasa menyesatkan sesiapa yang dikehendaki Nya, juga boleh memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki Nya (mengikut peraturan urusan Nya) dan Dialah Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Mafhum nya:
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada kaum nya di masa lalu)dengan membawa bersamanya mukjizat-‐mukjizat Kami, dibawah arahan Kami iaitu “hendaklah Engkau mengeluarkan Kaum kamu itu dari gelap-‐gelita kekufuran kepada cahaya iman;ingatkan mereka dengan Hari-‐Hari Allah”. Sesungguhnya yang demikian itu, ianya membawa kandungan tanda-‐tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-‐tiap peribadi yang kuat bersabar dan kuat bersyukur.
Mafhum nya:
Ingatkanlah perkataan Musa kepada Kaumnya yang pernah beliau berkata: “Kamu semua hendaklah kenangkan kembali segala nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kamu, khusunya sewaktu kamu semua diselamatkan dari Firaun dan anak buahnya; mereka yang telah banyak menyeksa kamu dengan berbagai seksaan yang tersangat buruk, mereka juga telah menyembelih anak-‐anak lelaki kaum kamu dan membiarkan hanya anak-‐anak perempuan yang hidup. Segala kejadian-‐kejadian malang itu sebenarnya menjadi bala bencana dan ujian besar dari Allah, atas kamu”.
Dan ingatkan pula perkataan Tuhan Mu tatkala Dia berkata: “ Demi sesungguhnya! Jika kamu semua bersyukur, nescaya Aku akan memberi tambahan nikmatKu keatas kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu ingkar kufur, maka azab ku amat keras (menunggu kamu)”.
Dan Kembali ingatkanlah kata-‐kata Musa iaitu: “ kalaulah Kamu dan sesiapa jua yang berada di atas muka bumi ini yang berlaku kufur
ingkar (hal ini tidak akan merugikan Allah sedikit pun) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji”.
(Mengapa kamu terus berdegil; wahai kafir mungkar!) bukankah telah datang kepada kamu tentang khabar berita orang-‐orang kufur yang terdahulu daripada kamu; iaitu kaum Nabi Nuh , kaum A’ad dan kaum Thamud serta sejarah orang-‐orang yang terkemudian dari mereka! Yang tahu jumlahnya hanya Allah; mereka-‐mereka ini telah diutuskan kepada mereka rasul-‐rasul yang membawa bersama mereka ‘Al Bayyinat’, iaitu keterangan-‐ketarangan yang nyata, (mengenai iman dan Allah) lalu mereka menolaknya (dengan cara menutup mata telinga mereka dari rasul-‐rasul ini) dan mengaku serta berkata: “ Kami ini kufur keatas apa yang cuba dibawa oleh kamu semua: Kami ragu terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya itu”.
Mafhum nya:
Seterusnya; rasul-‐rasul itu bertanya pada mereka; “ Patutkah ada berlakunya sebarang keraguan keatas kamu tentang wujudnya Allah, Dialah yang mencipta langit dan bumi ini? Dia menyeru kamu kepada beriman dengan cara mahu membersih dan melepaskan kamu dari dosa-‐dosa kamu, dan Dia memberi tempoh kepada kamu (dalam hidup ini untuk kamu berbalik kepada Nya) hingga kesatu masa tertentu (sehingau kamu mati): Jawab mereka (dengan mengejek) “ Kamu semua ini hanya manusia biasa seperti kami saja. Niat kamu hendak menyekat kami dari meneruskan sembahan kami kepada patung-‐patung sembahan datuk nenek kami dahulu. Kalau betullah dakwaan kamu, sila buktikan dengan jelas semua bawaan kamu itu”.
Mafhum nya:
Menjawab cabaran-‐cabaran kaum meraka, rasul-‐rasul itu berkata;
“Kami sebenarnya adalah manusia seperti kamu semua, tetapi Kami telah dikurniakan Allah mengikut kehendak Nya, kepada sesiapa yang Dia suka dari hamba-‐hamba Nya, Kami tidak berkuasa membawa sebarang bukti (dengan mukjizat tertentu) kecuali dengan IZIN Nya.
Dengan demikian, maka kami seperti orang-‐orang yang beriman, kami berserah pasrah kepada Nya”.
Mafhum nya:
(kata rasul-‐rasul itu lagi): “ Tidak ada sebab mengapa kami tidak mneyerah tawakkal diri kami pada Allah; kerana Dia telah menunjuk jalan untuk tiap orang kami berjalan mengikut jalan Nya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar mengahdapi segala karenah perbuatan kamu semua yang menyakiti kami. Dengan yang demikian , maka kepada Allah sahajalah tempat setiap orang yang mahu menyerah-‐tawakal diri mereka akan pasrah berserah pada Nya.”
Mafhum nya:
Orang-‐orang kafir tersebut menjawab dengan berkata pada rasul-‐
rasul mereka “Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu semua dari negeri kami ini atau kamu mesti balik menjadi seagama dengan kami semula”. Lalu Allah mewahyukan kepada rasul-‐rasul Nya dengan kata-‐kata: “Sesungguhnya, Kami berjanji akan membinasakan semua orang yang zalim”.
Mafhum nya:
(Kata Allah lagi) “Sesungguhnya Kami akan menempatkan kamu semua di negeri itu sesudah berlaku kebinasaan pada kaum yang zalim itu, balasan baik ini adalah untuk orang-‐orang yang takut akan sikap keadilanKu, dan juga takut akan janji-‐janji azabKu”.
Mafhum nya:
Dan orang-‐orang yang beriman dan rasul-‐rasul itu memohon pertolongan dari Allah untuk kemenangan mereka! Dan Yang terkecewa dan rugi ialah semua kufur yang sombong lagi bersikap degil itu.
Mafhum nya:
Dibelakang si kufur degil dan sombong ini disediakan dengan neraka Jahannam dan mereka akan diberi minuman hanya dari air danur yang keluar dari luka dan nanah ahli-‐ahli neraka.
Mafhum nya:
Mereka meminum air tersebut dalam keadaan terpaksa dan hampir-‐
hampir tidak dapat diterima oleh tekak mereka, dan jelas didapati kedatangan penderitaan maut dari semua arah disekeliling mereka, sedangkan tidak pula mereka mati untuk terlepas dari azab itu; dan selain dari itu, masih ada lagi azab-‐azab lain yang lebih berat menanti.
Mafhum nya:
Bandingan pahala amal dan kebaikan dari usaha orang-‐orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka ialah ‘seperti abu dari bakaran yang diterbangkan angin pada hari ribut kuat dan kencang’, hasilnya, mereka tidak mendapat apa pun faedah dari amal usaha mereka selama ini. Sia-‐sialah amalan itu, ianya hasil dari kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
Mafhum nya:
Tidakkah ternampak dan terfikir dari kebenaran bahawa Allah yang telah mencipta langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan penuh berhikmah? Jika Dia mau, kamu semua boleh dibinasakan (atas kekufuran kamu) dan Dia boleh menggantikan kamu dengan makhluk-‐makhluk yang baru.
Mafhum nya:
Dan untuk melaksanakan perkara tersebut, tidaklah sukar bagi Allah untuk melakukannya.
Mafhum nya:
(gambaran di hari Akhirat) semuanya akan dihimpunkan untuk menghadapi Allah (bagi tujuan hisab semua amal baik jahat mereka) terdapat keadaan dimana pada waktu itu, ada dari kalangan orang-‐
orang yang lemah yang menjadi pengikut kepada orang-‐orang yang sombong takbur akan berkata pada pemimpin-‐pemimpin mereka itu:
“sesungguhnya kami dulu telah menjadi pengikut kamu, maka boleh tak kamu berbuat sesuatu menghindarkan kami dari azab Allah ini?”.
Jawab bekas pemimpin-‐pemimpin itu: ‘Kalaulah Allah telah menujuk kan jalan selamat pada kami dulu, nescaya kami telah tunjukkan jalan itu kepada kamu semua sekarang ini sama sahaja semuanya pada kita, samada kita semua gelisah, mengeluh atau bersabar, tidak akan ada jalan bagi kita untuk melepaskan diri dari azab Allah ini’.
Mafhum nya:
(satu pemandangan lain pula) iaitu Syaitan akan berkata( kepada manusia yang pernah dibisikan di dunia dulu), (ianya berlaku) setelah selesai Allah membalas semua amalan manusia di akhirat: Katanya; “ Sesungguhnya apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu semua adalah yang BENAR, tetapi segala janji-‐janji aku pada kamu telah aku mungkiri; Aku sebenarnya tidak mempunyai apa-‐apa alasan dan kuasa atas kamu KECUALI bisikan aku yang mengajak kamu sehingga kamu terburu-‐buru mengikut bisikan aku itu: maka janganlah kamu mempersalahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Kamu semua tahu, sejak dulu lagi yang aku ini telah kufur (pada perintah Allah) dan kamu tetap mau menyekutukan aku dengan Allah.”Sesungguhnya, orang-‐orang yang zalim itu akan memperolehi azab yang tidak terperi sakitnya.
Mafhum nya:
Dan dimasukkanlah orang-‐orang yang beriman dan yang beramal soleh itu kedalam Syurga Allah yang mengalir di bawahnya anak-‐
anak sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Allah, Tuhan mereka. Mereka diiringi dengan ucapan selamat di dalam syurga-‐
syurga ini.
Mafhum nya:
Tidakkah terfikir oleh mu, (wahai Muhammad) tentang perbandingan yang dikemukakan oleh Allah (untuk diteliti maknanya); iaitu KALIMAH yang baik itu adalah sama dengan sebatang pohon yang baik, di mana pangkal dan akar tunjangnya teguh mencengkam bumi, dan cabang pucuknya menjulang kelangit:
Mafhum nya:
Pokok yang tegap ini mengeluarkan buahnya pada tiap-‐tiap masa, dengan izin Tuhan nya. Allah mengemukakan bandingan-‐bandingan begini untuk manusia sentiasa beringat.
Mafhum nya:
Dan bandingan KALIMAH yang buruk pula samalah ia dengan sebatang pohon pokok yang tidak berguna yang mudah sekali akar nya terbongkas dan tertiarap rebah dan tidak ada tapak bagi pokok ini untuk tetap tegak.
Mafhum nya:
Allah menetapkan(keyakinan pendirian) bagi orang-‐orang yang beriman dengan KALIMAT yang tetap teguh itu dalam kehidupan dunia dan akhiratnya. Dan Allah menyesatkan orang-‐orang yang melakukan kezaliman, dan Allah berkuasa melakukan apa saja yang di kehendaki Nya.
Mafhum nya:
Tidakkah engkau merasa ajaib terhadap orang-‐orang kafir yang sanggup menukarkan kesyukuran nikmat Allah itu dengan kekufuran?
Dan ini semua telah bertangungjawab menjerumuskan kaum mereka ke dalam kebinasaan?
Mafhum nya:
Iaitu kedalam neraka Jahannam, di mana mereka akan menderita bakarannya, ingatlah! bahawa seburuk-‐buruk tempat ialah di neraka Jahannam.
Mafhum nya:
Mereka mengadakan sekutu-‐sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah, Katakanlah pada mereka: “bersenang-‐
senanglah kamu semua di dunia ini, kerana sesungguhnya kesudahan kamu semua ialah kedalam neraka”.
Mafhum nya:
(Pada masa yang sama) Katakanlah kepada hamba-‐hambaKu yang beriman; hendaklah mereka mendirikan solat, mendermakan sedikit
dari apa yang telah kami kurniakan pada mereka (dari rezeki itu), samada secara sembunyi atau secara terang-‐terangan, sebelum datangnya hari yang sudah tidak ada lagi jual beli padanya; dimana pada masa itu tidak ada lagi sahabat handai yang boleh memberi pertolongan.
Mafhum nya:
Hanya Allah sahaja yang telah mencipta langit-‐langit dan bumi, Dia menurunkan hujan dari langit itu, lalu dengan air hujan itu ia mengeluarkan buah-‐buahan yang menjadi makanan untuk kamu.
Dialah juga yang memberi kemudahan(berfikir) bagaimana menggunakan kapal-‐kapal untuk belayar di lautan dengan perintah Nya. Dia juga yang memudah akan sungai-‐sungai untuk kamu demi munafaat pada kamu.
Mafhum nya:
Dan Dialah juga mempermudahkan matahari dan bulan bergerak berterusan untuk kepentingan manusia, dan Dialah yang menjadikan malam dan siang bagi faeah hidup manusia.
Mafhum nya:
Dialah sahaja yang telah mengurniakan kepada kamu semua, sebahagian dari tiap-‐tiap apa yang kamu hajati dan jika kamu hendak menghitungkan semua pemberian dan pengurnian ini nescaya lemahlah kamu untuk menghitungnya. Sesungguhnya sikap manusia yang ingkar itu sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan berlaku zalim, dan tidak menghargai nikmat-‐nikmat Tuhan Nya itu.
Mafhum nya:
Dan kenangkanlah peristiwa di mana Ibrahim penah berdoa dengan katanya: “Wahai Rabb, Tuhan ku, jadikanlah negeri Mekah ini dengan penuh aman dan jauhkanlah aku dan anak-‐anak aku dari syirik perbuatan menyembah berhala”
Mafhum nya:
“Wahai Rabb, Tuhan ku, sesungguhnya berhala-‐berhala itu telah menyebabkan kesesatan yang banyak diantara umat manusia. Oleh itu sesiapa yang menurut ajaranku(menjadi pegangan dalam islam) maka dia adalah dari golonganku dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (menyalahi agamaku) maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Mafhum nya:
“Ya Rabb, Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah Lembah (Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, disisi rumah Mu (Baitullah) yang di haramkan mencerobohinya. Wahai Rabb, Tuhan kami, (mereka yang di tempatkan disitu) didoakan supaya rajin mendirikan solat (serta memakmurkan Baitullah itu dengan ibadat). Maka jadikanlah hati sebahagian dari manusia(di dunia ini) tertarik gemar kepada mereka (agar datang beramai-‐ramai kesitu). Kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai buah-‐buahan dari hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.”
Mafhum nya:
“Ya Rabb, Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati-‐hati kami, dan apa-‐apa yang kami zahirkan nya dan tiada sesuatu pun, baik di langit mahupun di bumi yang tersembunyi dari Mu.”
Mafhum nya:
“Syukur kami dan segala puji-‐pujian tertentu hanya kepada Allah, yang telah mengurniakan kepadaku, semasa aku tua ini akan Ismail dan Ishak. Sesungguhnya, Ya Rabb, Tuhan ku, Maha Mendengar dan Maha Penerima doa.”
Mafhum nya:
“Ya Rabb, Tuhan kami; jadikanlah aku dari orang yang rajin mendirikan solat, dan demikian jugalah semua zuriatku. Ya Rabb, Wahai Tuhan ku, perkenankanlah doa ku ini”
Mafhum nya:
“Ya Rabb, Tuhan kami, ampunkanlah dosa-‐dosaku ini, dan dosa-‐dosa kedua-‐dua ibubapaku, serta semua dosa-‐dosa orang-‐orang yang beriman, khususnya pada masa berlakunya hari hitungan amal dan pembalasan (di akhirat nanti)”
Mafhum nya:
Dan jangan sekali-‐kali Engkau wahai Muhammad menyangka yang Allah itu lalai terhadap apa-‐apa yang telah dilakukan oleh orang-‐
orang yang zalim. Sesungguhnya, Allah hanya melambatkan dan menangguhkan balasan keatas mereka hingga kesatu masa yang pada masa itu akan terbeliak kaku pemandangan mereka (akibat gerun melihat keadan azab yang menanti).
Mafhum nya:
(di masa itu) mereka terburu-‐buru menyahut panggilan Padang Mahsyar, sambil mereka mendongak kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dimana pada masa itu hati mereka tidak bersemangat (akibat bingung dan cemas).
Mafhum nya:
(Wahai Muhammad) Berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari Kiamat yang padanya mereka akan di kenakan azab, kerana pada masa itu orang yang zalim akan merayu dengan berkata; “ Ya Rabb, Tuhan Kami, kembalikan kami semula kedunia, dan berilah satu tempoh kepada kami sehingga kesuatu masa yang terdekat, supaya kami menyahut seruan Mu itu, dan menurut semua perintah-‐perintah rasul-‐rasul Mu itu”. Rayuan mereka ditolak sambil dikatakan pada mereka: “Tidakkah kamu sedar yang kamu telah pernah diberi tempoh untuk berbuat demikian? dan bukankah kamu telah pernah bersumpah sewaktu di dunia dahulu yang kamu tidak akan mengalami sebarang balasan?
Mafhum nya:
‘Padahal kamu semua telah mendiami(dan memahami benar) tempat-‐tempat tinggal orang-‐orang yang pernah menzalimi diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-‐bukti yang jelas bagaimana Kami telah menghancurkan mereka, dan Kami juga telah menyatakan kepada kamu semua berbagai contoh-‐contoh bandingan (yang sepatutnya kamu ambil iktibar dengan nya)’
Mafhum nya:
Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka dengan menentang Islam, sedang disisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka itu; sekalipun rancangan jahat mereka itu dapat menjatuh dan melenyapkan gunung ganang sekali pun.
Mafhum nya:
Oleh itu janganlah kamu berpendapat yang Allah memungkiri janji-‐
janji Nya kepada rasul-‐rasul Nya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Sedia Membalas (kepada yang derhaka ingkar itu)
Mafhum nya:
Ingatlah di hari di mana bumi ini digantikan dengan yang lain, demikian juga langit (di Hari Akhirat), di mana manusia semuanya akan keluar berhimpun menghadap Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa itu.
Mafhum nya:
Akan terlihat oleh mata kita yang orang-‐orang zalim berdosa ini akan diberkas dengan belenggu
Mafhum nya:
Pakaian yang dipakai mereka itu diperbuat dari minyak ‘tar’, dan muka serta seluruh badan mereka diliputi oleh api
Mafhum nya:
Sebagai balasan dari Allah keatas tiap-‐tiap usaha amalan seseorang itu dan Allah itu amat cepat hitungan hisab Nya.
Mafhum nya:
(al Quraan ini) disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingatan dan diberi nasihat dengannya, agar mereka mengetahui dengan hujah-‐hujah yang ada dalamnya, bahawa sesungguhnya, Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, dan supaya ianya menjadi bahan befikir, bahan ingatan dan untuk keinsafan.
SINOPSIS SURAH IBRAHIM
Surah Ibrahim ini ialah surah yang ke 14 al Quraan, dan ianya di turunkan di Mekah Mengandungi 52 ayat-‐ayat.
Secara amnya, surah ini membincangkan pokok akidah Islam yang melibatkan Wahyu Allah, Risalah Tauhid, konsep Bangkit Semula, Hisab dan Balasan Baik dan Jahat.
Surah Ibrahim ini memaparkan beberapa hakikat-‐hakikat penting, dan yang terbesarnya ialah Hakikat Kesatuan Risalah Kerasulan dan Hakikat Nikmat Allah keatas Manusia secara amnya.
Hakikat Kesatuan Risalah Kerasulan ini memperlihatkan kesatuan dakwah-‐dakwah para nabi dan rasul dan cabaran yang dihadapi mereka dari kejahilan kaum yang menentang Allah dan agama Nya.
Tiga orang nabi Agong yang dipaparkan dalam surah ini ialah Nabi Ibrahim as, yang dikenali sebagai Penghulu Semua Nabi; Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw.
Hakikat Nikmat Allah keatas manusia pula cuba menerapkan peranan bersyukur pada Allah atas nikmat-‐nikmat dari Nya dan bagaimana penerimaan konsep ini kepada mereka yang kufur pada Allah.
Tugas seorang Rasul dalam lantikannya ialah Mengeluarkan Manusia dari Kegelapan Kekufuran kepada Cahaya Iman dengan berpandukan Kitab, termasuk al Quraan yang dibaca kepada kaumnya dan untuk mereka meneliti kandungan ayat-‐ayat yang disampaikan itu. Dengan itu, kaumnya akan dapat melihat segala dalil, dan hujah yang Allah itu maha Mengetahui, Maha Berkuasa, dan Maha Penuh Hikmah, dan
Kitab itu sebenarnya adalah mukjizat tentang kebenaran rasul itu, dan dengan itu mereka boleh menerima syariaat yang dibawanya. ( Fakhrur Razi ms;73Juz 19)
Diantara tugas lain bagi Rasul ialah mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya Iman dengan izin Allah dengan cara:
a) Menggariskan hakikat besar yang menjadi tulang belakang kepada Risalah Rasulullah; iaitu hakikat TAUHID
b) Menjelaskan hakikat manusia itu sendiri sebagai penyampai ayat-‐ayat Allah, sebagai penasihat dan pencerahan tanpa mempunyai kuasa luarbiasa kecuali dengan izin Allah
c) Menjelaskan bahawa Rasul-‐rasul itu bukan Allah. Tugas-‐tugas mereka adalah berlainan dengan hakikat zat dan sifat-‐sifat Allah. Mereka menyampaikan satu keyakinan dari Allah bahawa yang beriman diberi pertolongan di dunia dan di anugerah kenikmatan di akhirat.
Mengapa Surah ini dinamakan atas Nama Nabi Ibrahim?
Ibrahim as adalah penghulu kepada semua nabi-‐nabi, punyai sifat kepimpinan yang cemerlang, telah berjaya mencerahkan hakikat kesatuan risalah kerasulan, kesatuan dakwah-‐dakwah mereka dan kesatuan cabaran yang dihadapi oleh para Nabi dan Rasul-‐rasul; iaitu memerangi jahiliyah.
Ibrahim as menampilkan yang semua nabi-‐nabi itu berada pada satu saf yang sama dan yang satu. Meraka menghadapi kaum-‐kaum jahiliyah dan bertembunglah pertentangan diantara kedua-‐dua ini
dan ianya tidak terhenti pada satu rasul sahaja malah berterusan sehingga ke zaman Rasulalah saw.
Pertembungan di antara kaum Rasul dengan kaum jahiliyah iaitu pertembungan diantara Iman dan Kekufuran. Semuanya terus berlaku dalam semua zaman dan semua tempat selepas kerasulan nabi Ibrahim muncul.
Jadi Risalah yang diperjuangkaan oleh semua Rasul sejak dari Nabi Ibrahim as adalah satu iaitu iaitu menentang kejahilan, kegelapan kufur dan kedegilan kaum dan semuanya mendapat pertolongan dari Allah dan keizinan Nya.
Surah yang meresapkan satu cara baru dalam menilai diri!
Terdapat beberapa dialog di antara manusia yang lemah yang pernah menjadi pengikut kepada pemimpin yang berkuasa di dunia dulu agar pemimpin ini dapat mengurangkan seksaan mereka dalam neraka.
Terdapat juga dialog diantara syaitan dengan pengikutnya dari kalangan manusia, dan kesannya memperlihatkan bahawa manusia itulah yang patut dipersalahkan atas kejatuhan mereka, kerana bertuankan syaitan.
Surah yang menjelaskan perihal orang yang beriman pada Rasul dan Kitabnya berbanding dengan orang yang kufur degil yang lemas dihari akhirat. Paparan hari Akhirat yang sangat ‘menginsafkan ‘yang perlu dijadikan panduan untuk yang beriman supaya terus beramal soleh, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan sedekah.
Surah yang menjelaskan betapa Allah banyak sekali memberi nikmat pada manusia yang sepatutnya mereka mensyukurinya:
Iaitu penganugerahan nikmat kepada semua manusia baik yang beriman mahupun yang kufur. Sepatutnya mereka bersyukur, sebalik nya mereka banyak menzalimi diri sendiri dengan menolak al Quraan, dan Kitab Allah.
Nikmat yang terbesar sekali ialah pengutusan seorang Rasul Allah yang membawa mereka keluar dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan. Seorang Rasul adalah pembawa Nur yang menerangkan hati nurani manusia kepada Allah. Nur yang menjanjikan pengampunan kepada yang beriman.
Surah yang Memamparkan Sahsiah nabi Ibrahim as;
Iaitu sebagai pemimpin contoh yang berwibawa; mendoakan dengan doanya yang agong untuk keberkatan Negeri Mekah dan menjadi pencetus kepada kedatangan manusia dari semua ceruk rantau di dunia ini untuk menunaikan Haj di Baitullah.
Doa baginda telah mencetus warisan kenabian dan kerasulan kepada Nabi Muhammad saw yang menjadi Rasul terakhir yang membawa semua ajaran Nabi Ibrahim kepada umatnya yang merupakan Nabi terakhir untuk seluruh mansuia.
Tugas Rasulallah
Tugas utama baginda ialah MENEGELUARKAN MANUSIA SELURUH NYA DARI KEGELAPAN KEKUFURAN KEPADA CAHAYA IMAN, MELALUI KITAB AL Quraan, dan dibaca kepada umat baginda untuk mereka menerima segala syariaat dan hukum hakam didalamnya untuk panduan hidup mereka, dengan IZIN Allah.
لﻝﻋأﺃ ﷲوﻭ
.TAFSIRAN SURAH IBRAHIM
Mafhum nya:
Alif, Lam, Mim, Ini adalah Kitab (al Quraan) yang telah Kami turunkan nya kepadaMu,(wahai Muhammad), supaya Engkau dapat mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita (kekufuran, kesesatan) kepada cahaya (iman dan jalan yang lurus) dengan izin Tuhan (Allah)-‐ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.(1)
Tafsiran Ayat 1:
Alif Lam Mim; Kitab al Quraan ini yang disusun dengan huruf-‐huruf begini telah diturunkan oleh Allah kepada Engkau; wahai Muhammad.
Ini bererti bukan Engkau yang mengadakannya.
Al Quraan ini diturunkan dengan bermatlamat “mengeluarkan manusia semua dalam dunia ini dari kegelapan kekufuran pada Allah, kesesatan akidah, dan kejahilan agama kepada cahaya keimanan dan pencerahan ilmu”.
Turunnya Kitab al Quraan ini adalah dengan izin dan taufiq dari Allah kepada seluruh manusia, atas kehalusan sentuhan dan keperihatinan Allah terhadap keperluan manusia itu sendiri. Dengan bantuan dari Rasulullah yang dilantik oleh Allah sebagai Rasul Nya, Nabi Muhammad bertindak sebagai pendakwah memberitahu semua, tentang adanya balasan-‐balasan dari Allah atas semua gerak laku dan amalan kita didunia ini, dan disamping menunjuk arahtuju HIDAYAH yang akhirnya bagi menemui (jalan Allah yang Maha Kuasa dan Maha Terpuji).
Jalan Allah itu adalah jalan yang Maha Kuasa yang tidak ada bandingan dan persamaannya dengan sesuatu apa pun di dunia ini;
yang tidak pernah kalah dan lemah dalam semua Kerajaan Nya kerana kegagahan Kerajaan Nya, yang di puji-‐puja oleh setiap lidah, disemua masa dan di semua tempat. ( Al Qurtubi ms.288 Juz 9).
Syed Qutub pula mentafsirkan ayat 1 diatas dengan menekankan matlamat Allah menurunkan Kitab al Quraan itu sebagai
‘Mengeluarkan manusia dari kegelapan-‐kegelapan:
a) Perkara karut dan khurafat b) Kekeliruan dan taqlid buta tuli c) Ketuhanan yang bersepah-‐sepah
d) Kegusaran minda, nilai dan pertimbangan-‐pertimbangan nafsu KEPADA cahaya-‐cahaya
a) Keikhlasan dan keyakinan
b) Pencerahan ilmu dan pegangan
c) Pembentukan dalaman diri yang baik
d) Jatidiri yang menghadapi cabaran, hidup dan nilai-‐nilai baik
Dimana semuanya ini boleh terjadi dengan adanya IMAN dan TAQWA yang diunjur oleh Kitab al Quraan yang diturunkan oleh Allah, kerana:
a) Adanya percikan Nur Allah dalam hati kita
b) Percikan yang mencerahkan minda dan dalaman kita c) Iman itu adalah percikan tiupan Roh Allah kedalam kita
d) Mengimbangkan diri yang dicipta melalui tanah dengan bekalan iman
e) Memberi kemantapan jatidiri dan pencerahan iman yang bekekalan.
Beriman dengan Allah membawa cahaya kemerdekaan, keadilan, daya makrifat dan ilmu ke dalam diri manusia. Ini mendekatkan manusia yang dicipta dengan Penciptanya, yang akan tunduk di bawah Rahmat Nya, samada secara sembunyi atau dengan terang-‐
terangan. Akhirnya semuanya membawa kita kepada ‘pengabdian’
kepada Allah dan ianya paling sesuai dengan ‘fitrah-‐semulajadi’
manusia itu sendiri. (Syed Qutub : Fi Zilalil Quraan).
Manusia sangat perlukan kepada Allah untuk ketenangan hidup mereka dan mereka yang tidak perlukan Allah adalah manusia yang
‘sakit-‐jiwa’ kerana mereka bergerak diluar fitrah.
Kita mengetahui bahawa tugas Rasul bukanlah megeluarkan manusia dari kegelapan kejahilan kepada berilmu, tetapi hakikatnya ialah Allah yang menegeluarkannya dan dengan izin Nya memandu manusia kearah Jalan Allah Yang bersifat dengan Maha Kuasa dan Maha Terpuji.
Jalan Allah ini ialah sunah-‐sunah Allah, Kekuasaan Nya, Kudrat Iradat Nya yang menguasai perjalanan hidup manusia melalui syariaat Nya.
Ianya menuju kepada Jalan yang diredhai Allah; Jalan yang menggambarkan Kekuasaan Kerajaan Allah, yang Gagah Perkasa, Penguasa dan Pentadbir yang disyukuri dan dipuji oleh makhluk Nya Konsep Kuasa ini memberi tamparan kepada yang kufur pada Allah dan menakutkan mereka, dan pada masa yang sama memberi pujian pada yang beriman untuk menyinarkan semangat kepada mereka.
Siapakah Allah itu? Jawapan dalam ayat berikut:
Firman Allah:
Mafhum nya:
Allah itu, Dialah Pemilik yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; Kecelakaan besar kepada orang-‐orang yang kufur ingkar (khusunya terhadap al Quraan) dari azab yang amat berat (yang bakal menimpa mereka kelak).(2)
Tafsiran ayat 2:
Ayat ke 2 ini menggariskan takrif pada Allah itu sendiri sebagai Pemilik Mutlak segala yang dicipta Nya dilangit mahu pun di bumi ini.
Dia menetapkan satu jalan yang melimpahkan kekuasaan Nya keatas
segala ciptaan Nya. Gambaran begini memperlihatkan yang Allah itu bersifat dengan sifat Keperkasaan selaku Pemilik Mutlak segala di dunia ini. Allah adalah Pemilik kita dan semua manusia, ini sekaligus dapat mengetuk hati nurani kita untuk mensyukuri Allah diatas segala kurnia Nya itu.
Bagi yang kufur dan tidak mahu beriman, atas pilihannya, mereka sebenarnya menafikan Allah itu sebagai pemilik mereka, dan sebenar nya mereka dihinggapi sakit-‐jiwa, tertekan, dan tertipu. Firman Allah dalam surah al Mulk ayat 20:
Mafhum nya: “sebenar nya orang-‐orang kafir itu mereka adalah
orang terpedaya/tertipu” alMulk ayat 20
Bukan sahaja mereka bergelap dan tidak ada hidayah, tetapi juga di janjikan dengan kecelakaan besar menunggu mereka di Akhirat nanti kerana mereka menafikan segala nikmat yang mereka kecapi itu dari Allah. Firman Allah:
Mafhum nya: ” kecelakaan besar pada yang kufur engkar dari azab yang amat berat”.(ayat 2; Surah Ibrahim)
Nikmat pengutusan seorang Rasul oleh Allah dengan Kitab Nya sekali tidak dapat dinafikan oleh yang beriman kerana itulah pencerahan dan hidayah mengeluarkan kita dari kegelapan kekufuran kepada cahaya iman.
Apakah sifat-‐sifat kufur engkar ini yang dicatit dalam surah ini:
Firman Allah:
Mafhum nya:
Mereka-‐mereka ini adalah orang-‐orang yang lebih mengutamakan dunia dari Akhirat dan menghalang manusia lain dari mengikuti jalan agama Allah, serta berusaha membentuk jalan yang bengkok terpesong (demi kepentingan mereka), merekalah ditentukan akan terjerumus kedalam kesesatan yang jauh terpesong (3)
Tafsiran ayat 3:
Ayat ini menjelaskan diantara sifat-‐sifat kekufuran keatas nikmat Allah, khususnya kekufuran atas apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah kepada merekalah:
a) Mengutamakan dunia dan kepentingannya dari Akhirat, keterlaluan mengutamakan perihal dunia, termasuk mengejar kemewahan dunia sudah pasti mengurangkan kepatuhan pada hari Akhirat. Sebenarnya terlalu mementingkan dunia, akan menghapuskan kepentingan Akhirat. Sebaliknya mementingkan
Akhirat akan memperbaiki dunia dan memakmurkannya. Hati yang tetambat dengan ehwal Akhirat membentuk perilaku membuat baik di dunia, memakmurkannya mengikut syariaat Allah kerana kejayaan Akhirat ditentukan oleh amal baik kita di dunia.
b) Menghalang orang lain dari mengikuti jalan Allah; ertinya bagi mendapatkan kemewahan dunia semaksimanya, maka seseorang itu akan engkar semua halangan-‐halangan yang di tentukan oleh syariat. Tentunya tidak lagi ada halal-‐haramnya, manusia akan menindas yang lain demi merebut dunia, memperhambakan manusia. Dengan cara tidak disedari, mereka telah menyesatkan diri mereka sendiri dan orang lain dari jalan Allah.
c) Dalam benak mereka, mereka sentiasa menyeleweng dari jalan Allah dengan zalim, melampau, menipu dan mendorong orang lain menjadi serupa dengan mereka. Oleh itu mereka dikatakan sebagai ‘terjerumus dalam kesesatan yang jauh terpesong’ dari jalan Allah.
Imam Qurtubi berpendapat bahawa hati-‐hati yang tetambat dengan hari Akhirat tidak sekali-‐kali akan merugikan dunia, kerana beriman dengan Allah akan memperkukuhkan pengurusan diri sebaga khalifah diatas muka bumi ini. Memakmurkan bumi Allah dan menikmati kehidupan dunia ini dengan adil, ikhlas, dan istiqomah terhadap kebaikan dan kebajikan semata-‐mata kerana Allah dan keredaan Nya adalah pelaburan yang baik di Akhirat nanti. Inilah Islam dan akidah nya. Kepentingan iman dalam hidup dan jaminannya untuk menghidupkan agama Allah, sedangkan penekanan kepada dunia dan tamak kemewahannya akan memberi kesan buruk pada agama dan
Akhirat. Ia sebenar menjauhkan kita daripada kebenaran mutlak. (Al Qurtubi)
Ibnu Abbas ra berkata; mafhumnya; ayat di atas memberi makna bahawa “mereka mengejar sesuatu faedah yang mereka cepat mendapatnya dan mensia-‐siakan perkara-‐perkara akhirat”. Komen beliau ialah semuanya ini adalah sifat mutlak orang yang kufur pada Allah. Mereka bersungguh-‐sungguh mengejar dan mendapatkan kemewahan dunia dan kelazatannya dan tanpa simpati pada hari Akhirat. Mereka merasa terlalu berat untuk menolak situasi mengejar dunia ini, apa lagi untuk menepati kehendak syarak dalam hidup mereka.
Oleh itu bagi orang yang beriman, perkara dunia dan kelazatannya hendaklah tidak memberi pengaruh besar ke atas minda mereka.
Seterusnya surah ini membincangkan nikmat besar yang pernah diberi kepada manusia semua ialah nikmat pengutusan Rasul pada mereka untuk mencerahkan mereka kepada Allah, Rasul Nya, Kitab Nya dan Akhirat Nya.
Firman Allah;
Mafhum nya:
Dan Kami mengutuskan mana-‐mana seorang Rasul itu dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat menjelaskan (mengenai hukum-‐hukum Allah) kepada kaum mereka itu. Maka Allah berkuasa menyesatkan sesiapa yang dikehendaki Nya, juga boleh memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki Nya (mengikut peraturan urusan Nya); dan Dia lah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (4)
Tafsiran ayat 4:
Imam Ismail ar Rusawi memperjelaskan ayat diatas dengan bekata bahawa Allah mengutuskan mana-‐mana Rasul Nya sebagai satu nikmat agong kepada kaum rasul tersebut, menggunakan bahasa yang dicakapkan oleh kaum itu, dan beliau adalah rasul yang mengetahui latarbelakang kaumnya, bahasa dan budaya mereka. Rasul-‐rasul ini dapat mudah menyampai dan menjelaskan semua dakwahnya kepada kaum untuk mereka faham dan cepat menerimanya.
Ini termasuklah Rasulullah, yang diutuskan kepada kaum Quraisy dengan bahasa Arab yang dianuti oleh kaumnya sejak lama. Cuma untuk Rasulullah saw, beliau menyampaikan dakwah baginda kepada kaumnya dan kemudian setelah selesai maka kandungan dakwah dan ajaran itu boleh diterjemahkan kedalam bahasa lain untuk di sambungkan dakwahnya. Ini kerana matlamat dakwah Rasulullah berlainan dengan para nabi-‐nabi lain kerana beliau diutuskan kepada semua manusia sedangkan rasul-‐rasul lain hanya kepada kaumnya sahaja. (AR Rusawi ms 395; Tafsir al Bayan ;Juz 4)
Iman Qurtubi (Juz 9 ms.290) menjelaskan bahawa ayat diatas menjelaskan semua rasul-‐rasul sebelum baginda Rasulullah dibekal
kan dengan bahasa kaum mereka, untuk menjelaskan tentang agama mereka supaya ianya datang dari satu lidah yang sama; dan ayat ini tidak menjadi hujah untuk Rasulullah kerana apa-‐apa dakwah Rasulullah itu walaupun dalam bahasa Arab tetapi melalui didikan al Quraan mereka yang bukan dari bangsa Arab akan menterjemahkan nya kedalam bahasa ibunda mereka untuk penyebaran Islam keseluruh manusia. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Saba’
ayat 28:
Mafhum nya:
“Kami mengutusmu, (wahai Muhammad) adalah untuk manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada yang beriman) dan berita amaran (kepada kufur engkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengtahui hakikat ini.” 28 Surah Saba’
Beliau memetik sebuah Hadith sohih yang dikeluarkan oleh Muslim, sabda Rasulallah:
ﻻ هﻩدﺩﯾﻳﺑ ﻰﺳﻔﻧ ىﻯذﺫﻟاﺍوﻭ ": ﷲ لﻝوﻭﺳرﺭ لﻝﺎﻗ مﻡﻟ مﻡﺛ ﻰﻧاﺍرﺭﺻﻧ ﻻوﻭ ىﻯدﺩوﻭﮭﻬﯾﻳ ﺔﻣﻻاﺍ هﻩذﺫھﮪﮬﻫ نﻥﻣ دﺩﺣأﺃ ﻰﺑ ﻊﻣﺳﯾﻳ
.مﻡﻠﺳﻣ ﮫﻪﺟرﺭﺧأﺃ "رﺭﺎﻧﻟاﺍ بﺏﺎﺣﺻأﺃ نﻥﻣ نﻥﺎﻛ ﻻاﺍ ﮫﻪﺑ تﺕﻠﺳرﺭأﺃ ىﻯذﺫﻟاﺍﺎﺑ نﻥﻣؤﺅﯾﻳ
“Rasulullah bersabda: “mafhumnya:
‘ Demi Allah, yang rohku dalam tanganNya; sesiapa saja dari umat ini yang mendengar dakwahku termasuk Nasrani dan Yahudi, kemudian mereka engkar dan tidak beriman dengan apa yang aku sampaikan
pada mereka, maka mereka terdiri dari ahli-‐ahli neraka’ (Hadith di keluarkan oleh Muslim.”)
Sekali lagi, Hadith ini menguatkan hujah bahawa Rasulullah dan dakwahnya untuk semua manusia.
Perenggan kedua ayat ini menjelaskan bahawa Allah berkuasa menyesatkan sesiapa saja yang dikehendakinya dan memberi hidayat kepada siapa saja dari hamba Nya dan Allah boleh berbuat apa saja yang Dia kehendaki dan Maha Tingga Hikmat Nya.
Ini bererti bahawa setelah Rasul itu menghujahkan kepada kaumnya, menjelaskan kepada mereka tentang iman, dunia dan akhirat dan memperkenalkan Kitab-‐kitab yang diturunkan, dan hasil dari itu ada yang masih mahu berada dalam keadaan kesesatan maka atas pilihan mereka maka Allah menyesatkan mereka, tetapi yang mahu beriman dan menerima dakwah Rasul mereka seadanya, maka mereka memilih Allah dan rasulnya, maka mereka diberi hidayah oleh Allah.
Sebab itulah, akhir ayat ini dikesampingkan dengan sifat nama Allah iaitu Dia Maha Perkasa dalam tindakan Nya; iaitu menentukan apa yang Dia kehendaki akan terjadi dan apa yang Dia tidak kehendaki tidak terjadi dan dalam semua penentuannya itu ada terkandung Hikmah yang nyata.
Dalam kata lain: ‘apa-‐apa yang disampaikan sebagai dakwah oleh rasul kepada satu kaum itu ialah MENYAMPAIkan risalah kerasulan nya, dan menjelaskan risalah ke jalan yang BENAR. Hidayah dan Penerimaan Petunjuk Allah itu adalah dalam ‘tangan ‘Nya, kerana Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki dan menghukum sesuatu dengan penuh Hikmah.
Oleh itu, kita berdoa agar Allah mempastikan kita semua memahami hakikat tauhid dan mencerahkan kita semua kepada rahsia-‐rahsia Allah dan menyampaikan kita menjadi orang yang menerima hidayah kejalan yang benar. (Rusawi ms 397)
Setelah Allah menjelaskan bahawa Rasulullah saw telah diutuskan kepada umatnya untuk mengeluarkan semua manusia dari kegelapan kejahilan dan kekufuran kepada cahaya iman, dan Dia menjelaskan bahawa itulah nikmat paling berharga sekali yang diberi kepada kaum nya dan umat manusia semua, maka suara ini menjelaskan perutusan semua nabi dan rasul-‐rasul yang terdahulu dari baginda. Tujuannya untuk menjelaskan kesamaan konsep dakwah kesemua para nabi dan rasul itu dan bagaimana mereka menguruskan kaum mereka yang pada amnya menentang mereka. Yang pentingnya, Allah menjelaskan adanya kesabaran dan ketakwaan yang menjadi semua mereka menang dalam dakwah mereka. Allah mulakan dengan kisab nabi Musa as. Firman Nya:
Mafhum nya:
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Musa(pada kaum nya di masa lalu) dengan membawa bersamanya mukjizat-‐mukjizat Kami, dengan arahan Kami iaitu; “ hendaklah Engkau mengeluarkan Kaum kamu itu dari gelap-‐gelita kekufuran kepada cahaya iman; ingat kan mereka dengan Hari-‐Hari Allah”. Sesungguhnya yang demikian itu, ianya membawa kandungan tanda-‐tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-‐tiap peribadi yang kuat bersabar dan kuat bersyukur.(5)
Tafsiran ayat 5:
Allah menjelaskan dalam ayat 5 ini bahawa Nabi Musa as juga telah di perintahkan Allah untuk mendakwah mengeluarkan kaumnya dari kegelapan kufur kepada cahaya iman. Dari segi matlamat dakwah nya, matlamat ini sama saja dengan arahan yang dikeluarkan kepada Rasulullah saw untuk mengeluarkan manusia semua dari belenggu kekufuran kepada cahaya keimanan.
Perbedaan diantara nabi Musa as dengan nabi Muhammad saw ialah dakwah Musa hanya kepada kaumnya sahaja sedangkan dakwah Rasulullah saw untuk semua umat manusia.
Perbedaan ayat-‐ayat diperturunkan disini:-‐
Mafhumnya: