Institusi
Pengiktirafan atau Mandat Daripada Kerajaan
Kriteria Khusus atau Pengiktirafan Dari Segi Aspek Pengurusan Tempoh Masa dan Tahun Penubuhan Institusi Bank Rakyat
Bank koperasi Islam pertama di Malaysia. Institusi kewangan Islam
terbesar di dunia.
Bank Islam Terbaik Dunia 2014.
Program Syariah Terbaik.
Anugerah Kebangsaan Perakaunan Pengurusan (NAFMA) (Pengurus Perniagaan Terbaik 2014).
Best Managed Bank 2016 (IFM).
Perbankan Koperasi Terbaik 2016 (IFM)
Best Islamic Pawn Broking 2016
Best Islamic Bank 2016 (IFM)
Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Asia 2016.
16 Tahun (2002)
IKIM
Pusat penyelidikan dan sumber bagi kefahaman Islam global.
Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008. 26 Tahun (1992) Hospital Pakar al-Islam
Program dakwah Bil Hal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- 22 Tahun
(1996)
TH
Institusi pengurusan kewangan Islam terbesar negara.
Pengiktirafan dunia sebagai pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif.
Pensijilan ISO Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) dan Pengurusan dan Operasi Perkhidmatan Haji di Malaysia dan Arab
Saudi. Pensijilan ISO Pengurusan Sistem Kualiti MS ISO 9001: 2008. 55 Tahun (1963)
30 Kriteria pemilihan institusi PBI yang utama ini diperoleh hasil penelitian penyelidik ke atas laman web rasmi dan laporan tahunan Bank Rakyat, IKIM, Hospital Pakar al-Islam, TH, JKSM, JAKIM dan Masjid Negara (2018). Selain itu, sebahagian maklumat tersebut juga diperoleh dan disahkan semasa sesi temu bual dijalankan dengan wakil institusi terlibat.
156 Sambungan Jadual 3.3 Institusi Pengiktirafan atau Mandat Daripada Kerajaan
Kriteria Khusus atau Pengiktirafan Dari Segi Aspek Pengurusan Tempoh Masa dan Tahun Penubuhan Institusi Pensijilan ISO/IEC 27001:2005 untuk Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat. Pensijilan Semula ISO
Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO
9001:2008 Tahun 2016 – Pengurusan dan Operasi Perkhidmatan Haji di Malaysia dan Arab Saudi. Pensijilan Semula ISO
Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO
9001:2008 Tahun 2016 – Jabatan Khidmat
Pendeposit dan Operasi. Pensijilan Semula ISO
Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO
9001:2008 Tahun 2016 – Bahagian Pentadbiran dan Perolehan. Pensijilan MS 1722:2011 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja. JKSM
Penggubal dasar dan strategi mahkamah-mahkamah syariah setiap negeri di Malaysia. Penyelaras prosedur
kehakiman setiap negeri di Malaysia.
Pensijilan Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat Dalam Sektor Awam (MS ISO/IEC 27001:2007). Pensijilan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS. Penarafan/Penganugeraha n (5) Lima Bintang dalam Indeks Penarafan Bintang (SSR) oleh MAMPU bagi tahun 2015-2016.
Pencapaian Anugerah (5) Lima Bintang bagi Audit Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan JKSM 2015.
22 Tahun (1996)
157 Sambungan Jadual 3.3 Institusi Pengiktirafan atau Mandat Daripada Kerajaan
Kriteria Khusus atau Pengiktirafan Dari Segi Aspek Pengurusan Tempoh Masa dan Tahun Penubuhan Institusi Anugerah Kecemerlangan
HRMIS (5) Lima Bintang Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tahun 2015.
JAKIM
Institusi pentadbiran agama Islam utama negara.
Model Indeks Syariah Malaysia yang Merupakan Satu Produk Pelengkap Tadbir Urus Islam Pertama Seumpanya di Dunia.
Anugerah Jabatan Paling Inovatif 2013.
Anugerah Inovasi JPM (AIJPM) Projek e-Halal 2013.
Anugerah Projek Diari Huffaz Darul Quran Kategori Konvensyen Kumpulan Inovatif 2014. Anugerah Penganjur
Terbaik Majlis Tilawah al-Qur’an Peringkat Antarabangsa oleh Kerajaan Kuwait 2016. 50 Tahun (1968) Masjid Negara Lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi
Salah sebuah masjid paling moden di Asia Tenggara. - 53 Tahun (1965) LZS Perkenan DYMM Sultan Selangor Institusi sosioekonomi
utama bagi kutipan dan agihan zakat di
Selangor.
Anugerah “The Malaysian Service Excellence Award 2010”.
Sijil Audit Bersih dari Jabatan Audit Negara bagi Penyata Kutipan dan Agihan Zakat
untuk tahun berakhir 2014.
Anugerah Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) Peringkat Kebangsaan 2015. Anugerah Kecemerlangan QLASSIC 2016 Kategori Agensi Kerajaan. 24 Tahun (1994)
Sumber: Diperoleh daripada Laman Web Rasmi dan Laporan Tahunan Bank Rakyat, IKIM, Hospital Pakar al-Islam, TH, JKSM, JAKIM dan Masjid Negara (2018).
158
Berdasarkan Jadual 3.3, didapati tidak semua institusi PBI ini mempunyai ketiga-tiga kriteria pemilihan institusi utama. Namun, daripada lapan buah institusi, hanya Hospital Pakar al-Islam dan Masjid Negara sahaja tidak memenuhi ketiga-tiga kriteria berbanding institusi lain. Meskipun begitu, dua buah institusi PBI ini mempunyai salah satu daripada kriteria yang ditetapkan sekali gus telah menepati kriteria pemilihan sebagai institusi utama dalam kajian ini. Misalnya, kesemua institusi yang dipilih dalam kajian ini telah mencecah lebih daripada 10 tahun usia penubuhannya. Hal ini sudah memadai untuk penyelidik meneliti matlamat dan hala tuju penubuhan institusi masing-masing.
Keseluruhannya, terdapat empat justifikasi khusus pemilihan institusi PBI di Malaysia dalam kajian ini. Pertama, institusi yang mempunyai pernyataan visi dan misi yang telah dipamerkan; kedua, institusi yang menyatakan pengurusan dan pengoperasian Islam; ketiga penganugerahan yang diterima sepanjang mempamer pernyataan visi dan misi dan keempat, institusi yang memenuhi ciri-ciri sebagai institusi utama.
3.3.1 (c) Pemilihan Informan
Berdasarkan objektif kajian, pemilihan informan yang bersesuaian untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki dalam kajian ini adalah dalam kalangan yang berpengalaman. Didapati pihak yang terlibat dan berpengalaman dalam membina pernyataan visi dan misi terdiri dalam kalangan pemimpin atau pihak atasan seperti Chief Executive Officer (CEO) atau pengurus sesebuah institusi (Bart, 1996; Baetz & Bart, 1996; Mullane, 2002; Farhad Analoi & Azhdar Karami, 2002; Berning, 2003; Bart & Bontis, 2003). Bagi tujuan ini, penyelidik menemu bual informan yang terlibat
159
membina pernyataan visi dan misi di institusi PBI. Memandangkan pembinaan visi dan misi melibatkan dasar kepada sesebuah institusi, maka penyelidik mendapatkan informan yang berada di ibu pejabat atau institusi utama.
Hakikatnya, informan yang terlibat adalah dalam kalangan pengarah dan pengurus di jabatan masing-masing sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Informan yang terlibat secara langsung adalah mereka yang berada dalam kelompok membuat dasar institusi, salah satunya adalah pembinaan visi dan misi. Selain itu, informan yang terlibat secara tidak langsung pula adalah informan yang baharu menjadi sebahagian pembuat dasar institusi iaitu tidak terlibat sedari awal penubuhan institusi, tetapi mempunyai pengetahuan tentang pembinaan visi dan misi institusi yang diwakili. Hal ini disebabkan keterlibatan mereka dalam institusi adalah selepas visi dan misi terbina. Maklumat informan yang terlibat dipamerkan dalam Jadual 3.4,