• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dalam penyelidikan ini, guru yang menjadi responden adalah mereka yang berkhidmat sebagai pegawai pemerintah, iaitu guru yang dilantik oleh pemerintah sebagai pegawai yang bertugas di pejabat pemerintah dan digaji oleh pemerintah.

193 Guru sebagai pegawai pemerintah mengalami pelbagai masa dalam pengabdiannya, semasa pemerintahan orde baharu (1965-1998), guru banyak dimanfaatkan oleh parti yang berkuasa untuk mendokong dan mengkekalkan autoritinya, sehingga langkah dan gerak daripada guru sangat terhad. Semua amalan yang dikerjakan oleh guru harus sesuai dengan petunjuk pelaksanaan dan petunjuk teknikal yang dikeluarkan oleh pemerintah pusat, bahkan pelaksanaan pembelajaran mulai daripada penyusunan rancangan pembelajaran, pelaksanaan kegiatan belajar mengajar hingga penilaian harus menggunakan pedoman dari pemerintah pusat. Sehingga boleh dikatakan bahawa guru hanyalah orang yang mempunyai kewajipan menyampaikan pesan dari pemerintah dan tidak mempunyai autoriti untuk melaksanakan kewajipannya sesuai dengan inovasi dan kreativiti yang mungkin dimilikinya.

Berlangsungnya era reformasi pada tahun 1998 dan diberlakukannya autonomi daerah, guru sebagai pegawai pemerintah tidak diperkenankan menjadi ahli parti. Jika guru berkeinginan menjadi ahli parti, maka yang hendaknya dipilih adalah salah satu daripada dua hal tersebut, iaitu sebagai guru atau menjadi ahli parti, jika menjadi ahli parti, maka status sebagai pegawai pemerintah hendaknya ditinggalkan dengan mengambil cuti atau berhenti daripada menjadi pegawai pemerintah. Dengan cara demikian maka peranan guru sebagai pegawai pemerintah yang mempunyai kewajipan mencerdaskan kehidupan bangsa menjadi sesuatu yang diutamakan.

Guru juga memiliki status sebagai pemimpin masyarakat, mereka seringkali menjadi contoh kepada masyarakat sehingga ada perkataan bahawa guru adalah orang yang seharusnya digugu dan ditiru, ertinya orang yang diikuti dan dipercayai ucapannya serta dicontohi perilakunya, dan juga ada pepatah yang sudah umum diketahui

194 masyarakat Indonesia iaitu guru kencing berdiri, murid kencing berlari ertinya bahawa apa yang dilakukan oleh guru akan dicontohi oleh masyarakat.

Namun dalam perkembangannya, status guru banyak mengalami pergeseran, hal ini disebabkan adanya perubahan dan perkembangan model hubungan masyarakat, bahawa hubungan antara masyarakat yang sebelumnya didasarkan adanya kemuafakatan dan kekeluargaan berubah menjadi hubungan yang didasarkan adanya kepentingan, dalam erti keuntungan apa yang diperoleh pada saat berhubungan dengan yang lain dan juga apa kerugiannya Jika memungkinkan diperoleh banyak keuntungan maka hubungan itu dapat berlangsung dengan baik, namun jika yang terjadi adalah sebaliknya, maka hubungan itu menjadi bergeser bahkan mungkin tidak pernah terjadi perkongsian.

Dalam perkembangannya, masyarakat memandang guru sebagai orang yang mempunyai kewajipan untuk mengajar. Hubungan antara masyarakat dan guru juga bergeser, orang tua memberi upah kepada guru kerana telah mengajar anaknya, dan upah yang diterima guru pada saat ini tidak boleh memenuhi keperluan hidup untuk diri dan keluarganya. Sehingga profesion guru merupakan profesion pilihan terakhir daripada pelbagai profesion yang mungkin masih boleh didapatkan. Hal ini berakibat kepada status guru yang dikatakan sebagai profesion pilihan terakhir jika profesion yang lain tidak diperoleh.

Berlangsungnya program ‘sertifikasi’ bagi guru yang mempunyai impak kepada kenaikan gaji, memberikan nuansa kecerahan profesion guru, terlihat dengan adanya gejala meningkatnya bilangan pelajar yang mengambil program calon guru iaitu program sarjana muda perguruan yang ditempuh selama lebih kurang empat tahun.

195 Huraian berikut memberikan dapatan kajian mengenai pelaksanaan polisi pemerkasaan guru pada dimensi status dengan pemantauan yang terdiri daripada enam aspek seperti yang berikut.

5.4.1 Aspek Keberkesanan

Status yang dimiliki seseorang mempunyai impak terhadap kedudukannya dalam hubunganya dengan kehidupan masyarakat, sama ada dalam kelompok profesionnya mahupun dalam kehidupan masyarakat persekitarannya. Berkait dengan status guru dalam hubunganya dengan masyarakat persekitaran, boleh dikatakan bahawa guru masih mempunyai status sosial yang tinggi di masyarakat, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 169-176) seperti yang berikut:

Saya secara pribadi sebagai seorang guru.. berasa bangga .. karena dilingkungan saya.. saya… P Bagong … oleh masyarakat masih dipercaya P Bagong ketua RT saya ketua RW .. jadi menurut saya status guru dimasyarakat masih cukup baik.. misalkan ada pilihan kepala desa… guru pun masih dilibatkan.. jadi kalau saya menjadi guru…di masyarakat pun berasa dihati mereka ada tempat tersendiri. Kemarin seperi pemilihan umum itu 60% panitianya dari perangkat guru .. jadi itu salah satu kebanggaan kami bahwa di masyarakat mendapat tempat

Sepertimana dikatakan oleh responden, bahawa sebagai seorang guru yang dikatakan sebagai orang yang diguru dan ditiru, dalam hubunganya dengan masyarakat persekitaran mempunyai kedudukan yang cukup baik. Hal ini boleh dilihat bahawa responden masih dipercayai untuk mewakili masyarakat sebagai Ketua Rukun Warga (RW), demikian juga pada masa pengundian am untuk mengundi ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Pusat dan Daerah, majoriti panitia pelaksana berasal daripada guru, ini merupakan salah satu bukti bahawa status guru di masyarakat sampai hari ini memperoleh kepercayaan.

196 Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai status sosial yang tinggi di masyarakat, keadaan tersebut mempunyai impak kepada perasaan bangga menjadi seorang guru, seperti dikatakan oleh responden A05.B15.T-05/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 162-165) seperti yang berikut:

…. mereka sangat bangga sebagai seorang guru, hal ini dapat dilihat dengan masa kerja mereka yang sudah lama, kalau seandainya mereka tidak krasan sebagai guru mungkin sudah keluar untuk mencari kerja selain guru, selain itu mungkin karena kondisi lingkungan kerja di sekolah ini yang kondusif

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebagai seorang guru sampai saat ini masih merupakan suatu kebanggaan tersendiri, dan sebahagian faktor keengganan bagi meninggalkan pekerjaan sebagai seorang guru kerana keadaan persekitaran tempat melaksanakan kewajipan yang kondusif, adanya nilai-nilai kemuafakatan yang selalu diamalkan sebagai seorang profesional yang senasib.

Namun, sebahagian daripada guru berasa bahawa status yang dimilikinya sebagai guru hanya ada di persekitaran sekolah, sedangkan jika di masyarakat persekitaran status sebagai guru tidak mempunyai erti di hati masyarakat, dalam erti bahawa guru sebagai orang yang seharusnya diikuti segala yang dikatakan dan dicontoh perilaku yang diamalkan tidak boleh wujud di masyarakat. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 156-159) seperti yang berikut:

Ya.. memang jadi guru seharusnya di gugu dan ditiru.. contohnya saya saja... kalau di sekolah karena jaga imej sebagai guru tok..kalau diluar ya . biasa saja.. yang setahu saya kebanyakan ya seperti itu.. kalau di sekolah sebagai guru kalau diluar sudah beda lagi statusnya.. bukan guru lagi

Daripada kajian ini didapati bahawa status sebagai guru boleh dikatakan sudah mengalami perubahan, yang disebabkan adanya pergeseran model hubungan masyarakat. Sebahagian masyarakat menganggap guru sebagai orang yang mempunyai

197 pekerjaan mendidik anak-anak di sekolah, sehingga tugas ibu bapa kepada guru adalah memberikan wang sebagai hasil daripada pekerjaannya. Sebahagian daripada masyarakat masih menghormati peranan seorang guru sebagaimana dikatakan oleh responden A06.B06.T-04/06. Berubahnya cara pandang masyarakat kepada guru juga disebabkan oleh guru itu sendiri, yang menganggap bahawa dirinya sebagai guru hanya ketika berada di sekolah namun pada saat di luar sekolah dia boleh melakukan sesuatu sesuai keinginannya dan bahkan hal itu kurang berkenan untuk dicontoh. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 177-181) seperti yang berikut:

Ndak juga... dari dirinya ... misalnya.. seperti saya.. kalau di sekolah ya seperti ini tapi kalau diluar ya ndak begini... saya kan nggak munafik kan artinya saya katakan apa adanya. Sebenarnya menurut saya.. seharusnya omongan dan tindakan harus sama.. sebagai contoh peraturan rok murid minimal 5 cm dibawah lutut.. kenyataannya kan seperti itu to...

Namun demikian, status guru di sekolah boleh dikatakan masih menjadi orang yang diikuti sesuatu yang dikatakan dan akan dicontoh perilaku yang diamalkan.

5.4.2 Aspek Efisiensi

Seperti dihuraikan sebelumnya, bahawa status guru mengalami pergeseran, hal ini kerana adanya perubahan pola hubungan yang terjadi di masyarakat. Sebelumnya guru merupakan suatu profesion yang menjadi pilihan utama masyarakat kerana mempunyai gaji yang boleh dikatakan cukup baik, keadaan ini terjadi pada masa sebelum tahun 1980-an dan sekarang bergeser sebagai profesion yang menjadi pilihan terakhir jika profesion yang lain tidak boleh diraih.

Memperhatikan adanya pergeseran pandangan, maka pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan status guru, salah satu usaha yang sekarang sedang dilakukan oleh

198 pemerintah agar profesion guru merupakan profesion pilihan utama bagi para alumni SMA dalam melanjutkan pengajian adalah dengan menaikkan gaji guru. Peningkatan gaji guru tidak dilakukan secara automatik sesuai dengan gred jawatan yang dimilikinya. Namun dengan cara menggunakan ukuran setakat mana profesionalisme guru boleh terwujud yang didasarkan kepada aktiviti yang dilakukanya dalam bidang akademik, seperti penulisan karya ilmiah, keaktifannya dalam kegiatan ilmiah seperti seminar, bengkel, keaktifan dalam kegiatan di masyarakat, seperti keterlibatannya dalam pengurusan organisasi masyarakat.

Serangkaian aktiviti tersebut merupakan persyaratan guru yang harus dipenuhi agar lulus dalam program ‘sertifikasi’ dan bagi mereka yang lulus ‘sertifikasi’, berhak memperoleh tambahan gaji sebesar satu kali gaji. Sebagaimana dikatakan responden A02.B18.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 74-83) seperti yang berikut:

Itu yang ditunggu teman-teman, kerana dengan adanya ‘sertifikasi’ pendapatan guru menjadi meningkat.

Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa program ‘sertifikasi’ sangat diharapkan, kerana dengan lulus program tersebut akan diperoleh tambahan gaji sebesar satu kali gaji. Namun kerana program tersebut masih dalam proses, maka responden A18.B10.T-08/07 mengharapkan agar pelaksanaan dan konsekuensinya betul-betul dilaksanakan oleh pemerintah sebagaimana tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 80-85) seperti yang berikut:

Yaaa.. memang sekarang ini dengan program sertifikasi memang perancanganannya cukup bagus.. mudah-mudahan kami berharap bisa dilakukan.. kemarin pada saat saya mengikuti pengarahan dari Pak Fasli Jalal bagus sekali.. dan sangat menjanjikan .. mudah-mudahan dinas dapat mengantisipasi dengan baik kemudian eee.. pusat juga konsekuen.. nanti sini sudah ngoyo tibake nggletek. kan susah..

199 Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan profesionalisme guru melalui program ‘sertifikasi’, pada masa sekarang masih dalam proses tahap pertama dengan melaksanakan ujian ‘sertifikasi’ kepada mereka yang mempunyai masa kerja relatif lama. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan ‘sertifikasi’ pada tahap pertama boleh dikatakan terjadi kegagalan, hal ini sebahagian besar disebabkan oleh kecurangan yang dilakukan oleh guru terhadap berkas-berkas cadangan program tersebut yang berbentuk portfolio. Didapati beberapa berkas cadangan adalah palsu, keadaan ini menodai status guru itu sendiri, mereka berusaha dengan cara yang tidak jujur agar lulus ‘sertifikasi’.

Memperhatikan pelaksanaan program ‘sertifikasi’ pada tahap pertama dengan sistem portfolio memberikan impak bahawa guru menyerahkan berkas-berkas yang diduga adalah palsu. Tim ‘sertifikasi’ mengusulkan kepada pemerintah pusat untuk mengevaluasi pelaksanaan program melalui portfolio, dan jika mungkin pelaksanaannya dilakukan sepertimana pelaksanaan kenaikan tingkat kepegawaian yang boleh dikatakan sudah teruji dan sudah dilaksanakan mulai tahun 1990-an. Meskipun demikian, guru-guru yang berkhidmat di ‘SMPN’ Malang tempat kajian ini dilaksanakan, mereka telah lulus ujian program tersebut, kerana mereka yang mengajukan permohonan ujian ‘sertifikasi’ adalah yang mempunyai kelayakan yang baik.

5.4.3 Aspek Kecukupan

Peningkatan kualiti pendidikan di sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satu faktor adalah peranan guru. Namun di beberapa sekolah peranan tersebut masih belum optimum dilaksanakan, kerana guru dalam melaksanakan kewajipan mengajar dari waktu ke waktu hanya memindahkan ilmu, tidak memindahkan nilai. Cara mengajar yang dilakukan juga tetap dari masa ke semasa yang bererti tidak ada

200 kemajuan, seperti dikatakan oleh responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 54-57) seperti yang berikut:

Apapun merubah kebiasaan adalah suatu hal yang sulit, model cara mengajar saja.. seperti teman-teman yang sudah enjoy dengan cara mengajar pola lama.. ya tetap saja berlaku seperti itu.. ya transfer ilmu.. namun secara pelan-pelan hal seperti itu tidaklah baik..

Sedangkan jika dilihat di sekolah yang mempunyai kod A03 dan A04, input daripada murid boleh dikatakan mempunyai kemampuan yang rendah, keadaan ini mempunyai impak kepada motivasi guru dalam mengajar juga rendah. Sehingga peningkatan kualiti pendidikan agak perlahan, seperti dikatakan responden A10.B19.T-07/07 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 193-198) seperti yang berikut:

Kalau kondisi guru…saya pernah wawancara dengan teman guru yang juga pernah mengajar di SMPN ini dan sekarang mengajar di tempat lain.. saya pancing-pancing.. ia cerita.. ooo iya pak itu aduh gurunya parah.. terutama si ini itu.. tapi itu baru cerita dan sesungguhnya merupakan sumber yang bisa dipercaya karena dia mempunyai pengalaman mengajar di tempat itu .. jadi tahu si A si B yang mempunyai kompetensi bagus

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keadaan guru di sekolah tersebut sesungguhnya memprihatinkan, sehingga perlu ada suatu cara bagi meningkatkan kemampuannya dan pernyataan tersebut memberikan petunjuk kepada penyelidik untuk mengetahui lebih jauh.

Dengan adanya maklumat seperti dikatakan oleh responden A10.B19.T-07/07, penyelidik mencuba mencari data mengenai keadaan guru di sekolah tersebut, dan didapati bahawa keadaan guru sepertinya kurang mempunyai motivasi bagi meningkatkan kualiti prestasi murid. Hal ini disebabkan oleh keadaan input murid yang mempunyai kualiti rendah, sehingga untuk meningkatkan kualiti prestasi murid mengalami kesukaran. Impaknya adalah, guru hanya melaksanakan kewajipan

201 menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengawal bagaimana murid boleh hadir di sekolah adalah sesuatu prestasi yang baik.

Keadaan tersebut bukan bererti guru enggan bagi meningkatkan prestasi murid, namun disebabkan oleh keadaan murid yang majoriti mempunyai kemampuan rendah dan agak sukar untuk ditingkatkan prestasinya. Selain itu dokongan daripada ibu bapa yang rendah, hal ini disebabkan oleh keadaan ekonomi ibu bapa yang sangat rendah. Sebahagian besar daripada ibu bapa adalah pekerja harian, sebagai tukang batu, buruh harian, sehingga boleh dikatakan bahawa keadaan ekonomi ibu bapa adalah ekonomi lemah, hal ini mempunyai impak kepada rendahnya perhatian kepada anak-anak untuk sekolah, mereka beranggapan bahawa jika anak-anaknya pergi ke sekolah itu sudah dianggap baik dan belum memikirkan bagaimana prestasi anaknya menjadi lebih baik.

Kehidupan seseorang dalam memenuhi keperluannya adalah dengan mengutamakan keperluan utama iaitu sandang, papan dan pangan ertinya bahawa dalam menjalani suatu kehidupan maka unsur utama yang perlu dipenuhi adalah masalah pakaian, rumah dan makanan. Jika tiga hal tersebut sudah terpenuhi maka mereka akan berusaha untuk memenuhi keperluan yang sifatnya keperluan sekunder.

Memperhatikan keadaan ekonomi ibu bapa daripada murid-murid yang bersekolah di ‘SMPN’ ini, maka boleh dikatakan bahawa masalah pendidikan bukan merupakan unsur utama. Sesuatu yang wajar jika usaha bagi meningkatkan kemampuan murid agak memperoleh halangan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi ibu bapa yang tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan kemudahan untuk belajar, seperti dikatakan oleh responden A04.B08.T-14/05yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 51-58) seperti yang berikut:

202 …kondisi dari orang tua itu sebagian besar kurang perhatian.. kenapa… karena mayoritas orang tua sebagai wali murid bekerja sebagai buruh.. sehingga pagi berangkat sama anak… pulang malam sehingga kurang memperhatikan kondisi belajar anak.. sehingga tidak menutup kemungkinan anak itu tidak ada yang memperhatikan..kemudian juga dari sisi ekonomi sangat berpengaruh kepada anak… anak kan hanya melihat uang ada mahupun tidak contohnya anaknya seorang kuli …padahal disekolah kan sarana ada tapi kan tidak cukup untuk masing-masing anak ..

Selain daripada keadaan ekonomi ibu bapa yang rendah, kemudahan daripada sekolah juga tidak mencukupi, seperti buku pelajaran yang terhad, sedangkan orang tua tidak mempunyai kemampuan membelikan buku kepada anaknya. Hal ini juga menjadi faktor bahawa guru dalam melaksanakan kewajipan terhad kepada mengajar, usaha bagi meningkatkan kualiti prestasi murid mempunyai banyak permasalahan.

5.4.4 Aspek Purata

Setiap guru memperoleh peluang meningkatkan statusnya, seperti progam ‘sertifikasi’ guru, namun sebahagian guru malas memenuhi persyaratan ‘sertifikasi’. Keadaan ini disebabkan mereka kurang mempunyai motivasi bagi meningkatkan kualitinya, namun sebahagian besar daripada guru mempunyai semangat untuk lulus dalam ‘sertifikasi’, yang tercermin dengan semangatnya untuk mengikuti kegiatan bengkel dan yang semacamnya.

Meskipun demikian sebahagian daripada guru tidak sedar bahawa sesungguhnya ia adalah seorang guru yang mempunyai kewajipan melaksanakan pembelajaran di sekolah, seperti dikatakan responden A06.B03.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 128-132) seperti yang berikut:

Ya... memang ada sedikit yang bermasalah, namun secara umum mereka sudah mulai senang dengan profesinya sebagai guru. Ya… yang namanya guru memang ada yang kadang-kadang tidak mau sedar tugasnya sebagai guru, dan di sekolah ini ada satu orang guru yang bermasalah, ia sering tidak melaksanakan tugasnya..

203 Demikian juga sebahagian daripada guru yang disebabkan gaji sebagai guru lebih kecil jika dibandingkan dengan aktiviti yang bersangkutan diluar sebagai guru, sehingga tugas sebagai guru seringkali dikalahkan dengan aktiviti di luar sebagai guru, seperti dikatakan responden A03.B26.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 141-147) seperti yang berikut:

...ada juga beberapa guru bukan masalah yakin dan ndak yakin... tapi menghiraukan gitu lho pak .. kan ada yang nyambi jadi musisi.. gitu.. kadang ngajarnya di nomor sekiankan... kebetulan saya deket dengan orang itu dan sempat saya tanya... lho pak enakan mana jadi guru dibanding dengan musisi.... dia jawab lebih enak ini... duitnya lebih banyak.. sekali main dia ndapat lima ratus ribu hingga satu juta gitu.. dan saya lihat orang ini sering dapat tanggapan

Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada guru sedar dengan statusnya yang mempunyai tugas memberikan pelajaran kepada murid-murid agar mereka mempunyai prestasi yang baik. Sebahagian daripada mereka kurang sedar terhadap statusnya sebagai guru, hal ini disebabkan gaji sebagai guru adalah lebih kecil dibandingkan dengan gaji selain guru, contohnya sebagai ahli muzik, sekali memperoleh job pendapatan yang boleh diterima separuh daripada gaji guru selama sebulan.

5.4.5 Aspek Responiviti

Status sebagai guru boleh menjadikan perekat diantara mereka, sama ada pada peringkat tempatan, daerah mahupun nasional. Pada peringkat tempatan mereka mempunyai rasa kemuafakatan sekelompok guru mata pelajaran, dan secara nasional melalui Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI), sehingga boleh dikatakan bahawa status sebagai guru menjadikan mereka mempunyai kemuafakatan dalam membela dan memperjuangkan nasib, dan juga ada Badan Bukan Pemerintah seperti FOKUS iaitu

204 Forum Komunikasi dan Solidaritas yang sering memberikan advokasi kepada guru yang mempunyai permasalahan dengan jawatan terkait.

Penyelidik pernah mengikuti kegiatan yang dilakukan FOKUS dalam kegiatan bengkel mengenai peranan ‘Komite Sekolah’ bagi meningkatkan prestasinya sebagai kelompok daripada masyarakat yang mempunyai tugas membantu meningkatkan kualiti sekolah dan diikuti oleh ketua ‘Komite Sekolah’ seluruh Jawa Timur yang diselenggarakan di Malang pada awal Julai 2007. Kegiatan ini memberikan pengertian dan pemahaman mengenai tugas dan fungsi sebagai ‘Komite Sekolah’, kerana dibeberapa tempat, ‘Komite Sekolah’ hanya sebagai tukang stempel yang bererti bahawa segala yang dirancang oleh sekolah tidak melibatkan ‘Komite Sekolah’. Namun kerana program tersebut harus memperoleh persetujuan daripada ‘Komite Sekolah’, maka ketua ‘Komite Sekolah’ diminta menyetujui dengan memberikan tanda tangan dan stempel daripada ‘Komite Sekolah’. Demikian juga terdapat sebahagian ‘Komite Sekolah’ yang berperanan seperti parlimen, mereka mempunyai pemikiran bahawa ‘Komite Sekolah’ yang mempunyai hak untuk mengangkat dan memberhentikan pengetua, sedangkan pengetua dan guru-guru di sekolah dianggap seperti pihak pemerintah yang melaksanakan segala polisi daripada ‘Komite Sekolah’.

‘Komite Sekolah’ adalah partner daripada sekolah bagi melaksanakan program-program yang telah dirancang bersama bagi peningkatan kualiti sekolah, inilah peranan yang hendaknya dilakukan oleh ‘Komite Sekolah’ sebagai wakil daripada ibu bapa dan masyarakat terlibat meningkatkan kualiti sekolah.

Perasaan senasib yang dimiliki oleh guru, yang sama-sama mempunyai tugas dan kewajipan untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak bangsa boleh menjadikan eratnya hubungan di antara mereka, seperti dikatakan responden A06.B03.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 201-208) seperti yang berikut:

205 … keprihatinan guru terhadap rekan dan keluarganya sangat tinggi, suatu misal ada keluarga teman yang mengalami musibah, maka teman-teman guru mempunyai keprihatinan yang tinggi, namun untuk acara silaturahim dari rumah ke rumah yang tidak mungkin dilakukan, kerana jumlah guru ada 80 dan kalau setiap keluarga yang datang 2 orang, maka rumah tidak akan mencukupi dan hal ini malah merepotkan yang ketempatan, maka langkah yang dilakukan adalah jika ada acara secara bersama-masa misalkan istighozah maka dilakukan di sekolah.

Senasib dan seperjuangan sebagai seorang guru menjadikan mereka mempunyai

Dokumen terkait