1
SISPA UUM SEM 4
BAB 1.0
MELAWAN
2
PENGENALAN KEPADA KEBAKARAN
Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh terjadi dengan sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada binaan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut kebakaran atau kebakaran liar. Kebakaran boleh menyebabkan kecederaan atau kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun melecur.
Asas Kimia Kebakaran
Definisi Kebakaran
Satu proses pengewapan dan pengoksidaan yang menghasilkan tenaga, haba, cahaya dan karbon dioksida.
Dapat memahami cara untuk mencegah kebakaran. Dapat memadam kebakaran dengan cara yang betul
dan berkesan. Tahu bentuk media pemadaman yang sesuai bagi sesuatu jenis kebakaran. Dapat bertindak
dengan cepat dan berkesan.
3
Elektrik Statik
Elektrik – litar pintas Percikan Geseran Punca-punca Kebakaran Petir Haba Mekanikal Nyalaan
Haba Nuklear
Mampatan Gas Tindak balas Kimia
BAGAIMANA API BERMULA
Sebab-sebab Berlaku Kepanasan cahaya matahari, gunung berapi, petir dll. Faktor Semualajadi Kelalaian, kecuaian dan kesilapan manusia. Kemalangan Sengaja dibakar, khianat/ jahil. Sengaja4 Faktor-faktor Berlaku Kebakaran
Segi Tiga Kebakaran Bahan Api •Bahan yang boleh memandu kebakaran. •Kertas, baju, minyak. Oksigen •Oksigen yang cukup untuk membantu kebakaran. Haba •Haba yang mencapai tahap pembakaran.
Api
Bahan Api Haba Oksigen Api Bahan Api
Unsur yang terkandung didalamnya wap/gas
mudah terbakar. Terdapat dalam beberapa bentuk iaitu pepejal, cecair dan gas.
Contoh - kayu, arang batu, minyak dan cat.
Oksigen
Sejenis gas yang terdapat dalam udara yang membantu proses
pembakaran.
Peratus kandungan oksigen yang diperlukan
untuk pembakaran adalah 16% - 21%.
Haba
Tenaga yang diperlukan bagi meningkatkan suhu
bahan api. Gas/wap mudah bakar
akan dibebaskan dari bahan api dan terbakar apabila mencapai takat
suhu tertentu. Peningkatan suhu
seterusnya akan membebaskan wap.
5
JENIS-JENIS/KELAS API
Kelas Alat Pemadam Api
A
- Pepejal
- Cth : kayu,kertas
Air & debu kering.
B
- Cecair
- Cth : minyak, cat, getah
Buih, debu kering, Co2, air
C
- Gas
- Cth : butana, amonia
Debu kering, Co2& gas
D
- Logam
- Cth : potassium, sodium, calsium
Debu kering
K
- Bahan api akibat Konsentrasi lemak yg tinggi
Wet chemical
FAKTOR MEMBANTU KEMEREBAKAN
1) Luas Permukaan Bahan
- Keluasan bahan api yang terdedah dengan udara. 2) Kadar Pengeluaran / Pemindahan Haba
- Jumlah & kecepatan haba yang dikeluarkan. 3) Tiupan Angin
- Angin yang bertiup membawa banyak oksigen. 4) Suhu Atmosfera
6
CARA BAGAIMANA API MEREBAK
• Bergerak melalui pengalir spt logam, simen & dinding (pengalir haba yg baik).
• Bahan pengalir menjadi panas & jika ada bahan api yg bersentuhan dgnnya maka suhunua akan naik & sampai di suhu nyalaan ia akan terbakar dgn sendirinya.
Pengaliran (Conduction)
• Pemindahan haba sbg gelombang elektromagnetik & bukan bermakna gas panas bergerak melaui udara.
• Bahangan boleh bergerak melalui kaca tingkap.
• Apabila bahan api mendapat haba secara bahangan suhunya akan naik & jika disimpan suhu nyalaan ia akan terbakar. Bahangan (Radiation)
• Kebakaran yg merebak berlaku disebabkan kombinasi pemindahan haba drp 2/3 cara diatas.
• Jika api itu merebak ia akan merebak sehinggalah keseluruhan bahan api itu habis terbakar.
Terus menerus (Direct)
• Pemindahan haba yg berlaku di dalam mudah alir spt cecair/gas.
• Apabila cecair /gas dipanaskan ia akan mengembang & menjadi ringan.
• Gas yg panas akan naik ke atas & gas yg sejuk turun ke bawah secara pusingan sehinggalah keseluruhan gas itu menjadi panas.
Olak haba (Convection)
7 Rujukan
Pencegahan kebakaran. Diakses daripada http://www.slideshare.net/mechestud/r1001-unit-3.
8
SISPA UUM SEM 4
BAB 2.0
MELAWAN
KEBAKARAN
(SAMBUNGAN)
9
ALAT-ALAT MEMBAWA KEBAKARAN
• Suatu alat di mana ia digunakan bagi tujuan membantu untuk memadamkan kebakaran di peringkat “uncontrollable stage”.
Definisi
• Memudahkan proses pemadaman dengan lebih efisien serta cepat dan mengurangkan kadar kerugian akibat kebakaran secara amnya
Tujuan
• Pengenalan Peralatan Asas • Fungsi
• Kawad Melawan
Peralatan Operasi Melawan
kebakaran
BRANCH
Memberi tekanan pancutan airsecara terus tanpa kawalan. Tetapi mempunyai
dua bahagian iaitu branch dan nozzle tip (corong besar & corong kecil) yang dicantumkan boleh buka mengikut kehendak kegunaannya. Sumpitan ini selalunya dikenali sebagai nozzle jet atau sumpitan biasa.
DIFFUSER
Memberi satu semburan secara terus dan juga pengembangan melalui cara bantuan tangan dalam menentukan kehendak kegunaannya. Sumpitan ini selalunya dikenali sebagai nozzle spray atau sumpitan semburan serta hand control branch (sumpitan boleh laras).
AUTOMATED GUN
Memberi satu semburan secara terus dan juga pengembangan serta boleh menentukan tekanan pancutan melalui cara bantuan tangan dalam menentukan
kegunaannya. (boleh laras). Sumpitan ini selalunya dikenali sebagai gun nozzle kerana ia hampir menyerupai senjata.
10 HOS PENGANTAR/DELIVERY
HOS
Sebagai satu saluran bagi menghantar air dari punca air ke satu tempat yang telah ditentukan. Jenisnya seperti kanvas, getah, duraline dll. Saiz hose seperti :- panjangnya 100 kaki (30 meter), diameter 11/2”, 2” dan 21/2”. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu “kapling jantan” dan “kapling betina”.
KAPLING BETINA /FEMALE COUPLING
Bentuknya mempunyai dua “lug” berbentuk telinga boleh tarik bagi mengunci atau mengeluarkan kapling jantan yang disambungkan.
KAPLING JANTAN/MALE COUPLING
Bentuknya mempunyai satu jalur bertindih yang mengelilingi corong kapling tersebut sebagai penyendal kekunci.
Penyesuaian Pili Bomba/Hydrant Adaptor
• Sebagai satu alat penyesuaian bagi tujuan menyambungkan kapling pili bomba yang berbenang (pillarhydrant) kepada kapling betina yang boleh dicantumkan kepada hos penghantar.
Cabang Pembahagi/Dividing Breaching
• Menjadi alat untuk membahagikan aliran air dari satu aliran kepada dua aliran air.
Cabang Pembahagi Laras/Controllable Dividing
• Menjadi alat untuk membahagikan aliran air dari satu aliran kepada dua aliran air melalui cara bantuan tangan dalam menentukan kehendak kegunaannya (boleh laras).
Paip Tegak/Stand Pipe
• Menjadi satu alat penyambungan punca air yang hampir menyerupai pili bomba (pillar hydrant) bagi mengambil air dari bawah tanah ke permukaan.
11 Cara Membawa Hos
Kekunci Pili Bomba/Hydrant
Key C/W Bar
• Untuk membuka dan menutup punca air bawah tanah (hydrant pit). Terbahagi kepada dua bahagian iaitu “key” dan “bar”.
Penyesuaian Kekunci
Hydrant/False Spindle
• Sebagai satu alat yang disambungkan ke kekunci hydrant bagi disesuaikan dengan hydrant key di dalam hydrant pit.
Membimbi
t
• Menggunakan4 jari dengan memegang 2/3 lapisan hos & ibu jari mengepit kapling jantan.
Meng
epit
• Menggunakan kekuatan tangan dgn meletakkan hos dibawah ketiak dgn memastikan kapling jantan diatas & menghala kedepan.Memik
ul
• Meletakkan hos diatas bahu & tangan kanan berada di atas hos, tangan kiri memegang lug kapling bagi mengelakkan kecederaan di kepala. • Kapling jantan berada di bawah & menghala kebawah.12 •Untuk pemadaman api kelas A.
•Berperanan
menyejukkan/menurunkan suhu nyalaan.
•Isi kandungan 9 liter. •Menggunakan air & CO
sebagai bahan pemadam.
Jenis Air
•Hanya boleh digunakan di kawasan tertutup.
•Menggunakan CO2 sebagai bahan pemadam.
•Tidak boleh digunakan pada bahan logam & metal. •Mengeluarkan awan CO &
partikel COP padat.
Jenis CO2
Cara Membentangkan HosALAT PEMADAM API KIMIA
1 alat yang digunakan bagi mengawal & memadam kebakaran di peringkat awal yang mana boleh dikendalikan oleh seorang sahaja.
Seseorang boleh mengendalikan dengan betul & dapat bertindak mengawal kebakaran dalam masa yang singkat.
Jenis-jenis Alat Pemadam Api
Coil roll
• Memegang lug kapling betina dan mengangkat paras bahu dengan memastikan kedudukan hos yang dibentang melalui di bawah lengan.
Dutch Roll
• Tangan kanan memegang kedua-dua kapling betina dan jantan di samping tangan kiri menyokong hos, dan balingan hos dilakukan.
Flaking Roll
• Hos di bentang dengan cara menarik kapling betina.
Figure of Eight Roll
13
CARA MEMADAM KEBAKARAN
• Untuk pemadaman api kelas A, B, C.
• Jarak pancutan > 15-20 kaki. • Berperanan untuk melemaskan
api.
• Mengandungi serbuk kering yg bersifat inert spt silica + serbuk sodium bikarbonat.
Jenis Debu Kering
• Untuk pemadaman api kelas B. • Berperanan untuk menyelimut &
menurunkan suhu.
• menggunakan bahan kimia yang dapat membentuk busa yang stabil dan didorong dengan karbon dioksida pada saat keluar dari tabung.
Jenis Buih
Melaparkan
(Starvation)
• Pindahkan bahan api yg belum terbakar ke tempat lain.
• Pindahkan yg terbakar itu drp bahan api yg belum terbakar.
• Pecahkan/hancurkan bahan api yg mudah terbakar itu kpd bahan api yg lebih kecil supaya mudah dipadamkan.
Melemaskan
(Smothering)
• Tiup kebakaran kecil/guna guni basah.
• Guna alat pemadam api jenis buih.
• Semburkan debu kering pada kebakaran lain.
Menyejukkan (Cooling)
• Pindah/menyerap keluar haba.
14 RUJUKAN
Pencegahan kebakaran. Diakses daripada http://www.slideshare.net/mechestud/r1001-unit-3.
Alat-alat melawan kebakaran. Diakses daripada
http://www.scribd.com/doc/16805632/Slaid-bantuan-mengajarAlat-Melawan-
Kebakaranguna-Pakai-Jenis-jenis alat pemadam api. Diakses daripada http://healthsafetyprotection.com/jenis-jenis-alat-pemadan-portable-portable-fire-extinguisher/
15
SISPA UUM SEM 4
BAB 3.0
MELAWAN
KEBAKARAN
(SAMBUNGAN)
16 Dari Tingkat 1
Tangga adalah punca bahaya kepada bangunan yang sedang terbakar.
Tangga kayu mudah runtuh tanpa memberi sebarang isyarat. Sentiasa merapatkan diri ke bahagian dinding.
Susur ke bawah dengan cara ke belakang dan rasa dengan kaki setiap anak tangga sebelum memijaknya.
Menjatuhkan diri dari jendela bumbung.
Mengurangkan jarak kurang dari 7 kaki dan juga akan mengurangkan kecederaan pada diri.
Melepaskan Diri Daripada Bangunan Terbakar
Tujuan
Memberi nasihat perlindungan diri dan cara melepaskan diri.
Perlindungan Diri
Sekiranya terperangkap anda hendaklah mengikuti beberapa prinsip seperti berikut : 1) Tutup mulut dan hidung anda dengan kain / sapu tangan basah.
2) Apabila bergerak dalam sesuatu tempat berasap di dalam bangunan secara tidak biasa, boleh dilakukan secara meraba-raba dengan tangan (melepaskan diri).
3) Udara terbersih dan tersejuk akan berada berhampiran dengan lantai. 4) Anda perlu merangkak.
5) Apabila bergerak ke hadapan, sebelah tangan yang bebas hendaklah angkat sedikit ke atas dan genggam sedikit tapak tangan.
17 Dari Tingkat 2
Jangan sesekali hilang fikiran.
Menggunakan kain-kain selimut dan cadar untuk mengikat kedua-duanya sebagai tali.
Turun mengikut ikatan itu sehingga sampai ke tanah.
Dari Tingkat 3 dan lebih
Sediakan tali belati yang panjang yang boleh sampai ke tanah dan cukup kuat. Sebelum penyelamat sampai, anda
terpaksa bergantung atas daya sendiri. Tutup pintu, buat panggilan dari jendela
dan tunggu untuk diselamatkan.
Pintu yang tertutup akan mengurangkan api buat sementara waktu.
Pakaian Di hinggap api
Tutup mulut anda dengan tangan, rebahkan diri dan berguling-guling ke atas tanah, permaidani/ lain-lain yang berhampiran.
Jangan sesekali berlari dalam keadaan pakaian terbakar.
Menggeledah Suatu Bilik..
1. Kanak-kanak biasanya akan mengambil perlindungan di bawah katil/di dalam almari di mana mereka boleh untuk menjauhkan diri asap dan api.
2. Penyelamat hendaklah merentas bilik secara melintang untuk memastikan tiada seseorang pun yang tertinggal.
18
SISPA UUM SEM 4
19
KAWAD KERING &
BASAH
KAWAD KERING DAN BASAH
Kawad Pili Bomba 2
Arahan : Kawad Pili Bomba 2, satu aliran 300 kaki, satu nozzel, Pam Pili bomba, pasukan gerak!.
Tugas
Nombor 4 : Kendali peralatan di Pili Bomba.
20
Nombor 2 : Bentang 1 hos dari 100 kaki di No. 3 ke 200 kaki.
Nombor 1 : Pakai tali pinggang dan selitkan nozzel. Bentang 1 hos dari 200 kaki di No. 2 ke 300 kaki dan pasangkan nozzel.
Cara Melakukan
1. Nombor 2 dan 3 : Lari ke depan bantu No. 1
2. Nombor 1 : Perintah nombor 3 “BUKA AIR!”.
21
ke sebelah kiri hos dan lari ke 100 kaki.
4. Nombor 3 : Beritahu No. 4 “BUKA AIR” dengan Isyarat.
5. Nombor 4 : Jawab “BUKA AIR” dengan Isyarat dan pusing kunci Pili Bomba.
6. Nombor 3 : Pusing ke belakang, langkah ke sebelah kiri hos dan lari ke depan bantu No. 1 dan No. 2.
7. Nombor 1 : Perintah No. 3, “TUTUP AIR DAN KEMAS”
BUKA AIR
BUKA AIR
22
8. Nombor 3 : Jawab “TUTUP AIR DAN KEMAS” dengan Isyarat, pusing ke belakang, langkah ke sebelah kiri hos dan lari ke 100 kaki
9. Nombor 3 : Beritahu No.4 “TUTUP AIR DAN KEMAS” dengan Isyarat 10. Nombor 4 : Jawab “TUTUP AIR DAN KEMAS” dengan Isyarat dan pusing
kunci Pili Bomba
11. Nombor 4 : Buka kapling di Pili Bomba dan kemas peralatan
12. Nombor 3 : Buka kapling di 100 kaki dan gulung hos
TUTUP AIR DAN KEMAS TUTUP AIR DAN KEMAS
23
13. Nombor 2 : Buka kapling di 200 kaki dan gulung hos
14. Nombor 1 : Lapur
“ Selamat pagi Tuan, Kumpulan Alpha selesai latihan kawad pili bomba 2, peralatan cukup, anggota selamat, Tuan.”
24
SISPA UUM SEM 4
25
PENGURUSAN
BENCANA
PENGURUSAN BENCANA
Bencana boleh dibahagikan kepada 2 :-
Bencana Alam Semula Jadi Bencana Buatan Manusia
Bencana adalah suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kehilangan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan. Berkemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka masa yang panjang.
Pengenalan
Tafsiran Dalam Arahan MKN No
20
-Sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda, atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.
-Melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan.
26
-Bencana yang berlaku disebabkan faktor cuaca atau geologi seperti; gempa bumi, tsunami, banjir, monsun, siklon atau tornado dan ribut.
-Mengikut Mekanisme Pengurusan Bencana melalui Arahan MKN No. 20
-Bencana di kategorikan kepada 3 tahap yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengendalian Dan Pengurusan Bencana.
-Bencana yang berlaku disebabkan kelalaian dan kecuaian manusia contohnya: tanah runtuh, pelepasan gas beracun, jerebu dan banjir kilat.
Jenis-jenis Bencana Alam Semula Jadi
Tanah Runtuh
merupakan yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran tidak terkawal. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain :
- gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh.
- berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain.
- Tekanan bertindak menjadikan cerun tidak stabil.
sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya. Gempa Bumi
Adalah getaran yang terjadi permukaan bumi. Gempa bumi biasa disebabkan oleh pergerakan kerak bumi. Kata gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan daerah asal terjadinya kejadian gempa bumi tersebut. Bumi kita walaupun padat, selalu bergerak, dan gempa bumi terjadi apabila tekanan yang terjadi karena pergerakan itu sudah terlalu besar untuk dapat ditahan.
Tsunami
-Adalah sebuah ombak yang terjadi setelah sebuah gempa bumi, gempa laut, gunung berapi meletus, atau hentaman meteor di laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap terhadap fungsi ketinggian dan kelajuannya.
-Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak dapat dirasakan kesannya oleh kapal laut.
-Tsunami boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan jiwa pada kawasan pesisir pantai dan kepulauan.
27
Rujukan
Pengurusan Bencana. (2012). Diakses pada 17 April 2012, daripada
http://www.mkn.gov.my/mkn/default/article_m.php?mod=4&fokus=19
Nota-nota yang di berikan di dalam kelas pada 17 Mac 2012.
Banjir
Adalah peningkatan paras air yang meningkat. Banjir terjadi akibat limpahan air yang berlebihan di suatu tempat akibat hujan lebat, limpahan air sungai, atau empangan.
28
SISPA UUM SEM 4
29
PENGURUSAN
BENCANA
(SAMBUNGAN)
TUGAS-TUGAS PERTAHANAN AWAM DALAM MENGURUSKAN BENCANA
Antara tugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah ditetapkan di dalam Arahan MKN No.20 sewaktu berlakunya bencana adalah seperti berikut:
Mengurangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa sebelum, semasa dan selepas bencana.
Membantu menyedia dan menyelenggarakan pusat–pusat pemindahan serta menyediakan makanan bagi mangsa – mangsa.
Membantu dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa- mangsa jika diperlukan.
Mewujudkan Pusat Rehat (Perlindungan/Bantuan)
Pusat pemindahan adalah kawasan perlindungan sementara bagi mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana. Mangsa akan ditempatkan dan diberi kemudahan asas seperti makanan dan keperluan lain. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa. Kebiasaannya Pusat pemindahan ini diuruskan oleh Pasukan Bantuan Dan Pemulihan.
Pusat Pemindahan ini ditempatkan di kawasan yang selamat dan tidak terjejas oleh bencana tersebut. Kebiasaannya mangsa–mangsa bencana akan ditempatkan di
30
dewan–dewan serba guna, balai raya, sekolah dan lain-lain tempat yang boleh memuatkan ramai mangsa.
Disinilah bantuan akan disalurkan kepada mangsa termasuk pakaian, alat keperluan harian dan lain-lain.
Tugas-tugas di Pusat Pemindahan
Menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa. Menyediakan bantuan keperluan asas kepada mangsa.
Menyediakan bantuan makanan dan perubatan.
Menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada mangsa yang mengalami trauma.
31
BAB 7.0
PEPERANGAN
PEPERANGAN Takrif
Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada 2 iaitu :
1) semasa peperangan apa – apa jua tindakan yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh. 2) semasa aman apa – apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa
dan harta benda sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa bencana.
JENIS-JENIS PEPERANGAN 1) Perang Konvensional
Peperangan Konvensional melibatkan penggunaan semua jenis senjata api ringan dan berat dan pelbagai jenis bom letupan tanpa kimia, unsur biologi ataupun nuklear. Kesan segera daripada peperangan ini ialah kematian, kecederaan dan kebakaran yang
32
meluas. Penyebab utama bagi kesan – kesan tersebut ialah penggunaan – penggunaan bom. Bom – bom yang biasa digunakan termasuklah :-
1. Bom Serba guna.
Bom ini berbentuk bujur dan dindingnya tebal seberat 33% daripada kedudukan sumbunya terletak sama ada di ekornya dan dengan tujuan untuk memusnahkan dengan cara ledakan, serpihan dan gegaran bumi. Ukuran beratnya di antara 250 sehingga 1,000 paun.
2. Bom Kekuatan Tinggi.
Bom ini untuk digunakan terhadap sesuatu sasaran dengan menimpakan kerosakan yang maksimum dengan cara ledakan seperti kawasan penduduk ramai. Bom ini mempunyai sarung nipis, dengan kadar muatan bahan letupan / berat yang tinggi sehingga 75% dan fius di kepala sahaja. Besar dan beratnya di antara 2,000 hingga 12,000 paun.
3. Bom Kekuatan Sederhana.
Bom ini dimaksudkan untuk kegunaan Gerakan Am dan tempat –
tempat sasaran di kilang dan perindustrian biasa. Ianya mempunyai kuasa muatan peletup / berat kira – kira 50% dan sumbunya di kepala atau di ekornya. Ukuran beratnya ialah di antara 250 sehingga 4,000 paun.
4. Bom Serpihan.
Bom mini bertujuan untuk kegunaan sebagai senjata pemusnah orang
(anti personal) bagi mengakibatkan kerosakan kenderaan dari pecah serpihan sarungnya. Bom ini bersarung nipis dan fiusnya di kepala sahaja. Biasanya digugurkan secara berangkai dan boleh juga digugurkan dengan cara satu – satu butir. Tiap – tiap sebutir beratnya sehingga 20 paun.
5. Bom Kekuatan Sederhana – Penembusan Dalaman.
Bom ini berbentuk bujur, padat di kepala dan fiusnya terletak di ekor sahaja. Bom ini untuk digunakan terhadap kubu – kubu dan lain – lain sasaran seperti konkrit yang tebal dan tempat pelindung kapal – kapal selam. Bom – bom ini tersangat besar sehingga sampai 22000 paun beratnya.
6. Bom Penembus Perisai
Bom ini dibentuk untuk menembuskan perisai besi atau simen konkrit yang diperkukuhkan, (kubu – kubu) sebelum meletup di dalam sasaran tersebut. Bom ini mempunyai sarung yang tebal pada kepalanya, berfius di ekor sahaja. Kadar muatan bahan letupan / berat ialah kira – kira 10%.
2) Peperangan Kimia
Gas ialah sejenis kimia yang bergantung kepada kesan – kesan racunnya dan seperti senjata – senjata yang lain yang digunakan di dalam peperangan. Tujuan utamanya ialah
33
membunuh atau mencacatkan. Sebagaimana yang didapati, ia boleh digunakan sebagai “ wap yang tidak nampak “. Ianya juga boleh digunakan sebagai debu – debu halus atau titisan cecair yang halus yang berterbangan di udara dan tidak nampak di pandang. Kedua – dua, wap ataupun titisan cecair yang halus adalah MERBAHAYA.
Sifat-sifat dan kesan gas
Sifat-sifat Gas Kesan
1)Gas Saraf ( Nerve gas )
-Boleh jadi tahan lama atau sederhana tahan lama yang mengeluarkan wap yang tidak nampak dan tidak berbau. Gas ini meresap masuk melalui mata dan juga lubang–lubang pernafasan.
-Dengan tiada pertolongan alat pengesan yang khas ianya hanya dapat dikesan akan akibat – akibatnya pada tubuh badan sahaja.
-Menembusi pakaian dan boleh menyerap ke kulit di bawahnya. Wap dan juga cecair ini tidak akan menyebabkan kegatalan atau melecur kulit.
-Kesan–kesan wap gas (Vapour) : Pendedahan kepada sejumlah wap gas yang rendah dengan tiada apa–apa perlindungan, di dalam beberapa minit sahaja, seseorang akan tegang (ketat) dada dan sesak nafas. Keadaannya samalah seperti seorang yang diserang oleh penyakit lelah, diikuti dengan hidung berair dan pening kepala.
-Ini diikuti pula dengan cepatnya anak mata menjadi kecil dan mengganggu pemandangan, seperti sukar hendak melihat benda – benda yang berdekatan dan sakit di belakang mata adalah satu perkara biasa dan teruk.
-Pendedahan pada jumlah yang tinggi, tanda – tanda yang disebutkan di atas tadi adalah lebih teruk dan lebih cepat serangannya.
-Otot–otot menjadi lemah dan dengan cepatnya mengganggu lain–lain perjalanan urat saraf dan boleh jadi diikuti pula dengan lumpuh anggota dan pengsan dan mengakibatkan kematian jika pertolongan cemas tidak diberikan dengan segera.
2)Gas Mustard
-Gas ini tahan lama dan berupa cecair minyak pekat (warna kelabu tua). Ia mengeluarkan wap gas yang tidak nampak dipandang dan berbau seperti bawang merah dan putih, Lobak ataupun mustard.
-Baunya tidak berapa kuat, oleh kerana gas ini berupa minyak, maka ianya mudah melekat ke pakaian dan benda – benda lain. Ia menjadi beku apabila jatuh ke dalam air.
-Jika wap gas ini terkena kepada mata dia tidak memberi kesan buat sementara waktu, tetapi jika terdedah beberapa lama akan menyebabkan mata tertutup beberapa jam dan seterusnya akan membutakan mata buat sementara waktu, 1 – 2 minggu. Jika terkena pada kulit akan menyebabkan kulit itu menjadi merah, gatal dan seterusnya melecur dalam masa 12 jam atau lebih. Tempat–tempat yang lembap di tubuh manusia ialah tempat yang senang baginya menyerang seperti saluran pernafasan iaitu di kerongkong yang akan menyebabkan kehilangan suara dan batuk – batuk serak.
34 Langkah Perlindungan
1. Topeng Gas
-Topeng gas ialah alat yang utama digunakan untuk mengawal diri daripada gas–gas apabila berlakunya peperangan tersebut. Ia hendaklah disimpan dengan baik dan dijaga dengan baik. -Jika difikirkan musuh akan
menggunakan gas–gas atau difikirkan kemungkinan musuh menggunakannya haruslah bersedia memakai sekiranya mendengar letupan bom sama ada letupan di udara ataupun di permukaan bumi.
2. Rumah atau Tempat Perlindungan -Sebuah rumah yang tidak rosak akan ditutup dengan rapi ataupun sebuah tempat perlindungan yang pintunya ditutup dengan kain selimut dengan secukup–cukupnya rapat adalah memberi satu tempat perlindungan yang baik daripada serangan peperangan wap gas.
3. Mencegah dari jangkitan
-Mana–mana tugas yang penting dan perlu dilaksanakan, setiap orang mestilah menghala peredaran udara atau arah angin dari tempat yang berjangkit kerana gas dan kuman akan mengikut arah angin bertiup. Tidak sesiapa pun seharusnya berjalan di atas kawasan jangkitan dan jika pakaian kita dijangkiti hendaklah ianya ditanggalkan dengan secepat mungkin dan jangan dibawa masuk ke dalam bangunan.
4. Makanan dan minuman
-Almari–almari di dalam rumah hendaklah ditutup apabila tidak digunakan dan semua makanan yang tidak di dalam bungkusan hendaklah disimpan dan bertutup seperti di bawah besen atau mangkuk dan sebagainya. Semua alat–alat dan perkakas dapur hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan air panas.
3) Peperangan Biologi
Peperangan jenis ini menggunakan bom-bom yang diisikan dengan agen-agen hayat yang sangat berbahaya dan tersebar dengan sangat cepat. Apabila bom digugurkan dan meletup, agen-agen biologi akan tersebar dan menyebabkan pihak yang terkena serangan mengalami masalah kesihatan yang dahsyat. Kesan serangan ini akan memberi kesan yang besar kepada orang awam. Untuk mengatasi serangan bom hayat ini adalah sangat sukar kerana:-
a) Ianya tidak boleh dikesan dengan pancaindera dan kewujudannya tidak boleh dikesan dengan menggunakan pengesan kimia.
35
b) Kesannya adalah lambat, sukar dan mengambil masa beberapa hari. c) Sukar untuk menentukan kawasan-kawasan yang dijangkiti.
d) Proses pembersihan dan penghapusan kuman adalah lambat, sukar dan tidak menentu.
e) Proses pembiakan kuman akan menjadi cepat dan ini akan menyebabkan jangkitan ini bertambah bahaya.
Langkah Keselamatan
Individu 1)Mempunyai topeng gas. Simpankannya
dalam keadaan yang baik, bersih dan jika hendak memakainya, hendaklah memakai dalam keadaan yang terlatih dan cekap.
2)Sekiranya berada di luar rumah, hendaklah sentiasa menutup kepala dengan topi atau skaf dan juga memakai sarung tangan. Sekiranya tiada sarung tangan, hendaklah memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket.
3)Hendaklah berlindung di tempat perlindungan yang tertutup dan selamat seperti di rumah, bilik bawah tanah dan sebagainya kerana dengan cara ini juga dapat mengurangkan banyak ancaman dari bahan – bahan peperangan hayat atau gas-gas yang berbahaya. Ia juga dapat mengurangkan jangkitan semasa serangan.
4)Hendaklah menjaga kesihatan diri dengan seberapa baik yang boleh. Pastikan mandi dengan bersih dan hendaklah memakai pakaian yang bersih selepas serangan. Pastikan juga berkumur dengan air panas atau air garam sekiranya terdedah dengan asap-asap daripada serangan tersebut.
Kumpulan 1)Pastikan semua pintu, tingkap dan sistem ventilasi ditutup kecuali penapisan udara kerana dapat mengurangkan peredaran udara dengan kadar yang minimum daripada asap-asap serangan tersebut.
36
2)Sentiasa menyediakan topeng-topeng gas untuk digunakan segera sekiranya amaran gas diterima atau bom-bom digugurkan di kawasan berhampiran.
3)Memastikan makanan dan minuman dalam keadaan bertutup.
4)Bilik perlindungan (Panic Room) atau tempat-tempat perlindungan hendaklah berada dalam keadaan bersih peredaran udara yang lancar dan tidak sesak dengan sampah sarap.
Mengelak dari terkena jangkitan 1)Elakkan dari memakai kasut dan pakaian yang terkena jangkitan.
2)Elakkan berada di kawasan-kawasan yang berangin dan berbukit.
3)Kawasan-kawasan yang terkena jangkitan hendaklah sentiasa basah dengan semburan air. Sekiranya tidak dapat dikawal segera, hendaklah diletakkan dengan lapisan tanah yang basah atau lembap.
4)Kawasan yang terkena banyak jangkitan kuman, hendaklah menggunakan
ubat-ubat pembasmi kuman yang kuat dan bagi kawasan yang kurang terkena jangkitan kuman, hendaklah menggunakan pemutih asid atau api dan dikawal mengikut keadaan tempat.
4) Peperangan Nuklear
Di zaman sekarang ada beberapa kuasa besar dunia mempunyai simpanan stok senjata nuklear. Di antara Amerika Syarikat dan Russia, mereka mempunyai banyak senjata ini dan senjata nuklear mereka ini dapat dilancarkan dengan sasaran dari jarak jauh. Tiada sebarang negara di dalam dunia ini menganggap mereka itu
37
terkecuali dari menggunakan senjata ini sekiranya berlaku peperangan. Kuasa kemusnahan senjata nuklear sangatlah besar.
Terdapat satu senjata nuklear yang paling besar sekali ialah peluru pandu antara benua jenis SS 9 kepunyaan Russia. Ia mempunyai lebih kurang 4 kali ganda semua kuasa letupan yang telah digunakan semasa perang dunia ke-2 dan melebihi 1,000 kali ganda kuasa dari bom yang telah menghancurkan Bandar Hiroshima dahulu. Menurut kiraan yang diperoleh, di Hiroshima, terdapat sebanyak 78,000 orang telah terbunuh manakala 84,000 orang tercedera dan beribu-ribu orang lain telah hilang. Sekurang-kurangnya 60,000 buah rumah telah musnah.
Kesan Serangan Nuklear KESAN SERTA MERTA 1)RADIASI AWAL NUKLEAR
-Pancaran panas nuklear akan dikeluarkan berterusan dari masa mula-mula bom itu meletup dan hinggalah beberapa lama selepas itu sinaran Gamma akan keluar serta merta daripada bola api. Walaupun pengeluaran pada paras kemuncaknya iaitu sama dengan kelajuan radiasi haba, kesannya masih berbahaya
-Walaupun selepas 1 minit letupan itu berlaku. Sinaran Gamma mempunyai kuasa tembusan yang mendalam. Ianya tidak meninggalkan kesan pada barang-barang atau bahan-bahan tetapi membahayakan kepada manusia iaitu ia boleh mengakibatkan penyakit radiasi. Ianya akan menyebabkan kematian sekiranya radiasi terlalu banyak memasuki tubuh badan. -Radiasi yang di terima dalam satu masa adalah dinamakan sebagai ’Dosis Radiation’ dan unit ukurannya ialah ‘RONJEN’ (r).
-Jadual di bawah ini menunjukkan jarak di mana 50% daripada Dosis Radiation 450 r yang paling merbahaya (iaitu 50% peluang
KESAN JANGKA MASA PANJANG 1)PENYAKIT RADIASI
-Apabila seseorang yang terdedah dan terkena sinaran gamma dengan dos yang banyak (walaupun radiasi awal atau beberapa ketika dari sisa-sisa radiasi), ini akan menyebabkan kerosakan teruk pada tali perut (gastro inestestinal) dan akan melemahkan sistem imun badan supaya sukar untuk sembuh kembali.
-Bagi jangka masa panjang, penyakit radiasi akan berlaku apabila terkena dos yang lebih dari 150r. Tanda-tandanya ialah seperti lemah atau letih tubuh badan, pening kepala, kurang penghadaman, dan hilang selera makan. -Apabila dosnya bertambah, tanda-tandanya ialah muntah dan ceret beret berdarah. Pada masa sama, tanda-tanda ini akan berlaku sekiranya dos yang diterimanya adalah banyak. Anggaran dos-dos yang diterima di antara 350-500 r yang boleh menyebabkan 50% maut kepada sesiapa yang terdedah. Apabila seseorang itu selepas beberapa jam terdedah daripada sinaran gamma, biasanya
38 untuk hidup) dan sukatan kecemasan semasa peperangan yang akan diterima oleh orang ramai dalam keadaan tempat yang lapang daripada radiasi awal berikutan dari letupan di darat atau di udara.
2) JENIS LETUPAN NUKLEAR
-Tekanan gelombang yang kuat disebabkan oleh perkembangan bola api, tersebar keluar dari segenap jurus 1,100 kaki sesaat (sama dengan kelajuan suara) tidak kira kuasa bom tersebut. Ditambah pula, dengan angin yang kuat yang disebabkan oleh pergerakan udara yang banyak. Gelombang tekanan adalah diikuti dengan satu gelombang sedutan (iaitu disebabkan oleh udara separuh kosong). -Tempoh peringkat tekanan udara ini akan menyebabkan kerosakan bangunan-bangunan di antara 0.7 saat sehingga 1 saat oleh bom ukuran 20 KT. Dengan bom ukuran 10 MT akan menghasilkan gelombang tekanan ledakan sehingga 5 saat atau lebih.
menunjukkan tanda-tanda terkejut (shock) yang teruk serta muntah.
2)KECEDERAAN JANGKA MASA PANJANG -Ini termasuk kekurangan darah (anaemia) dan leukimia (lumpuh disebabkan oleh jenis barah darah dalam masa kejadian di antara 3-6 tahun). Selepas beberapa tahun seseorang itu terdedah pada sinaran gamma, pertumbuhan barah pada tulang-tulang atau tisu akan timbul. Apabila seseorang itu sudah tua, dosnya akan bertambah sebanyak 400 r tetapi ini tidak dapat dipastikan akibat daripada radiasi atau kekurangan keupayaan tubuh badan menentang penyakit ini.
3)KEROSAKAN BAKA (GENETIC)
-Sekiranya seseorang itu terkena radiasi, kerosakan baka akan berlaku di atas organ pembiakan sel-sel benih yang mengeluarkan baka.
4)RACUN RADIOAKTIF
-Biasanya jangkitan radioaktif berada di dalam debu-debu dan akan masuk dalam tubuh manusia melalui pernafasan, makan, minum, atau liang luka, dan akan menimbulkan penyakit radiasi. Walau bagaimana pun, apabila pengawalan kepada pendedahan sinaran gamma yang berpunca dari sisa radioaktif, maka bahaya dari racun radioaktif itu tidak menjadi begitu serius.
Perlindungan
1. Jarak
Pastikan anda menjauhi kawasan serangan.
Jika berada di kawasan serangan, ambil perlindungan di dalam bangunan yang besar dan terasing.
39
bangunan-bangunan yang besar dan tinggi dapat menghalang / melambatkan penyebaran radioaktif.
3. Masa
Radioaktif akan lemah mengikut masa. Jangan hampiri kawasan serangan bagi satu tempoh masa.
4. Sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa darisemasa ke semasa dan bersedia untuk berpindah ke tempat-tempat perlindungan yang disediakan oleh pihak berkuasa.
PERLINDUNGAN
Tempat perlindungan terbahagi kepada tiga kawasan utama iaitu :
1) Tempat Perlindungan Keluarga – Perlindungan dalam unit kediaman individu itu sendiri
2) Tempat Perlindungan Awam– Terdiri daripada bangunan kerajaan, sekolah dan tempat-tempat selamat
3) Tempat Perlindungan Bertingkat – Hampir sama dengan tempat perlindungan awam kecuali ia merangkumi ruang yang lebih besar.
KESELAMATAN
1. Semasa berada di tempat perlindungan, anda mestilah berkumpul, mendengar arahan dan pengumuman semasa.
2. Jangan sesekali membawa barangan berbahaya seperti kotak mancis, pisau dan barangan elektrik.
3. Sekiranya anda berada di luar, pastikan anda mencari kawasan perlindungan seperti longkang/pembentung untuk bersembunyi kalau boleh baringkan badan anda.
40 RUJUKAN
Kecemasan semasa peperangan. (2009). Diakses pada 15 April 2012, daripada
http://www.civildefence.gov.my/e-learning%20web/elearning.html
MKN 20. (2008). Diakses pada 15 April 2012, daripada
http://akta221.blogspot.com/2008/07/mkn-20.html
41
SISPA UUM SEM 4
42
PERANCANGAN
KEGIATAN LUAR
KULIAH (KLK)
PUSAT KOKURIKULUM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
UNIT : PERTOLONGAN CEMAS
SUB-UNIT : PERTAHANAN AWAM (GROUP A)
(VPCA 3031)
NAMA PROJEK:
LATIHAN MEDAN PAYA PAHLAWAN
TEMPAT:
43
TARIKH:
19, 20, 21 APRIL 2012
PENYELARAS:
ENCIK MOHAMAD HAFISOL BIN OTHMAN
JURULATIH:
ENCIK MOHAMMAD NAWAWI BIN AHMAD
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada En. Ahmad Mujahid Bin Abd. Ghani, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, Universiti Utara Malaysia bagi Kegiatan Luar Kampus (KLK). Sehubungan itu, kami juga ingin memohon peruntukan kewangan bagi melancarkan program ini.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Aktiviti ini akan diadakan pada 19 hingga 21 April 2012. Program tersebut melibatkan seramai 35 orang ahli Pertahanan Awam Kumpulan A.
2.2 Aktiviti ini juga dilaksanakan bagi AJK memahami dan mengenali dengan lebih dekat tentang projek yang dijalankan serta mengeratkan hubungan di antara sesama ahli.
44
3.1 Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Pusat Kokurikulum untuk program KLK bagi semester ini.
3.2 Memupuk hubungan kasih sayang antara semua ahli supaya saling bekerjasama. 3.3 Menguji ketahanan fizikal dan mental.
3.4 Mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kuliah dan mempraktikkannya.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
4.1 Nama Program : Kegiatan Luar Kuliah Pertahanan Awam 4.2 Tarikh : 19 hingga 21 April 2012
4.3 Tempat : Kem Paya Pahlawan, Malau, Jitra, Kedah. 4.4 Pegawai Perasmian : En. Ahmad Mujahid Bin Abd. Ghani 4.5 Pegawai Penutup : Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah 4.6 Jurulatih : En. Mohammad Nawawi Bin Ahmad 4.7Jurulatih pengiring : Tuan Hassan Bin Zakaria
5.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
45
(Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia). 5.2 Jurulatih : En. Mohammad Nawawi Bin Ahmad
5.3 Pengerusi : Muhammad Dzikri b. Mohd Fauzi (207336)
6.0 SENARAI PELAJAR TERLIBAT
BIL MATRIK NAMA
1 203549 NORLIA BINTI HALMI 03549 NORLIA BINTI HALMI
2 203817 NOOR WAHIDA BINTI AB RAHMAN 3 203988 SITI MAZNAH BINTI ISMAIL
4 204164 NOR SHAFYZA ATIKA BINTI AHMAD SOBRI 5 204176 NURUL AIN BINTI MASRAN @ AHMAD 6 204182 NORATIKAH BINTI ZAINI
7 204362 MUHAMMAD HASRI BIN HASAN
8 204881 MOHAMAD HAFIZAN MAULA HAIRUL SALL 9 204897 AZHAR BIN OTHMAN
10 205179 SITI NOR AINI BINTI MOHD.NASIR 11 205242 MOHD ZAIRIL RAFIZI BIN ABD RAZAK 12 205305 NORAIDA BINTI YAHYA
46
13 205429 SYERIDA BINTI SUKERI
14 205467 AMALHAYATI SITI AESHAH BINTI MOHD ZUKI 15 205802 AZWAN BIN IBRAHIM
16 205872 MUHAMMAD ZAMRI BIN ALI 17 205907 AMINADZIRAH BINTI MD ISA 18 205922 SITI NUR IZZATI BINTI SOBRI
19 206004 SUHAIDATUHASMAVIYAH BINTI CHE OMAR 20 206157 MUHAMMAD ARIFF BIN YUSOF
21 206211 HAFIZAL FAHMI BIN MOHD LATIP 22 206322 NURULAIN BINTI ABD SAMAD
23 206449 SITI NORHAIDA BINTI MOHAMMAD DAUD 24 206456 SITI FATIMAH BINTI ZULKIFLI
25 206718 NOORNAIMAH BINTI JABAR 26 206772 AFEEFA BINTI SAIDAN
27 207277 MOHD AZWAN HANIFF BIN MEZAINI
28 207323 NURULHUDA RASHIDA BINTI ABDUL RAHMAN 29 207327 SITI NORAZILAH BINTI MAIL
30 207333 HAYATUN SYAMILA BINTI HAJI ABU BAKAR 31 207409 NORFADZLINA BINTI EDERIS
32 207465 NURUL FATIMAH BINTI MAMAT 33 207478 SITI NADIAH BINTI ABU KASIM 34 207487 NORHAZWANI BINTI MOHD HANAPI 35 207600 NORSYAZWANI BINTI KAMARUL ZAMAN
7.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH MASA AKTIVITI
17:15 ANGGOTA BERKUMPUL
47 KHAMIS 19:00 TIBA DI LOKASI/BINA PANGKALAN/SOLAT MAGRIB/MAKAN MALAM 21:00 MAJLIS PERASMIAN
LDK 1(ULANGKAJI KAWAD PILI BOMBA)
TARIKH MASA AKTIVITI
JUMAAT 05:30 BANGUN/SOLAT SUBUH/SENAMAN PAGI/SARAPAN PAGI 08:45 PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN 12:30 REHAT/MAKAN TENGAHARI/SOLAT JUMAAT 14:30 SAMBUNGAN PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN
15:30 PERTANDINGAN CONFINED SPACE RESCUE
18:00 REHAT UNTUK SOLAT ASAR/MAGHRIB/MAKAN
48
MALAM/ISYAK 21:00 POST MORTEM
23:59 SENANDUNG SEMALAM/SENTRI
TARIKH MASA AKTIVITI
SABTU 05:30 BANGUN/SOLAT SUBUH/SENAMAN PAGI/SARAPAN PAGI 08:45 LDK2 12:30 REHAT/PERSIAPAN PENUTUP/MAKAN TENGAHHARI SOLAT ZOHOR 14:00 MAJLIS PENUTUP 15:00 BERKEMAS/BERTOLAK BALIK KE UUM
49 8.0 ASPEK KEWANGAN
PENYATA ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Pendapatan:
Daripada pelajar RM25 x 35 orang = RM 875.00 Sumbangan pusat kokurikulum RM30 x 35 orang = RM 1050.00
Jumlah RM 1925.00
Perbelanjaan:
Sajian danj amuan
Sarapan pagi (RM2.50x35) (2 hari) = RM 175.00 Makan tengahhari (RM4.00x35) (2 hari) = RM 280.00
50
Makan malam (RM4.00x36) (2 hari) = RM 280.00 = RM 735.00 Cenderahati RM 200.00
Penginapan
Sewa tapak (RM8x35) (2 hari) = RM 560.00 RM 560.00
Lain-lain Aktiviti = RM 150.00 Peralatan kecemasan = RM 100.00 Kontegensi = RM 140.00 = RM 390.00 Jumlah RM 1885.00
51 9.0 ULASAN JURULATIH ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________. ... ... EN. MOHAMMAD NAWAWI BIN AHMAD
52 10.0 CATATAN PENYELARAS
Saya telah meneliti cadangan program ini dan menyokong / tidak menyokong program ini dilaksanakan Catatan: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________________________________. ………... ………. Cop dan tandatangan penyelaras Tarikh :
53 11.0 KELULUSAN PENGARAH PUSAT KO-K
Saya telah meneliti kertas program ini dan bersetuju / tidak bersetuju : 12.1: Program ini dilaksanakan seperti yang di pohon
12.2: Program ini dilaksanakan dengan syarat-syarat pindaan seperti berikut:
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________________________________
12.3: Meluluskan peruntukan daripada Pusat Kokurikulum sebanyak: Catatan :
54
………... ………. ENCIK AHMAD MUJAHID BIN ABD GHANI Tarikh : PENGARAH
PUSAT KOKURIKULUM
56
SISPA UUM SEM 4
BAB 9.0
57
PENGENALAN
Pertahanan Awam semester 4 di bawah Unit Pertolongan Cemas bersama-sama Unit Kor Mekanik dan Unit Kemahiran Hidup pada semester ini telah menjalani integrasi bertempat di Dewan Mu’adzam Shah (DMS), Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah menjalankan Majlis Perasmian Hari Kokurikulum Edisi Ke-5 peringkat UUM pada 30 Mac 2012 iaitu jatuh pada hari Jumaat jam tepat 8 a. m. Sempena Perasmian hari Kokurikulum ini, pihak UUM telah menjemput Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk merasmikan hari yang penuh bermakna ini.
Fokus UUM pada Hari Kokurikulum pada kali ini adalah ingin memperkasakan program kokurikulum bagi membangunkan bakat dan menyerlahkan lagi kemahiran insaniah dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, pihak UUM akan memberi penekanan terhadap aspek itu sama seperti kursus-kursus akademik lain dalam usaha melahirkan graduan yang memenuhi keperluan negara dan bersaing di pasaran kerja, kata Naib Canselor (NC) kami iaitu Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak. “Antara ciri-ciri kemahiran insaniah yang dimaksudkan seperti berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi efektif dan kolaborasi serta inovasi dan kreatif bekerja dalam kumpulan”. NC kami mengatakan lagi, ia boleh digerakkan melalui pendekatan kolaborasi, kaedah penyampaian yang berinovasi, khususnya dalam konteks pembelajaran dan pengajaran serta pengenalan kepada kursus-kursus kokurikulum baharu yang relevan dengan perkembangan semasa. “UUM bukan sahaja ingin melahirkan modal insan dan hanya untuk memenuhi keperluan industri, tetapi sebaliknya mempunyai bakat bagi membantu negara menghadapi persaingan dan menyumbang penyelesaian cabaran semasa dan akan datang.
“Usaha bersepadu pada semua peringkat amat penting memandangkan tahap pembelajaran dalam konteks kokurikulum perlu melangkaui bilik kuliah. Para jurulatih kokurikulum diharapkan dapat memaksimumkan potensi setiap mahasiswa semasa mereka berada di kampus,” ujarnya.
58
Beliau berkata, Pusat Kokurikulum juga boleh memulakan inovasi dengan memanfaatkan kedudukan strategik UUM sebagai universiti awam yang pertama memperkenalkan kursus kokurikulum berkredit.
Menurutnya, dengan cara itu, pusat itu akan muncul sebagai pelopor kepada penawaran modul-modul latihan kokurikulum yang terancang dan berstruktur sama ada bertaraf diploma atau sijil kemahiran kepada mahasiswa mahupun pihak-pihak luar yang berminat. “Diploma atau sijil yang bakal dikeluarkan nanti perlu diberi pengiktirafan agar ia setanding dengan sijil-sijil kemahiran lain di negara kita. Untuk itu, suka saya mencadangkan agar satu usaha kolaborasi pendidikan dapat dirintis antara Pusat Kokurikulum dengan institusi luar bagi tujuan tersebut,” katanya.
Gambar Tunku Puteri Intan Safinaz beramah mesra bersama mahasiswa Pertahanan Awam semester 4
59
SISPA UUM SEM 4
BAB 10.0
KAWAD
60
PENGENALAN
Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Asas dan panduan tataertib semasa peperangan atau semasa aman adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki melalui latihan secara berulang. Kawad adalah penting untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, tatatertib, cergas, dan taat kepada perintah ketua. Hal ini adalah kerana ahli-ahli dapat bekerjasama dalam kumpulan bagi mencapai objektif tugas yang hendak dilaksanakan. Melaui kawad juga kita dapat melihat tahap kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam sesuatu kumpulan itu.
JENIS-JENIS KAWAD
Kawad Statik Kawad Dinamik Kawad Asas Kawad Formasi -Melibatkan -Melibatkan pergerakan -Kawad Statik+dinamik -Kawad asas+bkn asas Pergerakan pergerakan berjalan,
Statik sahaja. henti dan sebagainya. Kawad Statik
Kawad statik merupakan asas kepada pelajaran kawad. Kawad statik penting untuk dipelajari kerana ia perkara asas dalam pembentukan disiplin kawad persendirian bagi setiap anggota kadet. Keseragaman dalam kawad kaki akan meperlihatkan tahap kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kumpulan.
Hukuman yang terlibat
1) Sedia 2) Senang diri
3) Sedia dari senang diri 4) Rehatkan diri
61
5) Berbaris dalam 3 barisan 6) Meluruskan barisan 7) Pusing ke kanan/kiri
8) Menghadap ke hadapan/belakang Kawad Dinamik
Kawad dinamik adalah penting untuk mempelajari kerana ia merupakan kesinambungan pelajaran kawad statik. Pergerakan kawad dinamik yang seragam akan memperlihatkan kerjasama yang tinggi dalam kumpulan.
Hukuman yang terlibat
1) Cepat jalan
2) Berhenti dari cepat jalan 3) Membelok
4) Perlahan jalan
5) Berhenti semasa perlahan jalan 6) Kehadapan hormat
7) Ke kanan hormat
8) Hormat selaku terima sijil/hadiah Kawad Asas
Kawas asas adalah gabungan antara kawad statik dan kawad dinamik. Kawas asas penting untuk mempelajari dan dipraktikkan dalam bentuk latihan ulangan kawad statik dan kawad dinamik. Pergerakan kawad statik dan dinamik yang baik akan menghasilkan kawad asas yang mantap.
62 Hukuman yang terlibat
1) Penuntut berbaris dalam 3 barisan 2) Paraskan skuad
3) Kawad statik 4) Kawad dinamik Kawad Formasi
Kawad formasi melibatkan pergerakan kawad asas dan juga bukan asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik. Kawad formasi dipelajari adalah untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik. Pergerakan kawad formasi yang menarik akan memberi kelebihan kepada pasukan yang bertanding.
Hukuman yang terlibat
1) Unsur gerak Keindahan gerak
Kekayaan gerak formasi 2) Unsur penghayatan
3) Unsur suara 4) Gerakan penutup KAWALAN KEHORMATAN
Kawalan kehormatan melibatkan perbarisan yang mempunyai protokol tertentu untuk majlis sambutan rasmi. Kawalan kohormatan dipelajari bertujuan untuk memberi hormat keistimewaan kepada tetamu kehormat dalam suatu majlis. Kawalan kehormat yang diadakan dalam suatu majlis sambutan kepada tetamu kehormat menunjukkan suatu penghormatan.
63
Jenis Kawalan Kehormatan
1) Kawalan kehormatan penuh 2) Kawalan kehormatan separuh 3) Kawalan darjat
64
RUJUKAN
Asas Kawad Kaki. (2011). Diakses pada 17 November 2011, daripada http://unitpendidikankhasmelaka.edu.my/attachments/article/96/MODUL%20KAW AD%20KAKI%20PERKHEMAHAN%20MOTIVASI%20PENDIDIKAN%20KHAS%202011.pd f