• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB LIMA PELAKSANAAN POLISI PEMERKASAAN GURU DI ENAM BUAH SEKOLAH. Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian mengenai pelaksanaan polisi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB LIMA PELAKSANAAN POLISI PEMERKASAAN GURU DI ENAM BUAH SEKOLAH. Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian mengenai pelaksanaan polisi"

Copied!
86
0
0

Teks penuh

(1)

159 BAB LIMA

PELAKSANAAN POLISI PEMERKASAAN GURU DI ENAM BUAH SEKOLAH

5.1 Pengenalan

Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian mengenai pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi iaitu, dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan dimensi pengaruh di enam buah ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri, terpilih di bandar Malang, Indonesia. Setiap dimensi dibincangkan berdasarkan enam aspek pemantauan polisi, iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responiviti dan aspek kesesuaian.

Bilangan ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri, di bandar Malang ada 24 buah sekolah, daripada sekolah tersebut terbahagi menjadi tiga kategori, dengan bilangan masing-masing kategori terdiri daripada lapan buah sekolah. Sepertimana dihuraikan dalam kaedah penyelidikan mengenai pemilihan sekolah sebagai sampel kajian, iaitu masing-masing kategori dipilih tiga buah sekolah secara rambang, kemudian dalam kajian kualitatif dari masing-masing kategori yang terdiri daripada tiga buah sekolah dipilih dua buah sekolah yang didasarkan kepada perwakilan masing-masing kategori sebagai tempat kajian kualitatif. Sehingga kajian ini boleh menghuraikan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di enam buah sekolah terpilih dan membandingkan di antara sekolah-sekolah dalam kategori yang berbeza.

(2)

160 Dua buah sekolah yang termasuk kategori pertama diberi kod A01 dan A02, dua sekolah dalam kategori kedua diberi kod A05 dan A06 dan yang terakhir adalah dua buah sekolah yang termasuk kategori ketiga dengan kod A03 dan A04.

5.2 Dimensi Penglibatan Guru dalam Membuat keputusan

Dalam sesebuah organisasi memiliki beberapa proses pelaksanaan membuat keputusan, sebahagian daripada sesebuah organisasi melaksanakan membuat keputusan dengan cara dimusyawarahkan dengan semua ahli, sehingga semua ahli mempunyai kesempatan terlibat dalam membuat keputusan. Terdapat sebahagian organisasi yang melaksanakan membuat keputusan tanpa musyawarah dengan ahli dan dilakukan oleh pimpinan daripada organisasi, dan sebahagian yang lain dilakukan dengan melantik wakil daripada setiap bahagian kumpulan untuk bermusyawarah dalam menentukan membuat keputusan.

Manakala dalam lembaga pendidikan yang berbentuk sekolah, pelaksanaan membuat keputusan, seperti perancangan program sekolah, proses perancangan pembelajaran, terdapat pelbagai bentuk pelaksanaannya. Sebahagian sekolah, membuat keputusan ditentukan oleh pengetua tanpa ada maklumat terlebih dahulu atau dimusyawarahkan dengan staf dan para guru. Sesetengah keputusan dibuat dengan mengikutsertakan wakil daripada beberapa guru dan staf secara bersama-sama melaksanakan mesyuarat. Namun, terdapat sekolah yang melakukan membuat keputusan dengan melibatkan semua guru dan staf secara bersama-sama membuat suatu keputusan yang akan dilaksanakan secara bersama.

Dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri, di Malang, Indonesia, sesuai dengan program pelaksanaan autonomi daerah bidang pendidikan yang berlaku, maka bandar Malang merupakan salah satu daripada

(3)

161 daerah yang melaksanakan autonomi bidang pendidikan dan telah mengamalkan pelaksanaan autonomi sekolah. Sekolah diberikan autoriti sepenuhnya bagi melaksanakan kegiatan pendidikan sesuai dengan keadaan sekolah, seperti merancang dan melaksanakan program yang sesuai, pencarian dana bagi kegiatan sekolah, penyusunan kurikulum yang sesuai dengan keadaan sekolah yang disebut dengan kurikulum tingkat satuan pendidikan.

Dengan demikian, guru mempunyai peluang berperanan dalam menyelesaikan suatu permasalahan yang mungkin terjadi di sekolah dimana guru berkhidmat, sama ada permasalahan yang berkaitan dengan perancangan progam kegiatan sekolah secara keseluruhan mahupun perancangan program pembelajaran yang sesuai dengan mata pelajaran yang menjadi tugas dan tanggungjawab guru.

Kajian mengenai penglibatan guru dalam membuat keputusan, dibincangkan dalam bahagian berikut dan terbahagi menjadi tujuh perbahasan aspek pemantauan polisi, iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti, kesesuaian dan yang terakhir adalah perbincangan ringkasan dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan.

5.2.1 Aspek Keberkesanan

Sesuatu program boleh dikatakan berkesan jika pelaksanaan dan hasilnya sesuai dengan pelan yang sudah diprogramkan. Pelaksanaan penglibatan guru dalam membuat keputusan sebagai dimensi pertama daripada pemerkasaan guru ini dikatakan berkesan jika guru-guru yang berkhidmat di sekolah mempunyai peranan dalam pelaksanaan membuat keputusan.

(4)

162 Terdapat pelbagai program sekolah seperti Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS), iaitu suatu perancangan secara menyeluruh daripada pengembangan sekolah yang akan diberlakukan dalam satu tahun, Rancangan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Sekolah (RAPBS), iaitu suatu perancangan mengenai kewangan yang diperoleh sekolah dan penggunaannya yang dibuat setiap awal tahun.

Penentuan staf, iaitu pemilihan penolong pengetua yang terdiri daripada penolong pengetua yang membantu pengetua mengurus secara keseluruhan kegiatan sekolah serta mewakili pengetua jika sedang berhalangan dalam suatu aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

Penolong pengetua bidang kurikulum yang bertugas menyusun dan merancang kegiatan belajar mengajar dalam satu tahun, penolong pengetua hal ehwal murid yang bertugas membantu pengetua mengurus kegiatan murid, sama ada aktiviti di dalam mahupun di luar sekolah serta penolong pengetua bidang kemudahan iaitu penolong pengetua yang bertugas mengurus segala sesuatu yang berkaitan dengan kemudahan yang terdapat di sekolah, sama ada kemudahan proses belajar dan pembelajaran, mahupun kegiatan ko-kurikulum seperti ‘pramuka’, iaitu kegiatan kepanduan, Palang Merah Remaja (PMR) iaitu kegiatan murid mengenai pertolongan pertama jika berlaku kemalangan, kegiatan seni, iaitu aktiviti murid berkaitan dengan bidang seni, seperti seni muzik dan melukis.

Dalam pelaksanaannya, pelbagai kegiatan tersebut melibatkan peranan guru dalam membuat keputusan, sehingga boleh memberikan impak kepada guru berupa kepuasan dalam melaksanakan pekerjaan, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B31.T-07/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 17-40) seperti yang berikut:

(5)

163 Di SMP ini terdapat koordinator-koordinator,.. seperti menyusun RAPBS mula- mula sudah berkoordinasi dengan para anggotanya.. kira-kira kedepannya apa,.. programnya apa saja lha… itu nanti yang akan disampaikan kepada tim inti penyusun… dan tim inti menampung resume semua dari koordinator. Jadi seperti RAPBS merupakan kebutuhan kita bersama, karena dari awal sudah menyampaikan dan sudah diakomodasi…. dan dalam hal ini memang tidak bisa melibatkan semuanya… tetapi melalui perwakilan koordinator dan koordinator membawa suara dari anggotanya, dan membuat keputusan ya… secara bersama..Seperti pelaksanaan Penyelidikan Tindakan Kelas (PTK) untuk tahun ini disepakati disediakan dana 10 juta rupiah dan hal ini hasil kesepakatan dengan teman-teman guru, kemudian di sekolah ini semua pekerjaan dibagi habis,..dengan cara demikian mereka berasa senang….

Ahli dalam sesebuah organisasi akan berasa selesa jika komunikasi antara ahli dan juga antara ahli dengan pimpinan boleh terlaksana dengan baik. Demikian juga dalam persekitaran sekolah, jika komunikasi antara guru dengan guru mahupun antara guru dengan pengetua adalah baik, maka pelaksanaan tugas-tugas guru akan berlangsung dengan baik. Apalagi jika guru memperoleh kesempatan bagi menyampaikan maklum balas mengenai perancangan program sekolah, maka guru akan berasa selesa. Sebagaimana dikatakan oleh seorang responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 dalam transkripsi hasil temu bual (baris 50-53) seperti yang berikut:

Untuk keterlibatan… saya katakan secara garis besar sekarang lebih transparan dan bapak ibu guru lebih nyaman karena jika mereka usul… katakanlah ada tempatnya itu berasa seneng.. karena kalau usul ndak ada tempatnya itu kepuasanya menjadi berkurang..

Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh memberikan kesempatan kepada guru bagi menyampaikan maklum balas mengenai perancangan program sekolah dan juga memberikan kesempatan kepada guru terlibat menyelesaikan suatu permasalahan yang mungkin terjadi di sekolah. Aktiviti ini boleh memberikan kepuasan kerja kepada guru dalam melaksanakan tugas. Selain itu, bahawa dengan penglibatannya dalam membuat keputusan, guru berasa terlibat meningkatkan kualiti sekolah, seperti dikatakan oleh

(6)

164 responden yang mempunyai kod A03.B07.T-07/05 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 24-28) seperti yang berikut:

Kebijakan yang diambil oleh sekolah di SMP ini menggunakan prinsip proaktif, dan teman-teman berpikir positif dan mendukung kegiatan-kegiatan sekolah,.. mereka juga berpikir bahwa ini adalah kesempatan baik untuk meningkatkan kualitas sekolah.. setiap proses-proses yang diambil oleh sekolah.. rekan-rekan mendukung

Kajian ini mendapati bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh menjadikan guru berasa berpuas hati, terdapat kepuasan dalam melaksanakan pekerjaan dan juga berasa berjasa terlibat meningkatkan kualiti sekolah, sehingga boleh dikatakan bahawa dimensi pertama daripada pemerkasaan guru dengan aspek pemantauan keberkesanan boleh wujud sesuai dengan perancangan.

5.2.2 Aspek Efisiensi

Pelaksanaan penglibatan guru dalam membuat keputusan dilakukan dengan pelbagai cara, hal ini berhubungan dengan aspek efisiensi pelaksanaan. Ada yang melaksanakan penglibatan guru dengan cara tidak melibatkan semua guru secara langsung bagi membahas dan mengkaji sesuatu rancangan, namun cara yang dilakukan dengan sistem perwakilan. Cara yang dilakukan dengan sistem perwakilan sebagai usaha menghindari berlakunya tidak efisien pelaksanaan pembahasan rancangan, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B13.T-11/06 dalam transkripsi temu bual (baris 81-92) seperti yang berikut:

Ya.,.. untuk menghindari pemborosan…jadi tiwas nggak fokus hasilnya .. akhirnya perwakilan. Sebab kalau terlalu banyak… biasanya ndak fokus.. tapi kalau dulu kepala sekolahnya siapa ya…. (dia lupa pada saat itu siapa kepala sekolahnya) RAPBS tidak melibatkan perwakilan hanya staf.. sekarang seperti RAPBS melibatkan guru ..

(7)

165 Bentuk perwakilan dalam pembahasan penglibatan guru dalam membuat keputusan, sebahagian menggunakan wakil setiap kelompok guru mata pelajaran, misalnya mata pelajaran matematik yang terdiri dari lapan orang guru dalam suatu sekolah, mereka mempunyai kewajipan mendiskusikan terlebih dahulu rancangan yang akan dibawa oleh wakil mereka, sama ada berupa evaluasi terhadap program yang sudah berjalan mahupun cadangan untuk program yang akan datang. Langkah berikutnya dari lapan orang guru matematik tersebut memilih wakil yang akan membawa hasil persidangan kelompok untuk dibahas di persidangan yang diikuti oleh seluruh guru yang mewakili kelompok guru mata pelajaran. Seperti yang dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B13.T-11/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 21-24) seperti yang berikut:

Biasanya kita satu rumpun guru, matematika misalnya terambil satu .. kemarin itu kebetulan barusan ada.. matematika sendiri rundingan kita butuh apa terus perwakilannya menyampaikan di forum rapat... tidak semua diundang untuk RAPBS... ndak.. tapi perwakilan

Demikian juga yang berlaku di sekolah yang mempunyai kod A06, pada saat membahas rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah, dilakukan dengan cara perwakilan daripada kelompok guru mata pelajaran, hal ini dilakukan untuk efisiensi pelaksanaan pembahasan.

Pelaksanaan penyusunan dan pembahasan sesuatu perancangan daripada wakil guru dilaksanakan dengan cara dikarantina selama beberapa hari agar fokus dalam mengevaluasi rancangan pada tahun sebelumnya serta mencari alternatif penyelesaian terhadap permasalahan yang muncul dan menyusun rancangan untuk tahun berikutnya. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 22-28) seperti yang berikut:

(8)

166 …pada saat penyusunan RAPBS ini dibentuk perwakilan guru .. sebab kalau mengambil 60 guru kan ndak mungkin… bahasa Indonesia diwakili satu… matematika diwakili satu… itu terus timnya membuat rumusan … kira-kira apa yang menjadi kendala kalau mungkin terkait dengan dana akan dicarikan solusinya lewat RAPBS.. itu dilaksanakan dengan karantina beberapa hari.. makanya saya katakan bahawa 4 tahun terakhir keikutsertaan guru lebih baik.. Manakala sebahagian daripada sekolah, cara membentuk kelompok kerja mengenai suatu bahagian yang hendak dibicarakan perancangannya dengan melibatkan semua guru pelbagai mata pelajaran. Masing-masing kelompok kerja mengkaji dan membahas permasalahan sesuai dengan kelompoknya yang kemudian dibawa oleh wakil yang dipilih oleh kelompok itu bagi melaksanakan persidangan yang diikuti oleh seluruh wakil daripada kelompok kerja sebagaimana dikemukakan oleh responden yang mempunyai kod A02.B28.T-08/08 yang tercatat pada transkripsi temu bual (baris 39-41) seperti yang berikut:

Yaa.. misalkan bagian kesiswaan siapa saja yang termasuk dalam tim ini, jadi semua guru mempunyai bagian sendiri-sendiri yang masuk dalam tim-tim yang telah dibentuk

Setelah pelaksanaan kajian dan pembahasan mengenai suatu rancangan tertentu, langkah berikutnya dibentuk kumpulan perumus yang bertugas membuat rancangan hasil pembahasan yang akan dibawa ke sidang pleno yang melibatkan semua guru dan staf. Sidang pleno dilakukan bagi menghuraikan hasil sidang yang telah dilakukan setiap kelompok dan menerima maklum balas yang kemudian dilakukan pengesahan hasil sidang sebagai landasan pelaksanaan sesuatu program sekolah dan juga menjadi alat evaluasi terhadap pelaksanaan program pada tahun sebelumnya.

Proses seperti ini dilakukan agar sebuah polisi yang dikeluarkan oleh sekolah mahupun rancangan yang hendak dilaksanakan di sekolah mendekati suatu polisi yang sempurna dan boleh diterima oleh semua warga sekolah. Jika semua guru dan staf bersetuju dengan rancangan yang disepakati bersama, maka pelaksanaanya

(9)

167 memungkinkan berjalan sesuai dengan harapan dan seandainya terdapat halangan kemungkinan tidak berasal dari warga sekolah itu sendiri. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A03.B05.T-07/05 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 25-30) seperti yang berikut:

…kemudian rancangan kebijakan ini dibawa ke rapat guru untuk memperoleh masukan, kemudian disampaikan bahwa kebijakan ini telah dirapatkan antara kepala sekolah dengan perwakilan dan berikutnya minta masukan dari bapak ibu. Ya… ada yang setuju dan ada yang tidak setuju, tapi dengan cara demikian ada masukan-masukan sehingga menjadi lebih sempurna.

Seperti huraian sebelumnya, bahawa dalam aspek efisiensi pelaksanaan membuat keputusan, diperoleh dapatan kajian bahawa semua sekolah tempat kajian dalam pelaksanaan membuat keputusan menggunakan sistem pewakilan. Sebahagian menggunakan kelompok mata pelajaran sebagai kelompok kerja, terdapat juga yang menggunakan sistem lintas mata pelajaran bagi mengelompokkan guru-guru dalam suatu kelompok kerja. Kedua-duanya merupakan cara terbaik yang digunakan oleh sekolah bagi melibatkan guru dalam membuat keputusan, dan langkah terakhir adalah dengan sidang pleno yang diikuti oleh semua guru bagi membincangkan hasil daripada perbincangan wakil kelompok serta memberikan maklum balas mengenai rancangan suatu program yang akan dilaksanakan di sekolah.

5.2.3 Aspek Kecukupan

Sebuah program yang dilaksanakan seharusnya mempunyai sesuatu manfaat, sama ada kepada yang melaksanakan mahupun yang membuat perancangan program. Penglibatan guru dalam membuat keputusan sebagai salah satu dimensi pemerkasaan guru yang dilaksanakan di ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di bandar Malang dalam rangka autonomi daerah boleh memberikan manfaat, sama ada kepada guru mahupun sekolah.

(10)

168 Manfaat yang diperoleh guru adalah adanya kemuafakatan dan saling membantu satu sama lain, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B24.T-11/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 17-24) seperti yang berikut:

Eeeee.. yang pertama Pak yang kami lakukan.. bahwa kita bekerja di sini disamping ada perasaan ikhlas .. keikhlasan itu ada.. dengan ikhlas maka juga ada ketenangan dan ketentaraman pada diri, yang kedua kita berorientasi kepada lembaga, bukan perorangan tetapi berorientasi kepada lembaga… lembaga ini berkembang mahupun tidaknya tergantung kita… kemudian kalau kita juga berorientasi kepada lembaga .. maka kita dapat bekerja dengan baik.. karena apa.. tidak ada perasaan yang negatif kepada perorangan. .. jadi ada wujud kemufakatan.. ada saling membantu sama lain..

Sedangkan manfaat bagi sekolah adalah adanya motivasi secara bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti sekolah, sebagaimana tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 31-35) daripada responden yang mempunyai kod A02.B04.T-07/06 seperti yang berikut:

..semua guru kita berdayakan untuk ikut serta dalam penyusunan program-program di sekolah, sehingga niatan untuk memajukan sekolah bukan hanya keinginan dari kepala sekolah, tetapi memang keinginan semua warga sekolah yang berkhidmat di sekolah ini

Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek kecukupan daripada penglibatan guru dalam membuat keputusan sesuai dengan perancangan, iaitu memberikan manfaat kepada diri guru dan juga kepada lembaga tempat berkhidmat.

5.2.4 Aspek Purata

Sebuah program yang melibatkan orang ramai selalunya diusahakan agar boleh diterima oleh semua ahlinya. Namun kerana faktor yang menjadi penyebab kejayaan sesuatu program adalah tidak sedikit, program yang dilaksanakan belum boleh

(11)

169 melibatkan seluruh ahli, meskipun sebahagian daripada suatu program secara purata boleh diterima oleh ahli.

Penglibatan guru dalam membuat keputusan telah diusahakan melibatkan semua guru dengan sistem perwakilan, sebagaimana dikatakan oleh salah seorang responden yang mempunyai kod A02.B18.T-07/06 dan pernyataanya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 19-24) seperti yang berikut:

Yaa… memang di sini guru-guru selalu dilibatkan untuk membuatRAPBS, jadi pada awal tahun pelajaran semua guru dilibatkan dalam penyusunan RAPBS, misalkan ya…. untuk rapat, penataran kan harus dialokasikan, lalu untuk KBM bermacam-macam juga seperti ulangan harian, tengah semester dan semester semua sudah dirancang di awal tahun bersama-sama dengan guru…

Namun, ternyata usaha penglibatan semua guru belum boleh berjaya sesuai dengan perancangan, kerana ada beberapa guru yang tidak terlibat secara aktif dalam pelaksanaannya, sebagaimana dikatakan seorang responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 (baris 50-55) seperti yang berikut:

Kalau tidak dilibatkan tidak ada... tapi kalau gurunya tidak datang itu yang ada. dan saya lihat ya orang-orang itu aja yang tidak datang.... hanya beberapa saja… dan saya lihat ya tetap orang-orang itu tok..

Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa sesungguhnya dalam membuat keputusan semua guru sudah diusahakan terlibat, tetapi kerana terdapat sebahagian guru yang tidak aktif, maka pada saat perancangan suatu program kadangkala mereka tidak datang. Sehingga boleh dikatakan bahawa faktor yang menjadi penyebab tidak purata dalam penglibatan guru bagi membuat keputusan berasal daripada guru itu sendiri. Demikian juga di sekolah yang mempunyai kod A05, sebahagian guru juga tidak terlibat, kerana mereka berasa enggan terlibat dalam perancangan suatu program, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B13.T-11/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual pada (baris 76-77) seperti yang berikut:

(12)

170 Ada Pak.. makanya kalau .. kalau rapat pleno diajak semua…. tidak jalan kerana sing mikir-mikirrrrrr…sing cuek-cueeeek …gitu lhooo

Daripada kajian ini didapati bahawa dilihat dari aspek purata, penglibatan guru dalam membuat keputusan sudah melibatkan semua guru, namun terdapat beberapa guru yang tidak terlibat kerana faktor daripada guru itu sendiri.

5.2.5 Aspek Responiviti

Pelaksanaan sebuah program biasanya memberikan nilai-nilai kemuafakatan kelompok daripada sesebuah organisasi, hal ini kerana mereka berasa mempunyai peranan yang sama bagi mewujudkan tercapainya pelaksanaan suatu program.

Penglibatan guru dalam penyusunan program memberikan impak kepada rasa tanggungjawab dalam pelaksanaannya, kerana guru berasa ikut merancang suatu program, maka mereka berasa bertanggungjawab bagi kejayaan dalam pelaksanaannya. Responden yang mempunyai kod A02.B04.T-07/06 mengatakan pendapatnya dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 39-41) seperti yang berikut:

Yaa… dengan adanya penglibatan semua guru dalam penyusunan program akan memberikan rasa tanggungjawab terutama dalam pelaksanaanya,

Selain itu, keterlibatan guru dalam menyelesaikan suatu permasalahan menjadikan mereka berasa mempunyai sikap kemuafakatan bagi menyelesaikan suatu permasalahan, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B24.T-11/06 dan pernyataannya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 52-56) seperti yang berikut:

...misalnya ada sesuatu.. akan kita kumpulkan bersama.. baik ketua.. koordinator maupun ahli .. kita kumpul ketemu apa sih kesulitanya.. bagaimana jalan keluarnya diajak untuk berbicara..diajak untuk menyelesaikannya... solusinya bagaimana ... yang terbaik bagaimana.. kita mewadahi semua.. dan yang terbaik bagaimana..

(13)

171 Impak yang ditimbulkan dengan adanya penglibatan guru dalam penyelesaian suatu masalah dan perancangan suatu program adalah adanya kemuafakatan dalam melaksanakan kewajipan sebagai seorang guru. Jika sebahagian daripada mereka mempunyai permasalahan, maka rakan kerja berasa mempunyai kewajipan membantu menyelesaikannya, hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A04.B12.T-08/08 dan pernyataan tersebut tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 19-23) seperti yang berikut:

…untuk kemufakatan.. di SMP ini antara satu guru dengan yang lainnya sangat erat sekali…. jadi tidak ada kelompok-kelompok… semuanya jika ada permasalahan selalu dipecahkan bersama dan juga tidak menutup kemungkinan selalu berkonsultasi kepada kepala sekolah.. jadi tidak ada yang berjalan sendiri-sendiri..

Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek responiviti penglibatan guru dalam membuat keputusan menjadikan guru berasa bertanggungjawab terhadap pelaksanaan sesuatu program yang sudah dirancang secara bersama, selain itu juga menumbuhkan sikap kemuafakatan bagi guru dalam melaksanakan tugas.

5.2.6 Aspek Kesesuaian

Penglibatan guru dalam membuat keputusan merupakan sebahagian daripada dimensi pemerkasaan guru dan hal ini boleh meningkatkan peranan guru dalam usahanya bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Sesebuah sekolah dalam melaksanakan aktivitinya berpandukan kepada Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS) dan untuk masalah kewangan berdasarkan rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah. Jika dalam penyusunan RPS dan rancangan angaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah melibatkan peranan guru, maka dalam pelaksanaannya guru berasa bertanggungjawab.

(14)

172 Perasaan tanggungjawab guru dalam melaksanakan tugas, boleh menjadikan usaha yang sungguh dalam melaksanakan tugas, dan jika guru bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas maka hasil yang diperoleh boleh dikatakan sesuai dengan perancangan. Jika hasil daripada proses sesuai dengan perancangan, maka boleh dikatakan bahawa pelaksanaan program tersebut adalah berjaya dan kejayaan suatu pelaksanaan pendidikan di sekolah adalah terwujudnya kualiti pendidikan yang baik.

Penglibatan guru dalam membuat keputusan sehingga mereka berasa bahawa tempat mengabdi adalah sebuah sekolah yang berusaha bagi meningkatkan mutu pendidikan demi anak-anak di masa hadapan, maka peningkatan kualiti sekolah selalu diusahakan, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B24.T-11/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 89-98) seperti yang berikut:

Nggih.. kembali lagi pak.. kenapa Bapak Ibu guru mau dan berusaha untuk meningkatkan kualitas SMP 5,.. yang pertama tetap itu tadi bahwa ini adalah tempat kita bekerja.. dan kembali ke lembaga… siapa lagi yang memajukan lembaga ini kalau bukan kita itu yang pertama, yang kedua kita ngirim teman-teman guru ke MGMP, MGMPS yang ini kadang berjalan kadang tidak kerana situasional.. MGMP kota berjalan.. kemudian kita memberi kesempatan kepada temen-temen untuk mengikuti kegiatan diluar.. seminar.. lokakarya itu kita beri kesempatan untuk itu.. yang selama itu untuk kepentingan sekolah.. eee… meningkatkan mutu pendidikannya demi anak-anak .. itu semua kita beri kesempatan

Selain itu, guru berasa mempunyai tanggungjawab agar sesuatu program berjaya dilaksanakan, sebagaimana dikatakan responden yang mempunyai kod A02.B04.T-07/06 dan pernyataannya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 39-43) seperti yang berikut:

Yaaa.. tapi tidak semua sekolah melaksanakan hal seperti ini, yaa.. dengan adanya penglibatan semua guru dalam penyusunan program akan memberikan rasa tanggungjawab terutama dalam pelaksanaanya, karena terkait dengan pendanaan, guru akan mengetahui mana skala prioritas yang bisa dilakukan dan dari mana sumber biaya diperoleh.

(15)

173 Segala usaha bagi meningkatkan peranan guru dalam meningkatkan kualiti sekolah telah dilakukan, namun ternyata sebahagian daripada sekolah kurang mempunyai respon bagi meningkatkan kualitinya, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A10.B19.T-07/07 yang pernyataannya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 51-57) seperti yang berikut:

Terkait dengan guru sebetulnya kami juga memberikan masukan untuk diadakan work shop, pertimbangan pengembangan sekolah itu dimulai dari menyusun RPS (Rancangan Pengembangan Sekolah) dan kami telah mengintrodusir itu melalui work shop bersama Pak Udin waktu itu, kita perkenalkan MBS dan RPS. Maksud saya dari situ perlu ditindak lanjuti, tetap rupanya dari pihak sekolah responya kurang, sampai tunggu hingga sekarang ternyata belum ada Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh menjadikan guru berasa terlibat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, namun ada sebahagian sekolah yang ternyata kurang mempunyai respon dalam meningkatkan kualiti gurunya, meskipun penglibatan guru dalam membuat keputusan dilaksanakan.

5.2.7 Ringkasan Dimensi Penglibatan Guru dalam Membuat keputusan

Memberi kesempatan kepada guru mempunyai peranan dalam penyelesaian suatu permasalahan dan menyusun perancangan suatu program sekolah, boleh menjadikan seorang guru berasa keberadaannya dihargai, dan keadaan ini boleh meningkatkan motivasi dalam melaksanakan aktiviti dan menimbulkan kepuasan dalam bekerja.

Dapatan kajian berkait dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan adalah mengenai perancangan program sekolah iaitu Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS), rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah, selain itu

(16)

174 adalah mengundi penolong pengetua serta penyelesaian pelbagai permasalahan yang terdapat di sekolah.

Ditinjau daripada aspek keberkesanan boleh dikatakan bahawa keseluruhan sekolah yang menjadi tempat kajian, telah melaksanakan penglibatan guru dalam membuat keputusan.

Penglibatan guru dalam membuat keputusan yang dilakukan di sekolah A01 memberikan rasa kepuasan kerja bagi guru dalam melaksanakan tugas mendidik dan mengajar murid-murid di sekolah, manakala di sekolah A02, A05 dan A06 penglibatan guru dalam membuat keputusan, mempunyai erti tersendiri bagi guru, iaitu mereka berasa memperoleh peluang terlibat meningkatkan kualiti sekolah. Untuk sekolah A03 dan A04, guru pada awalnya kurang berasa bermanfaat dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan, namun dengan perjalanan masa akhirnya guru berasa bahawa hal tersebut perlu didokong dan boleh diterima.

Dilihat daripada aspek efisiensi, iaitu bagaimana cara yang dilakukan oleh sekolah dalam melaksanakan penglibatan guru dalam membuat keputusan, antara sebuah sekolah dengan sekolah yang lain mempunyai keunikan, meskipun semuanya menggunakan sistem perwakilan. Sekolah A01, A05, A06 menggunakan sistem wakil kelompok guru mata pelajaran bagi mengkaji dan membahas sesuatu perancangan seperti RAPBS, RPS, kemudian wakil daripada kelompok guru mata pelajaran mengkaji dan membahas bersama-sama dengan wakil daripada beberapa mata pelajaran yang terdapat di sekolah tersebut. Sedangkan sekolah A02, A03 menggunakan kelompok perancang penyusunan RAPBS, RPS yang melibatkan pelbagai guru mata pelajaran, hasil daripada perbincangan kelompok tersebut dibawa oleh wakil daripada kelompok untuk dibincangkan dengan seluruh kelompok kerja yang dibentuk oleh sekolah.

(17)

175 Langkah berikutnya adalah melaksanakan mesyuarat pleno yang diikuti oleh semua guru bagi memohon maklum balas terhadap rumusan hasil yang disidangkan oleh wakil guru yang kemudian melaksanakan pengesahan. Manakala sekolah A04 penyusunan dan perancangan RAPBS dilakukan oleh pengetua dan penolong pengetua yang kemudian dilakukan mesyuarat pleno yang diikuti oleh semua guru bagi memberikan maklum balas dan melakukan pengesahan.

Untuk perancangan dan penyusunan RAPBS, semua sekolah selalu berkoordinasi dan berkonsultasi dengan ‘Komite Sekolah’, sebab pengesahan terhadap RAPBS akan dipersetujui dan ditanda tangani oleh pengetua dan pimpinan ‘Komite Sekolah’.

Ditinjau daripada aspek kecukupan, iaitu setakat mana penglibatan guru dalam membuat keputusan, ianya mempunyai manfaat bagi guru. Sekolah A01 memberikan impak bahawa dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan, mereka berasa bahawa keberadaan guru dihargai sehingga secara bersama-sama guru boleh melaksanakan keputusan yang telah disepakati bersama dan jika terjadi permasalahan, secara bersama-sama mencari penyelesaian terbaik. Manakala di sekolah A02 boleh memberikan impak kepada peningkatan prestasi guru, sedangkan bagi sekolah A05 dan A06 impaknya adalah adanya kejayaan program yang dirancang boleh terwujud. Adapun bagi sekolah A03 dan A04, penglibatan guru dalam membuat keputusan menimbulkan rasa kemuafakatan dan tanggungjawab guru terhadap program yang telah disepakati bersama.

Aspek berikutnya adalah purata, iaitu setakat mana guru memperoleh kesempatan terlibat dalam membuat keputusan. Semua sekolah yang menjadi kajian dalam penyelidikan ini telah memberikan kesempatan kepada semua guru terlibat dalam

(18)

176 membuat keputusan, meski dalam penyusunan sesuatu program dilakukan dengan perwakilan seperti yang dilakukan di sekolah A01, A02, A05, A06, A03 sedangkan A04 penyusunan program dilakukan oleh pengetua dan penolong pengetua, namun dalam sidang pleno bagi memberikan cadangan dan saranan terhadap perancangan program telah melibatkan semua guru. Penyelidik pernah mengamati pelaksanaan pengundian penolong pengetua di sekolah A05, yang dilakukan secara demokratik dan melibatkan semua guru, hal ini menunjukkan bahawa semua guru memperoleh kesempatan bagi menentukan sesuatu program sekolah.

Ditinjau daripada aspek responiviti, iaitu setakat mana penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh memberikan impak kepada nilai-nilai kemuafakatan guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan menjadikan guru berasa terpanggil bagi melaksanakan kewajipannya, boleh menjadikan keprihatinan dan kemuafakatan guru dalam mengawal program sekolah.

Aspek terakhir dalam pemantauan polisi adalah kesesuaian, iaitu setakat mana penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh memberikan manfaat bagi peningkatan autonomi meningkatkan kualiti pendidikan. Dengan adanya pandangan yang sama melihat sekolah sebagai tempat mengabdi, dan diiringi kemuafakatan, kerjasama saling membantu maka tujuan meningkatkan kualiti sekolah boleh berjaya, hal ini yang terjadi di sekolah A01. Sedangkan di sekolah A02, A05 dan A06 diperoleh dapatan kajian bahawa dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan perancangan program sekolah seperti rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah, Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS), mempunyai impak bahawa guru berasa memiliki tanggungjawab dalam mengawal pelaksanaan program. Manakala untuk sekolah A04 penglibatan guru dalam perancangan program-program sekolah,

(19)

177 belum memberikan impak kepada peningkatan aktiviti guru bagi meningkatkan kualiti sekolah

5.3 Dimensi Peningkatan Profesionalisme

Sebagaimana dihuraikan dalam ulasan kajian, bahawa dalam membincangkan profesionalisme adalah berkaitan dengan profesion, iaitu suatu bidang pekerjaan yang didasarkan kepada pendidikan kepakaran yang seharusnya dimiliki oleh mereka yang bekerja sebagai profesional. Guru adalah seorang profesional, maka ia harus mempunyai suatu pendidikan kepakaran bidang perguruan, dan jika mengkaji profesionalisme guru bererti mengkaji mengenai sikap daripada guru untuk menjadi orang yang mempunyai kewajipan melaksanakan tugas dengan menjunjung tinggi profesionalisme.

Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan sikap guru agar dalam melaksanakan tugas menjunjung tinggi sikap profesionalisme perlu dilakukan dengan tahapan yang jelas, apalagi dalam pelaksanaan autonomi daerah bidang pendidikan, maka daerah mempunyai kewajipan merancang dan melaksanakan peningkatan profesionalisme guru.

Musyawarah Guru Mata Pelajaran (MGMP) merupakan sebahagian daripada bentuk kegiatan yang dimiliki oleh daerah bagi meningkatkan profesionalisme guru, demikian juga Musyawarah Guru Mata Pelajaran peringkat Sekolah (MGMPS) merupakan suatu tempat bagi meningkatkan profesionalisme guru di peringkat sekolah. Selain itu pelbagai kerjasama yang dilaksanakan dengan lembaga pendidikan seperti kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi juga boleh dilakukan bagi meningkatkan profesionalisme guru.

(20)

178 Bandar Malang merupakan salah satu daerah di Jawa Timur yang dikenal dengan bandar pendidikan, kerana di bandar ini mempunyai lembaga pendidikan yang boleh dikatakan mampu menghantarkan para murid dan pelajar untuk menempuh pendidikan yang berkualiti mulai daripada pendidikan tadika hingga Institut Pengajian Tinggi. Empat Institut Pengajian Tinggi awam iaitu Universiti Brawijaya, Universiti ‘Negeri’ Malang, Universiti Islam ‘Negeri’ dan Politeknik Negeri Malang, serta 35 Institut Pengajian Tinggi swasta yang terdapat di bandar Malang, merupakan Institut Pengajian Tinggi yang menjadi tempat untuk melanjutkan belajar bagi murid-murid Sekolah Menengah Atas (SMA) di Jawa Timur pada khasnya dan secara am adalah para alumni SMA seluruh Indonesia, dan beberapa negara jiran seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Timor Leste, Australia dan New Zealand. Dengan banyaknya bilangan Institut Pengajian Tinggi di Malang memungkinkan bagi lembaga pendidikan di bawahnya iaitu mulai daripada Sekolah Rendah hingga Sekolah Menengah Atas (SMA) bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi bagi meningkatkan kualiti sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru.

Bagaimana pelaksanaan peningkatan profesionalisme guru di enam buah ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri, terpilih di bandar Malang, yang ditinjau daripada enam aspek pemantauan polisi, iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responiviti dan kesesuaian, daripada dapatan kajian dalam penyelidikan ini boleh dihuraikan seperti yang berikut.

5.3.1 Aspek Keberkesanan

Usaha peningkatan profesionalisme guru yang dilaksanakan secara berterusan di suatu daerah adalah melalui kegiatan Musyawarah Guru Mata Pelajaran (MGMP). Kegiatan ini dilaksanakan oleh masing-masing kelompok guru mata pelajaran secara

(21)

179 bergiliran dari sebuah sekolah ke sekolah yang lain dan pelaksanaannya dibimbing oleh kumpulan instruktur mata pelajaran dari pejabat pendidikan daerah. Untuk tingkat sekolah, sebagai usaha bagi mendiskusikan permasalahan mata pelajaran yang mungkin ada di sekolah dan juga mendiskusikan hasil-hasil yang diperoleh guru semasa mengikuti kegiatan MGMP, maka masing-masing sekolah menyelenggarakan Musyawarah Guru Mata Pelajaran peringkat Sekolah (MGMPS).

Dalam pelaksanaannya masing-masing sekolah yang termasuk ahli MGMP mengirimkan seorang guru secara bergantian, hal ini kerana pelaksanaan MGMP biasanya pada masa waktu sekolah, sehingga kalau yang mengikuti kegiatan ini melibatkan semua guru mata pelajaran di suatu sekolah, maka akan mengganggu kegiatan proses belajar mengajar. Kemudian mereka yang mengikuti kegiatan MGMP mempunyai kewajipan menyampaikan hasil-hasil yang diperoleh kepada kelompok rakan guru mata pelajaran yang ada di sekolah.

Polisi sekolah mengirimkan guru untuk mengikuti kegiatan MGMP dilaksanakan oleh semua ‘SMP Negeri’ yang menjadi tempat kajian, dan sebagai bentuk keprihatinan dalam kegiatan tersebut, sekolah menyediakan wang perjalanan. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 74-81) seperti yang berikut:

Yaaa.. saya rasa tidak jauh berbeda dengan sekolah lain terutama untuk MGMP justru di sini diwadahi .. sekolah mengganti transportnya.. jadi sekali datang Rp. 20 ribu,.. hanya sekedar mengganti transport saja.. yang lebih kecil tapi belum berjalan misalnya saya bahasa Indonesia.. diberi kesempatan untuk MGMPS .. itu sekolah memberi konstribusi Rp. 10 ribu .. dengan catatan harus ada hasil yang dirembug dan yang berjalan hanya tiga mata pelajaran yaitu bahasa Indonesia, matematika dan ips… meski dirangsang seperti itu sepertinya kurang bersemangat…

Kajian ini mendapati bahawa untuk kegiatan MGMP guru yang hadir memperoleh wang perjalanan sebesar Rp.20,000.00, sedangkan untuk MGMPS wang

(22)

180 perjalanan yang diberikan kepada guru sebesar Rp.10,000.00. Selain itu juga terlihat bahawa MGMP boleh terlaksana sesuai dengan perancangan, namun untuk kegiatan tingkat sekolah, iaitu Musyawarah Guru Mata Pelajaran peringkat Sekolah (MGMPS) belum terlaksana sesuai dengan yang dirancang, dan hanya beberapa mata pelajaran yang boleh melaksanakan kegiatan.

Meskipun MGMP boleh terlaksana sesuai dengan perancangan, namun guru yang mempunyai kesempatan mengikuti kegiatan tersebut sebahagian tidak bersedia menyampaikan kepada rakan guru yang tidak mengikutinya. Padahal dengan menyampaikan hasil daripada kegiatan tersebut boleh membantu rakan setugas bagi meningkatkan profesionalismenya. Seperti disampaikan oleh responden yang mempunyai kod A02.B28.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 92-95) seperti yang berikut:

Untuk work shop, seharusnya kan setelah mengikuti pelatihan disampaikan kepada rekan serumpun.. tapi kadang ada yang tidak disampaikan kepada teman serumpun… seperti di kelompok saya… padahal kita kan harus selalu meningkatkan kemampuan kita, dan harus belajar yang lebih banyak…

Daripada dapatan kajian diperoleh rumusan bahawa pelaksanaan peningkatan profesionalisme dalam aspek keberkesanan boleh dikatakan terlaksana sesuai dengan rancangan. Namun kegiatan MGMPS belum seluruh mata pelajaran melaksanakannya dan maklumat yang diperoleh dalam kegiatan MGMP, sebahagian guru belum boleh menyampaikan kepada rakan yang tidak mengikuti kegiatan tersebut.

5.3.2 Aspek Efisiensi

Dalam pelaksanaan autonomi pendidikan, sekolah mempunyai kesempatan seluas-luasnya untuk meningkatkan profesionalisme guru. Pelbagai usaha dilakukan sekolah bagi meningkatkan kualiti sekolah melalui peningkatan kualiti gurunya.

(23)

181 Peningkatan profesionalisme guru boleh dilaksanakan secara formal, iaitu dengan meningkatkan peringkat pendidikan bagi mereka yang belum memenuhi kelayakan pendidikan yang disyaratkan, iaitu bagi guru yang masih mempunyai tahap pendidikan peringkat Diploma, diwajibkan melanjutkan pengajian hingga program Sarjana Muda, seperti dikemukakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 146-163) seperti yang berikut:

……kemarin itu beberapa rekan memperoleh tawaran dari salah satu lembaga untuk pendidikan S-1 dan ada teman yang ikut dengan biaya agak ringan.. kalau dari pihak sekolah biaya itu diberi kemudahan ke koperasi dengan istilahnya bungannya tidak sama seperti untuk keperluan lain… kalau untuk sekolah bunganya agak diperingan ….kemudian pihak sekolah seijin dari dinas mungkin akan meringankan beban mengajar tidak sampai 24 jam… mungkin diberi sekitar 16 jam.. dan sampai sekarang sekitar 6 yang masih diploma-3… pihak sekolah sudah menawari seperti itu tadi.

Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa mereka yang melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda memperoleh bantuan daripada sekolah berbentuk keringanan pinjaman kewangan daripada koperasi sekolah dan tugas mengajarnya juga dikurangi. Meskipun sekolah sudah membuat perancangan dengan memberikan beberapa kelonggaran bagi melanjutkan pengajian, namun terdapat sebahagian guru yang belum mengambil program tersebut dan mereka masih berpendidikan peringkat Diploma.

Sebahagian daripada sekolah melaksanakan peningkatan profesionalisme secara tidak formal, seperti dilakukan oleh sebahagian sekolah dengan membuat polisi berlangganan internet daripada Perusahaan Telekomunikasi (Telkom) Indonesia melalui jaringan Speedy iaitu jaringan internet produk daripada Telkom. Hal ini dilakukan bagi mempermudah guru meningkatkan kemampuannya melalui internet dan juga mempermudah proses pentadbiran sekolah, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B25.T-03/05 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 58-63) seperti yang berikut:

(24)

182 Saya menggunakan speedy yang unlimited dari Telkom… makanya guru-guru saya mohon belajar … dan insyaallah liburan depan kita melaksanakan pelatihan membuatmedia pembelajaran… nggawe power point yo opo kemudian dilanjutkan pada pembelajaran.. dan saya akan melaksanakan peremajaan komputer sebanyak 23 … dan minimal satu mata pelajaran satu komputer… Apa yang dikatakan responden tersebut menunjukkan bahawa sekolah benar-benar mengusahakan agar guru boleh meningkatkan profesionalisme melalui maklumat yang boleh diperoleh daripada internet dan juga diusahakan dengan menyelenggarakan bengkel membuatmedia pembelajaran, misalnya dengan power point.

Selain itu, sebahagian sekolah memberikan kemudahan dengan menyediakan LCD sebagai kemudahan kegiatan belajar mengajar. Dengan cara ini pembelajaran menjadi lebih interaktif antara guru dengan murid, sehingga masa yang tersedia bagi kegiatan belajar mengajar menjadi lebih efisiensi. Meskipun hal ini belum boleh dilaksanakan oleh semua guru dalam kegiatan belajar mengajar, terutamanya bagi guru yang kurang inovasi, mereka akan berasa selesa jika pembelajaran yang dilakukan sesuai dengan kemampuan yang dimilikinya dan belum mempunyai keinginan untuk lebih maju. Namun dengan adanya rakan guru yang menggunakan cara pembelajaran yang memudahkan proses interaksi, mereka mulai tertarik untuk belajar menggunakannya. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B31.T-07/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 58-67) seperti yang berikut:

….begini lho enaknya mengajar dengan menggunakan laptop.. hanya membuat sekali saja bisa untuk mengajar di beberapa tempat dan untuk berikutnya hanya tinggal memperbaharui sesuai dengan perkembangan.. dan saya menggunakan LCD untuk pembelajaran penguatan dan saya berusaha bagaimana belajar dengan student center betul-betul bisa dilaksanakan dan …. anak-anak berasa senang.. karena pendapatnya dihargai.. kan nggak ada to pendapat yang salah sehingga anak-anak berasa senang dan nyaman.. untuk belajar dan saya menginginkan setelah belajar dengan saya berasa capek.. tapi bukan karena menulis… melainkan karena berpikir.. dan hal ini sudah mulai nular ..

(25)

183 Bentuk usaha yang lain bagi meningkatkan profesionalisme guru adalah dengan cara mendiskusikan mengenai cara pembelajaran, penyelesaian sesuatu permasalahan dengan rakan sesama guru mata pelajaran. Sekolah memberikan kemudahan bagi melaksanakan kegiatan ini dengan cara menempatkan meja kerusi tempat duduk guru yang terdapat di bilik guru sesuai dengan kelompok mata pelajaran. Cara ini sangat berkesan untuk kegiatan diskusi para guru mata pelajaran pada masa yang bersangkutan tidak mempunyai tugas mengajar mahupun pada masa rehat. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A02.B18.T-07/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 141-146) seperti yang berikut:

Menurut saya,.. adanya kerjasama antara guru-guru sehingga jika ada kelemahan-kelemahan ndak sampai mengurangi komitmen jadi selalu ada interaksi antar teman, seperti tempat duduk di ruang guru sudah dikelompokkan per mata pelajaran sehingga jika ada waktu luang mereka bisa mendiskusikan materi pelajaran di masing-masing kelompok mata pelajaran

Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha yang dilakukan dalam meningkatkan profesionalisme guru dilakukan dengan pelbagai cara, iaitu kegiatan MGMP, MGMPS, pembelajaran dengan menggunakan kemudahan komputer serta menempatkan meja kerusi guru di bilik guru secara berdampingan agar boleh mendiskusikan permasalahan mata pelajaran pada masa mereka mempunyai kesempatan melakukannya.

5.3.3 Aspek Kecukupan

Pelbagai usaha bagi meningkatkan profesionalisme guru secara langsung mahupun tidak langsung memberikan impak sama ada kepada diri guru mahupun kepada lembaga pendidikan tempat para guru berkhidmat dan muaranya kepada meningkatnya kualiti murid.

(26)

184 Pelaksanaan peningkatan profesionalisme secara sedar diakui mempunyai manfaat bagi meningkatkan pengetahuan guru, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A02.B28.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 118-120) seperti yang berikut:

Ya.. karena hal itu adalah prinsip untuk meningkatkan kemampuan kita, dan kita harus mau berubah,… kalau tidak…maka dari hari ke hari ya tetap saja tidak ada peningkatan

Sesuatu perubahan hendaknya dilakukan dengan sedar, apalagi perubahan menjadi lebih baik adalah amat diperlukan sesuatu tahapan dan proses bagi memperolehnya. Jika seorang guru tidak mempunyai kemahuan dan juga tidak mempunyai kemampuan bagi meningkatkan profesionalismenya, maka dengan sendirinya tidaklah terjadi peningkatan profesionalismenya. Hal ini mempunyai impak bahawa peningkatan kualiti sekolah mungkin juga tidak pernah terjadi. Untuk itu sebagai seorang guru hendaknya selalu berusaha secara sungguh-sungguh bagi meningkatkan profesionalismenya.

Selain bermanfaat bagi peningkatan kemampuan seorang guru, kegiatan peningkatan profesionalisme juga bermanfaat bagi kelembagaan, iaitu untuk meningkatkan kualiti sekolah, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 106-109) seperti yang berikut:

…namun sebelum berangkat dirundingkan terlebih dahulu siapa saja yang berangkat karena keterbatasan berbagai hal.. seperti yang di Semarang dikirim orang-orang yang benar-benar siap.. karena berkaitan dengan pengembangan mutu…

Peningkatan kualiti sekolah boleh diperoleh jika kemampuan murid meningkat, kenaikan kemampuan murid boleh wujud jika kemampuan guru mengalami kenaikan.

(27)

185 Untuk itu jika seorang guru sudah mempunyai tujuan dengan segala usahanya bagi meningkatkan kualiti sekolah, maka langkah yang hendaknya dilakukan adalah meningkatkan kemampuan dirinya, kerana hal ini mempunyai impak kepada peningkatan kemampuan murid dan akhirnya menuju kepada peningkatan kualiti lembaga iaitu sekolah.

5.3.4 Aspek Purata

Pelaksanaan sesuatu program jika calon pesertanya ramai, maka yang hendaknya dilakukan adalah secara bergantian, demikian juga pelaksanaan kegiatan bengkel, MGMP, bagi meningkatkan profesionalisme guru boleh dilakukan secara bergantian. Hal ini disebabkan terlalu banyak guru yang mahu mengikuti kegiatan peningkatan profesionalisme dan juga disebabkan terhadnya kegiatan bagi peningkatan profesionalisme yang berbentuk kegiatan bengkel.

Sesungguhnya boleh juga usaha bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru dengan cara melaksanakan kegiatan bengkel lebih ramai, namun hal ini bergantung kepada pelbagai faktor, yang antara lain adalah faktor kewangan. Demikian juga masa yang diperlukan, perlu dipertimbangkan apakah mempunyai impak mengganggu program sekolah atau tidak, kerana pelaksanaan kegiatan bengkel boleh dilakukan pada masa cuti semester agar tidak menggangu proses belajar mengajar di sekolah. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B14.T-31/05 dan pernyataanya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 68-72) seperti yang berikut:

Di SMP ini ada koordinator mata pelajaran, sehingga jika ada work shop misalkan work shop bahasa inggris, maka koordinator akan memusyawarahkan dengan anggotanya, siapa yang memungkinkan berangkat, hal yang menjadi pertimbangan adalah apakah guru tersebut mempunyai waktu untuk mengikutinya, apakah sudah pernah mengikuti

(28)

186 Apa yang dikatakan responden tersebut menunjukkan bahawa disebabkan peserta untuk setiap sekolah terhad, maka kegiatan yang boleh dilakukan adalah mendiskusikan antara kelompok guru mata pelajaran untuk memilih satu perwakilan di antara mereka yang mengikuti kegiatan bengkel. Pertimbangan yang dilakukan adalah mengenai masa bagi mengikuti kegiatan dan juga apakah yang bersangkutan pernah mengikutinya. Namun, jika semua guru dalam kelompok mata pelajaran sudah pernah mengikuti kegiatan yang sama, maka dengan cara bergantian, mereka membuat kesepakatan salah seorang di antara mereka mengikuti kegiatan tersebut.

Meskipun demikian, ternyata ada di antara mereka yang enggan untuk mengikuti kegiatan peningkatan profesionalisme, hal ini disebabkan terdapat sebahagian guru yang kurang dinamis dalam usaha meningkatkan profesionalisme. Penyebabnya adalah pelbagai faktor, antara lain, mereka sebagai seorang guru bukan merupakan pekerjaan utama, sehingga peningkatan profesionalisme tidaklah diperlukan, mahupun disebabkan mereka sudah terbiasa untuk tidak mengikuti kegiatan semacam itu. Menurut pandangan mereka peningkatan profesionalisme hanyalah sia-sia, seperti disampaikan oleh responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 72-76) seperti yang berikut:

Ya… di sekolah ini juga telah dilakukan work shop untuk peningkatan profesionalisme,. tapi ada juga yang tidak hadir.. contohnya matematika… bagaimana guru seharusnya bisa menyampaikan pelajaran dengan Contextual Teaching Learning (CTL).. tapi ada yang tidak datang.. sepertinya mereka memang sudah begitu

Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak semua guru di beberapa sekolah mempunyai keinginan bagi meningkatkan kemampuannya, sehingga peningkatan profesionalisme guru belum purata yang disebabkan oleh keengganan guru untuk mengikuti kegiatan tersebut.

(29)

187 5.3.5 Aspek Responiviti

Sebagai seorang guru mempunyai tugas untuk selalu meningkatkan kemampuanya yang boleh dilaksanakan melalui kegiatan formal berupa peningkatan peringkat pendidikanya mahupun melalui kegiatan tidak formal seperti bengkel, interaksi yang intensif antara guru, terutama mereka yang berada pada satu kelompok mata pelajaran. Perasaan senasib dan seperjuangan menumbuhkan sikap kemuafakatan dalam melaksanakan kewajipan, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A02.B18.T-07/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 79-81) seperti yang berikut:

Setahu saya guru-guru berasa mempunyai nasib yang sama sehingga nilai-nilai kemufakatan menjadi kental, apalagi untuk lulus sertifikasi kan salah satunya diharuskan pernah mengikuti beberapa penataran

Dengan demikian boleh dikatakan bahawa aspek responiviti dalam peningkatan profesionalisme sesuai dengan perancangan, iaitu usaha peningkatan profesionalisme guru boleh meningkatkan rasa kemuafakatan di antara guru sebagai seorang yang bekerja dengan satu tujuan yang sama iaitu meningkatkan kualiti pendidikan.

5.3.6 Aspek Kesesuaian

Sesebuah program yang wujud, diharapkan boleh meningkatkan motivasi kepada mereka yang terlibat, demikian juga dengan peningkatan profesionalisme guru diharapkan boleh meningkatkan motivasi guru untuk lebih meningkatkan kemampuannya. Seperti dikemukakan oleh responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 111-114) seperti yang berikut:

(30)

188 Guru yang mengikuti MGMP kota mempunyai kewajipan untuk menyampaikan kepada guru lain yang serumpun mengenai hasilnya, misalnya matematika salah satu guru mengikuti work shop.. maka jika mereka memperoleh bahan seperti CD ini .. itu.. maka guru yang lain pinjam.. jadi saling kasih informasi

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dengan adanya kegiatan MGMP boleh meningkatkan interaksi antara guru dalam usahanya meningkatkan kemampuannya. Demikian juga yang terjadi di sekolah yang mempunyai kod A05, bahawa peningkatan profesionalisme guru sesungguhnya bukanlah sesuatu yang memberatkan bagi guru, malahan sebaliknya memudahkan guru dalam melaksanakan tugas-tugas. Sesungguhnya sesuatu yang dilakukan dalam kegiatan peningkatan profesionalisme boleh membangkitkan kembali sesuatu yang sesungguhnya sudah dimiliki oleh guru, seperti kemampuan mengenal dan menggunakan komputer. Namun kemungkinan kerana masa yang tidak ada untuk belajar, maka hal itu belum wujud, kenyataan ini sebagaimana dikemukakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B15.T-05/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 82-94) seperti yang berikut:

Eeeee… dari pihak sekolah telah dicanangkan sekolah multimedia, termasuk intranet, untuk itu diadakan pelatihan kepada guru secara bersama-sama pada waktu tertentu dengan menggunakan komputer, supaya mereka mengenal dan menggunakannya dan komputer bukanlah sesuatu yang menakutkan dan bahkan membantu tugas-tugas kita dan hal ini memerlukan niat dari kawan-kawan guru untuk berubah memandang peran komputer dan sebagian besar guru-guru di rumahnya kan sudah memilikinya sehingga di sekolah ini tinggal meningkatkan kemampuan, untuk itu dan ke depan untuk persiapan pembelajaran tidak harus dicetak dalam kertas, karena di intranet masing-masing guru ada homenya sehingga segala aktivitas guru cukup dituliskan di home masing-masing dan jika kepala sekolah hendak memonitor cukup melalui home masing-masing guru dan hal ini akan memudahkan dan mengefektifkan kerja guru

Peningkatan profesionalisme guru secara tidak formal boleh diketahui dengan meningkatnya kemampuan guru bagi melaksanakan kegiatan belajar dan pembelajaran. Namun secara formal boleh diketahui daripada gred jawatan guru. Ramai guru yang ternyata gred jawatannya berhenti di gred jawatan IV A, hal ini sebahagian besar

(31)

189 disebabkan oleh ketidakmampuan guru bagi melaksanakan kewajipan penulisan karya ilmiah, yang antara lain adalah melakukan Penyelidikan Tindakan Kelas (PTK).

Pada saat penyelidik melaksanakan temu bual dengan beberapa responden, ternyata bahawa para guru sesungguhnya telah melaksanakan kegiatan PTK tersebut, namun kerana kebiasaan menulis tidak dilakukan, maka apa yang sudah dikerjakan tidak menghasilkan suatu karya ilmiah. Bahkan di sebuah sekolah yang mempunyai kod A03, pengetua telah memberikan ganjaran berupa dana bagi mereka yang melaksanakan PTK. Namun, fakta menunjukkan bahawa para guru masih enggan melaksanakannya, seperti dikatakan responden yang mempunyai kod A03.B07.T-07/05 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 147-151) seperti yang berikut:

Eeee.. di sini masih banyak yang baru ke IV A dan yang sudah IVA agak lama tidak begitu banyak… dan pimpinan sudah membuka kesempatan kepada guru-guru dimana kepala sekolah menyediakan dana untuk melakukan penyelidikan tindakan kelas.. tapi tampaknya teman-teman banyak yang nglokro walaupun dipancing dengan dana ya… tetep nggak jalan

Memperhatikan keadaan yang seperti itu, yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kemampuan para guru melaksanakan penulisan karya ilmiah adalah dengan cara membiasakan diri untuk menulis apa yang dikerjakan dan mengerjakan apa yang ditulis.

5.3.7 Ringkasan Dimensi Peningkatan Profesionalisme

Peningkatan profesionalisme guru, secara sosial budaya tampaknya masih terhalang birokrasi, profesionalisme guru masih dalam tanggungjawab dan kendali pemerintah dalam hal ini pejabat pendidikan daerah. Tugas keseharian seperti mengajar, pentadbiran pembelajaran, membebani aktiviti guru, sehingga tidak ada masa untuk menulis mahupun meneliti tindakan kelas. Namun peningkatan profesionalisme secara

(32)

190 dalaman bergantung setakat mana pengetua mengembangkan profesionalisme guru. Selain itu, masih dikembangkannya konsep bahawa guru merupakan pekerjaan praktikal, bukan profesionalisme, untuk itu perlu dikembangkan, meskipun guru mempunyai tugas mengajar tetapi semangat profesional harus ada, namun hal ini masih belum tampak, meskipun terdapat guru yang melanjutkan pendidikan ke peringkat Sarjana namun peratusnya sangat kecil dan belum mengimplikasikan profesionalisme.

Ditinjau daripada aspek keberkesanan, iaitu setakat mana peningkatan profesionalisme guru telah berjaya sesuai dengan perancangan. Dimensi peningkatan profesionalisme guru boleh berjaya untuk sesetengah guru sahaja, hal ini terjadi di semua sekolah tempat kajian, dalam erti kata bahawa pelaksanaan peningkatan profesionalisme betul-betul boleh memberikan manfaat kepada guru bagi melaksanakan tugas. Namun secara am bahawa peningkatan profesionalisme terhad kepada formaliti sahaja, iaitu berkait dengan sijil yang diperoleh setelah guru mengikuti pelaksanaan kegiatan bengkel, kerana sijil tersebut merupakan sebahagian daripada persyaratan bagi mengajukan program sertifikasi.

Manakala aspek efisiensi pelaksanaan peningkatan profesionalisme, iaitu usaha yang dilakukan bagi meningkatkan profesionalisme guru. Secara am usaha yang dilakukan bagi meningkatkan prefesionalisme guru adalah dengan kegiatan MGMP, MGMPS dan bengkel. Untuk kegiatan MGMP di semua sekolah tempat kajian boleh terlaksana sesuai dengan rancangan, namun pelaksanaannya tidak berlangsung secara berterusan yang disebabkan terdapat kejenuhan bagi guru mengikuti kegiatan tersebut. Bagi MGMPS hanya beberapa sekolah yang boleh terlaksana iaitu sekolah A01, A05 dan A06, itu pun hanya terhad kepada beberapa mata pelajaran. Beberapa sekolah mengusahakan peningkatan profesionalisme guru menggunakan program teknologi maklumat, iaitu sekolah A05, A03 dan A04 yang berlangganan internet Speedy

(33)

191 Unlimited dari Perusahaan Telekomonukasi. Usaha tersebut boleh memberikan kesempatan kepada guru bagi meningkatkan kemampuannya sesuai dengan mata pelajaran yang menjadi tugas mengajar, serta bagi keperluan pengembangan pentadbiran sekolah.

Aspek berikutnya dalam peningkatan profesionalisme adalah kecukupan, iaitu setakat mana peningkatan profesionalisme boleh memberikan manfaat bagi guru bagi melaksanakan aktivitinya. Di sekolah A01, pelaksanaan peningkataan profesionalisme menjadikan guru berasa lebih percaya diri di hadapan murid-murid dengan peningkatan kemampuannya, seperti MGMP, bengkel, demikian juga di sekolah A02 dan A06, bahawa peningkatan profesionalisme mempunyai impak kepada meningkatnya pengetahuan dan kemampuannya dalam menyampaikan mata pelajaran. Manakala sekolah A05 berasa sangat percaya diri dalam pembelajaran, apalagi diperolehnya maklumat daripada internet. Namun untuk sekolah A03, belum boleh memberikan manfaat bagi guru melaksanakan tugas mengajar.

Aspek keempat adalah purata, iaitu apakah setiap guru memperoleh kesempatan bagi mengikuti pelaksanaan peningkatan profesionalisme. Untuk sekolah A01, A02 dan A06, semua guru memperoleh kesempatan mengikuti pelaksanaan peningkatan profesionalisme, kegiatan bengkel dilakukan dengan cara bergantian. Kegiatan MGMPS, sekolah sudah memberikan kesempatan untuk melaksanakannya, namun guru-guru yang belum boleh melaksanakan kegiatan tersebut. Sedangkan bagi sekolah A03, A04, dan A05 terdapat sebahagian guru yang enggan mengikuti kegiatan peningkatan profesionalisme meski sekolah sudah memberikan kesempatan mengikutinya.

(34)

192 Aspek berikutnya adalah responiviti, iaitu setakat mana peningkatan profesionalisme guru boleh memberikan nilai-nilai kemuafakatan bagi guru. Kerana peserta yang mengikuti kegiatan bengkel program peningkatan profesionalisme adalah terhad, maka ditentukan dengan cara bermusyawarah untuk menentukan siapa yang melaksanakan tugas tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa kemuafakatan bagi mengikuti kegiatan tersebut boleh wujud, dan bagi mereka yang telah selesai mengikuti kegiatan tersebut mempunyai kewajipan menyampaikan hasil-hasilnya kepada rakan guru yang tidak mengikuti. Demikian juga diperoleh dapatan kajian bahawa di semua sekolah, pelaksanaan peningkatan profesionalisme guru boleh memberikan nilai kemuafakatan antara guru yang bentuknya adalah kegiatan diskusi jika memperoleh bahan mata pelajaran baru mahupun mungkin ada permasalahan terkait dengan mata pelajaran.

Manakala aspek keenam adalah kesesuaian, iaitu setakat mana peningkatan profesionalisme guru bermanfaat bagi peningkatan autonomi sebagai jalan untuk peningkatan kualiti pendidikan. Peningkatan profesionalisme yang diikuti guru memberikan impak kepada meningkatnya motivasi guru dalam meningkatkan kemampuannya sehingga kualiti pembelajaran menjadi meningkat dan mempunyai impak kepada meningkatnya kualiti pendidikan. Hal ini terjadi di sekolah A01, A02, A04, A05, dan A06. Untuk sekolah A03, peningkatan profesionalisme guru belum dapat menjadikan guru lebih termotivasi bagi meningkatkan kemampuannya dalam melaksanakan tugas pembelajaran

5.4 Dimensi Status

Dalam penyelidikan ini, guru yang menjadi responden adalah mereka yang berkhidmat sebagai pegawai pemerintah, iaitu guru yang dilantik oleh pemerintah sebagai pegawai yang bertugas di pejabat pemerintah dan digaji oleh pemerintah.

(35)

193 Guru sebagai pegawai pemerintah mengalami pelbagai masa dalam pengabdiannya, semasa pemerintahan orde baharu (1965-1998), guru banyak dimanfaatkan oleh parti yang berkuasa untuk mendokong dan mengkekalkan autoritinya, sehingga langkah dan gerak daripada guru sangat terhad. Semua amalan yang dikerjakan oleh guru harus sesuai dengan petunjuk pelaksanaan dan petunjuk teknikal yang dikeluarkan oleh pemerintah pusat, bahkan pelaksanaan pembelajaran mulai daripada penyusunan rancangan pembelajaran, pelaksanaan kegiatan belajar mengajar hingga penilaian harus menggunakan pedoman dari pemerintah pusat. Sehingga boleh dikatakan bahawa guru hanyalah orang yang mempunyai kewajipan menyampaikan pesan dari pemerintah dan tidak mempunyai autoriti untuk melaksanakan kewajipannya sesuai dengan inovasi dan kreativiti yang mungkin dimilikinya.

Berlangsungnya era reformasi pada tahun 1998 dan diberlakukannya autonomi daerah, guru sebagai pegawai pemerintah tidak diperkenankan menjadi ahli parti. Jika guru berkeinginan menjadi ahli parti, maka yang hendaknya dipilih adalah salah satu daripada dua hal tersebut, iaitu sebagai guru atau menjadi ahli parti, jika menjadi ahli parti, maka status sebagai pegawai pemerintah hendaknya ditinggalkan dengan mengambil cuti atau berhenti daripada menjadi pegawai pemerintah. Dengan cara demikian maka peranan guru sebagai pegawai pemerintah yang mempunyai kewajipan mencerdaskan kehidupan bangsa menjadi sesuatu yang diutamakan.

Guru juga memiliki status sebagai pemimpin masyarakat, mereka seringkali menjadi contoh kepada masyarakat sehingga ada perkataan bahawa guru adalah orang yang seharusnya digugu dan ditiru, ertinya orang yang diikuti dan dipercayai ucapannya serta dicontohi perilakunya, dan juga ada pepatah yang sudah umum diketahui

(36)

194 masyarakat Indonesia iaitu guru kencing berdiri, murid kencing berlari ertinya bahawa apa yang dilakukan oleh guru akan dicontohi oleh masyarakat.

Namun dalam perkembangannya, status guru banyak mengalami pergeseran, hal ini disebabkan adanya perubahan dan perkembangan model hubungan masyarakat, bahawa hubungan antara masyarakat yang sebelumnya didasarkan adanya kemuafakatan dan kekeluargaan berubah menjadi hubungan yang didasarkan adanya kepentingan, dalam erti keuntungan apa yang diperoleh pada saat berhubungan dengan yang lain dan juga apa kerugiannya Jika memungkinkan diperoleh banyak keuntungan maka hubungan itu dapat berlangsung dengan baik, namun jika yang terjadi adalah sebaliknya, maka hubungan itu menjadi bergeser bahkan mungkin tidak pernah terjadi perkongsian.

Dalam perkembangannya, masyarakat memandang guru sebagai orang yang mempunyai kewajipan untuk mengajar. Hubungan antara masyarakat dan guru juga bergeser, orang tua memberi upah kepada guru kerana telah mengajar anaknya, dan upah yang diterima guru pada saat ini tidak boleh memenuhi keperluan hidup untuk diri dan keluarganya. Sehingga profesion guru merupakan profesion pilihan terakhir daripada pelbagai profesion yang mungkin masih boleh didapatkan. Hal ini berakibat kepada status guru yang dikatakan sebagai profesion pilihan terakhir jika profesion yang lain tidak diperoleh.

Berlangsungnya program ‘sertifikasi’ bagi guru yang mempunyai impak kepada kenaikan gaji, memberikan nuansa kecerahan profesion guru, terlihat dengan adanya gejala meningkatnya bilangan pelajar yang mengambil program calon guru iaitu program sarjana muda perguruan yang ditempuh selama lebih kurang empat tahun.

(37)

195 Huraian berikut memberikan dapatan kajian mengenai pelaksanaan polisi pemerkasaan guru pada dimensi status dengan pemantauan yang terdiri daripada enam aspek seperti yang berikut.

5.4.1 Aspek Keberkesanan

Status yang dimiliki seseorang mempunyai impak terhadap kedudukannya dalam hubunganya dengan kehidupan masyarakat, sama ada dalam kelompok profesionnya mahupun dalam kehidupan masyarakat persekitarannya. Berkait dengan status guru dalam hubunganya dengan masyarakat persekitaran, boleh dikatakan bahawa guru masih mempunyai status sosial yang tinggi di masyarakat, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 169-176) seperti yang berikut:

Saya secara pribadi sebagai seorang guru.. berasa bangga .. karena dilingkungan saya.. saya… P Bagong … oleh masyarakat masih dipercaya P Bagong ketua RT saya ketua RW .. jadi menurut saya status guru dimasyarakat masih cukup baik.. misalkan ada pilihan kepala desa… guru pun masih dilibatkan.. jadi kalau saya menjadi guru…di masyarakat pun berasa dihati mereka ada tempat tersendiri. Kemarin seperi pemilihan umum itu 60% panitianya dari perangkat guru .. jadi itu salah satu kebanggaan kami bahwa di masyarakat mendapat tempat

Sepertimana dikatakan oleh responden, bahawa sebagai seorang guru yang dikatakan sebagai orang yang diguru dan ditiru, dalam hubunganya dengan masyarakat persekitaran mempunyai kedudukan yang cukup baik. Hal ini boleh dilihat bahawa responden masih dipercayai untuk mewakili masyarakat sebagai Ketua Rukun Warga (RW), demikian juga pada masa pengundian am untuk mengundi ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Pusat dan Daerah, majoriti panitia pelaksana berasal daripada guru, ini merupakan salah satu bukti bahawa status guru di masyarakat sampai hari ini memperoleh kepercayaan.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hal tersebut di atas, adalah penting untuk memahami secara lebih mendalam keseimbangan unsur besi di lahan pasang surut khususnya dari persfektif

Berbeda dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Sari (2014) yang menunjukkan dewan komisaris independen tidak berpengaruh terhadap pengungkapan CSR. Penerapan CSR

Skenario sangat optimis ini adalah pilihan yang paling tepat dilaksanakan untuk dapat memenuhi ketersediaan ruang terbuka hijau di Jakarta dalam jangka panjang, sehingga

Mengetahui ilmu bahasa dan rahasianya, sebab dengan pengetahuan ilmu bahasa yang baik akan membantu memahami ayat-ayat yang tidak bisa dipahami kecuali dengan

Rinitis alergi dengan komorbid otitis media efusi merupakan yang paling banyak diderita yaitu sebanyak 35 pasien (42,2%), rinitis alergi dengan otitis media akut sebanyak 28

Dalam Kitab Epos Mahabrata kisah ini memiliki nilai-nilai yang sangat bermanfaat bagi anak untuk membentuk karakteristik yang pantang menyerah dan rela berkorban

After an average follow-up of 37 months, complete favorable response was recorded in 13 (62%) patients, progression in three (14%) patients, relapse in one (4%) patient, while

Dengan memanjatkan puji dan syukur ke hadirat Tuhan serta atas segala rahmat dan karunia-Nya pada penulis, akhirnya penulis dapat menyelesaikan penyusunan Tesis