• Tidak ada hasil yang ditemukan

RUMAH KAJIAN KEDUA

GUNAKAN PADA RUMAH SALINGER HOUSE

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Salinger House ini telah dibina dengan merujuk kepada rumah tradisional Melayu. Jika dilihat sekali imbas, rumah kajian ini seperti rumah tradisional yang lain tetapi pada dasarnya, banyak kelainannya. Teknik binaannya sama seperti rumah tradisinal Melayu pada zaman dahulu iaitu dengan menggunakan tanggam dan tanpa paku. Tetapi banyak pembaharuan telah digunakan menyebabkab rumah ini agak istimewa.

Kelainannya dapat dilihat dari segi bentuk asas yang digunakan, rupabentuk rumah kajian, teknologi pengaplikasian elemen-elemen rumah tradisional serta lain-lain lagi. Apa yang membanggakan lagi, rumah ini mampu membekalkan keselesaan suhu terma pada penghuninya. Atau boleh dikatakan bahawa, rumah ini telah berjaya dalam system pengudaraannya iaitu pengudaraan semulajadi.

Seperti pada bab sebelum ini, kajian terhadap elemen-elemen kajian akan dilakukan. Penggunaan elemen-elemen kajian pada Salinger House ini akan dikaji. Antara aspek yang akan diperbincangkan ialah sejauh mana interpretasi yang telah dilakukan pada elemen-elemen ini? Dan jika ianya berjaya memberikan keselesaan, bagaimana pula dengan rupabentuknya? Adakah ianya menepati citarasa gaya hidup masa kini, atau masih dianggap ketinggalan? Perbincangan ini juga akan merujuk semula kepada permasalahan dan kajian yang telah dilakukan pada rumah kajian pertama.

Kita akan meneliti satu persatu elemen-elemen kajian berikut. 1. Bahan binaan

2. Bukaan

3. Cucur atap

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

33 2.2.1 BAHAN BINAAN

Jika dilihat pada bahan binaan rumah ini, ianya tidak jauh berbeza dengan rumah tradisional Melayu dimana kayu sebagai bahan binaan utama. Walaubagaimanapun, jika dilihat pada bahagian tertentu rumah ini, penggunaan konkrit juga telah diserapkan. Jika dibandingkan dengan rumah kajian pertama iaitu Villa Sentosa, penggunaan konkrit hanya pada binaan tangga dan sedikit pada bahagian serambi. Tetapi penggunaan konkrit pada rumah ini terletak pada bahagian tengah rumah pada ground floor dan second floor.

Gambar 2.6 : Gambar menunjukkan kayu digunakan sebagai bahan binaan utama.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

34 Seperti yang telah dibincangkan dalam bab 2 tentang masalah penggunaan bahan binaan masa kini, penggunaan konkrit telah menjadi isu yang agak serius. Konkrit merupakan bahan yang muatan habanya tinggi dimana ia menyerap haba dengan jumlah yang tinggi kemudian disebarkan ke dalam rumah pada waktu malam. Ini akan mengakibatkan suhu dalaman rumah akan menjadi panas terutamanya pada waktu malam. Namun, jika dilihat pada rumah ini, penggunaan konkrit tidak memberikan masalah seperti yang telah dibincangkan.

Gambarajah menunjukkan bagaimana teknik penggunaan konkrit ini dapat menghalang masalah suhu dalaman yang tidak selesa. Kedudukannya yang terletak dibahagian tengah telah menghalang permukaan konkrit ini daripada terkena pancaran matahari secara terus. Ini akan mengurangkan kadar haba yang diserap oleh konkrit pada waktu siang sekaligus memberikan keselesaan terma kepada penghuni.Ini membuktikan yang penghuni rumah ingin menyerapkan teknologi dan kemajuan pada penggunaan bahan binaan tetapi dengan cara yang bijak.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

35 Penggunaan konkrit juga digunakan pada bahagian tandas rumah ini memandangkan ianya terletak pada aras atas. Tetapi penggunaannya tidak mempengaruhi suhu dalaman rumah kerana tandas merupakan tempat yang lembab dan sejuk. Jika dilihat pada rupanya, tandas ini nampak lebih moden dan kontemporari jika dibandingkan dengan tandas rumah tradisional. Kemajuan dapat dilihat pada penggunaannya.

Selain daripada kayu dan konkrit, rumah ini juga ada menggunakan dinding kaca pada bahagian-bahagian yang tertentu. Perkembangan dari segi teknologi penggunaan bahan binaan dapat diketengahkan. Namun, seperti yang diketahui, penggunaan kaca juga boleh memberikan impak yang negative jika tidak kena

caranya. Ia mampu mempengaruhi suhu dalaman sesebuah rumah.

Walaubagaimanapun, ianya boleh memberikan pencahayaan ke dalam rumah.

Gambar menunjukkan penggunaan kaca berdekatan dengan bumbung dimana cucur atapnya cukup panjang untuk menghalan pancaran matahari secara terus mengenai dinding kaca. Bukaan pada bahagian atasnya juga membantu pengaliran pengudaraan. Jenis kaca yang digunakan juga sedikit sebanyak mempengaruhi.

Gambar 2.9 : Tandas

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

36 2.2.2 BUKAAN

Elemen ini memainkan peranan yang penting dalam memberikan keselesaan suhu terma serta sebagai laluan pengudaraan semulajadi. Bukaan sebagai elemen yang penting dapat dibahagikan kepada beberapa elemen kecil.

1. pintu 2. tingkap

3. bahagian dinding 4. bahagian bumbung

Apa yang membezakan rumah kajian ini dengan rumah kajian sebelumnya ialah, rumah kajian ini tidak mempunyai telaga udara. Topik ini akan melihat, bagaimana rumah ini dapat mengekalkan keselesaan suhu dalaman dengan bantuan elemen bukaan sedia ada.

2.2.2.1 Pintu

Pintu merupakan elemen yang wajib ada pada setiap rumah. Jika dilihat pada saiznya juga, kebanyakan rumah mempunyai saiz pintu yang sama. Apa yang membezakan ialah kedudukan pintu dan jumlah pintu yang berbeza. Jika dilihat pada rumah kajian ini, bilangan pintu agak banyak dan bertentangan. Ini akan membenarkan pengudaraan silang berlaku di dalam rumah.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

37 2.2.2.2 Tingkap

Bilangan tingkap pada rumah ini agak banyak sekaligus membenarkan pengaliran udara semulajadi pada kadar yang tinggi. Jika diperhatikan, kedudukan tingkap berada pada setiap hujung rumah. Ini membuktikan berlakunya pengudaraan silang pada dalam rumah. Pengudaraan semulajadi dan silang dapat memberikan keselesaan terma pada rumah. Dari faktor kesihatan juga terjamin dimana pengaliran udara dengan kadar yang tinggi dapat memastikan udara sentiasa bergerak.

Rajah di atas menunjukkan pergerakan udara masuk dan keluar di dalam rumah yang membenarkan pengudaraan silang. Pengudaraan silang ini akan membawa udara panas dan udara yang tersimpan keluar dan digantikan dengan udara yang baru atau semulajadi. Ini merupakan antara sebab utama bagaiman Salinger House ini dapat memberikan keselesaan terma kepada penghuninya.

Gambar 2.12 : Gambar menunjukkan bilangan tingkap yang banyak pada rumah kajian

Rajah 2.0 : Rajah menunjukkan konsep pergerakan pengudaraan silang Udara masuk Udara masuk Udara keluar Udara keluar

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

38 Walaubagaimanapun, jika dilihat pada rekabentuk tingkapnya, tingkap kaca telah digunakan. Penggunaan tingkap kaca menunjukkan perkembangan teknologi telah berlaku pada elemen ini. Walaupun kaca dikenali sebagai bahan yang boleh mempengaruhi suhu dalaman sesebuah rumah, namun elemen yang lain dapat mengatasi masalah tersebut. Elemen lain yang dimaksudkan ialah cucur atap yang lebar. Ianya mampu melindungi tingkap kaca ini daripada pancaran matahari secara terus. Elemen cucur atap ini akan diterangkan dengan lebih lanjut pada topik-topik seterusnya.

Jika dibandingkan dengan tingkap rumah tradisional Melayu, ianya jelas berbeza. Rumah tradisional Melayu seperti rumah kajian pertama, tingkap jenis kayu dan mempunyai louvers digunakan. Dimana ia membantu pengaliran udara di waktu malam iaitu sewaktu tingkap ditutup. Bagi rumah kajian ini, pada waktu malam, tiada pengaliran udara berlaku melalui tingkap. Maka suhu di waktu malam tidak serendah rumah tradisional Melayu (contohnya pada rumah kajian pertama) tetapi masih pada tahap yang selesa. Ini berlaku kerana dengan bantuan bukaan-bukaan dan elemen-elemen yang lain serta penggunaan bahan binaan yang tidak membekalkan haba yang tinggi.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

39 Jika dilihat pada gambar 2.15, bilangan tingkap pada ruang tandas agak banyak. Dan pada sebahagian dinding pula, tingkap berbentuk louvers digunakan. Ianya bagi memastikan pengaliran udara sentiasa berlaku supaya tandas tidak akan berada dalam keadaan yang basah dan terlalu lembab. Keadaan tandas yang sentiasa basah dan terlalu lembab boleh membahayakn kesihatan dan menjadi tempat pembiakan bacteria. Namun, pemilihan kedudukan tingkap dan lokasinya haruslah secara berhati-hati kerana tandas merupakan ruang persendirian dan privasi.

Tingkap pada bahagian dapur juga sangat penting kerana kandungan gas beracun dan berbau datangnya dari ruang ini. Aktiviti memasak atau menyiang makanan basah boleh memberikan udara yang kurang sihat kepada penghuni. Gas beracun biasanya datang dari dapur gas. Oleh itu, bukaan tingkap yang banyak membenarkan pengudaraan semulajadi berlaku di mana udara kotor akan dibawa keluar manakala udara bersih akan menggantikannya. Tingkap yang banyak juga membenarkan pencahayaan terhadap ruang ini. Ini bukan sahaja memberikan keselesaan pada suhu tetapi juga dari sudut pandangan. Selain itu, dapat menjimatkan bekalan tenaga dimana lampu tidak perlu dipasang kerana bekalan cahaya semulajadi telah mencukupi.

Gambar 2.15: Gambar menunjukkan tingkap di bahagian tandas.

Gambar 2.16: Gambar menunjukkan tingkap di bahagian dapur.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

40 2.2.2.3 Bahagian Dinding

Jika diperhatikan juga pada gambar-gambar sebelum ini, hanpir pada setiap ruang dan bahagian atas tingkap terdapat bukaan. Bukaan ini mempunyai corak yang ringkas dan bukan berbentuk ukiran. Ianya juga menunjukkan yang penghuni cuba membawa konsep bukaan pada rumah tradisional pada perspektif yang berlainan.

Elemen ini berfungsi sepenuhnya sebagai agen pengaliran udara walaupun pada waktu malam. Kedudukannya yang berada pada bahagian atas dapat mengeluarkan udara panas yang terkumpul di atas. Bukaan yang banyak ini juga memberikan perasaan bebas kepada penghuni yang tidak menyukai keadaan yang terkongkong.

Gambar 2.17 dan 2.18: Gambar menunjukkan bukaan pada bahagian atas tingkap

Gambar 2.19: Gambar menunjukkan bukaan di ruang bilik solat

Gambar 2.20: Gambar menunjukkan bukaan di ruang dapur

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

41 2.2.2.4 Bahagian Bumbung

Salinger House juga telah membawa konsep bukaan pada bahagian bumbung seperti yang biasa terdapat pada rumah tradisional Melayu. Elemen ini merupakan elemen yang palin sukar didapati pada rumah masa kini dan boleh dikatakan tidak wujud lagi. Seperti yang telah diterangkan pada bab 2, udara panas adalah ringan dan sering terkumpul dibahagian atas (bahagian bumbung). Maka apabila bukaan ditempatkan pada bahagian ini, ianya sekaligus menjadi laluan keluar bagi udara panas yang sering terkumpul dibahagian atas.

Bukaan yang ditunjukkan oleh gambar sebelum ini menunjukkan bukaan utama yang terdapat pada bumbung rumah ini. Bukaannya terletak pada bahagian bumbung bertingkat. Rekabentuk bukaan menggunakan tingkap nako. Ia bukan sahaja akan membenarkan aliran udara, malah akan membenarkan pencahayaan pada dalam rumah. Bukaan bumbung ini tidak tertumpu pada aras atas sahaja tetapi juga pada aras

Gambar 2.22 dan 2.23 : Gambar menunjukkan bukaan yang terdapat pada bahagian bumbung dari dalam rumah.

Gambar 2.21: Gambar menunjukkan bukaan yang terdapat pada bahagian bumbung dari pandangan luaran.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

42 yang pertama kerana bukaan ini terletak pada bahagian tangga. Jika dilihat pada gambar 2.22, bilik tidur utama juga terdedah kepada bukaan bumbung tersebut kerana bilik ini tida dibina secara tertutup. Ianya dipisah dengan ruang lain hanya menggunakan dinding separuh.

Pada ruang-ruang lain, bukaan terdapat pada bahagian antara dinding dan bumbung. Di mana dinding dan bumbung terpisah dan membolehkan pengudaraan berlaku.tidak hairanlah jika rumah ini mampu memberikan keselesaan terhadap penghuninya. Walaupun konsep ini dibawa dari rumah tradisional, namun ruang ini masih mampu menampakkan cirri-ciri kontemporari.

Gambar 2.24: Gambar menunjukkan bukaan pada bahagian bumbung di ruang tamu.

Gambar 2.25: Gambar menunjukkan bukaan antara dinding dan bahagian bumbung.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

43

2.2.3 CUCUR ATAP

Cucur atap merupakan satu elemen yang semakin dipandang remeh oleh segelintir masyarakat. Walaupun terdapat ukuran yang telah ditentukan oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984), ianya masih tidak mencukupi. Bagi iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun, cucur atap yang lebih lebar diperlukan. Bukan sekadar melindungi dari panas, tetapi juga melindungi dari terkena tempias sewaktu hari hujan.

Elemen ini berfungsi dengan baik pada rumah kajian. Cucur atap yang lebar dapat menghalang cahaya matahari secara terus terhadap bukaan-bukaan. Oleh itu, walaupun tingkap-tingkap pada rumah ini menggunakan kaca, ianya tidak memberikan kesan yang tinggi terhadap keselesaan suhu dalaman. Ia juga mengelakkan tempias masuk menerusi tingkap sewaktu hari hujan. Maka, walaupun pada hari hujan, tingkap masih boleh dibuka dengan saiz bukaan yang tidak terlalu besar.

Cucur atap ini menjadi identiti kepada binaan di negara kita iaitu sensitif kepada iklim setempat. Konsep ini harus diketengahkan bagi mencapai keselesaan suhu terma. Tetapi, adakah rupabentuknya tidak lagi sesuai dengan gaya masa kini? Atau ada kaedah lain dengan teknologi masa kini yang dapat menangani masalah ini? Kajian akan terus dilakukan bagi merungkai permasalahan ini.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

44 2.2.4 Lanskap

Lanskap pada rumah Salinger House merupakan lanskap jenis semulajadi. Kawasan persekitaran rumah ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang besar. Tumbuhan-tumbuhan kecil seperti tumbuhan berbunga hanya didapati pada bahagian berdekatan dengan rumah. Kawasan persekitarannya yang dipenuhi dengan tumbuhan rimbun membantu mengekalkan ekologi kawasan tersebut. Tumbuhan persekitaran ini membantu menapis pancaran matahari dan menyejukkan kawasan luar rumah ini.

Tiada lanskap kejur yang dapat ditemui di rumah kajian ini seperti rumah kajian sebelum ini. Rekabentuk rumah ini menampakkan kesinambungan denga kawasan persekitarannya. Ianya kerana bahan binaan utamanya ialah kayu, dan kemasan bagi konkrit pula menggunakan batu. Seperti yang diketahui, bahan-bahan ini juga simbolik kepada alam.

Suhu dalaman sebuah rumah itu dipengaruhi oleh suhu luaran dan persekitarannya. Oleh itu, kesimpulan yang boleh dibuat bagi lanskap Salinger House ini ialah, ia telah berjaya mewujudkan suatu kondusif yang selesa. Jadi tidak hairanlah jika rumah ini mampu memberikan keselesaan terma kepada penghuninya.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

45

RUMAH KAJIAN

Dokumen terkait