• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dari Meja Ketua Editor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dari Meja Ketua Editor"

Copied!
88
0
0

Teks penuh

(1)

Pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030. Ini terbukti dengan pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 pada Julai 2019. Konsep peningkatan ini juga ditekan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang ingin melahirkan masyarakat yang makmur menerusi pendapatan yang seimbang. Objektif utama dalam konsep kemakmuran bersama adalah Model Pembangunan Baharu, iaitu penglibatan segenap lapisan rakyat Malaysia dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara berteraskan ilmu pengetahuan dan nilai kemasyarakatan yang tinggi. Keusahawanan merupakan kunci utama dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), merangsang pelaburan serta menjana peluang pekerjaan. Selain itu, keusahawanan juga merupakan pemangkin kepada penjanaan inovasi serta menjadi wadah meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat dengan menyediakan peluang ekonomi kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk koperasi.

Sehubungan itu, keusahawanan merupakan satu komponen penting dan strategik dalam memacu Malaysia untuk mencapai status negara maju dan makmur. Keusahawanan dilihat sebagai satu pendekatan sosial untuk negara keluar daripada pendapatan pertengahan, seterusnya menjadi batu loncatan untuk negara Malaysia sebagai paksi ekonomi di rantau Asia. Justeru, terbitan Dimensi Koop bil. 62 turut memaparkan isu keusahawanan untuk perkongsian kepada gerakan koperasi dengan menekankan tajuk berkaitan Inovasi Sosioekonomi melalui Pendekatan Usahawan Koperasi, Usahawan Kreatif dan Inovasi dalam Keusahawanan Malaysia dan Kesediaan Usahawan Koperasi Menceburi Aktiviti Pusat Pengedaran (DC) Koperasi. Koperasi dilihat sebagai platform terbaik untuk menjadikan anggota sebagai seorang usahawan dalam melahirkan usahawan koperasi. Semoga dengan adanya perkongsian artikel berkenaan keusahawanan ini dapat membantu membangunkan modal insan anggota koperasi melalui penglibatan dan kerjasama anggota dalam perniagaan koperasi serta memberi panduan terbaik kepada anggota dalam tadbir urus perniagaan yang baik.

Dari Meja Ketua Editor

Mohd Zaib Mat Yunus

* Rujukan artikel boleh diperoleh daripada penulis * Gambar yang terkandung di dalam majalah ini adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja.

1

DIMENSI KOOP

(2)

Keberhutangan Isi Rumah:

Pengurusan Kewangan

Berhemah

Kandungan

Usahawan Kreatif dan Inovasi

dalam Keusahawanan di

Malaysia

Kuasa Penjenamaan dalam

Perniagaan Koperasi

Inovasi Sosioekonomi

melalui Pendekatan

Usahawan Koperasi

4

42

12

32

22

32

48

12

Bil. 62(3/2019)

(3)

Jenama: Fantasi ke Realiti

(Apa yang Perlu Dilakukan Apabila Produk dan

Perkhidmatan Anda Tidak Glamour?)

Kesediaan Usahawan Koperasi Menceburi

Aktiviti Pusat Pengedaran (DC) Koperasi

74

56

66

42

50

56

66

Ekosistem Pensijilan Halal di Malaysia:

Satu Potensi kepada Koperasi

74

3

DIMENSI KOOP

(4)

Usahawan Kreatif

dan Inovasi dalam

Keusahawanan di

Malaysia

Mohamad Haswardi Morshidi

Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak [email protected]

(5)

Pengenalan

Usahawan mengikut Kamus Dewan merupakan individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke masa demi kemakmuran masyarakat dan negara. Usahawan ialah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan untuk melakukan perkara seperti mencari peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai serta dapat memenuhi keperluan orang ramai.

Usahawan juga sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran dan mengambil risiko yang telah dipertimbangkan. Usahawan adalah diperlukan untuk menggerakkan sumber-sumber ekonomi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi. Sehubungan itu dalam mengendalikan tugas ini, usahawan perlu menggabungkan semua faktor-faktor ekonomi, mengambil risiko, mencipta, mereka bentuk, mencari peluang perniagaan dan sebagainya dengan tujuan mendapatkan keuntungan, kepuasan diri dan kemakmuran masyarakat.

5

DIMENSI KOOP

(6)

Di Malaysia, keusahawanan telah bermula dan wujud sejak Melaka memulakan perhubungan dengan pedagang asing lagi. Bagaimanapun apabila orang Inggeris menjajah Semenanjung Melayu, mereka telah menukar struktur masyarakat dan mengamalkan sistem pecah dan perintah. Akibatnya orang Melayu bergiat dalam bidang pentadbiran serta pertanian, manakala orang Cina menceburi dalam bidang perlombongan serta perniagaan seterusnya orang India pula telah bekerja di estet getah. Impaknya masyarakat Cina telah jauh ke hadapan daripada masyarakat Melayu dan India khususnya dalam bidang perniagaan. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan telah menyedari kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara serta sumbangannya kepada penjanaan ekonomi masyarakat juga kemakmuran negara. Sejak itu, kerajaan Malaysia mula memberikan perhatian kepada keusahawanan sehinggalah hari ini.

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Polisi Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan amat menggalakkan pembangunan keusahawanan dan mengiktiraf usahawan kerana usahawan merupakan penyumbang kepada pembangunan negara. Pada tahun 1995, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan khusus untuk mengurus dan menggalakkan perkembangan keusahawanan di Malaysia. Kemudian pada tahun 2004, kementerian tersebut telah dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (MeCD). Namun pada tahun 2009, MeCD telah ditutup dan kebanyakan agensi yang bernaung di bawah MeCD telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Bermula 2 Julai 2018, di bawah Kerajaan baharu Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN) yang lebih dikenali sebagai

Keusahawanan

di Malaysia

budaya keusahawanan dan membantu usahawan yang sedia ada di Malaysia.

Terkini, kunci utama dalam landskap keusahawanan Malaysia dalam Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030 yang dilancarkan pada 11 Julai 2019 adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), merangsang pelaburan, serta menjana peluang pekerjaan. Selain itu, keusahawanan merupakan pemangkin kepada penjanaan inovasi serta menjadi wadah meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat dengan menyediakan peluang ekonomi kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan terpinggir dan yang kurang bernasib baik dalam aspek pasaran buruh, bantuan dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan.

DIMENSI KOOP

(7)

Usahawan yang dilahirkan perlu dilengkapi dengan “kemahiran abad ke-21”, pendigitalan operasi perniagaan dan berkolaborasi dengan usahawan lain untuk terus bertahan dalam persekitaran dinamik ini. DKN ini akan menjadi

blueprint kepada usaha untuk memastikan

objektif-objektif agenda keusahawanan tercapai. Selain itu, ia penting untuk mengiktiraf keusahawanan sebagai satu strategi utama kepada pembangunan ekonomi Negara. Impak aktiviti keusahawanan di Malaysia dapat diukur melalui pelbagai aspek. Impak utama yang dapat dilihat adalah sumbangan kepada pemantapan ekonomi negara. Pada tahun 2017, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah mencatatkan KDNK yang lebih tinggi iaitu sebanyak 7.2% berbanding dengan 5.2% pada tahun sebelumnya, mengatasi pertumbuhan KDNK keseluruhan sebanyak 5.9%. Ini telah meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK keseluruhan daripada 32.2% pada tahun 2010

kepada 37.1% pada tahun 2017.

7

DIMENSI KOOP

(8)

Pada abad ke-18, keusahawanan telah mula dibincangkan oleh pakar ekonomi dan terus menarik perhatian pakar ekonomi sehingga ke abad yang berikutnya. Pada abad ke-20 pula, perkataan keusahawanan menjadi sinonim dengan perusahaan bebas. Keusahawanan merupakan proses dinamik bagi mewujudkan kekayaan. Ia adalah proses menghasilkan sesuatu yang baharu dan bernilai dengan memberikan masa dan ikhtiar serta buah fikiran yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologi dan sosial dan menjana keuntungan dalam erti kewangan, kebebasan dan kepuasan diri. Keusahawanan juga merupakan simbol kegigihan, pertumbuhan dan pencapaian dalam perniagaan serta diakui di serata dunia sebagai pemangkin pembangunan ekonomi.

Manakala, usahawan mula diiktiraf sebagai agen perubahan yang membawa idea yang kreatif dan inovatif untuk perniagaan dan membantu perniagaan berkembang dan memberikan keuntungan. Usahawan merupakan peneroka kejayaan perniagaan hari ini. Kepekaan mereka kepada peluang, ketekunan mereka untuk

Keusahawanan dan Usahawan

melakukan inovasi dan keupayaan mereka untuk mencapai sesuatu menjadi alat mengukur perusahaan bebas. Usahawan juga seseorang yang mengurus, mentadbir dan menanggung risiko sebuah perniagaan. Selain itu, usahawan adalah pemangkin perubahan ekonomi yang melakukan pencarian yang bermakna, perancangan yang teliti dan pertimbangan yang baik dalam urusan keusahawanan.

Menariknya, usahawan merupakan seseorang yang boleh mencipta sesuatu baharu di sebalik ketidakpastian untuk mencapai keuntungan dan perkembangan dengan mengenal pasti peluang dan mengumpul sumber yang perlu. Usahawan biasanya bermula dengan idea yang ringkas dan mengumpul sumber yang perlu untuk mengubah idea tadi kepada suatu perniagaan yang boleh berdaya maju dan berterusan. Usahawan biasanya bersikap optimistik dan komited dan bekerja dengan kreatif untuk mencipta sumber baharu atau menambah baik sumber lama dengan keupayaan baharu untuk mencipta kekayaan.

(9)

Pada masa kini, masih ramai para graduan ataupun mereka yang belum bekerja memikirkan untuk mencari pekerjaan dan makan gaji. Keadaan ini tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kepada para graduan kerana budaya makan gaji telah sekian lama tertanam dalam kotak fikiran masyarakat. Graduan yang makan gaji di sektor kerajaan ataupun swasta, pada pandangan masyarakat telah mencukupi dan boleh mencapai kehidupan yang stabil. Namun, sejauh mana budaya makan gaji ini masih membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan yang baik dan sempurna?

Melalui tinjauan ketika ini juga, masih ramai lagi yang bekerja dengan makan gaji masih perlu mendapatkan pendapatan yang kedua ataupun tambahan bagi menampung kekurangan pendapatan mereka yang sedia ada. Oleh yang demikian, mulai saat ini budaya keusahawanan haruslah dimulakan. Budaya keusahawanan ini sangat perlu dipupuk awal lebih-lebih lagi dengan melihat keadaan kekurangan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta pada masa ini. Pertanyaan biasa apabila bertemu dengan graduan iaitu “Kerja di mana sekarang……?” yang sentiasa bermain di bibir dalam kalangan masyarakat seharusnya perlu diubah kepada “Buat perniagaan apa sekarang……?”. Ini akan disokong dengan melihat kepada kelebihan-kelebihan menjadi usahawan berbanding bekerja makan gaji iaitu:

i. Usahawan merupakan satu pekerjaan yang mulia

Islam amat memandang tinggi kepada golongan usahawan sehinggakan 9/10 atau sembilan puluh peratus (90%) sumber rezeki diperoleh melalui perniagaan. Walau bagaimanapun, usahawan hendaklah mengamalkan etika perniagaan seperti kejujuran, keadilan, amanah di samping bergantung kepada Tuhan agar perniagaan diberkati.

ii. Lagi ramai usahawan, lagi bangsa dan negara kita kuat

Negara di dunia sekarang ini bergantung kepada kekuatan ekonomi sebagai penentu kekuatan sesebuah negara. Negara yang maju dan kuat biasanya mempunyai ramai usahawan kerana pendapatannya turut menyumbang kepada negara. Kesannya usahawan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi negara.

iii. Menjadi usahawan banyak membantu jika mahu hidup ringkas

Menjadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan seseorang mencari kebebasan dalam kehidupan, ringkas dan kehidupan yang diimpikan. Ini termasuklah kebebasan masa, sumber, dan fleksibiliti boleh diaplikasikan sebaik mungkin hanya sekiranya seseorang menjadi usahawan dan menjalankan perniagaan sendiri.

iv. Menjadi usahawan membuatkan anda menyediakan peluang pekerjaan

Jika kita makan gaji, secara langsung kita hanya dan banyak menyumbang kepada majikan yang memberikan pekerjaan kepada kita. Sebaliknya, usahawan mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang akan membantu dalam aktiviti perniagaan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kadar pengangguran. v. Lagi ramai usahawan, lebih banyak

peluang untuk kita berbakti

Usahawan juga dapat memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanggungjawab sosial seperti menghulurkan derma kebajikan, membina prasarana, menjalankan aktiviti sosial yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Selain itu melalui jaringan dan perniagaan yang diusahakan bersama usahawan pula kita akan dapat menyediakan keperluan dan kehendak sama ada dalam bentuk produk mahupun perkhidmatan kepada masyarakat dalam skala besar. Melalui keuntungan perniagaan pula usahawan tidak lupa membayar cukai dan zakat yang akan digunakan untuk membangunkan negara dan membantu masyarakat.

Pembudayaan Keusahawanan

di Malaysia

9

DIMENSI KOOP Bil. 62(3/2019)

(10)

Kreativiti merupakan prasyarat kepada inovasi. Apabila seseorang usahawan telah melalui proses kreatif dan memperoleh penyelesaian yang terbaik, langkah seterusnya adalah penggunaan, perlaksanaan dan akhirnya adalah inovasi.

Inovasi pula merupakan kunci kejayaan yang berterusan untuk organisasi perniagaan yang dibina. Perniagaan yang boleh bersaing dan menang adalah perniagaan yang akan berjaya mengembangkan produk atau sistem baharu serta mampu mengeluarkan produk secara berterusan dan bertahan lama dalam pasaran. Ini bermakna setiap organisasi, tidak kira sama ada perniagaan berasaskan keuntungan ataupun bukan keuntungan, tidak harus mudah cepat berpuas hati dengan pencapaian organisasi masing-masing. Selain itu, inovasi penghasilan suatu yang baharu boleh mengubah dan mengawal permintaan serta penawaran sesebuah pasaran. Seorang usahawan mencipta permintaan baharu dalam pasaran dengan menggabungkan semula faktor-faktor pengeluaran untuk mencipta suatu yang baharu.

Usahawan Kreatif dan Inovasi

dalam Keusahawanan

Keusahawanan dan inovasi merupakan dua perkara penting yang saling berkait dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan transformasi negara. Negara maju meletakkan keusahawanan dan inovasi sebagai prasyarat penting untuk pertumbuhan yang mapan. Usahawan adalah individu yang kreatif tetapi tidak semua individu yang kreatif boleh menjadi usahawan. Ciri-ciri individu yang kreatif adalah seperti di bawah:

i. Amat rendah diri dan bangga pada masa yang sama.

ii. Berani mencuba benda baharu.

iii. Sangat sayangkan kerja mereka tetapi sangat objektif.

iv. Mempunyai tahap kawalan diri yang tinggi. v. Minda terbuka dan sanggup menerima

kritikan orang lain.

vi. Sanggup mengambil risiko.

vii. Berpandukan matlamat, cermat dan bertimbang rasa dalam membuat keputusan.

(11)

Penutup

Usahawan yang hendak berjaya hendaklah menerapkan kreativiti dan inovasi di dalam organisasi perniagaan mereka di samping mengiktiraf kebolehan sendiri. Usahawan yang kreatif juga memahami dan mengetahui kebolehan diri sendiri supaya dapat menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan cepat dan cara mudah. Selain itu, usahawan kreatif bijak merebut peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan baik dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bermutu.

Usahawan harus lihat masalah dan peluang dari pelbagai perspektif agar perniagaan mereka akan lebih berdaya saing juga berdaya maju serta berani dan tidak takut untuk gagal dalam dunia keusahawanan yang diceburi. Sekiranya usahawan mengalami kegagalan atau kesilapan, ia merupakan motivasi untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Usahawan juga seharusnya menghayati Dasar Keusahawanan Nasional yang meletakkan Malaysia sebagai “Negara Keusahawanan” unggul menjelang tahun 2030.

Oleh itu, inovasi perlu diberikan penekanan khusus kerana ia adalah kunci untuk usahawan terus kekal dalam dunia perniagaan yang semakin sengit persaingannya di masa ini. Justeru, usahawan perlu sedar elemen kreativiti dan inovasi amat penting kerana tiga sebab, iaitu:

i. Mengekalkan Daya Ketahanan Organisasi Kreativiti dan inovasi adalah satu kemestian

agar sebuah organisasi untuk bertahan lama. Masa hadapan sesebuah organisasi itu bergantung pada kebolehan usahawan untuk mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Dengan berbuat begitu, ia akan meningkatkan kebolehan organisasi tersebut untuk bersaing dengan pesaing. Ia juga menjadikan organisasi itu mampu bertindak pantas terhadap perubahan sekeliling. Sesebuah organisasi perniagaan itu tidak lagi perlu menantikan permintaan daripada pelanggan. Sebaliknya, ia harus sentiasa cuba mengeluarkan sesuatu yang baharu untuk memuaskan kehendak pelanggan. ii. Penggunaan Sumber Asli

Terdapat banyak sumber asli di muka bumi ini yang mana usahawan boleh memanfaatkannya tanpa menjejaskan alam sekitar. Malah, sumber tidak wujud sehingga manusia mencari kegunaan baginya dan memberikannya nilai ekonomi melalui aspek kreativiti dan inovasi. Oleh itu, usahawan adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan nilai bagi setiap sumber asli untuk faedah manusia dan masyarakat berdasarkan perniagaan dijalankan.

iii. Penerokaan Pasaran Baharu

Usahawan boleh menggunakan produk atau perkhidmatan baharu untuk menerokai pasaran yang belum diceburi. Seorang usahawan yang kreatif dan inovatif akan selalu cuba menakluki pasaran baharu dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu.

11

DIMENSI KOOP

(12)

Keberhutangan

Isi Rumah:

Pengurusan

Kewangan

Berhemah

Salwana Ali

Zon Tengah & Pembangunan Koperasi [email protected]

(13)

Pengenalan

Hutang merupakan satu kemudahan yang sering digunakan bagi mencapai matlamat individu dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Kemudahan hutang ini lazimnya ditawarkan oleh institusi kewangan dan bukan kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Koperasi juga tidak terkecuali menawarkan perkhidmatan kredit kepada anggotanya mengikut peruntukan perundangan di bawah seliaan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Aktiviti kredit ini secara tidak langsung dapat memberi keuntungan kepada pemain kredit utama sekali gus mengelakkan masyarakat membuat pinjaman daripada sindiket syarikat kewangan yang tidak mempunyai lesen sah. Walaupun kredit merupakan satu kemudahan yang mudah diperoleh tetapi hutang ini perlu dikawal agar tidak memberi implikasi negatif kepada persekitaran ekonomi juga sosial.

Statistik telah menunjukkan bahawa kadar hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan sebanyak 84.3 peratus (2017), 88.3 peratus (2016), 89.9

peratus (2015) tertinggi di Asia dan sejumlah 83.8 peratus setakat Jun 2018. Keseluruhannya menunjukkan perkembangan yang positif tetapi pihak BNM sentiasa berwaspada memandangkan kadar hutang isi rumah terkini mencatatkan lebih 80 peratus yang masih dianggap membimbangkan. Pada tahun 2019 pula, Kementerian Kewangan (MOF) dalam laporan tinjauan Ekonomi 2019 menyatakan bahawa tahap hutang isi rumah dijangka kekal terkawal kerana sokongan kerajaan yang berterusan dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran isi rumah mengenai perancangan dan pengurusan kewangan.

Walau bagaimanapun, peningkatan nisbah kerberhutangan isi rumah dikaitkan dengan pelbagai faktor lain seperti kenaikan kos sara hidup, pendapatan yang tidak meningkat serta kadar kenaikan faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan turut membebankan isi rumah. Bagi mengatasi kemelut bebanan hutang oleh isi rumah semakin meningkat maka pihak kerajaan khususnya BNM saban tahun mengambil langkah dan pendekatan bersesuaian untuk mengekalkan hutang isi rumah semasa pada tahap berhemat.

13

DIMENSI KOOP

(14)

DEFINISI HUTANG

ISI RUMAH

Berdasarkan BNM, hutang isi rumah merujuk kepada liabiliti/hutang yang perlu dibayar balik pada masa akan datang melalui pinjaman pembelian harta tanah, sekuriti serta membiayai penggunaan. Penggunaan pula bermaksud pinjaman untuk membeli kenderaan bermotor bagi kegunaan peribadi dan kemudahan kad kredit. Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pula mendefinisikan hutang isi rumah sebagai jumlah liabiliti/ hutang yang harus dibayar atau bayaran faedah termasuk prinsipal kepada pemiutang bagi tarikh pada masa hadapan. Ia termasuklah pembayaran hutang kepada bank dan institusi kewangan bukan bank (IKBB). Contoh IKBB seperti Lembaga Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

Ringkasnya hutang isi rumah merujuk kepada jumlah hutang yang dibuat oleh isi rumah di sesebuah negara melalui pinjaman daripada institusi kewangan untuk kegunaan tertentu. Merujuk kepada profil keberhutangan isi rumah didapati masyarakat Malaysia akan membuat

pinjaman untuk tujuan pembelian harta kediaman (rumah), pembelian harta bukan kediaman, sewa beli kenderaan bermotor, pembiayaan peribadi, kad kredit dan lain-lain. Merujuk kepada Kementerian Kewangan sebanyak 80 peratus daripada hutang isi rumah diambil daripada sistem perbankan manakala 20 peratus daripada institusi kewangan bukan perbankan. Walaupun pinjaman memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia namun jika pinjaman tidak dikawal ia akan memberi impak negatif. Justeru pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dalam mengawal nisbah keberhutangan isi rumah tersebut agar ia terkawal.

(15)

Senario Keberhutangan

Isi Rumah di Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bahawa komposisi terbesar hutang isi rumah melibatkan pembelian harta kediaman mencatatkan peratusan tertinggi sejumlah 53 peratus diikuti oleh pembiayaan peribadi sebanyak 14.4 peratus, seterusnya pinjaman kenderaan sejumlah 13.8 peratus dan hartanah kediaman kira-kira 7.4 peratus (Jadual 1). Daripada komposisi tersebut, pinjaman yang diperoleh daripada bank mencatatkan sebanyak 79.7 peratus, institusi bukan bank pula sejumlah 12.6 peratus manakala 7.8 peratus adalah daripada pinjaman institusi pembangunan kewangan. Manakala profil keberhutangan isi rumah mengikut pendapatan bulanan pula yang

Berdasarkan statistik pada Jun 2018, keseluruhan hutang isi rumah bernilai RM1.17 trilion iaitu 83.8 peratus daripada KDNK.

Bil Jenis Pinjaman Peratus (%)

1 Pembelian harta kediaman (rumah) 53 2 Pembelian harta bukan kediaman 7.4 3 Sewa beli kenderaan bermotor 13.8 4 Pembiayaan Peribadi 14.4 5 Kad kredit 3.5

Bil Pendapatan bulanan Peratus (%)

1 > RM5,000.00 56.4 2 RM5,000.00 – RM3,000.00 21.4 3 < RM3,000.00 22.2

Jadual 1: Pinjaman Isi Rumah di Malaysia

Jadual 2: Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Bulanan

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)

dilaporkan oleh BNM mendapati isi rumah dengan pendapatan RM5,000.00 ke atas mempunyai nisbah keberhutangan tinggi sebanyak 56.4% iaitu masih menanggung bebanan untuk membayar hutang yang mewakili kumpulan tertinggi (T20) sekali gus komposisi terbesar hutang isi rumah paling tinggi. Seterusnya diikuti oleh isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000.00 iaitu 22.2 peratus yang mewakili kumpulan B40. Kumpulan B40 merupakan golongan yang lebih terancam terhadap hutang dan memberi implikasi negatif kepada kumpulan ini disebabkan pendapatan boleh guna mereka yang memang sedia ada bernilai kecil. (Jadual 2).

15

DIMENSI KOOP

(16)

Sehubungan itu takrifan isi rumah mengikut kumpulan pendapatan yang diguna pakai di Malaysia adalah seperti berikut:

a) Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20)

b) Isi rumah yang

berpendapatan tinggi dengan purata

bulanan RM8,319.00 dan ke atas

a) Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (M40) b) Isi rumah yang

berpendapatan sederhana dengan purata bulanan di antara RM3,860.00 hingga RM8,319.00

a) Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) b) Isi rumah yang

berpendapatan tinggi dengan purata bulanan di bawah RM3,860.00

c) Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis

kemiskinan (PGK). Nilai PGK nasional adalah RM950 sebulan.

Merujuk kepada BNM, hutang isi rumah semasa masih berada pada tahap yang boleh dikawal namun dalam jangka panjang ia akan memberi implikasi negatif sekiranya langkah-langkah pemulihan tidak diambil kira. Sewajarnya hutang isi rumah perlu dikawal secara komprehensif agar isi rumah tidak terdedah kepada risiko keberhutangan yang tinggi. Oleh itu dalam mengekang pertumbuhan nisbah hutang isi rumah, pihak BNM

1. Kumpulan T20

2. Kumpulan M40

3. Kumpulan B40

(17)

Peranan Bank Negara

Malaysia (BNM)

BNM sentiasa membantu isi rumah supaya bebas daripada tekanan kewangan serta bebanan hutang yang ditanggung oleh isi rumah. Terdapat tiga inisiatif yang telah diambil oleh pihak BNM seperti berikut:

i. Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)

Pada tahun 2006, BNM telah menubuhkan sebuah agensi dikenali Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Objektif penubuhannya bertujuan selaku kaunselor kewangan dan bantuan kepada peminjam individu. Selain itu, AKPK juga memberikan panduan pengurusan kewangan bagi membantu individu mengawal perbelanjaan dan mengelakkan sifat boros. Terdapat tiga jenis perkhidmatan yang disediakan iaitu:

a. Kaunseling dan nasihat kewangan secara bertemu muka dengan peminjam mengenai kemahiran pengurusan kewangan

b. Program pengurusan hutang peribadi c. Pendidikan kewangan

ii. Regulasi Pinjaman

Pada tahun 2013 pula, BNM turut mengeluarkan garis panduan terhadap pinjaman, langkah yang diperkenalkan adalah:

1. Tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi

2. Tempoh pinjaman maksimum selama 35 tahun untuk pembiayaan bagi pembelian harta kediaman dan bukan kediaman

3. Larangan menawarkan produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu. BNM juga turut mengetatkan proses

penilaian risiko kredit terhadap proses permohonan pinjaman.

iii. Skim Insuran

Pada tahun 2017, BNM telah memperkenalkan skim insurans atau takaful perlindungan tenang untuk membantu kumpulan B40 mendapatkan perlindungan kepada diri, aset dan keluarga agar mereka tidak merasai impak bebanan hutang tinggi.

17

DIMENSI KOOP

(18)

Koperasi dalam Mengawal Nisbah Keberhutangan Isi Rumah Anggota

Statistik 2017 menunjukkan bahawa sebanyak 587 buah koperasi telah menjalankan aktiviti kredit dengan sumbangan perolehan sebanyak RM6.7 bilion. Ini menunjukkan bahawa 84.9 peratus (RM34.2 bilion) daripada perolehan gerakan koperasi telah disumbangkan oleh sektor perkhidmatan kewangan. Aktiviti kredit yang bermula sejak tahun 1922 dan merupakan tulang belakang dalam gerakan koperasi berfungsi secara berkesan telah memberi manfaat yang signifikan kepada ekonomi negara dalam membantu:

a) Anggota meraih peluang ekonomi dan meningkatkan pendapatan

b) Mengembangkan perniagaan c) Mewujudkan peluang pekerjaan

Implikasi sosial yang akan dihadapi oleh anggota sekiranya dibelenggu bebanan hutang tinggi adalah seperti berikut:

a) Tidak mampu membayar balik pinjaman b) Mengganggu ketenteraman rumah tangga c) Menjejaskan tumpuan terhadap kerjaya

Sehubungan itu pihak koperasi amnya hendaklah mengawal nisbah keberhutangan isi rumah supaya implikasi negatif tidak terkesan dan menjejaskan fungsi aktiviti kredit koperasi. Manakala bagi anggota koperasi khususnya yang ingin memohon untuk pinjaman perlu berhemah dalam berbelanja iaitu bijak untuk membezakan antara keperluan (must have) dan kehendak (good to have).

Peranan ALK dan Pihak Pengurusan Koperasi

Dalam pentadbiran koperasi, tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan pihak pengurusan hendaklah menjalankan amalan pemberian pembiayaan secara berhemat mengikut kepada peruntukan perundangan yang sedia ada seperti Garis Panduan (GP), aturan dan lain-lain. Antaranya:

a) Melaksanakan penilaian kesesuaian dan keupayaan bayar balik oleh peminjam.

- Memastikan jumlah dan syarat pembiayaan dapat dipatuhi oleh anggota itu sepenuhnya sepanjang tempoh pembiayaan

b) Mengadakan suatu prosedur bagi

memastikan produk pembiayaan yang ditawarkan bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan kewangan anggota

- Merekodkan kriteria kelulusan secara teratur dan disokong dengan maklumat

yang relevan - Obligasi bayaran balik hutang dan pendapatan direkodkan dengan jelas

Dalam mengawal nisbah keberhutangan isi rumah, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengambil inisiatif mengeluarkan Garis panduan 7A iaitu Panduan Pengendalian Pemberian Pembiayaan Secara Berhemat. Selain itu terdapat juga GP yang berkait rapat dengan GP 7A iaitu GP6: Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi atau GP 7: Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi.

(19)

a) Celik Kewangan

Ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan mampu mengatasi masalah bebanan hutang. Aspek perancangan kewangan sangat penting bagi mengawal tahap keberhutangan dan mengelakkan pinjaman tidak berbayar serta diisytiharkan muflis. Seharusnya masyarakat perlu merancang perbelanjaan sama ada pembelian sesuatu barang itu merupakan keperluan, kemudahan atau bersifat kemewahan. Dalam koperasi, anggota hendaklah diberi pendidikan tentang kaedah pengurusan kewangan secara sistematik anjuran koperasi bersama Institut Koperasi Malaysia (IKM). Dalam memberi pendidikan, latihan dan maklumat sepertimana dalam prinsip koperasi kelima, koperasi disarankan untuk bekerjasama dengan IKM dalam memberi pendidikan kepada anggota.

Terdapat koperasi yang menjemput Pegawai Latihan IKM bagi mengendalikan kursus tersebut. Contohnya koperasi Majlis Bandaraya Ipoh Berhad dengan kerjasama IKM telah mengadakan kursus kepada anggota seramai 200 orang tentang kaedah pengurusan kewangan bijak. Secara tidak langsung ini merupakan usaha daripada pihak ALK dalam memberi pendidikan kepada anggota khususnya B40 dalam mengawal tahap keberhutangan anggota.

b) Agensi Kaunseling Pengurusan Kewangan (AKPK) dan Perlindungan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Agensi seperti AKPK dan PIDM juga perlu meningkatkan usaha dalam membantu masyarakat meningkatkan kesedaran akan kepentingan menabung serta memberi bimbingan mengenai pengurusan kewangan isi rumah secara berhemat.

Di peringkat IKM, sesi taklimat oleh AKPK pernah dilaksanakan kepada peserta kursus

Pengurusan Kewangan

Berhemah

Oleh itu, dalam mengawal nisbah keberhutangan isi rumah, peranan anggota khususnya dalam koperasi dan masyarakat amnya hendaklah mencari langkah secara berterusan seperti berikut:

yang hadir ke program IKM. Taklimat selama satu jam ini merupakan inisiatif MKM dalam memberi maklumat berkaitan AKPK. Program ini bertujuan supaya ALK dan pihak pengurusan dapat membantu anggota yang bermasalah dalam isu keberhutangan tinggi dan memberi saranan supaya anggota merujuk kepada AKPK bagi penstrukturan semula hutang.

c) Pelaburan & Produk

Pelaburan juga memberi manfaat kepada masyarakat dalam menjana pendapatan tambahan namun pelaburan hendaklah dibuat secara bijaksana. Pelaburan perlu mengambil kira kewangan yang kukuh kerana ia mudah terdedah kepada risiko. Pelaburan yang baik hendaklah dibuat daripada lebihan pendapatan bukannya membuat pinjaman untuk membiayai mana-mana skim pelaburan. Pelaburan yang berisiko rendah seperti ASB, ASN dan lain-lain mengikut kemampuan. Masyarakat juga harus bijak memilih produk pelaburan bagi mengelakkan pelaburan bercirikan skim cepat kaya yang akan memberi implikasi negatif seperti kehilangan duit pelaburan atau pulangan yang dijanjikan tidak diterima dengan setimpal. Di peringkat koperasi, bentuk pelaburan yang boleh dipilih oleh anggota adalah seperti berikut:

i) Modal Syer

Anggota berpeluang untuk membuat pelaburan bersama koperasi melalui penambahan modal syer di samping mempunyai modal syer minimum. Penambahan ini juga adalah tertakluk kepada UUK dan perundangan berkaitan. Dividen akan diberikan ke atas modal syer yang dicarum oleh anggota berdasarkan prestasi keuntungan koperasi semasa dan kemampuan aliran tunai juga diambil kira. Terdapat koperasi yang membayar dividen melebihi 10 peratus namun harus memohon kelulusan dari SKM terlebih dahulu. Anggota juga boleh membuat pelaburan melalui menjadi keanggotaan di koperasi lain

19

DIMENSI KOOP

(20)

seperti Bank Rakyat, yang memberikan kadar dividen tinggi melebihi 10 peratus. Selain Bank Rakyat, anggota juga boleh menganggotai di Bank Persatuan dan membuat pelaburan menggunakan produk pelaburan di bawah Bank Persatuan (COOP Bank).

ii) Insurans

Pelaburan dalam insurans juga dapat membantu anggota pada masa hadapan sekiranya berlaku kemalangan, kematian dan sebagainya. Dalam hal ini anggota dapat membeli perlindungan insurans mengikut pelan yang bersesuaian bagi melindungi ahli keluarga mengikut kemampuan. Secara tidak langsung ia dapat membantu koperasi dalam menjana pendapatan tambahan dalam perniagaan aktiviti insurans. Terdapat koperasi yang telah menjadi agen bersama syarikat pengendali insurans seperti Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas dan lain-lain.

iii) Simpanan Khas

Terdapat koperasi yang menyediakan aktiviti pelaburan khas yang berisiko rendah dengan kadar pulangan berpatutan. Aktiviti ini adalah tertakluk kepada aturan dan perundangan berkaitan supaya anggota dapat menikmati pulangan sewajarnya daripada pelaburan tersebut. Bagi koperasi yang ingin menjalankan perniagaan tetapi modal tidak mencukupi, koperasi turut menjalankan skim simpanan khas bagi projek tersebut mengikut perjanjian yang telah dipersetujui antara koperasi dan anggota. Pulangan akan diberikan berdasarkan keuntungan mengikut peratusan keuntungan yang telah dipersetujui.

d) Tabungan

Pendidikan kewangan juga hendaklah bermula daripada rumah khususnya tabiat menabung. Ibu bapa hendaklah mendidik dalam usaha memupuk tabiat menabung di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Selain itu, masyarakat juga perlu mendisiplinkan diri sekurang-kurangnya menabung antara 5% sehingga 10 peratus daripada jumlah pendapatan sebagai tabungan.

Koperasi turut menyediakan kaedah tabungan melalui simpanan secara potongan gaji atau manual bagi menggalakkan sikap menabung dalam kalangan anggota. Aktiviti simpanan dan pengeluaran adalah tertakluk kepada aturan yang telah disediakan oleh pihak ALK. Tabungan ini dapat membantu anggota untuk digunakan mengikut keperluan seperti perbelanjaan persekolahan anak, bayaran insurans kenderaan, menunaikan umrah, keperluan Hari Raya dan sebagainya. Simpanan ini akan diberikan pulangan pada kadar yang berpatutan berdasarkan prestasi kewangan semasa dan kedudukan aliran tunai koperasi. Terdapat juga koperasi mengadakan tabungan khas untuk anggota membuat simpanan bagi mengerjakan haji, umrah dan pelancongan.

(21)

Penutup

Hutang isi rumah merujuk kepada jumlah hutang yang dibuat oleh isi rumah daripada institusi kewangan dan bukan kewangan untuk tujuan pembelian harta kediaman (rumah), pembelian harta bukan kediaman, sewa beli kenderaan bermotor, pembiayaan peribadi, kad kredit dan lain-lain. Kadar hutang isi rumah semasa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih di tahap terkawal dan sentiasa dipantau oleh BNM selaku bank pusat. Pelbagai langkah kestabilan kewangan telah diperkenalkan oleh BNM bagi mengawal dan membendung supaya isi rumah tidak terbeban kadar hutang yang tinggi khususnya kepada kumpulan B40.

Gerakan koperasi tidak terkecuali untuk mengambil kira dan mengawal nisbah keberhutangan isi rumah anggota koperasi dan sewajarnya merujuk kepada GP 7A dalam membuat penilaian dan keupayaan bayaran balik oleh anggota. Dalam mengawal paras keberhutangan isi rumah, masyarakat Malaysia amnya dan anggota khususnya hendaklah mempunyai kemahiran dan ilmu pengurusan kewangan yang bijak untuk membezakan antara keperluan (must have) dan kehendak (good to have). Selain itu mereka digalakkan sentiasa berterusan untuk celik kewangan, membuat pelaburan dan tabungan serta mendapatkan khidmat AKPK sekiranya perlu apabila mengalami isu keberhutangan tinggi.

21

DIMENSI KOOP

(22)

Budaya Kerja

Cemerlang

Menurut

Perspektif Islam

Norhazilina Abdul Halim

Institut Koperasi Malaysia Zon Timur [email protected]

(23)

Pengenalan

Budaya Kerja Cemerlang (BKC) atau Excellent Work Culture merupakan satu pendekatan komprehensif yang dijadikan dasar dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1989 terutamanya dari aspek pengurusan pentadbiran, sistem penyampaian, proses dan tatacara kerja penjawat awam di Malaysia. Penekanannya telah mula diberi tumpuan selepas kemerdekaan khasnya bagi mencapai Dasar Ekonomi Baru (DEB). BKC merupakan satu kemestian dan titik tolak sekiranya ingin memacu kemantapan dan kekuatan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Malah YAB Perdana Menteri Malaysia juga menyatakan bahawa:

“Cara kita tadbir dahulu lain dengan sekarang... dari segi sistem, perlu pendekkan prosedur. Kita mesti berusaha ke arah itu agar hasil kerja dapat diperoleh dengan cepat. Bukan sahaja cepat, tetapi juga tepat dan menepati tujuan. Tapi ini bergantung kepada faktor manusia. Sebab itu, perlu perbaiki, perlu ditambah (sikap) tanggungjawab, boleh dipercayai, komited, tidak membuang masa, bersemangat hendak menjayakan sesuatu yang diamanahkan dan bukan bekerja sambil lewa”.

(Bernama 23 November 2006).

Sehubungan itu, usaha yang berterusan dari semasa ke semasa menerusi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terhadap penerapan BKC akan sentiasa dinilai oleh kerajaan. Maka, tanggal 27 November 1989, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan BKC. Pelancaran BKC dapat dibudayakan dan dapat disemai dalam pelaksanaan kerja serta ia mampu dijadikan rutin amalan kebiasaan untuk mencapai matlamat organisasi, entiti perniagaan lain termasuk koperasi dan

kerajaan.

23

DIMENSI KOOP

(24)

Konsep BKC

Pelbagai definisi yang akan tergambar apabila membicarakan soal BKC ini. Terdapat juga hasil tulisan yang menterjemahkannya sebagai keberkesanan sesuatu kerja yang menghasilkan kecemerlangan itu boleh dinilai daripada aspek kos, masa, keselesaan dan kepuasan pelanggan. Penentuan kecemerlangan juga bukan sahaja berdasarkan kuantiti bagi produk dan kualiti perkhidmatan semata-mata tetapi juga kepuasan pelanggan. Menurut Salleh M, kualiti yang dimaksudkan adalah kepuasan pelanggan dan keperluan yang ditetapkan. Budaya kerja murni dan berkualiti menjadi amalan kerja bersama apabila diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur dan peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Budaya kerja bermula dari peringkat pengurusan atasan, disambut baik oleh pengurusan pertengahan dan dihayati serta dilaksanakan oleh setiap kakitangan. Begitu juga, Musatafa Daud menyatakan konsep BKC boleh dikaitkan dengan etika dan tatacara kerja yang melibatkan kerajinan, gigih, daya cipta, kreativiti, inovasi, semangat kerjasama, kerja berpasukan, integriti, berdisiplin dan bersikap untuk berusaha meningkatkan prestasi. Namun, menurut Wan Omar (1996), budaya ini harus seiring dengan konsep dan nilai ajaran Islam yang perlu disemai dan dipraktikkan dalam urusan seharian.

Selain itu, YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa terdapat lima aspek kualiti kerja yang perlu ditekankan iaitu:

a. Bekerjasama

b. Bekerja secara efektif

c. Berusaha memenuhi ekspektasi pelanggan d. Bekerja berdasarkan keperluan zaman

e. Bersedia untuk mengadakan perubahan dan belajar ke arah melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9

Berdasarkan kupasan tafsiran ini, dapat dilihat bahawa BKC dan etika kerja adalah saling berkaitan. BKC menekankan aspek ‘berterusan’ atau ‘konsisten’ dan ‘kebiasaan’ selaras dengan penggunaan perkataan ‘budaya’ dalam melakukan kerja berdasarkan nilai, sikap dan norma yang cemerlang melalui aspek perancangan, pengorganisasian, pelaksanaan atau pembuatan keputusan di setiap tahap perjawatan dan menghasilkan output yang cemerlang.

(25)

Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Justeru, setelah berjaya mencapai sesuatu kualiti, ia tidak terhenti dan perlu diteruskan untuk mencari kualiti yang lebih baik. Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tetapi juga oleh organisasi yang berwawasan. Usaha untuk mencapai kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif. Begitu juga jelas dalam Al-Quran iaitu ‘ahsanu amala’ dalam Surah al-Mulk (67):2 , ‘aflaha’ Surah al-A’La (87):14, Surah al-Mu’minun (23):1, Surah Asy-Syams (91):9 , Surah Thaha (20):64 dan ‘ihsana’ yang menerangkan apa jua pekerjaan yang dilakukan oleh manusia menitikberatkan keikhlasan, kejujuran serta berilmu untuk mencapai kecemerlangan dengan mendapat keredaan dan keberkatan Allah SWT. Malah dalam laungan azan apabila masuknya

waktu solat, seruan “hayya ala falah” digunakan dalam menyeru umatnya untuk berusaha menuju kejayaan dan mencapai kemenangan bukan sahaja di dunia malah ke alam yang kekal iaitu akhirat. Pekerjaan yang cemerlang adalah dilaksanakan dengan berkualiti secara tekun, khusyuk, ikhlas, konsisten, amanah dan bertanggungjawab. Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan dan menjadi

‘role model’ kepada masyarakat.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat dalam fasa pembentukan kualiti kecemerlangan individu dan organisasi seperti di dalam Rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Kecemerlangan Individu dan Organisasi

Nilai & Etika

dalam Tugas

Menangani

konflik

Pasukan TORI

(Trust, Openess,

Realization &

Independence)

Memahami

Rakan &

Tingkah Laku

Hubungan

Interpersonal

yang baik

Keterampilan

Diri

Komunikasi

yang berkesan

Kecemerlangan

25

DIMENSI KOOP Bil. 62(3/2019)

(26)

Berdasarkan Rajah 1 dapat disimpulkan bahawa, untuk mencapai kecemerlangan dalam organisasi komponen utama adalah datangnya daripada individu atau pekerja yang memahami matlamat organisasi.

Oleh yang demikian, untuk memastikan kecemerlangan akan kekal berterusan tahap kesedaran, kefahaman, penghayatan dan keinginan pekerja mestilah seiring dengan visi dan misi organisasi. Sifat yang perlu ditanamkan dalam jiwa dan sanubari pekerja adalah merupakan tuntutan dalam keterampilan (berfikir, komunikasi dan pengurusan masa) yang lebih kompetitif. Perlumbaan kepada peningkatan kualiti melibatkan dua aspek iaitu: i) perlumbaan untuk ke hadapan dan;

ii) perlumbaan sentiasa di hadapan.

Firman Allah dalam Surah al-Hadid:21 menerangkan konsep kompetitif yang bukan sahaja dalam urusan kebaikan tetapi melihat juga usaha penambahbaikan dan pembetulan (keimanan dan taubat). Kecemerlangan juga turut mengambil kira aspek sumber dan kaedah sama ada menepati piawaian dan standard dari aspek pemantauan (pentadbiran, polisi, matlamat, tatacara dan prosedur serta kaedah) di peringkat pengurusan organisasi. Hasil kajian oleh Sharifah Hayaati Al-Qudsy menyatakan bahawa terdapat empat komponen utama menentukan BKC dalam Islam selain dari aspek kerja yang dilaksanakan, iaitu:

i) sumber pekerjaan hendaklah halal dan tidak mengandungi unsur ‘syubhah’ seperti rasuah dan penipuan;

ii) kaedah pelaksanaan kerja juga mestilah telus, bersih daripada unsur haram, tiada penyalahgunaan kuasa dan kedudukan; iii) kesan iaitu hasil keputusan tidak bersifat

dendam dan memberi kesan negatif kepada pekerja dan;

iv) nilai kerja yang cemerlang seperti muafakat, kerja kumpulan, ikhlas, tekun, sabar; tanpa mengeksploitasi tenaga kerja dengan mengarahkan sesuatu yang bukan di bawah bidang tugas atau kuasa secara melampau,

bekerja di luar waktu pejabat dengan membuat tuntutan yang tidak sewajarnya. Kupasan ini diterangkan menerusi Rajah 2 di bawah yang menunjukkan inti pati utama BKC dalam Islam.

Bekerja bukan sahaja sebagai tuntutan kehidupan dan hanya mendapat gaji semata-mata tetapi keberkatan untuk melaksanakan pekerjaan sebagai ibadah juga perlu dilihat dengan lebih serius. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan bahawa dalam melaksanakan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan, tiga perkara ini tidak boleh diambil mudah iaitu:

i) Apabila mengerjakan sesuatu, ikhlaskan hati

ii) Semasa mengerjakan sesuatu, khusyukkan hati

iii) Setelah mengerjakan sesuatu, rendahkan hati

Rajah 2: Model Asas BKC Islam (BKCI)

Sumber

Kaedah

Nilai (konsisten, adil &

bijaksana Kesan (cemerlang dan tidak memudaratkan) BKC Islam Bil. 62(3/2019)

(27)

Sejajar dengan Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam merupakan agama rasmi, maka kenyataan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad amat bertepatan iaitu menegaskan penerapan nilai Islam dalam pentadbiran untuk meningkatkan kualiti kerajaan. Ukuran kualiti kecemerlangan sesebuah kerajaan adalah dengan membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. Selain itu, pengukuhan kecemerlangan dalam kalangan masyarakat Malaysia mampu untuk menubuhkan sebuah ‘negara bahagia’. Penerapan nilai Islam seperti amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia, bersyukur, bijaksana, adil dan sabar juga dapat diaplikasikan dalam urusan sesebuah organisasi dengan menghapuskan sikap negatif untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi menghasilkan perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti. Oleh sebab itu, dalam membentuk BKC bagi sesebuah organisasi terdapat empat elemen asas yang perlu diutamakan iaitu:

Elemen Asas Kecemerlangan

• Memelihara agama

• Memelihara jiwa dan nyawa • Memelihara akal fikiran • Memelihara harta • Memelihara keturunan

Ajaran Islam bukan sekadar menggalakkan umatnya semata-mata cemerlang melalui nilai dan etika kerja sahaja tetapi juga bersifat memeliharanya sebelum berlakunya kemusnahan, ketidakbertanggungjawaban terhadap tugasan atau kerja. Nilai dipupuk bukan sebab hendak cemerlang dalam kerja dan di mata manusia tetapi lakukan sesuatu kerja dan niat kerana ALLAH sememangnya perlu ada dalam diri sebagai seorang manusia dan hambaNya.

A) Nilai

Nilai merupakan tanggapan dan penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing terhadap organisasi yang akan menentukan tindak balas dalam menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Mampu melaksanakan sesuatu keputusan berdasarkan permuafakatan secara:

• P – Problem (Kenal pasti masalah) • O – Objective (Menetapkan objektif) • A – Alternatives (Menyenaraikan

pilihan)

• C – Consequences (Mengenal pasti kesan dan natijah satu-satu pilihan) • T – Trade Off (Mengenal pasti kos

lepas berdasarkan pilihan)

Elemen nilai yang sering dibincangkan boleh juga diklasifikasikan dalam pelbagai bentuk seperti tekun, fokus, atau dedikasi dalam kerja. Jika sekiranya elemen nilai ini diteliti dan diawasi dalam BKC, maka ia bukan sekadar dinilai cemerlang dalam konteks beretika malah juga boleh cemerlang dalam memupuk keimanan kepada Allah S.W.T. Pengertian ke atas nilai yang baik akan dijadikan etika kerja dan amat dituntut dalam Islam bukan sekadar kerana ia adalah aspek akhlak yang menentukan kualiti sesuatu tugasan tetapi ia adalah formula untuk memastikan matlamat syariat terlaksana dengan baik. Menurut Muhammad Tahir b. Ashur dalam bukunya Ibn Ashur, 2009:15-16 menyatakan lima matlamat syariat yang dinamakan sebagai ‘maqasid Daruriyyat Al- Khams’, iaitu:

27

DIMENSI KOOP

(28)

B) Norma

Norma adalah peraturan atau nilai hidup dan amalan yang sepakat diterima dalam sesebuah masyarakat serta mencerminkan kemahuan bersama. Jika dilihat dalam konteks organisasi ia adalah menjurus kepada cara bekerja yang diterima umum dan diamalkan dalam organisasi yang menjadi nilai budaya organisasi itu. Sebagai contoh, seseorang pekerja menjadi kebiasaannya memulakan pekerjaannya jam 9.30 pagi iaitu selepas sarapan, baca surat khabar atau berbual dengan rakan, (sedangkan waktu bekerja sebenar adalah jam 8.30 pagi) tidak akan menjadi perkara luar biasa kerana ia sering dan sentiasa berlaku dalam organisasi tersebut. Perkara yang sering dan berulang perlakuannya menjadikan ia sebagai satu norma kebiasaan. Usaha untuk mengubah keadaan ini adalah sukar dan mengambil masa.

Oleh yang demikian, Islam sangat memandang serius terhadap masa. Umur manusia merangkumi tahun, bulan, jam, minit dan saat yang kesemuanya menggambarkan masa yang dibahagikan mengikut bahagian tertentu. Masa adalah barangan atau modal yang semestinya dimanfaatkan secara sebaik-baiknya dan tidak sesekali boleh disia-siakan. Justeru, gunakanlah masa seoptimum yang boleh. Maka Allah turunkan ayat al-Quran, Surah al-Asr :1-3 yang menceritakan “Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran”.

Melakukan perubahan bukan sesuatu yang mudah. Namun, usaha ke arah perubahan itu perlu disemai dalam jiwa dengan memahami serta menghayati proses peribadatan sifat mahmudah dan mengikis sifat mazmumah dalam urusan kehidupan mahupun suasana pekerjaan. Sifat ini boleh diterapkan dengan cara mujahadah. Menangani cabaran dan ancaman dengan penuh keinsafan dan waspada kerana godaan nafsu itu menjadi

Pembentukan norma yang baik perlu diurus dengan menilai serta memperbaiki prestasi pekerjaan di peringkat pengurusan atasan mahupun pelaksana. Bahagian pengurusan perlu memperuntukkan masa dan kesempatan untuk menilai dan seterusnya memperbaiki tugas dan pekerjaan yang dipertanggungjawabkan kepada pekerja. Di peringkat pekerja atau individu pula harus memeriksa diri mereka untuk mencari kelemahan yang boleh dibaiki dengan menilai penghasilan serta produktiviti yang diusahakan berbanding dengan modal tenaga mahupun pemikiran yang disumbangkan. Penilaian perlu dibuat atas urusan pengendalian tugas dan tanggungjawab ataupun hasil dari sudut setakat mana keberhasilan, keberkesanan dan kecekapan sesuatu tugas atau kerja yang telah dilaksanakan.

C) Sikap

Sikap merupakan kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu perkara yang mungkin dilakukan secara teragak-agak, tidak sepenuh hati atau secara terpaksa. Oleh sebab itu, persediaan mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang.

Sehubungan itu, proses awal untuk melahirkan kecemerlangan organisasi adalah dengan membentuk sikap pekerja terhadap bekerja. Selain sikap pekerja dipengaruhi oleh ambil berat pihak atasan terhadap kebajikan mereka, motivasi dan semangat bekerja juga perlu disuburkan dengan persekitaran kerja yang kondusif. Kepuasan bekerja juga telah diterangkan oleh Abraham Maslow dalam model ‘The Hierarchy of Needs’. Terdapat tiga faktor yang saling berkaitan dalam mempengaruhi sikap pekerja BKC iaitu:

(i) Penglibatan dalam kerja, (ii) Kepuasan Kerja dan

(iii) Komitmen kerja, begitu juga dalam sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud “sesungguhnya Allah suka

(29)

(Kanzul “Ummal Kitab Ijrah min Qism al-Aqwal, Dar al- Fikr, no. 9128, juzuk 1, h.639). Gabungan ketiga-tiga faktor ini mampu membentuk sikap untuk mempertingkatkan kualiti, produktiviti dan kesetiaan pekerja terhadap organisasinya. Sekiranya perkara ini dapat dibudayakan, ia akan melahirkan suatu BKC dalam organisasi. Namun demikian, terdapat juga faktor lain yang menjadi alat utama untuk memperkukuhkan ketiga-tiga faktor tersebut seperti sistem ganjaran dan imbuhan, latihan, kenaikan pangkat, suasana persekitaran tempat kerja yang kondusif, keseronokan bekerja, kemudahan pekerja, sokongan dan rakan sejawat.

Sikap juga biasanya berkaitan dengan nilai akidah individu itu sendiri. Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-Taubah 9:105 berhubung dengan aspek kerja sebagai ibadah dan bukan hanya solat, puasa dan haji sahaja dan ianya meluas dalam kehidupan. Firman Allah “Bekerjalah kamu,

maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. Jelas di

sini, untuk membudayakan kecemerlangan kerja ia memerlukan penghayatan dan akhlak yang mulia dalam membangunkan jati diri, sahsiah dan peribadi pekerja serta menjadikan pekerjaan ini sebagai ibadah dengan mengambil kira:

• Al-Hikmah - kebijaksanaan atau kesucian ilmu dengan amal atau tindakannya

• Al-Adl - keadilan iaitu jiwa yang dapat dikawal dari sifat marah, rakus, ego dan sebagainya untuk mencapai al-Hikmah. Nilai ini mampu menyelamat dan membimbing manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan • Al-Shaja’ah - keberanian, iaitu

kekuatan dan keteguhan hati dalam mempertahankan kebenaran (Al-Haq), tidak berundur kerana dicela dan tidak

maju kerana dipuji

• Al-Iffah - kemuliaan iaitu mempunyai kemuliaan dengan menjaga maruah diri dari melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

Sehubungan itu, di sinilah pentingnya perancangan dan pengurusan sumber manusia secara komprehensif dan bersepadu kepada tenaga kerja yang lebih efektif dalam sesebuah organisasi, sekiranya ingin mencapai kecemerlangan. Walau bagaimana pun, tanggungjawab pengurusan sumber bukan sekadar dalam pengambilan, pengagihan tugas, perancangan latihan dan kenaikan pangkat semata-mata tetapi impaknya mestilah mampu mencorakkan sikap atau tingkah laku dalam bekerja (work

behavior/attitude) kepada pekerja.

D) Etika

Etika merupakan gabungan unsur nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersama secara positif dan akan menerbitkan prinsip kerja yang baik dan akan mewujudkan satu budaya organisasi yang cemerlang secara keseluruhannya. Nilai agama dan moral perlu diambil kira semasa bekerja dan mestilah digunakan sebaiknya semasa bekerja. Pengamalan nilai murni dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, jujur, menahan diri dan takwa diperlukan oleh semua penganut Islam dalam melaksanakan tanggungjawab.

Islam sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalkan oleh sesebuah organisasi. Perkataan etika juga menggambarkan akhlak. Akhlak yang berada dalam diri manusia yang mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa perlu berfikir dan biasanya berlaku secara spontan. Penyucian hati akan membentuk sikap ikhlas yang sebenar dan tidak dipengaruhi dengan perkara duniawi sahaja. Penerapan akhlak yang mulia dapat dihayati sepenuhnya oleh seseorang insan. Etika kerja Islam merupakan tanggungjawab terhadap sesuatu pekerjaan

dan menjadikannya sebagai satu ibadah.

29

DIMENSI KOOP

(30)

Cadangan

BKC tidak terhasil dengan sekelip mata atau dalam kadar segera. Sebaliknya ia menjadi suatu budaya apabila dilakukan secara berulang kali dan diamalkan secara berterusan oleh sejumlah masyarakat dalam sesebuah komuniti atau boleh juga dalam gerakan koperasi dan organisasi. Amalan yang akan melahirkan ‘trend’ bekerja dan kemudiannya menjadikan serta membentuk imej masyarakat, komuniti yang boleh juga diterjemahkan dalam koperasi dan organisasi.

Namun, ia bukan sekadar untuk menyatakan BKC semata-mata tetapi pengurusan perubahan ke arah pencapaian BKC itu yang amat sukar dilakukan. Pandangan Islam dalam mengurus perubahan yang ingin dilakukan adalah merupakan satu transformasi sosial berlandaskan konsep iman dan tauhid demi mencapai matlamat keredaan Allah SWT. Firman Allah dalam Surah al-Taubah:62 yang bermaksud, “Yang sepatutnya mereka cari ialah keredaan Allah dan Rasul sekiranya mereka benar orang yang beriman”. Perubahan budaya kerja dapat dilakukan sekiranya pekerja dalam organisasi itu memiliki ilmu dari aspek i) informasi mengenai bentuk perubahan, ii) misi organisasi dan iii) strategi perubahan. Kejayaan pengislahan organisasi perlu memenuhi tiga pra syarat iaitu:

Mewujudkan “mind-set” yang berorientasikan kecemerlangan supaya pekerja lebih komited kepada pencapaian matlamat dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti organisasi. Melatih pekerja bersedia untuk berubah

dan menyesuaikan keadaan dalam menghadapi perubahan persekitarannya melalui anjakan

paradigma demi mencapai kecemerlangan. Memerlukan sistem motivasi yang mantap untuk menggalakkan pekerja

meninggalkan sikap dan tabiat yang lama kepada budaya kerja baharu.

Merangka wawasan yang jelas ke arah mana organisasi hendak dibawa agar pekerja boleh menerima hakikat bahawa usaha mewujudkan kecemerlangan dalam organisasi bukan pelaksanaan yang mudah dan

boleh diperoleh dengan sekelip mata. Usaha untuk mencapai kecemerlangan perlu dilakukan

secara berterusan tanpa ada had masa yang ditetapkan. Pihak pengurusan perlu peka tentang ruang yang boleh diperbaiki dari

masa ke semasa bagi menampun kelemahan yang masih ada.

Strategi dan langkah yang perlu diambil untuk melakukan perubahan. Penetapan

kaedah yang bersesuaian dalam

Prasyarat Pertama

Prasyarat Kedua

Prasyarat Ketiga

I.

II.

III.

DIMENSI KOOP Bil. 62(3/2019)

(31)

Oleh sebab itu, pentingnya setiap organisasi mahupun apa jua entiti termasuk koperasi, sekiranya berhasrat untuk membudayakan amalan kecemerlangan dalam persekitaran kerja perlu mengambil kira aspek berikut seperti Rajah 3 di bawah:

Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi mahupun koperasi. Pembentukan BKC dan berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi atau pekerja koperasi mempraktikkan etika kerja yang positif. Bak kata pepatah

“Jangan masukkan sampah sarap dalam otak kita. Kalau kita sangka kita malas, malaslah kita. Kalau kita sangka kita lembap, maka lembaplah kita, tetapi kalau kita fikir kecemerlangan itu mudah, maka mudahlah untuk kita jadi cemerlang”. Orang yang cemerlang menunjukkan hasil, Orang yang

gagal memberikan alasan.

Penutup

Rajah 3: Pengurusan Perubahan dalam Organisasi Peningkatan

Produktiviti Kuantiti, Kualiti,

Masa & Kos

Pengetahuan, Sikap, Kemahiran, Kesihatan & Rohani

Kerajinan, Disiplin, Kegigihan, Daya Cipta, Semangat Bekerjasama/Berpasukan, Mementingkan Kualiti

GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG

31

DIMENSI KOOP

(32)

Nazirah Baharuddin

Zon Tengah & Pembangunan Koperasi [email protected]

Kuasa

Penjenamaan

dalam Perniagaan

Koperasi

Pengenalan

Penjenamaan dari perspektif pemasaran dan pengurusan strategik sering dikaitkan dengan aktiviti nilai tambah dan strategi penciptaan identiti unik oleh sesebuah organisasi berdasarkan visi dan misi yang telah ditetapkan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Secara tidak langsung, strategi ini berupaya membantu organisasi mencapai kelebihan daya saing dan kekal relevan dalam pasaran perniagaan.

Secara umumnya, jenama bermaksud nama, istilah, reka bentuk, simbol atau ciri lain yang membezakan sesuatu organisasi atau produk di mata pelanggan. Sejarah penjenamaan telah bermula pada zaman revolusi industri Eropah pada tahun 1760an. Ia bermula dengan wujudnya persaingan di antara pengeluar kertas pada ketika itu. Salah sebuah firma pengeluar kertas tersebut telah memperkenalkan jenama “watermark” bagi membezakan produk firmanya dengan pesaing yang lain. Rentetan daripada situasi tersebut, terdapat banyak perusahaan atau perniagaan yang memberi penekanan terhadap kepentingan jenama khususnya dalam membantu sesebuah organisasi mencapai kelebihan daya saing

(33)

33

DIMENSI KOOP

(34)

Mengapa Jenama Penting?

Penjenamaan merupakan satu proses pemberian nama dan imej kepada produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi atau firma. Fungsi utama jenama adalah untuk membezakan identiti sesebuah entiti dengan entiti yang lain atau strategi yang diaplikasikan untuk membezakan produk atau perkhidmatan sesebuah perniagaan dengan pesaingnya. Spesifiknya, jenama tidak hanya terhad dan sesuai kepada perniagaan yang berskala besar sahaja tetapi ia juga merupakan satu strategi yang kritikal dan penting kepada perniagaan berskala sederhana atau kecil seperti koperasi. Jenama koperasi yang kukuh dan disokong oleh visi koperasi yang jelas serta misi yang mantap berupaya membantu koperasi meningkatkan kesetiaan anggota untuk melanggan produk atau perkhidmatan koperasi. Sebagai contoh, dalam proses pembuatan keputusan bagi pembelian produk air mineral Spritzer dengan jenama mineral AA, kebanyakan pelanggan akan memilih produk yang berjenama Spritzer. Ini kerana pelanggan telah meletakkan kepercayaan terhadap kualiti bagi jenama tersebut berbanding jenama lain. Jenama yang baik akan meningkatkan nilai produk dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan koperasi.

Jenama bukan hanya sekadar logo dan warna tetapi ia berkait rapat dengan sesuatu yang tidak boleh dirasai atau dilihat. Secara amnya, jenama mempunyai hubungan yang signifikan dengan tanggapan atau kepercayaan seseorang terhadap kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sehingga berupaya mempengaruhi mereka untuk membuat keputusan pembelian. Sebagai contoh, bagi kasut sukan, apakah perkara yang membezakan di antara Adidas dan Nike? Kedua-duanya berjenama, tetapi kenapa wujud segelintir individu yang memilih untuk memiliki kasut sukan Adidas dan sebaliknya. Hal ini menunjukkan jenama sangat berkait rapat dengan perasaan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Jenama berkait dengan perasaan dan jiwa manusia. Apabila jenama telah berjaya mempengaruhi emosi pelanggan, ia akan dapat menarik mereka untuk merasa ‘dekat’ dan mengenali produk tersebut.

(35)

Terdapat beberapa jenama antarabangsa yang berjaya membina jenama dalam perniagaan dan antara contoh yang signifikan adalah seperti berikut:

Louis Vuitton (LV) merupakan usahawan dari Perancis yang terkenal dengan rekaan beg fesyen yang mewah dan eksklusif di seluruh dunia. Kewujudan LV bermula apabila isteri kepada pemerintah Perancis iaitu Eugenie telah mengupah Vuitton untuk menjadi pembuat kotak peribadi beliau. Hasil kerja Vuitton disifatkan sebagai hasil karya yang berkualiti tinggi. Dari sini bermulanya jenama fesyen yang menggunakan namanya sendiri dan dikenali sebagai jenama fesyen kulit yang mewah yang menjanjikan gaya hidup tampak mahal oleh pemakainya. Rahsia kejayaan LV bermula daripada penghasilan rekaan yang unik di mana rekaan kotaknya menggunakan kanvas yang membuatkan kotaknya lebih ringan dan lebih tahan lasak untuk pelbagai jenis cuaca. Rekaannya yang berbentuk empat segi adalah berbeza dengan pereka lain yang mengguna pakai bentuk bulat atau bentuk kubah.

Rahsia kejayaan LV ini berdasarkan pegangan visi dan misi syarikatnya iaitu “menjadi syarikat fesyen yang paling dikagumi” dan “memberikan fesyen terbaharu bagi gaya hidup moden dan bergaya”. Aspek ini telah mendorong LV untuk menghasilkan rekaan yang unik sehingga rekaan kotak barangan Vuitton ini disifatkan oleh orang ramai sebagai penanda era kelahiran beg moden dunia. Di sinilah bermulanya cara baharu untuk menyimpan barang dan beg yang telah dikomersialkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sehingga jenamanya menerima tempahan bukan sahaja daripada kerabat diraja Perancis tetapi juga dari Mesir. (dipetik daripada majalahniaga.com)

Penjenamaan dalam

Perniagaan Global

35

DIMENSI KOOP Bil. 62(3/2019)

(36)

Adidas merupakan jenama sukan yang berkualiti dan terkenal di dunia. Adolf Dassler merupakan pengasas kepada jenama Adidas. Beliau pada mulanya membuka kilang kasut

“Dassler Brothers Shoe Factory” bersama

adiknya. Namun, setelah dua puluh tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan ini, wujud pertelingkahan yang menyebabkan Adolf Dassler membuka perniagaan kasutnya sendiri iaitu Adidas manakala adiknya pengasas jenama Puma.

Persaingan yang sengit antara adik-beradik ini menyebabkan Adidas sentiasa berkembang dan berjaya kerana wujud inovasi dalam rekaan kasutnya secara berterusan. Hal ini juga berikutan dengan ciri visi organisasi yang jelas iaitu “peneraju dalam industri barangan sukan dengan pembangunan jenama yang berasaskan sukan dan gaya hidup sukan”. Manakala, visi tersebut telah didukung oleh misi yang mantap iaitu “peneraju inovasi dan reka bentuk, fokus kepada kehendak pelanggan, organisasi global dan berdedikasi” sehingga berupaya menarik minat pelanggan untuk membeli barangan jenama Adidas. Aspek kualiti juga amat dititikberatkan oleh syarikat ini menyebabkan kasut sukan keluaran Adidas bukan sahaja terkenal dalam kalangan atlet tetapi juga golongan suri rumah, warga emas, remaja dan kanak-kanak. Kini, syarikat Adidas mempunyai lebih 1,000 outlet seluruh dunia yang mempunyai pengaruh pasaran yang kuat serta memiliki slogan baharu “Adidas is all in” yang dianggap berimpak.

(37)

Syarikat Nestle merupakan pengeluar minuman coklat berjenama Milo sejak tahun 1930an dan kewujudan syarikat ini yang telah menjangkau hampir 89 tahun masih lagi kukuh sehingga kini. Di awal penubuhannya, pengasas Milo iaitu Thomas Mayne telah memperkenalkan Milo di Australia di mana tujuan utama beliau adalah untuk membantu kanak-kanak mendapatkan nutrisi yang sihat. Selain itu, antara rahsia kekuatan jenama Milo di Malaysia adalah kaedah promosi yang diaplikasikan bagi mempromosikan produk Milo khusus melalui program penajaan bagi acara sukan yang bermula dari peringkat sekolah hingga ke peringkat kontinjen sukan Malaysia.

Pada masa yang sama, mereka turut berkempen secara offline dan online dengan menggunakan

tagline “Minum Milo Anda Sihat dan Kuat”. Tagline tersebut memberi penekanan terhadap

elemen kesihatan sehingga produk tersebut peroleh kepercayaan daripada ibu bapa sebagai minuman yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Mereka juga bekerjasama dengan syarikat swasta dan kerajaan dalam usaha memperkenalkan Milo secara terus kepada pelanggan dengan kehadiran lori Milo percuma dalam pelbagai majlis korporat. Selain itu, kekuatan produk Milo adalah dari aspek pembungkusan yang pelbagai bentuk serta harga yang berpatutan selain kualiti produk yang tinggi. Kesimpulannya, kejayaan Milo bagi memperkukuhkan jenamanya dalam pasaran domestik atau antarabangsa bukan sesuatu perkara yang mudah. Kejayaan tersebut tercapai melalui pembentukan kerja berpasukan yang dinamik bagi merealisasikan visi yang telah ditetapkan iaitu “mendapatkan pengiktirafan dalam industri agar dapat memenuhi keperluan komuniti dalam dan luar negara”. Juga, misi yang dibangunkan iaitu “menawarkan pelanggan dengan pengalaman dan pengetahuan secara berintegriti, gigih dan bertanggungjawab kepada anda, pasukan anda dan masyarakat secara umumnya” telah menjadi faktor pendorong

kejayaan organisasi tersebut.

37

DIMENSI KOOP

(38)

a. Koperasi Tenusu (Amul) India

Amul adalah koperasi tenusu yang popular dengan temanya “Amul, the Taste of India”. Kejayaan koperasi bermula apabila koperasi berjaya menguasai pasaran produk hasil tenusu dan dapat membantu ramai penternak di negara tersebut. Amul ditadbir oleh Gujarat Co-operative Milk Marketing Federation Limited (GCMMF) di mana anggotanya terdiri daripada 3.6 juta pengusaha susu dari daerah Gujarat. Melalui “white revolution” (galakan untuk meningkatkan penghasilan susu agar dapat menguasai keseluruhan rantaian bekalan) ia telah menjadikan negara India sebagai pemacu dalam industri penghasilan susu dan merupakan pengeluar produk tenusu terbesar yang mampu mengeksport ke 43 buah negara. Antara rahsia kejayaan jenama produk tenusu Amul ialah berpegang kepada visi dan misinya iaitu (i) “memberi kepuasan yang lebih kepada pengusaha susu, pekerja dan pengedar” dan (ii) “berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan seluruh dunia, melalui rangkaian kumpulan pekerja yang cemerlang dalam aspek pemasaran dan melalui jaringan kerjasama koperasi mereka berdedikasi untuk menyediakan produk yang berkualiti dan berbaloi”.

Tambahan pula, latihan berkaitan produk tenusu turut diberikan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pekerja dan anggota agar semua pihak berpengetahuan dan mampu memberikan idea dan cadangan yang baik bagi meningkatkan penghasilan dan kualiti produk tenusu mereka. Selain itu, kemahiran kepimpinan turut diterapkan dalam kalangan kakitangan yang bertanggungjawab mengurus koperasi. Pihak koperasi sentiasa menggalakkan penglibatan wanita dalam mengusahakan produk tenusu dan pelbagai program diwujudkan untuk meningkatkan kualiti dan penglibatan mereka dalam perniagaan ini. Selain itu, koperasi juga mewujudkan “Amul e-Groupware System”. Sistem ini berfungsi sebagai alat komunikasi dua hala antara rakan strategik dan bertujuan untuk meningkatkan prestasi perniagaan tenusu ini. Pihak koperasi turut menggunakan sistem “Customer Relationship Management” (CRM) untuk membantu pelanggan mendapatkan maklumat berkaitan produk baru yang dilancarkan, skim pengguna, resipi dan lain-lain.

Kejayaan Produk Jenama

Koperasi

Referensi

Dokumen terkait

GUTI ( GUTI (Globally Unique Temporary Identity  Globally Unique Temporary Identity  ) di gunakan ) di gunakan kurang lebih hanya untuk menyembunyikan identitas

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau solusi untuk menangani dampak-dampak yang dihasilkan oleh limbah,

Pasar Semarangan Tinjomoyo sudah dapat memenuhi kebutuhan masyarakat setempat terkait keinginan untuk melihat bangkitnya Hutan Wisata Tinjomoyo setelah adanya Pasar

Tentukanlah besarnya momentum sudut dari sebuah piringan VCD yang massanya 50 gram, jari-jarinya 6 cm ketika sedang berotasi dengan sumbu putar melalui titik pusat massa dan tegak

Dalam rangka mendukung pencapaian prioritas nasional sebagaimana telah ditetapkan dalam visi dan misi Presiden dan Wakil Presiden terpilih yang dijabarkan dalam RPJMN periode

Rendemen yang menurun dan kadar karbohidrat yang meningkat pada menit 60 menunjukkan bahwa proses pemurnian berjalan dengan efektif karena jumlah komponen non

2) Abjad yang diapit antara tanda titik pertama dan tanda titik kedua menunjukkan Subbidang Usaha.. 3) Dua angka yang diapit antara tanda titik kedua dan tanda