• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 1.4: Pernyataan Visi dan Misi HKL

1.2.4 Visi dan Misi Institusi

Pernyataan visi dan misi secara lazimnya terbina dalam konsep pengurusan strategik. Konsep ini telah diperkenalkan pada tahun 1970-an oleh Ansoff (1976).15 Namun, sebelum mengalami evolusi, konsep ini pada awalnya diperkenalkan sebagai perancangan strategik. Menurut Mohd Hizam Hanafiah dan Abdullah Sanusi Othman (2007:5), istilah perancangan strategik sebenarnya mula diperkenalkan 1950-an dan begitu popular antara pertengahan 1960-an dengan pertengahan 1970-an. Pada dekad 1990-an pula menyaksikan pembaikan konsep perancangan strategik kerana didapati pelbagai kaedah perancangannya tidak menjana pulangan yang tinggi kepada sesebuah organisasi. Menurut Haim Hilman Abdullah (2006) pula, anjakan konsep perancangan strategik kepada pengurusan strategik wujud sejajar dengan perubahan yang terus

14 Wawasan di sini bermaksud visi. Haim Hilman Abdullah (2006) turut berpendapat bahawa visi institusi merujuk kepada wawasan jangka panjang yang ingin dicapai oleh institusi.

15 Konsep perancangan strategik dipelopori oleh Ansoff dan kemudiannya diperkembangkan kepada pengurusan strategik. Konsep ini telah memberi satu dimensi baharu tentang cara yang boleh digunakan oleh syarikat untuk mewujudkan cara pengurusan yang lebih cekap dan berdaya saing (Haim Hilman Abdullah, 2006).

30

berlaku dalam dunia masa ini dan diakui oleh banyak pihak sebagai rumit dan mencabar.

Mendepani aliran semasa pengurusan strategik, Andrew (1967)16 menyatakan bahawa sejarah pengurusan strategik boleh dilihat sebagai usaha untuk melengkapkan konsep strength, weakness, opportunity, threats (SWOT). Konsep ini bergerak di luar kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam memahami kelebihan daya saing organisasi. Dalam membincangkan hal ini, Sherman, Rowley dan Armandi (2007) antara pihak yang terlibat dalam mengenal pasti asas pengurusan strategik. Pengenal pastian yang dilakukan adalah dengan meneliti asas pendekatan tradisional yang telah dilakukan oleh organisasi dalam menerangkan pelan strategik. Idea ini tercetus apabila mendapati kebanyakan organisasi hanya membangunkan perancangan strategik dengan menyelaraskan aset organisasi setelah mengambil kira persekitaran sahaja, tetapi tidak mengambil kira ciri-ciri strategik. Secara tidak langsung, wujud tujuh proses membangunkan profil strategik organisasi17. Proses-proses tersebut akan membantu organisasi dalam menghasilkan kaedah SWOT yang sedikit sebanyak mengambil kira ciri-ciri asas pengurusan strategik untuk penyelarasan organisasi.

Di samping itu, Henry (2008) juga melahirkan pandangan yang sama tentang kaedah SWOT. Menurut Henry (2008), SWOT merupakan kaedah berguna untuk mengendalikan persekitaran luaran dan melengkapkan persekitaran dalaman organisasi. Namun begitu, Henry (2008) juga turut mengemukakan kaedah lain iaitu

16 Dipetik daripada Drejer (2004).

17 Tujuh proses profil strtegik organisasi terdiri daripada personaliti strategik, struktur organisasi, gaya kepimpinan, budaya organisasi, pencantuman maklumat, menggunakan profil untuk membuat analisis SWOT dan menggunakan profil dan keputusan analisis SWOT.

31

analisis politic, economic, social, technology (PEST). Kaedah ini penting untuk analisis persekitaran sesebuah organisasi yang ingin dibangunkan. Walau bagaimanapun, Fontaine dan Khaliq Ahmad (2013) berpendapat bahawa terdapat banyak kaedah lain yang boleh digunakan untuk memilih strategi terbaik, namun kaedah SWOT merupakan yang paling popular setakat ini.

Dalam pada itu, Hunger (1993) turut mencadangkan dua kaedah yang berguna untuk menganalisis situasi semasa sesebuah organisasi iaitu kaedah SWOT dan kaedah portfolio18. Menurut Hunger (1993), kaedah ini merupakan proses penggubalan organisasi untuk membangunkan misi, objektif, strategi dan dasar syarikat. Oleh yang demikian pembuat strategi perlu menganalisis kedua-dua kaedah ini berdasarkan keadaan semasa. Haim Hilman Abdullah (2006:29) pula menyatakan bahawa institusi yang mempunyai visi dan misi berupaya bertindak balas terhadap sebarang perubahan di persekitaran. Hal ini sama ada persekitaran dalaman mahupun luaran berbanding institusi yang tidak mempunyai visi dan misi. Malahan, institusi yang tidak mempunyai visi dan misi dianggap tidak mempunyai matlamat dan hala tuju yang selaras serta mengambil masa yang lama untuk bertindak balas.

Perbincangan tentang pernyataan visi dan misi sesebuah institusi turut ditonjolkan dalam penelitian Ozdem (2011). Secara spesifiknya, Ozdem (2011) memberi tumpuan terhadap pernyataan visi dan misi institusi pendidikan tinggi awam. Ozdem (2011) mendapati bahawa dalam pernyataan misi rata-rata institusi mahu menyediakan perkhidmatan dan mempunyai tenaga kerja berpengetahuan universal dan berwibawa. Namun, menerusi pernyataan visi pula dinyatakan bahawa matlamat universiti untuk

18 Analisis Portfolio bermaksud bantuan yang disyorkan untuk mengintegrasi dan penilaian data persekitaran bagi organisasi yang mempunyai produk dan unit perniagaan.

32

memberi tumpuan dalam bidang penyelidikan semata-mata. Secara keseluruhannya, didapati matlamat universiti yang sering digariskan adalah dengan menjadi terkenal, terkemuka dan dihormati pada peringkat antarabangsa. Situasi ini telah menjelaskan bahawa pengembangan matlamat jalinan ilmu institusi-institusi pendidikan tinggi yang diinginkan hanya menjadi terkemuka secara global tetapi tidak menitik beratkan aspek-aspek asas, akhlak lebih-lebih lagi aspek ukhrawi.

Selain itu, berdasarkan kajian awal Shahriar Azizi dan Hossenabadi (2014) terhadap asas pembinaan pernyataan misi syarikat farmasi di Iran, Turkey, India dan Amerika, sembilan elemen oleh David (2003) telah diguna pakai bagi menghasilkan pernyataan ini. Sembilan elemen tersebut terdiri daripada pelanggan, produk, atau perkhidmatan, pasaran, teknologi, pertumbuhan atau keuntungan, falsafah, persepsi diri, imej awam dan pekerja. Dalam hal ini, elemen produk didapati paling penting dinyatakan menerusi pernyataan misi, diikuti imej awam, pasaran dan teknologi. Secara khususnya, farmasi-farmasi di Iran, Turki dan Amerika sekadar memberi tumpuan terhadap pasaran dan proses. Farmasi-farmasi di India pula lebih menumpukan kepada keuntungan, pertumbuhan dan kelangsungan hidup agar tidak jatuh ke tahap ekonomi yang rendah. Meskipun begitu, pernyataan misi ini hanya boleh dikategorikan sebagai pernyataan misi lazim. Hal ini kerana tidak wujud elemen asas PBI, antaranya matlamat akhir yang ingin dicapai iaitu keredaan Allah SWT.

Dalam membincangkan hal ini, konsep pengurusan strategik didapati bukan sahaja diaplikasi institusi-institusi di negara maju malah, oleh institusi di negara-negara membangun. Namun, pengurusan strategik di negara-negara-negara-negara membangun agak berbeza berbanding di negara-negara maju. Menurut Fontaine dan Khaliq Ahmad

33

(2013:19) kebiasaan negara maju seperti Amerika Syarikat sangat didorong oleh kesahihan data. Situasi ini dilihat berbeza dengan pemimpin institusi di negara-negara membangun yang perlu membuat keputusan strategik berdasarkan gerak hati bukan daripada analisis terperinci sebagaimana yang berlaku di negara maju. Fontaine dan Khaliq Ahmad (2013) turut menyatakan bahawa cabaran dihadapi institusi di negara-negara membangun adalah dari segi pasaran yang berbeza berbanding negara-negara-negara-negara membangun.

Dalam konteks negara Malaysia sendiri, pernyataan visi dan misi turut diguna pakai oleh sebahagian besar institusi pembangunan dalam negara ini. Didapati bukan sahaja institusi lazim malah, institusi PBI sendiri turut sama mengaplikasikan konsep ini. Hakikatnya, di Malaysia perancangan strategik telah digunakan dengan meluas sejak dekad 90-an lagi (Zainal Abidin Mohamed, 1998). Mohamad Ashari Idris (2004) menyatakan, walaupun pengaruh British beransur kurang sejak merdeka, namun keseluruhan peraturan pentadbiran masih berasaskan sistem yang diperkenalkan sewaktu penjajahan yang majoriti individu, jurutera, pembeli, pengimport serta agensi masih menggunakan bahasa Inggeris. Dalam hal ini tidak hairanlah sekiranya konsep pengurusan strategik turut sama memberi pengaruh besar kepada institusi-institusi di Malaysia.