• Tidak ada hasil yang ditemukan

FIN 4101 Kewangan Antarabangsa

• Jam Kredit : 3 • Jam Kontak : 3

• Prasyarat : FIN 3101 (Pengurusan Kewangan)

Kursus ini membicarakan perihal firma multinasional menghadapi era globalisasi, sistem kewangan antarabangsa, pasaran pertukaran asing, pengurusan modal kerja, belanjawan modal antarabangsa, pelaburan portfolio antarabangsa, risiko politik dan pelaburan asing langsung, tukaran niaga hadapan dan mata wang, arbitraj, lindungan nilai dan spekulasi, pengurusan tunai untuk syarikat multinasional, harga pindahan untuk syarikat multinasional, aspek antarabangsa berkaitan pinjaman jangka panjang, dan kos serta struktur modal syarikat multinasional.

FIN 4201 Analisis Pelaburan

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan tutorial)

• Prasyarat : FIN 3101 (Pengurusan Kewangan)

Kursus ini meliputi teori dan teknik pelaburan, penilaian sekuriti, analisis asas dan analisis teknikal, pemasaran pelaburan, teori pasaran cekap, teori portfolio dan penilaian prestasi di samping membincangkan konsep dan mekanisme dana amanah, analisis hartanah dan pelaburan pasaran wang.

FIN 4202 Pasaran Derivatif

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan Tutorial) • Prasyarat : FIN 3103 (Kewangan Korporat)

Kursus ini mendedahkan pelajar-pelajar kepada dunia derivatif kewangan dan membincangkan tajuk-tajuk seperti sifat semulajadi pasaran hadapan dan opsyen, bursa opsyen dan pasaran hadapan, urusniaga pasaran hadapan dan opsyen, sistem penyelesaian, strategi dan aktiviti lindung nilai.

FIN 4301 Pengurusan Bank

• Jam Kredit : 3 • Jam Kontak : 3 • Prasyarat : Tiada

Topik-topik yang dirangkumi ialah struktur sistem bank, pengurusan dan organisasi sebuah bank, pengurusan asset dan liabiliti bank, pengurusan kumpulan wang modal dan keselamatan bank, analisis kredit, amalan dan dasar beri pinjam, pinjaman bermasalah dan perbankan Islam.

FIN 4302 Perbankan Antarabangsa

• Jam Kredit : 3 • Jam Kontak : 3

• Prasyarat : AKN 4624 (Pengurusan Bank)

Topik-topik yang dibincangkan ialah syarat dan peraturan perdagangan antarabangsa, kaedah penjelasan perdagangan antarabangsa dan instrumen perbankan utama di dalam perdagangan antarabangsa, implikasi pertukaran asing, pinjaman luar pesisir, risiko perniagaan antarabangsa, pengawalan serta penentuan harga dan insentif eksport.

FIN 4701 Pengurusan Kewangan Islam

• Jam Kredit : 3 • Jam Kontak : 3 • Prasyarat : Tiada

Kursus ini membincangkan prinsip pembiayaan dan pelaburan dalam organisasi perniagaan Islam dan meliputi topik-topik berkenaan batasan-batasan menyeluruh yang dikenakan oleh syaria seperti pengendalian perniagaan tanpa riba, zakat, alat-alat kewangan seperti syirka, mudaraba, murabaha, dan lain-lain belanjawan modal, serta sistem kewangan Islam.

FIN 4801 Ekonomi Islam

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan tutorial) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teori ekonomi dan kewangan Islam dan konvensional, doktrin ekonomi Islam, sistem ekonomi Islam, penjanaan & mobilisasi kekayaan, peranan kerajaan dalam ekonomi, gelagat pengguna, pengeluar dan usahawan, risiko dan pulangan, etika perniagaan berlandaskan Islam, wang dari perspektif Islam dan pemikiran ekonomi oleh para pemikir Islam.

FIN 4802 Institusi Kewangan Islam & Pasaran

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan tutorial) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini memberi pengenalan kepada sistem kewangan global seperti sejarah dan pembangunan institusi kewangan Islam, dan sistem kewangan Islam di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Bahrain, Pakistan, Turkey, Egypt, Sudan and Republic of Iran. Kursus ini juga menerangkan tentang pasaran kewangan Islam seperti fungsi dan organisasi, produk dan perkhidmatan, mekanisme pasaran, penggubal undang-undang dan peraturan, dan pembangunan otoriti kewangan/bank pusat.

FIN 4803 Pasaran Modal Islam

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan Tutorial) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini secara kritikal menilai dasar, teori dan struktur instrumen pasaran modal Islam dan merangkumi topik-topik seperti sejarah pembangunan pasaran modal Islam, peranannya dalam pembangunan ekonomi dan mobilasinya melalui produk yang menepati shariah dalam pasaran ekuiti.

FIN 4804 Peraturan Shariah Dalam Transaksi Kewangan

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan Tutorial) • Prasyarat : Tiada

Kursus yang memberi pendedahan tentang keperluan shariah dalam transaksi kewangan seperti prinsip-prinsip dalam transaksi kewangan, Riba, Aplikasi Murabahah/ Musawamah/ Urbun, Aplikasi Bai Bithaman Ajil/ Bai’bil Taqsit, Aplikasi Salam, Aplikasi Istisna, Aplikasi Bai Al-Inah/ Tawarruq, Aplikasi Ijarah/ Ujr, Aplikasi Mudharaba, Aplikasi Musharaka, Hiwalah, Kafala and Rahn.

FIN 4805 Deposit & Operasi Kewangan Bank Islam

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (syarahan dan tutorial) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendedahkan fungsi-fungsi deposit di dalam ekonomi, teori dan prinsip berkaitan deposit, mobilisasi deposit oleh institusi kewangan konvensional, mobilisasi deposit oleh Bank Islam, kos-kos penyimpanan deposit, penentu kepada peramalan penyimpanan, fungsi-fungsi dan peranan kredit dan pembiayaan dalam ekonomi, peraturan berkaitan amalan pembiayaan, proses-proses pembiayaan, teknik-teknik penilaian pembiayaan, amalan pembiayaan, aspek kewangan dalam pembiayaan dan risiko pembiayaan.

FIN 4806 Perancangan dan Pengurusan Harta

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (syarahan dan tutorial) • Prasyarat : Tiada

Topik yang dibincangkan antaranya ialah pembinaan kekayaan dan mobilasi dari konvensional kepada perspektif Islamik, skop dan bentuk perancangan harta kekayaan, proses pembahagian harta, pelaburan dalam hartanah dan sekuriti, insurans dan skim Takaful, perancangan hartanah, pengurusan perancangan persaraan, percukaian, dan lain-lain isu berkaitan perancangan dan pengurusan harta kekayaan.

ACC 4003 Amalan Kesetiausahaan Syarikat

• Jam Kredit : 2

• Jam Kontak : 2 (Syarahan)

• Prasyarat : Undang-Undang Syarikat (MGM 4603)

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terhadap aplikasi peruntukan Akta Syarikat 1965, fungsi dan tanggungjawab pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat, peraturan-peraturan dan garis panduan tentang prosedur kesetiausahaan syarikat seperti pendaftaran perniagaan dan syarikat, memorandum & articles of association, mesyuarat-mesyuarat, saham, stok dan pembubaran syarikat.

ACC 4104 Perakaunan Sektor Awam 2

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 3 (Syarahan dan Pembentangan) • Prasyarat : ACC 4103 (Perakaunan Sektor Awam I)

Meliputi semua prosedur perakaunan termasuk peranan akauntan negara, rekod-rekod perakaunan awam, prosedur pembelian, penyimpanan dan penggunaan barang, tender dan kontrak untuk kerja, bekalan dan perkhidmatan, penyiasatan audit dan pelaporan termasuk penipuan, ‘insider trading’, prospektus, pembelian dan penjualan perniagaan, tuntutan insurans dan kaedah risiko dalam pengauditan dan kawal selia agensi-agensi awam dan syarikat-syarikat awam.

ACC 4105 Isu-Isu Semasa Perakaunan & Audit

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan tutorial)

• Prasyarat : Perakaunan Kewangan & Pelaporan 3 (ACC 3104) dan Audit 1 (ACC 3301)

Kursus ini akan dilaksanakan melalui seminar, pembentangan dan perbincangan. Topik-topik yang dibincangkan berkisar kepada isu-isu semasa berkaitan profesyen perakaunan seperti etika, laporan kewangan dan pendedahan, isu-isu sosial dan persekitaran, pengurusan dan pengauditan.

ACC 4106 Perakaunan Terkhusus

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan Pembentangan)

• Prasyarat : ACC 3104 (Perakaunan Kewangan & Pelaporan 3)

Tajuk-tajuk yang akan diliputi ialah perakaunan untuk perladangan dan perlombongan, perakaunan untuk petroleum, perakaunan untuk institusi kewangan, perakaunan untuk firma sewa pajak, perakaunan untuk firma insurans, perakaunan untuk firma hartanah, perakaunan untuk firma broker saham, perakaunan untuk unit amanah, perakaunan untuk firma guaman dan lain-lain.

ACC 4107 Perakaunan Antarabangsa

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (Syarahan dan Pembentangan)

• Prasyarat : ACC 3104 (Perakaunan Kewangan & Pelaporan 3)

Kursus ini antara lain membincangkan tinjauan bidang dan amalan perakaunan antarabangsa, pengkelasan amalan, prinsip dan dasar perakaunan antarabangsa yang pelbagai, halangan / masalah keseragaman amalan perakaunan antarabangsa, isu pentafsiran mata wang asing dan perbandingan piawai antarabangsa yang wujud, isu dalam analisis penyata kewangan antarabangsa, pengkelasan operasi asing, isu dan amalan perakaunan pengurusan global dan halatuju perakaunan antarabangsa.

ACC 4401 Percukaian Lanjutan

• Jam Kredit : 3

• Jam Kontak : 4 (syarahan dan tutorial) • Prasyarat : ACC 3402 (Percukaian 2)

Kursus ini meliputi perancangan cukai individu dan syarikat, audit dan penyiasatan cukai, cukai ke atas harta pesaka dan badan amanah serta cukai ke atas industri-industri khusus seperti Pusat Kewangan Pesisir Labuan, kelab dan pertubuhan, industri perbankan, perkapalan dan insuran.

ACC 4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I

• Jam Kredit : 3 • Jam Kontak : Tiada

• Prasyarat : ECO 4200 (Kaedah Penyelidikan)

Kursus ini merangkumi aspek-aspek penting dalam penyelidikan seperti perumusan masalah, hipotesis dan objektif kajian, pengulasan karya dan kepentingan kajian serta sumbangan jangkaan hasil kajian kepada pembangunan maklumat perakaunan.

ACC 4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II

• Jam Kredit : 3 • Jam Kontak : Tiada

• Prasyarat : ACC 4998 (Projek Ilmiah Tahun Akhir I)

Pelajar berpeluang menjalankan kajian lapangan yang berkaitan dalam bidang mereka dimana penekanan akan diberikan kepada kaedah penganalisaan data, dan pembentangan dapatan kajian.

Dokumen terkait