• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.5 Perubatan Islam dan Perubatan Melayu

3.5.4 Doa Sebagai Asas Kaedah Rawatan

TGHD (1997) menjelaskan bahawa asas kaedah rawatan Islam adalah berdasarkan kepada bacaan doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, hadis, contoh-contoh amalan Rasulullah SAW, doa yang dibaca oleh nabi-nabi, para sahabat dan lain-lain doa termasuklah doa yang diamalkan oleh para ulama dan orang soleh sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud :

Maksudnya :“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”

(Surah al-Ghafir : 40/ 60)

Berdoa merupakan ibadah yang akan diberi ganjaran oleh Allah SWT kerana tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah SWT selain daripada berdoa. Dalam kandungan al-Quran terlalu banyak ayat menyatakan tentang suruhan berdoa termasuklah doa-doa yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kesihatan (Haron Din, 1997) bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

(Surah al-Baqarah : 2/ 286)

Selain itu suruhan berdoa untuk peroleh kurniaan rahmat (Haron Din, 1997) sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya : “(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia”.

(Surah ali-Imran : 3/ 8)

Disamping itu suruhan berdoa untuk peroleh kebahagiaan keluarga (Haron Din, 1997) sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya : “Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

(Surah Al-Furqan : 25/74)

Manakala ayat yang lain turut juga menganjurkan suruhan berdoa untuk mendapat ketenangan hati (Haron Din, 1997) sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya : “Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Al-Hasyr : 59/ 10)

Allah SWT menggalakkan hamba-hambanya supaya berdoa apabila berhajatkan sesuatu kerana Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk manusia bermohon dan mengharapkan sesuatu. Selain itu Allah SWT menyeru kepada setiap hambaNya yang beriman supaya sentiasa bertaubat kepadaNya dengan taubat yang bersungguh-sungguh supaya setiap dosa yang telah dilakukan akan diampuni oleh Allah SWT dan memberi jaminan syurga kepada hamba-hambaNya yang beriman (Haron Din, 1997) sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak

menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan : “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

(Surah at-Tahrim : 66/ 8) Ayat berikut menunjukkan bahawa kita dikehendaki berdoa kepada Allah SWT supaya dilindungi daripada bisikan-bisikan iblis dan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia daripada jalan yang benar (Haron Din, 1997) berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya : “Dan katakanlah : “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.”

(Surah al-Mu'minun : 23/ 97-98)

Selain itu terdapat juga doa para nabi yang berkaitan dengan kesembuhan dan kesihatan seperti doa Nabi Ayub AS (Haron Din, 1997) berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya : “Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara Penyayang.”

(Surah al-Anbiya' :21/ 83)

Hal ini menunjukkan perbuatan Nabi Ayub AS berdoa kepada Allah SWT supaya menyembuhkan dirinya daripada penyakit yang ditanggungnya. Permintaan dan rayuan

Nabi Ayub AS didengari dan Allah SWT telah memakbulkan permintaannya (Haron Din, 1997). Manakala Nabi Zakaria AS pula telah diuji tidak mempunyai zuriat.

Namun, kerana terlalu kesunyian dan nalurinya yang sangat menginginkan seorang anak, Nabi Zakaria AS tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kepadanya. Oleh kerana kesungguhan dan pengharapan yang tinggi daripada Nabi Zakaria maka Allah SWT mengurniakannya seorang anak iaitu Nabi Yahya dengan mengandungkan isterinya (Haron Din, 1997) sebagaimana Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya : “Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris Yang Paling Baik.(89) Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.(90)”

(Surah al-Anbiya' : 21/ 89-90)

Oleh itu Allah SWT menggesa agar setiap hambanya berdoa dan memohon kepadaNya sama ada untuk memohon pertolongan, perlindungan, ataupun kesejahteraan dan sesungguhnya Allah SWT akan memperkenankannya kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Agung dan tidak akan memungkiri janji-janjiNya (Haron Din, 1997).

Dokumen terkait