• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teknik Plot

Dalam dokumen Aplikasi Kbat Dalam Komsas (Halaman 77-82)

Rajah 5.7: Pencerita Objektif

5.5.6 Teknik Plot

Teknik plot ialah cara plot dibina untuk mewujudkan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Antara teknik yang digunakan adalah seperti yang berikut:

Teknik Penerangan

Imbas kembali Cara pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas semula melalui khayalan, dialog, manolog atau monolog dalaman watak.

Imbas muka Unsur yang terdapat dalam karya yang membolehkan pembaca meramal atau menjangkakan tentang sesuatu yang akan berlaku dalam plot.

Pemerian Pengarang menulis cerita dengan cara penceritaan menggunakan pelbagai jenis ayat.

Suspens Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

Kejutan Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.

Dialog Percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih. Pengarang biasanya memasukkan dialog untuk menjadikan penceritaan lebih segar. Dialog menjadikan plot cerita lebih pantas berkembang dan lebih realistik. Melalui dialog antara watak dengan watak yang lain biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema, peristiwa, latar dan watak lain dalam ceritanya.

Monolog Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau perasaan.

Interior Monolog (monolog dalaman)

Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog dan wujud dalam aliran bawah sedar watak.

5.5.7 Watak dan Perwatakan

Watak ialah pelaku, pelakon, atau pemain peranan dalam sesebuah cereka. Watak tidak semestinya manusia, tetapi mungkin juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan atau unsur alam. Perwatakan ialah sifat-sifat fizikal (luaran) dan sifat-sifat dalaman (kejiwaan) watak yang positif dan negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak, peranan dan fizikal (sifat luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti cantik, dan berkulit putih). Pelukisan watak boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh pengarang, iaitu melalui aksi, tutur kata atau pemikiran watak-watak berkenaan.

Watak terbahagi kepada dua, iaitu watak utama dan watak sampingan.

Watak Utama

Watak yang memainkan peranan penting dan menggerakkan sesuatu cerita.

Watak Sampingan

Watak yang menyokong atau membantu tindak tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita. Peranan watak ini lebih kecil daripada watak utama dalam cerita berkenaan.

Peranan watak dalam cerita terbahagi kepada dua, iaitu watak protagonis dan watak antagonis.

Watak Protagonis

Watak yang berperanan penting dalam sesebuah cerita.

Watak Antagonis

Watak yang menghalang peranan penting watak protagonis.

Watak terbahagi kepada empat jenis, iaitu watak statik, bulat, pipih dan dinamik. Carta jenis-jenis watak adalah seperti yang berikut:

JENIS-JENIS WATAK

Bulat

• Tidak sepenuhnya jahat/baik.

• Sifat kerap berubah. • Tindakannya sukar diramal. Statik • Tidak mengalami perubahan. Dinamik • Sentiasa mengalami perubahan sama ada dari segi psikologi atau aksi yang berlaku dalam plot.

Pipih

• Dibentuk atas dasar baik / jahat sahaja.

Rajah 5.9: Jenis-jenis Watak

5.5.8 Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah cara seseorang pengarang menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu karya mereka. Dalam penulisan karya kreatif, pengarang mempunyai gaya bahasa yang tersendiri untuk menyampaikan tema, persoalan, watak perwatakan, plot, latar serta sudut pandangan dalam sesebuah ceritanya. Kemahiran menggunakan gaya bahasa yang pelbagai akan memancarkan keindahan estetika dalam sesuatu karya di samping menonjolkan keperibadian penulis.

Gaya bahasa yang perlu diberi perhatian ialah diksi dan pembinaan ayat.

Diksi

Pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan tema dan persoalan, peristiwa, watak dan perwatakan dalam karya. Diksi juga meliputi bahasa daerah atau dialek, bahasa istana dan pengaruh bahasa asing yang digunakan dalam karya. Contoh:

Bahasa daerah atau dialek: Cengkuih, randuk (‘Ibu dan Ceper’, hlm. 102) Bahasa asing: “Happy Birthday to You” (‘Memori Seorang Tua, hlm. 111)

Pembinaan ayat

Melibatkan penyusunan ayat, iaitu bagaimana pengarang menyusun ayat-ayat dalam cereka sama ada ayat pendek, panjang, mudah atau kompleks. Penyusunan ayat termasuk juga aspek pengulangan sama ada frasa, perkataan atau ayat yang diulang.

Contoh:

• Ayat pendek – “Siapa?”

“Mei! Ada telefon” “Okey. Saya datang”

(Cerpen ‘Melissa’, halaman 166)

• Ayat panjang – ....“cinta yang paling tinggi ialah cinta kepada Allah, cinta kepada rasul-Nya, kemudian baru turun kepada cintakan bangsa dan tanh air. Hanya cinta-cinta itu yang boleh

membawa kita kepada sesuatu yang positif.

(Cerpen ‘Melissa’, halaman 157)

Unsur-unsur yang terdapat dalam gaya bahasa adalah seperti yang berikut:

Bahasa Perbandingan

Dalam Bahasa Perbandingan, terdapat unsur metafora, simile, personifikasi, hiperbola dan simbolik.

(a) Metafora

Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara perbandingan terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat dan laksana. Metafora mengandungi perkataan yang bersifat konkrit (nyata) dan abstrak. Contoh:

“Abang terlalu mengikut hati, atma, perasaan, jiwa, kalbu, garisah, naluri dan sebagainya, termmasuk nafsu! Sepatutnya abang yang memandu hati, bukan hati yang memandu abang!”

(Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, hlm 134) (b) Simile

Bahasa yang membandingkan dua benda yang berbeza terapi mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan dengan menggunakan kata-kata seperti, bagai, macam, bak, umpama, laksana dan ibarat. Contoh:

Rasa-rasanya seperti semua tumbuhan sedang berpesta-pora menyambut kedatangan hujan.

(Cerpen ‘Melissa’, Antologi Harga Remaja, hlm. 166)

(c) Personifikasi

Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan). Contoh:

Daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak

(Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, hlm. 139) ....surat-surat liar yang bertebaran...

(Cerpen ‘Melissa’, Antologi Harga Remaja, hlm. 162) (d) Hiperbola

Pernyataan yang agak melampau tentang sesuatu atau gaya bahasa perbandingan yang melampau atau membesar-besarkan sesuatu.

(e) Simbolik

menggambarkan sesuatu menggunakan benda lain (unsur alam, warna dan waktu) sebagai lambang. Contoh:

...lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah.

Bahasa Sindiran

Dalam bahasa Sindiran, terdapat unsur sinis, iaitu sindiran atau ejekan. Contoh: Bukankah abang satu-satunya pasangan berlatih terbaik buat Um pilih? (Cerpen ‘Pemain Catur’, Antologi Harga Remaja, halaman 144)

Bahasa Penegasan

Dalam bahasa penegasan, terdapat unsur repitisi, anafora, dan inversi. (a) Repitisi

Pengulangan kata-kata dalam ayat. Contoh: Makan tidak, minum tidak.

(Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, halaman 142) (b) Anafora

Pengulangan perkataan atau ungkapan pada awal baris. Contoh:

”...Kita sudah gaji dua orang doktor keluarga. Kita bayar berapa saja bil disuakan.”

(Cerpen Pemain Catur’, Antologi Harga Remaja, halaman 144) (c)

Inversi

Kebalikan susunan kata dalam ayat. Contoh:

“Di India, pada kurun ke-15 Masihi permainan ini disebut chaturanga.”

(Cerpen Pemain Catur’, Antologi Harga Remaja, halaman 145)

Bahasa Pertentangan

(a) Sinkof

Penyingkatan perkataan, seperti tak (tidak), sapa (siapa) dan sorang (seorang). Contoh:

“Pak, cantik tak?”

(Cerpen ‘Memori Seorang Tua’, Antologi Harga Remaja, hlm. 145)

(b) Peribahasa

Ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai pengertian tertentu. Peribahasa biasanya mengandungi pengajaran, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa dan kiasan. Contoh:

Sudah terhantuk baru terngadah

(Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, halaman 134)

(Cerpen ‘Israk’, Antologi Harga Remaja, halaman 137)

Dalam dokumen Aplikasi Kbat Dalam Komsas (Halaman 77-82)

Dokumen terkait