• Tidak ada hasil yang ditemukan

37Jabatan Pengurusan dan Pemasaran

MGM 3102 Falsafah Pengurusan

• Jam Kredit: 3 (3+0) • Prasyarat: Tiada

Analisis terhadap teori, prinsip, teknik dan alat-alat asas pengurusan dengan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti pengurusan yang berkaitan dengan bidang atau fungsi untuk sesebuah organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. Penekanan juga akan diberikan terhadap pendekatan bersistem.

MGM 3103 Asas Keusahawanan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini memberi pendedahan dan penekanan terhadap aspek-aspek penting pengurusan perniagaan. Tumpuan adalah ke atas konsep, teori dan prinsip keusahawanan. Kursus ini mengintegrasi dan mengaplikasi prinsip dan kaedah-kaedah penting perniagaan untuk menjadi usahawan berjaya. Sehubungan dengan itu, permasalahan dan cabaran yang dihadapi usahawan di alaf baru turut dibincang.

MGM 3105 Kaedah Kuantitatif Dalam Pembuatan Keputusan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : Pelajar Tahun Akhir

Kursus ini fokus kepada penggunaan teknik kuantitatif untuk membuat keputusan dalam pengurusan perniagaan. Antara tajuk yang terlibat ialah pembentukan model, teori keputusan, teori kawalan inventori, programan linar mengunakan geraf, kaedah simplex dan analisis kepekaan, teori garisan menunggu, simulasi, PERT/CPM dan lain-lain.

MGM 3201 Gelagat Organisasi

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3102 (Falsafah Pengurusan)

Kursus ini membincangkan pelbagai teori berhubung Gelagat Organisasi dimana sasarannya adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar-pelajar didalam bidang ini khususnya di peringkat individu, kumpulan dan Organisasi. Isu-isu berhubung dengan nilai-nilai, sifat-sifat, personaliti dan emosi, tanggapan dan sumbangan, motivasi didalam tempat kerja dan tekanan kerja dibincangkan diperingkat individu. Pada peringkat kumpulan, isu-isu kumpulan dan kerja kumpulan, komunikasi, kuasa, konflik dan perundingan dan juga kepimpinan dibincangkan. Akhir sekali, kursus ini menfokuskan kepada rekabentuk organisasi, rekabentuk pekerjaan, budaya organisasi dan perubahan organisasi dalam sistem atau peringkat organisasi.

MGM 3302 Prinsip Pemasaran

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Pemasaran merupakan fungsi perniagaan yang mengenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan, menentukan sasaran pasaran yang terbaik untuk dimasuki, merekabentuk keluaran atau perkhidmatan dan program-program untuk pasaran yang dipilih. Pendekatan pengurusan dalam memahami pembuatan keputusan pemasaran dengan memberi penekanan terhadap pembangunan campuran pemasaran dan strategi-strategi pemasaran. Analisis peluang pemasaran. Keputusan keluaran/ perkhidmatan, pengagihan, promosi, penentuan harga, perancangan dan pengurusan pemasaran dan lain-lain kegunaan terpilih.

MGM 3304 Pengurusan Pemasaran

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kefahaman tentang konsepkonsep asas dan aplikasi teori pengurusan pemasaran yang telah digunakan organisasi perniagaan. Tajuktajuk utama seperti memahami pengurusan pemasaran, menganalisis peluangpeluang pemasaran, membentuk strategistrategi pemasaran, merancang programprogram pemasaran dan mengurus usahausaha pemasaran. Konsep pemasaran dalam persekitaran perniagaan moden, gelagat dan keputusan pembelian pengguna, keputusan dan strategistrategi berkaitan dengan campuran pemasaran seperti strategi produk dan penentuan harga, dasar galakan dan pengagihan. Pemasaran strategik, perancangan, pelaksanaan dan kawalan program pemasaran juga akan dibincangkan.

MGM 3401 Prinsip Pengangkutan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Komponen fizikal sistem pengangkutan. Ciri mod sistem pengangkutan. Kawalan statutori dan peraturan perundangan. Pentadbiran dan kewangan dalam organisasi pengangkutan.

MGM 4102 Sistem Maklumat Pengurusan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Merangkumi teoriteori komunikasi komputer di dalam organisasi dan psikologi pemprosesan maklumat manusia, sains pembuatan keputusan dan modelmodel asas di sebalik sistem maklumat, sistemsistem sokongan, penentuanpenentuan keperluan maklumat dan pembangunan, pelaksanaan dan pengurusan sumber-sumber sistem maklumat.

MGM 4103 Pengurusan Operasi dan Kualiti

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini akan membincangkan peranan strategi pengurusan operasi dan penyelenggaraan kualiti dan bagaimana ianya bertindak balas dengan fungsi-fungsi organisasi yang lain. Peranan dan fungsi seorang pengurus operasi akan dibincangkan dengan terperinci dan masalah serta isuisu yang dihadapinya juga akan ditekankan, Prinsipprinsip operasi yang terbukti untuk mengatasi masalah-masalah tersebut akan ditunjukkan.

MGM 4105 Pengurusan Strategik

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : Pelajar Tahun Akhir

Memahami peranan pelbagai unit fungsian organisasi dalam proses pembuatan keputusan strategik dan polisi perniagaan. Memberi penekanan kepada perspektif pengurusan am dalam merancang, melaksana dan mengawal strategi perniagaan. Topiktopik teras merangkumi proses perancangan strategik, analisis persekitaran dan industri, profil kelebihan kompetitif syarikat, membentuk dan memilih strategi, penilaian strategi. Perancangan strategik bagi organisasi bukanuntung.

MGM 4101 Keusahawanan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : Pelajar Tahun Akhir

Analisis terhadap teori, prinsip dan pendekatan kepada pengurusan usahaniaga pengusahawanan. Penekanan dibuat terhadap pendekatan strategik dan cara dalam membuat keputusan, serta menggunakan kemahiran untuk membuat keputusan yang berkesan oleh usahawan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

MGM 4201 Pengurusan Sumber Manusia

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini memberi penekanan kepada konsep pengantaramuka di antara pengurus sumber manusia dan pengurus lain dalam melaksanakan aktivitiaktiviti pengurusan sumber manusia seperti perancangan gunatenaga, pengambilan pekerja, pemilihan, latihan dan pembangunan, pemberian ganjaran dan hubungan majikanpekerja. la menumpukan kepada teknik serta kaedah meningkatkan keberkesanan organisasi melalui amalanamalan pengurusan sumber manusia yang betul. Perbandingan antara amalanamalan pengurusan sumber manusia di sektor swasta dan kerajaan dan juga di antara falsafahfalsafah pengurusan sumber manusia dari perspektif Barat dan bukan Barat seperti Jepun.

MGM 4302 Kelakuan Pengguna

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Teori dan pendekatan konseptual terhadap pilihan, pembelian dan penggunaan. Penelitian faktorfaktor antropologi, sosiologi, psikologi dan situasi yang mempengaruhi kelakuan pengguna dan strategi pemasaran. Gabungan pendekatan sains perlakuan dan model kuantitatif dengan penekanan kepada aplikasi penyelidikan.

MGM 4303 Penyelidikan Pemasaran

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Teori asas dan prosedurprosedur dalam mengenal pasti peluang dan masalah pengurusan, kaedah penyelesaian sistematik dengan reka bentuk penyelidikan, pengukuran dan penskalaan, pembentukan instrumen, pengumpulan data, penganalisaan dan modelmodel keputusan dan caragaya persembahan laporan penyelidikan.

MGM 4304 Pemasaran Hasil Pertanian

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Pengenalan kepada pemasaran pertanian dalam konteks pemasaran dan ekonomi; kegiatan dan fungsi utama pemasaran; penentuan harga komoditi, hasil pertanian dan makanan; gelagat harga dan petunjuk harga; struktur pasaran dan permintaan/ penawaran; peranan dan campurtangan kerajaan; sistem pemasaran dan pengagihan komoditi utama pertanian seperti padi, kelapa sawit, ternakan, perikanan, makanan dan lainlain lagi.

39

MGM 4305 Pemasaran Perkhidmatan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Pendedahan untuk pelajar kepada pelbagai perkhidmatan perniagaan di samping meningkatkan kemahiran menganalisis masalah pemasaran perkhidmatan. la juga dapat mendedahkan pelajar kepada konsep pemasaran perkhidmatan dan reka bentuk pemasaran perkhidmatan, aspek peletakan organisasi perkhidmatan, pengurusan percampuran pelanggan serta permintaan dan penawaran perkhidmatan, termasuk perbincangan mengenai perancangan dan sistem pemasaran perkhidmatan.

MGM 4306 Pengurusan Produk

• Jam Kredit: 3 (3+0)

• Prasyarat: MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Kursus ini membincangkan dasar dan polisi keluaran (produk), pemasaran dan pengurusan korporat, kitaran hayat keluaran, pengelasan dan peletakan produk, analisis dan keputusan portfolio produk, sistem perancangan dan proses pembentukan produk baru dari peringkat awal hingga ke peringkat komersial. Isu-isu semasa yang berkaitan juga dibincang.

MGM 4307 Pemasaran Antarabangsa

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Kajian ke atas perbezaan di dalam pemasaran berasaskan ekonomi antarabangsa. Analisis yang sistematik ke atas faktorfaktor persekitaran yang bertanggungjawab ke atas ketidakseragaman pasaran, penyelidikan pemasaran dan harga serta polisi barangan. la juga meliputi penyelarasan fungsifungsi pemasaran secara antarabangsa dengan menitikberatkan komoditikomoditi asas negara.

MGM 4308 Komunikasi Pemasaran

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Fokus kepada menekankan perancangan, pembentukan, penggunaan dan pengurusan promosi untuk sebuah syarikat. Pendekatan yang digunakan adalah menyeluruh dan merangkumi aspekaspek penyelidikan promosi, kreativiti dalam promosi dan pengurusan media. Peranan pengiklanan, promosi, jualan peribadi dan hubungan awam dalam membentuk komunikasi menyeluruh (IMC).

MGM 4309 Pengurusan Jualan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Meneliti pengurusan dan strategi pemasaran yang berkaitan dengan pengurusan penjualan. Mengkaji kesan aktiviti penjualan ke atas masyarakat, pergerakan pengguna dan perundangan yang mempengaruhi pasaran. Isuisu berkaitan kawalan pasukan jualan dan pemantauan kawasan jualan juga diberi penekanan. Memahami aspek perhubungan pelanggan, kemahiran komunikasi, kerja kumpulan dan kepimpinan kendiri.

MGM 4310 Pemasaran Langsung

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Aspekaspek penting pemasaran langsung meliputi saiz dan skop industri pemasaran langsung. Tawaran, perancangan dan peletakan. Pemikiran senarai dan pemetakan; strategi kreatif dan pelaksanaan, teknikteknik pemasaran langsung tertentu termasuk penyasaran pemasaran dengan menggunakan pangkalan data. Media pemasaran langsung meliputi kempen mel langsung, pemasaran katalog, pemasaran telefon. Pembangunan masa depan pemasaran langsung dan implikasi terhadap pasaran Malaysia.

MGM 4311 Pemasaran Elektronik

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Pendedahan kepada isuisu strategi pemasaran dan pengurusan serta perspektif epemasaran. Fokus kepada proses pemasaran dan analisis situasi pemasaran dan pelaksanaan strategi pemasaran dengan penggunaan sumbersumber e-pemasaran. Peranan Pemasaran Internet dan peruncitan maya dalam pembentukan keputusan campuran pemasaran.

MGM 4301 Pemasaran Sosial

• Jam Kredit: 3 (3+0)

• Prasyarat: MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Kursus ini memberi pendedahan tentang kepentingan menilai isuisu sosial dari perspektif dan aplikasi pemasaran. Pembentukan strategi, pelaksanaan dan pemantauan program sosial bagi mempengaruhi penerimaan masyarakat mengenai idea isu sosial. Tumpuan kepada pendekatan kelakuan pengguna, analisis pasaran dan pemetakan dan perancangan strategi pemasaran sosial berasaskan campuran pemasaran.

40

MGM 4402 Pengurusan Saluran

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Kefahaman tentang pembentukan dan mengurus hubungan yang efektif di kalangan rantaian syarikatsyarikat peruncitan pada tahap strategik dan pengurusan. Strategi perancangan, pengaturan dan pemantauan pakatan strategik. Peranan saluran pemasaran dalam memberi khidmat kepada organisasi dan pengguna akhir. Model Pengurusan Saluran, Francais dan pemasaran perniagaan. Aktiviti rantaian nilai (valuechain activities).

MGM 4403 Pengurusan Barang dan Pembelian

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3401 (Prinsip Pengangkutan)

Memahami asas dan teori pembarangan dan pembelian dan bagaimana aplikasinya dalam peruncitan. Elemenelemen pembarangan dan peruncitan. Proses dan tatacara pembelian. Pengurusan pembarangan dan perancangan unit. Sistem kawalan inventori dan strategi keputusan kuantiti. Hubungan pembeli dan vendor. Persembahan barang, reka bentuk dan susun atur.

MGM 4404 Pengurusan Peruncitan

• Jam Kredit : 4 (4+0)

• Prasyarat : MGM 3304 (Pengurusan Pemasaran)

Peranan pentadbir jualan sebagai seorang eksekutif pemasaran profesional. Permasalahan organisasi, perancangan dan kawalan jualan; merumus dasar jualan dan pengurusan tenaga kerja jualan. Permasalahan kedai runcit; prinsipprinsip dan amalan penetapan dasar, belian dan jualan; organisasi kedai runcit dan pengurusan. Pembentukan imej kedai.

MGM 4601 Undang-Undang Komersial

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Pendedahan kepada semua prinsip undangundang yang ada kaitan dengan penubuhan dan pengurusan sesuatu jenis perniagaan. Tinjauan juga dibuat mengenai asas undangundang bagi setiap urusan perniagaan yang lazim dilakukan oleh seorang peniaga, seperti kontrak, kredit pengguna dan urusan dengan bank khususnya dari aspek tanggungan dan haknya terhadap orang lain yang berurusan dengannya.

MGM 4603 Undang-Undang Syarikat

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 4601 (Undang-Undang Komersial)

Kursus ini membentangkan prinsip undangundang mengenai pembentukan pengurusan dan perjalanan syarikat serta proses pembubaran dan kesankesan pembubarannya.

MGM 4608 Undang-Undang Buruh

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Hubungan majikan-pekerja. Hubungan majikan-kesatuan sekerja. Maksud pekerja dan majikan di sisi undang-undang. Kontrak pekerjaan dan kontrak untuk pekerjaan. Terma-terma kontrak pekerjaan. hak dan keistimewaan pekerja di sisi undang-undang. Perlindungan terhadap penamatan perkhidmatan.

MGM 4992 Latihan Industri

• Jam Kredit : 6 (0+6) • Prasyarat : Tiada

Kursus pelengkap bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman kerja. Tumpuan kepada perancangan dan aplikasi kemahiran pengurusan sesuai dengan bidang major yang dipilih. Latihan Industri akan dijalankan dalam organisasi bawah penyeliaan pensyarah dan penyelia industri yang dilantik.

MGM 4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I

• Jam Kredit : 3 (0+3)

• Prasyarat : MGM 4998 (Kertas Projek I)

Kursus ini merangkumi aspekaspek penting dalam penyelidikan seperti perumusan masalah, hipotesis dan objektif kajian. Pengulasan karya dan kepentingan kajian serta sumbangan jangkaan hasil kajian kepada pengurusan.

MGM 4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II

• Jam Kredit: 3 (0+3)

• Prasyarat: PGN 4999 (Projek Ilmiah Tahun Akhir I)

Pelajarpelajar berpeluang menjalankan kajian lapangan yang berkaitan dalam bidang mereka. Penekanan akan diberikan terhadap kaedah penganalisaan data dan pembentangan penemuan kajian.

MGM 3801 Pengenalan Kepada Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini memberi pemahaman tentang aplikasi teori pengurusan pelancongan yang telah digunakan organisasi pelancongan; konsep pengurusan pelancongan dalam persekitaran perniagaan moden, gelagat dan keputusan memilih perkhidmatan oleh pengguna, keputusan dan strategi-strategi pelancongan seperti strategi perkhidmatan, dasar promosi pakej pelancongan. Perancangan, pelaksanaan dan kawalan program pengurusan pelancongan. Menilai teknik-teknik utama untuk mengumpul maklumat yang menentukan objektif dan dasar korporat.

MGM 3802 Pemasaran Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Pemasaran pelancongan merupakan kursus yang berteraskan pendekatan praktikal dan pengurusan dalam pemasaran mengikut perspektif industri pelancongan dan hospitaliti. Ianya mendedahkan para pelajar kepada elemen persekitaran dan strategi campuran pemasaran di dalam pembuatan keputusan untuk memastikan objektif dan sumber-sumber yang dimiliki oleh syarikat dioptimumkan selari dengan keperluan dan peluang yang ada di pasaran global.

MGM 3803 Sistem Maklumat Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini telah dirangka untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pengetahuan asas tentang penggunaan dan kepentingan teknologi maklumat seperti Sistem Pengedaran Global dalam industri pelancongan, Sistem Tempahan Berpusat dalam industri penginapan, industri makanan dan minuman, dan juga sektor kerajaan. Kursus ini juga akan memperlihatkan impak sistem maklumat kepada pembangunan industri pelancongan pada masa hadapan.

MGM 3804 Gelagat Pelancong

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini telah dirangka untuk memberi pemahaman memahami prinsip-prinsip utama kelakuan pelancong dan aplikasi dalam aktiviti operasi pelancongan, destinasi pelancongan, hospitaliti, tarikan pelawat, peruncitan perjalanan dan pengangkutan. Topik-topik merangkumi sejarah dan konsep kelakuan pelancong, pilihan destinasi dan produk pelancongan, proses pembuatan keputusan, penyelidikan pelancongan, pelancongan pakej, kelakuan pencarian maklumat pelancongan, pembentukan jangkaan pelancongan dan isu-isu semasa dalam industri pelancongan.

MGM 3805 Penyelidikan Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada alat dan kaedah untuk menghasilkan penyelidikan yang baik. Ianya meliputi aplikasi kaedah untuk penyelidikan kuantitatif dan juga kualitatif. Disamping itu, kursus ini juga memberikan gambaran kepada pelajar tentang penyelidikan dalam industri pelancongan melalui contoh-contoh yang disediakan. Secara tidak langsung, ianya memberi inspirasi kepada para pelajar untuk membangunkan idea bagi melaksanakan projek penyelidikan yang berjaya mengikut kaedah yang betul.

MGM 4801 Pengurusan Taman dan Rekreasi

• Jam Kredit : 3 (3+0) • Prasyarat : Tiada

Kursus ini telah dirangka untuk memberi kefahaman ke atas prosedur pengurusan dan pentadbiran yang perlu untuk mengoperasi dan menguruskan program rekreasi dan kemudahan taman. Peranan interpretasi persekitaran dalam pengurusan sumber taman dan rekreasi, masalah-masalah yang biasa dihadapi serta tren yang terkini di dalam pengurusan taman dan rekreasi.

ECO 4306 Ekonomi Rekreasi dan Pelancongan

• Jam Kredit : 6 (0+6)

• Prasyarat : EKN3104 (Mikroekonomi 1) dan EKN3105 (Makroekonomi 1)

Kursus ini tertumpu kepada perbincangan tentang permintaan, penawaran, penggunaan, kos dan faedah pembangunan rekreasi luar. Penumpuan khusus diberi kepada kaedah-kaedah dan model-model ekonomi sebagai asas kepada perancangan dan pengurusan rekreasi luar; isu-isu polisi dalam rekreasi dan pelancongan.

MGM 4802 Pengurusan Sumber Alam

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini membantu pelajar supaya lebih berpengetahuan berkenaan dengan sumber alam semula jadi dan pengurusannya. Kursus memberi tumpuan keatas ekologi, ekonomi, politik, dan sosiologi sumber alam semula jadi dan pengelolaannya. Masyarakat manusia bergantung kepada banyak sumber merangkumi bahan bakar fosil, air, udara, hutan, padang ragut dan kepelbagaian biologi. Adalah penting pelajar memahami bagaimana mereka boleh membantu mengekalkan sumber alam semulajadi yang banyak memberi manfaat kepada mereka.

MGM 4821 Pelancongan Antarabangsa

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Pendedahan untuk pelajar kepada pelbagai aspek pelancongan antarabangsa. Analisis yang sistematik ke atas faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi corak pengurusan pelancongan antarabangsa. Ia menekankan aspek pelancongan komuniti, impak pelancongan, pelancongan dan pengangkutan. Kursus ini juga menitikberatkan penyelarasan fungsi pelancongan antarabangsa dengan sumber-sumber asas negara.

MGM 4822 Pengurusan Pelancongan Mapan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan konsep pembangunan mapan dan aplikasinya kepada industri pelancongan. Sehubungan dengan itu penekanan terhadap sifat dan skop pelancongan mapan di ketengahkan. Pelajar juga akan didedahkan dengan pandangan semasa berhubung dengan isu dan teknik dalam pelancongan mapan. Antara lain kursus ini akan meneliti kos dan manfaat pembangunan pelancongan dari segi impaknya ke atas komuniti tuan rumah dan persekitaran. Akhir sekali tumpuan diberi kepada idea dan prinsip yang menyokong serta memantap amalan pelancongan mapan.

MGM 4823 Perancangan dan Pembangunan Pelancongan Pulau & Pesisir

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini memberikan satu pendekatan kepada proses perancangan dan pembangunan pelancongan khususnya pulau dan pesisir yang komprehensif dan praktikal. Proses perancangan dan pembangunan tersebut perlu memenuhi keperluan para pelancong, komuniti tuan rumah, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta. Isu-isu utama yang diliputi termasuk persekitaran fizikal, kapasiti, penyertaan komuniti dan kepelbagaian budaya. Akhirnya, kursus ini akan menjelaskan impak yang dijana oleh perancangan dan pembangunan industri pelancongan dari segi ekonomi, sosial dan persekitaran.

MGM 4824 Pelancongan Budaya dan Warisan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini memberi pengetahuan berkaitan aspek-aspek pengurusan pelancongan budaya dan warisan. Topik-topik merangkumi pengenalan kepada konsep pelancongan budaya dan warisan, cabaran-cabaran dalam usaha mengekalkan pelancongan budaya, gelagat pelancong, pengurusan aset warisan dan budaya, produk pelancongan budaya, pasaran pelancongan budaya, penilaian, pengauditan dan perancangan, strategi pemasaran budaya dan warisan; dan isu-isu semasa dalam pengurusan aset budaya dan warisan.

MGM 4825 Isu-Isu Semasa Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada isu-isu semasa berhubung industri pelancongan di rantau Asia dan dunia. Pelajar dapat menghargai peranan industri pelancongan sebagai satu perniagaan global yang kian meningkat. Selain daripada itu, kursus ini mengkaji dan mempertimbangkan kelebihan dan kelemahan pembangunan industri pelancongan. Pengajaran kursus ini menumpukan perhatian kepada kajian kes sebagai kaedah pembelajaran.

MGM 4826 Pemasaran Perkhidmatan Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada konsep, kaedah, pendekatan dan strategi bagi mengurus pemasaran perkhidmatan yang cemerlang dalam sektor pelancongan dan hospitaliti. Kursus ini memberi fokus kepada pembentukan perhubungan pelanggan yang kukuh melalui penyampaian kualiti perkhidmatan cemerlang dan pengetahuan yang perlu untuk melaksanakan strategi perkhidmatan bagi memperolehi kelebihan persaingan dalam industri pelancongan dan hospitaliti.

MGM 4827 Komunikasi Pemasaran Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini memperkenalkan konsep dan strategi komunikasi pemasaran dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Fokus kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap teori-teori berkaitan komunikasi dan pelbagai kaedah strategi komunikasi bagi membolehkan pelajar membentuk kemahiran komunikasi, dan menggambarkan peranan yang dimainkan oleh komunikasi dalam penyampaian dan persembahan perkhidmatan pelancongan dan hospitaliti kepada pelanggan. Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada kajian kes yang menerangkan dan mengkritik amalan dan teori berkaitan industri pelancongan.

MGM 4828 Pembangunan Produk Pelancongan

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini memperkenalkan prinsip asas perancangan dalam pembangunan pelancongan dan menekankan teori-teori sistem pemasaran dalam pelancongan. Perbincangan akan merangkumi perletakan produk pelancongan, proses pembangunan pelancongan, prinsip asas dalam pelancongan serta strategi pembangunan pelancongan di peringkat mikro dan makro. Selain daripada itu, ia turut membincangkan tentang gelagat pengguna, imej dan kesan pelancongan, tren semasa serta halatuju bidang pelancongan.

MGM 4829 Pemasaran Destinasi

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini memberi pengetahuan mengenai aspek-aspek pemasaran destinasi melalui penjenamaan destinasi. Topik-topik merangkumi konteks penjenamaan destinasi yang memperlihatkan kebanyakan destinasi pada hari ini, dan melaksanakan strategi penjenamaan dalam usaha menarik minat pelancong serta mengatasi persaingan destinasi hebat. Topik-topik yang dibincangkan juga merangkumi cabaran-cabaran proses penjenamaan destinasi daripada pelbagai aspek seperti kewangan, politik dan juga pihak media. Kursus ini juga membincangkan penjenamaan destinasi daripada perspektif pihak pengurusan dan tumpuan juga akan diberikan kepada pembelajaran kes global yang telah membuktikan bagaimana destinasi tanpa mengira kecil atau besar telah mampu memasarkan destinasi mereka dengan jayanya melalui usaha dan kuasa penjenamaan.

MGM 4830 Pengurusan Mesyuarat, Insentif, Konferens dan Pameran (MICE)

• Jam Kredit : 3 (3+0)

• Prasyarat : MGM 3801(Pengenalan Kepada Pelancongan)

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pelbagai aspek perancangan mesyuarat, insentif, konferens dan pameran untuk industri pelancongan. Kursus ini turut menekankan kepentingan merancang tempat, penajaan, penganjur, jenis pameran, majlis khas, makanan dan minuman, perancangan program dan seminar. Kursus ini juga menitikberatkan isu-isu perundangan, teknologi dan isu-isu antarabangsa industri pelancongan.

Dokumen terkait