• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pencerita Serba TahuP

Dalam dokumen Aplikasi Kbat Dalam Komsas (Halaman 88-102)

“dia” dan “mereka” atau “beliau”. Pencerita mungkin bersifat sebagai serba tahu, terbatas, atau objektif.

(a) Pencerita serba tahu (tidak terbatas)

Pencerita serba tahu boleh dilihat dalam novel Konserto Terakhir (karya Abdullah Husain). Pengarang sebagai pencerita menggunakan sudut pandangan orang ketiga pencerita serba tahu, dapat melihat dan mengetahui segala-galanya tentang apa yang difikirkan dan dilakukan oleh watak-watak seperti contoh petikan yang berikut:

…Di muka pintu tertegak seorang anak muda, lima kaki lima inci tingginya. Rambutnya sedikit ikal, anak matanya agak liar. Pakaiannya agak miskin dibuat daripada bahan kain yang murah. Seluarnya berkeredut dan bajunya sudah hilang warna asal. Dia tidak berkasut. Kasut getahnya telah ditanggalkan di muka pintu. Sebuah beg perjalanan yang sudah tidak bertali, di bawah ketiak kanannya. Berdetak hati guru itu dengan sangkaan bahawa anak muda itu orang jahat (hlm. 2).

Menerusi petikan di atas, jelaslah pengarang bebas menceritakan tentang perwatakan Hilmi. Pengarang menyelami perasaan atau fikiran guru muzik terhadap Hilmi, watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Selain watak Hilmi, pengarang juga menyelami perasaan dan fikiran watak-watak lain seperti Dr. Nathan, Datuk Johari, Datin Salmah, Encik Bakar, Mohsin, dan Mak Minah. Pengarang juga dapat menggambarkan keadaan latar tempat dan suasana di rumah Datuk Johari secara jelas (hlm. 9).

Rajah 6.6: Pencerita Serba Tahu P C B A * Pencerita (P) mengetahui segala perbuatan, perasaan dan fikiran setiap watak (A, B, C).

(b) Pencerita terbatas

Contoh penceritaan menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas boleh dilihat dalam novel Bukit Kepong karya Mohd. Ismail Sarbini. Pengarang dapat menggambarkan keadaan fizikal, perasaan dan fikiran Othman Yusof sebagai watak utama dalam novel ini. Gambaran watak ini ditonjolkan agak terperinci berbanding dengan gambaran terhadap watak-watak lain seperti Sarjan Jamil, Limah, Penghulu Ali Mustapha, OCPD J.J. Raj Jr, anggota polis yang lain dan pemimpin pengganas komunis yang digambarkan secara ringkas.

Rajah 6.7: Pencerita Terbatas

(c) Pencerita objektif

Contoh penceritaan menggunakan sudut pandangan orang ketiga objektif boleh dilihat dalam novel Bukit Kepong karya Mohd. Ismail Sarbini. Sudut pandangan ini digunakan pada bahagian awal cerita, iaitu menceritakan keadaan di Tanah Melayu ketika pengganas komunis mula melancarkan pelbagai serangan terhadap penduduk negara ini. Selain itu, pengarang turut menunjukkan aksi pengganas komunis yang menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

P

C B A * Pencerita objektif

disebut juga sebagai “laporan”, “dramatis” atau “pencerita hilang”. Pencerita (P) berada di luar cerita. Menggunakan ganti nama orang ketiga. Menggambarkan apa yang dilihat dan

P

A

B

C * Pencerita (P)

berada di luar cerita, tetapi memilih satu-satu watak tertentu (A) sebagai pusat mengisahkan cerita. Segala perbuatan, fikiran dan perasaan dapat digambarkan hanya bagi watak yang terpilih.

Rajah 6.8: Pencerita Objektif

6.5.5 Plot

Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot mengemukakan tentang aksi dan mengapakah aksi itu terjadi. Dalam hal ini, aksi yang ditunjukkan oleh watak akan berkembang dan berhubungan antara satu sama lain. Peristiwa dalam plot mungkin disusun secara kronologi (mengikut urutan) atau tidak kronologi (tidak mengikut urutan). Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Plot tidak kronologi ialah peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara peristiwa yang berlaku dahulu dikemudiankan. Contoh binaan plot adalah seperti dalam rajah yang berikut:

(suspens, konflik) (teknik) (watak, latar)

Rajah 6.10: Binaan Plot Novel

Permulaan

Pengarang memperkenalkan perkara-perkara utama yang akan diceritakan dalam novelnya seperti watak atau latar sesuatu peristiwa yang berlaku.

Perkembangan

Puncak Perumitan

Perkembangan

Cerita mula dikembangkan oleh pengarang dengan menggunakan pelbagai teknik untuk mempersembahkan cerita.

Perumitan

Pengarang memasukkan konflik (kekusutan) yang dialami oleh watak dalam cerita dan unsur suspens (perasaan tertanya-tanya) bagi menghidupkan cerita serta menarik pembaca agar terus membaca cerita tersebut.

Puncak

Bahagian ini merupakan saat ketegangan bagi konflik yang timbul. Biasanya segala peristiwa yang menjadi tanda tanya kepada pembaca akan terjawab.

Peleraian

Bahagian pengarang menyudahkan ceritanya. Segala kekusutan dalam cerita akan terlerai.

6.5.6 Teknik Plot

Teknik plot ialah cara plot dibina untuk mewujudkan cerita yang lebih menarik dan tidak membosankan. Antara teknik yang digunakan ialah:

Imbas kembali

Cara pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas semula melalui khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman watak.

Imbas muka

Unsur yang terdapat dalam karya yang membolehkan pembaca meramal atau menjangkakan tentang sesuatu yang akan berlaku dalam plot.

Pemerian

Pengarang menulis cerita dengan cara penceritaan dengan menggunakan pelbagai jenis ayat.

Suspens

Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

Kejutan

Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.

Percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih. Pengarang biasanya memasukkan dialog untuk menjadikan penceritaan lebih segar. Dialog menjadikan plot cerita lebih pantas berkembang dan lebih realistik. Melalui dialog antara watak dengan watak yang lain biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema, peristiwa, latar dan watak lain dalam ceritanya.

Monolog

Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau perasaan.

Interior Monolog (monolog dalaman)

Kata hati atau pengucapan batin seseorang watak. Teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog. Interior monolog biasanya wujud dalam aliran bawah sedar watak.

6.5.7 Watak dan Perwatakan

Watak ialah pelaku atau pelakon atau pemain peranan dalam sesebuah cereka. Watak tidak semestinya manusia, tetapi mungkin juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan atau unsur alam. Perwatakan ialah sifat-sifat fizikal (luaran) dan sifat-sifat dalaman (kejiwaan) watak yang positif dan negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak, peranan dan fizikal (sifat luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti cantik, dan berkulit putih). Pelukisan watak boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh pengarang, iaitu melalui aksi, tutur kata, atau pemikiran watak berkenaan.

Pembahagian watak terbahagi kepada dua, iaitu watak utama dan watak sampingan.

Watak utama

Watak yang memainkan peranan penting dan menggerakkan sesuatu cerita.

Watak sampingan

Watak yang menyokong atau membantu tindak tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita. Peranan watak ini lebih kecil daripada watak utama dalam cerita berkenaan.

Peranan watak dalam cerita terbahagi kepada dua, iaitu watak protagonis dan watak antagonis:

Watak Protagonis

Watak yang berperanan penting dalam sesebuah cerita.

Watak yang menghalang (menentang) peranan penting watak protagonis. Watak terbahagi kepada empat jenis, iaitu watak statik, bulat, pipih dan dinamik.

Rajah 6.11: Jenis-jenis Watak

6.5.8 Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah cara seseorang pengarang menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu karya mereka. Dalam penulisan karya kreatif, pengarang mempunyai gaya bahasa yang tersendiri untuk menyampaikan tema, persoalan, watak perwatakan, plot, latar serta sudut pandangan dalam sesebuah ceritanya. Kemahiran menggunakan gaya bahasa yang pelbagai akan memancarkan keindahan estetika dalam sesebuah karya di samping menonjolkan keperibadian penulis.

Gaya bahasa yang perlu diberi perhatian ialah diksi dan pembinaan ayat.

Diksi

Pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan tema dan persoalan, peristiwa, watak dan perwatakan dalam karya. Diksi juga merupakan bahasa daerah atau dialek, bahasa istana dan pengaruh bahasa asing yang digunakan dalam karya. Contoh:

Bahasa daerah atau dialek: “Sekali-sekalo jadi tauke bappa kedianya. JENIS-JENIS

WATAK

Bulat

Tidak sepenuhnya jahat/baik. Sifat kerap berubah.

Tindakannya sukar diramal.

Statik

Tidak mengalami perubahan.

Dinamik

Sentiasa mengalami perubahan sama ada dari segi psikologi atau aksi yang berlaku dalam plot.

Pipih

Dibentuk atas dasar baik/jahat sahaja. Watak sampingan.

Ore tok ke nak kena. Tauke ite, drebar pong ite” – (Konserto Terakhir, hlm. 71).

Bahasa istana: perkataan pacal, patik, tuanku dan baginda (Konserto

Terakhir, hlm. 7).

Bahasa asing (bahasa Inggeris): “…These mere ever quick in emulation

in good works; they used to call on Us in love and reverence, and humble themselves before Us.” (Al-Anbiyaa:90) (Julia, hlm. 27). Pembinaan ayat

Melibatkan penyusunan ayat, iaitu bagaimana pengarang menyusun ayat-ayat dalam cereka, sama ada ayat-ayat itu pendek, panjang, mudah atau kompleks. Penyusunan ayat termasuk juga aspek pengulangan sama ada frasa, perkataan atau ayat yang diulang. Contoh:

Ayat pendek – “Ada Hayati belikan.” “Oleh-oleh apa?” “Boneka menari.”

“Tapi itu kata kau untuk Mohsin?” “Untuk Mohsin ada juga.”

(Konserto Terakhir, hlm. 111).

Ayat panjang – Muhamad Jaafar menitiskan air mata bukan kerana kesakitan dan kecederaan yang dialaminya tetapi kerana dia tidak berupaya melindungi keluarganya dan tidak berdaya membantu pertahanan polis di samping tidak berupaya memujuk anak-anaknya yang sedang meratap ketakutan. (Bukit Kepong, hlm. 216 ).

Unsur-unsur yang terdapat dalam gaya bahasa adalah seperti berikut:

Bahasa Perbandingan

(a) Metafora

Dalam bahasa perbandingan, terdapat rumusan metafora, simile, personifikasi, hiperbola dan simbolik. Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara perbandingan terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat dan laksana. Metafora mengandungi perkataan yang bersifat konkrit (nyata) dan abstrak. Contoh:

…Bunga kemarahannya mulai menguntum lalu digoyang-goyangkan paip getahnya itu agak kuat. (Konserto Terakhir, hlm. 23).

(b) Simile – Bahasa yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan dengan menggunakan kata-kata seperti, bagai, macam, bak, umpama, laksana dan ibarat. Contoh:

…Dia bersiap-siap hendak mengambil wuduk untuk solat Subuh apabila mendengar bunyi tembakan awal yang bersahut-sahutan seperti bertih digoreng itu. (Bukit Kepong, hlm. 197)

(c) Personifikasi

Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan). Contoh:

Berek itu dicucuh dengan api. Api marak menjilat minyak tanah tadi dan terus memamah dinding dan lantai serta bumbung berek yang usang itu (“Bukit Kepong”, hlm. 283 ).

(d) Hiperbola

pernyataan yang agak melampau tentang sesuatu atau gaya bahasa perbandingan yang melampau atau membesar-besarkan sesuatu. Contoh:

Badan dan kepala bergoncang pada nisan itu. (“Di Hadapan

Pulau”, hlm. 77).

(e) Simbolik

Memindahkan sifat seseorang atau benda pada yang lain atau

menggambarkan sesuatu menggunakan benda lain (unsur alam, warna dan waktu) sebagai lambang.

Laut melambangkan kehidupan Putih melambangkan kesucian

Pagi melambangkan kehidupan baru

Kubur masih merah, baru sahaja meninggal dunia. (Julia, hlm. 85).

Bahasa Sindiran

Dalam bahasa sindiran, terdapat unsur sinis, iaitu sindiran atau ejekan. Contoh: Dunia hipokrit yang dangkal. (“Julia”, hlm. 7).

Dalam bahasa penegasan, terdapat unsur repitisi, anafora, dan inversi. (a)

Repitisi Pengulangan kata-kata dalam ayat. Contoh:

“Tetapi aku lupa bahawa aku sebenarnya miskin, miskin ilmu, miskin iman dan miskin segala-galanya.” (“Julia”, hlm. 47 ) (b) Anafora

Pengulangan perkataan atau ungkapan pada awal baris. Contoh:

Aku belum bersedia berpisah dengan adik-adikku.

Aku belum bersedia meninggalkan kawan-kawanku.

Aku belum bersedia menerima perubahan yang mendadak begini. (“Julia”, hlm. 1).

(c) Inversi

Kebalikan susunan kata dalam ayat. Contoh:

…Di muka pintu berdiri tertegak seorang anak muda… (Konserto Terakhir, hlm..2)

Jika ayat ini dianalisis dari segi tatabahasanya:

Subjek Predikat

Seorang anak muda berdiri (kata kerja) / tertegak / di muka pintu (adverba) (keterangan) Ayat ini sepatutnya “Seorang anak muda berdiri tertegak di muka pintu …”

Bahasa Pertentangan

Dalam bahasa pertentangan, terdapat unsur paradoks, sinkof, dan peribahasa. (a) Paradoks

Gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat. Satu keadaan atau suasana yang berlawanan. Contoh:

Hayati tersipu-sipu. Dia mulai tertarik dengan dua pupunya itu. Gerak gerinya kelihatan janggal, tetapi ada semacam daya penarik.

(b) Sinkof

Penyingkatan perkataan, iaitu Kakak (kak), dan tidak (tak). Contoh:

“Kak, kak pernah belajar menembak tak?” (Bukit Kepong, hlm. 53 ). (c) Peribahasa

Ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai

pengertian tertentu. Peribahasa biasanya mengandungi pengajaran, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa dan kiasan. Contoh:

“Mungkin Encik Bakar berasa serik untuk mengajarnya lagi, ataupun Encik Bakar menuduhnya hangat-hangat tahi ayam.” (Konserto Terakhir, hlm. 155).

Rajah 6.12: Pemakaian Bahasa Dalam Cereka Gaya Bahasa

Pemilihan Kata/diksi

Penyusunan

Ayat Unsur Imejan / citra

Dialog Dialek

Perbandingan

Pertentangan Penegasan Sindiran Bahasa asing /

Kata pinjaman

UNIT 7

DRAMA

7.1 Objektif

Unit ini disediakan untuk memenuhi tiga objektif pengajaran utama seperti yang berikut: • Memberikan pendedahan kepada peserta kursus Komsas tentang drama

(definisi, ciri dan elemen drama);

• Menjelaskan beberapa aspek dalam pengajaran dan pembelajaran teks drama sebagai satu komponen Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu;

• Memberikan beberapa saranan teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran drama dalam Komsas (khususnya dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, latar, plot, sinopsis dan gaya bahasa) dan perkaitannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kurikulum baru (semakan).

7.2 Definisi

Drama berasal daripada perkataan “dran” (bahasa Greek Kuno) yang bermaksud, “melakukan” atau “melakonkan” . Drama juga didefinisikan sebagai karangan yang berbentuk prosa dan puisi, yang menampilkan persoalan kehidupan dengan gerak. Drama boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan realiti kehidupan. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang sastera, drama mengandungi komposisi pelbagai seni seperti seni lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.

Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Baginya, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa.

Berbeza dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya untuk dibaca, tetapi akan lebih bermakna dan dihayati apabila dipentaskan. Kita boleh melihat drama daripada dua perspektif seperti gambar rajah yang berikut;

seni individu (Perlu digarap) pembaca untuk dibaca drama untuk

ditonton ton

tif

seni kolektif (sedia pentaskan)

Rajah 7.1: Drama sebagai naskhah bacaan, dan teater sebagai hasil pementasan.

(diubah suai daripada Guntur Tarigan 1989)

Berdasarkan Rajah 7.1, dapat dijelaskan bahawa drama sebagai sebuah naskhah manuskrip (hasil karya sastera) yang boleh dinikmati oleh individu secara bacaan untuk digarap dan dipentaskan. Skrip drama tersebut menjadi hasil seni penulis. Sebuah skrip drama berbeza dengan novel dan cerpen. Dalam novel dan cerpen, seorang pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang secara terperinci, manakala dalam sesebuah naskhah drama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang sesuatu situasi atau latar melalui dialog yang disampaikan.

Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama adalah ia digerakkan oleh dialog. Pengarang menyampaikan pemikiran atau sesuatu gagasan melalui dialog pelaku (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Pembaca harus membayangkan situasi yang diceritakan dalam imaginasi mereka. Sebuah karya drama yang baik dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran

pengarangnya melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu dan seumpamanya. Unsur ini juga menjadikan ceritanya lebih “suspens”

(ketegangan) dan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca.

Namun demikian, drama tidak selesai sebagai naskhah bacaan sahaja. Drama boleh menjadi satu hasil seni kolektif yang dinikmati bersama oleh sekumpulan penonton apabila dipentaskan. Pementasan inilah yang disebut teater. Sebuah teater yang dipentaskan akan menjadi satu hasil karya bersepadu (bersama) kerana sebuah pementasan perlu mengadunkan pelbagai seni seperti seni lakon, seni bina, seni muzik, seni tari, seni busana dan beberapa seni lain. Sebagai sebuah pementasan teater, sesebuah drama memerlukan ruang atau pentas untuk lakonan, set dan prop sebagai latar dan pelakon.

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa drama merupakan sebuah karya sastera dan seni persembahan yang menggabungkan pelbagai unsur seni. Drama boleh dibaca secara individu atau kolektif (beramai-ramai). Sebuah skrip drama yang ditulis dapat dinikmati secara pembacaan dan apabila dipentaskan sebagai teater, dapat dinikmati pula secara penglihatan/penghayatan oleh sekumpulan penonton .

Perbandingan antara drama sebagai naskhah/skrip dengan pementasan/teater dapat dilihat dalam rajah di bawah:

Naskhah bertulis skrip Pementasan (teater) Seni kolektif (gabungan pelbagai unsur seni – seni bina (latar / set), seni muzik (lagu), seni tari dan seni busana (rekaan pakaian/kostum) Untuk ditonton (Penonton kolektif) Penggunaan ruang/pentas Pelakon (pemain peranan) Seni individu (hasil seorang pengarang dan dinikmati oleh pembaca secara sendirian) Untuk dibaca Tidak memerlukan penggunaan ruang pentas dan ciri lain

Tiada pelakon

Drama sebagai skrip atau naskhah bacaan dinikmati secara individu dan tidak memerlukan ruang, pelakon dan bantuan seni lain, tetapi apabila dipentaskan, drama sebagai teater yang memerlukan ruang pentas, pelakon dan gabungan pelbagai seni lain dan dinikmati bersama atau secara kolektif.

Rajah 7.2: Perbezaan antara Skrip Drama dengan Pementasan Teater

7.3 Ciri-ciri

Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:

• Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah dan lebih bertujuan untuk dipentaskan.

• Naskah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.

• Kebiasaannya, drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan. Pengarang menyampaikan pemikirannya melalui dialog watak-watak tersebut.

• Konflik menjadi unsur penting dalam drama. Konflik juga menggerakkan plot, iaitu ciri penting dalam sesebuah skrip drama. Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak boleh dianggap sebuah drama, sebaliknya hanya sebuah sketsa sahaja.

• Gaya bahasa dalam drama biasanya mengikut latar masa dan latar masyarakat yang diwakilinya. Ini bagi memastikan drama tersebut benar-benar mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

7.4 Jenis-jenis

Drama terdiri daripada pelbagai jenis, namun empat jenis yang utama ialah:

• Tragedi : drama yang memaparkan kisah duka dan tragis. Wira atau pelakon utama digambarkan mengalami nasib malang dan diakhiri dengan tragedi.

• Komedi : drama yang bersifat lelucon dan menghiburkan. Drama yang memaparkan tema yang serius dalam bentuk lucu dan menggembirakan. Drama komedi biasanya bersifat menyindir masyarakat (komedi situasi) dan plotnya diakhiri dengan kepuasan hati penonton.

• Melodrama : drama yang bersifat sentimental dan ceritanya sering mendebarkan serta mengharukan. Drama begini biasanya menyentuh emosi penonton.

• Frasa: drama yang bersifat komedi murahan atau konyolan. Drama begini hanya mementingkan hiburan ringan dan murahan sahaja. Plot ceritanya longgar dan tidak ada wacana. Drama ini kurang diminati oleh penonton.

7.5 Komponen

Rajah 7.3: Komponen Drama

7.5.1 Pemikiran (Tema)

Pemikiran atau tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti cerita. Pemikiran atau tema hanya dapat ditentukan apabila sesebuah skrip itu selesai dibaca atau setelah sesebuah pementasan selesai ditonton. Pemikiran juga merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disalurkan melalui dialog dan aksi watak-watak yang memainkan peranan serta konflik yang ditimbulkan dalam cerita. Pemikiran atau tema ini diperjelaskan atau diperkukuhkan dengan persoalan atau isu kecil yang ditimbulkan dalam cerita.

7.5.2 Watak dan Perwatakan

Watak ialah peranan yang ditimbulkan oleh penulis dalam skripnya. Watak boleh Pemikiran (tema)

WATAK DAN

Dalam dokumen Aplikasi Kbat Dalam Komsas (Halaman 88-102)

Dokumen terkait