• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.5 Polisi dan Strategi Pemerintah Dalam Pembangunan

Secara purata, kerajaan bandar Cirebon sentiasa menaja dan menyokong setiap aktiviti yang dibuat oleh P2KP kepada masyarakat sejak tahun 2003, di mana seramai 188 orang responden atau 75.2 peratus menyatakan setuju, 27 orang responden atau 10.8 peratus menyatakan sangat setuju, 26 orang responden atau 10.4 peratus menyatakan kurang setuju, sembilan orang responden atau 3.6 peratus menyatakan tidak setuju.

Dapatan kajian melalui observasi, penulis mendapati bahawa bentuk sokongan kerajaan iaitu kemudahan tempat dan pejabatnya dalam melaksanakan kursus-kursus dan pengenalan P2KP, baik menerusi radio, akbar tempatan dan lainnya. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa kerajaan bandar Cirebon sentiasa menaja atau mendokong setiap aktiviti yang dibuat oleh P2KP kepada masyarakat ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.12 Kerajaan Menyokong Program P2KP Di Masyarakat Sejak Tahun 2003

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 9 3.6

Kurang Setuju 26 10.4

Setuju 188 75.2

Sangat Setuju 27 10.8

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, kerajaan bandar Cirebon telah melaksanakan pengawalan (audit) terhadap P2KP sejak tahun 2003, di mana seramai 180 orang responden atau 72. peratus menyatakan setuju, 35 orang responden atau 14 peratus menyatakan sangat setuju, 28 orang responden atau 11.2 peratus menyatakan kurang setuju, tujuh orang responden atau 2.8 peratus menyatakan tidak setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan

bahawa kerajaan bandar Cirebon telah melaksanakan pengawalan (audit) terhadap P2KP ini. Dengan mengambil pasukan yang melakukan audit secara independen,dalam erti kata bukan mengambil daripada kerajaan mahupun pihak P2KP, bentuk nyata daripada sokongan itu adalah ikut membantu dalam melancarkan pelaksanaan audit. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.13 Kerajaan Melaksanakan Pengawalan P2KP Sejak Tahun 2003

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 7 2.8

Kurang Setuju 28 11.2

Setuju 180 72.0

Sangat Setuju 35 14.0

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, pengenalan dan pelaksanaan P2KP di bandar Cirebon lebih kerap dilakukan oleh P2KP, sedangkan kerajaan hanya memberikan fasiliti, sama ada pejabatnya mahupun waktunya dalam pengenalan menjemput penguatkuasa dan pengerusi kampung, di mana seramai 166 orang responden atau 66.4 peratus menyatakan setuju, 52 orang responden atau 20.8 peratus menyatakan sangat setuju, 18 orang responden atau 7.2 peratus menyatakan kurang setuju, 14 orang responden atau 5.6 peratus menyatakan tidak setuju.

Dari hasil kajian melalui observasi mendapati bahawa di peringkat Kawasan, unsur yang masuk dalam pelaksanaan P2KP adalah pertama; Ketua Kawasan dan keraninya, kedua; Penanggung Jawab Operasional Kegiatan (PJOK) dengan peranan dan tugas masing-masing unsur ialah sebagai pelaksana projek P2KP di tingkat kawasan dan bertanggung jawab atas aspek pentadbiran pemberian dana BLM di dalam wilayah tanggungjawabnya. PJOK dilantik oleh Datuk Bandar dengan tugas di peringkat

kawasan. Untuk mengetahui kelancaran pemberian pembiyaan modal perniagan bagi peniaga kecil di kawasannya, yang mendapatkan program P2KP.

Manakala secara umum, peranan asas ketua kampung adalah memberikan sokongan dan jaminan agar pelaksanaan P2KP di wilayah tanggungjawabnya dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan kanun yang berlaku sehingga tujuan yang diharapkan melalui P2KP dapat tercapai dengan baik. Ketua Kampung boleh mengenalkan dan mengarahkan aspek kampung atau desa sesuai dengan fungsi masing-masing. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa pengenalan dan pelaksanaan P2KP di Bandar Cirebon telahpun berhasil. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.14 Pengenalan Dan Pelaksanaan P2KP Di Bandar Cirebon

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 14 5.6

Kurang Setuju 18 7.2

Setuju 166 66.4

Sangat Setuju 52 20.8

Total 250 100.0

Sumber: Borang soal selidik

Secara purata, kerajaan amat menyokong pelaksanaan dan keusahawanan pembangunan melalui skim P2KP di bandar Cirebon sejak tahun 2003, di mana seramai 158 orang responden atau 63.2 peratus menyatakan setuju, 76 orang responden atau 30.4 peratus menyatakan kurang setuju, 15 orang responden atau 6.0 peratus menyatakan tidak setuju, satu orang responden atau 6.0 peratus menyatakan sangat setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa kerajaan amat menyokong pelaksanaan dan keusahawanan pembangunan melalui skim P2KP di bandar Cirebon ini. Bentuk sokongan tersebut didapati melalui observasi dan temubual189 dengan staf ahli teknikal

189 Temu bual dengan Ibu Iroh Rohaeti, staff ahli teknikal P2KP pada tarikh 26 Oktober 2008 di Pejabat KMW 5 bandar Cirebon

mengatakan bahawa tugas utama KMW adalah melakukan perancangan, persiapan, pelaksanaan koordinasi, pengawasan, penyeliaan, dan pelaporan semua kegiatan pelaksanaan P2KP di Unit Wilayah Kerja (SWK) sebanyak 13 KMW menangani pelaksanaan P2KP di 13 SWK. Dalam melaksanakan tugasnya, KMW bertanggungjawab langsung dan berada di bawah koordinasi serta kawalan Konsultan Pengurusan Pusat (KMP) bersama-sama wakil rakyat kerajaan Bandar Cirebon. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.15 Sokongan Kerajaan Terhadap Pembangunan Keusahawanan Melalui Skim P2KP Di Bandar Cirebon Sejak Tahun 2003

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 15 6.0

Kurang Setuju 76 30.4

Setuju 158 63.2

Sangat Setuju 1 .4

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, P2KP di Bandar Cirebon Indonesia merupakan skim kerajaan Pusat Negara Indonesia sejak tahun 2003, di mana seramai 172 orang responden atau 68.8 peratus menyatakan setuju, 64 orang responden atau 25.6 peratus menyatakan kurang setuju, 10 orang responden atau 4.0 peratus menyatakan sangat setuju, empat orang responden atau 1.6 peratus menyatakan tidak setuju.

Hasil temu bual dengan Ibu Devi Yulianti, beliau mengatakan bahawa tugas asas pasukan fasilitator adalah melaksanakan tugas KMW di peringkat komuniti atau masyarakat: Pertama, sebagai pelaksana projek termasuk mencatat setiap perkembangan projek dan melaporkannya kepada KMW untuk memasukkan data SIM

(Sistem Informasi Manajemen). Kedua, sebagai pemerkasa masyarakat termasuk

pemerkasaan masyarakat dan membantu masyarakat membuat data utama serta melaksanakan aktiviti pembasmian kemiskinan. Sebagai asas meyakinkan masyarakat bahawa skim P2KP ini daripada kerajaan pusat.190 Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa P2KP di bandar Cirebon Indonesia merupakan skim kerajaan Pusat Negara Indonesia ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.16 P2KP Di Bandar Cirebon Merupakan Skim Daripada Kerajaan Pusat Negara Indonesia Sejak Tahun 2003

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 4 1.6

Kurang Setuju 64 25.6

Setuju 172 68.8

Sangat Setuju 10 4.0

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, kerajaan sentiasa memberikan kemudahan atau fasiliti untuk usahawan yang mendapat bantuan dari skim P2KP sejak tahun 2003, di mana seramai 155 orang responden atau 62.0 peratus menyatakan setuju, 50 orang responden atau 20 peratus menyatakan kurang setuju, 43 orang responden atau 17.2 peratus menyatakan sangat setuju, dua orang responden atau 0.8 peratus menyatakan tidak setuju.

Berdasarkan hasil observasi penulis mendapati bahawa bentuk kemudahan tersebut iaitu tempat pejabat dan dewan utama yang sedia ada untuk bengkel-bengkel keusahawanan yang membabitkan beberapa pengurusi kampung dalam mengendalikan kursus menyediakan kertas cadangan pinjaman modal kewangan perniagaan. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa P2KP di bandar Cirebon Indonesia merupakan skim kemudahan pinjaman modal perniagaan yang dilakukaan oleh P2KP bersama-sama dengan kerajaan. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.17 Skim P2KP Memberikan Kemudahan Kepada Usahawan Sejak Tahun 2003

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Tidak Setuju 2 0.8

Kurang Setuju 50 20.0

Setuju 155 62.0

Sangat Setuju 43 17.2

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

Secara purata, kerajaan memberi perhatiannya untuk pelaksanaan P2KP di bandar Cirebon sejak tahun 2003, di mana seramai 198 orang responden atau 79.2 peratus menyatakan setuju, 46 orang responden atau 18.4 peratus menyatakan sangat setuju, enam orang responden atau 2.4 peratus menyatakan kurang setuju.

Dari hasil observasi penulis, mendapati bahawa kerajaan memberikan perhatian dalam hal memberikan kerjasama untuk menyediakan kemudahan pelaksanaan skim P2KP, buku-buku pedoman pelaksanaan P2KP dan lainnya oleh pihak kerajaan yang memberikan taklimat berkenaan yang berhubungkait dengan pihak jawatan kuasa P2KP dan beberapa fasilitator kerana sememangnya tidak membabitkan kerajaan untuk ikut secara langsung dalam skim P2KP tersebut, tetapi ianya sebagai kongsi sahaja. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa kerajaan memberi perhatiannya untuk pelaksanaan P2KP di bandar Cirebon ini. Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.18 Perhatian Kerajaan Terhadap Pelaksanaan P2KP Di Bandar Cirebon Sejak Tahun 2003

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 6 2.4

Setuju 198 79.2

Sangat Setuju 46 18.4

Total 250 100.0

Secara purata, bengkel-bengkel telahpun dilaksanakan oleh kerajaan bandar Cirebon yang bekerjasama dengan P2KP bagi menanamkan pembangunan keusahawanan di mana seramai 170 orang responden atau 68 peratus menyatakan setuju, 42 orang responden atau 16.8 peratus menyatakan sangat setuju, 38 orang responden atau 15.2 peratus menyatakan kurang setuju. Jadi, secara purata, menunjukkan bahawa bengkel-bengkel telah pun dilaksanakan oleh kerajaan Bandar Cirebon yang bekerjasama dengan P2KP bagi menanamkan pembangunan keusahawanan ini.

Menurut Bapak Abdul Fattah di pejabatnya Jalan Margahayu bandar Bandung Jawa Barat. Beliau mengatakan bahawa peringkat ikut serta membantu menjelaskan dan mendidik atau intervensi kepada masyarakat bagi projek adalah merupakan satu kewajipan, kerana tanpa proses itu, pembangunan keusahawanan tidak boleh berjaya secara seratus peratus, walaupun mereka telah diperolehi bantuan kredit atau bantuan pinjaman pembiyaan modal perniagaan daripada P2KP.191 Untuk lebih jelasnya, sila rujuk kepada jadual di bawah ini.

Jadual 4.19 Bengkel Keusahawanan

Kategori Responden (Orang) Peratus Sah

Kurang Setuju 38 15.2

Setuju 170 68.0

Sangat Setuju 42 16.8

Total 250 100.0

Sumber: Borang Soal Selidik

191 Temu bual dengan Bapak Abdul Fattah, Team Leader Jawa Barat (Konsultan Manajemen Wilayah) pada 17 Oktober 2008, di pejabat P2KP Bandung.

4.6 Implikasi Polisi Dan Strategi Pembangunan Keusahawanan Ke Atas