PENGURUSAN BENCANA
JENIS-JENIS PEPERANGAN 1) Perang Konvensional
4) Peperangan Nuklear
Di zaman sekarang ada beberapa kuasa besar dunia mempunyai simpanan stok senjata nuklear. Di antara Amerika Syarikat dan Russia, mereka mempunyai banyak senjata ini dan senjata nuklear mereka ini dapat dilancarkan dengan sasaran dari jarak jauh. Tiada sebarang negara di dalam dunia ini menganggap mereka itu
37
terkecuali dari menggunakan senjata ini sekiranya berlaku peperangan. Kuasa kemusnahan senjata nuklear sangatlah besar.
Terdapat satu senjata nuklear yang paling besar sekali ialah peluru pandu antara benua jenis SS 9 kepunyaan Russia. Ia mempunyai lebih kurang 4 kali ganda semua kuasa letupan yang telah digunakan semasa perang dunia ke-2 dan melebihi 1,000 kali ganda kuasa dari bom yang telah menghancurkan Bandar Hiroshima dahulu. Menurut kiraan yang diperoleh, di Hiroshima, terdapat sebanyak 78,000 orang telah terbunuh manakala 84,000 orang tercedera dan beribu-ribu orang lain telah hilang. Sekurang-kurangnya 60,000 buah rumah telah musnah.
Kesan Serangan Nuklear KESAN SERTA MERTA 1)RADIASI AWAL NUKLEAR
-Pancaran panas nuklear akan dikeluarkan berterusan dari masa mula-mula bom itu meletup dan hinggalah beberapa lama selepas itu sinaran Gamma akan keluar serta merta daripada bola api. Walaupun pengeluaran pada paras kemuncaknya iaitu sama dengan kelajuan radiasi haba, kesannya masih berbahaya
-Walaupun selepas 1 minit letupan itu berlaku. Sinaran Gamma mempunyai kuasa tembusan yang mendalam. Ianya tidak meninggalkan kesan pada barang-barang atau bahan-bahan tetapi membahayakan kepada manusia iaitu ia boleh mengakibatkan penyakit radiasi. Ianya akan menyebabkan kematian sekiranya radiasi terlalu banyak memasuki tubuh badan. -Radiasi yang di terima dalam satu masa adalah dinamakan sebagai ’Dosis Radiation’ dan unit ukurannya ialah ‘RONJEN’ (r).
-Jadual di bawah ini menunjukkan jarak di mana 50% daripada Dosis Radiation 450 r yang paling merbahaya (iaitu 50% peluang
KESAN JANGKA MASA PANJANG 1)PENYAKIT RADIASI
-Apabila seseorang yang terdedah dan terkena sinaran gamma dengan dos yang banyak (walaupun radiasi awal atau beberapa ketika dari sisa-sisa radiasi), ini akan menyebabkan kerosakan teruk pada tali perut (gastro inestestinal) dan akan melemahkan sistem imun badan supaya sukar untuk sembuh kembali.
-Bagi jangka masa panjang, penyakit radiasi akan berlaku apabila terkena dos yang lebih dari 150r. Tanda-tandanya ialah seperti lemah atau letih tubuh badan, pening kepala, kurang penghadaman, dan hilang selera makan. -Apabila dosnya bertambah, tanda-tandanya ialah muntah dan ceret beret berdarah. Pada masa sama, tanda-tanda ini akan berlaku sekiranya dos yang diterimanya adalah banyak. Anggaran dos-dos yang diterima di antara 350-500 r yang boleh menyebabkan 50% maut kepada sesiapa yang terdedah. Apabila seseorang itu selepas beberapa jam terdedah daripada sinaran gamma, biasanya
38 untuk hidup) dan sukatan kecemasan semasa peperangan yang akan diterima oleh orang ramai dalam keadaan tempat yang lapang daripada radiasi awal berikutan dari letupan di darat atau di udara.
2) JENIS LETUPAN NUKLEAR
-Tekanan gelombang yang kuat disebabkan oleh perkembangan bola api, tersebar keluar dari segenap jurus 1,100 kaki sesaat (sama dengan kelajuan suara) tidak kira kuasa bom tersebut. Ditambah pula, dengan angin yang kuat yang disebabkan oleh pergerakan udara yang banyak. Gelombang tekanan adalah diikuti dengan satu gelombang sedutan (iaitu disebabkan oleh udara separuh kosong). -Tempoh peringkat tekanan udara ini akan menyebabkan kerosakan bangunan-bangunan di antara 0.7 saat sehingga 1 saat oleh bom ukuran 20 KT. Dengan bom ukuran 10 MT akan menghasilkan gelombang tekanan ledakan sehingga 5 saat atau lebih.
menunjukkan tanda-tanda terkejut (shock) yang teruk serta muntah.
2)KECEDERAAN JANGKA MASA PANJANG -Ini termasuk kekurangan darah (anaemia) dan leukimia (lumpuh disebabkan oleh jenis barah darah dalam masa kejadian di antara 3-6 tahun). Selepas beberapa tahun seseorang itu terdedah pada sinaran gamma, pertumbuhan barah pada tulang-tulang atau tisu akan timbul. Apabila seseorang itu sudah tua, dosnya akan bertambah sebanyak 400 r tetapi ini tidak dapat dipastikan akibat daripada radiasi atau kekurangan keupayaan tubuh badan menentang penyakit ini.
3)KEROSAKAN BAKA (GENETIC)
-Sekiranya seseorang itu terkena radiasi, kerosakan baka akan berlaku di atas organ pembiakan sel-sel benih yang mengeluarkan baka.
4)RACUN RADIOAKTIF
-Biasanya jangkitan radioaktif berada di dalam debu-debu dan akan masuk dalam tubuh manusia melalui pernafasan, makan, minum, atau liang luka, dan akan menimbulkan penyakit radiasi. Walau bagaimana pun, apabila pengawalan kepada pendedahan sinaran gamma yang berpunca dari sisa radioaktif, maka bahaya dari racun radioaktif itu tidak menjadi begitu serius.
Perlindungan
1. Jarak
Pastikan anda menjauhi kawasan serangan.
Jika berada di kawasan serangan, ambil perlindungan di dalam bangunan yang besar dan terasing.
39
bangunan-bangunan yang besar dan tinggi dapat menghalang / melambatkan penyebaran radioaktif.
3. Masa
Radioaktif akan lemah mengikut masa. Jangan hampiri kawasan serangan bagi satu tempoh masa.
4. Sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa darisemasa ke semasa dan bersedia untuk berpindah ke tempat-tempat perlindungan yang disediakan oleh pihak berkuasa.
PERLINDUNGAN
Tempat perlindungan terbahagi kepada tiga kawasan utama iaitu :
1) Tempat Perlindungan Keluarga – Perlindungan dalam unit kediaman individu itu sendiri
2) Tempat Perlindungan Awam– Terdiri daripada bangunan kerajaan, sekolah dan tempat-tempat selamat
3) Tempat Perlindungan Bertingkat – Hampir sama dengan tempat perlindungan awam kecuali ia merangkumi ruang yang lebih besar.
KESELAMATAN
1. Semasa berada di tempat perlindungan, anda mestilah berkumpul, mendengar arahan dan pengumuman semasa.
2. Jangan sesekali membawa barangan berbahaya seperti kotak mancis, pisau dan barangan elektrik.
3. Sekiranya anda berada di luar, pastikan anda mencari kawasan perlindungan seperti longkang/pembentung untuk bersembunyi kalau boleh baringkan badan anda.
40 RUJUKAN
Kecemasan semasa peperangan. (2009). Diakses pada 15 April 2012, daripada
http://www.civildefence.gov.my/e-learning%20web/elearning.html
MKN 20. (2008). Diakses pada 15 April 2012, daripada
http://akta221.blogspot.com/2008/07/mkn-20.html
41
SISPA UUM SEM 4
42