• Tidak ada hasil yang ditemukan

Formula Kebangkitan

Dalam dokumen 3-Ini Sejarah Kita - Thoriq Ahmad (Halaman 168-173)

“Jika ingin membunuh lalang, Racunlah akarnya

Bab 10 Formula Kebangkitan

alam bab yang terakhir ini, kita akan gariskan apakah bentuk formula kebangkitan berdasarkan input dan kajian daripada bab-bab yang lepas. Diharapkan agar pembaca dapat mengulangkaji dengan merujuk kembali setiap fasa kebangkitan dan kejatuhan Islam pada bab-bab yang lepas kerana ia akan memudahkan kita untuk menggambarkan secara menyeluruh formula kebangkitan yang bakal kita rumuskan. Sesungguhnya manhaj yang terbaik itu telah dibuktikan oleh generasiawwal Islam ...

Seperti sabda Nabi saw., “Sebaik-baik umatku adalah yang hidup pada kurun sahabatku, kemudian setelah kurun mereka (tabiin), kemudian setelah kurun mereka (tabiit tabiin). Kemudian akan datang suatu kaum di mana kesaksian salah seorang mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya” (HR Muslim)

Sementara luka-luka pedih kejatuhan Islam pula akan memberikan kita pelajaran dan panduan yang sangat bernilai supaya ktia lebih berhati-hati dan tidak mengulangnya kembali.

» Antara Semalam Dan Hari Ini

Semalam sangat panjang untuk kami huraikan hanya dengan sebuah risalah, namun inti patinya mudah untuk kita pelajari insyallah. Kerana sebagaimana sunnah-sunnah yang lain, perjalanan sejarah juga tidak lepas daripada aturan Allah yang maha berkuasa. Bangkit dan jatuh umat Islam pada zaman lalu melalui sebuah perancangan Allah yang tetap, dan Allah-lah sebaik-baik perancang.

Al-Quran memberikan petunjuk yang tiada keraguan, mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyah untuk menjadi umat yang terbaik, yang memimpin dan menguasai seluruh umat manusia.

            

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

(Ali Imran: 110)

Tetapi gelaran umat terbaik itu akan dilucutkan Allah apabila kemungkaran berleluasa dan amar ma’ruf tidak tertegak. Tampuk kepimpinan akan digilirkan kepada yang lebih berhak diatas kelemahan dan kerosakan yang berlaku kepada umat yang terbaik itu hinggalah mereka dilahirkan kembali. Benarlah firman Allah yang bermaksud, “Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran).” (Ali-Imran: 140)

Inilah yang kita katakan sebagai Sunnatullah Penggiliran yang telah ditetapkan oleh Allah swt.. Sejarah lalu membuktikan sunnah ini. Ketika

D

penghujung pemerintahan Bani Umayyah berada dalam keadaan tenat, muncul Bani Abbas yang lebih sistematik dan bersungguh dengan misi perjuangan untuk memakmurkan bumi Allah. Namun ketika di puncak, kelekaan Bani Abbas dihancurkan pula oleh Tartar yang langsung tidak faham dan peduli akan betapa mahal dan bernilainya apa yang telah kita bina. Kita dijatuhkan ketika struktur masyarakat sedang kacau dan ramai yang asyik dengan tamadun kebendaan sedangkan saff Tartar tersusun rapi.

Muncullah Bani Uthman untuk menyelamatkan, dengan permulaan yang cuba mencontohi proses dakwah dan tarbiyah Rasulullah saw.; mentarbiyah sebelum melancarkan jihad memerangi golongan taghut. Seketika kita di puncak, namun jatuh kembali apabila barat bangkit dengan gerakan yang lebih tersusun. Sedangkan kaum Muslimin sibuk berkelahi sesama sendiri, tenggelam dalam syahwat dan gagal menegakkan keadilan di bumi Allah.

Apa Perbezaan antara Semalam dan Hari Ini?

Semalam kaum Muslimin tidak kenal hidup tanpa Khalifah yang mereka

berikan bai’at dan jadikan sebagai naungan. Aqidah yang benar menjadi dasar pemersatu seluruh kaum Muslimin daripada timur hingga ke barat tidak kira bangsa, ras atau budaya. Al-Quran dijulang tinggi menjadi dasar perlembagaan dalam setiap urusan kehidupan tanpa ada yang terkecuali. Meskipun dalam hal membina ketamadunan, kajian dan penemuan yang berkembang pesat didasari oleh wahyu yang menjadi penapis kejahiliyahan.

Bayangkan anda sedang melancong di wilayah-wilayah Islam pada era ini, anda akan lihat satu empayar yang terbentang luas ibarat sebuah negara yang visanya dinaungi oleh Khalifah. Meskipun seorang wanita datang dari Hairah untuk bertawaf di Baitullah tanpa rasa takut kecuali kepada Allah. Sehingga Khalifah Harun Ar-Rasyid berkata kepada awan, pergilah ke mana sahaja, nescaya hasilnya akan kembali kepadaku jua.

Dua empayar besar dunia kita tewaskan, Kaisar Rom jatuh setelah kekalahan mereka di Al-Quds dan Mesir manakala Parsi berakhir setelah berakhirnya kekuasaan Kisra dalam pertempuran Nahawand yang dipimpin oleh An-Nu’man bin Muqrin. Kalimah Islam bergema ke seluruh pelusuk dunia, dihormati dan digeruni dan tiada kuasa yang mampu menandingi kita baik daripada sudut keluasan wilayah mahupun peradaban. Kita dikagumi Barat dalam segala hal, baik sistem pemerintahan, keilmuan, pembanggunan atau boleh dikatakan apa sahaja kerana mereka tidak memiliki apa-apa.

Kedatangan sinar Islam bahkan dinanti-nanti oleh penduduk dunia. Masih ingatkah bagaimana Tariq bin Ziyad dan teman-temannya yang membelah samudera untuk membebaskan manusia dari belenggu kezaliman? Andalusia dengan mudah kita tawan dengan sokongan orang-orang Eropah sendiri yang tidak sanggup hidup di bawah kezaliman raja mereka.

Tetapi orang-orang Eropah yang kufur seolah tidak pernah belajar daripada keadilan yang di bawa oleh Islam. Ketika kaum Muslimin di Andalus lemah, mereka membantai habis-habisan. Tidak terlepas daripada pembantaian adalah kaum Yahudi. Mereka yang dianiaya ini lari dan meminta perlindungan dibawah Daulah Uthmaniyyah. Kita membuka sempadan,

bukan hanya kepada pelarian umat Islam, malah kepada Yahudi yang datang. Semuanya diberikan perlindungan walaupun si Yahudi itulah yang membelot.

Gema dakwah dan jihad terus berlangsungan tanpa henti di bawah pimpinan para Khalifah yang mu’min. Sehingga dicatatkan semasa rombongan Acheh ke Turki untuk meminta bantuan Khalifah daripada serangan Portugis yang mengganas di Nusantara, Khalifah pada ketika itu sedang memimpin pasukan perang, berjihad di Hungary.

Rahmat dan keadilan yang dijanjikan Allah terhadap umat terbaik ini terpancar ke seluruh dunia.

Semalam kita berada di Daulah Islam Madinah. Inilah Daulah yang

diasaskan dengan keimanan dan berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan. Ia menjadi benteng kepada perjuangan Islam dan kilang yang mengeluarkan manusia-manusia terbaik untuk berjihad membebaskan bumi daripada kuasa-kuasa jahiliyah.

Meskipun dalam tempoh tersebut, prestasi masyarakat Islam berbeza-beza daripada segi keimanan, perluasan wilayah atau kemajuan material, namun hakikatnya kedudukan kita lebih tinggi berbanding masyarakat lain di muka bumi.

Hari ini pula sebaliknya !

Sistem Khalifah dihapuskan oleh tangan-tangan Yahudi dan Nasara.

Tiada lagi Al-Mu’tasim yang apabila mendengar berita seorang muslimah dicabul oleh seorang Romawi di kota Amuria, tanpa berlengah Khalifah terus mengirim ratusan ribu tentera Islam untuk membelanya. Bahkan kota itu sendiri ditawan kaum Muslimin. Begitu juga semasa Yahudi mengidamkan bumi Palestin, tiada lagi Khalifah seperti Abdul Hamid yang berusaha bermati-matian mempertahankannya daripada diduduki Yahudi laknatullah.

“Imam (Khalifah) adalah laksana perisai di mana orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung kepadanya.” (HR Muslim)

Sejurus kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyyah, tiada lagi imam yang memimpin seluruh barisan mujahidin untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam.

Hari ini, tiada lagi perisai yang melindungi kita. Kepimpinan dunia

(Ustaziatul Alam) beralih kepada musuh-musuh Islam yang menguasai dalam pelbagai hal. Mereka menentukan dasar-dasar politik dan ekonomi yang perlu dita’ati oleh mana-mana negara dan memantau siapa sahaja yang cuba bangkit melakukan perlawanan. Mereka merobek Al-Quran, mengusir umat Islam daripada kampung halaman sendiri, merosakkan maruah dan meruntuhkan akhlak umat dunia dan membiarkan wilayah-wilayah Islam hidup dengan serba kekurangan dan kemiskinan. Hingga kita terperosok ke jurang yang gelap, ketinggalan dan sering dihina tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Hari ini, para pendakwah dan pencinta syahid menanti-nanti dengan

penuh sabar akan kemunculan Daulah Islam yang mereka impikan.

Ia adalah sebuah Daulah yang tidak terikat kepada sebarang unsur asobiyyah baik bangsa, puak atau bahasa. Terbentuk atas fikrah islam di mana

seluruh kekuatan Daulah dipusatkan untuk menegakkan prinsip dan matlamat Islam pertama kepada warganya dan kedua kepada seluruh umat manusia. Ia bukanlah Daulah Asobiyah, Daulah Sekular atau mudahnya, Daulah Jahiliyah. Kepimpinannya tidak tunduk kepada kuasa kekafiran dan memerangi siapa sahaja yang meletakkan undang-undang buatan manusia melebihi Al-Quran dan Sunnah.

Berkata Hassan Al-Banna, “Di atas dasar sistem Al-Quran ini, tertegaklah sebuah negara Islam yang pertama. Ianya sebuah negara yang beriman benar-benar dengan al Quran, melaksanakan segala ajarannya dengan penuh rapi dan kemudiannya menyebarkannya pula ke seluruh dunia.”91

Kita mengimpikan pimpinan yang mampu bertindak seperti Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar ra. yang pernah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat dan menyifatkan mereka itu sebagai murtad kerana meruntuhkan salah satu rukun deen Islam. Beliau mengatakan, "Demi Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada ku seutas tali pengikat unta seperti yang telah ditunaikan kepada Rasulullah saw, pasti aku akan perangi mereka selagi pedang masih berada di tangan ku".

Inilah Daulah Islam yang akan mempertahankan Palestin, Afghanistan, wilayah-wilayah Islam di Afrika dan selainnya yang kini sedang bertarung dengan kuasa-kuasa kafir laknatullah.

Inilah Daulah Islam yang akan memainkan peranan Shahadah Haq yang mempamerkan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh dan praktikal. Islam menjadi cerminan dalam segenap perkara baik dalam pemerintahan, ekonomi mahupun kekeluargaan. Tiada lagi campur aduk antara Islam dan Jahiliyah yang mencacatkan pandangan terhadap nilai Islam yang sebenar.

Inilah luahan harapan Abul A’la Al-Maududi yang bermatian berjuang untuk memastikan Pakistan yang bakal tertubuh pada 1948M, menjadi Daulah Islam yang pertama pasca trajedi 1924M. Menyedari hal ini Inggeris lantas menyusun rencana untuk mengagalkan impian Jamaat Islami dengan menggunakan tangan-tangannya yang mengaku muslim. Mereka menangkap dan menzalimi para mujahid termasuk Al-Maududi untuk menggagalkan impian seluruh kaum Muslimin.

Berkata Al-Maududi dalam harapannya terhadap Daulah Islam Pakistan yang diperjuangkan, “Seandainya terdapat sebidang tanah yang luasnya satu mil persegi yang di dalamnya berlaku hukum Allah bagi manusia, maka satu genggaman debu tanah ini bagiku lebih mahal daripada seluruh bumi India”92

Hari ini yang tinggal hanyalah harokah-harokah dakwah seperti Jamaat

Islami Al-Maududi yang dibelakangnya terdiri daripada individu-individu yang ikhlas dan soleh berjuang di jalan Allah tanpa takut kepada celaan orang suka mencela dan ancaman bunuh para taghut.

Benarlah sabda Nabi saw., “Islam bermula dengan keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Berbahagialah mereka yang dagang (daripada kalangan umatnya).”

(HR Muslim)

91Hassan Al-Banna,Risalah Antara Semalam dan Hari Ini 92Biografi Al-Maududi

Kini Islam kembali dagang, terasing atau ghurbah kedua atau yang kami kenali sebagai era Mekah kedua. Keterasingan yang berlaku bukan sahaja kepada kaum kafir, bahkan terhadap orang-orang Islam sendiri di mana mereka jahil baik daripada segi tasawwur, tuntutan mahupun penghayatan sebenar terhadap Islam. Berlaku campur aduk yang dahsyat antara Islam dan jahiliyah yang melahirkan satu millah baru tetapi tetap sahaja dipanggil Islam. Walhal yang dikatakan Islam sebenarnya berada jauh daripada realiti kehidupan baik dalam hal-hal pekerjaan, perniagaan atau cara berpakaian.

Para akhawat yang bertudung labuh itulah manusia yang dagang dikala manusia yang lain menelanjangkan pakaian mereka. Maka berbahagialah para akhawat !                            

Patutkah kamu beriman kepada sebahagian daripada isi Kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah: 85)

Keterasingan itu semakin terserlah apabila Islam cuba bangkit membelah arus jahiliyah yang berleluasa. Penyembah jahiliyah meskipun dia muslim mulai terasa terganggu dan memandang arus kebangkitan Islam sebagai ancaman bahaya yang akan memusnahkan segala tradisi jahiliyah. Pada saat itu, para daie yang berjuang akan berhadapan dengan pelbagai serangan brutal dalam rangka membantai, membuat makar, melancarkan fitnah dan tipu muslihat terhadap dakwah itu.

Saudara, kami tidak mendapati sebarang perbezaan terhadap keadaan umat Islam dan dakwah di antara semalam di Mekah dan hari ini. Bahkan apa yang kami rasakan adalah hari ini kaum Muslimin berada di bawah genggaman jahiliyah yang lebih cerdik dan kompleks berbanding ghurbah kali pertama. Hakikat yang benar, manusia pada hari ini begitu jauh daripada Allah. Manusia menjadi alat atau robot untuk mengejar hidup di dalam dunia yang penuh dengan kacau bilau materialisme. Jika jahiliyah di zaman dahulu berbentuk kejahilan, kebodohan dan kedangkalan, jahiliyah moden lebih-lebih lagi menyesatkan. Ia bersandarkan kepada ilmu dan kajian ! Putar belit ! Membabi buta ! dan tunduk kepada millah kaum kafir.

Ya, memang seolah-olah kita berada di Mekah bahkan lebih jahil daripada jahiliyah era Mekah. Kami paparkan jadual perbandingan realiti kebangkitan Islam antara semalam dan hari ini untuk memudahkan gambaran kita.

Fasa Semalam – Generasi Lalu Hari Ini – Pasca 1924

5. Abbasiyyah - Ustaziyatul Alam (Guru

kepada dunia)

Islam memerintah dunia dan mendahului dalam semua aspek kehidupan. Muslimin menjadi rujukan dan

membawa keadilan sejagat

Kepimpinan dunia dikuasai oleh kaum kafir. Wilayah-wilayah Islam dijajah sampai hari ini tidak kira penjajahan fizikal mahupun ideologi.

4. Umayyah –

Pembinaan Empayar Islam yang luas

Empayar Islam berkembang luas daripada timut ke barat di bawah pimpinan seorang Khalifah.

Tanah-tanah Islam terus direbut Kuffar. Kita

kehilangan satu per satu; Batu Putih, Timur-timur, Singapura, Filipina 3. Khulafa’ ArRasyidin -Pengukuhan dan Perluasan

Daulah Islam berkembang dan meluas dengan misi mengajak manusia

mentauhidkan Allah 2. Madinah

-Era Daulah Islam

Dalam dokumen 3-Ini Sejarah Kita - Thoriq Ahmad (Halaman 168-173)