• Tidak ada hasil yang ditemukan

Piagam Madinah

Dalam dokumen 3-Ini Sejarah Kita - Thoriq Ahmad (Halaman 189-195)

individu muslim dan keluarga muslim. Jahiliyah menguasai daripada segi ideologi dan kepimpinan

A. Piagam Madinah

1. Kesatuan umat Islam tanpa sebarang diskriminasi antara mereka. 2. Persamaan warga-warga umat Islam dari segi hak dan kemuliaan.

3. Umat Islam perlu saling bahu membahu kecuali dalam kezaliman, dosa dan permusuhan. 4. Penyertaan umat dalam menentukan bentuk hubungan dengan musuh-musuh mereka.

Seluruh orang Islam perlu mempunyai satu pendirian terhadap musuh mereka. 5. Penubuhan masyarakat di atas sistem yang terbaik dan teguh.

6. Membenteras pemberontak negara dan pengganggu gugat sistem awam di samping kewajipan agar tidak membantu mereka.

7. Hak perlindungan kepada sesiapa yang ingin hidup bersama orang Islam apabila dia menjalinkan hubungan baik, bekerjasama, tidak menzalimi dan mencerobohi hak orang Islam.

8. Bukan Islam mempunyai hak dalam agama dan harta mereka. Mereka tidak dipaksa memeluk agama Islam dun harta mereka tidak boleh dirampas.

9. Bukun Islam mestilah memberi sumbangan kepada pembiayaan negara sebagaimana orang Islam memberi sumbangan.

10. Bukan Islam mestilah bekerjasama dengan orang Islam untuk menghalang bahaya yang menggugat entiti negara melalui penentangan terhadap setiap pencerobohan.

11. Bukan Islam juga mestilah turut serta menanggung kos peperungan selagi mana negara berada dalam keadaan perang.

12. Negara mestilah membantu bukan Islam yang dizalimi sebagaimana ia menolong setiap orang Islam yang dicerobohi.

13. Orang Islam dan bukan Islam tidak boleh sama sekali melindungi musuh-musuh negara dan konco-konco mereka.

14. Sekiranya kemaslahatan umat terletak pada per-damaian, semua warga wajib menerima perdamaian. Sama ada orang Islam mahupun bukan Islam.

15. Seseorang tidak dihukum dengan sebab dosa atau kesalahan orang lain. Seorang penjenayah sebenarnya melakukan jenayah terhadap diri dan keluarganya sendiri.

16. Kebebasan bergerak dalam negara dan kebebasan untuk keluar negara adalah terpelihara di bawah perlindungan negara.

17. Tiada perlindungan kepada orang yang berdosa dan orang yang zalim.

18. Masyarakat ditegakkan di atas dasar kerjasama dalam kebajikan dan taqwa, bukan dalam dosa dan permusuhan.

19. Prinsip-prinsip di atas diperlihara oleh dua kekuatan:

Kekuatan maknawi (spiritual) iaitu: Keimanan rakyat kepada Allah, merasakan muraqabah-Nya (pemerhatian Allah) terhadap mereka dan penjagaan-Nya kepada sesiapa yang berbuat baik dan setia.

Kekuatan maddiyyah (material) iaitu: Kepimpinan negara yang diwakili oleh Nabi Muhammad saw.

Lampiran ii

B. » Kronologi Ringkas Sejarah Kita

Berikut merupakan Kronologi Sejarah Islam secara ringkas beserta butiran peristiwa yang berlaku sepanjangnya. Kronologi ini bermula daripada detik kelahiran Nabi Muhammad saw. sehingga kejatuhan Khalifah yang terakhir, Khalifah Uthmaniyyah.

570M - 12 Rabiul awwal Nabi Muhammad saw. dilahirkan di Mekah. 610M - 17 Ramadan Turunnya wahyu pertama di Jabal Nur (Iqrak)

614M - Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. 616M - Setelah 3 tahun berdakwah secara sirriyah, mula dakwah secara jahar 618M - Rom mengalahkan Parsi

620M - Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87

621M - Perjanjian Aqabah I - 12 orang penduduk Yathrib berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. Mus’ab dihantar sebagai naqib ke Yathrib.

622M - Perjanjian Aqabah II - 73 orang Yathrib termasuk dua orang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.

622M - Nabi saw. berhijrah ke Madinah – membentuk Kerajaan Islam Madinah 624M / 2H - Peperangan Badar

625M / 3H - Peperangan Uhud

627M / 5H - Peperangan Khandaq/Ahzab 627M / 5H - Peperangan Yahudi Bani Quraizah

628M / 6H Nabi melaksanakan Umrah Perjanjian Hudaibiyah -630M / 8H - Fathul Makkah

630M / 8H - Peperangan Tabuk 630M / 8H - Peperangan Muktah

632M / 10H - Nabi melaksanakan Haji Wadak

632M / 11H - Wafatnya Rasulullah saw. pada usia 63 tahun

ERA KHULAFA’ AL-RASYIDUN

632M - Abu Bakar dilantik menjadi khalifah (2 tahun, 3 bulan).

Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria.

Perang Riddah - Selepas kewafatan Nabi utk memerangi golongan tidak membayar zakat,golongan yang murtad dan nabi palsu, banyak berlaku di kawan selatan Hijjaz

633M - Pengumpulan Al Quran bermula atas cadangan Umar disebabkan ramai huffaz syahid dalam medan peperangan

634M - Abu Bakar meninggal dunia. Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah (10 tahun). Penaklukan Damsyik.

635M - Penawanan Madain.

636M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin. 637M - Mesir ditawan oleh Amru Al-Ash

638M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.

640M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.

644M - Umar syahid akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah, seorang Parsi sewaktu menjadi imam ketika solat di Masjid Nabawi. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah (12 tahun).

645M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk. 646M - Kempen menentang Byzantine.

647M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.

656M - Uthman syahid dibunuh. Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah (5 tahun). Terjadinya Perang Jamal.

657M - Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. 661M - Ali meninggal. Tamatnya pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

Lampiran iii

KERAJAAN BANI UMAYYAH – PERLUASAN EMPAYAR (661-750M)

661M - Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummayyah. 670M - Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.

677M - Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople. 680M - Muawiyah meninggal. Yazid I menaiki takhta.

700M - Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara. 711M - Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana. 713M - Penaklukan Multan.

716M - Serangan ke atas Constantinople.

717M - Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan. 725M - Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.

749M - Kekalahan tentera Umayyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiah. 750M - Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiah. Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah.

Khalifah Umayyah di Damsyik

1. 661-680 M - Khalifah Muawiyah ibn Abu Sufyan (Muawiyah I) 2. 680-683 M - Khalifah Yazid ibni Muawiyah (Yazid I)

3. 683-684 M - Khalifah Muawiyah ibni Yazid (Muawiyah II) 4. 684-685 M - Khalifah Marwan Ibni Hakam (Marwan I) 5. 685-705 M - Khalifah Abd al-Malik Ibni Marwan 6. 705-715 M - Khalifah al-Walid I Ibni Abd al-Malik 7. 715-717 M - Khalifah Sulaiman Ibni Abd al-Malik 8. 717-720 M - Khalifah Umar ibni Abd al-Aziz 9. 720-724 M - Khalifah Yazid II Ibni Abd al-Malik 10. 724-743 M - Khalifah Hisham ibni Abd al-Malik 11. 743-744 M - Khalifah al-Walid II Ibni Yazid II 12. 744 M - Khalifah Yazid III Ibni Al-Walid 13. 744 M - Khalifah Ibrahim Ibni Al-Walid

14. 744-750 M - Khalifah Marwan II Ibni Muhammad

KERAJAAN BANI ABBASIYYAH – USTAZIATUL ALAM

752M - Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiah.

755M - Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.

756M - Abd ar-Rahman I (dari Bani Umayyah) menjadi Sultan/Amir di Sepanyol. 763M - Penubuhan kota Baghdad sebagai pusat pemerintahan Bani Abbasiah 786M - Harun al-Rashid menjadi Khalifah.

Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penerjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.

o Mengandungi berjuta jilid buku , 36 perpustakaan, 100 penjual buku

792M - Serangan ke atas selatan Perancis.

800M - Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.

805M - Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus. 809M - Harun al-Rashid meninggal. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.

814M/170H - Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma’mun. Al-Amin terbunuh dan Al- Ma’mun menjadi khalifah.

873M - Al-Kindi → Banyak memberi komen kepada buku-buku Aristotle dan Plato 1000M - Masjid Besar Cordoba siap dibina.

1005M - Multan dan Ghur ditawan.

1055M - Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.

1085M - Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).

1091M - Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat. 1095M - Perang Salib pertama berlaku.

Lampiran iv 1144M - Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.

1187M - Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.

1194M - Tentera Muslim menawan Delhi, India.

1236M - Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol). Ferdinand dan Ratu Isabel berjaya mengalahkan tentera Islam

1258M - Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk dibunuh. Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah. Dua juta mati dibunuh, pembakaran berlangsung selama 40 hari

KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH

1243M - Bangsa Turki yang hidup secara nomad, menetap secara tetap di Asia Kecil.

1299M - Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia. 1301M - Uthman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Uthmaniyyah. 1345M - Turki Saljuk menyeberangi Selat Bosporus.

1389M - Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.

1402M - Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara. 1451M - Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.

1453M - Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine. 1520M - Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.

Sultan yang kuat keimanan, berpegang kepada Islam dengan utuh. Memperkenalkan undang-undang Islam (Qanun)

Menakluk kawasan yg paling banyak: Eropah → Hungari, Beograd, Albania, Yunani, Romania, Serbia dan Bulgaria, dan majoriti kawasan Arab

1526M - Perang Mohacs. Raja Perancis ditawan dan tiada siapa yg mampu membebaskannya hinggakan Perancis memohon lindungan Khalifah

1529M - Serangan dan kepungan ke atas Vienna. 1571M - Perang Lepanto berlaku.

1641M - Pemerintahan Sultan Muhammad IV

1683M - Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua. 1687M - Sultan Muhammad IV meninggal dunia.

1703M - Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III. 1793M - Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru”. 1798M - Napoleon cuba untuk menawan Mesir.

1804M - Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama. 1815M - Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua. 1822M - Bermulanya perang kemerdekaan Greece.

1826M - Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.

1829M - Perjanjian Adrianople.

1830M - Berakhirnya perang kemerdekaan Greece. 1841M - Konvensyen Selat.

1878M - Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi. 1908M - Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah sekular dihidupkan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.

1912M - Perang Balkan pertama 1913M - Perang Balkan kedua.

1914M - Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah. Inggeris menguasai Gallipoli dan menyerang Islambul

1923M - Sistem Khalifah dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Sekular.

Lampiran v

C. » Soalan Pengukuhan

Bab 1 Sejarah suatu sunnatullah bukan kebetulan

1. Apakah maksud sejarah sebagai sebuah sunnatullah?

Bab 2 Sebelum Perutusan Muhammad saw.

1. Huraikan maksud Jahiliyah pada sisi Islam. Apakah itu Daulah Jahiliyah? Masyarakat Jahiliyah?

2. Nyatakan Jahiliyah yang ada pada diri anda.

3. Kenapa tamadun lain sebelum Islam tidak dikatakan tamadun jahiliyah? Sedangkan masyarakat Arab digelar masyarakat jahili.

Bab 3 Zaman Mekah

1. Sebutkan persiapan-persiapan yang perlu sebagai kader dakwah, untuk mencontohi Nabi saw.

2. Kenapa Nabi saw. berkata kepada Aisyah, ‘Telah berlalu waktu tidur’?

3. Apakah fokus gerak kerja jamaah Nabi saw. pada era Mekah? Dan jelaskan hikmahnya?

4. Bagaimana suasana dakwah dan kaum Muslimin pada waktu tersebut?

5. Sebutkan contoh-contoh dakwah dan pengorbanan era Mekah yang menunjukkan kejelasan Aqidah para sahabat.

Bab 4 Zaman Madinah

1. Kuasa dapat menegakkan apa yang tidak dapat ditegakkan Al-Quran. Jelaskan.

2. Kenapa populasi kaum Muslimin meningkat mendadak? Daripada lebih kurang 313 ke 124,000?

3. Islam berkembang dengan pedang. Jelaskan setelah melihat faktor-faktor ghazwah yang berlaku.

4. Apakah hikmah sunnatullah kebangkitan di sebalik period dakwah dan tarbiyah berbanding era Kerajaan dan Daulah Islam?

Bab 5 Era Khulafa’ Ar-Rasyidin

1. Kenapa para sahabat sepakat melantik seorang Khalifah sesudah kewafatan Nabi saw.?

2. Dalam masa 28 tahun, Islam telah menguasai dunia. Apakah asas perluasan ini? Apakah aset yang dimiliki kaum Muslimin dalam tempoh 28 tahun ini?

Bab 6 Era Bani Umayyah

1. Dakwah dan Jihad telah melebarkan pengaruh Islam ke serata dunia. Lakarkan wilayah-wilayah yang telah dikuasai Islam.

2. Apakah yang ditakuti Umar Abdul Aziz setelah menduduki tampuk Khalifah? Dan kenapa?

Bab 7 Era Bani Abbas

1. Kita berada di tahapan Ustaziatul Alam. Apakah dia Ustaziatul Alam?

2. Apakah sebab utama yang menjadikan orang Arab hebat dari segi sains dan teknologi pada abad 9, 10 dan 11 masihi?

3. Bagaimana keadaan masyarakat Eropah pada kurun tersebut? 4. Serangan Monggol telah memusnahkan kita. Apakah hikmah di

sebaliknya?

Bab 8 Era Uthmaniyyah

1. Terangkan bagaimana Khilafah Uthmaniyyah bangkit? Apakah asas-asas kebangkitannya?

2. Apakah faktor pendorong kejayaan Muhammad Al-Fatih sehingga Sulaiman Al-Qanuni?

3. Nyatakan kegemilangan yang dikecapi Islam semasa kebangkitan Uthmaniyyah yang meninggalkan kaum lain.

Lampiran vi

5. Apakah dia tamadun kebendaan?

6. Ada sesetengah mengatakan Eropah bangkit atas asas yang ditinggalkan Islam. Adakah ini benar? Asas apa?

7. Huraikan kesan trajedi 3 March 1924.

Bab 9 Tentera Salib Kembali

1. Bincangkan strategi tentera salib untuk menjatuhkan Khilafah Islam dan merosakkan aqidah umat Islam

Bab 10 Formula Kebangkitan

1. Jelaskan apakah hikmah disebalik sunnatullah kebangkitan Islam yang bertahap sejak zaman Nabi saw..

2. Jelaskan kenapa berlakunya sunnatullah penggiliran terhadap kaum Muslimin beserta dalil syarie.

3. Nyatakan sebab kenapa era kini yakni pasca kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah mirip kepada era Mekah dan Jahiliyah?

4. Jelaskan maratib amal kebangkitan Islam.

5. Kenapa kita perlu memahami di tahap mana kita berada sekarang untuk menggerakkan dakwah kita?

6. Kenapa perlu fokus kepada pembentukan Aqidah sebelum perkara yang lain? Yakni tarbiyah membentuk fardh muslim. Dan apakah kesannya?

7. Jelaskan, ‘Tarbiyah bukanlah segalanya, tetapi segalanya itu tidak akan bermula melainkan dengan tarbiyah’.

8. Halaqah Tarbawi merupakan asas kepada Tajammuk dan Daulah Islam. Sampai bilakah ia akan berlansung dan sehingga tahap mana? 9. Mengapa kita tidak boleh menjadi sebagai pertubuhan kebajikan

atau parti politik atau apa-apa badan sebagaimana orang lain? 10.Apakah hukum terhadap orang yang soleh, tetapi berdiam diri

daripada meruntuhkan jahiliyah?

11.Nyatakan dalil-dalil syarie dan aqli terhadap janji kemenangan kepada kaum Muslimin.

Dalam dokumen 3-Ini Sejarah Kita - Thoriq Ahmad (Halaman 189-195)