• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jepun sebagai kuasa Maritim Asia Pasifik?

Dalam dokumen KEPENTINGAN NASIONAL JEPUN DI SELAT MELA (Halaman 36-39)

BAB 6: POTENSI JEPUN SEBAGAI KUASA MARITIM ASIA PASIFIK

6.2 Polisi pertahanan Jepun tahun 2000 2014 (Maritim)

6.4.5 Jepun sebagai kuasa Maritim Asia Pasifik?

Rajah 8: Rumusan terhadap analisis Negara Jepun

Sumber: Penyelidik

Terdapat empat faktor yang telah disenaraikan bagi mengenalpasti adakah Jepun mampu menjadi sebuah negara kuasa maritim utama di Asia Pasifik. Seperti yang telah disenaraikan diatas,empat faktor utama yang perlu dilihat adalah sumber manusia, ekonomi, teknologi dan kerjasama pertahanan. Jepun mengalami sedikit masalah berkaitan faktor sumber manusia dan ekonomi. Rakyat Jepun mengalami meningkatan usia dan kadar kelahiran yang sedikit telah menyebabkan tenaga muda yang boleh diharapkan untuk menyertai angkatan SDF menjadi berkurangan. Pada tahun 2005, kadar kelahiran adalah 0.1 peratus manakala pada tahun 2008, kadar kelahiran adalah -0.1 peratus sebelum menjadi -0.2 pada tahun 2011 (OCDE 2014). Ditambah pula rakyat yang ada pada masa kini lebih berminat untuk memilih bidang kerja yang mempunyai gaji tinggi dan suasana kerja yang lebih menarik.

Dari aspek ekonomi, walaupun Jepun merupakan antara negara yang mempunyai pendapat tinggi di dunia namun hanya satu peratus dari pendapatan negara kasarnya sahaja boleh digunakan untuk aspek pertahanan. Berdasarkan kepada NDPG tahun 2010, Kerajaan berhasrat untuk mengstrukturkan semula semua pasukan di dalam SDF. Ini akan menyebabkan kos yang tinggi bagi menempatkan pasukan serta aset di tempat baru kerana kos pengurusan dan penyelenggaraan perlu dibiayai oleh kerajaan. Jika kebanyakan bajet pertahanan telah diperuntukkan untuk kos pengurusan dan penyelenggaraan, maka kos penyelidikan dan pembangunan menjadi terhad. Selain itu, Jepun juga perlu membiayai kos pengurusan dan penyelenggaraan pihak AS yang berpengkalan di negaranya sebanyak 65 peratus setahun.

Dari aspek teknologi, walaupun Jepun merupakan negara yang maju di dalam bidang industri, namun untuk industri pertahanan mereka masih mengalami kekangan kerana terdapat polisi eksport yang telah tidak membenarkan pihak industri untuk menghasil, mengeluar dan mengeksport kelengkapan persenjataan kepada pihak luar secara banyak (rujuk Teknologi dan Industri Pertahanan). Polisi pertahanan Jepun yang telah dirangka dan diluluskan adalah berdasarkan kepada hasil persetujuan AS sendiri iaitu sebelum pembangunan industri ketenteraan ini giat dijalankan. Jika Jepun ingin membangunkan teknologi ketenteraannya, Jepun perlu mengubah polisinya terhadap beberapa aspek seperti kuota untuk membangunkan industri pertahanan dan nilai minimum pengkesportan senjata.

Aspek terakhir adalah kerjasama pertahanan antara Jepun dan beberapa negara yang dianggap rakan pertahanan strategik. Negara tersebut adalah AS, India dan Australia. Keempat- empat negara ini mempunyai kepentingan satu sama lain kerana faktor kebangkitan kuasa maritim China telah memberikan impak keselamatan kepada mereka. Keempat-empat negara melihat China sebagai pesaing dan pencabar dari aspek ekonomi dan ketenteraan. Peningkatan bajet pertahanan dan keseriusan China di dalam membangunkan industri pertahanan telah menyebabkan empat negara tersebut melakukan perikatan untuk mengimbangi kebangkitan tersebut. Bagi Jepun, AS sebagai rakan sekutu dengan aset serta kepakaran yang tinggi sangat penting supaya teknologi itu dapat membantu untuk

Sumber manusia; Ekonomi; teknologi;

Kerjasama Pertahanan Jepun

Kuasa Maritim Asia Pasifik Polisi

mengelakkan serangan dari masa hadapan jika berlaku kemungkinan pertempuran. India sebagai sebuah negara yang besar dan saiznya adalah hampir sama dengan China memberikan kelebihan dari aspek sumber manusia. Manakala kerjasama dengan Australia untuk kajian terhadap aset ketenteraan akan memberikan kelebihan kepada Jepun untuk meningkatkan kemahiran di dalam pembangunan industri itu. Keempat- empat negara juga telah terlibat secara bersama untuk beberapa siri latihan dan pembinaan kapasiti secara bersama.

Keinginan kerajaan terutama di bawah pemerintahanan Abe dlihat lebih agresif berbanding perdana menteri lain. Abe lebih senang dan sangat kuat di dalam menjalankan tugasnya di dalam polisi luar. Sebagai contoh Abe cuba mengukuhkan ikatan keselamatan di Asia Pasifik dengan cara menambahkan rakan sekutu sebanyak mungkin. Polisi berkaitan SDF juga perlu dikaji semula kerana pada ketika ini pasukan MSDF tidak dibenarkan untuk menjalankan misi-misi ketenteraan tetapi hanya terhad kepada misi kemanusiaan dan yang berkaitan dengan menjaga kepentingan trafik dari ancaman jenayah maritime

Terdapat dua faktor yang lebih penting dan mempengaruhi sesuatu keputusan yang akan dibuat. Pertama adalah faktor kepimpinan dan kredibiliti seorang pemimpin. Seseorang Perdana Menteri yang berwibawa mampu untuk mengubah sesuatu dasar dan memberikan tekanan kepada banyak pihak. Sifat kepimpinan seseorang pemimpin sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi orang lain seperti ahli kabinet dan rakyatnya.Ia juga merupakan satu kemahiran di dalam menunjukkan perbuatan bagi meyakinkan orang lain tentang apa yang sedang diperkatakan (Yuki 2006). Ricketts (2009, 2) berpendapat untuk menjadi pemimpin yang hebat dan digruni, seseorang perlu mempunyai ciri- ciri seperti bijak, berwaspada, agresif, bertanggungjawab, berpendirian tegas, mempunyai keyakinan diri dan kreatif.

Di dalam kes negara Jepun pada masa ini, Perdana Menteri Shinzo Abe menunjukkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin yang boleh beberapa dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini. Sebagai contoh, Abe telah membentangkan usul terhadap kenaikan bajet untuk pertahanan yang tertinggi di dalam sejarah Jepun dengan menghujahkan tindakan itu adalah perlu kerana“proactive pacifism.” (Panda 2015). Bajet yang diluluskan bernilai ¥4.98 trillion yen atau ASD$42 bilion itu adalah untuk membeli pesawat, stealth fighters dan kenderaan amfibia bagi membolehkan pasukan MSDF untuk melindungi perairan Jepun dan sebagai persiapan untuk menghadapi apa- apa konflik maritim. Ini merupakan rentetan daripada perebutan wilayah maritim di Kepulauan Senkaku dengan China. Menurut Smith (2014), kredibiliti Abe sangat membanggakan malah beliau telah memainkan peranan yang sangat aktif di peringkat global bagi mempromosikan beberapa polisi yang dipertahankannya.

Faktor kedua adalah Jepun merupakan sebuah negara yang berdaulat. Oleh itu sebarang perlembagaan boleh dilakukan tanpa perlu terikat dengan mana- mana pihak termasuk AS. Walaupun perjanjian pertahanan bersama AS telah dibuat sejak seharusnya mampu untuk mengaplikasikan undang- undang sendiri tanpa mendapat tekanan dari mana – mana pihak. Benoist (1999) mendefinisikan kedaulatan sebagai pemengang kuasa pemerintahan yang sah, merdeka dan diikhtiraf kekuasaannya itu. Di peringkat antarabangsa, kedaulatan bermaksud tidak ada campur tangan dari kuasa asing di dalam urusan sesebuah negara. Mohd Ainuddin et al (2004) menjelaskan perkataan kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Daripada dua definisi tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa Jepun mempunyai kuasa autoriti untuk merangka dan melaksakan sesuatu polisi tanpa perlu dipengaruhi oleh unsur luaran lain. Contohnya Artikel 9, Perlembagaan 1947 seharusnya boleh dikaji semula kewajarannya jika Jepun benar- benar berhasrat untuk memansuhkannya. Ini kerana artikel itu telah menyebabkan Jepun tidak boleh mempunyai pasukan tentera seperti negara lain.

Sebagai kesimpulan terhadap analisis di dalam bab ini, di dapati untuk menjadi sesebuah negara yang bertindak sebagai pemain global, sesebuah negara perlu mempunyai

beberapa karekteristik seperti kemajuan dalam teknologi, polisi yang efektif, sumber manusia dan rakan sekutu penting bagi mendapatkan sokongan dari rakyat untuk menyokong kepada tindakan yang akan diambil. Namun apa yang lebih utama adalah sikap kepimpinan seseorang pemimpin akan menentukan bagaimana sesebuah negara itu akan dibentuk. Seorang pemimpin yang agresif dan berpandangan jauh akan memikirkan satu bentuk polisi dan dasar pertahanan yang mampu untuk melindungi kepentingan nasional negara dan rakyatnya. BAB 7: RUMUSAN DAN PENUTUP

7.1 Rumusan

Berdasarkan kepada analisis yang telah dilakukan, dua faktor utama iaitu ekonomi dan strategik maritim merupakan penyebab utama Jepun berkerjasama secara aktif dengan negara- negara pesisir di Selat Melaka. Kebergantungan terhadap selat ini jelas kerana lebih 80 peratus sumber tenaga dan aktiviti import- eksport menggunakan laluan ini. Kebergantungan ini telah bermula sejak tahun 1960an dan disebabkan di waktu itu, tahap keselamatan untuk pelayaran agak rendah, maka Jepun telah memutuskan untuk bekerjasama dengan negara pesisir. Walaupun pada awalnya Jepun mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan negara pesisir terutama Malaysia dan Indonesia kerana masalah persepsi terhadap penjajahan Jepun di dua negara ini pada tahun 1940an, tetapi Jepun tetap berusaha untuk bekerjasama kerana ia sedar bahawa jika soal keselamatan pelayaran tidak dinaik taraf, ia akan memberikan kesan kepada ekonominya di masa akan datang. Faktor strategik maritim merupakan aspek kedua yang menyebabkan Jepun bekerjasama dengan negara pesisir. Strategik maritim dibahagikan kepada dua iaitu keselamatan pelayaran dan keselamatan maritim.

Rumusan kepentingan nasional Jepun di Selat Melaka dan potensinya sebagai kuasa maritim di Asia Pasifik

JCG APMM; Bakorkamla,

Dalam dokumen KEPENTINGAN NASIONAL JEPUN DI SELAT MELA (Halaman 36-39)

Dokumen terkait