Elemen-Elemen Faktor-Faktor
Politik (P) Kestabilan kerajaan dan kemungkinan perubahan
Birokrasi
Tahap rasuah
Dasar cukai (kadar dan insentif)
Kebebasan akhbar
Peraturan / de-peraturan
Kawalan
Perdagangan
Sekatan import (kualiti dan kuantiti)
Tari
Peraturan persaingan
Penglibatan kerajaan dalam kesatuan dan perjanjian perdagangan
Undang-undang Alam Sekitar
Undang-undang Pendidikan
Undang-undang anti-amanah
Undang-undang diskriminasi
Hak cipta, paten
Undang-undang harta intelek
Perlindungan pengguna dan e-dagang
Undang-undang pekerjaan
Undang-undang kesihatan dan keselamatan
Undang-undang perlindungan data
Undang-undang mengawal pencemaran alam sekitar Ekonomi (E) Kadar pertumbuhan
Kadar inflasi
Kadar faedah
Kadar pertukaran
Trend pengangguran
Kos buruh
ahap kitaran perniagaan
Ketersediaan kredit
Aliran dan corak perdagangan\Tahap pendapatan boleh guna pengguna
Dasar monetari
Dasar fiskal
Turun naik harga
113 Sambungan Jadual 2.4
Elemen-Elemen Faktor-Faktor
Cuaca
Perubahan iklim Sosiobudaya (S) Kesedaran kesihatan
Tahap pendidikan
Sikap terhadap barangan dan perkhidmatan yang diimport
Sikap terhadap kerja, masa lapang, kerjaya dan persaraan
Sikap terhadap kualiti produk dan perkhidmatan
Pelanggan
Sikap ke arah menyelamatkan dan melabur
Penekanan pada keselamatan
Gaya hidup
Amalan membeli
Agama dan kepercayaan
Sikap terhadap "hijau" atau produk ekologi
Sikap ke arah dan sokongan untuk tenaga boleh diperbaharui
Kadar pertumbuhan penduduk
Kadar imigrasi dan emigrasi
Kadar pengagihan umur dan jangka hayat
Pengagihan seks
Purata pendapatan boleh guna
Kelas-kelas sosial
Saiz dan struktur keluarga
Minoriti
Teknologi (T) Tahap infrastruktur asas
Kadar perubahan teknologi
Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan
Insentif teknologi
Perundangan mengenai teknologi
Tahap teknologi dalam industri
Infrastruktur komunikas
Akses kepada teknologi terbaharu
Infrastruktur internet dan penembusan Persekitaran (E) Cuaca
Perubahan iklim
Undang-undang mengawal pencemaran alam sekitar
Pencemaran udara dan air
Kitar semula
Pengurusan sisa
Sikap terhadap "hijau" atau produk ekologi’
Spesies terancam musnah
Sikap ke arah dan sokongan untuk tenaga boleh diperbaharui
114 Sambungan Jadual 2.4 Elemen-Elemen Faktor-Faktor Undang-Undang (L) Undang-undang anti-amanah Undang-undang diskriminasi
Hak cipta, paten / Undang-undang harta intelek
Perlindungan pengguna dan e-dagang
Undang-undang pekerjaan
Undang-undang kesihatan dan keselamatan
Perlindungan data
Sumber: Jurevicius (2013)
Sedikit sebanyak Jadual 2.4 mempamerkan antara faktor-faktor luaran yang mampu memberi pengaruh kepada persekitaran sesebuah institusi. Justeru, bagi mengatasi permasalahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi, faktor-faktor ini perlu diberi perhatian kerana mungkin merupakan punca timbulnya permasalahan dalam sesebuah organisasi.
Oleh itu, analisis PEST atau PESTEL juga dilihat sebagai kaedah yang penting dalam membantu mengatasi permasalahan sesebuah institusi di samping kaedah analisis yang lain. Hal ini kerana elemen-elemen yang ditekankan mempunyai perkaitan rapat dengan pertumbuhan institusi dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, dapat dikatakan juga bahawa analisis PEST atau PESTEL ini tidak berdiri sendiri kerana ia muncul dalam sebahagian analisis SWOT. Tambahan pula, analisis ini dilihat tidak menyeluruh berbanding analisis SWOT yang lebih menekankan kepada persekitaran luaran dan dalaman institusi. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kedudukan analisis PEST atau PESTEL juga sebagai asas yang dapat menyempurnakan penganalisisan SWOT.
115 2.4.2 (d) Analisis Portfolio
Sama seperti kaedah analisis lain, analisis portfolio juga merupakan salah satu asas dalam strategik korporat institusi. Pearce dan Robinson (1985) menyatakan bahawa salah satu kaedah analisis strategik korporat dalam kebanyakan syarikat merupakan analisis portfolio perniagaan. Menurut Pearce dan Robinson (1985) juga, analisis portfolio menyediakan cara yang mudah untuk mengenal pasti dan menilai strategi bagi menjana sumber korporat. Dengan kata lain analisis portfolio digunakan sebagai alternatif oleh pelbagai bentuk organisasi. Menurut Claessens (2015), portfolio perniagaan merupakan salah satu faktor yang paling penting untuk organisasi. Beliau juga menegaskan bahawa analisis portfolio dikaitkan dengan rancangan organisasi untuk melaksanakan atau menghentikan sesuatu perniagaan.
Selain daripada itu, penganalisisan portfolio perniagaan ini mestilah berdasarkan kepada misi, objektif, dan strategi agar dapat disesuaikan dengan kelebihan dan kelemahan organisasi serta falsafah dan kompetensi untuk meraih peluang dalam pasaran. Berdasarkan pandangan-pandangan tersebut membuktikan bahawa analisis portfolio juga menjadi suatu kepentingan kepada penubuhan sesebuah institusi, di samping mencapai matlamat dan hala tuju.
Berdasarkan penelitian ini juga analisis portfolio lebih tertumpu pada aspek keuntungan institusi. Claessens (2015), berpandangan bahawa dalam usaha merancang sesuatu perniagaan dengan melibatkan analisis portfolio dapat membangunkan dan mengurangkan strategi pertumbuhan organisasi. Selain itu, kaedah analisis portfolio merupakan pendekatan analitikal yang boleh digunakan
116
seseorang pengurus untuk meneliti organisasi sebagai satu set unit perniagaan strategik yang mesti diurus dengan cara memberi keuntungan (Tudor, Claudiu & Francisca, 2005). Thompson, Fulmer dan Strickland (1992) pula menyatakan bahawa pengurus yang melakukan analisis ini mengkategorikan unit perniagaan yang berpotensi dengan memindahkan sumber daripada unit tersebut kepada mereka yang lebih berpotensi terhadap keperluan tunai. Bersandarkan hujahan-hujahan tersebut juga, analisis portfolio lebih cenderung diguna pakai dalam institusi-institusi berbentuk komersial yang memberi keutamaan kepada keuntungan.
Walau bagaimanapun, kaedah analisis portfolio ini ada kelompangannya tersendiri. Thompson, Fulmer dan Strickland (1992) menyatakan bahawa analisis ini tidak jelas kerana sering dipersoalkan. Mereka juga menegaskan bahawa semakan terhadap penilaian kaedah ini tidak kukuh. Tambahan pula, menurut Thompson, Fulmer dan Strickland (1992) analisis portfolio di kebanyakan negara merupakan strategi korporat yang sah dan telah berlalu. Hal ini akibat daripada pasaran modal yang semakin maju sehingga mengakibatkan organisasi-organisasi bertukar kepada pengurusan yang lebih baik dan pengambil alihan premium yang meningkatkan dolar pada setiap hari. Dalam hal ini, akibat daripada pengurusan yang berubah-ubah maka, kaedah yang diguna pakai juga turut berubah-ubah.
Oleh yang demikian, analisis portfolio merupakan satu kaedah yang diguna pakai oleh syarikat-syarikat besar yang matlamat utamanya merupakan keuntungan. Hal ini kerana syarikat-syarikat besar mempunyai aktiviti yang kompleks dan berbeza serta melibatkan banyak unit perniagaan strategik (Zic, Hadzic & Ikonic, 2009). Ternyata bahawa analisis portfolio ini berbeza dengan analisis-analisis lain. Jika analisis SOFT,
117
SWOT dan PEST diguna pakai sebagai analisis strategik keseluruhan institusi namun, bagi analisis portfolio pula ia diguna pakai untuk institusi-institusi korporat yang besar. Sungguhpun begitu, fungsi utama keempat-empat asas strategik ini masih sama iaitu membantu mengenal pasti permasalahan institusi. Dalam konteks kajian ini pula, apakah kaedah analisis yang diguna pakai sebagai asas pembinaan pernyataan visi dan misi institusi PBI? Bahagian seterusnya bab ini, akan menjawab persoalan yang timbul
2.4.3 Pengurusan Institusi PBI
Bahagian ini mengupas mengenai karya-karya yang membahaskan pengurusan institusi PBI. Kupasan ini turut berfokus kepada matlamat dan hala tuju institusi PBI dalam membangunkan institusi masing-masing. Hal ini berpaksikan tumpuan utama kajian iaitu ke atas matlamat dan hala tuju yang sinonim dinyatakan menerusi pernyataan visi dan misi. Di samping itu, tujuan penelitian dibahagian ini untuk mempamerkan karya yang telah dan belum dibincangkan di samping meneliti lompang karya. Sehubungan dengan itu, bahagian ini dibahagikan pula kepada dua tema lain berdasarkan tumpuan karya yang telah dibincangkan. Pertama, asas PBI dalam pengurusan institusi PBI. Kedua, perbandingan asas pengurusan Islam dengan asas pengurusan lazim.
2.4.3 (a) Asas PBI dalam Pengurusan Institusi PBI
Asas PBI dalam penelitian ini merujuk kepada tiga tunjang utama fardu ain yang terdiri daripada tauhid, fikah dan tasawuf. Dalam konteks kajian ini, pengurusan institusi PBI terletak dalam fardu kifayah. Muhammad Syukri Salleh (2003b:29) menegaskan
118
bahawa pelaksanaan fardu kifayah tidak mungkin tercapai dengan jayanya jika tidak disertakan dengan ilmu dan amal fardu ain. Secara lebih jelas, Muhammad Syukri Salleh (2003b:29) menggambarkan kerangka kesepaduan fardu ain dengan fardu kifayah dalam konteks PBI seperti Rajah 2.4.
Rajah 2.4: Kerangka Kesepaduan ilmu Fardu Ain dengan Fardu Kifayah