• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU DAN CABARAN PENSIJILAN HALAL

Dalam dokumen Dari Meja Ketua Editor (Halaman 82-88)

Sejak dahulu lagi, cadangan untuk menggubal satu akta khas iaitu Akta Halal Malaysia bagi menambah baik perundangan berkaitan halal selain meluaskan bidang kuasa JAKIM sebagai badan yang berautoriti dalam isu halal terutamanya dalam isu penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan telah mula dibincangkan namun sehingga kini, ia masih gagal dilaksanakan. Malah, tiada Akta Halal yang terpakai untuk seluruh negara memandangkan perlembagaan pensijilan halal adalah berkaitan dengan agama Islam, maka ia adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Satu kesefahaman dan kompromi yang tinggi antara negeri amatlah diperlukan sekiranya penguatkuasaan Akta Halal ingin dilaksanakan(Ahmad & Zulzaidi, 2012). Akta ini adalah bertujuan bagi memberikan kuasa secara terus kepada pihak agensi kerajaan seperti JAKIM untuk memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang. Selain itu, Akta ini diperlukan bagi memberikan bidang kuasa penuh terhadap pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya di bawah kuasa JAKIM yang selama ini badan yang mengendalikan persoalan pensijilan halal. Perkara ini dapat membantu JAKIM menyelaras perkara-perkara berkaitan halal yang selama ini diambil tugas oleh kementerian-kementerian lain seperti penggunaan logo oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan berkaitan dengan akta makanan, Kementerian Pertanian dan lain lagi. Oleh yang demikian, cara yang praktikal yang diguna pakai ialah penambahbaikan undang-undang sedia ada sebagai langkah bagi memenuhi keperluan

Mengikut Perintah Perihal dagangan (Takrif Halal) 2011, hanya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sahaja yang boleh memperakukan halal kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Badan-badan swasta tidak lagi dibenarkan mengeluarkan Sijil Pengesahan halal seperti sebelum ini dan boleh dianggap melakukan kesalahan undang-undang. Perintah ini juga memperuntukkan hanya logo keluaran JAKIM dan MAIN dibenarkan untuk digunakan. Namun begitu, logo halal badan pensijilan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM mempunyai pelbagai logo-logo berbeza yang mengelirukan pengguna di Malaysia. Oleh yang demikian, satu langkah telah diambil di mana peruntukan pihak berkuasa yang berwibawa dalam memperakukan perkara halal telah dilakukan bagi memperbaiki kelemahan peruntukan Perintah perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’). Selain itu, kelonggaran penguatkuasaan yang berlaku juga telah menyebabkan pemalsuan perihal dagangan peniaga secara meluas. Melalui penambahbaikan undang-undang telah berjaya mengurangkan penyalahgunaan logo ini dan pengusaha tidak lagi dibenarkan meletakkan logo halal secara bebas.

Penguatkuasaan Undang-undang

Halal Malaysia Penyalahgunaan Logo Halal

1. 2.

Masyarakat sering terpedaya dengan ciri-ciri keislaman yang ditunjukkan oleh pengusaha sehingga mereka sering kali terlepas pandang dalam menyemak pensijilan halal sebenar yang dimiliki pengusaha produk atau perkhidmatan. Pengguna terutama golongan muda mudah terikut-ikut dengan trend masa kini sehingga meletakkan kepercayaan sesuatu produk itu halal hanyalah berdasarkan keadaan fizikal yang dilihat. Malah, faktor gaya hidup moden dijadikan alasan bagi golongan muda ini memasuki premis yang belum diiktiraf JAKIM. Pelbagai pihak termasuklah JAKIM, HDC dan sebagainya telah melaksanakan kempen sama ada melalui media massa atau media cetak, namun kesedaran ini masih lagi di tahap yang kurang memuaskan (Siti, Nor, & Jusang, 2014). Penyebaran maklumat melalui slot-slot di televisyen dan penggunaan Apps juga telah dilaksanakan oleh pihak JAKIM agar kesedaran berkaitan pensijilan halal berada di tahap yang tinggi. Sikap tidak endah dengan pensijilan halal ini amat membimbangkan jika keadaan ini berterusan kerana implikasinya amat besar kepada pembentukan generasi yang berkualiti pada masa akan datang.

Terdapat kekangan yang dihadapi pihak JAKIM dan JAIN yang bertindak sebagai badan yang berautoriti dalam mengeluarkan sijil halal. Kepadatan penduduk Islam di Malaysia dan ditambah lagi dengan kemasukan warga asing sebagai pekerja dan pelajar telah menyebabkan JAKIM dan JAIN tidak dapat menampung permintaan pengeluaran sijil halal di Malaysia (Ahmad & Zulzaidi, 2012). Bagi mengelakkan keadaan ini, badan swasta diperlukan untuk mengurangkan bebanan pihak JAKIM dan JAIN. Perkara ini juga membantu pembangunan pasaran halal dengan lebih pantas. Hakikatnya, pengiktirafan kepada badan swasta pernah dilaksanakan pada 1998, namun atas desakan, JAKIM telah mengambil semula peranan tersebut pada 2002. Begitu juga peranan ini pernah diserahkan kepada HDC namun ditarik balik. Ini membuktikan bahawa kepercayaan pernah diberikan kepada badan swasta ini dan sewajarnya ia diteruskan seperti yang dilakukan oleh negara seperti China dan Australia. Oleh yang demikian, sewajarnya JAKIM mengiktiraf badan swasta dengan pemantauan dan bantuan pihak kerajaan agar pematuhan dan pelaksanaan audit dilaksanakan dengan tepat dan betul. Ini sekali gus akan membantu JAKIM dan agensi lain untuk bersama-sama mempromosikan pensijilan halal ini dengan lebih meluas. Kesedaran Masyarakat berkaitan

Pensijilan Halal

Pengiktirafan kepada Badan Swasta

3. 4.

83

DIMENSI KOOP Bil. 62(3/2019)

Penutup

Kesimpulannya, pensijilan halal memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi perniagaan koperasi. Kelebihan daya saing akan wujud apabila koperasi mempunyai produk atau perkhidmatan halal yang dilihat oleh pelanggan lebih baik daripada pesaingnya. Malah, kekuatan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri makanan halal global memberi peluang kepada pengusaha makanan seperti koperasi untuk merebut peluang yang ada. Namun begitu, produk-produk tempatan masih gagal memenuhi permintaan dunia yang tinggi terhadap produk halal. Jika melihat kepada nilai eksport halal Malaysia adalah sebanyak RM40 bilion dan ini hanya 4% sahaja daripada nilai eksport keseluruhan, iaitu sangat kecil. Oleh yang demikian, lebih banyak usahawan koperasi diperlukan bagi memperkasakan industri ini. Malahan pada tahun 2030, kerajaan Malaysia menyasarkan nilai eksport industri halal ini adalah 7.7 trilion USD di seluruh dunia. Sasaran ini wajar diambil oleh koperasi bagi mengembangkan lagi posisi produk mereka terutama ke arah global. Koperasi kini tidak boleh berada di takuk yang lama lagi. Produk koperasi perlu bergerak pantas dan seiring dengan kemahuan dan keperluan masyarakat kini. Kesedaran dalam mendapat produk halal telah mula ditekankan oleh masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam. Dunia kini mementingkan aspek yang ditekankan iaitu jaminan kebersihan dan kualiti terhadap produk halal. Dengan memiliki standard yang berstatus global ini, sudah tentu keyakinan pengguna Islam terhadap produk halal yang berjenamakan koperasi dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, koperasi juga harus bersedia untuk mengekalkan kelestarian produk mereka agar sentiasa ada dalam pasaran. Perancangan yang menyeluruh diperlukan agar kelestariannya dapat dikekalkan. Oleh yang demikian, peranan ALK bersama-sama anggota diperluaskan agar koperasi berjaya memasarkan produk-produk yang menepati kehendak pasaran dan pengguna dan sekali gus akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ke arah pencapaian yang lebih tinggi.

85

DIMENSI KOOP

87

DIMENSI KOOP

INSTITUT KOPERASI MALAYSIA

ZON UTARA

No. 1515, Wisma KGMKB Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman Tel: 04-7337527 Faks: 04-7337532

E-mel: [email protected]

KAMPUS INDUK, ZON TENGAH & PEMBANGUNAN KOPERASI INSTITUT KOPERASI MALAYSIA

103, Jalan Templer 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-7964 9000

Faks: 03-7957 0434/03 - 7954 3957/ 03-7957 9076

E-mel: [email protected]

Laman web: http://www.ikkm.edu.my

KOLEJ iCOOP

Lot 1(A), Podium Floor, Block A, One Damansara,

No. 3, Jalan PJU 10/3C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor

Tel: +606140 2256 / 2520

Hotline: +6011-2917-6552, +6019-293 6552 E-mel: [email protected]

Laman web: www.icoop.edu.my

INSTITUT KOPERASI MALAYSIA ZON SELATAN

No. 3, Jalan Padi Emas 1/8 Bandar Baru UDA

81200 Johor Bahru INSTITUT KOPERASI MALAYSIA ZON TIMUR Kompleks Inkubator Indera Mahkota 14, Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur Tel: 09-5732449 Faks: 09-5732450

E-mel: [email protected]

Dalam dokumen Dari Meja Ketua Editor (Halaman 82-88)

Dokumen terkait