• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muhammad Afnan Hasim

Dalam dokumen Dari Meja Ketua Editor (Halaman 50-56)

Pusat Pengurusan Perniagaan [email protected]

Pengenalan

Kerjaya atau anak? Itulah soalan yang sering kali timbul dalam benak fikiran ibu bapa bekerja pada masa kini. Melihatkan kepada situasi semasa, kebanyakan ibu bapa akan berhadapan dengan keadaan di mana perlu memilih antara dua pilihan, sama ada meneruskan kerjaya yang diidamkan atau menyimpan sahaja hasrat tersebut dan menjadi suri rumah sepenuh masa dalam memenuhi tuntutan menjaga anak-anak. Jika mahu meneruskan kerjaya, bimbang pula akan keselamatan anak yang dijaga oleh pengasuh atau Taska jika sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika memilih kerjaya, maka pencarian pengasuh atau Taska yang tepat, betul dan sesuai perlulah dilakukan buat anak-anak yang mereka sayangi.

Menurut Islam, anak adalah amanah Allah. Ia bererti menyempurnakan tugas mendidik, menjaga dan mengawal dengan sebaik mungkin. Mereka yang mensia-siakan amanah dikira melakukan dosa. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Israa’, ayat 31: “Dan janganlah kamu

membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada

Pendidikan kanak-kanak seawal usia kelahiran merupakan elemen terpenting dalam pembentukan diri seseorang. Ia tidak hanya semata-mata melahirkan individu yang hebat dalam institusi kekeluargaan sahaja, malah turut memberi kesan terhadap pembangunan sesebuah negara pada masa hadapan. Kanak-kanak adalah aset kepada negara yang perlu dijaga dengan baik dan tidak ternilai harganya. Baru-baru ini, isu penderaan kanak-kanak oleh pengasuh telah dipanjangkan ke peringkat Dewan Rakyat dan mendapat reaksi yang positif daripada semua pihak. Sejajar dengan itu, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyarankan bermula pada 1 Januari 2019 semua agensi dan jabatan kerajaan digalakkan untuk mewujudkan Taska di tempat kerja masing-masing (BH Online, 2018).

Sudah pasti dengan pengumuman tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan kepada pihak ibu bapa akan keprihatinan pihak kerajaan kepada golongan yang bekerja dan mempunyai anak-anak.

DIMENSI KOOP

Taman Asuhan Kanak-Kanak (early childhood education and care) atau singkatannya Taska merupakan salah satu bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemilik kepada pelanggan. Berdasarkan maklumat yang dipetik daripada laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan peruntukan undang-undang yang digunapakai berkaitan perkara Taska. Tujuan penggubalan akta ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas Taska dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

Manakala definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar pula ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7. Di bawah Seksyen 6(1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan

kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini. Seksyen 6(2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

Berdasarkan kepada rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Jun 2018, jumlah pengasuh bagi kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun di Taska adalah seramai 16,873 orang. Daripada jumlah berkenaan, hanya 3,173 orang atau 18.81 peratus pengasuh mempunyai kelayakan minimum iaitu lulus Kursus Asuhan Permata (KAP) manakala selebihnya 13,700 atau 80.19 peratus pengasuh masih tidak memenuhi kelayakan ini. (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, 2018).

Terdapat empat jenis Taska iaitu, Taska di Institusi, di tempat kerja, di rumah dan di dalam komuniti. Kebanyakan ibu bapa mengambil jalan singkat dengan menghantar anak-anak mereka ke Taska yang tidak berdaftar dan ke rumah-rumah jiran untuk diasuh. Apabila terjadinya kes-kes seperti kematian disebabkan tersedak susu, didera oleh pengasuh dan banyak lagi yang dilaporkan di media, barulah ibu bapa yang terbabit tersedar bahawa Taska tersebut tidak berdaftar.

51

DIMENSI KOOP

c) Keyakinan Masyarakat

Perniagaan Taska turut boleh dijadikan sebagai salah satu contoh perniagaan kendalian koperasi untuk menyemai keyakinan masyarakat akan kebolehan koperasi untuk menjalankan perniagaan di luar bidang yang biasa diceburi oleh koperasi seperti pembiayaan, pasar mini dan sebagainya. Ini amat selari dengan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 teras yang keempat iaitu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi. Koperasi tidak hanya menjadi wadah mendapatkan keuntungan semata mata, malah gerakan koperasi juga diyakini berupaya membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup.

a) Menjana Pendapatan

Perniagaan Taska boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti tambahan kepada koperasi atau perniagaan baharu kepada koperasi yang masih tercari-cari bidang perniagaan yang boleh dilakukan. Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2018 sahaja, kira-kira 2.3 juta kanak-kanak berusia kosong hingga empat tahun di hantar ke rumah pengasuh dan Taska oleh ibu bapa yang bekerja. (Bh Online, 2018).

b) Peluang Pekerjaan

Selain itu, perniagaan Taska juga boleh dijadikan sebagai platform menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan yang berminat atau individu yang mempunyai sijil kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Berdasarkan data yang dikumpul dari 2012 hingga Jun 2018, seramai 550 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak telah menamatkan pengajian dan tidak pernah dipanggil untuk menjalani sebarang temuduga oleh kementerian (Utusan Online, 2018). Sejak kebelakangan ini juga, isu pengangguran hangat diperkatakan sama ada secara terbuka atau melalui media massa. Justeru, melihat kepada potensi Taska sebagai bidang perniagaan yang sentiasa mendapat sambutan dimana-mana, mengapa tidak koperasi juga turut menceburi bidang ini dengan memanfaatkan kehadiran begitu ramai pencari kerja termasuk graduan yang masih menganggur di pasaran. Namun begitu, pemilihan kakitangan Taska haruslah berdasarkan kepada kelayakan dan pengetahuan mereka dalam apa bidang dipelajari. Sebagai contoh, seorang graduan yang masih menggangur dalam jurusan kewangan atau perakaunan, mungkin boleh dilantik sebagai eksekutif kewangan bagi menguruskan hal-hal berkaitan kewangan di Taska merangkumi penyediaan akaun perbelanjaan, transaksi bayaran oleh ibu bapa, bil utiliti dan lain-lain lagi. Jadi, bukan sahaja perniagaan Taska mampu menyumbang kepada pendapatan koperasi, koperasi juga

d) Permintaan Pelanggan

Berdasarkan laporan berita daripada Astro Awani bertarikh 18 September 2018, Malaysia masih lagi kekurangan pusat jagaan kanak-kanak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehingga Jun tahun 2018 hanya terdapat sebanyak 4,302 sahaja pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jumlah ini adalah amat jauh daripada yang disasarkan oleh pihak kerajaan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar bagi menampung bilangan anak-anak berusia bawah empat tahun yang memerlukan penjagaan.

DIMENSI KOOP

e) Ibu Bapa

Apabila adanya Taska yang berdaftar dan dipantau oleh pihak JKM, ia pastinya dapat mengurangkan kerisauan ibu bapa terhadap keselamatan anak kecil mereka di Taska dan mereka bolehlah memberikan tumpuan kepada urusan harian yang lain dengan perasaan yang lebih tenteram.

f) Generasi Hebat

Pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak merupakan elemen penting dalam pembentukan dirinya. Pengasuhan yang baik perlu disediakan untuk memastikan kanak-kanak membesar dan berkembang secara holistik dan seimbang. Pengalaman pembelajaran akan merangsang pembinaan hubungan neuron yang banyak dalam otak kanak-kanak dan hasilnya akan lahirlah individu yang bijaksana dan cemerlang.

g) Keperluan Anggota

Koperasi ditubuhkan adalah bagi meningkatkan sosioekonomi anggotanya. Selain itu, ia juga bagi memenuhi keperluan anggotanya. Sebagai contoh, bagi anggota yang memerlukan perkhidmatan Taska, koperasi boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan tersebut dengan kadar bayaran yang berpatutan. Untuk meninjau tahap sambutan terhadap perkhidmatan Taska ini, dapatkan maklum balas anggota koperasi dan masyarakat setempat, antaranya menerusi pengedaran soal selidik. Maklumat ini boleh membantu koperasi dalam merancang perniagaan dengan lebih tersusun seperti menyediakan kos pelaburan, mendapatkan premis yang sesuai, penyediaan peralatan & perkakasan yang mencukupi, menentukan bilangan pekerja dan sebagainya.

53

DIMENSI KOOP

d) Ibu Bapa

Ibu bapa juga merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha Taska. Kerenah dan ragam mereka perlu diatasi dengan cara yang baik dan bertoleransi. Mereka adalah pelanggan kepada perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Taska. Maka, pastikan pengusaha Taska telah mempunyai borang atau dokumen yang berkaitan untuk memastikan jika sebarang perkara Aspek urus tadbir yang baik adalah sangat penting dalam menghasilkan Taska yang lebih mudah diterima, berkesan, cekap dan berkualiti tinggi. Dalam dunia yang serba maju pada hari ini, setiap perniagaan yang diceburi pasti akan ada cabarannya. Antara cabaran dalam menjalankan perniagaan taska adalah seperti berikut:

a) Pengurusan

Merangkumi aspek operasi, pembangunan kerjaya kakitangan, pengambilan kakitangan, senarai tugas, dan lain-lain lagi. Jika ini tidak diuruskan dengan baik ia boleh memberikan implikasi kepada perniagaan Taska yang dijalankan. Aspek penting yang perlu diambil kira termasuklah waktu operasi yang ingin diguna pakai, kadar bayaran yang akan dikenakan kepada ibu bapa atas perkhidmatan Taska yang ditawarkan, cara atau kaedah yang digunakan bagi menarik perhatian kakitangan untuk bekerja di Taska dan juga kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan berbanding perkhidmatan Taska yang lain.

b) Kewangan

Tanpa sumber kewangan yang cukup dan kukuh, operasi dan perjalanan perkhidmatan Taska mungkin akan terganggu. Pengusaha perlu bijak dalam mengatur strategi untuk memastikan sumber kewangan digunakan sebaiknya. Buatlah perancangan yang rapi sebelum membeli barangan atau keperluan yang akan digunakan di Taska. Pastikan tidak timbul amalan pembaziran dalam menguruskan kewangan.

c) Pemasaran

Bagi menarik perhatian ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Taska, pihak pengusaha Taska perlulah kreatif dalam mencari serta menggunakan kaedah pemasaran masa kini. Penggunaan medium pemasaran yang tidak sesuai boleh memberikan implikasi kepada kenaikan kos perbelanjaan Taska. Salah satu cabaran yang sering dihadapi dalam mana-mana perniagaan yang dijalankan adalah pemasaran, walaupun pihak pengusaha telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk tujuan tersebut. Terdapat pelbagai alternatif pemasaran masa kini yang boleh digunakan dengan hanya bajet yang minimum antaranya Facebook, Twitter, Instagram, laman web dan sebagainya.

Penutup

Secara keseluruhannya, potensi perniagaan Taska ini bukanlah suatu yang baharu, malah jika dilihat terdapat banyak juga koperasi yang telah menjalankannya. Walaupun jumlahnya masih terhad, koperasi harus melihat ini sebagai peluang yang boleh dilaksanakan di koperasi sekiranya sesuai berdasarkan kepada permintaan, lokasi dan sumber. Koperasi hanya perlu melaksanakan strategi yang tepat dalam perniagaan bagi memastikan ia mendapat keuntungan, sentiasa berterusan dan berdaya saing.

Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pihak pengurusan serta anggota koperasi perlulah bersatu padu dan berganding bahu untuk membantu menjayakan matlamat koperasi. Koperasi tidak boleh hanya dibiarkan bergerak sendirian, ia memerlukan penggemblengan pengalaman, kepakaran, dan kemahiran antara semua anggota bagi membolehkan hasrat murni koperasi meningkatkan sosioekonomi anggota terlaksana.

Pucuk pangkalnya koperasi haruslah berani dalam melakukan perubahan dan tidak boleh kekal berada pada takuk lama serta perlu sentiasa mengkaji kehendak pasaran mengikut peredaran zaman. Kejayaan adalah bersifat subjektif kerana perniagaan yang berjaya adalah berasaskan kepada strategi, visi dan misi yang realistik dan holistik.

Umur

(tahun) kanak biasaKanak- keperluan khasKanak-kanak

0 – 1 1 : 3 2 : 3 1 – 3 1 : 5 2 : 5 3 – 4 1 : 10 3 : 10

Jadual 1 : Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mengikut

standard minimum JKM

(Sumber : JKM)

e) Pihak Kerajaan

Selain itu cabaran dalam perniagaan Taska ini adalah keperluan untuk mengikut dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebagai contoh, pematuhan dari segi bilangan maksimum kanak-kanak di bawah jagaan setiap orang pengasuh. Pengabaian terhadap peraturan ini mungkin boleh menyebabkan pengasuh tertekan apabila perlu menjaga jumlah kanak-kanak melebihi daripada jumlah yang telah ditetapkan.

f) Pengasuh

Pengusaha Taska perlu mendapatkan atau mencari pengasuh yang sesuai untuk bekerja di Taska, di mana pengasuh perlulah mempunyai sekurang-kurangnya latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pada masa kini, banyak lepasan graduan daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam yang masih belum bekerja dan berkelayakan dalam pendidikan awal kanak-kanak, seharusnya diberikan tempat dan keutamaan berbanding yang tiada pengetahuan dalam bidang kanak-kanak.

g) Persaingan

Setiap perniagaan yang dijalankan pasti wujud persaingan. Persaingan juga merupakan salah satu cabaran yang perlu diambil kira oleh pengusaha dalam menjalankan perniagaan Taska. Sering kali yang menjadi isu antara pesaing dalam industri yang sama adalah tawaran harga yang dikenakan dan juga servis yang diberikan. Ia amat berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, ada Taska yang menawarkan aktiviti yang menarik dan sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut seperti kelas al-Quran, Kelas Taekwondo, Kelas Tarian dan sebagainya.

55

DIMENSI KOOP

JENAMA :

FANTASI KE

Dalam dokumen Dari Meja Ketua Editor (Halaman 50-56)

Dokumen terkait