• Tidak ada hasil yang ditemukan

NILAI-NILAI MURNI DALAM FILEM

3.3 Adegan-adegan Nilai Murni

3.3.3 Domain Komuniti

Domain komuniti merangkumi unsur-unsur nilai yang disalurkan melalui kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Filem Mukhsin dan filem Talentime masing-masing menceritakan hal-hal yang biasa berlaku dalam masyarakat baik kampung atau bandar. Komuniti filem Mukhsin terdiri daripada (i) Pak Atan sekeluarga (Pak Atan, isterinya Mak Inom, anak mereka, Orked dan pembantu rumah mereka, Kak Yam), (ii) Pak Man Koboi sekeluarga (Pak Man Koboi, isterinya Rozie dan anak mereka, Ayu), (iii) Mak Senah dan dua anak-anak saudaranya, Hussein dan Mukhsin, (iv) Timah, jiran keluarga Pak Atan, (v) Sujatha, teman wanita Pak Man Koboi dan watak-watak lain yang tidak dinyatakan nama iaitu (vi) rakan-rakan sepermainan Orked (dinamakan sendiri sebagai Budak Lelaki dan Budak Perempuan dalam kajian

116

ini), (vii) pekerja-pekerja kedai sofa (dinamakan sendiri sebagai Pekerja A dan Pekerja B dalam kajian ini) dan (viii) rakan-rakan sekolah Orked (dinamakan sendiri sebagai Murid A, Murid B dan Murid C dalam kajian ini), (ix) pengunjung pusat snuker. Komuniti filem Talentime pula terdiri daripada (i) Melur sekeluarga (Melur, adik-adiknya Mawar dan Melati, ibu bapanya Mak dan Abah, neneknya dan pembantu rumah Mei Ling), (ii) Mahesh sekeluarga (Mahesh, kakaknya Bhavani, ibunya Amma, pakciknya Uncle Ganesh dan makciknya Auntie Vimala) dan (iii) pihak jiran Uncle Ganesh.

Perkara-perkara yang ditampilkan dalam domain komuniti mencerminkan sikap masyarakat Malaysia yang baik dan buruk. Contohnya, nilai amanah ditekankan melalui sikap suka berhutang Pak Atan dan persembunyian status perkahwinan Pak Man Koboi. Selain itu, etika seseorang yang menggambarkan nilai hemah tinggi, seperti adab semasa berkunjung, berkirim salam, meminjam bahan masak atau memberi komen akibat perbezaan pandangan dalam hal-hal tertentu (misalnya mengenai perkara seperti menari dalam hujan, batasan pergaulan, kesanggupan lelaki membantu dalam dapur, bertutur dalam bahasa Inggeris, berhutang, penampilan dan lain-lain) pula dipaparkan dalam adegan yang melibatkan Pak Atan sekeluarga, Pak Man Koboi sekeluarga, Mak Senah, Hussein, Timah, rakan-rakan sepermainan Orked dan pekerja-pekerja kedai sofa. Domain ini turut menyentuh sikap keterbukaan sesetengah rakyat Malaysia yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah bangsa lain, sepertimana yang dilakukan oleh Pak Atan yang menghantar Orked ke sekolah aliran Cina. Kepentingan sikap keterbukaan dalam mengekalkan keharmonian masyarakat juga disampaikan secara tidak langsung melalui dua kejadian, iaitu pencederaan secara sengaja Murid A terhadap Mukhsin

117

dalam filem Mukhsin dan pergaduhan antara pihak Ganesh dan jirannya yang kemudian meragut nyawa Ganesh dalam filem Talentime.

Maka, dapat dirumuskan bahawa tiga nilai telah dikenal pasti hadir dalam domain keluarga, iaitu (i) amanah, (ii) hemah tinggi dan (iii) sikap keterbukaan.

3.3.3(a) Amanah

Nilai Amanah didefinisikan sebagai “sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain” (KPM, 2003). Hal ini bermaksud setiap perbuatan dan pertuturan perlu dilakukan secara jujur dan ikhlas tanpa penipuan.

Nilai amanah boleh dilihat melalui gambaran secara paradoks, yang ditunjukkan dalam dua adegan negatif, iaitu melalui kejadian perampasan sofa keluarga Orked oleh tuan kedai perabot dan ketidakjujuran Pak Man Koboi tentang status perkahwinannya dalam filem Mukhsin.

Adegan negatif pertama (Data 18) di bawah menunjukkan perbualan antara pekerja-pekerja penjual sofa dan Orked. Pekerja A dan Pekerja B ditugaskan untuk menarik balik sofa keluarga Orked apabila ayah Orked, Pak Atan gagal membuat pembayaran ansurans sofa seperti yang dijanjikan.

Data 18

DCA1 Adegan Mukhsin (Masa 41:25 – 42:07) (a)

(b) (c)

(Di ruang tamu rumah Orked)

Pekerja A : Ooi, Ah Moi. Bangun. Kita orang mau ambil sofa ini.

Wake up, little girl. We’re here to re-possess the sofa.

Orked : Apahal lu mau ambil gua punya bapa punya sofa?

Why would you want to do that?

Pekerja A : Bapa lu ah sudah tak ada bagi sofa ini punya hutang ah tiga bulan, tau? Bangun, bangun.

Your father missed out on three month’s installments. Get up from there.

118

Orked : Tunggu dia balik tak bolehkah?

Couldn’t you wait until he gets home?

Kesabaran pekerja-pekerja kedai sofa boleh dikatakan agak tinggi kerana sanggup memujuk Orked beberapa kali supaya bangun dari sofa (DCA1a, DCA1c, DCA1f, DCA1h dan DCA1j) sebelum mereka mengalihkannya ke dalam lori (DCA1l).

Keengganan Orked untuk bangun dari sofa (DCA1g, DCA1i dan DCA1k) menunjukkan kesukarannya untuk menerima hakikat itu. Ketidakpuasan hati juga diselit dalam pertuturan Pekerja A yang berkali-kali memberi penegasan dan mengakhiri penjelasannya dengan kata ‘tau’ (tahu) kepada Orked, iaitu ‘sudah tak ada bagi sofa ini punya hutang ah tiga bulan, tau?’ (DCA1c), ‘sudah warning dia lima kali, tau?’ (DCA1f) dan ‘kita ambil lu sama sekali masuk itu lori, tau?’ (DCA1l) yang bertujuan mengharapkan Orked untuk memahami situasinya dan bekerjasama dengannya. Kata ganti diri ‘kita’ yang digunakan seperti ‘kita orang’ (DCA1a) dan

‘kita ambil lu sama sekali’ (DCA1l) tidak menepati tatabahasa kerana penutur tidak merujuk pendengar dalam tindakan yang akan diambil itu. Keadaan ini adalah kesilapan yang biasa dilakukan penutur terutamanya penutur bukan Melayu.

Pihak penjual sofa telah hilang rasa toleransi dan kepercayaan terhadap Pak Atan apabila peringatan yang diberi sebanyak lima kali tidak dipandang serius. Perbualan

119

dalam Data 19 berikut menunjukkan ketidakpuasan Pekerja A semasa pekerja-pekerja lain mengangkat sofa ke dalam lori.

Data 19

DCA2 Adegan Mukhsin (Masa 42:23 – 42:28) (a)

(Di ruang tamu rumah Orked)

Pekerja A : Macam mana kita mau bikin duit? Kita bikin, lu ambik, kita bikin, lu ambik.

How can we make money if you keep taking it away from us?

Keengganan Pak Atan untuk menjelaskan hutang ansurans sofa juga menimbulkan kemarahan isterinya, Mak Inom. Data 20 di bawah merupakan perbualan Pak Atan dan Mak Inom dalam kereta apabila pekerja-pekerja baru beredar selepas selesai memindahkan sofa dari rumah.

Data 20

DCA3 Adegan Mukhsin (Masa 44:20 – 45:08) (a)

(Dalam kereta Pak Atan yang berhenti di luar rumahnya) Mak Inom : Sayang, sayang tak bayar duit sofa lagi eh?

Dearest, haven’t you paid the sofa installments?

Pak Atan : Belum.

Not as such.

Mak Inom : Begitu macam mana, suruh bayar, degil.

You never listen to me.

Pak Atan : Alah... kita cari sofa dekat kedai lainlah.

Let’s just get a new set from a different shop.

Mak Inom : Sampai bila nak henti ganti sofa ni?

How much longer will we keep changing sofas?

Pak Atan : I dah check dah, ada dua belas kedai sofa dekat sini. Kalau dia orang ambil balik sofa kita tiap-tiap tiga bulan, kita masih boleh tahan selama 36 bulan. Tiga tahun kita saling mengganti sofa baru, tiap-tiap tiga bulan. Kan best?

I’ve found twelve sofa shops in this town. If they keep re-possessing our sofas every three months, we have 36 months.

For three years we’ll have a new sofa every three months. Isn’t that nice?

Dalam Data 20, sikap Pak Atan yang pandai ‘merancang’ ini menunjukkan ketidaktanggungjawabnya terhadap perjanjian yang dibuat dengan penjual sofa, yang secara tidak langsung menggambarkan sikap tidak amanahnya terhadap janji dalam hal jual beli. Perbuatan Pak Atan turut bukan sahaja mengecewakan anak isterinya

120

dan penjual sofa, malah menjejaskan imej sendiri. Mak Inom melihat perbuatan berhutang ini tidak patut berlaku lagi tetapi Pak Atan melihatnya sebagai satu keuntungan. Perbezaan sudut pandangan ini menunjukkan sikap Pak Atan yang meremeh-remehkan perkara yang dianggap serius dan hal ini boleh menjejaskan kepercayaan Mak Inom terhadapnya kerana orang yang bersikap sebegini akan membuat orang lain hilang kepercayaan terhadapnya (Abdullah & Ainon, 2000: 28).

Adegan negatif yang kedua (Data 21) merupakan perbualan antara Pak Man Koboi dan teman wanitanya, Sujatha. Pak Man Koboi tidak berterus terang dengan Sujatha apabila ditanya tentang cincin yang dipakainya.

Data 21

DCA4 Adegan Mukhsin (Masa 17:57 – 18:12) (a)

Pak Man Koboi : Tak ada apa-apa, cincin biasa saja yang abang pakai.

Nothing, it’s just a regular ring.

‘abang pakai cincin biasa saja’ kerana ingin menyakinkan Sujatha bahawa dia bukan memakai cincin perkahwinan. Ungkapan ‘tak ada apa-apa’ (DCA4b) menampakkan rasa bersalah Pak Man Koboi. Dia mengatakan dengan yakinnya ‘betul’ (DCA4d)

121

apabila diragui tetapi agak cemas apabila jawapan yang diberi disalahfaham oleh Sujatha. Ungkapan ‘Tak, sumpah’ yang diujarkannya yang sebenarnya membawa maksud ‘Belum kahwin. Sumpah’ disalah tafsirkan sebagai ‘Tak sumpah’ oleh Sujatha dan membuatnya cemas dan cepat-cepat menukarkan perbualan dengan mengatakan ‘tengok wayang’ (DCA4h). Tindakan ini menunjukkan Pak Man Koboi cuba mengelakkan diri daripada menjawab soalan Sujatha tentang status perkahwinannya.

Berikut ialah dialog berpandukan ciri-ciri yang sepatutnya diamalkan seseorang yang amanah yang diperoleh daripada paradoks filem melalui adegan berhutang dan menyembunyikan status perkahwinan:

(a) Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan janji:

DCA1c Pekerja A: Bapa lu ah sudah tak ada bagi sofa ini punya hutang ah tiga bulan, tau? ....

(b) Tidak mengambil kesempatan pada orang lain demi kepentingan diri sendiri:

DCA2a Pekerja A: Macam mana kita mau bikin duit? Kita bikin, lu ambik, kita bikin, lu ambik.

DCA3d Pak Atan: Alah... kita cari sofa dekat kedai lainlah.

DCA3f Pak Atan: I dah check dah, ada dua belas kedai sofa dekat sini. Kalau dia orang ambil balik sofa kita tiap-tiap tiga bulan, kita masih boleh tahan selama 36 bulan. Tiga tahun kita saling mengganti sofa baru, tiap-tiap tiga bulan. Kan best?

(c) Ikhlas sewaktu bergaul atau berurusan dengan mana-mana individu:

DCA1c Pekerja A: Bapa lu ah sudah tak ada bagi sofa ini punya hutang ah tiga bulan, tau? ....

DCA4b Pak Man Koboi: Tak ada apa-apa, cincin biasa saja yang abang pakai.

(d) Tidak memutarbelitkan kenyataan, menokok tambah atau berselindung:

DCA3a Mak Inom: Sayang, sayang tak bayar duit sofa lagi eh?

DCA4d-f Pak Man Koboi: Betul. (Ya ke?) Tak, sumpah.

122

DCA4h Pak Man Koboi: Eh, kita nak tengok wayang, jom. Sekejap eh, bagi hidupkan motor dulu, baru naik.

3.3.3(b) Hemah Tinggi

Definisi nilai hemah tinggi secara umum yang diberi oleh KPM (2003) adalah seperti yang dinyatakan dalam domain sekolah (hlm. 95), iaitu “beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian”.

Selain ciri-ciri yang dinyatakan dalam domain sekolah (hlm. 97-98), ciri-ciri seseorang yang mengamalkan nilai hemah tinggi dalam interaksi sosial masyarakat, khususnya yang digambarkan melalui contoh-contoh yang dikaji dalam filem ini dibahagikan kepada tiga situasi, iaitu:

Situasi A : Permulaan atau pengakhiran komunikasi Situasi B : Pinjam-meminjam

Situasi C : Penilaian terhadap orang lain

Nilai hemah tinggi dalam domain komuniti boleh dilihat melalui (i) adegan positif dalam Situasi A dan Situasi B, dan (ii) adegan negatif dalam Situasi C menerusi filem Mukhsin. Berdasarkan pertuturan watak, adegan positif merujuk adegan yang memaparkan nilai murni dengan jelas manakala adegan negatif merujuk adegan yang bertentangan dengan nilai murni. Daripada data yang diperoleh, adegan-adegan positif melibatkan perbualan antara Mak Senah, Mak Inom, Mukhsin, Kak Yam dan Timah. Adegan-adegan negatif pula melibatkan perbualan antara Rozie, Pak Man Koboi, Ayu, Orked dan budak-budak lain. Watak-watak ini hidup bersama di sebuah kampung.

123

Situasi A: Permulaan atau pengakhiran komunikasi

Data 22 di bawah merupakan perbualan antara Mak Inom dan Mak Senah. Ibu bapa Orked, Mak Inom dan Pak Atan menumpangkan Mukhsin, anak saudara Mak Senah pulang ke rumah selepas menyaksikan perlawanan bola sepak bersama-sama.

Data 22

DCH1 Adegan Mukhsin (Masa 51:49 – 52:04) (a)

Mak Inom : Tak apalah, Kak Senah. Dah dekat Maghriblah ni. Lain kalilah ya.

Next time, dear. It’s almost dusk.

Mak Senah : Ah, yalah.

Ø

Mak Inom : Assalamualaikum.

Ø

‘ooi’ (DCH1b). Kata ‘ooi’ di sini lebih lembut dan berbeza dengan kata ‘oi’ dalam Data 9 (DFB1a) yang diujar Mak kepada anak-anaknya. Teguran yang singkat dan tidak formal ini menggambarkan hubungan rapat mereka. Mak Senah kemudian menjemput Mak Inom masuk ke rumah (DCH1g), namun disebabkan hari sudah lewat, Mak Inom menolak pelawaan Mak Senah dengan sopan (DCH1h).

124

Penggunaan kata ‘lah’ dan ‘ya’ menampakkan penolakan secara lembut. Pada pandangan masyarakat Melayu, mengunjungi rumah jiran atau rakan pada waktu Maghrib atau antara 7:15 pm hingga 7:30 pm pada waktu Malaysia perlu dielakkan kerana pada waktu itulah umat Islam mengerjakan sembahyang Maghrib (Noor Aini Syed Amir, 2010: 56). Berkunjung sama ada pada waktu hampir Maghrib mahupun beberapa minit selepas waktu Maghrib juga harus dielakkan agar tidak menimbulkan rasa serba salah tuan rumah yang terpaksa melayan kita selain sibuk mengerjakan sembahyang, menyediakan makan malam dan sebagainya.

Selain waktu Maghrib, waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam juga bukan waktu yang sesuai untuk membuat kunjungan ke rumah orang lain kerana kedatangan kita berkemungkinan mengganggu tuan rumah yang sedang beristirehat atau menyediakan keperluan keluarga. Amalan ini turut dipraktikkan oleh masyarakat di Malaysia umumnya selain masyarakat Melayu. Contohnya, dalam Data 17 (DFT1a), Bhavani meminta maaf dengan Mak sebaik sahaja Mak membuka pintu rumahnya kerana Bhavani sedar kehadirannya di rumah orang pada awal pagi adalah tidak sesuai. Lagipun, pada waktu itu, Mak masih memakai telekung menandakan sekeluarga mereka sedang bersolat.

Data 23 pula berikut merupakan perbualan antara Mak Senah kepada Mukhsin.

Walaupun Mukhsin hanya memberitahu akan mengunjungi kawannya tanpa menyebut nama kawannya itu, Mak Senah sedar kawannya itu merujuk kepada Orked lalu meminta Mukhsin untuk mengirimkan salam kepadanya. Didapati kata

‘ek’ (DCH2c) menunjukkan permintaan secara lembut.

125 Data 23

DCH2 Adegan Mukhsin (Masa 28:58 – 29:05) (a)

Di bawah merupakan ciri-ciri seseorang yang berhemah tinggi yang dapat dikesan daripada dialog adegan bertegur sapa:

(a) Memberi salam atau bertegur sapa ketika berjumpa:

DCH1a-c Mak Inom: Ooi. (Ooi) Buat apa tu?

DCH2c Mak Senah: Salam Orked ek.

(b) Menjawab salam atau memberi respons apabila diberi salam:

DCH1b Mak Senah: Ooi.

DCH1k Mak Senah: Walaikumussalam.

(c) Meminta diri dengan tuan rumah semasa hendak beredar:

DCH1j Mak Inom: Assalamualaikum.

(d) Membuat kunjungan hanya pada waktu yang sesuai:

DCH1h Mak Inom: Tak apalah, Kak Senah. Dah dekat Maghriblah ni. Lain kalilah ya.

DFT1a Bhavani: Ah... minta maaf, Aunty, ah… Mahesh ada tak?

Situasi B: Pinjam-meminjam

Data 24 di bawah merupakan perbualan antara Kak Yam dan Timah. Kak Yam meminjam bahan memasak daripada jirannya, Timah.

Data 24

DCH3 Adegan Mukhsin (Masa 42:36 – 44:01) (a)

126

Kak Yam : Dua, tiga helai (terketawa) Dua tiga keping.

About two or three pieces.

(Timah memberikan beberapa keping asam kering kepada Kak Yam.) Kak Yam : Ni… ni aku dah habis pakai, aku bagi balik ya.

Kak Yam bertanyakan tentang asam keping (DCH3a) dan menerangkan bahawa dia sudah kehabisan bahan itu untuk masakannya (DCH3c). Konteks pinjam-meminjam yang melibatkan makanan memang berlaku di Malaysia dan adalah amat biasa dalam kalangan jiran. Barangan yang dipinjamkan ini tidak dapat dipulangkan melainkan peminjam sanggup membeli kuantiti yang banyak dan memulangkan jumlah yang dipinjam. Namun, ramai yang menganggap tindakan ini tidak praktikal dan selalu diabaikan. Sekiranya kejadian ini tidak kerap berlaku, maka adalah wajar bagi pemberi menghulurkan bantuan setakat mampu secara ikhlas seperti yang dilakukan oleh Timah (DCH3d). Janjian Kak Yam untuk memulangkan asam keping selepas guna (DCH3f) menandakan dia sedar bahawa setiap peminjaman seharusnya ada pemulangan. Ungkapan ‘ni... ni’ (DCH3f) menandakan Kak Yam agak segan dan menghargai bantuan Timah. Timah pula tahu janjian Kak Yam ini hanya gurauan dan tidak terlalu berkira dengan pulangan. Ucapan ‘terima kasih’ (DCH3h) dan

‘sama-sama’ (DCH3i) yang mengakhiri perbualan pinjam-meminjam menunjukkan kedua-dua pihak bersetuju dengan peminjaman ini dan masih saling menghormati.

127

Ringkasnya, ciri-ciri seseorang yang berhemah tinggi yang dapat dikesan dalam adegan meminjam bahan memasak dan dialog asalnya ialah:

(a) Meminta sesuatu daripada orang lain hanya apabila berada dalam keadaan terdesak:

DCH3a-c Kak Yam: Timah, ada asam keping tak? (Asam keping?) Aku dah habis.

(b) Menyedari kewajipan untuk memulangkan barangan yang dipinjam dalam keadaan baik sekiranya barang itu dapat dipulangkan:

DCH3f Kak Yam: Ni… ni aku dah habis pakai, aku bagi balik ya.

(c) Berterima kasih dan menghargai bantuan orang lain:

DCH3h Kak Yam: Terima kasih.

(d) Memberi bantuan secara ikhlas dan tidak berkira dengan pulangan:

DCH3d Timah: Berapa kau nak?

DCH3i Timah: Sama-sama.

Situasi C: Penilaian terhadap orang lain

Berikut ialah adegan negatif pertama (Data 25) yang menunjukkan perbualan sepasang suami isteri, Rozie dan Pak Man Koboi. Rozie suka memberi komen terhadap jiran mereka (DCH4a) dan hal ini tidak disenangi oleh Pak Man Koboi.

Data 25

DCH4 Adegan Mukhsin (Masa 7:15 – 7:23) (a)

(b)

(Di luar rumah Pak Man Koboi)

Rozie : Apalah dia orang ni, tak tau malu langsung. Eh… Melayu pun dah tak macam Melayu dah.

What’s wrong with these people? Have they no shame?

Malays who have forgotten their roots.

Pak Man Koboi : Yang awak tu sibuk-sibuk pergi jaga tepi kain orang buat apa?

Why don’t you have try miding* your own business?

Nota : * bermaksud kesilapan ejaan dalam sari kata.

128

Ramai orang suka mengatakan atau membetul-betulkan orang lain kerana berasa seronok apabila mampu membuktikan pendapat, idea atau sikap orang lain kurang baik atau tidak betul (Abdullah & Ainon, 2000: 18) untuk menampakkan dirinya lebih baik. Namun, sikap kritis seseorang lama-kelamaan mengurangkan minat orang lain untuk berbual dengannya kerana kebanyakan orang tidak berminat untuk mendengar kritikan terhadap orang lain (Abdullah & Ainon, 2000: 18-19). Keadaan ini digambarkan melalui adegan di atas apabila Pak Man Koboi mengatakan Rozie

‘jaga tepi kain orang lain’ (DCH4b) setelah Rozie mengkritik anak-beranak jiran mereka yang menari dalam hujan.

Sikap Rozie ini turut mempengaruhi anak perempuannya, Ayu. Walaupun masih kecil, Ayu sudah pandai memburuk-burukkan orang lain seperti ibunya dalam kalangan rakan sepermainan. Data 26 yang seterusnya merupakan perbualan antara Ayu dan Orked yang juga berupa adegan negatif kedua.

Data 26

DCH5 Adegan Mukhsin (Masa 10:39 – 11:21) (a) kita katakan, mak awak itu berangan menjadi orang putih. Jawa tak sedar diri, dia kata.

My mother’s always asking, why does Orked’s mother keep speaking in English? My father says she’s just showing off that she studied in England. My mother also says your mother’s turning into a white woman. She’s forgetting her Javanese origins.

Orked : Small-minded people.

Eh, bapa awak kena dicontrol ek?

She says your mother is a bad wife. She saw your father helping out in the kitchen. Is your father a hen-pecked husband?

Orked : Bapa aku sayang mak akulah, itulah dia tolong mak akulah. Stupid

129

git!

My father helps out in the kitchen because he loves my mother.

Stupid git!

Nota : i) Ø bermaksud tidak disarikatakan.

ii) * bermaksud kesilapan ejaan dalam sari kata.

Penggunaan kata ganti nama ‘kita’ dalam ungkapan ‘mak kita selalu tanya’

(DCH5a), ‘bapa kita kata’ (DCH5a) dan ‘mak kita katakan’ (DCH5e) sebenarnya hanya merujuk Ayu dan tidak merangkumi pendengar seperti yang sepatutnya dalam tatabahasa bahasa Melayu. Kata seru ‘eh’ digunakan dengan kerap (DCH5a dan DCH5e) untuk menarik perhatian para pendengar. Pengulangan bentuk frasa yang sama dalam ayat ‘kejap cici lah, kejap shushu lah, sekejap semeshe lah’ (DCH5a) membawa unsur cemuhan terhadap ibu Orked. Selain itu, terdapat kata-kata negatif dalam pertuturan Ayu, misalnya kata/frasa ‘berangan’, ‘nak tayang’ (hendak menunjuk-nunjuk), ‘tak sedar diri’ dalam DCH5a, serta frasa ‘tak pandai jaga lelaki’

dan ‘dicontrol’ (dikawal) dalam DCH5e.

Anak-anak yang masih muda mudah terikut-ikut dengan tingkah laku dan pertuturan ibu bapa mereka. Adegan negatif ketiga, yang dipaparkan dalam Data 27 yang berikut menunjukkan Ayu yang bertindak sebagai alat penyebar ibunya menyindir jiran mereka, Orked, apabila sofa keluarga Orked ditarik balik oleh penjual sofa.

Data 27

DCH6 Adegan Mukhsin (Masa 43:43 – 43:39) (a)

(Di luar rumah Orked)

Ayu : Eh, Orked. Mak kita katakan bapa awak tu berangan beli perabot baru tapi tak ada duit.

Hey Orked, my mother says your father shouldn’t buy furniture he can’t afford.

Data 27 di atas ini sekali lagi memaparkan penggunaan ungkapan ‘mak kita katakan’

(DCH6a) oleh Ayu dan hal ini menjadikan watak Ayu seorang yang menjengkelkan.

130

Selain Ayu, terdapat juga kanak-kanak lain yang cenderung menyebarkan kata-kata ibu tanpa mengesahkan kebenaran pernyataan yang disampaikan itu. Adegan negatif keempat berikut (Data 28) menunjukkan perbualan antara Budak Lelaki dan Orked.

Data 28

DCH7 Adegan Mukhsin (Masa 10:39 – 11:21) (a)

Budak Lelaki : Oh, yang tu. Namanya Mukhsin. Anak saudara Mak Senah yang ronggeng itu.

Oh, that’s Mukhsin. Nephew of Mak Senah the cabaret woman.

Orked : Mak Senah tak ronggeng.

Mak Senah’s not a cabaret woman.

Budak Lelaki : Yalah. Mak aku kata masa dulu-dulu dia selalu ronggeng.

My mother said she was once.

Tabiat suka bergosip bukan hanya dilakukan wanita saja. Hal ini juga disokong pandangan Amir Muhammad (2010: 116) dalam ulasan beliau mengenai adegan ini.

Budak Lelaki juga menyebarkan kata-kata ibunya, tetapi ungkapan yang digunakan ialah ‘mak aku kata’ (DCH7f) dan bukannya ‘mak kita katakan’ seperti yang sering ditutur Ayu (DCH5e dan DCH6a). Pengungkitan masa silam orang lain semasa

Budak Lelaki juga menyebarkan kata-kata ibunya, tetapi ungkapan yang digunakan ialah ‘mak aku kata’ (DCH7f) dan bukannya ‘mak kita katakan’ seperti yang sering ditutur Ayu (DCH5e dan DCH6a). Pengungkitan masa silam orang lain semasa

Dokumen terkait