• Tidak ada hasil yang ditemukan

Metodologi kajian digunakan untuk mencapai objektif kajian. Metodologi merupakan satu sistem kaedah atau prinsip-prinsip untuk melakukan sesuatu (Collins, 1995) atau rangka rujukan di mana fenomena sosial dianalisis (Zadrozny, 1959). Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif. Komponen penting dalam metodologi akan dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini.

1.9.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian terbahagi kepada dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif (Leslie M. Tutty, 1996). Penyelidikan yang mengkaji sumbangan tokoh adalah menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif (Sartono Kartodirjo, 1988). Denzin dan Lincoln (1994) berpendapat bahawa penyelidikan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah secara terfokus termasuk menggunakan pendekatan semula jadi untuk menyelidik sesuatu subjek. Manakala Cresswell (1994) pula mentakrifkan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang telah ditimbulkan dan juga merupakan metod untuk mendapatkan objektif kajian yang cuba dicapai dalam ketiga-tiga objektif yang digariskan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif.

1.9.2 Kaedah Pengumpulan Data

Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, kaedah pengumpulan data yang dijalankan lebih menjurus untuk mengumpulkan dan mendapatkan maklumat melalui kajian perpustakaan dam temu bual :

a) Kaedah Kepustakaan

Pengkaji melakukan kajian dengan merujuk kepada dokumen, fail peribadi, buku, majalah yang telah diterbitkan, surat khabar, pembentangan kertas kerja, laman sesawang dan hasil penulisan buku-buku beliau yang berkaitan dengan ilmu perubatan Islam. Pengkaji juga membuat kajian ke atas bahan tesis, kajian ilmiah, buku, jurnal, artikel, kertas kerja dan hasil kajian pengkaji terdahulu yang diperoleh daripada Arkib Pusat Rawatan Darusyifa’ Bangi, Perpustakaan Awam Negeri Kedah, perpustakaan-perpustakaan universiti seperti Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia (UUM), Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perpustakaan Universiti Malaya (UM) dan Akademi Pengajian Universiti Malaya (APIUM), Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta koleksi perseorangan bagi mendapatkan maklumat penting.

b) Kaedah Temu bual

Pengkaji menggunakan kaedah temu bual bersemuka dalam kajian ini untuk mendapatkan data dan bahan utama mengenai sejarah latar belakang tokoh sendiri dan penglibatannya dalam ilmu perubatan Islam. Selain itu, soalan-soalan temu bual jenis semi-struktur melalui borang soal selidik dan soalan-soalan sepontan secara bersemuka dilakukan kepada responden yang dipilih terdiri daripada beberapa orang ahli keluarga, rakan-rakan, murid-murid, dan pesakit yang telah mendapatkan rawatan daripada tokoh supaya maklumat yang dikehendaki relevan dengan tujuan kajian. Data telah diperolehi daripada hasil temu bual bersama :-

i. Tuan Guru Dato’ Dr. Haji Haron Bin Din (tokoh kajian) ii. Hajah Khadijah Binti Md Salleh (isteri)

iii. Pn. Salwa Binti Harun (anak) iv. Hajah Rokiah Binti Din (adik)

v. Hajah Fatimah Binti Din (kakak)

vi. Hajah Zaleha Abu Bakar (anak saudara)

vii. Hajah Norasma Binti Abdullah (PKHEM SAIM) viii. Hajah Che Be Binti Din (adik),

ix. Tuan Haji Ali bin Ahmad (murid pertama) x. Ustaz Mohd Zafran (staf Darusyifa’ Bangi)

xi. Pn. Hajah Azizah Bt. Abdullah (perawat Darusyifa’cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang)

xii. 20 orang responden pesakit

c) Item Temu Bual

Berikut adalah item-item soalan temu bual yang diajukan kepada tokoh : i. Nama penuh dan kerjaya tokoh, isteri, ibu, ayah, adik beradik,

anak-anak dan cucu-cucu tokoh.

ii. Latar belakang ekonomi keluarga, asal usul dan susur galur keturunan keluarga sebelah ayah dan ibu serta tarikh kematian ibu dan ayah.

iii. Latar belakang keluarga, perkahwinan, isteri serta anak-anak.

iv. Latar belakang pendidikan rendah, menengah, pengajian tinggi, kerjaya, minat, kemahiran, kebolehan dan hobi serta pengiktirafan yang diperolehi sepanjang perkhidmatan.

v. Latar belakang dan sejarah awal penglibatan dalam bidang rawatan Islam, nama guru dan dimana belajar ilmu rawatan Islam.

vi. Sumbangan ilmu, kaedah, metod, bahan yang digunakan dan manhaj rawatan yang diamalkan dalam rawatan kepada pesakit.

vii. Ciri-ciri, matlamat, kaedah atau manhaj pengajian ilmu pengubatan kepada perawat serta sejarah penubuhan Pusat Rawatan Darussyifa’

dan sumbangan tokoh.

viii. Sumbangan dalam melahirkan perawat, tatacara pengambilan calon perawat, syarat utama, dan etika seorang perawat.

ix. Perbezaan dan pandangan tentang rawatan Melayu tradisional, rawatan moden, rawatan Islam, ciri-ciri rawatan yang berlandaskan syariat dan rawatan yang bertentangan dengan syariat serta isu-isu yang berkaitan.

x. Senarai sumbangan bidang penulisan, karya buku, majalah, akhbar, koleksi kertas kerja dan pembentangan seminar yang pernah dihasilkan.

xi. Penglibatan arena antarabangsa dalam bidang rawatan Islam.

xii. Usaha dan penglibatan Darussyifa’ dalam menjadikan ilmu rawatan Islam diterima pakai secara meluas dan diiktiraf oleh pihak kerajaan Malaysia.

xiii. Pandangan dan nasihat kepada perawat serta pusat rawatan lain yang tumbuh dengan pesat.

xiv. Cabaran hidup dan pengalaman hidup yang pernah dihadapi.

xv. Jadual perjalanan harian, mingguan dan bulanan Pusat Rawatan Darussyifa’.

xvi. Artikel, rekod bertulis dan bahan dalam arkib tentang Pusat Rawatan Darussyifa’

1.9.3 Sampel Kajian

Tuan Guru Dato’ Dr. Haji Haron Bin Din telah dipilih sebagai sampel kajian dalam menetukan pemilihan subjek. Oleh kerana kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mendokumentasi sumbangan tokoh maka segala bentuk data sejarah dan fakta semasa yang menyentuh berkaitan sumbangan tokoh yang diperolehi akan dijadikan analisis kajian. Data di perolehi melalui ahli keluarga, rakan-rakan, murid-murid, dan pesakit.

1.9.4 Analisis Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) berdasarkan data mentah yang telah dikumpulkan seperti berikut :

i. Data dan maklumat berkaitan latar belakang diri, asal-usus keturunan, pendidikan, perkahwinan, kerjaya, sejarah penglibatan dalam perubatan Islam, ilmu perubatan Islam, kaedah rawatan yang diamalkan diperoleh daripada temu bual bersama tokoh kajian serta maklumat keratan akhbar dan majalah yang terdapat dalam buku bibliografi tokoh.

ii. Data dan maklumat berkaitan latar belakang ahli keluarga, adik beradik, ekonomi, sifat peribadi, sumbangan semasa hayat diperolehi daripada temu bual bersama dengan ahli kelurga yang terdiri daripada anak-anak dan adik beradik tokoh seperti Hajah Khadijah Binti Md Salleh (isteri), Pn. Salwa Binti Harun (anak), Hajah Rokiah Binti Din (adik), Hajah Fatimah Binti Din (kakak), Hajah Zaleha Abu Bakar (anak saudara), Hajah Norasma Binti Abdullah (PKHEM SAIM) dan Hajah Che Be Binti Din (adik).

iii. Data dan maklumat berkaitan dan sumbangan berkaitan ilmu dan kaedah rawatan, sifat peribadi tokoh diperoleh juga daripada temu bual bersama Tuan Haji Ali bin Ahmad yang merupakan murid pertama dan juga buku-buku tulisan tokoh seperti Buku Teks Siri Pengajian Pengubatan Islam.

iv. Data dan maklumat berkaitan sejarah penubuhan Pusat Rawatan Darussyifa’, penganjuran kelas pengajian, tatacara pengambilan pelajar pengamal perubatan Islam, sumbangan tokoh diperoleh daripada temu bual dan kerjasama daripada Ustaz Mohd Zafran yang merupakan staf yang bertugas di Pusat Rawatan Darussyifa’ Bangi, Pn. Hajah Azizah Bt. Abdullah serta tesis kajian ilmiah.

v. Data dan maklumat berkaitan respon balas terhadap keberkesanan kaedah rawatan dan komentar diperoleh daripada 20 orang responden pesakit.

Dokumen terkait