• Tidak ada hasil yang ditemukan

HASIL PEMBELAJARAN BIDANG ESTETIKA (KOMSAS) TINGKATAN 1

Dalam dokumen Aplikasi Kbat Dalam Komsas (Halaman 30-51)

1.6.1 Puisi (tradisional dan sajak); i. Maksud keseluruhan/ ikut rangkap ii. Tema

iii. Persoalan

iv. Perkara menarik dalam karya v. Jenis

vi. Ciri vii. Bentuk

viii. Gaya/ unsur bahasa ix. Laras bahasa

x. Unsur bunyi xi. Nada

xii. Nilai

xiii. Pengajaran

xiv. Penghasilan karya puisi xv. Mengedit karya puisi

( Bagi Puisi naratif;

xvi. Pemikiran/ Idea keseluruhan/ urutan peristiwa xvii. Watak dan perwatakan

xviii. Latar xix. Plot

1.6.2 Prosa (prosa tradisional, cerpen, novel, drama) i. Jenis

ii. Ciri

iii. Perkara menarik dalam karya iv. Idea keseluruhan, urutan peristiwa

v. Tema, Pemikiran vi. Persoalan

vii. Watak dan perwatakan viii. Latar

ix. Plot

x. Sudut pandangan xi. Gaya/ unsur bahasa xii. Laras bahasa

xiii. Nilai

xiv. Pengajaran

xv. Penghasilan karya prosa dan skrip drama xvi. Mengedit karya prosa dan skrip drama

UNIT 2 PUISI TRADISIONAL

2.1 Objektif

Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yang berikut :

tradisional yang lebih mantap dan berkesan.

Mencari kaedah yang lebih praktikal untuk menarik minat guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas agar mata pelajaran ini dianggap penting untuk membina jati diri dan negara bangsa.

Membina bahan pengajaran dan pembelajaran puisi tradisional yang sesuai (dalam bentuk model dan modul) untuk kegunaan guru dan pelajar.

2.2 Definisi

Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap (Za’ba, 1962) atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika (Harun Mat Piah, 1989:2). Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.

2.3 Ciri-ciri

Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut :

(i) Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.

(iii) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi.

(iv) Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi

jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.

(v) Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap

atau beberapa baris seuntai.

(vi) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional.

(vii) Binaannya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya.

(viii) Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan, keramaian, ritual, keagamaan, dan sebagainya.

(ix) Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan

adat istiadat, misalnya adat perpatih.

(x) Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan

perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati.

2.4 Jenis-jenis

Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair gurindam, dan seloka.

2.4.1 Pantun

Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian (Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56), asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen,

bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila’. Dalam kesusasteraan Melayu, istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya, ‘tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak juga’.

Ciri-ciri Pantun

Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya :

(i) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea.

(ii) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat. Namun pantun yang popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat kerat.

(iii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan.

(iv) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.

(v) Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan, iaitu ab;ab.

Ada juga skema rima yang sama, iaitu aa;aa .

(vi) Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia.

(vii) Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.

(viii) Penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai, dan tanggapan masyarakat

setempat.

(ix) Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang

Jenis-jenis Pantun

Pantun terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan bentuk, isi, fungsi dan penyebarannya. Berdasarkan bentuk, pantun diklasifikasikan kepada pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan dua belas kerat.

Contoh pantun dua kerat :

Emas perak tembaga suasa,

Malas bergerak tiada merasa. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 5)

Contoh pantun empat kerat :

Kemumu di tengah pekan,

Dihembus angin jatuh ke bawah; Ilmu yang tidak diamalkan

Bagai pohon tiada berbuah. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6)

Contoh pantun enam kerat :

Penakik pisau raut,

Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut,

Sekepal dijadikan gunung,

Alam terbentang dijadikan guru. (Kerusi, hlm. 3)

Contoh pantun lapan kerat :

Sarang merbah di celah dahan,

Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa,

Tampak dari tanah seberang;

Bersyukur aku kepada tuhan,

Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa,

Harap pada kasihan orang. (Kerusi, hlm. 4)

Berdasarkan isi, (tema dan persoalan) pantun dibahagikan kepada pantun budi, kanak-kanak, perpisahan, hiburan, teka-teki, nasib, peribahasa, kiasan, agama dan berjhimat

cermat.

Contoh pantun budi : Anak ikan berlima-lima

Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima,

Sebagai hutang seribu tahun.

(Harga Remaja, hlm. 5)

Contoh pantun kanak-kanak :

Jangan gergaji pokok talas,

Nanti lesung dimakan pahat; Jangan menjadi orang malas,

Perut kosong badan tak sihat. (Sehiijau Warna Daun, hlm. 5)

Contoh pantun perpisahan :

Hari ini menugal jagung,

Hari esok menugal jelai; Hari ini kita berkampung,

Hari esok kita bercerai. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 4)

Contoh pantun hiburan :

Dari Melaka pergi ke Pahang,

Singgah di Johor beli berangan; Kami mengucap selamat datang,

Apa yang kurang dikeji jangan. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 6)

Contoh pantun teka teki :

Burung nuri burung dara,

Terbang ke sis taman kayangan; Cubalah cari wahai saudara,

Contoh pantun nasib :

Seri Mersing lagu Melayu,

Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu,

Mengenang nasib dagang piatu. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 4)

Contoh pantun peribahasa :

Buat bangsal di Pulau Daik,

Menahan taut sambil mengilau; Kalau asal benih yang baik,

Jatuh ke laut menjadi pulau. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 5)

Contoh pantun kiasan :

Tebang gelam tebang kenanga,

Batang tumbuh menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga,

Bunga kembang di puncak gunung. (Anak Laut,

hlm. 4)

Contoh pantun agama:

Pohon di kebun habis berbuah,

Disambut masak buah rembege; Mohonkan ampun dosa yang sudah,

Hendak masuk dalam syurga. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6)

Contoh pantun berjimat cermat:

Pergi ke belukar memasang pikat,

Pulangnya lewat di hujung petang; Jikalau sentiasa berjimat cermat,

2.4.2 Syair

Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha’r yang bererti penyair, pengarang, atau penyajak. Istilah ini berkembang dalam berbagai bahasa Nusantara seperti sa’e, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.

Ciri-ciri Syair

Syair mempunyai beberapa ciri, antaranya:

(i) Empat baris serangkap.

(ii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku.

(iii) Tergolong dalam jenis puisi kata.

(iv) Skema rima hujungnya sama, iaitu aa;aa.

(v) Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap

berkenaan tidak dapat berdiri sendiri.

(vi) Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda.

(vii) Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.

(viii) Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.

Ada kepada suatau hari, Sakit saudagar laki isteri; Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri. Saudagar tahu akan dirinya,

Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya,

Dicium kepala dengan tangisnya. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 10)

Jenis-jenis Syair

Pada umumnya, jenis syair adalah berdasarkan isi, tema, pemikiran, persoalan atau mesej yang hendak disampaikan. Contohnya seperti yang berikut:

Syair cerita : Syair Badrul Zaman, Syair Ken Tambuhan, Syair Nur Alam Shah Lela

Putera, Syair Yatim Nestapa, Syair Pembunuhan Angreni, dan Syair Dandan Setia Intan Terpilih

Syair nasihat : Syair Menyambut Pelajaran, Syair Mungkir Janji, dan Syair

Pesanan Ibu

Syair semangat patriotik : Syair Tenaga Pemuda

Syair alam sekitar : Syair Cintai Alam Sekitar

Syair kiasan : Syair Jong Pecah

Syair ilmu : Syair Kelebihan Ilmu

Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah

diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris

serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a; a. Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Ciri-ciri Gurindam

Gurindam mempunyai beberapa ciri, antaranya:

(i) Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku

kata dalam setiap baris adalah tidak tetap.

(ii) Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan.

(iii) Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap.

(iv) Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a.

(v) Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi dalam perkataan yang digunakan.

(vi) Ada kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau syair.

(vii) Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan

jawab atau anak kalimat (baris kedua).

(viii) Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi

pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.

Jenis-jenis gurindam

Gurindam dapat dijeniskan berdasarkan bentuknya. Terdapat dua jenis gurindam, iaitu gurindam berbentuk bebas (tidak terikat) dan gurindam berbentuk terikat.

Contoh gurindam berbentuk bebas :

Awak tua bandar terbuka, Emas habis, dagangan mudah, Kerbau kambing sesak di padang, Itik angsa tenang di kuala,

Merpati lindungan langit, Rengkiang tujuh sejanjar; Taman dengan sekerat kota, Emas perak penuh di rumah, Tangga rumah emas bertuang, Ibu tangga emas bertitik, Batuan sawa mengulur; Penuh sesak hamba sahaya, Ada yang empat senama, Ada yang lima senama,

Dilaung di rumah di tanah menyahut,

Dilaung di tanah di rumah menyahut. (Hikayat Malim Deman, hlm. 2)

Contoh gurindam berbentuk terikat :

Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tipa seteru. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawa.

Pilih segala orang setiawan. (Harga Remaja, hlm. 11)

2.4.4 Seloka

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.

pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya

mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan.

Ciri-ciri Seloka

Seloka mempunyai beberapa ciri, antaranya:

(i) Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.

(ii) Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat).

(iii) Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.

(iv) Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.

(v) Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

Jenis-jenis Seloka

Seloka dijeniskan berdasarkan bentuknya, iaitu seloka bebas dan seloka terikat. Contoh seloka bebas :

Seloka Emak Si Randang

Baik budi emak si randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan,

Anak dipangku diletakkan, Kera di hutan disusui,

Dagang pergi awak terhutan,

Beras habis padi tak jadi. (Harga Remaja, hlm. 12)

Buah pinang buah belimbing,

Ketiga dengan si buah mangga;

Sungguh senang berbini sumbing,

Walau marah ketawa juga. (Warisan Puisi Melayu, hlm. 67)

Dapatlah dirumuskan bahawa puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka adalah pancaran nilai dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional. Selain itu, terdapat juga jenis-jenis puisi tradisional seperti Ruba’i, teromba, mantera, nazam, ghazal, dan masnawi yang turut berperanan memancarkan nilai estetika dan pemikiran masyarakat melayu. Bentuk dan isi pemikirannya bukan sahaja berguna dalam konteks zamannya malah releven untuk setiap masa, ruang dan latar masyarakat Melayu atau Malaysia hari ini.

2.5 Aspek Asas Puisi Tradisional

Puisi sama ada puisi tradisional atau moden (sajak) terbina daripada kesatuan kata, makna, dan rasa sesuatu objek hasil pengamatan, penyaringan dan pemberian makna terhadap objek, perlakuan manusia dan alam sekeliling dalam bentuk kreatif-imaginatif. Penyair mencipta kata (yang disaring dengan teliti daripada puluhan kata asas) bagi menzahirkan erti yang bermakna dengan kelunakan rasa batin. Sementara pembaca (yang aktif) dituntut untuk berdialog dengan teks dalam suatu proses membongkar kod kata secara semiosis dan semiotik, justeru akhirnya dapat menikmati keindahan puisi berkenaan. Aspek dasar puisi tradisional dan moden (sajak) merangkumi medan makna (isi), medan kata (bahasa) dan medan rasa (teknik).

2.5.1 Medan Makna (Isi)

Medan Makna merujuk kepada perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi.

Maksud (Isi):

Gambaran idea yang terkandung dalam puisi.

Tema:

Inti atau isi pokok idea yang hendak disampaikan penyair.

Persoalan:

Isi kecil atau isi sampingan yang membentuk idea puisi.

Perutusan/amanat dan pengajaran/mesej:

Gagasan nilai dalam idea puisi.

Sikap dan perasaan:

Penggunaan diksi atau ungkapan yang menggambarkan kesan emosi dan pemikiran penyair sewaktu menghasilkan puisi.

Unsur/ nilai murni:

Pemahaman nilai dan norma kehidupan untuk diteladani dan digunakan secara bijaksana.

Sejarah genre:

Pemahaman latar belakang perkembangan puisi

Biodata penyair:

Pengetahuan tentang penyair; sejarah hidup, pengalaman, sumbangan dan himpunan karyanya untuk membantu pembaca lebih memahami karya serta menanamkan minat terhadap sastera.

Penghasilan karya:

Penghasilan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsip penulisan kreatif.

2.5.2 Medan Kata (Bahasa)

Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa dalam sesebuah puisi (lihat juga Lampiran 2.22).

Diksi:

Pemilihan dan penggunaan kata khusus atau kata khas secara puitis yang ditulis secara sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai dari aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan. Contoh: “berkelipan bintang

kejora”.

Imej/citra alam:

Gambaran bentuk atau objek alam yang tergambar dalam fikiran, diciptakan atau digambarkan untuk menyatakan satu pengertian perasaan. Memindahkan pengertian konkrit kepada satu pengertian abstrak dengan menggunakan objek alam bagi menggambarkan kesan rasa dan makna. Contoh: bulan, laut, bunga kemboja, selasih, rama-rama, dan

undan.

Kiasan:

Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan atau membandingkan sifatnya dengan sesuatu yang lain agar pernyataan menjadi lebih jelas dan memberi kesan serta makna khusus. Mungkin dalam bentuk bandingan atau tanpa bandingan.

Contoh: pahit bagai hempedu, tinggi menggalah.

Bunyi (rima, aliterasi, asonansi, rentak, jeda):

Aspek muzik bahasa atau muzik kata dalam puisi.

Persamaan gugus kata dari segi vokal atau konsanan yang timbul pada awal, tengah dan pada hujung baris puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan pada susunan perkataan dalam sebaris puisi dikenali sebagai rima dalaman. Contoh, “sekuntum bunga biru”. (rima dalaman u : asonansi).

Pengulangan bunyi vokal dan konsonan pada perkataan hujung susunan baris-baris puisi dikenali rima luaran. Contoh:

Sekuntum bunga biru yang luruh di penjuru itu adalah seorang aku yang merinduimu.

(rima luaran sama : a;a;a;a)

Aliterasi:

Pengulangan bunyi konsonan pada awal kata atau bunyi vokal yang berturut-turut atau pengulangan perkataan atau suku kata yang berhampiran. Pengulangan itu terdapat dalam rentetan kata atau dalam satu-satu baris puisi. Contoh :

Kalau anak pergi ke pekan , Yu beli belanak pun beli

(pengulangan bunyi konsonan k dan b).

Asonansi:

Persamaan bunyi antara vokal yang diikuti oleh konsonan yang berbeza dalam dua atau lebih suku kata yang ditekankan. Contoh:

Melangkah gadis menahan denyutan

Rentak:

Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat suara sewaktu melafazkan puisi. Rentak dipengaruhi oleh susunan kata dan

susunan baris puisi, dan memberi kesan perasaan terhadap suara pembaca.

Jeda:

Titik perhentian seketika, dan peralihan nafas sewaktu melafazkan puisi. Berguna untuk menimbulkan kesan tumpuan dan imaginasi terhadap bahasa dan muzik kata. Ditandai dengan ( , ) atau ( ; ). Contoh:

Kalau nak gugur, gugurlah nangka, Jangan menimpa, si ranting pauh; Kalau nak tidur, tidurlah mata,

Jangan mengenang, orang yang jauh.

Simile:

Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara langsung. Menggunakan perkataan bandingan, misalnya ‘seperti, bagai, laksana , bak’. Contoh:

berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

Metafora:

terdapat kesamaan. Metafora tidak menggunakan perkataan bandingan tetapi menggunakan kata ‘adalah’. Contoh:

laut adalah guru, tak pernah jemu mengajarku.

Personifikasi:

Kiasan yang memberikan sifat manusia (perasaan, perwatakan, tindak tanduk) kepada objek, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak. Contoh : bulan tersenyum rawan, damai melambai senja.

Hiperbola:

Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan. Digunakan untuk menguatkan kesan makna. Contoh : perahu lilin layar kertas, sanggup

seberangi lautan api. Singkof:

Singkatan kata. Untuk mempercepatkan rentak bahasa atau merendahkan perasaan atau emosi. Contoh : ku, mu, tak, dah.

Inversi:

Pembalikan kata untuk menguatkan kesan rasa terhadap objek. Contoh: di hitam awan (sepatutnya di awan hitam).

Anafora:

Ulangan perkataan atau rangkai kata pada awal dua atau lebih baris- baris yang berturutan. Contoh:

aku

sayang padamu camar

Epifora:

Ulangan perkataan atau rangkai kata pada akhir dua atau lebih baris-baris berturutan. Contoh:

sekuntum bunga biru sehampar laut biru

Imejan:

Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek atau perlakuan yang membentuk simbol, lambang atau kod untuk menggambarkan sikap dan perasaan penyair. Contoh:

segar angin laut/ mengembalikan rindunya pada kolek / bagai buih

kecil terapung di laut/ menjaring sedikit rezeki/ (angin laut, kolek, buih kecil, jaring ialah imej yang melambangkan kemiskinan).

Nada:

Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya. Mungkin bercorak romantis, melankolis, patriotis, sinis dan lain-lain. Dalam puisi, nada lahir daripada gabungan atau variasi unsur diksi, rima, aliterasi, asonansi, imejan dan simbol. Contohnya, sajak “Keindahan Yang Hilang” (Kerusi, hlm. 15) bernada sedih dan melankolis.

2.5.3 Medan Rasa (Teknik)

Aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.

Bentuk:

Susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skema rima dan pembahagian unit (misalnya pembayang dan maksud bagi pantun).

Struktur atau binaan:

Susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud dalam pantun, serta perkaitan antara anak kalimat dengan induk kalimat dalam gurindam dan seloka.

Timbangan (suku kata, kata, baris, rangkap, visual, skema rima):

Ciri dan sifat yang menentukan keharmonisan pengucapan kata atau bahasa puisi.

Ciri dan sifat: Aspek khusus yang menjelaskan puisi yang berlainan. Biasanya dilihat dari

aspek bentuk, bahasa, isi dan fungsi.

Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi dengan

puisi yang lain dari aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.

UNIT 3

PUISI MODEN (SAJAK)

Dalam dokumen Aplikasi Kbat Dalam Komsas (Halaman 30-51)

Dokumen terkait