• Tidak ada hasil yang ditemukan

RUMAH KAJIAN KETIGA

GUNAKAN PADA HOUSE ON HOLLAND ROAD

Secara realitinya kita tidak boleh menolak dakwaan bahawa rekabentuk rumah sangat berbeza jika dibandingkan dengan Villa Sentosa (rumah kajian pertama) dan Salinger House (rumah kajian kedua). Rumah kajian ini lebih menepati citarasa masyarakat masa kini. Penggunaan teknologi moden dapat dilihat secara terus dan bukan secara telus seperti Salinger House. Rumah ini telah dibina pada zaman yang serba moden oleh masyarakat masa kini yang gaya hidupnya berbeza dari gaya hidup masa dulu. Tetapi pada tempat dan iklim yang sama.

Walaubagaimanapun, rumah ini telah dibina dengan mengambil kira factor iklim dan keselesaan penghuninya. Rumah ini juga amat mementingkan keadaan persekitaran dan percaya bahawa keadaan persekitaran mampu mempengaruhi keselesaan di dalam sesebuah rumah itu. Konsep terbuka yang telah digunakan banyak membantu dalam memberikan keselesaan rumah ini.

Elemen-elemen kajian yang telah banyak dibincangkan sebelum ini telah diberi nafas baru dengan suntikan rasa dari masyarakat yang moden. Elemen-elemen ini dibina dengan menggunakan teknologi-teknologi terbaru tetapi masih membawa konsep yang telah digunakan pada rumah tradisional melayu. Tetapi, sejauh manakah keberkesanan yang diperolehi daripada interpretasi yang telah dijalankan terhadap elemen kajian tersebut. Elemen kajian pada kali ini sangat berbeza dan kajian yang dilakukan haruslah dari aspek semasa.

Kita akan meneliti satu persatu elemen-elemen kajian berikut. 1. Bahan binaan

2. Bukaan

3. Cucur atap

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

53

3.2.1 BAHAN BINAAN

Bahan binaan yang digunakan pada rumah kajian ini sangat berbeza dengan rumah kajian sebelum ini. Rumah kajian ini menggunakan konkrit sebagai bahan binaan utama dan strukturnya juga. Selain konkrit, kaca juga banyak digunakan pada rumah ini. Ini menunjukkan teknologi dalam penggunaan bahan binaan telah diaplikasikan pada binaannya.

Seperti yang telah diketahui, kedua-dua bahan binaan utama yang digunakan pada rumah ini mampu mempengaruhi suhu dalam rumah tersebut. Apakah langkah yang telah dilakukan dalam penggunaan elemen ini hingga rumah ini juga mampu memberikan keselesaan kepada penghuninya.

Penggunaan dinding konrit dalam pembinaan rumah ini sangat minima. Dinding konkrit hanya digunakan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Bahagian dinding yang lain kebanyakannya menggunakan sistem kerangka dengan kaca. Risiko yang diambil oleh penghuni adalah sangat tinggi.

Gambar 3.14 : konkrit sebagai bahan binaan utama

Gambar 3.15 : kaca juga sebagai bahan binaan yang banyak digunakan

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

54 Arkitek yang bertanggungjawab merekabentuk rumah ini sangat sensitif kepada keadaan iklim. Beliau telah menggunakan kaca pada kadar yang maksima pada bahagian yang tidak terdedah kepada pancaran matahari secara terus. Ini dapat mengelakkan kaca bertindak secara langsung dengan haba yang tinggi sehingga mampu mengganggu keselesaan terma penghuninya.

Kebaikan lain yang dapat dilihat dari rekabentuk ini ialah, rumah ini akan mendapat pencahayaan pada kadar yang tinggi. Namun pencahayaan ini tidak akan mempengaruhi suhu rumah secara langsung kerana cahaya yang dibekalkan tidak bersama haba yang tinggi. Walaubagaimanapun, langkah berhati-hati tetap diambil iaitu dengan menggunakan kaca dari jenis Insulating Glass . Kaca ini juga berkualiti tinggi serta dapat menahan kesan dari perubahan cuaca seperti panas dan hujan.

Gambar 3.16 : permukaan kaca ditempatkan pada bahagian yang tidak terdedah kepada pancaran matahari secara terus.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

55 Walaupun rumah ini tampil tanpa bahan binaan utama dari kayu, rumah ini telah mengambil inisiatif lain. Bahan kayu telah digunakan sebagai kemasan bagi hampir keseluruhan ruang di dalam rumah ini. Dengan kombinasi kesemua bahan binaan ini, persekitaran yang lebih selesa dapat diwujudkan.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

56 3.2.2 BUKAAN

Bukaan menjadi elemen yang terpenting pada rumah ini. Ianya kerana, penggunaan bahan binaan yang boleh mempengaruhi suhu dalam rumah tersebut digunakan secara maksima walaupun langkah-langkah bijak telah di ambil dalam rekabentuk dan lokasi penggunaannya. Rumah ini menggunakan konsep terbuka, kajian terhadap sejauh mana konsep itu telah diaplikasikan akan dijalankan sama seperti rumah-rumah kajian sebelum ini.

Jika pada sebelum ini setiap topik tentang bukaan akan dibincangkan secara satu persatu seperti pintu, tingkap dan bukaan pada dinding, kali ini berbeza. Rumah kajian telah menggabungkan dan mewujudkan kesinambungan bagi setiap elemen tersebut. Fenomena ini sangat sukar ditemui pada rekabentuk sesebuah rumah itu sama ada masa kini atau pada masa lalu. Konsep terbuka yang telah diaplikasikan ini sangat mempengaruhi pengaliran udara didalam rumah ini.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

57 Apa yang menarik, rumah ini telah menggunakan double height glass sliding

wall dan flexible glass wall. Dengan menggunakan elemen ini keluasan bukaan boleh

diperolehi dengan kadar yang maksima. Elemen ini juga mampu mengawal jumlah keluasan yang diperlukan. Ia juga menunjukkan perkembangan teknologi dalam elemen pintu, tingkap serta bukaan yang lain. Jika pada rumah tradisional, tebukan atau bukaan di buat pada bahagian dinding bagi memperoleh pengaliran udara yang baik. Tetapi pada rumah ini, dinding yang fleksibel membolehkan ianya dibuka.

Dinding fleksibel ini membolehkan pengudaraan berlaku sepenuhnya pada ruang tersebut kaedah ini dapat mengelakkan udara panas terkumpul pada bahagian atas. Udara panas akan dibawa keluar melalui pengudaraan semulajadi. Ianya sekaligus dapat memberikan keselesaan pada suhu terma rumah ini. Bukaan yang luas ini bukan sahaja berfungsi untuk pengaliran udara, ia juga memberikan pencahayaan serta persekitaran yang lebih bebas. Ruang akan dilihat lebih luas dan saling berhubungkait dengan persekitaran di luar.

Ciri-ciri keselamatan telah di ambil kira dimana susur tangan atau railing telah ditempatkan pada bahagian luar dinding yang fleksibel. Railing ini tidak nampak perbezaannya kerana menggunakan kaca. Ianya menampakkkan lebih moden. Udara di persekitaran juga disejukkan oleh aliran air di abhagian bumbung aras bawah yang terletak dibahagian tepi ruang rehat ini. (teliti gambar di atas).

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

58 Gambar di atas menunujukkan dinding fleksibel yang telah ditempatkan pada bahagian tangga untuk ke tingkat atas. Dinding fleksibeli ini merupakan dinding fleksibel yang paling tinggi. Dinding ini digelongsorkan dan ditempatkan belakang dinding kayu yang terletak pada sebelah kiri. Teknik ini sekali lagi menghalang udara panas berkumpul pada bahagian atas kerana pengudaraan rentas berlaku pada semua bahagian. Udara panas akan dinyahkan dari ruang ini dari semasa ke semasa.

Kebaikan lain yang didapati ialah, rumah ini tidak memerlukan bantuan mekanikal untuk menerangi segenap ruang di dalam rumah ini. Pencahayaan semulajadi mampu menerangi ruang0ruang di dalam rumah ini pada waktu siang. Bekalan tenaga bagi lampu hanya diperlukan pada waktu malam.

Rumah kajian ini telah berjaya meninterpretasikan elemen-elemen ini dengan baik. Konsep yang telah digunakan pada rumah tradisional juga telah diserapkan dalam rekabentuk rumah ini. Sama ada ia berlaku secara langsung atau tidak langsung.

Selain elemen bukaan yang telah dibincangkan di atas, rumah kajian ini sekali lagi telah membawa satu elemen yang paling sukar ditemui pada rumah masa kini iaitu telaga udara. Villa Sentosa telah mewujudkan telaga udara di dalam

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

59 rekabentuknya serta bagaimana telaga udara dapat membantu menyejukkan suhu di dalam rumah. Rumah ini juga tidak ketinggalan membawa elemen yang penting ini. Cuma rekabentuk telaga udara pada rumah kajian ini nampak lebih ringkas dan moden.

Telaga udara ini menghubungkan tiga ruang utama iaitu ruang tamu, ruang makan dan ruang untuk keluarga. Selain itu, ruang ini menghubungkan ruang rekreasi keluarga ini iaitu kolam renang. Telaga udara ini ibarat telaga pernafasan bagi rumah ini. Dengan wujudnya telaga udara ini, ia telah memberikan pengaliran pengudaraan rentas terutamanya pada ketiga-tiga ruang utama yang telah disebutkan tadi. Jadi tidak hairanlah jika rumah ini mampu memberikan keselesaan terma kepad penghuninya. Sama seperti sesetengah rumah tradisonal, tetapi kesan penggunaan bahan konkrit akan tetap terasa walaupun tidak seberapa.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

60 3.2.3 CUCUR ATAP

Cucur atap pada rumah ini memainkan peranan yang penting, sama seperti rumah-rumah kajian sebelum ini.

Gambar 3.25 dan 3.26 : gambar menunjukkan cucur atap pada rumah kajian

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

61 Jika diperhatikan secara jelas, terdapat sebahagian cucur atap pada rumah ini agak lebar dan sebahagiannya pula dilihat sebagai biasa sahaja. Gambar 2.54 menunujukkan cucur atap pada bahagian yang tinggi lebih lebar daripada bahagian yang rendah. Ianya mungkin tidak begitu memberi masalah kerana bahagian ini tida terdedah secara langsung dengan matahari. Bagaimana pula dengan tempias sewaktu hari hujan? Masalah akan wujud pada bahagian yan cucur atapnya kurang lebar, tetapi bukaan yang telah dibuat pada bahagian yang cucur sangat lebar itu akan berfungsi sebagai ruang pengudaraan sepenuhnya sewaktu hari hujan.

Gambar di atas menunujukkan kelebaran cucur atap yang diperuntukkan pada rumah kajian ini cukup untuk melindungi bukaan dan permukaan dinding dari terkena panas. Cucur atap ini telah berjaya berfungsi sebagai elemen peneduh kepada rumah. Ini memberikan keselesaan kepada suhu terma dan dalaman rumah kepada penghuni. Ini lebih meyakinkan kerana jika dilihat pada ruang-ruang ini, ia tidak memerlukan bantuan alat penghawa dingin seperti rumah-rumah moden pada masa kini.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

62 3.2.4 Lanskap

Penghuni telah menanam beberapa jenis pokok yang rimbun pada kawasan sekitar kolam renang. Selain tujuan memberikan privasi kepada ruang ini. Ia juga berfungsi untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang sihat dan sejuk. Keadaan persekitaran luar yang baik dapat mempengaruhi suhu terma dalaman rumah ini seperti yang telah diterangkan pada bab 1 kajian ini. Kita juga tidak boleh menolak bahawa ianya juga menyumbang kepada keadaan persekitaran yang cantik. Ianya boleh dikategorikan sebagai lanskap semulajadi di mana ia di bina dengan pemilihan pohon yang rimbun dan mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Penghuni juga telah menggunakan elemen air sebagai elemen penyejuk kepada rumah ini. Kolam renang yan terletak berdekatan bahagian bukaan yang luas akan menyejukkan udara yang bergerak masuk melalui bukaan-bukaan yang besar pada rumah ini. Begitu juga udara pada bahagian telaga udara, ianya dipengaruhi dengan kewujudan kolam renang ini. Kolam renang ini juga mewujudkan persekitaran yang sejuk. Dan fungsi kolam ini yang tidak dapat disangkal lagi ialah ianya menjadi tempat rekreasi persendirian bagi keluarga ini.

Gambar 3.29 dan 3.30 : gambar menunjukkan tumbuhan yang di tanam di sekitar kawasan kolam renang

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

63 Disebabkan rumah ini mempunyai banyak bukaan, lanskap kejur diperlukan dimana pagar yang diperbuat daripada dinding batu digunakan bagi memberikan privasi kepada rumah ini. Kemudian pokok-pokok yang tinggi juga ditanam sebagai lapisan kedua rumah ini bagi lebih memberikan privasi selain menyejukkan keadaan persekitaran. Namun, pemilihan pokok dari jenis yang berongga atau tidak lebat dipilih bagi membenarkan laluan angin masuk ke kawasan rumah. Contoh pokok tersebut ialah pokok buluh cina. Pokok ini juga merupakan pokok yang cantik.

Gambar 3.31: gambar menunjukkan tumbuhan di tanam di sekitar rumah.

Gambar 3.32: gambar menunjukkan kolam renang yang panjang

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

64

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

65

4.0 MENYIMPULKAN TOPIK DENGAN MERUJUK KEPADA

Dokumen terkait