• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hutang jasa dikandung tanah, jasa baik dikenang jua

Dalam dokumen peribahasa (Halaman 23-33)

SPM 2012N Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Membaca jambatan Ilmu.

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Jawapan:

(i)

Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui

pembacaan.

(ii) sedikit-demi sedikit lama-lama berhasil juga.

(iii)

kata sepakat tercapai dengan

rundingan

/perbincangan/mesyuarat. SPM 2011N

nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut. (i) Pasangan yang sepadan

(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.

(iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal. Jawapan:

(i) bagai pinang dibelah dua

(ii) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

belut pulang ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk/ sirih pulang ke SPM 2010

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai _______(i)

Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana

Jawapan:

i. bagai aur dengan tebing

ii. usaha tangga kejayaan/di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/ yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang/ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

iii. muafakat membawa berkat/

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

SPM 2009

Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan

negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________ Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak banyaknya kerana

_________(iii)_________ Jawapan:

i. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

ii. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. iii. jauh berjalan luas pandangan/pemandangan. SPM 2008

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Bagai menatang minyak yang penuh

(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah Jawapan:

i. Mak Jah menjaga anak angkatnya bagai menatang minyak yang penuh kerana dia tidak mempunyai anak sendiri.

ii. Walaupun Ahmad hanya belajar di sekolah yang biasa, tetapi dia mampu mendapat semua A dalam peperiksaan SPM kerana benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

iii. Penduduk kampung itu sentiasa menghadapi susah senang bersama ibarat hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

SPM 2007 Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Bahasa Jiwa Bangsa

(ii) Bagai dakwat dengan kertas (iii) Seperti air dalam kolam Jawapan:

i. bahasa merupakan lambang keperibadian bangsa/bahasa identiti bangsa

ii. tidah pernah bercerai/suami isteri yang saling mencintai/tidak pernah bercerai/saling memerlukan/serasi/intim/akrab

iii. orang yang bersikap tenang/keadaan/suasana/situasi yang tenang SPMJ 2007

Orang yang lupa akan asal usulnya.

Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan.

Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Rahu rete

Berakit-rakit ke huluan, berenang-renang ke tepian; Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.

SPM 2006

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong. Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.

Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ____ (i)

Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah ________(ii)__________________

Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritika dengan lebih berkesan kerana

____________(iii)__________________ Jawapan:

i. Bahasa Menunjukkan Bangsa/Bahasa Jiwa Bangsa/Bahasa Melambangkan Bangsa

ii. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih iii. mata pena lebih tajam daripada mata pedang Soalan SPM 2005

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung

(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan. Mengukur

Jawapan:

(i) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

(ii) Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung. (iii) Ukur baju di badan sendiri.

Soalan SPM 2004

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebalinya mereka akan kehilangan segala-galanya. Jawapan:

1. Bersatu teguh, bercerai roboh. 2. Bagai tanduk diberkas.

3. Kalah jadi abu, menang jadi arang

1. nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Tuan Haji Ali: Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan

sendiri dalam menentukan hala tuju negara, kita akan dianggap seperti

kerbau dicucuk hidung kerana mengikut sahaja kehendak orang lain. Prof. Hasni: Jadi, anak muda perlulah sedar tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan sanggup berkorban sehingga ke titisan darah terakhir. Peribahasa biar putih tulang jangan putih mata perlu menjadi pegangan mereka.

Tuan Haji Ali: Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi negara setanding dengan negara maju, sesuai dengan peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Alah bisa tegal biasa

2. kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut. Saban hari Amin melalui denai berlopak sebagai laluan berulang-alik ke sekolah. Sebarang kerumitan dan ketidakselesaan melalui jalan

tersebut merupakan perkara biasa baginya. Perkara yang pasti ialah dia perlu sampai ke sekolah tepat pada waktunya iaitu sebelum loceng berbunyi. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu ketinggalan dalam setiap aktiviti sekolah. Amin menganggap semua yang dilaluinya itu sebagai cabaran dalam mengejar cita-citanya. Ibu bapa Amin sering

menasihati adik-adiknya supaya mencontohi sikap Amin, tetapi mereka tidak mempedulikan nasihat tersebut.

alah bisa tegal biasa

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ibarat mencurah air ke daun keladi

3. Nyatakan peribahasa lain yang sama makna dengan peribahasa yang diberikan di bawah ini

i. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing = bukit sama didaki, lurah sama dituruni

ii. Alang-alang mandi biar basah = alang-alang dakwat biar hitam

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

iii. Mencurah garam ke laut = mencurahkan air ke daun keladi 4. nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

i. Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti abu di atas tunggul / telur di hujung tanduk kerana kedudukan kewangan syarikat amat

kritikal.

ii. Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang tua-tua bagai aur dengan tebing

iii. Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

5. kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut. Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang awal ke sekolah tepat pada masanya bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek pengurusan masa. Amalan ini kemudiannya akan menjadi

kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu membahagikan masa untuk

menelaah pelajaran dan menjalankan aktiviti lain. Segala kerja sekolah yang diberikan akan diselesaikan dengan sempurna dan mereka

sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik.

Masa itu emas

Alah bisa tegal biasa

Alang-alang mandi biar basah

7. nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.

i. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung = masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

ii. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing = iii. Genggam bara api biar sampai jadi arang =

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan 8. kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

i. Remaja kini gemar mengunjungi kafe siber yang semakin banyak beroperasi di negara ini. ( cendawan tumbuh selepas hujan )

ii. Walaupun kita semakin maju, namun budaya nenek moyang perlu kita amalkan agar berkekalan. ( tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas)

iii. Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda, kita perlulah berhati-hati mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.

iv.

( terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya ) 9. kemukakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong yang berikut.

i. Murni berusaha membantu adiknya dalam pelajaran. Dia sentiasa membimbing adiknya dalam mata pelajaran Matematik kerana dia tahu adiknya lemah dalam mata pelajaran tersebut. Dia sering memberi latihan dan membuat ulang kaji bersama-sama adiknya itu. Dia yakin melalui usaha yang dilakukannya itu, adiknya akan dapat menguasai mata pelajaran tersebut dan memperoleh

keputusan yang cemerlang kelak. Murni beranggapan bahawa

belakang parang kalau diasah lagikan tajam

ii. Faisal berasal daripada keluarga yang baik. Dia sentiasa dihormati kerana ketinggian ilmu dan budi bahasanya. Di tempat kerjanya, dia menjadi rujukan rakan-rakannya. Malah rakan-rakannya

berkata walau ke manapun Faisal pergi dia akan dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja kerana benih yang baik jika jatuh ke laut akan menjadi pulau.

iii. Penduduk Kampung Seri Wangi sebulat suara memilih Syukri

menjadi ketua kampung. Setelah menjawat jawatan tersebut, ada segelintir penduduk kampung mempertikaikan pemilihan tersebut. Hal beginilah yang dikatakan orang

rumah siap, pahat berbunyi.( 2015J)

10. kemukakan satu peribahasa lain yang sama maksudnya dengan peribahasa yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat tersebut.

i. Segala nasihat yang diberikan seperti hujan jatuh ke pasir kerana tidak sedikit pun berbekas di hati Junid. ( mencurah air ke daun keladi )

ii. Apabila hujan berlarutan, keadaan penduduk di kawasan tanah tinggi itu seperti abu di atas tunggul kerana diancam tanah runtuh.

iii. iv.

v. ( telur di hujung tanduk )

vi. Kemenangan pasukan Rumah Merah itu umpama orang mengantuk disorongkan bantal kerana mereka memang

mengharapkannya sejak awal pertandingan lagi. ( pucuk dicita ulam mendatang )

11. kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.

i. Husin bercadang untuk membeli sebuah jam tangan yang mahal sedikit kerana dia faham bahawa barangan yang tinggi harganya akan tahan lebih lama. Alah membeli menang memakai

ii. Para pemimpin dan pejuang negara akan tetap dikenang oleh rakyat kerana jasa dan bakti mereka kepada negara.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

iii. Pemuda yang menjadi penagih itu memang degil sejak kecil lagi kerana setiap nasihat dan teguran ibu bapanya tidak pernah diturutinya. bagai mencurah air ke daun keladi

12. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

i. Abangnya menegur sikap adiknya yang suka menangguhkan kerja sedangkan abangnya juga sering berbuat demikian, sikap

abangnya ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. ii. Kita tidak boleh bersikap bagai anjing dengan bayang-bayang

kerana tamak, akhirnya diri sendiri yang rugi.

iii. Pasangan pengantin itu sama cantik, sama padan ibarat pinang dibelah dua.

13. nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut

i. Zahira merupakan seorang pelajar yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Dia kerap menghabiskan masa lapangnya di

perpustakaan untuk mengulang kaji pelajarannya. Zahira juga merupakan pelajar yang amat disegani oleh rakan-rakannya

kerana dia bukan sahaja bijak dalam bidang akademik malah dia juga aktif dalam bidang penulisan. Diam-diam ubi berisi

ii. Selepas beberapa tahun merantau di negara asing, Kumaresan mengambil keputusan untuk kembali ke tanah airnya. Baginya walaupun keadaan di luar negara begitu aman dan makmur, namun dia lebih selesa berada di negaranya sendiri.

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

iii. Semua penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut sudah lama mengamalkan prinsip bantu membantu antara satu sama lain. Mereka juga sangat menghormati jiran tetangga bagi memastikan keadaan keharmonian dan kedamaian suasana

kehidupan bermasyarakat. bagai aur dengan tebing

14. Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa berikut. Ayat anda hendaklah dapat memberikan maksud peribahasa berikut:

pelanduk dua serupa

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ____________________________________ bulat kata ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ____________________________________

retak menanti belah

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ____________________________________

15. nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

i. Apabila tidak tahu melakukan sesuatu, kita tidak wajar berasa malu untuk meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada orang yang arif tentang perkara itu.

Malas berkayuh Perahu hanyut, Segan bertanya sesat jalan. ii. Mereka sangat berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu hal

rahsia agar perkara itu tidak diketahui oleh orang lain.

Mulut tempayan, bercakap siang terpandang-pandang, bercakap malam berhati-hati

iii. Sesuatu yang susah itu sekiranya selalu dilakukan akhirnya menjadi mudah sahaja. alah bisa tegal biasa

16. Nyatakan satu peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

Masyarakat Kampung Permatang terkenal dengan semangat

bekerjasama dan suka tolong-menolong dalam sesuatu pekerjaan terutama dalam majlis kenduri. Mereka suka hidup dalam keadaan

bagai aur dengan tebing . Masyarakat di bandar pula lebih suka hidup mementingkan diri sendiri. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka

belakang hidup yang berbeza kerana sikap mereka yang berkeadaan

bagai enau dalam belukar. Namun keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh kampung seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung

17. nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. i. Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada

dibuang – mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan/

ii. Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi rosak – bagai tikus membaiki labu

iii. Jangan sengaja mencari kesusahan – sarang tebuan usah dijolok

2013N tiada beban batu digalas / ada sampan hendak berenang 18. beri maksud peribahasa yang dihitamkan,

Abah termangu lagi. Setiap waktu abah menghitung hari. Lama-kelamaan dia akan tua juga. Dia akan menjadi seperti bapanya. Menjadi tua dan uzur. Jika dia terus membantah tindakan anaknya, sampai bila mereka akan berbaik semula. Abah tidak mahu berpatah arang, berkerat rotan.(i) Abah juga tidak mahu berkeras seperti

bapanya yang keras kepala(ii). Semasa abah hendak memeluk Islam, datuk Anang melarang tindakannya. Sehinggalah datuk Anang

meninggal akibat dilenyek gajah turun minyak(iii) ketika memburu di hutan. Sesudah itu, barulah abah boleh memeluk Islam tanpa

halangan.

(i) tidak akan berbaik semula (ii) degil

(iii) mengamuk

19. Nyatakan satu peribahasa yang menepati maksud di bawah. Melakukan pekerjaan yang sia-sia : mencurah garam ke laut

Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggungnya :

orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya

Keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan ilmunya :

Resmi padi, makin berisi makin tunduk

20. kemukakan tiga peribahasa yangmenggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.

Adiba anak yang rajin dan sering membantu ibu bapanya. ( Ringan tulang ) Dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya, tetapi Adiba berasa serba salah sama ada hendak memilih tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara atau di dalam negara. (

ditelan mati emak, diluah mati bapa ) Ibu bapa Adiba menyerahkan Adiba untuk membuat keputusan kerana dia sahaja yang dapat

membuat pilihan yang tepat.

21. tukarkan peribahasa yang diberi dalam ayat degnan peribahasa atau kata-kata hikmat yang hampir sama ertinya dengan peribahasa tersebut.

i. Sifat lemah lembut Mei Ling sama seperti ibunya. Hal ini

bertepatan dengan pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. ______________________________

ii. Kembalinya Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia amat dialu-alukan demi pembangunan sukan badminton negara. Hal ini samalah seperti pepatah sirih pulang ke gagang. Belut balik ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk

iii. Semasa berlakunya krisis air di Melaka, para peniaga menangguk di air yang keruh dengan menaikkan harga tong air dan baldi. __menahan lukah di pergentingan.

23. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

i. Datuk Ali mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu disuruh. Dengan kata lain, Datuk Ali tidak mahu para pekerjanya bersikap seperti pahat dengan penukul. ii. Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara,

Amin sentiasa mematuhi peraturan dan adat resam di tempat orang kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

iii. Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim cepat kaya. Hal ini kerana kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah terperangkap dengan skim ini. Keadaan ini tidak berguna lagi kerana sikap sedemikian ibarat nasi sudah menjadi bubur.

24. nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. i. Adat resam sesuatu tempat berbeza

lain padang lain belalang/ lain lubuk, lain ikannya ii. Membuat sesuatu, biarlah sampai habis

alang-alang berminyak biar licin/ alang-alang berdakwat biar hitam iii. Sesuatu yang dihajati itu tidak akan diperoleh kalau tidak

pendayung sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang/

tak pecahkan ruyung, manakan dapat

Dalam dokumen peribahasa (Halaman 23-33)

Dokumen terkait