• Tidak ada hasil yang ditemukan

Plot atau Struktur Dramatik

Dalam dokumen Aplikasi Kbat Dalam Komsas (Halaman 103-114)

WATAK DAN PERWATAK

PLOT/STRUKTUR DRAMATIK

7.5.5 Plot atau Struktur Dramatik

Plot atau struktur dramatik dalam sesebuah drama terbina melalui dialog dan gambaran aksi setiap watak. Bahasa juga menjadi elemen penting dalam menentukan perkembangan cerita atau senario dalam sesebuah drama. Drama dibangunkan dengan konflik, jika tidak ada konflik, sesebuah drama itu akan menjadi hambar dan boleh diumpamakan sebagai satu pengisahan sahaja. Jadi, konflik memainkan peranan utama dalam membangunkan sesebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan, suatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan sehingga kepada peleraiannya. Sebaik-baik peleraian cerita adalah sesuatu yang di luar jangkaan pembaca atau penonton. Dalam drama diwujudkan masalah dan penulis akan memberikan jalan penyelesaian masalah pada akhir ceritanya. Ada juga drama yang membiarkan penyelesaian masalah itu ditentukan oleh pembaca atau penonton. Sebuah drama yang baik akan mengelakkan antiklimaks atau penyelesaian yang boleh diduga oleh pembaca atau penonton. Penulis drama yang bijak akan mengekalkan unsur suspens atau perasaan ingin tahu pembaca atau penonton.

Babak

Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam satu latar tempat dan masa. Jika berlaku pertukaran latar masa dan latar tempat, maka berlakulah perubahan babak.

Adegan

Pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam latar tempat yang sama tetapi masa yang berbeza.

Episod

Peristiwa yang lengkap dan boleh berdiri sendiri, biasanya digunakan dalam drama bersiri televisyen. Istilah episod amat jarang digunakan dalam drama pentas atau teater.

Dalam sesebuah skrip drama juga terdapat prolog dan epilog. Prolog ialah unsur penceritaan naratif (boleh juga dalam bentuk puisi atau dialog yang memperkenalkan watak) yang disediakan pada awal skrip bagi memperkenalkan sesuatu situasi atau watak atau pengenalan cerita. Dalam sesebuah pementasan, prolog boleh berbentuk suara latar dan kadang kala disampaikan sebelum tirai dibuka. Epilog pula disampaikan pada bahagian akhir cerita sebagai penutup drama.

7.5.6 Gaya Bahasa

Gaya bahasa merupakan elemen penting dalam drama. Oleh sebab drama dibina dengan dialog dan pelbagai aksi watak yang diwujudkan oleh penulis, bahasa menjadi wahana kepada pemikiran dan pemangkin tumpuan pembaca. Sebuah drama yang baik biasanya menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan berkesan untuk menyampaikan mesej. Gaya bahasa juga menjadi aspek yang mempengaruhi mood atau menentukan cepat atau lambatnya (tempo) perjalanan skrip. Jika bahasanya meleret dan terlalu sukar difahami, akan menyebabkan pembaca bosan dan hilang tumpuan. Dalam sesebuah pementasan, jika mood drama terlalu lembab, penonton akan menjadi bosan. Drama yang baik biasanya menyediakan gaya bahasa yang menepati latar zaman, masa, masyarakat dan tempatnya, terutama bagi skrip drama beraliran realisme. Pemilihan diksi , ayat dan unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca atau penonton menikmati sesebuah skrip drama.

KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUT

DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PRO FORMA

Nama Kursus Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam PdP Komsas

Kredit Topik 4. Kaedah KBAT dalam P-P Komsas

Jam Interaksi 10 jam

Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Tempoh Kursus 40 jam/ 5 hari

Hasil

Pembelajaran:

i. Memantapkan pengetahuan aspek tatabahasa Bahasa Melayu

terkini dalam kalangan guru Bahasa Melayu;

ii. Menikmati keindahan (estetika) bahasa Melayu yang

digunakan dalam karya sastera Komsas;

iii. Menjelaskan konsep apresiasi karya sastera Komsas dengan tepat dan betul;

iv. Menjelaskan konsep ilmu, pemikiran dan kemahiran apresiasiatif sastera Komsas dengan betul;

v. Mengaplikasikan ilmu dan maklumat pemikiran sastera

Komsas bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara inovatif dengan menggunakan peta pemikiran i-think / kemahiran berfikir aras tinggi;

vi. Menghasilkan produk dan portfolio pengajaran Bahasa

Melayu dengan menggunakan bahan sastera untuk dilaksanakan di sekolah; dan

vii. Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti

kursus.

kaedah KBAT menggunakan Peta Pemikiran i-Think dalam

memahami karya sastera Komsas dengan menggunakan pelbagai alat kemahiran berfikir seperti Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir, Peta Titian, Bingkai Rujukan.

Tajuk Kandungan Jam

Kaedah KBAT dalam P-P Komsas BM

Aplikasi Kaedah KBAT dalam P-P Komsas BM dengan menggunakan pelbagai alatan kemahiran berfikir i-think;

Aplikasi dan penghayatan teks Prosa;

o Peta Bulatan

o Peta Buih

o Peta Buih Berganda

o Peta Pokok

Aplikasi dan penghayatan teks Puisi;

o Peta Dakap o Peta Alir

o Peta Pelbagai Alir o Peta Titian o Bingkai Rujukan 4 ½ 5 ½ Jumlah 11 jam

Tajuk Kandungan Jam

PENILAIAN

RUJUKAN

Kerja Kursus 100%

Dr.Fatimah Busu, 2003. Memupuk Bakat & Minat

Penulisan Kreatif – Teori dan Proses. Bentong; PTS

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Lim Swee Tin, 2003. Dinamika Kreatif Penulisan

Sajak. Shah Alam; Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya; Fajar bakti Sdn. Bhd.

Tajuk Kandungan Jam

BACAAN

PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Prof.Madya Dr.Ishak Ramly, 2003. Teknik Mengajar

Sastera. Bentong; PTS Publications & Distributors

Sdn.Bhd.

Som Hj.Omar, Mohd. Dahalan Mohd.Ramli. 1998.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK).

Petaling Jaya; Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Kasut Kelopak

Jantung (Teks Komsas Tingkatan 1). Kuala Lumpur;

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja (Teks Komsas Tingkatan 4). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000. Kerusi (Teks Komsas Tingkatan 5). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nota :

LATAR BELAKANG i-THINK

Memupuk Minda Masa Depan

Agenda Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memacukan dan memperkukuh kemajuan Malaysia dengan mempercepat budaya inovasi.

Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.

Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi maklumat, selain daripada menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu bapa dan murid agar seiring dengan kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantas.

Akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti akan memastikan masa depan yang progresif untuk Malaysia dan turut mengambil kira bidang-bidang yang sukar dicapai. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, inisiatif baru dipertingkat melalui kitaran hayat pembangunan pendidikan yang menyeluruh, daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas dan pendidikan tertiari sehingga ke pendidikan semasa bekerja. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menyediakan pelan hala tuju dengan objektif terperinci, hasil dan tindakan untuk menangani cabaran tersebut dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disediakan kepada semua.

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.

Untuk mencapai matlamat ini, KPM dan AIM telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK.

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid sekolah.

i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Cabaran kita, sistem yang berasaskan peperiksaan memberi tekanan kepada murid dalam menghafal dan mengimbau fakta-fakta. Walaupun ini membantu murid menimba ilmu pengetahuan, mereka kini perlu mengambil langkah seterusnya dan membangunkan kemahiran bagi menggunakan pengetahuan tersebut untuk membolehkan mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah.

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bahkan juga belajar bekerja secara kolaboratif. Dengan alat pemikiran ini, pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Lapan Peta Pemikiran i-THINK (Proses Pemikiran) adalah alat berfikir visual yang memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.

Digunakan merentasi pelbagai mata pelajaran dan pelbagai tahap, proses pemikiran ini akan menjadi satu cara lazim untuk murid, guru dan ibu bapa supaya menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea-idea baharu bersama-sama. Melalui penggunaan berterusan, Peta Pemikiran akan menjadi kebiasaan kepada murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

• peta bulatan – mendefinisikan mengikut konteks. • peta buih – menerangkan.

• peta buih berganda – membanding beza. • peta pokok – membuat pengelasan.

• peta dakap – hubungan seluruh bahagian. • peta alir – urutan.

• peta pelbagai alir – sebab dan akibat.

• peta titi – analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan) 1. Peta Bulatan

Mendefinasikan mengikut konteks. Peta Bulatan membantu aktiviti sumbangsaran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka. Sebagai contoh, jika mahu berkongsi idea tentang sistem suria, tulis perkara yang muncul dalam fikiran dalam lingkungan bulatan luar.

2. Peta Buih

Menerangkan. Peta Buih membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh menerang dan memahami sesuatu dengan lebih baik. Sebagai contoh, jika mahu memahami

tumbuhan Rafflesia dengan lebih baik, senaraikan kata adjektif yang menerangkannya dalam bulatan-bulatan yang berada disekitar.

3. Peta Buih Berganda

Membanding beza. Peta Buih Berganda membantu menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau supaya dapat membezakan kedua-duanya dengan membanding dan membeza. Sebagai contoh, jika mahu membandingkan kapal terbang dan kereta api, senaraikan antara kedua-dua jenis sistem pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di tengah manakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.

4. Peta Pokok

Membuat pengelasan. Peta Pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh. Sebagai contoh, jika mahu menyusun senarai makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang sama dalam kumpulan yang sama dan labelkan kumpulan-kumpulan tersebut.

5. Peta Dakap

Hubungan seluruh bahagian. Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi. Sebagai contoh, jika mahu memahami peta dunia, senaraikan semua benua dan seterusnya negara-negara di setiap benua.

6. Peta Alir

Urutan. Peta Alir membantu menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam sesuatu proses supaya dapat memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu. Sebagai contoh, jika ingin tahu langkah-langkah untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkah-langkah yang perlu diambil dan susun dalam urutan yang harus diikuti.

7. Peta Pelbagai Alir

Sebab dan akibat. Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya. Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kesan-kesan kerosakan gigi dan sebab perkara ini berlaku, senaraikan perkara-perkara yang

menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan kesan kerosakan gigi di sebelah kanan.

8. Peta Titi

Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan). Peta Titi membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lainsupaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa (analogi). Sebagai contoh, jika ingin mengetahui hubungan antara haiwan dengan anaknya, mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan dan anaknya, yang anda tahu, kemudian senaraikan pasangan-pasangan yang lain.

Program i-THINK adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.

Abjad ‘i’ – bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid.

Setiap masalah dapat diatasi dengan menggunakan alat yang sesuai. Senario ini juga berlakudi dalam bilik darjah. PdP memerlukan beberapa pendekatan yang berlainan untuk disesuaikan dengan tajuk dan tahap murid. Antara alat berfikir yang boleh digunakan adalah:

1. Edward De Bono Six Thinking Hats 2. Peta Minda (Tony Buzan)

3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa) 4. Analisis SWOT

5. Carta T 6. Carta Y

7. Diagram Lotus

8. Peta Pemikiran (Program i-THINK)

Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik.

Apa itu peta pemikiran?

Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran yang tersendiri. Penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran seperti dalam Jadual 1 berikut.

Jadual 1: Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran

1. Peta Bulatan

Proses Pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks.

Sumbang saran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks

2. Peta Buih

Proses Pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif.

Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Peta Buih Berganda

Proses Pemikiran: Banding beza. Membanding beza sesuatu

4. Peta Pokok

Proses Pemikiran: Membuat pengelasan. Mengklasifikasi bahan atau idea

Proses Pemikiran: Hubungan bahagian seluruh.

Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada

5. Peta Dakap bahagian kedua ialah bahagian utama.

6. Peta Alir

Proses Pemikiran: Urutan Membuat urutan

7. Peta Pelbagai Alir

Proses Pemikiran: Sebab dan akibat.

Menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.

8. Peta Titi

Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan. Mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Langkah Membina Peta Bulatan

1. Lukis sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut. 3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut. 4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan

dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbang saran).

5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik? 2. Bagaimana anda tahu bahawa ...?

3. Adakah anda tahu bahawa ...?

4. Bagaimana mendefinisikan / memperkenalkan idea / topik ini? 5. Apakah yang anda fikir tentang ...?

Cadangan penggunaan:

• meningkatkan kosa kata

• sumbang saran idea dalam penulisan • menguji pengetahuan sedia ada murid

• menguji pemahaman murid selepas pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci:

• konteks / senaraikan • jelaskan

• tuliskan semua yang anda tahu .... • sumbang saran

• kenal pasti

• kaitkan dengan pengetahuan sedia ada • meneroka makna / maklumat

Apakah benda-benda yang terdapat di dapur

BUKU BAPA

TEKO

Dalam dokumen Aplikasi Kbat Dalam Komsas (Halaman 103-114)

Dokumen terkait