• Tidak ada hasil yang ditemukan

ECO 2100 Prinsip Ekonomi

• Jam Kredit: 3 (3+0) • Prasyarat: Tiada

Pengenalan kepada konsep asas ekonomi, permintaan, penawaran dan penentuan harga, peranan kerajaan dalam ekonomi negara, pendapatan negara, penentuan pendapatan negara serta pengedarannya, komposisi dan penentuan harga pengeluaran negara, agihan faktorfaktor pengeluaran, perdagangan dan kewangan antarabangsa serta analisis masalah ekonomi semasa.

ECO 3100 Gayacara Pemikiran Ekonomi

• Jam Kredit: 3 (3+0) • Prasyarat: Tiada

Kursus ini meliputi kesemua topik-topik asas dalam mikroekonomi dan makroekonomi. Di antara topik dalam mikroekonomi adalah konsep kos melepas, permintaan dan penawaran, nilai marginal dan keputusan ekonomi; kecekapan dan faedah berbanding; penentuan harga; pasaran persaingan sempurna dan monopoli; keuntungan; pengagihan pendapatan dan externaliti. Dalam makroekonomi topik-topik yang dibincangkan adalah pasaran dan kerajaan; inflasi dan pengangguran; pengeluaran, harga dan turun naik agregat; penawaran wang; ekonomi permintaan; polisi fiskal dan monetari; ekonomi penawaran; polisi negara dan ekonomi antarabangsa.

ECO 3101 Pengenalan kepada Mikroekonomi

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini meliputi topik-topik teori gelagat pengguna termasuk konsep keanjalan, teori pengeluaran, teori kos pengeluaran, analisis peletakan harga dan keluaran dalam pelbagai struktur pasaran, implikasi kebajikan dan letak harga faktor pengeluaran.

ECO 3102 Pengenalan kepada Makroekonomi

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini menjelaskan dengan mendalam konsep perakaunan pendapatan, guna tenaga, inflasi dan pengangguran, dasar-dasar makroekonomi dan model-model makroekonomi.

ECO 3103 Mikroekonomi

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : Pelajar-pelajar Sarjana Muda Perakaunan sahaja

Kursus ini meliputi topik-topik pengenalan kepada mikroekonomi, teori gelagat pengguna termasuk konsep keanjalan, teori pengeluaran, teori kos pengeluaran, pemaksimuman untung dan penawaran serta model-model firma alternatif.

ECO 3104 Makroekonomi

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : Pelajar-pelajar Sarjana Muda Perakaunan sahaja

Kursus ini mendalami konsep perakaunan pendapatan, gunatenaga, inflasi dan pengangguran; dasar-dasar makroekonomi dan model-model makroekonomi.

ECO 3105 Ekonomi Pengurusan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Penumpuan kepada teori-teori ekonomi yang relevan untuk pembuatan keputusan perniagaan. Mengkaji amalan-amalan perniagaan berkaitan dengan teori-teori berkenaan; contoh-contoh amalan korporat yang terkini. Perbincangan juga dibuat untuk aspek-aspek ketidakpastian, kos urus niaga dan hak-hak hartanah serta maklumat.

ECO 3106 Sejarah Pemikiran Ekonomi

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan sejarah sumbangan ahli ekonomi melalui masa dengan mengkaji pendapat-pendapat serta teori ekonomi yang diutarakan pada sesuatu masa dengan memberi penekanan terhadap falsafah, politik dan sejarah.

ECO 3107 Pengenalan Kepada Ekonomi Islam

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini meliputi topik-topik mengenai teori penggunaan, pengeluaran, pengagihan pendapatan dan kekayaan dalam perspektif Islam. Penekanan juga diberikan kepada aspek sistem kewangan, fiskal serta perancangan dan pembangunan sebuah negara Islam.

ECO 3108 Mikroekonomi I

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini meliputi topik-topik pengenalan kepada mikroekonomi, teori gelagat pengguna termasuk konsep keanjalan, teori pengeluaran, teori kos pengeluaran, pemaksimuman untung dan penawaran serta model-model firma alternatif.

ECO 3109 Makroekonomi I

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini memberikan asas makroekonomi serta isu-isu makroekonomi dalam jangka pendek dan sederhana. Topik-topik yang dibincangkan termasuk pasaran barangan, pasaran kewangan, model IS-LM, pasaran buruh, model AS-AD, keluk Phillips serta inflasi.

ECO 3110 Mikroekonomi II

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I)

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus Mikroekonomi I. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah teori firma (pengeluaran dan kos), analisis pasaran kompetitif dan tidak kompetitif dan pasaran input.

ECO 3111 Makroekonomi II

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3109(Makroekonomi I)

Kursus ini membincangkan topik-topik teori makroekonomi jangka panjang secara lebih mendalam iaitu meliputi topik-topik pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan teori jangkaan termasuk dalam penggunaan dan pelaburan.

ECO 3201 Statistik Ekonomi dan Perniagaan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini menekankan kepada prinsip dan penggunaan statistik di dalam konteks pengurusan perniagaan dan ekonomi. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah pensampelan, taburan pensampelan, penganggaran, pengujian hipotesis, ujian Khi kuasa dua, analisis varian, kaedah statistik tak berparameter, regresi linear mudah dan korelasi, regresi berbilang, model-model regresi berbilang, analisis siri masa dan unjuran, nombor-nombor indeks dan analisis keputusan.

ECO 3202 Statistik Ekonomi dan Perniagaan I

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas statistik dengan penekanan di dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Tumpuan adalah kepada statistik deskriptif yang meliputi tajuk-tajuk seperti penyusunan data, kaedah persembahan data, ukuran kecenderungan memusat dan serakan, kebarangkalian dan taburan kebarangkalian. Pendedahan awal kepada statistik penakbiran turut diberikan.

ECO 3203 Statistik Ekonomi dan Perniagaan II

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3202 (Statistik Ekonomi dan Perniagaan I)

Kursus ini adalah lanjutan daripada statistik asas di dalam bidang pengurusan perniagaan dan ekonomi. Tumpuan adalah di dalam statistik inferens seperti pengujian hipotesis, korelasi dan regresi, statistik tak berparameter serta analisis siri masa dan indeks. Pelajar turut didedahkan dengan penggunaan perisian statistik.

ECO 3208 Ekonomi Matematik

• Jam Kredit : 4 (3+1) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini menekankan kepada penggunaan teknik-teknik matematik yang tertentu dalam menganalisis masalah ekonomi. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah kalkulus pembezaan, kalkulus kamiran dan algebra matrik. Perbincangan setiap tajuk akan berkisar kepada penyelesaian ke atas masalah ekonomi yang tertentu.

ECO 3205 Ekonometrik I

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3202 (Statistik Ekonomi dan Perniagaan I)

Kursus ini membincangkan dengan terperinci pembentukan model regresi satu persamaan,andaian-andaian model linear dan masalah dalam model regresi. Tajuk tajuk yang akan dibincangkan merangkumi pengenalan,teori korelasi,regresi mudah,regresi berbilang, dan andaian. Masalah penganggaran model regresi merangkumi masalah autokorelasi,multikolineariti dan heteroskidastisiti. Pengenalan pemboleh ubah dami tak bersandar.Pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas projek secara individu berasaskan tajuk-tajuk terpilih.

ECO 3206 Ekonometrik II

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3205 (Ekonometrik I)

Kursus ini adalah lanjutan kursdus Ekonometrik I. Antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah model pemboleh ubah dami tak bersandar dan bersandar,model dinamik ekonometrik,model regresi data panel,model persamaan serentak,pencaman,kaedah penganggaran model persamaan serentak,ekonometrik siri masa dan peramalan.

Pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas projek secara individu berasaskan tajuk-tajuk terpilih .

ECO 4000 Kewangan Awam

• Jam Kredit : 4 (4+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini memberikan pengetahuan berkaitan dengan kewangan awam di Malaysia. Topik-topik yang dibincangkan ialah kewangan awam di Malaysia secara umum, konsep asas dalam kewangan awam, agensi yang memainkan peranan, proses belanjawan, kaitan perbelanjaan dengan dasar dan pengurusan, pengelasan belanjawan, perkembangan dalam sistem belanjawan dan akauntabiliti kewangan. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan dengan amalan pengurusan kewangan awam di negara-negara lain.

ECO 4001 Ekonomi Awam

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini memberikan pengenalan mengenai peranan dan kepentingan ekonomi sektor awam. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah termasuk teori barangan awam, perletakan harga, pertumbuhan dan pembiayaan sektor awam, analisis kos faedah dan sistem undian. Perbincangan mendalam akan terfokus kepada faktor-faktor kegagalan pasaran, penglibatan kerajaan dalam menentukan sistem pencukaian terbaik dan pengagihan semula pendapatan.

ECO 4100 Mikroekonomi III

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3110 (Mikroekonomi II)

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam kursus ini merupakan tajuk-tajuk baru yang belum dibincangkan dalam kursus mikroekonomi yang lepas. Ia meliputi tajuk pilihan antara masa, teori permainan, maklumat asimitri, keseimbangan umum, kebajikan ekonomi, kesan luaran, barangan awam dan campur tangan kerajaan.

ECO 4101 Makroekonomi III

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3109 (Makroekonomi I), ECO 3111 (Makroekonomi II)

Kursus ini membincangkan topik-topik teori makroekonomi secara lebih mendalam iaitu meliputi topik-topik keterbukaan ekonomi, isu-isu semasa dalam makroekonomi termasuk pengangguran, inflasi dan krisis ekonomi; polisi-polisi kewangan dan fiskal dan pelbagai mazhab dalam teori makroekonomi.

ECO 4200 Kaedah Penyelidikan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3202 (Statistik Ekonomi dan Perniagaan I)

Kursus ini membincangkan kaedah saintifik sebagai satu strategi penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ekonomi di alam nyata. Di samping itu kursus ini juga memberi pendedahan tentang penggunaan komputer dalam pemprosesan data bermula dari cara memasukkan data hingga ke interpretasi keputusan.

ECO 4300 Dasar Tenaga dan Sumber Asli

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini membincangkan kepentingan polisi tenaga dan sumber asli dalam perancangan dan pengurusan tenaga dan sumber asli. Penekanan diberi kepada sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti perikanan dan dan perhutanan serta yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan galian dan tenaga. Pembangunan yang mapan dan hubungan antara pembangunan tenaga dan sumber-sumber asli dengan alam sekitar juga diberi perhatian. Masalah-masalah perumusan polisi tenaga dan sumber asli serta kesannya kepada kebajikan sosial juga dibincangkan.

ECO 4301 Ekonomi Sumber Asli

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini membincangkan teori-teori asas tentang modal, penghausan optimum sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui, penggunaan optimum sumber-sumber yang boleh diperbaharui dan kontroversi kekurangan.

ECO 4302 Ekonomi Alam Sekitar

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini membincangkan perhubungan antara alam sekitar dengan ekonomi dan institusi-institusi dalam konteks ekonomi-ekosistem; analisis tentang alam sekitar dan masalah-masalah berkaitan dengannya serta implikasi-implikasi sosial, ekonomi, dan politik; pendedahan kepada teori asas tentang ekosistem, ekonomi kebajikan, dan masalah kegagalan pasaran dalam aspek pengagihan sumber; penekanan diberi kepada kaedah dan strategi pengawalan kualiti alam sekitar.

ECO 4303 Ekonomi Tenaga

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat :ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Tinjauan umum ke atas sumber-sumber tenaga di Malaysia dan juga di dunia; teori-teori asas tentang pengagihan dan pengeksploitasian sumber-sumber tenaga; permintaan dan penawaran sumber tenaga; dasar tenaga dan isu penetapan harga tenaga Malaysia; pilihan-pilihan penggunaan tenaga berkaitan dengan isu-isu pemuliharaan dan persekitaran.

ECO 4304 Ekonomi Tanah dan Perhutanan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini membincangkan peranan tanah sebagai satu faktor pengeluaran yang penting dan hutan sebagai sumber produktif yang kritikal. Di bahagian awal kursus, konsep dan teori utama tentang sewa tanah dan lokasi tanah dibincangkan. Seterusnya, masalah pemilikan tanah dan peruntukan sumber produktif dianalisis dengan penekanan kepada sumber perhutanan. Perbincangan turut meliputi prinsip-prinsip ekonomi perhutanan, modal perhutanan, pasaran balak dan pengurusan hutan di Malaysia.

ECO 4305 Ekonomi Perikanan dan Akuakultur

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini membincangkan aspek pengeksploitasian, pengurusan dan pemeliharaan sumber perikanan dan ternakair dengan mengaplikasi teori-teori dan prinsip-prinsip ekonomi. Perbandingan keberkesanan kaedah-kaedah pengawalan perikanan bagi mencapai matlamat ekonomi optimum dianalisis dalam konteks perikanan di Malaysia. Isu dan dasar perikanan di Malaysia dan antarabangsa turut dibincangkan dengan mengaitkan keperluan akuakultur sebagai sumber alternatif kepada hasil laut. Masalah perikanan dan akuakultur dalam konteks pengeluaran dan pemasaran turut dibincangkan.

ECO 4306 Ekonomi Rekreasi dan Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini tertumpu kepada perbincangan tentang permintaan, penawaran, penggunaan, kos dan faedah pembangunan rekreasi luar. Penumpuan khusus diberi kepada kaedah-kaedah dan model-model ekonomi sebagai asas kepada perancangan dan pengurusan rekreasi luar; isu-isu polisi dalam rekreasi dan pelancongan.

ECO 4307 Ekonomi Ekologi

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini adalah kursus pengenalan kepada ekonomi ekologi. Di antara topik-topik yang akan dibincangkan adalah sejarah pemikiran ekonomi ekologi, etika, konsep nilai, pendekatan ekonomi dan ekologi bagi penglibatan kerajaan dalam menentukan sistem pencukaian terbaik dan pengagihan semula pendapatan. Penilaian persekitaran, analisis kos faedah, penilaian impak persekitaran, perakaunan pendapatan negara serta beberapa aplikasi dalam ekonomi ekologi.

ECO 4308 Undang-Undang Sumber Asli

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada undang-undang berkaitan dengan pengurusan dan pengawalan sumber asli. Perhatian khusus diberi kepada tanah, perhutanan, petroleum, perlombongan dan perikanan. Kursus ini turut membincangkan tentang pembahagian kuasa ke atas sumber-sumber ini dalam konteks federalisme; konflik antara kepentingan persendirian dan masyarakat ke atas sumber-sumber ini.

ECO 4400 Ekonomi Kewangan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini merangkumi topik-topik permintaan dan penawaran dalam sistem kewangan di Malaysia. Penekanan diberikan pada model statik dan dinamik serta hubungan antara stok wang dengan pembolehubah makro seperti pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, kadar faedah, kadar tukaran asing dan pertumbuhan ekonomi.

ECO 4500 Ekonomi Buruh

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini tertumpu kepada perbincangan tentang teori-teori berhubung dengan permintaan dan penawaran buruh; penentuan kadar upah dan guna tenaga; peranan kesatuan sekerja dan tawar-menawar kolektif; dasar kerajaan bersabit dengan upah dan pampasan; perhubungan industri dan perhubungan buruh; program pendidikan dan tenaga manusia.

ECO 4501 Ekonomi Perindustrian

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini merangkumi topik-topik organisasi dan operasi sektor perindustrian termasuk struktur pasaran, gelagat dan prestasi. Penekanan diberikan terhadap dasar dan bukti-bukti empirik yang berkaitan.

ECO 4502 Perancangan Pembangunan Ekonomi Malaysia

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I)/ECO 3101 (Pengenalan kepada Mikroekonomi ) ECO 3109 (Makroekonomi I)/ECO 3102 (Pengenalan kepada Makroekonomi)

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai proses penggubalan kandungan serta perlaksanaan dasar serta strategi pembangunan seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun, Pelan Induk Perindustrian, Dasar Pertanian Negara, Rangka Rancangan Jangka Panjang dan Wawasan 2020. Ia juga memberi pendedahan kepada fungsi, peranan dan operasi agensi-agensi pembangunan termasuk Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan-jabatan Perikanan, Pertanian, dan Perkhidmatan Haiwan, FELDA, RISDA, FELCRA, Bank Negara dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan. Pelajar juga akan diberi latihan merangka, menyedia, dan membentang kertas kerja mengenai topik-topik terpilih tentang perancangan dan pembangunan.

ECO 4503 Pembangunan Mapan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini membincangkan tentang pentingnya memahami konsep pembangunan mapan dan usaha ke arah membentuk satu corak dan proses pembangunan negara yang dianggap sebagai mapan. Berbagai-bagai isu akan dibincangkan termasuk kependudukan, agihan pendapatan dan kemiskinan, keselamatan makanan, produktiviti hijau, keseimbangan pembangunan antara sektor dan alam sekitar.

ECO 4504 Perancangan dan Penilaian Projek

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini membincangkan teori dan teknikteknik dalam perancangan yang merangkumi hubungan antara perancangan di peringkat sektor mikro dan makro. Topik-topik yang dibincangkan ialah Kitaran projek, Analisis projek (ekonomi, kewangan, komersial dan sosial), kaedah penilaian projek (kaedah tradisional dan kaedah pendiskaunan). Harga perakaunan sosial dan ekonomi digunakan. Isuisu dalam perancangan dan penilaian projek turut dibincangkan.

ECO 4505 Ekonomi Antarabangsa

• Jam Kredit : 4 (4+0)

• Prasyarat : ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini meliputi kedua-dua bidang perdagangan dan kewangan antarabangsa. Topik-topik yang dibincangkan ialah faedah berbanding, model-model perdagangan, halangan perdagangan, integrasi ekonomi, perjanjian komoditi antarabangsa, pertukaran asing, spekulasi, pengaliran modal, imbangan pembayaran, kawalan tukaran asing dan sistem kewangan antarabangsa.

ECO 4600 Pengurusan Perniagaan Tani

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3102 (Falsafah Pengurusan), ECO 3108 (Mikroekonomi I), ECO 3109 (Makroekonomi I)

Kursus ini merangkumi prinsip pengurusan asas dan aspek gelagat manusia dalam firma. Isu-isu seperti perancangan jangka panjang untuk pertumbuhan, penggunaan prinsip pengurusan untuk menganalisis sistem dan struktur pasaran perniagaan tani, dan dasar perniagaan tani akan juga dibincangkan.

ECO 4992 Latihan Industri

• Jam Kredit : 6 (6+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman kerja. Tumpuan diberikan kepada perancangan dan aplikasi teori sumber alam sesuai dengan major yang dipilih. Latihan industri akan dijalankan di organisasi di bawah penyeliaan pensyarah dan penyelia industri yang dilantik.

ECO 4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 4200 (Kaedah Penyelidikan)

Kursus ini merangkumi aspek-aspek penting dalam penyelidikan seperti perumusan masalah, hipotesis dan objektif kajian. Pengulasan karya dan kepentingan kajian serta sumbangan jangkaan hasil kajian kepada bidang ekonomi dan pengurusan.

ECO 4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : ECO 4998 (Projek Ilmiah Tahun Akhir I)

Pelajar-pelajar berpeluang menjalankan kajian lapangan yang berkaitan dalam bidang teras program dan pengkhususan mereka. Penekanan akan diberikan kepada kaedah penganalisaan data dan pembentangan penemuan kajian.

Jabatan Perakaunan dan Kewangan

Dokumen terkait