57
PENGENALAN
Pertahanan Awam semester 4 di bawah Unit Pertolongan Cemas bersama-sama Unit Kor Mekanik dan Unit Kemahiran Hidup pada semester ini telah menjalani integrasi bertempat di Dewan Mu’adzam Shah (DMS), Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah menjalankan Majlis Perasmian Hari Kokurikulum Edisi Ke-5 peringkat UUM pada 30 Mac 2012 iaitu jatuh pada hari Jumaat jam tepat 8 a. m. Sempena Perasmian hari Kokurikulum ini, pihak UUM telah menjemput Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk merasmikan hari yang penuh bermakna ini.
Fokus UUM pada Hari Kokurikulum pada kali ini adalah ingin memperkasakan program kokurikulum bagi membangunkan bakat dan menyerlahkan lagi kemahiran insaniah dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, pihak UUM akan memberi penekanan terhadap aspek itu sama seperti kursus-kursus akademik lain dalam usaha melahirkan graduan yang memenuhi keperluan negara dan bersaing di pasaran kerja, kata Naib Canselor (NC) kami iaitu Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak. “Antara ciri-ciri kemahiran insaniah yang dimaksudkan seperti berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi efektif dan kolaborasi serta inovasi dan kreatif bekerja dalam kumpulan”. NC kami mengatakan lagi, ia boleh digerakkan melalui pendekatan kolaborasi, kaedah penyampaian yang berinovasi, khususnya dalam konteks pembelajaran dan pengajaran serta pengenalan kepada kursus-kursus kokurikulum baharu yang relevan dengan perkembangan semasa. “UUM bukan sahaja ingin melahirkan modal insan dan hanya untuk memenuhi keperluan industri, tetapi sebaliknya mempunyai bakat bagi membantu negara menghadapi persaingan dan menyumbang penyelesaian cabaran semasa dan akan datang.
“Usaha bersepadu pada semua peringkat amat penting memandangkan tahap pembelajaran dalam konteks kokurikulum perlu melangkaui bilik kuliah. Para jurulatih kokurikulum diharapkan dapat memaksimumkan potensi setiap mahasiswa semasa mereka berada di kampus,” ujarnya.
58
Beliau berkata, Pusat Kokurikulum juga boleh memulakan inovasi dengan memanfaatkan kedudukan strategik UUM sebagai universiti awam yang pertama memperkenalkan kursus kokurikulum berkredit.
Menurutnya, dengan cara itu, pusat itu akan muncul sebagai pelopor kepada penawaran modul-modul latihan kokurikulum yang terancang dan berstruktur sama ada bertaraf diploma atau sijil kemahiran kepada mahasiswa mahupun pihak-pihak luar yang berminat. “Diploma atau sijil yang bakal dikeluarkan nanti perlu diberi pengiktirafan agar ia setanding dengan sijil-sijil kemahiran lain di negara kita. Untuk itu, suka saya mencadangkan agar satu usaha kolaborasi pendidikan dapat dirintis antara Pusat Kokurikulum dengan institusi luar bagi tujuan tersebut,” katanya.
Gambar Tunku Puteri Intan Safinaz beramah mesra bersama mahasiswa Pertahanan Awam semester 4
59
SISPA UUM SEM 4
BAB 10.0
KAWAD
60
PENGENALAN
Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Asas dan panduan tataertib semasa peperangan atau semasa aman adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki melalui latihan secara berulang. Kawad adalah penting untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, tatatertib, cergas, dan taat kepada perintah ketua. Hal ini adalah kerana ahli-ahli dapat bekerjasama dalam kumpulan bagi mencapai objektif tugas yang hendak dilaksanakan. Melaui kawad juga kita dapat melihat tahap kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam sesuatu kumpulan itu.
JENIS-JENIS KAWAD
Kawad Statik Kawad Dinamik Kawad Asas Kawad Formasi -Melibatkan -Melibatkan pergerakan -Kawad Statik+dinamik -Kawad asas+bkn asas Pergerakan pergerakan berjalan,
Statik sahaja. henti dan sebagainya. Kawad Statik
Kawad statik merupakan asas kepada pelajaran kawad. Kawad statik penting untuk dipelajari kerana ia perkara asas dalam pembentukan disiplin kawad persendirian bagi setiap anggota kadet. Keseragaman dalam kawad kaki akan meperlihatkan tahap kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kumpulan.
Hukuman yang terlibat
1) Sedia 2) Senang diri
3) Sedia dari senang diri 4) Rehatkan diri
61
5) Berbaris dalam 3 barisan 6) Meluruskan barisan 7) Pusing ke kanan/kiri
8) Menghadap ke hadapan/belakang Kawad Dinamik
Kawad dinamik adalah penting untuk mempelajari kerana ia merupakan kesinambungan pelajaran kawad statik. Pergerakan kawad dinamik yang seragam akan memperlihatkan kerjasama yang tinggi dalam kumpulan.
Hukuman yang terlibat
1) Cepat jalan
2) Berhenti dari cepat jalan 3) Membelok
4) Perlahan jalan
5) Berhenti semasa perlahan jalan 6) Kehadapan hormat
7) Ke kanan hormat
8) Hormat selaku terima sijil/hadiah Kawad Asas
Kawas asas adalah gabungan antara kawad statik dan kawad dinamik. Kawas asas penting untuk mempelajari dan dipraktikkan dalam bentuk latihan ulangan kawad statik dan kawad dinamik. Pergerakan kawad statik dan dinamik yang baik akan menghasilkan kawad asas yang mantap.
62 Hukuman yang terlibat
1) Penuntut berbaris dalam 3 barisan 2) Paraskan skuad
3) Kawad statik 4) Kawad dinamik Kawad Formasi
Kawad formasi melibatkan pergerakan kawad asas dan juga bukan asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik. Kawad formasi dipelajari adalah untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik. Pergerakan kawad formasi yang menarik akan memberi kelebihan kepada pasukan yang bertanding.
Hukuman yang terlibat
1) Unsur gerak Keindahan gerak
Kekayaan gerak formasi 2) Unsur penghayatan
3) Unsur suara 4) Gerakan penutup KAWALAN KEHORMATAN
Kawalan kehormatan melibatkan perbarisan yang mempunyai protokol tertentu untuk majlis sambutan rasmi. Kawalan kohormatan dipelajari bertujuan untuk memberi hormat keistimewaan kepada tetamu kehormat dalam suatu majlis. Kawalan kehormat yang diadakan dalam suatu majlis sambutan kepada tetamu kehormat menunjukkan suatu penghormatan.
63
Jenis Kawalan Kehormatan
1) Kawalan kehormatan penuh 2) Kawalan kehormatan separuh 3) Kawalan darjat
64
RUJUKAN
Asas Kawad Kaki. (2011). Diakses pada 17 November 2011, daripada http://unitpendidikankhasmelaka.edu.my/attachments/article/96/MODUL%20KAW AD%20KAKI%20PERKHEMAHAN%20MOTIVASI%20PENDIDIKAN%20KHAS%202011.pd f