• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.4 Pelaksanaan Program Dan Perkembangan P2KP

Secara purata, masyarakat bandar Cirebon boleh mengikuti proses dan perkembangan P2KP. Seramai 211 orang responden atau 84.4 peratus menyatakan setuju, 20 orang responden atau 8.0 peratus menyatakan sangat setuju, 14 orang responden atau 5.6 peratus menyatakan kurang setuju, lima orang responden atau 2.0 peratus menyatakan tidak setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa masyarakat bandar Cirebon boleh mengikuti proses dan perkembangan P2KP. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk dalam jadual di bawah ini.

Jadual 4.4 Proses Mengikuti Perkembangan P2KP

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 5 2.0

Kurang Setuju 14 5.6

Setuju 211 84.4

Sangat Setuju 20 8.0

Total 250 100.0

Sumber: Borang soal selidik

Secara purata, masyarakat bandar Cirebon tahu secara pasti projek P2KP, terutama pegawai kerajaan dan penerima bantuan. Seramai 144 orang responden atau 57.6 peratus menyatakan setuju, 72 orang responden atau 28.8 peratus menyatakan kurang setuju, 16 orang responden atau 6.4 peratus menyatakan tidak setuju, 14 orang responden atau 5.6 peratus menyatakan sangat setuju, empat orang responden atau 1.6 peratus menyatakan sangat tidak setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa masyarakat Bandar Cirebon mengetahui secara pasti projek P2KP, terutama pegawai kerajaan dan penerima bantuan ini.

Pelaksanaan P2KP peringkat negeri berdasarkan hasil obeservasi bahawa kerajaan Negeri memberikan sokongan dan jaminan atas kelancaran pelaksanaan P2KP di wilayah kerjanya. Penanggung jawab pelaksanaan P2KP di tingkat Negeri adalah Bappeda Negeri (Badan Pengawas Pembangunan Daerah), yang untuk kelancaran tugasnya dapat membentuk pasukan koordinasi antara institusi atau jabatan terkait di

peringkat Negeri.185Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

185 Temu bual dengan Ibu Dwi Ekawati pada tarikh 25 Oktober 2008, pengerusi P2KP di pejabat P2KP Bandar Cirebon.

Jadual 4.5 Masyarakat Bandar Cirebon Mengetahui Secara Pasti Projek P2KP

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Sangat Tidak Setuju 4 1.6

Tidak Setuju 16 6.4

Kurang Setuju 72 28.8

Setuju 144 57.6

Sangat Setuju 14 5.6

Total 250 100.0

Sumber: Borang soal selidik

P2KP adalah model pertama pembangunan di bandar Cirebon. Seramai 197 orang responden atau 78.8 peratus menyatakan setuju, 29 orang responden atau 11.6 peratus menyatakan sangat setuju, 17 orang responden atau 6.8 peratus menyatakan kurang setuju, enam orang responden atau 2.4 peratus menyatakan sangat setuju, empat orang responden atau 2.4 peratus menyatakan tidak setuju, enam orang responden atau 2.4 peratus menyatakan sangat setuju, satu orang responden atau 0.4 peratus menyatakan sangat tidak setuju.

Berdasarkan hasil temu bual mendapati bahawa sebelumnya sudah ada skim yang dilaksanakan kerajaan dengan nama PPK, KUT dan lainnya, tetapi model yang berinovasi pembangunan keusahawanan terdapat dalam P2KP. Beliau mengatakan bahawa kerajaan bandar atau bandar raya berperanan memastikan kelancaran pelaksanaan P2KP di wilayah kerjanya. Penanggung jawab pelaksanaan P2KP di peringkat bandar atau bandar raya adalah Bappeda bandar atau bandar raya, yang untuk kelancaran tugasnya dapat membentuk pasukan koordinasi antara pejabat terkait di peringkat Bandar atau Bandar Raya.186

186 Temu bual dengan Bapak Heru Hartono pada tarikh 24 Oktober 2008, pengurusi bahagian kementerian Bappeda kerajaan Bandar Cirebon di pejabat walikota Cirebon

Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa P2KP adalah model pertama pembangunan di bandar Cirebon ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.6 P2KP: Model Pertama Pembangunan Keusahawanan Di Bandar Cirebon

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Sangat Tidak Setuju 1 0.4

Tidak Setuju 6 2.4

Kurang Setuju 17 6.8

Setuju 197 78.8

Sangat Setuju 29 11.6

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, P2KP dikenalkan bermula sejak tahun 2003 di bandar Cirebon sehingga hari ini. Seramai 208 orang responden atau 83.2 peratus menyatakan setuju, 36 orang responden atau 14.4 peratus menyatakan sangat setuju, 6 orang responden atau 2.4 peratus menyatakan kurang setuju yang bererti kurang tahu. Jadi, secara purata menunjukkan bahawa P2KP bermula sejak tahun 2003 (Pengenalan) di bandar Cirebon sehingga hari ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.7 Pelaksanaan P2KP Bermula Tahun 2003

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 6 2.4

Setuju 208 83.2

Sangat Setuju 36 14.4

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, P2KP masih dilaksanakan sehingga hari ini sebagai bukti keberkesanan bagi pembangunan keusahawanan. Seramai 215 orang responden atau 86.0 peratus menyatakan setuju, 21 orang responden atau 8.4 peratus menyatakan

kurang setuju, 13 orang responden atau 5.2 peratus menyatakan sangat setuju, satu orang responden atau 0.4 peratus menyatakan tidak setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa P2KP masih dilaksanakan sehingga hari ini sebagai bukti keberkesanan bagi pembangunan keusahawanan ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.8 P2KP Sebagai Bukti Keberkesanan Bagi Pembangunan Keusahawanan

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 1 0.4

Kurang Setuju 21 8.4

Setuju 215 86.0

Sangat Setuju 13 5.2

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

-rata responden bersetuju tentang masa pengembalian pinjaman subsidi perniagaan setuju dengan masa yang dihadkan oleh para peniaga sederhana di mana seramai 193 orang responden atau 77.2 peratus menyatakan setuju, 37 orang responden atau 14.8 peratus menyatakan sangat setuju, 20 orang responden atau 8.0 peratus menyatakan kurang setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa pengembalian pinjaman subsidi perniagaan setuju dengan masa yang dihadkan oleh para peniaga sederhana ini.

Sebagaimana menurut Bapak Kepala Dinas Koperasi mengatakan bahawa untuk pencapaian P2KP hanya 20 peratus yang tertunggak, sedangkan yang membayar kredit sudah mencapai 80 peratus. Sebagaimana visi P2KP iaitu pengenalan kepada KSM dan BKM, membayar kredit merupakan tanggung jawab bersama-sama ahli KSM, sama ada

dalam bidang pendidikan atau perniagaan industri kecil.187 Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.9 Masa Pengembalian Pinjaman Dihadkan Untuk Para Peniaga Sederhana

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 20 8.0

Setuju 193 77.2

Sangat Setuju 37 14.8

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, P2KP berjaya membentuk kumpulan peniaga sederhana sebagai bentuk metode fasiliti bagi masyarakat di Bandar Cirebon. Seramai 195 orang responden atau 78 peratus menyatakan setuju, 30 orang responden atau 12 peratus menyatakan kurang setuju, 16 orang responden atau 6.4 peratus menyatakan sangat setuju, lapan orang responden atau 3.2 peratus menyatakan tidak setuju, satu orang responden atau 0.4 peratus menyatakan sangat tidak setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa P2KP berjaya membentuk kumpulan peniaga sederhana sebagai bentuk metode fasiliti bagi masyarakat di Bandar Cirebon ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.10 P2KP Berjaya Membentuk Kumpulan Peniaga Sederhana

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Sangat Tidak Setuju 1 0.4

Tidak Setuju 8 3.2

Kurang Setuju 30 12.0

Setuju 195 78.0

Sangat Setuju 16 6.4

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

187 Temu bual Dengan Bapak Dedi Fachruddin Kepala Dinas Koperasi Kota Cirebon, pada tarikh 2 Mac 2009 Di Cirebon

Secara purata, P2KP melalui fasilitator berhasil membangun dan menanamkan pembangunan budaya keusahawanan di Bandar Cirebon sejak tahun 2003. Seramai 152 orang responden atau 60.8 peratus menyatakan setuju, 83 orang responden atau 33.2 peratus menyatakan kurang setuju, sembilan orang responden atau 3.6 peratus menyatakan tidak setuju, enam orang responden atau 2.4 peratus menyatakan sangat setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa fasilitator berhasil membangun dan menanamkan pembangunan budaya keusahawanan di Bandar Cirebon ini.

Menurut Bapak Hairin, di pejabatnya Jalan Cipto Mangunkusumo Bandar Cirebon. Beliau mengatakan bahawa memberi tunjuk ajar pembangunan keusahawanan adalah merupakan proses penyertaan (empowerment) orang-orang yang sudah mempunyai pekerjaan dalam bidang perniagaan tetapi kurang dalam sumber manusia atau skil dalam mengurus bidang keusahawanan, menjadikan mereka terbuka terhadap maklumat terhadap bagaimana menjalankan keusahawanan dengan baik dan berjaya, walaupun ianya hanya dengan modal yang sangat kecil dan dari pinjaman kredit projek.188Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

4.11 P2KP Berjaya Membangun Budaya Keusahawanan Sejak Tahun 2003

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 9 3.6

Kurang Setuju 83 33.2

Setuju 152 60.8

Sangat Setuju 6 2.4

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

188 Temu bual dengan Bapak Hairin, Pengerusi P2KP Kordinator kota Cirebon pada 20 Oktober 2008, di pejabat P2KP Bandar Cirebon.

4.5 Polisi dan Strategi Pemerintah Dalam Pembangunan Keusahawanan di