• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.6 Implikasi Polisi Dan Strategi Pembangunan Keusahawanan

Secara purata, meningkatnya kumpulan yang telah bekerja sebagai peniaga dan meminjam modal perniagaannya daripada P2KP di mana seramai 128 orang responden atau 51.2 peratus menyatakan setuju, 91 orang responden atau 36.4 peratus menyatakan kurang setuju, 17 orang responden atau 6.8 peratus menyatakan sangat setuju, 14 orang responden atau 5.6 peratus menyatakan tidak setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa meningkatnya kumpulan yang telah bekerja sebagai peniaga dan meminjam modal perniagaannya daripada P2KP ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.20 Peningkatan Para Peniaga Meminjam Modal daripada P2KP

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 14 5.6

Kurang Setuju 91 36.4

Setuju 128 51.2

Sangat Setuju 17 6.8

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, meningkatnya pendapatan dan kesejahteraan bagi masyarakat selepas meminjam modal perniagan daripada P2KP di mana seramai 202 orang responden atau 80.8 peratus menyatakan setuju, 34 orang responden atau 13.6 peratus menyatakan kurang setuju, 14 orang responden atau 5.6 peratus menyatakan sangat setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa meningkatnya pendapatan dan kesejahteraan bagi masyarakat selepas meminjam modal perniagaan daripada P2KP ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.21 Peningkatan Pendapatan Masyarakat Setelah Mendapat Modal daripada P2KP

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 34 13.6

Setuju 202 80.8

Sangat Setuju 14 5.6

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, masyarakat dan usahawan merasa beruntung dan terbantu dengan adanya skim P2KP di mana seramai 156 orang responden atau 62.4 peratus menyatakan setuju, 72 orang responden atau 28.8 peratus menyatakan sangat setuju, 22 orang responden atau 8.8 peratus menyatakan kurang setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa masyarakat dan usahawan merasa beruntung dan terbantu dengan adanya skim P2KP ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.22 Usahawan Merasa Terbantu Dengan Skim P2KP

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 22 8.8

Setuju 156 62.4

Sangat Setuju 72 28.8

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, budaya masyarakat menjadi aktif bekerja dan tidak selalu bergantung kepada subsidi daripada skim P2KP di mana seramai 201 orang responden atau 80.4 peratus menyatakan setuju, 36 orang responden atau 14.4 peratus menyatakan kurang setuju, tujuh orang responden atau 2.8 peratus menyatakan sangat setuju, enam orang responden atau 2.4 peratus menyatakan tidak setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa budaya masyarakat menjadi aktif bekerja dan tidak selalu bergantung kepada subsidi daripada skim P2KP ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk dalam jadual di bawah ini.

Jadual 4.23 Masyarakat Semakin Mandiri Tanpa Bantuan P2KP

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 6 2.4

Kurang Setuju 36 14.4

Setuju 201 80.4

Sangat Setuju 7 2.8

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, pinjaman perniagaan digunakan untuk modal berniaga, bukan untuk keperluan harian dan tidak membezakan modal pinjaman dari P2KP di mana seramai 210 orang responden atau 84.0 peratus menyatakan setuju, 35 orang responden atau 14.0 peratus menyatakan sangat setuju, lima orang responden atau 2.0 peratus menyatakan kurang setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa usaha pinjaman perniagaan digunakan untuk modal berniaga, bukan untuk keperluan harian dan tidak membezakan jumlah pinjaman yang diberikan mengikut jenis perniagaan masing-masing. Seperti perniagaan runcit akan berbeza jumlah pinjaman modal perniagaannya dengan kumpulan kedai makanan. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk dalam jadual di bawah ini.

Jadual 4.24 Pinjaman Daripada P2KP Untuk Modal Berniaga

Kategori Responden

(Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 5.0 2.0

Setuju 210 84.0

Sangat Setuju 35 14.0

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, masyarakat bandar Cirebon mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi hasil daripada P2KP. Seramai 214 orang responden atau 85.6 peratus menyatakan setuju, 25 orang responden atau 10 peratus menyatakan sangat setuju, 11 orang responden atau 4.4 peratus menyatakan kurang setuju. Jadi, secara purata,

menunjukkan bahawa masyarakat bandar Cirebon mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi selari dengan P2KP ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk dalam jadual di bawah ini.

Jadual 4.25 Masyarakat Bandar Cirebon Mempunyai Semangat Keusahawanan

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 11 4.4

Setuju 214 85.6

Sangat Setuju 25 10.0

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, kesedaran meningkat bagi usahawan sederhana yang berkongsi dalam satu kumpulan selepas mendapatkan pinjaman modal daripada P2KP di mana seramai 147 orang responden atau 58.8 peratus menyatakan setuju (dalam erti kata sedar), 58 orang responden atau 23.2 peratus menyatakan kurang setuju, 45 orang responden atau 18.0 peratus menyatakan kurang setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa usaha berkembang dan meningkat bagi usahawan sederhana yang berkongsi dalam satu kumpulan selepas mendapat pinjaman modal daripada P2KP ini.

Menurut Kepala Dinas Permukiman dan Sarana dan Prasarana Lingkungan, beliau menjelaskan bahawa beberapa kejayaan melalui P2KP adalah meningkat kesedaran untuk membasmi budaya kemiskinan melalui P2KP, aspek yang lainnya iaitu terjalinnya para peniaga kecil dan terbangunnya rasa kebersamaan dalam membentuk kumpulan peningkatan usahanya dalam rangka meningkatkan perniagaannya dan keluar daripada kepompong kemiskinan.192 Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

192 Temu bual dengan Kepala Dinas Permukiman Sarana Dan Prasarana Bahagian Bandar Kota Cirebon Pada tarikh 04 Mac 2009.

Jadual 4.26 Meningkat kesedaran untuk membasmi budaya kemiskinan melalui P2KP

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 58 23.2

Setuju 147 58.8

Sangat Setuju 45 18.0

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, P2KP mempunyai keberkesananan dan berimpak positif bagi masyarakat bandar Cirebon di mana seramai 210 orang responden atau 84.0 peratus menyatakan setuju, 39 orang responden atau 15.6 peratus menyatakan sangat setuju, satu orang responden atau 0.4 peratus menyatakan kurang setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa P2KP mempunyai keberkesananan dan berimpak positif bagi masyarakat bandar Cirebon ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada lampiran.

Mengenai pengembalian kredit di Pejabat BKM,193 menurut Bapak Mingkus mengatakan bahawa tingkat pengembalian pinjaman kredit sangat berjaya sebanyak 96 peratus dan merupakan peningkatan yang sangat signifikan dan sangat berimplikasi bagi peniaga kecil.194 Untuk lebih jelasnya, sila rujuk dalam jadual di bawah ini.

Jadual 4.27 Keberkesanan P2KP Terhadap Masyarakat Bandar Cirebon

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 1 0.4

Setuju 210 84.0

Sangat Setuju 39 15.6

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

193

Moh. Tjoekam (1999), Perkreditan Bisnis Inti Bank Konvensional, c. 1, Jakarta: Gramedia, h., 17

194 Temu bualDengan Pengerusi Badan Keswadayaaan Masyarakat (BKM) Kampung Sunyaragi Cirebon Pada 21 Oktober 2008