• Tidak ada hasil yang ditemukan

PINTU, TINGKAP DAN BUKAAN PADA DINDING (BUKAAN KOMBINASI)

RUMAH KAJIAN KETIGA

MAKLUMAT – MAKLUMAT YANG TELAH DIREKODKAN

4.2.1 PINTU, TINGKAP DAN BUKAAN PADA DINDING (BUKAAN KOMBINASI)

Antara kaedah terbaru yang telah mula diaplikasikan oleh rumah-rumah yang berjaya memperoleh keselesaan suhu terma ialah dengan mengkombinasikan bukaan pintu, tingkap dan bukaan pada dinding. Tetapi kombinasi ini hanya pada ruang-ruang tertentu.

Bukaan yang luas dan tinggi dapat mengelakkan udara panas terkumpul pada bahagian atas kerana pengudaraan rentas dan semulajadi berlaku pada kadar yang tinggi dan kerap. Jadi setiap udara panas akan dinyahkan dari semasa ke semasa.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

69 Walaubagaimanapun, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, bukaan-bukaan ini juga haruslah direka pada bahagian yang tidak terdedah kepada pancaran matahari. Dan jika bukaan dibuka pada bahagian yang terdedah pada pancaran matahari secara terus, cucur atap yang lebih lebar diperlukan bagi memberi peneduhan terhadap bukaan ini. Cucur atap yang lebar juga dapat mengelakkan tempias semasa hari hujan memandangkan bukaan adalah luas. Bukaan-bukaan ini juga sebaiknya direka menghadap laluan aliran angin bagi membolehkan pengudaraan yang lebih baik diperolehi.

Selain dari cucur atap, sekali lagi elemen lain diperlukan bagi membolehkan bukaan yang luas ini berfungsi dengan baik iaitu lanskap. Lanskap dapat memastikan pengudaraan semulajadi yang berlaku pada bukaan datang dari persekitaran yang redup. Lanskap ini juga berfungsi sebagai penyerap haba di persekitaran. Contoh lanskap yang boleh digunakan bagi menyerap haba pada sekitar bukaan ialah tumbuh-tumbuhan dan elemen air.

Gambar 4.3 : pintu dan tingkap dikombinasikan

Gambar 4.4 : bukaan yang saling berhubung dengan alam semulajadi

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

70

4.2.2 TELAGA UDARA

Selain bukaan pintu, tingkap dan dinding, telaga udara juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan keselesaan suhu dalaman bagi sesebuah rumah. Telaga udara ini terbahagi kepada dua iaitu pertama: telaga udara dalam rumah (internal) atau berada pada antara ruang-ruang tertentu termasuklah kawasan luar rumah (external).

Sebaik-baiknya, sesebuah telaga udara itu perlulah meletakkan elemen-elemen yang boleh membantu menyejukkan persekitaran seperti pokok atau air. Pada masa kini ramai yang memilih elemen air untuk ditempatkan pada ruang ini. Bagi yang berkemampuan, meletakkan kolam renang merupakan langkah yang baik. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan, cukup sekadar kolam ikan yang kecil. Ianya tetap akan memberikan kesan yang positif kepada keselesaan terma rumah tersebut.

Gambar 4.6 : telaga udara external Gambar 4.7 : telaga udara internal

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

71 4.3 CUCUR ATAP

Cucur atap merupakan satu lagi elemen yang banyak membantu dalam memberikan keselesaan bagi sesebuah rumah. Ianya memberikan peneduhan dari panas dan tempias hujan. Cucur atap yang lebar sememangnya diperlukan bagi negara yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun.

Gambar 4.9 : menunjukkan cucur atap yang lebar

Gambar 4.12 : cucur atap dengan ukuran yang biasa tetapi mencukupi

Gambar 4.11 : cucur atap sebagai sun shading

Gambar 4.10 : cucur atap yang sangat lebar memberikan peneduhan

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

72 Jika dilihat pada kesimpulan yang telah dibuat pada elemen-elemen sebelum ini, cucur atap menjadi elemen sokongan kepada hampir kesemua elemen yang lain. Ini membuktikan yang cucur atap yang lebar memainkan peranan yang sangat penting. Cucur atap yang lebar membenarkan bahan binaan yang mempunyai muatan haba yang tinggi digunakan. Ianya juga membolehkan kita menggunakan bahan-bahan yang berteknologi tinggi sekaligus menghasilkan rupabentuk dengan gaya masa kini. Cucur atap yang lebar juga berjaya menjadikan bukaan kombinasi menjadi suatu elemen yang berjaya.

Cucur atap yang lebar haruslah menjadi identiti kepada senibina rumah di negara kita kerana ianya sangat sensitif dengan iklim di negara kita. Namun, cucur atap yang lebar hanya perlu dibina pada pada bahagian-bahagian yang tertentu sahaja. Contohnya pada bahagian yang terdedah kepada pancaran matahari secara langsung. Cucur atap pada saiz yang biasa boleh digunakan pada bahagian yang sudah sedia terlindung.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

73 4.4 LANSKAP

Lanskap juga banyak menjadi elemen sokongan kepada elemen yang lain. Lanskap berfungsi untuk menyediakan keadaan persekitaran yang baik. Suhu persekitarannya sangat mempengaruhi suhu dalaman sesebuah rumah itu. Pengudaraan semulajadi akan membawa udara persekitaran masuk ke dalam rumah. Oleh itu, tumbuh-tumbuhan dan elemen air diperlukan untuk menjadi elemen penyejuk kepada udara di persekitaran. Tumbuhan yang rimbun dapat menyerap haba dan memelihara ekosistem setempat.

Pada masa kini, ramai penghuni yang memilih untuk lanskap yang lebih bercirikan moden. Contohnya meletakkan kolam renang pada halaman rumah atau ruang-ruang yang tertentu. Kolam renang dapat menyejukkan udara yang berada disekitarnya. Sebaiknya, kolam renang ditempatkan pada ruang yang berdekatan dengan bukaan seperti bukaan kombinasi dan telaga udara. Dan sudah menjadi kebiasaan di mana pokok-pokok terpilih akan di tanam disekitar kolam. Ramai yang berbuat demikian untuk melindungi kawasan kolam ini tetapi ianya sekali gus membantu mengawal keadan persekitarannya serta menyeimbangkan antara elemen pokok dan air.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

74 Walaubagaimanapun, untuk menyediakan lanskap dengan membina kolam renang akan membelanjakan kos yang tinggi. Bagi golongan yang tidak berkemampuan, banyak lagi inisiatif lain yang boleh digunakan jika ingin menyerapkan elemen air pada lanskapnya. Contohnya kolam ikan yang kecil. Langkah ini juga akan dapat membantu mewujudkan keadaan persekitaran yang baik. Malah, ianya nampak lebih tropikal berbanding dengan menggunakan kolam renang.

Gambar 4.15 : kolam renang dengan pokok disekitarnya.

Gambar 4.16 : kolam renang dengan pokok disekitarnya.

Gambar 4.17 : kolam ikan sebagai lanskap Gambar 4.18 : kolam kecil membantu menyejukkan persekitaran

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

75 Haruslah dingatkan juga, lanskap bukan sahaja untuk membantu persekitaran dari segi pengudaraan tetapi juga merupakan terapi kepada penghuni. Dengan lanskap yang cantik beserta bunyi air dapat mewujudkan ketenangan dan keselesaan kepada penghuninya. Bagi mendapatkan lanskap yang lebih teratur, adalah lebih bagus jika mendapatkan nasihat dari pihak-pihak yang sepatutnya seperti pereka lanskap yang lebih mengetahui jenis-jenis pokok yang sesuai. Mereka juga boleh merekabentuk lanskap mengikut konsep-konsep yang tertentu.

________________________________________________________________________________________ Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

76 4.5 KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat dari keseluruhan kajian terhadap elemen-elemen yang telah dibincangkan ialah setiap elemen-elemen itu haruslah sangat sensitif dengan iklim dan persekitarannya. Langkah-langkah dan kaedah asas bagaimana untuk menginterpretasikan elemen-elemen rumah tradisional dalam memberikan keselesaan terma kepada penghuni telah dijelaskan beserta contoh. Dengan memahami konsep asas ini, setiap elemen yang direkabentuk akan lebih bermakna. Di samping memberikan keselesaan, ia juga memberikan rupabentuk yang kontemporari serta moden. Sesuai dengan gaya hidup dan kemajuan pada masa kini.

Masyarakat pada hari ini juga seharusnya memandang semula seni bina pada waktu dahulu kerana banyak kebaikan dan faedah yang boleh dijadikan rujukan. Jangan hanya memandang secara luaran. Rumah tradisional merupakan contoh yang terbaik dan tidak harus dilupakan. Elemen-elemen binaan yang memberikan faedah harus dibangunkan semula dengan memberi nafas yang baru sesuai dengan budaya masyarakat masa kini.

Bekas perdana menteri kita pernah menyebut :

Apabila kita telah maju kehadapan, janganlah kita lupa untuk berpaling kebelakang kerana di situlah segalanya bermula..dan sejarah mula tercipta.

Dokumen terkait