• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seseorang dalam melaksanakan kewajipannya kadangkala mempunyai perasaan tidak percaya diri, hal ini boleh disebabkan oleh keadaan dirinya, seperti seseorang berasa dirinya kurang mampu melaksanakan pekerjaannya, boleh juga disebabkan daripada status mengenai dirinya, demikian juga kerana persekitarannya, sama ada persekitaran berkait dengan pekerjaan mahupun persekitaran masyarakat tempat mereka bertempat tinggal.

Kepercayaan diri seorang guru dalam melaksanakan kewajipan bagi menyampaikan ilmu di hadapan murid-murid dan interaksi dengan persekitaran masyarakat boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, kemampuan yang dimiliki oleh guru, hal ini bererti setakat mana profesionalisme yang dimiliki oleh guru, apakah

210 profesionalisme yang dimiliki sudah memenuhi syarat minimum yang harus dimiliki oleh guru, setakat mana usaha yang dilakukan bagi meningkatkan profesionalismenya.

Kedua mengenai perilaku yang diamalkan oleh guru, bolehkah segala sesuatu yang dilaksanakan guru dicontoh oleh murid mahupun masyarakat persekitaran, demikian juga apakah perkataan yang diucapkan boleh dipercayai, sama ada oleh murid mahupun masyarakat persekitaran. Jika segala yang dikatakan dan diamalkan guru boleh dipercayai dan dicontoh oleh murid mahupun oleh masyarakat persekitaran, maka kepercayaan diri sebagai seorang guru menjadi lebih meningkat.

Ketiga, kepercayaan diri seorang guru boleh dilihat daripada status sebagai seorang guru. Seperti dihuraikan sebelumnya, bahawa status sebagai seorang guru mengalami pasang surut, hal ini disebabkan adanya pergeseran nilai hubungan antara manusia, yang sebelumnya hubungan antara manusia didasarkan oleh adanya kemuafakatan. Perubahan yang terjadi memberikan impak bahawa hubungan antara manusia mengalami pergeseran dengan mendasarkan diri kepada kepentingan, dengan pertimbangan sejauh mana keuntungan yang diperoleh dan juga kerugian yang akan dideritanya.

Memperhatikan huraian tersebut, untuk melihat setakat mana kepercayaan diri sebagai seorang guru dengan memperhatikan enam aspek pemantauan iaitu aspek keberkesanan, efisisien, kecukupan, purata, responiviti dan kesesuaian, maka huraian berikut merupakan dapatan kajian dalam penyelidikan ini.

5.5.1 Aspek Keberkesanan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa, ditinjau dari aspek keberkesanan, guru dalam melaksanakan kewajipannya berasa yakin dengan dirinya, hal ini disebabkan oleh beberapa faktor, antara lain adanya sikap daripada persekitaran tempat kerja yang

211 mengakui keberadaannya sebagai orang yang sangat diperlukan untuk membantu menghantarkan murid meningkatkan kemampuan. Selain itu, disebabkan adanya panggilan jiwa yang datang setelah melihat begitu banyaknya murid yang memerlukan bantuan dirinya bagi membaiki diri daripada kebodohan. Hal ini seperti dikatakan oleh responden A03.B26.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 126-137) seperti yang berikut:

Kalau saya pribadi sekarang sudah yakin... dulu waktu ngajar pertama selama satu minggu saya sempat nangis terus-terusan.. saya nggak mau jadi guru ... saya menjadi guru sesungguhnya ingin nyenengno orang tua waktu itu... karena setelah saya lulus saya sukwan di SD Merjosari.. kemudian saya diberi wawasan oleh Ibu... kemudian saya berasa iba... diwaktu saya mengajar paket pak... paket A sampai paket C. Paket A saya mengajar... kemudian ketemu dengan orang BKD diknas.. saya mengajar di Joyo Grand di pondok maghfiroh.. saya sangat iba karena di tempat seperti ini kok nggak ada yang mau ngajar.. kemudian saya lepas SD Merjosari dan saya mengajar di pondok tersebut selama 2 tahun..akhirnya saya mengajar bukan hanya karena uang.. tapi karena panggilan.. dan sampai sekarang meski saya tidak lagi mengajar di pondok .. mereka masih menganggap saya sebagai ibu

Sebahagian daripada guru kadangkala berasa kurang yakin dengan dirinya, hal ini disebabkan oleh statusnya yang berpendapatan rendah, jika dibandingkan dengan pekerja profesional yang lain, seperti doktor, akuntan. Namun dengan adanya program ‘sertifikasi’ yang mempunyai impak peningkatan gaji bagi mereka yang sudah lulus program tersebut, maka kepercayaan diri menjadi semakin meningkat, seperti dikatakan oleh responden A01.B14.T-31/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 94-97) seperi berikut:

Ya... yang namanya guru memang ada yang kadang-kadang kurang percaya diri, namun dengan adanya peningkatan kesejahteraan, pengembangan profesio-nalisme, maka sedikit demi sedikit guru berasa yakin dengan dirinya…

Sebagaimana dihuraikan sebelumnya, bahawa faktor yang boleh mempengaruhi kepercayaan diri guru antara lain adalah gaji dan profesionalisme, adanya peningkatan kesejahteraan yang diatur melalui pelaksanaan program ‘sertifikasi’, menjadikan

212 kepercayaan diri seorang guru semakin meningkat. Demikian juga dengan adanya peningkatan profesionalisme sama ada secara formal dengan pemberian kesempatan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mahupun melalui kegiatan bengkel, yang keduanya memperoleh kemudahan daripada sekolah.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepercayaan diri seorang guru ditinjau daripada aspek keberkesanan, guru berasa yakin dengan dirinya yang disebabkan adanya penggilan jiwa dalam melaksanakan tugas. Namun kepercayaan diri sebagai guru kadangkala juga mengalami penurunan yang disebabkan mengenai gaji dan kemampuan dirinya. Dengan adanya program ‘sertifikasi’ sebagai usaha pemerintah untuk meningkatkan gaji dan memotivasi guru meningkatkan kemampuannya, kepercayaan diri seorang guru menjadi semakin meningkat.

5.5.2 Aspek Efisiensi

Seperti dihuraikan sebelumnya bahawa kepercayaan diri sebagai seorang guru disebabkan oleh faktor gaji dan profesionalismenya, untuk itu usaha yang hendaknya dilakukan adalah meningkatkan gaji guru dan peningkatan profesionalisme. Untuk peningkatan gaji guru, ada dua hal yang boleh dilakukan, iaitu sekolah memberikan tambahan pendapatan yang berupa elaun perjalanan, elaun tambahan jam mengajar dan elaun kehadiran. Metod lain adalah melalui program ‘sertifikasi’, iaitu program yang dilaksanakan secara nasional bagi guru dan dosen (pensyarah) sebagai amanat daripada undang-undang tentang guru dan dosen (pensyarah). Bagi mereka yang lulus program tersebut akan memperoleh tambahan pendapatan berupa satu kali gaji.

Kajian ini mendapati bahawa setiap sekolah memberikan tambahan pendapatan bagi guru yang besarnya bergantung kepada kemampuan sekolah, seperti dikatakan oleh

213 responden A06.B03.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 173-183) seperti yang berikut:

…sekolah ini memberikan tambahan pendapatan kepada guru , meski besarnya tidak banyak namun ini bentuk penghargaan yang diberikan sekolah kepada guru. Mereka yang masuk sekolah memperoleh transport tiga ribu rupiah dan ini berlaku untuk semua mulai dari satpam, TU hingga kepala sekolah, dan untuk guru memperoleh tambahan pendapatan dengan penghargaan sebesar tujuh ratus lima puluh rupiah setiap tatap muka, sehingga jika guru mengajar 18 jam dengan jumlah tatap muka 9 kali dalam satu minggu dan berarti 36 kali dalam satu bulan, maka guru akan memperoleh tambahan penghasilan sebesar 36 x Rp. 750.00, yaitu sebesar dua puluh tujuh ribu rupiah dan setiap hari guru masuk sekolah, maka akan memperoleh transport sebesar 24 x Rp.3000.00 = Rp. 72,000.00

Jika seorang guru melaksanakan tugas selama 24 hari untuk sebulan, dengan kewajipan mengajar 18 jam pelajaran, maka guru tersebut memperoleh pendapatan dari sekolah sebesar Rp.72,000.00 untuk elaun perjalanan, dan Rp.27,000.00 pendapatan daripada jam mengajar sehingga jumlah keseluruhan pendapatan yang diperoleh dari sekolah sebesar Rp.99,000.00 sebulan. Kalau diperhatikan, pendapatan yang diperoleh dari sekolah memanglah tidak besar, namun hal ini menunjukkan adanya penghargaan dan perhatian daripada sekolah kepada guru terhadap pengabdian yang dilakukan.

Program berikutnya adalah pelaksanaan ‘sertifikasi’, dan ini merupakan program yang sangat diharapkan oleh guru, kerana dengan lulus program setifikasi, guru akan memperoleh gaji sebesar satu kali gaji, seperti dikatakan oleh responden A02.B18.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 70-75) seperti yang berikut:

Setahu saya kok semua semangat sebagai seorang guru...Itu yang ditunggu teman-teman, karena dengan adanya sertifikasi pendapatan guru menjadi meningkat.

Manakala berkait dengan profesionalisme, langkah yang dilakukan sekolah bagi meningkatkan profesionalisme guru seperti dihuraikan sebelum ini adalah dengan meningkatkan peringkat pendidikan guru bagi yang belum memenuhi syarat, iaitu

214 mereka yang belum mengikuti program Sarjana Muda, maka sekolah memberikan kemudahan untuk mengikuti program tersebut. Selain itu, dilaksanakan program peningkatan profesionalisme secara tidak formal melalui kegiatan MGMP, MGMPS, dan bengkel. Sekolah juga memberikan kemudahan dengan adanya interaksi aktif antara guru di sekolah, seperti dikatakan responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 143-146) seperti yang berikut:

Sekolah telah memberikan kebebasan,.. dan teman-teman saya lihat kreatif dan selalu inovatif dalam melaksanakan pembelajaran,.. apalagi tempat duduk guru-guru sesuai dengan rumpun mata pelajarannya sehingga kesempatan untuk berdiskusi terbuka setiap saat

Pernyataan responden tersebut menunjukkan bahawa sebagai langkah bagi meningkatkan profesionalisme guru, sekolah memberikan kesempatan kepada guru untuk kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan pembelajaran dan jika ada yang perlu didiskusikan, maka boleh dilakukan di bilik guru, kerana posisi tempat duduk mereka di bilik guru berdekatan satu kelompok mata pelajaran, hal ini memudahkan bagi guru melaksanakan diskusi.

Daripada dapatan kajian ini diperoleh keputusan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan kepercayaan diri guru, iaitu melalui kenaikan gaji dan juga motivasi bagi meningkatkan kemampuannya, sama ada secara formal mahupun tidak formal.

5.5.3 Aspek Kecukupan

Seseorang yang berasa yakin dengan dirinya, maka dalam melaksanakan kewajipan akan mempunyai motivasi yang tinggi bagi meningkatkan prestasinya. Demikian juga seorang guru dengan kepercayaan diri yang tinggi akan mempunyai semangat dan motivasi bagi meningkatkan kemampuannya, prestasinya menjadi

215 semakin baik dan hasil yang diperoleh dengan sendirinya juga semakin baik. Seperti dikatakan responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 104-107) seperti yang berikut:

Jadi apa yaa.. confident.. guru-guru disini mempunyai kepercayaan yang kuat sebagai guru.. dan saya melihat guru-guru mempunyai motivasi untuk maju.. saya sering sampaikan kepada teman-teman tentang kewajipan kita sebagai guru…

Terlihat bahawa dengan kepercayaan dirinya, seorang guru mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi bagi meningkatkan kemampuanya dan sebagai seorang guru tugas utamanya adalah membawa murid-murid untuk meningkatkan prestasinya.

Meskipun seorang guru yakin dengan keberadaan dirinya, namun dalam implementasinya belum semua guru boleh meningkatkan motivasi bagi melaksanakan tugas pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian mengenai rendahnya motivasi guru bagi melaksanakan tugas terjadi di sekolah A03 dan A04, hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden A10.B19.T-07/07 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 135-137) seperti yang berikut:

Yaa.. karena kita yang punya anak, tapi gurunya ya biasa-biasa saja sepertinya,..malah.. kepala sekolahnya bilang …. karena jika tidak lulus bisa ikut program paket, kan repot

Keadaan guru yang demikian menunjukkan bahawa, guru belum boleh memberikan impak kepada dirinya agar memiliki motivasi yang tinggi bagi meningkatkan kemampuan murid melalui pembelajaran yang boleh menghantarkan murid mencapai prestasi cemerlang.

Daripada dapatan kajian tersebut boleh dikatakan bahawa kepercayaan diri seorang guru boleh meningkatkan motivasinya bagi meningkatkan kemampuan dirinya,

216 namun sebahagian daripada sekolah mempunyai permasalahan mengenai motivasi meningkatkan kemampuannya yang disebabkan oleh keadaan sekolah itu sendiri.

5.5.4 Aspek Purata

Setiap guru mempunyai hak dan peluang yang sama untuk meningkatkan kepercayaan dirinya, seperti melaksanakan Penyelidikan Tindakan Kelas (PTK). Sesungguhnya para guru telah melaksanakan kegiatan PTK, iaitu semasa mereka menemui permasalahan dalam melaksanakan kegiatan pembelajaran di kelas dan berusaha mencari penyelesaian daripada permasalahan tersebut. Namun kebiasaan menuliskan hasil penyelidikan yang telah dilakukan merupakan kelemahan yang dihadapi oleh sebahagian besar guru. Sebagaimana dikatakan oleh responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 113-117) seperti yang berikut:

Ya.. itu betul.. mereka memang sudah melaksanakan tetapi belum menulis,.. tetapi sekarang sudah mulai.. seperti ada teman yang nyampaikan “ saya punya judul ini, yaitu tentang snowball, bagaimana” ya.. diteruskan aja jika siklus pertama tidak jalan lanjutkan pada siklus berikutnya.. dan paling tidak guru-guru mulai tertarik..

Daripada kajian ini didapati bahawa sesungguhnya semua guru sudah melaksanakan penyelidikan mengenai tindakan kelas, kerana pada saat guru melaksanakan tugas pembelajaran, minimum pernah menemui murid yang bermasalah didalam belajar, dan guru tentunya berusaha mengetahui penyebab daripada permasalahan murid didalam belajar dan berusaha untuk mencari penyelesaian daripada permasalahan tersebut. Usaha yang dilakukan guru untuk mengetahui penyebab permasalahan kesukaran belajar daripada murid dan usaha mencari penyelesaiannya merupakan rangkaian kegiatan penyelidikan. Namun untuk menuliskan apa yang sudah dilakukan merupakan suatu kesukaran tersendiri bagi guru.

217 Menuliskan kegiatan yang dilaksanakan dalam usahanya bagi meningkatkan kemampuan murid yang berbentuk laporan penyelidikan, merupakan sebahagian daripada syarat lulus program ‘sertifikasi’, sehingga kegiatan menulis menjadi suatu keperluan untuk dipelajari dan dilaksanakan oleh guru.

Namun demikian ada sebahagian guru yang enggan untuk belajar meningkatkan kemampuan dirinya, padahal kemudahan sudah disediakan sekolah, seperti dikatakan responden A05.B13.T-11/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 207-213) seperti yang berikut:

Ndak ada pak...cuma gini Pak ada yang nggak mau berusaha kayak TI... ndak mau, tapi karena ada tuntutan... karena sekolahkan sudah mencanangkan TI, setidaknya setiap guru kan bisa... pegang komputer..ada yang sambil guyon.. wis yen ngono aku njaluk pensiun ae.. gitu .. karena mereka ndak ada semangat untuk belajar .. sebetulnya fasilitas ada.. lengkaplah cuma males lah .. karena mereka sukanya njagakne teman.. kalau terpaksa suruh ngerjakan sendiri biasanya dia nulis...

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keengganan guru bagi meningkatkan kemampuannya disebabkan semangat belajar yang kurang, untuk itu perlu didorong agar mempunyai motivasi untuk selalu belajar, dan belum semua guru mempunyai motivasi bagi meningkatkan kemampuan dirinya, padahal langkah ini merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan kepercayaan diri seorang guru.

5.5.5 Aspek Responiviti

Untuk meningkatkan kemampuannya, guru-guru saling bertukar maklumat permasalahan pembelajaran. Hal ini boleh menjadikan nilai kemuafakatan diantara mereka menjadi lebih tinggi dan boleh meningkatkan kepercayaan dirinya sebagai seorang guru, seperti dikatakan responden A02.B04.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 264-270) seperti yang berikut:

218 Untuk meningkatkan peran mereka menjadikan sekolah ini menjadi lebih baik salah satu yang dilakukan adalah adanya interaksi yang berkelanjutan antara guru per mata pelajaran dan hal ini diwujudkan dengan tempat duduk mereka di ruang guru dikelompokkan sesuai dengan mata pelajaran yang diajarkannya, sehingga jika ada waktu luang mereka bisa mendiskusikan mata pelajaran yang mungkin diperlukan sesuai dengan kelompok mata pelajaranya.

Kepercayaan diri sebagai guru menjadikan pemahaman mereka bahawa guru mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama terhadap murid-muridnya, keadaan ini memberikan impak kepada kemuafakatan dalam meningkatkan kualiti sekolah, seperti dikemukakan oleh responden A02.B18.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 79-80) seperti yang berikut:

Setahu saya guru-guru berasa mempunyai nasib yang sama sehingga nilai-nilai kemufakatan menjadi kental

Perasaan yang sama sebagai seorang guru, seorang profesional yang mempunyai gaji rendah, membawa impak kepada nilai-nilai kemuafakatan yang tinggi bagi melaksanakan kehidupan dan tugas, apalagi sekolah yang boleh dikatakan termasuk kategori rendah, nilai-nilai kemuafakatan dan keprihatinannya semakin tinggi dibandingkan dengan sekolah yang termasuk kategori pertama dan kategori kedua.

5.5.6 Aspek Kesesuaian

Daripada dapatan kajian dalam penyelidikan ini diperoleh keputusan bahawa guru memperoleh kepuasan dengan kegiatan membantu murid-murid meningkatkan prestasinya, dan mereka berasa mempunyai motivasi dan semangat untuk maju dan berkembang dengan mengikuti pelbagai kegiatan meningkatkan profesionalismenya, sama ada kegiatan yang berbentuk formal mahupun kegiatan yang berbentuk tidak formal. Namun dengan adanya pelbagai peraturan yang kadangkala mengikat guru untuk berbuat kreatif, menjadikan guru berasa kurang yakin bagi melaksanakan suatu inovasi. Hal ini yang kadangkala membuat guru selalu berhati-hati dan boleh

219 menjadikan kepercayaan diri sebagai seorang guru berkurang, seperti dikatakan responden A14.B16.T-28/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 68-72) seperti yang berikut:

Para guru telah puas dengan apa yang secara rutin dilakukan… kepercayaan diri untuk maju, berkembang dan profesional terkendala oleh aturan yang mengikat baik yang disusun oleh sekolah mahupun dinas. Takut untuk salah yang berdampak pada karir membuat para guru selalu berhati-hati yang justru hal ini mengurangi rasa kepercayaan dirinya.

Dapatan kajian ini memberikan erti bahawa meskipun autonomi sekolah sudah diberlakukan, namun peranan guru kadangkala masih terhalang oleh peraturan yang boleh membatasi guru untuk melaksanakan kewajipannya, hal inilah yang boleh mengurangkan kepercayaan diri seorang guru.

5.5.7 Ringkasan Dimensi Kepercayaan Diri

Kepercayaan diri guru akan profesionalisme masih relatif kecil, guru identik dengan pegawai yang patuh, setia, kerja rutin, gaji kecil, hal itulah yang masih mendominasi kepercayaan guru, demikian juga polisi pemerintah mengenai sistem penggajian, penghargaan, masih kurang, menjadikan guru tidak berasa yakin dengan dirinya.

Dengan adanya pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang memberikan harapan kepada guru mempunyai kepercayaan terhadap dirinya dalam melaksanakan tugas untuk mencerdaskan anak bangsa. Berikut dihuraikan rumusan ringkasan dimensi kepercayaan diri guru ditinjau daripada enam aspek pemantauan polisi seperti yang berikut.

Ditinjau dari aspek keberkesanan iaitu setakat mana guru mempunyai kepercayaan bahawa dirinya adalah termasuk orang yang bermanfaat dalam ikut

220 mencerdaskan anak bangsa. Di sekolah A01, A02, A05 didapati bahawa semua guru berasa yakin dengan keberadaan dirinya sebagai guru sehingga pelaksanaan kewajipan sebagai guru boleh dilaksanakan sepertimana seharusnya. Namun untuk sekolah A03, A04 dan A06, ada sebahagian guru yang berasa kurang yakin dengan dirinya, sehingga pelaksanaan tugas sebagai guru kadangkala terabaikan dan lebih mengutamakan pekerjaan di luar sebagai guru.

Aspek berikutnya adalah efisiensi, iaitu setakat mana usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kepercayaan diri sebagai seorang guru. Usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kepercayaan diri sebagai guru yang dilakukan sekolah A01 adalah dengan memberikan contoh dan motivasi kepada sesama rakan, terutama dengan melakukan penyelidikan, peningkatan kesejahteraan dan juga dengan peningkatan kemampuan guru boleh meningkatkan kepercayaan diri guru.

Untuk sekolah A02, A04, A05 dan A06 usaha yang dilakukan adalah adanya pelatihan, misalnya tentang penyelidikan tindakan kelas, tambahan kesejahteran, kenaikan gred jawatan yang selama ini menjadi halangan pada saat guru mempunyai gred jawatan IV A dan untuk ke gred jawatan IV B adalah sesuatu yang sangat sukar bagi guru-guru kerana halangan penulisan karya ilmiah. Untuk mencari penyelesaian daripada kesulitan penulisan karya ilmiah, penyelidik telah memberikan bengkel penulisan dan penyelidikan tindakan kelas di sekolah A02 pada akhir Julai 2007. Sedangkan untuk sekolah A03 lebih mengutamakan keprihatinan terhadap sesama rakan dan kemuafakatan untuk meningkatkan kepercayaan diri sebagai guru.

Manakala aspek kecukupan iaitu setakat mana kepercayaan diri guru boleh memberikan motivasi dan meningkatkan kualiti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan kemampuan yang dimiliki dan peranan sekolah untuk meningkatkan

221 kepercayaan diri guru mempunyai impak kepada motivasi yang tinggi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah, hal ini ditemui di sekolah A01, A02, A04, A05, dan A06, sedangkan di sekolah A03 meski kepercayaan diri guru mengalami peningkatan, namun dalam implementasi belum boleh meningkatkan motivasi guru untuk meningkatkan kualiti tugas pembelajaran.

Aspek berikutnya adalah purata iaitu, apakah setiap guru memperoleh kesempatan untuk meningkatkan kepercayaan dirinya. Daripada kajian ini menunjukkan bahawa di semua sekolah tempat kajian setiap guru mempunyai hak dan peluang yang sama untuk meningkatkan kepercayaan dirinya, seperti melaksanakan Penyelidikan Tindakan Kelas (PTK).

Aspek kelima adalah responiviti, iaitu setakat mana kepercayaan diri sebagai seorang guru boleh memberikan nilai kemuafakatan dan keprihatinan. Daripada dapatan kajian menjelaskan bahawa semua sekolah tempat kajian menunjukkan adanya nilai-nilai kemuafakatan dan keprihatinan yang tinggi, apalagi di sekolah A03 dan A04, kemuafakatan dan kepeduian antara rakan guru sangat tinggi.

Sedangkan aspek terakhir pemantauan polisi daripada kepercayaan guru adalah kesesuaian, iaitu kepercayaan diri guru boleh bermanfaat bagi peningkatan autonomi dalam peningkatan kualiti pendidikan. Daripada semua sekolah tempat kajian menunjukkan bahawa kepercayaan diri sebagai guru sangat diperlukan untuk meningkatkan kemampuan dalam bidang pengajian yang menjadi tugas mengajarnya, hal ini boleh memberikan motivasi untuk meningkatkan profesionalismenya

Dokumen terkait