• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perang Salib

Dalam dokumen 3-Ini Sejarah Kita - Thoriq Ahmad (Halaman 156-168)

“Jika ingin membunuh lalang, Racunlah akarnya

1. Perang Salib

Mereka bermula dengan seruan pemuka-pemuka gereja atas nama Salib untuk memerangi Dunia Islam. Seperti yang dinyatakan di dalam buku “Haadirul Alam Islami”, orang pertama yang menyeru kepada Perang Salib adalah Paus Sylvester II pada tahun 1002M. Seruan ini bagaimanapun kurang mendapat sambutan atas konflik antara gereja dan kejahilan mereka. Paus Gregorius meneruskan usaha pada tahun 1075M. Namun hanya selepas 20 tahun kemudian pada 1097M barulah perancangan ini terlaksana.

Selain pihak gereja, semangat Salib juga didokong oleh penulis dan pemikir Nasrani seperti Hilton Satito, Ben Diboa dan Reymond Lul Batrack di mana mereka menabur pelbagai fitnah terhadap kaum Muslimin hingga tiada kebaikan yang tersisa.Tidak ketinggalan, para raja dan kaisar yang turut sama memimpin angkatan Salib mereka atas rasa dendam, mempertahankan kedudukan dan semangat Salib. Maka berlakulah peperangan demi peperangan antara Salib dan Islam.

Selama dua abad mereka berusaha untuk memerangi Islam, namun mereka menemui kegagalan lantaran kebangkitan kaum Muslimin di bawah pimpinan putra-putra terbaik umat seperti Nuruddin Zanki, Salahuddin Ayubbi, Sultan Murad dan Muhammad Al-Fatih. Serangan Salib dibalas dengan laungan jihad fi sabilillah untuk mempertahankan maruah dan darah kaum Muslimin.

Cukuplah pelajaran daripada penghinaan dan kezaliman yang dahsyat sewaktu penawanan Al-Quds, serangan Monggol dan kejatuhan Andalus.

Kegagalan peperangan selama dua abad itu menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kaum kafir bahawasanya umat Islam sama sekali tidak mudah terkalahkan dengan peperangan fizikal melainkan membuang kecintaan mereka kepada jihad dan syahid di jalan Allah. Formula yang tepat adalah dengan terlebih dahulu merosakkan aqidah dan pemikiran orang Islam. Justru sejerus kekalahan tentera Salib di Palestin, pulanglah Richard the Lion Heart dengan membawa agenda baru untuk menewaskan kaum Muslimin.

Keputusan ini juga diilhamkan daripada wasiat Saint Louis (Raja Perancis)

yang juga pemimpin Perang Salib VIII. Ketika itu dia kalah dalam peperangan dan menjadi tawanan tentera Mesir di Kota Al-Masuriah. Untuk membebaskan diri, dia telah membayar tebusan yang sangat banyak. Hasil

pemerhatian, dia yakin bahawa adalah mustahil untuk mengalahkan kaum Muslimin dengan senjata. Mereka bersatu atas kalimah Islam dan sesungguhnya permasalan yang sebenar adalah Islam! Oleh kerana itu mereka perlu diperangi dengan cara lain yakni memerangi Islam, aqidah Islam, akhlak Islam dan sumber-sumbernya yakni Al-Quran dan Sunnah.

Louis IX berkata: “Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa …. Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam.”

Inilah juga kata-kata Nixon mantan Presiden Amerika ketika rangka lawatannya ke Afghanistan. Ketika ditanya para wartawan terhadap penyelesaian misi salib di Afghanistan, dia berkata, “The problem is Islam!

Hasilnya kaum kafir berusaha dengan penuh upaya untuk menjauhkan umat Islam daripada memahami Islam yang sebenar. Mereka memulai dengan menanam benih-benih jahiliyah yang hitam pekat ke dalam jiwa kaum Muslimin. Bermula dengan semaian benih-benih sekularisme, seterusnya mengimport apa sahaja fahaman benda dan kebendaan kepada wilayah-wilayah Islam, membangkitkan semangat nasionalisma dan fanatik perkauman, menaja fahaman-fahaman sesat, merubah dasar dan silibus pendidikan sekolah Islam, menubuhkan gerakan missionaris dan orientalisma dan seterusnya merubah landskap politik wilayah-wilayah Islam.

        

Sesungguhnya orang-orang kafir membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Al-Anfal: 36)

2. Sekularisme

Sayyid Qutb berkata, “Apabila tentera-tentera Salib kembali ke negara asal meninggalkan negara-negara Islam pada kurun ke 11M mereka membawa bersama contoh masyarakat Islam. Walaupun wujud pelbagai kepincangan di dalam masyarakat ini namun perkara yang paling ketara di dalam masyarakat ini yang masih dapat dilihat oleh angkatan salib ialah kaedah undang-undang yang merangkumkan pemerintah dan rakyat secara saksama tanpa tunduk kepada kehendak golongan bangsawan atau kehendak golongan feudal sepertimana yang berlaku di Eropah. Selain itu wujudnya dasar kebebasan individu dalam memilih kerja dan tempat tinggal, kaedah hak persendirian dan kebebasan menggunakan harta, kaedah tiadanya kasta yang mana setiap individu pada bila-bila masa boleh mencapai taraf yang lebih tinggi di dalam masyarakatnya bergantung kepada kerajinan, kesungguhan dan usahanya. Ini adalah fenomena-fenomena yang paling ketara dapat dilihat oleh bangsa Eropah yang selama ini hidup di bawah sistem feudal dan menjadi hamba kepada tanah. Undang-undang yang ada pada mereka adalah berdasarkan kehendak tuan. Kasta mereka juga adalah tetap kerana darjat bagi mereka adalah suatu warisan!”

152 Pengaruh universiti-universiti di Andalusia dan pengaruh tamadun Timur Islam yang ketika itu menjadi tamadun dunia, selain terjemahan buku-buku dunia Islam ke dalam bahasa-bahasa Eropah telah menyebabkan munculnya gerakan kebangkitan Eropah pada kurun ke 14. Dalam masa yang sama, muncul aliran moden di bidang ilmu khususnya kaedah empirikal.

Menurut Brefault, pengarang buku "Making of Humanity":

"Peradaban Ilmu adalah antara perkara terpenting yang dibawa oleh tamadun Arab83 kepada dunia moden. Malangnya hasilnya agak lambat untuk dinikmati. Kebijaksanaan peradaban Arab di Sepanyol hanya dapat dirasai setelah sekian lama tersembunyi di sebalik awan gelap. Bukan ilmu sahaja yang menghidupkan kembali Eropah malah banyak lagi pengaruh-pengaruh tamadun Islam yang memberi sinar harapan ke dalam kehidupan Eropah. Secara pasti, setiap sudut kemajuan Eropah boleh dikaitkan secara langsung dengan pengaruh keilmuan Islam. Namun pengaruh Islam yang paling nyata dan paling penting serta telah berjaya menjana potensi bagi membentuk dunia moden yang memiliki suatu kekuatan yang unik dan mantap ialah melalui ilmu sains dan budaya kajian sains."

Menurut beliau lagi: "Kita terhutang budi dengan keilmuan Arab bukan kerana penemuan hebat teori-teori baru. Bahkan lebih jauh daripada itu, kita terhutang budi dengan keilmuan Arab kerana mewujudkan ilmu itu sendiri. Sebagaimana yang kita tahu, ilmu tidak pernah wujud sama sekali di dalam dunia kuno. Ilmu falak dan matematik yang dimiliki oleh bangsa Yunani sebenarnya diambil daripada bangsa asing. Mereka mengutip ilmu ini daripada negara asing malangnya ilmu itu sendiri tidak pernah meresap sepenuhnya di dalam peradaban Yunani. Walaupun masyarakat Yunani ada melahirkan beberapa aliran pemikiran, melaksanakan beberapa undang-undang dan mencipta beberapa teori, namun teknik kajian dalam bentuk yang teliti, pengumpulan maklumat yang tepat, methodologi yang terperinci, pengamatan yang berterusan dan kajian amali... semua teknik sebegini adalah suatu yang asing dalam budaya masyarakat Yunani. Manakala apa yang kita panggil ilmu sebenarnya lahir di Eropah adalah hasil budaya dan methodologi yang baru, hasil teknik-teknik analisa yang baru; teknik eksperimen, pengamatan dan penilaian, hasil kemajuan ilmu matematik yang tidak pernah dikenali sama sekali oleh masyarakat Yunani. Segala budaya dan methodologi ini dibawa masuk oleh orang Arab ke dalam dunia Eropah."84

Menurut beliau sebelum itu:

"Roger Bacon telah mempelajari bahasa Arab dan ilmu Arab di universiti Oxford daripada pembantu guru-gurunya berbangsa Arab di Andalusia. Roger Bacon dan pengikutnya Francis Bacon sebenarnya tidak berhak digelar pengasas fahaman empirisisme. Roger Bacon hanyalah utusan yang membawa peradaban dan methodologi Islam ke dunia Eropah yang menganut Kristian. Beliau tidak pernah jemu-jemu menyatakan kepada

83Kita dapat lihat bagaimana penulis-penulis Barat sering menggunakan istilah tamadun Arab bagi merujuk kepada tamadun Islam. Tlndakan ini didorong oleh niat jahat kerana hati mereka berat untuk menerima Islam. Dengan tindakan ini mereka ingin menjadikan Islam hanya milik Arab sedangkan Islam adalah luas tidak terbatas setakat sempadan yang sempit ini. Tindakan ini juga bertujuan menimbulkan semangat perkauman di antara masyarakat Islam sedangkan semangat ini telahpun dibasmi oleh Islam. Semua tindakan mereka sememangnya berniat jahat dan keji!!!

orang-orang sezamannya bahawa pembelajaran bahasa Arab dan ilmu-ilmu Arab merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai pengetahuan yang sebenar. Perbalahan yang berlaku mengenai pengasas kaedah empirikal merupakan sebahagian penyelewengan besar kepada asas tamadun Eropah. Pada zaman Bacon ini methodologi Arab telah tersebar luas dan pelajar-pelajar daripada seluruh pelusuk Eropah datang berduyun-duyun untuk mempelajarinya.

Dari manakah Roger Bacon memperolehi ilmu-ilmu ini?

"Daripada universiti-universiti Islam di Andalusia. Bab kelima bukunya, Cepus Majus yang khusus dalam kajian mata sebenarnya adalah suatu salinan daripada buku al-Manazir, karangan Ibnu al-Haitham."8586

Inilah kesan daripada Perang Salib selama 200 tahun (1097-1292M) yang membuka mata kaum Eropah untuk melihat rahmat dan keadilan yang dibawa Islam. Mereka belajar dan mengimport segala kebaikan dunia yang mereka perolehi tetapi membuang Islam jauh-jauh atas kebencian mereka terhadap agama, apa sahaja agama.

Sejak awal lagi berlaku pertembungan antara pihak gereja dengan tokoh akademik kerana doktrin Paulus, Constantine dan para pendeta memihak kepada raja dan menentang keilmuan. Tiga ratus ribu orang sarjana keilmuan diberitakan telah dibakar hidup-hidup oleh pihak gereja. Ketika Copernicus, Galileo dan Bruno berbincang mengenai teori-teori geografi yang mengatakan bahwa bumi itu bulat dan berputar, langsung pihak gereja mengatakan mereka sesat dan menghukum mereka dengan bunuh.

Pada saat itu, bangkit golongan terpelajar yang memberontak menentang gereja, membenci apa sahaja yang ada hubungan dengan gereja dan melaungkan slogan, “Akal fikiran tidak mungkin bersatu dengan agama dan tidak mungkin berdamai.” Maka kafirlah mereka daripada kekangan gereja dan mereka menjauhi Allah dalam rangka menjauhi gereja.

Barat seterusnya melangkah kepada era kebendaan dalam erti kata seluas-luasnya. Tokoh-tokoh masyarakat mereka bertindak menafsir kehidupan melalui kaca mata kebendaan dalam semua bidang termasuk akidah, pemikiran, akhlak, ilmu, budaya, politik dan lain-lain. Ketika itu, segala perkara yang ghaib dan tidak mampu diselami oleh pancaindera termasuk ketuhanan telah ditolak dan dipandang sebagai khurafat.

Machevelli (1479-1527M), salah seorang tokoh Barat telah lama menyeru kepada pemisahan agama dengan pemerintahan. Baginya, agama kalaupun masih diperlukan ia hanya urusan peribadi dan penganutnya bertempat di gereja; tiada sangkut paut dengan urusan politik dan negara, bahkan pemerintah seharusnya berani melanggar janji, khianat dan sebagainya selagi ia diperlukan demi kepentingan negara. Ide-ide ini dibantu oleh faktor cintakan bangsa dan tanahair.

Terjadilah dua revolusi besar di Eropah, iaitu revolusi Perancis pada tahun 1879M dan revolusi Bolsevik iaitu komunis. Kedua revolusi ini

85Ibid, hal. 148.

154 mempunyai slogan yang sama yakni memerangi agama. Slogan di dalam revolusi Perancis adalah “Gantunglah raja terakhir dengan menggunakan usus paderi terakhir!” yang bermakna musnahkanlah kerajaan dan agama-agama di bumi. Sedangkan slogan revolusi Bolsevik adalah “Tiada tuhan, kehidupan adalah material!”87

Kejiwaan Barat ini secara jelas digambarkan oleh seorang wartawan Amerika, “Sesungguhnya bangsa Inggeris menyembah Bank of England enam hari seminggu. Pada hari ke tujuh mereka mengadap ke gereja.”

Inilah jurang pemisahan yang membuahkan malapetaka besar dalam sejarah kehidupan manusia. Pemisahan ini akhirnya melahirkan bermacam lagi kekacauan seperti atheisme, sosialisme, kapatalisme dan darwinisme. Muncul generasi salib baru yang bertopengkan salib, bertuhankan kepada material, membenci seluruh agama dan tidak redho dengan Islam.

* * * * * *

» Perang Salib Era baru Sosial dan Pendidikan

Semasa era penjajahan, ramai dikalangan ulama’ Muslimin berada dalam tingkat kebodohan, rendah diri dan keterasingan yang parah. Mereka tidak memahami ilmu-ilmu yang berkembang di Barat dan juga misi salib yang mengiringinya. Oleh kerana itu, mereka mengambil jalan dengan menutup mata, tidak ambil peduli dan menolak mentah-mentah apa yang dikatakan kemajuan itu.

Inilah peluang keemasan yang dinanti oleh penjajah. Mulalah mereka menuduh Islam menolak ilmu pengetahuan, kemajuan dan peradaban. Mereka menghina para ulama’ dan mendabik dada atas kemajuan material yang mereka ada. Jika kaum Muslimin mahu maju, mereka segera membantu tapi dengan syarat kita mencampak buang agama dan menjulang sekularisme. Mereka memekikkan slogan, “Agama untuk Tuhan dan negara untuk semua!”

Golongan kaya dan hamba dunia di kalangan muslimin mula terpengaruh dan mula meletakkan Islam dengan pandangan yang sempit, jumud dan tidak relevan lagi dengan realiti kehidupan serba moden. Lebih teruk, ada yang merasakan bahawa agamalah punca utama kepada kemunduran. Lantas agama diletakkan di masjid-masjid atau pada hari-hari tertentu dan selainnya diisi dengan kebendaan sepertimana bangsa Eropah mencampak agama jauh-jauh daripada mengganggu kehidupan mereka.

Barat juga menghancurkan Islam dengan pelbagai fahaman yang sesat yang bersumberkan daripada tangan-tangan Yahudi laknatullah. Ya, sebahagian besar musibah yang menimpa dunia Islam dibelakangnya adalah orang-orang Yahudi, yakni musibah fahaman Sekularisme, Sosialisme dan Athiesme.

Di fikiran kita, mereka agung-agungkan segala fahaman yang datang daripada tangan-tangan Yahudi laknatullah seperti Marks, Durkheim, Nietzche dan Frued.

Teori-teori Marks akan anda pelajari di Fakulti Ekonomi, adapun ilmu sosiologi anda akan pelajari atas dasar yang dibangunkan oleh Durkheim, manakala Nietzche menjadi lambang bidang kebangsaan, kenegaraan atau bidang politik lainnya sementara Freud menjadi mahaguru ilmu jiwa atau lebih kita kenali sebagai psikologi. Hinggakan segala ungkapan dan madah mereka menjadi rujukan dan tiada lagi tersisa pelajaran hadis-hadis Nabi saw.. Walhal, Islam telah lama membangun masyarakat yang jauh lebih hebat daripada kerosakan nilai kehidupan yang dibangunkan oleh barat.

Mereka memberikan biasiswa atau peluang kepada pelajar atau mahasiswa untuk belajar di negara kafir. Secara tidak langsung operasi brain washing

direncanakan untuk melahirkan pakar-pakar yang mendapat Ijazah Muda, Master atau Phd daripada tangan-tangan musuh Islam. Di sana, mereka menanam pelbagai syubhat terhadap Islam. Mereka munculkan pelbagai persoalan di atas kebodohan kaum Muslimin seperti menanam keraguan terhadap hadis-hadis Nabi saw., mencela sejarah Saidina Uthman, Saidina Ali, Sayyidah Aisyah dan pelbagai peristiwa lain seperti Perang Jamal dan Siffin. Mereka memperbesar-besarkannya hingga ke seluruh dunia Islam !

Seperti mana yang berlaku kepada seorang ulama’ Al-Azhar; Rifa’ah Ath-Thanthawi yang melanjutkan pengajian di Paris (1826M – 1831M)88. Ternyata apabila dia pulang, cara berfikirnya dan neraca pertimbangannya sudah jauh menyimpang. Antaranya, dia menyatakan bahawa tarian dikalangan remaja berlainan jantina adalah aktiviti kesenian dan senaman. Dia merestui kefasikan yang mendekatkan kita dengan syaithan.

Dia juga melaungkan semangat kebangsaan dengan berusaha mengembang dan mengukuhkan pemerintahan jahiliyah. Dia memperjuangkan kebebasan dan hak manusia dengan memandang kepada kebebasan menurut Barat, yakni bebas daripada Islam. Inilah kebebasan apabila manusia hilang maruah dan harga diri dan tunduk kepada kezaliman. Sedangkan Islam membebaskan manusia daripada segala belenggu dunia menuju rahmat dan keadilan Allah.

Selain itu tidak kurang lahir ulama-ulama anti-hadis dan anti-syariah Islam yang berguru dengan Godziher dan lain-lainnya yang pakar menanam benih kekufuran. Dan telah berlaku dimana saterawan bernama Toha Hussien (Mesir) telah berkata, “Kalau Islam berdiri sebagai batu penghalang antara kita dengan warisan firaun kita, kita akan mencampakkannya (Islam).”

Mereka juga melahirkan dan memberi sponsor yang besar kepada gerakan orientalis.

Pertama

; mereka mahu menghalang kaum Kristian daripada memeluk Islam. Ketika Islam memerintah dunia, ramai daripada kalangan Kristian yang mendengar berita tentang kehebatan dan keadilan tentera Islam daripada tentera-tentera Salib yang pulang daripada perang, mulai ada kecenderungan untuk mengenal dan memeluk Islam.

Maka pihak gereja, penulis dan pemikir Eropah berusaha memburuk-burukkan Islam. Mereka menterjemahkan Al-Quran untuk merosakkan makna dan pengertiannya, hingga menimbulkan syubhat kebencian terhadap Islam. Mereka membuat kamus, menulis puluhan buku dan risalah,

88Prof Dr Ali Muhammad Jarisyah, Muhammad Syarif Az-Zaibaq,Taktik Strategi Musuh-Musuh Islam, cet. Pustaka Mantiq. (terjemahan Drs. As’ad

156 membangunkan pusat studi Islam dan menulis semula sejarah untuk mencacatkan segala yang lahir daripada Islam.

Percubaan demi percubaan untuk menuduh Islam dengan pelbagai tuduhan yang palsu direncanakan. Contohnya keganasan, agama yang berkembang dengan pedang, sukakan pembunuhan dan menjauhi kemajuan. Gullimen menyebut dalam bukunya, (Sejarah Perancis): “Muhammad, iaitu pengasas agama orang Islam. Dia telah memerintahkan para pengikutnya untuk menggantikan semua agama dengan agamanya. Alangkah besarnya perbezaan antara penganut berhala ini (orang Islam) berbanding penganut Nasrani! Bangsa Arab ini mewajibkan agama mereka melalui kekerasan. Mereka berkata kepada manusia: “Kamu peluk Islam atau kamu mati. Sedangkan pengikut al-Masih meng-gerakkan jiwa mereka melalui kebajikan dan perbuatan baik.”

Dan sekarang apabila Islam jatuh, mereka mengatakan Islam agama terrorist dan terrorist layak diperangi ! Agen-agen mereka tak ubah sejak dulu seperti BBC dan Times, yakni sejak sebelum kejatuhan Khilafah Turki lagi.

Yang kedua; gerakan ini memainkan peranan untuk menghancurkan kesatuan Islam, menyongsangkan makna jihad dan menyelewengkan sejarah Islam. Mereka tidak mahu lagi umat Islam berjihad dijalan Allah. Mereka meracuni pemikiran umat Islam dengan mempopularkan hadis-hadis dhoif dan pelbagai penyelewengan dan kritikan terhadap sunnah Nabi saw..

1. Percubaan memburukkan sejarah Islam: Contohnya, memuji Khalid bin al-Walid dan memburukkan Umar al-Khattab dengan tuduhan iri hati, menimbulkan keraguan tentang pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Uthman dengan tuduhan mereka dipilih dengan cara tidak rasmi, pertikaian kuasa antara Ali dan Mu‘awiyah dan memburukkan gambaran Khilafah Uthmaniyyah.

2. Memburukkan sistem kehidupan Islam: Sistem dengan segala cabangnya; akhlak, ekonomi dan politik. Mereka menuduh sistem Islam bersifat kekurangan, ketinggalan, mundur, tidak bersistem dan kasar. Khususnya, yang berkaitan dengan rejam, potong anggota dan sebat. Mereka juga mendakwa undang-undang Islam tidak mempedulikan minoriti bukan Islam.

3. Percubaan memburukkan warisan Islam: Apa yang dimaksudkan ialah seluruh bidang ilmu dan pengetahuan; perubatan, farmasi, kimia, fizik, falak, matematik, geometri, binaan dan semua sistem hidup. Mereka menyifatkan Warisan Islam sebagai musibah Islam

4. Menghidup dan mempopularkan warisan jahiliyah daripada Islam seperti Firaun dan adet resam Hindu di kalangan orang Melayu

Adapun sejarah yang kita pelajari, semuanya diambil daripada penulisan jari-jari orientalis Yahudi laknatullah yakni Philip Hote, Brockelmann dan Constantine Zuraiq. Mereka ingin memusnahkan segala-segalanya !

Apa itu jihad ? ‘Jihad Akbar, adalah menyibukkan diri dengan melakukan ibadah ritual dan mengasingkan diri dari dunia. Apa itu ‘Jihad fi Sabilillah’ ? Jihad fi Sabilillah adalah menuntut ilmu dan bekerja untuk menyara keluarga. Bahkan banyak lagi kalimah-kalimah Islam disempitkan kefahaman supaya

kaum Muslimin duduk berehat di rumah, menikmati keselesaan pendingin hawa dan bersungguh mengumpul timbunan emas, saham dan material supaya mereka tidak keluar berjihad dan berdakwah di jalan Allah !

Ketiga, mereka mendirikan sekolah-sekolah atau institusi pengajian tinggi mereka di negara-negara yang majoritinya Muslim. Mereka menanam cara berfikir yang mereka inginkan. Untuk mencapai perkara ini, mereka merosakkan silibus pendidikan Islam dan mempopularkan sistem pendidikan sekular yang kononnya elit dan terkehadapan berbanding madrasah-madrasah yang jumud dan ketinggalan. Mereka sempitkan pendidikan agama, baik dari segi bahan mahupun pengertiannya. Pendidikan Islam menjadi sepi tanpa ruh dakwah dan jihad. Perlahan-perlahan ia menjadi bahan kajian yang memboringkan, sekadar syarat dan dianggap sebagai sampingan berbanding subjek-subjek yang lain. Gambaran bahawa pengajian Islam, pemimpin, serta tokoh ulama’ adalah ketinggalan zaman dan hanya layak diberikan kepada mereka yang tidak punya kemampuan untuk menguasai ilmu moden atau sains dan teknologi. Pengajian pondok, pesentran, tahfiz di anggap kolot dan membuang waktu. Ia bukannya tempat untuk pelajar yang mendapat 10A dalam SPM ! tapi sebaliknya...

Dan yang keempat adalah melaksanakan sistem co-education (bercampur antara lelaki dan perempuan). Mereka menggunakan alasan kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Selain itu, mereka mendakwa sistem ini mampu untuk membantu para pelajar mengendalikan instink seksual. Padahal kajian telah membuktikan bahawa pergaulan bebas inilah yang meledakkan nafsu seksual. Inilah permasalahan yang mereka (Barat) sendiri hadapi sekarang dan masyarakat mereka sedang menghadapi kehancuran kerana ini.

Dalam satu buku Yayasan Franklin Amerika dinyatakan; “Agar lelaki tidak terpisah dari perempuan, maka kita wajib berusaha menghimpunkan mereka di

Dalam dokumen 3-Ini Sejarah Kita - Thoriq Ahmad (Halaman 156-168)