Jadual 3.3: Senarai Informan Kajian Rintis
3.3.2 Pengumpulan Data Sekunder
Data sekunder ialah data sedia ada yang dikumpulkan dan diproses oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Creswell, 2003). Menurut Chua (2011), data sekunder melibatkan sebarang bentuk penulisan sama ada dalam bentuk teks atau nombor yang diperoleh melalui perpustakaan.
Kajian kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data sekunder. Data sekunder ini diperoleh daripada bahan-bahan yang diterbitkan dan tidak diterbitkan seperti artikel dalam jurnal, disertasi, buku dan sebagainya bagi memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan dengan skop yang ingin dikaji iaitu konsep kerajaan perpaduan, konsep perpaduan dalam perspektif Islam, teori politik Islam dan sejarah penubuhan dan perjalanan Negara Islam Madinah. Di samping itu, penulisan-penulisan terhadap teori dan amalan kerjasama politik di Malaysia khususnya politik Melayu-Islam juga dijadikan data sekunder.
95
Data sekunder yang terkumpul di perpustakaan-perpustakaan dikategorikan kepada dua maklumat utama berdasarkan topik kajian. Pertama, maklumat yang diperoleh daripada bahan yang diterbitkan seperti kertas kerja seminar dan bengkel, laporan pengkajian dan disertasi. Selain itu, maklumat daripada capaian internet yang digunakan bagi mengukuhkan dapatan kajian juga menjadi sebahagian bahan dan maklumat ini.
Pengkaji menggunakan kaedah pencarian menerusi pangkalan data sekunder. Kebanyakan maklumat-maklumat tersebut diperoleh dan disimpan
(compurt-readable) melalui pangkalan data sekunder. Antara pangkalan data sekunder yang
digunakan oleh pengkaji termasuklah JSTOR20, EBSCOHost21, ISI Web of
Knowledge22, ProQuest23, Scopus24 dan Oxford University Press e-journal full
collection25.
20 JSTOR iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi pelbagai disiplin. Pangkalan data
sekunder JSTOR ini boleh dicapai melalui http://www.jstor.org/action/showBasicSearch
21 EBSCOHost iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi lebih 5000 jurnal pelbagai
bidang. Pangkalan data ini boleh dicapai melalui http://eds.b.ebscohost.com/ ehost/ search/basic? sid=12 c7bfce-36d3-4ffc-8d34-edbb62fa886f%40 sessionmgr115&vid=0&hid =104
22 ISI Wec of Knowledge iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi sains, sains sosial,
sastera dan sains kemanusiaan. Pangkalan data sekunder ini boleh dicapai melalui apps. webofknowledge.com/UA_GeneralSearch_input.do?product=UA&search_mode=GeneralSearch&SI D=Et J7uQrWlJpOH7RvQ&preferencesSaved=
23 ProQuest iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi pencarian tesis pelbagai
disiplin. Pangkalan data ini boleh dicapai melalui http://search.proquest.com/index?
username=IPAUTO &password=IPAUTO
24 Scopus iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi pelbagai disiplin dalam bidang
sains sosial, sains kesihatan dan sains fizikal. Pangkalan data ini boleh dicapai melalui http://www.scopus. com/home.url
25 Oxford University Press e-journal full collection iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan
koleksi pelbagai disiplin seperti ilmu kemanusiaan, sains sosial dan undang-undang. Pangkalan data ini boleh dicapai melalui http://www.oxfordjournals.org/
96
Sementara maklumat kedua pula terdiri daripada sumber-sumber rujukan Islam. Terdapat tiga sumber utama yang digunakan. Sumber utama pertama ialah al-Qur’an yang meliputi dalil ayat-ayat al-Qur’an. Pemilihan ayat-ayat al-Qur’an ini adalah berpandukan tafsiran para ulama mengenai dalil-dalil yang berkaitan dengan konsep perpaduan, persaudaraan, penyatuan, kerjasama dan perjanjian. Bagi tafsiran ayat-ayat al-Qur’an, pengkaji menggunakan kitab tafsir yang muktabar seperti Tafsi>r al-Qur’a>n al-‘Az}i>m oleh Ibn Kathi>r (2004), Tafsi>r fi> Z}ila>l al-al-Qur’a>n di Bawah
Bayangan Al-Qur’an oleh Sayid Qutb (2000) dan Tafsir Al-Azhar oleh Hamka
(1990).
Justifikasi pemilihan kitab Tafsi>r al-Qur’a>n al-‘Az}i>m oleh Ibn Kathi>r (2004) disebabkan tiga perkara. Pertama, tafsiran Ibn Kathi>r berbentuk tafsi>r bi al-ma’thu>r iaitu tafsiran al-Qur'an dengan al-Qur'an, seterusnya diikuti dengan pentafsiran dengan Hadith Marfu>‘’26 yang mempunyai kaitan dengan ayat yang ditafsirkan, kemudian diikuti pula dengan atha>r27 para Sahabat, ta>bi‘i>n dan ulama. Kedua, disandarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih daripada sabda Rasulullah SAW, para sahabat dan ta>bi‘i>n. Ketiga, mengandungi peringatan kisah-kisah Isra>’i>lliyya>t (kisah yang dinukil daripada Bani Israil, baik yang beragama Yahudi atau Nasrani) sama ada peringatan secara umum atau khusus (Ali Hasan al-Aridl,1994).
Sementara kitab Tafsi>r fi Z}ila>lil al-Qur’a>n di Bawah Bayangan Al-Qur’an oleh Sayyid Qutb (2000) terdapat empat justifikasi penggunaannya. Pertama, kitab tafsir ini berbentuk tafsi>r bi al-ra’y menggunakan Hadith-hadith sahih dalam
26 Hadis Marfu>‘ adalah Hadis yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan,
perbuatan, pengakuan atau sifat Baginda SAW (Muhammad Alawi Al-Maliki, 2006).
27 Jumhur ulama berpendapat atha>r adalah sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW,
97
pentafsirannya dan mengelakkan kisah-kisah Isra>il>liyyat. Kedua, kitab ini memberikan ringkasan tentang kandungan sesuatu surah sebelum memulakan pentafsiran. Ketiga, kitab ini dianggap sebagai sebuah pemikiran dan olahan baru dalam dunia pentafsiran al-Qur'an kerana mempunyai pendekatan tafsiran yang moden dan kontemporari. Keempat, kitab ini juga banyak mengemukakan idea dan pemikiran Sayyid Qutb. Kitab ini juga banyak menggambarkan hasrat beliau untuk kemajuan umat Islam (Nuim Hidayat, 2005).
Kitab Tafsir Azhar (1990) pula dipilih kerana tiga justifikasi. Pertama, Tafsir Al-Azhar merupakan kitab tafsir al-Quran yang lengkap dalam bahasa Melayu yang boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan untuk masyarakat Nusantara khususnya di dunia Melayu Muslim (Ahmad Nabil Amir, 2014). Kedua, metodologi penafsiran yang digunakan dalam Tafsir Al-Azhar adalah metodologi al-tah}li>liy (analisis). Metodologi al-tah}li>liy adalah suatu kaedah tafsir yang digunakan oleh
mufassir untuk menjelaskan erti dan maksud ayat-ayat al-Qur’an dari pelbagai aspek
dengan menghuraikan ayat demi ayat yang sesuai dengan susunan ayat yang terdapat dalam mushaf al-Qur’an, asba>b al-nuzu>l, muna>saba>t ayat (kolerasi antara ayat dan menjelaskan makna yang terkandung dalam ayat-ayat yang sesuai. Kedua, Tafsir
al-Azhar bercorak tafsir ada>b ijtima>‘iy. Hal ini bermaksud menafsirkan ayat-ayat
al-Qur’an sesuai dengan suasana sosial dan budaya masyarakat pada sesuatu waktu agar petunjuk-petunjuk daripada al-Qur’an mudah difahami diamalkan oleh semua golongan masyarakat (Yunan Yusuf, 2003).
Secara umumnya, penggunaan kitab-kitab tafsir tersebut dalam kajian ini dapat dikelompokkan kepada dua jenis pendekatan tafsir. Pertama, tafsi>r bi al-ma’thu>r
98
yang mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an berdasarkan rujukan al-Qur’an, Hadith, tafsiran para Sahabat Rasulullah SAW dan tafsiran para tabi‘i>n. Kitab tafsir dalam kelompok pertama ini yang digunakan ialah Tafsi>r al-Qur’a>n al-‘Az}i>m (Ibn Kathi>r, 2004). Kedua, tafsi>r al-‘asr al-h}adi>th (moden) yang menggabungkan pendekatan tafsi>r bi al-ma’thu>r dengan tafsir al-‘aql atau tafsi>r bi al-ijtiha>d. Kitab tafsir dalam kelompok ini pula ialah Tafsi>r fi> Z}ila>l al-Qur’a>n di Bawah Bayangan al-Qur’an (Sayid Qutb, 2000) dan Tafsir Al-Azhar (Hamka, 1990) (Mohd Shukri Hanapi, 2012).
Terjemahan secara zahir ayat-ayat al-Qur’an berbahasa Melayu yang digunakan dalam kajian ini adalah Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an (Abdullah Muhammad Basmeih, 2001). Tafsir ini dipilih kerana huraian dan tafsirannya yang telah menggunakan rujukan-rujukan muktabar yang menggabungkan pendekatan tafsi>r bi al-ma’thu>r, tafsi>r bi al-ra’y dan tafsi>r al-‘as}r al-h}adi>th (Mohd Shukri Hanapi, 2012).
Sumber utama kedua ialah meneliti dalil-dalil yang terdapat dalam Hadith yang berkaitan dengan fokus kajian. Kitab Hadith yang dirujuk ialah syarah Hadith daripada empat kitab Hadith yang utama iaitu S}ahi>h al-Bukha>riy, S}ahi>h Muslim, Ja>mi’ al-Tirmidhiy dan Sunan Abu> Da>wud. Kitab syarah kepada empat kitab sebelum ini antaranya ialah kitab Fath} al-Ba>riy Syarh} S}ahi>h al-Bukha>riy, kitab Syarh} Nawa>wiy ‘ala> S}ahi>h Muslim, Tuh}fat Ah}wadhiy bi Syarh} Ja>mi‘ al-Tirmidhiy dan ‘Awn al-Ma‘bu>d Syarh} Sunan Abi> Da>wud. Empat kitab Hadith yang digunakan ini mempunyai keautoritian yang dikenali sebagai Sunan Sittat (Muh}ammad Abu> Syuhbat, 1969; Ibn S}ala>h}, 2000).
99
Sumber utama ketiga pula ialah meneliti sumber daripada Sirah Nabi Muhammad SAW. Penelitian yang dilakukan terhadap Sirah Nabi Muhammad SAW selepas membuat rujukan terhadap al-Qur’an dan Hadith. Perbincangan dalam Sirah kebanyakkannya telah terdapat dalam Hadith. Kitab-kitab Sirah yang menjadi bahan rujukan adalah untuk mengukuhkan hujah daripada dalil Hadith. Bagi kajian ini, terdapat beberapa kitab Sirah yang dihasilkan oleh ulamak dan buku Sirah yang ditulis oleh pengkaji Muslim kontemporari digunakan. Pertama, kitab Fiqh Si>rat: Dira>sat Minh}a>jiyy>at ‘Ilmi>yyat li-S}irat} al-Must}a>fa> ‘Alayhi S}alat wa Sallam yang dihasilkan oleh al-Bu>t}iy (1977); kedua, kitab Rah}eeq al-Makhtum: Sirah Nabawi>yyah SAW yang dihasilkan oleh Safiyyu al-Rah}ma>n al-Muba>rakfu>riy (2004) dan kitab Si>rat Nabawi>yyat Duru>s wa 'Ibar yang dihasilkan oleh Mus}t}afa> al-Siba‘iy (1985). Sementara buku Sirah pula, buku In Footsteps of the Prophet:
Lessons from the Life of Muhammad yang ditulis oleh Tariq Ramadan (2007) dan
buku Di Bawah Naungan Sirah Nabawiyah Iktibar Disebalik Kerasulan Muhammad
SAW yang ditulis oleh Amru Khalid (2014).
Bagi mengumpul data sekunder yang dinyatakan sebelum ini, pengkaji mengunjungi perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia, perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia, perpustakaan Zaa’ba Universiti Malaya, perpustakaan Akademi Daeratul Maarifil Wataniah Kepala Batas, Pusat Sumber Negeri Pulau Pinang, Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan dan Pusat Sumber Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia.
100
Penggunaan kajian kepustakaan seperti yang dibincangkan di atas membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat berkhubung kajian yang dijalankan dan memudahkan kerja pengkajian di lapangan (Chua, 2011). Kajian kepustakaan amat penting bagi memenuhi objektif-objektif kajian yang dtetapkan. Rujukan terhadap semua sumber data sekunder berdasarkan dua klasifikasi maklumat yang dinyatakan akan membawa kepada pembinaan konsep kajian berkaitan kerajaan perpaduan berteraskan Islam.