• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

5.4 CIRI-CIRI KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

5.3.3 Jaminan Perlembagaan

Perlembagaan merupakan suatu undang-undang atau peraturan yang menjadi dasar pemerintahan sesebuah kerajaan yang dibentuk. Bagi mewujudkan model kerajaan perpaduan berteraskan Islam memerlukan suatu perlembagaan sebagai dasar pemerintahan sebuah kerajaan yang berdaulat. Kedaulatan sesebuah kerajaan yang mengikut syariat Islam terletak pada Allah SWT sebagai Pencipta yang mengatur urusan yang didasari oleh wahyu-Nya untuk melaksanakan undang-undang yang dapat memberi jaminan keadilan, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran kepada warganegaranya yang terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam (Yahaya Jusoh, 2014). Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Apa yang kamu sembah, yang lain daripada Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakannya manusia tidak mengetahui” (Surah Yu>suf, 12:40).

Berdasarkan ayat tersebut, Sayyid Qutb (2009) menjelaskan bahawa jaminan perlembagaan perlu berasaskan wahyu Allah SWT yang menjadi Pemilik segala

171

undang-undang di muka bumi. Menurut Yahaya Jusoh (2014), terdapat lima jaminan perlembagaan kerajaan yang berteraskan Islam dapat dibentuk menurut ayat di atas, iaitu pertama, kedaulatan sesebuah kerajaan berteraskan Islam bercirikan kepada hukum Allah SWT; kedua, Allah SWT tidak menentukan hukum legistatif kepada manusia. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk membentuk suatu undang-undang melainkan mengikut hukum yang dtetapkan oleh Allah SWT. Walaubagaimana pun, manusia diberi akal fikiran dan memerhatikan peraturan berdasarkan hukum Allah SWT; ketiga, pelaksanaan dasar perlembagaan dalam sesebuah kerajaan berteraskan Islam berdasarkan hukum syariat Allah SWT yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW. Ciri perlembagaan kerajaan berteraskan Islam perlu mendapat ketaatan warganegara kepada pemerintah yang bertujuan melaksanakan fungsi kepimpinan pemerintahannya; keempat, perlembagaan kerajaan berteraskan Islam boleh dibentuk dan diasaskan oleh orang Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dan penggubalannya tidak bertentangan dengan prinsip hukum yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan Hadith; dan kelima, pelaksanaan tugas pembentukan perlembagaan yang berteraskan sistem pemerintahan Islam dalam semua aspek peraturan dan undang-undang negara yang bertujuan menjamin kemaslahatan warganegara yang berbilang agama, bangsa dan budaya.

Demikian jaminan perlembagaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang menentukan hukum Allah SWT sebagai dasar perjuangan dalam menegakkan kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagaimana yang terkandung Piagam Madinah yang menjadi rujukan kerajaan Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Jaminan perlembagaan menjadi asas dan prinsip utama dalam pemerintahan Negara Madinah. Piagam Madinah sebagai sebuah dokumen perlembagaan

172

memperkenalkan konsep sebuah masyarakat yang bersatu yang masing-masing mempunyai hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang sama dan saling menghormati persamaan dan kebebasan (Abdul Monir Yaacob, 2013).

Kedudukan Piagam Madinah diiktiraf sebagai tertinggi dalam undang-undang Negara Islam Madinah oleh masyarakat Madinah menjadikannya jaminan yang utuh dalam mewujudkan konsep persaudaraan dalam pembinaan Negara Madinah. Jaminan tersebut termaktub dalam Fasal 22 yang menyatakan “tidak dibenarkan bagi setiap orang yang mengakui perlembagaan ini dan percaya kepada Allah dan Hari Akhirat membantu mana-mana orang salah dan memberi tempat perlindungan kepadanya.” Kemudian, Fasal 47 menyebut “Sesungguhnya tidaklah boleh perlembagaan ini dipergunakan untuk melindungi orang zalim dan bersalah”.

5.3.4 Keadilan

Keempat, dalam Piagam Madinah, Fasal 37 dan 47 menyatakan setiap orang tidak boleh dihukum kerana kesalahan yang dilakukan oleh sahabat atau sekutunya. Perlindungan tidak boleh diberikan terhadap orang zalim dan bersalah. Justeru, ciri – ciri konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam memberi tumpuan kepada keadilan. Hal ini selaras dengan beberapa ayat al-Qur’an yang menyeru kepada keadilan. Di antaranya dalam Surah al-Nah}l, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan” (Surah al-Nah}l, 16:90).

Islam menuntut umatnya menegakkan keadilan dalam pemerintahan. al-Ghaza>liy (1998) menyatakan menerusi pemerintahan yang adil, keamanan, kedamaian,

173

keselamatan dan kebahagian dapat diwujudkan. Peri pentingnya keadilan dalam sebuah pemerintahan dapat dilihat daripada amalan Rasulullah SAW ketika menjadi ketua Negara Islam Madinah. Baginda SAW sentiasa melaksanakan keadilan dalam pemerintahan Baginda dengan menyuruh umatnya sentiasa berlaku adil sesama individu, keluarga dan masyarakat. Penegasan tersebut dizahirkan oleh Baginda SAW ketika menyampaikan Khut}bat al-Wada>‘ yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu satu (iaitu Allah SWT) dan sesungguhnya bapa kamu semua adalah satu (iaitu Adam a.s.) ingatlah bahawa orang Arab tidak mempunyai apa-apa kelebihan ke atas orang ‘Ajam (bukan Arab) dan orang

‘Ajam juga tidak mempunyai apa-apa kelebihan ke atas orang

Arab, tiada kelebihan bagi yang berkulit merah ke atas mereka yang berkulit hitam dan tiada kelebihan bagi yang berkulit hitam ke atas mereka yang berkulit merah. Tetapi kelebihan antara seseorang dengan yang lain itu dukur dari segi ketakwaannya” (Riwayat al-Tirmidhiy, No. Hadith: 2046).

Menurut Sayyid Qutb (2009), keadilan itu ialah manusia mempunyai hak yang sama antara orang Islam dan orang bukan Islam dalam memberi kebajikan dan hak keadilan sosial kerana mereka juga manusia yang sama diciptakan oleh Allah SWT. Namun, beliau juga mengatakan bahawa dalam menjelaskan keadilan adalah berdasarkan perintah al-Qur’an dan Hadith dan bukannya mengikut ketentuan hukum dengan pemikiran semata-mata.

Melalui konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam, ciri keadilan perlu ditegakkan melalui penghayatan terhadap konsep persamaan dan meletakkan kemuliaan manusia kepada sejauh mana ketaatan dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Jika sebaliknya, masyarakat akan terjerumus ke kancah kejahatan, penipuan dan kezaliman dan seterusnya membawa kepada perpecahan umat dan masyarakat.

174

Al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW di Madinah telah menggariskan beberapa asas utama dalam pemerintahan Negara Islam Madinah yang di antaranya adalah menjunjung perpaduan. Oleh itu dalam ciri-ciri yang terkandung dalam sumber-sumber tersebut telah membentuk kerangka kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Ciri-ciri konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dikemukakan iaitu kepimpinan, syura, jaminan perlembagaan dan keadilan. Ciri-ciri ini merupakan tema utama falsafah politik perpaduan Islam yang dianjurkan oleh al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW yang meraikan suara ramai demi memberi keadilan kepada semua dalam dalam masa yang sama melindungi rakyat daripada dizalimi di samping memberi ruang untuk mendengar suara rakyat.

5.5 KAEDAH PELAKSANAAN KONSEP KERAJAAN PERPADUAN