• Tidak ada hasil yang ditemukan

Polisi pertahanan Jepun tahun 2000- 2014 (Maritim)

Dalam dokumen KEPENTINGAN NASIONAL JEPUN DI SELAT MELA (Halaman 31-39)

BAB 6: POTENSI JEPUN SEBAGAI KUASA MARITIM ASIA PASIFIK

6.2 Polisi pertahanan Jepun tahun 2000- 2014 (Maritim)

National Defense Program Guide (NDPG) tahun 2004, 2010 dan 2014 merupakan polisi terkini yang diguna pakai oleh Jepun di dalam mengurus hal ehwal pertahanan dalam dan luar negaranya. Kerajaan Jepun di bawah pemerintahan Perdana menteri Shinzo Abe telah mengambil pendekatan yang lebih berani berbanding mantan- mantan Perdana Menteri sebelum ini. Abe dilihat berusaha untuk mengeluarkan Jepun daripada terikat dengan perjanjian pertahanan yang lama, di mana ia menyebabkan Jepun tidak mampu untuk menguruskan aspek pertahanan sendiri tanpa bantuan AS. Pada tahun 2006, Abe telah menaik taraf Agensi Pertahanannya menjadi Kementerian (Faiola 2006). Peningkatan ancaman terrorism di peringkat antarabangsa juga merupakan faktor utama Abe ingin pemansuhan Artikel 9 dilakukan.

Jadual 8: Intipati National Defense Program Guide (NDPG) 2004, 2010 dan 2014 NDPG 2004 NDPG 2010 (Statik Dinamik) NDPG 2014 O bje ktif -Mengelakkan, menghalang dan meminimakan ancaman terhadap Jepun -Menigkatkan tahap keselamantan global -Menghalang dan mengurangkan ancaman terhadap Jepun -Mencegah ancaman daripada merebak dan meningkatkan tahap keselamatan global -Mewujudkan persekitaran global yang aman dan stabil serta memperkukuhkan keselamatan manusia

-Mengukuhkan strategi cegah lintang untuk mengurangkan ancaman kepada negara -Menjadi penyumbang proaktif kepada keamanan

-Mempromosikan pemahanan terhadap Polisi keselamatan nasional Jepun

-Meningkatkan perikatan dengan As serta rakan sekutu lain

P ela n t ind a ka n - Mempromosikan Jepun sebagai pemain global -Meningkatkan kerjasama dengan rakan sekutu -Menyokong aktiviti yang dilaksanakan oleh Pertubuhan bangsa- bangsa Bersatu -Meningkatkan kerjasama diplomatik dengan negara- negara lain

-Mempromosikan Jepun sebagai pemain global -Meningkatkan kerjasama dengan rakan sekutu -Kerjasama “multi-layered dengan komuniti

antarabangsa

-Mempromosi konsep “dynamic defense force” untuk menjadikan pasukan lebih proaktif terhadap polisi pertahanan

-Meningkatkan keupayaan dan peranan Jepun sebagai pemain global

-Mengukuhkan kerjasama keselamatan dan diplomasi Strengthen dengan negara lain

Sumber: Diubahsuai daripada National Defense Program Guide (NDPG),

Japan Ministry of Defense (2004, 2010 & 2014)

NDPG tahun 2004 dirangka bagi mengurangkan ancaman global kepada negara Jepun. Ini berikutan peningkatan ancaman terrorism yang menyebabkan kepada ketidakstabilan rantau dan sistemik. antarabangsa. NDPG tahun 2010 memberi fokus kepada tindak balas terhadap persekitaran keselamatan global yang sentiasa berubah. Daripada menjadi pasukan yang statik, kerajaan Jepun ingin pasukan Self- Defense menjadi pasukan yang sentiasa berada di dalam keadaan bersedia menghadapi kemungkinan (readiness for an immediate and seamless

response to contingencies). NDPG tahun 2014 adalah strategi untuk melibatkan negara di

peringkat global secara aktif. Daripada tiga polisi ini, terdapat dua persamaan penting iaitu Jepun telah cuba meningkatkan penyertaannya di peringkat antarabangsa untuk menjadi pemain global yang proaktifserta mengukuhkan kerjasama dengan rakan sekutunya terutama AS. Meningkatkan penyertaan di peringkat global akan menyebabkan pasukan MSDF Jepun menjadi aktif untuk misi- misi keamanan dan kemanusiaan. Ini dapat menigkatkan imej Jepun yang tercalar sejak Perang Dunia Kedua. Keinginan Jepun untuk bekerjasama dengan Negara lain merupakan salah satu tindakan penting kerana ia menunjukkan kesungguhan Jepun untuk menjadi aktor utama di peringkat antarabangsa yang menyumbang kepada mencari persefahaman secara kolektif.

Jadual 9: Syarikat yang terlibat dengan Industri Pertahanan (Maritim) Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.

(MHI)

Kapal, kenderaan tentera, pesawat dan peluru berpandu

Kawasaki Heavy Industries, Ltd. Kapal dan helikopter

Ishikawajima-Harima Heavy

Industries Ltd

Kapal dan enjin

Mitsui Shipbuilding Kapal

Sumber: http://www.globalsecurity.org/military/world/japan/industry.htm

Peningkatan permintaan terhadap aset separuh siap dan siap industri ini sangat memberangsangkan.Ia telah mendorong syarikat- syarikat yang terlibat menjalankan kajian yang lebih terperinci terhadap produk yang ingin dihasilkan. Kawasaki Heavy Industries, Ltd sebagai contoh telah berjaya membina sebuah kapal selam pertamanya Soryu class (16SS) pada tahun 2005 (Kawasaki Heavy Industries, Ltd 2014). Pada tahun 2014, Australia telah membeli kapal selam jenis yang sama daripada syarikat ini untuk diguna pakai oleh pasukan Tentera Lautnya. Ini menunjukkan bahawa industri pertahanan yang dimajukan oleh Jepun pada hari ini adalah berteknologi tinggi dan ia diiktiraf oleh negara- negara lain. 6.3 Analisis Keupayaan Jepun sebagai Kuasa Maritim Asia Pasifik

6.3.1 Sumber Manusia dan Kepimpinan

Kadar kelahiran di negara Jepun sangat rendah, ini menyebabkan keanggotaan di dalam pasukan keselamatan sangat rendah. Selain itu, kebanyakan generasi kini tidak berminat untuk menjadi ahli pasukan keselamatan kerana terdapat peluang pekerjaan yang lebih baik serta mempunyai gaji tinggi. Kepimpinan merupakan aspek yang penting di dalam merangka sesuatu polisi. Sesebuah pasukan yang mempunyai pemimpin berkelayakan serta berpandangan jauh akan menyebabkan pasukan lebih berdaya saing. Tidak hanya kebolehan pemerintah yang lantang bersuara untuk memastikan polisi yang lebih optimistik, seorang pemimpin (pegawai) yang berkebolehan juga amat penting bagi meningkatkan motivasi ahli pasukan. Cabaran dan ancaman pada masa kini lebih kepada aktor bukan negara seperti pelanunan dan terorism, ketangkasan dan kebijaksanaan adalah dua faktor yang sangat penting untuk mematahkan serangan pihak lawan.

6.3.2 Bajet Pertahanan

Bajet pertahanan Jepun telah dihadkan kepada satu peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) sahaja (JMOD 2013). Jumlah ini adalah statik dan kerajaan sendiri tidak mempunyai usaha untuk menaikkan peratusan ini.

Rajah 7: Bajet pertahanan Jepun tahun 2000 hingga 2014

Walaupun Jepun hanya menggunakan satu peratus dari Keluaran Negara Kasar (KNK), namun disebabkan sebuah tersebut merupakan negara yang berpendapatan tinggi maka nilai satu peratus adalah jauh lebih besar berbanding negara lain di Asia Tenggara.

6.3.3 Teknologi dan Industri Pertahanan

Pada awal pembabitan Jepun di dalam industri pertahanan berasaskan kepada Polisi Pertahanan Nasional yang memberikan kebenaran kepada pemain industri untuk mencipta dan membina kelengkapan pertahanan untuk kegunaan SDF di mana ia adalah terhad dan proses pembuatannya tidak melibatkan kepada sumber nuklear (Sekiguchi 2014). Industri pertahanan di Jepun adalah berbentuk persendirian dan tidak boleh mempunyai campur tangan dari pihak kerajaan dari aspek pembangunan, pengeluaran mahupun penyelenggaraan. Industri ini perlu diasaskan pada skala kecil di mana pekerjanya kurang dari 300 orang.Selain itu industri pertahanan Jepun adalah pada skala yang kecil dan rendah iaitu hanya 0.6 peratus daripada jumlah perindustrian. Menurut Lance Gatling, presiden sebuah syarikat konsultan pertahanan di Tokyo, Nexial Research, berpendapat disebabkan polisi tersebut, ia telah menyebabkan industri pertahanan Jepun hanya boleh menghasilkan aset ketenteraan yang sikit tetapi dengan kos pengeluaran yang tinggi (Einhorn & Philips 2014). Pada 2011, Kerajaan Jepun di bawah pimpinan Shinzo Abe telah mengumumkan “criteria regarding overseas

transfers of defense equipment” di mana kerajaan melonggarkan syarat untuk membolehkan

firma yang terlibat di dalam industri pembuatan barangan pertahanan menyertai aktiviti membangun dan menghasilkan senjata dengan AS dan negara Eropah. Selain itu negara terbabit dibenarkan menyalurkan senjata untuk misi kemanusiaan seperti pengaman di bawah Persatuan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB). Menurut Johnston (2014), sebanyak 1,300 buah firma yang terlibat di dalam mengeluarkan kereta kebal dan kenderaan tentera; 1,100 firma pula telah mengeluarkan alat ganti dan bahagian untuk pesawat pejuang F-15J; manakala 2,200 firma telah menyertai industri pembuatan kapal. Antara syarikat yang penting di dalam industri ini di Jepun adalah Mitsubishi Heavy Industries, Sumitomo dan Kawasaki Heavy

Industries.

6.3.4 Kerjasama Pertahanan

Kerjasama pertahanan merujuk kepada perikatan ataupun perjanjian yang telah ditandatangani oleh Jepun dengan mana- mana negara yang mempunyai kepentingan strategik yang sama.Amerika, Austalia dan India merupakan tiga negara yang mempunyai kerjasama strategic dan pertahanan penting bagi Jepun.

a. Amerika Syarikat (AS)

AS banyak mencorakkan polisi pertahnanan Jepun sejak tahun 1947 sehingga sekarang. Jika di peringkat awal, AS sangat membantah sebarang penglibatan Jepun di dalam aktiviti membina aset pertahanan dan aktiviti pasukan Self Defense dihadkan kepada aktiviti di dalam negara sahaja, namun kini AS dilihat telah melonggarkan sedikit polisi pertahanan mereka terhadap Jepun. Sebagai rakan sekutu rapat dan faktor ancaman daripada China yang semakin meningkat, AS telah mempersetujui beberapa pembaharuan di dalam polisi pertahanan Jepun. Contohnya, pembesaran indusatri pertahnanan, di mana Jepun telah boleh menghasilkan aset ketenteraan sendiri walaupun industri itu tidaklah sebesar industri pertahanan AS, Perancis dan Jerman.Secara tidak langsung, polisi pertahanan Jepun telah mengalami perubahan yang besar. Kerjasama Jepun dan AS di dalam kajian bersama pertahanan terutama berkaitan peluru berpandu balistik (BMD) telah dijalankan sejak awal bermula pada tahun 1999, apabila Jepun bersetuju untuk menjalankan kajian bersama berkenaan empat komponen penggalang peluru berpandu untuk tentera laut AS - Navy Theater-Wide (NTW). Rasional kerjasama membangunkan senjata bersama AS adalah sebagai sekutu rapat AS di Asia, Jepun perlu memberikan sokongan penuh kepada AS (Cronin 2002). Perdana menteri Koizumi pada 2003

telah mengumumkan bahawa sistem ini akan diguna pakai di Bandar- Bandar utama Jepun bermula tahun 2007 dengan kos keseluruhan mencapai ASD 10 bilion (Manyin et. al 2005). Pada masa kini, pasukan MSDF akan mengadakan latihan bersama lebih daripada seratus kali dengan pasukan tentera laut AS. Latihan yang dijalankan bertujuan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman global. Selain itu pasukan ini pernah terlibat.

b. India

Deklarasi Bersama Jepun- India berkaitan keselamatan telah diadakan secara rasmi pada tahun 2001, iaitu “Comprehensive Security Dialogue” di mana perbincangan meliputi aspek keselamatan dan pertahanan seperti non- proliferation dan perundingan ketenteraan (military

to military talk). Hubungan pertahanan maritim Jepun – India bermula pada tahun 2008

apabila kedua- dua pemimpin negara telah menandatangani "the Joint Declaration on Security

Cooperation between Japan and India". Deklarasi ini telah membolehkan MSDF menyertai

India dan AS untuk latihan bersama “Malabar 2009” (Pandit 2014). Menteri Pertahanan India, telah melawat rakan sejawatannya di Jepun pada tahun 2011 dan keduanya bersetuju untuk meningkatkan hubungan bilateral dan meluaskan kerjasama di bidang maritim merangkumi aspek keselamatan dan kebebasan di dalam pelayaran (MOFA 2014). Jepun dan India telah mengadakan dialog pertama berkaitan hal ehwal maritim pada tahun 2013 di New Delhi. Antara perkara yang telah dibincangkan di dalam dialog tersebut adalah isu kepentingan bersama, keselamatan maritim, ancaman terorism, kepelbagaian biodiversiti, kerjasama perkapalan, teknologi sains marin dan kerjasama di dalam beberapa multilateral forum lain (India Ministry of External Affairs 2013). Aspek keselamatan maritim seperti bekerjasama di dalam ativiti membasmi pelanunan di Lautan Hindi dan Teluk Aden turut dibincangkan (India Navy 2013). Menurut Choudhury (2013) Jepun dan India telah mengukuhkan kerjasama pertahanan kerana keduanya berhadapan dengan musuh yang sama iaitu China. Malah Perdana Menteri India sangat mengalu- alukan permindahan teknologi ketenteraan Jepun ke India (India Press 2014). Timbal balas daripada kerjasama ini adalah dialog kedua berkaitan hal ehwal maritim telah diadakan di Tokyo pada 2014. Jepun melihat kerjasama pertahanan dengan India sebagai kuasa yang boleh mengimbangi kebangkitan China (http://www.icrier.org/pdf/satojapan.pdf).

c. Australia

Joint Declaration on Security Cooperation pada tahun 2007 merupakan perjanjian antara

Jepun dan Australia sepertimana yang dilakukan dengan India. Ia merupakan perjanjian strategik dua Negara berkenaan isu keselamatan dan pertahanan bersama.Rentetan dari kerjasama itu, pada tahun berikutnya, perbincangan berkenaan Japan-Australia Information

Security Agreement (ISA) telah dijalankan bagi menggalakkan kedua- dua negara bertukar

maklumat keselamatan. Perjanjian ini telah ditandatangani pada tahun 2012 setelah penelitian akhir telah dibuat oleh kedua- dua pihak dan berkuatkuasa pada 2013. Perjanjian ini penting bagi bertukar informasi dan akan menyebabkan kerjasama di masa hadapan akan menjadi lebih efektif. Perjanjian kali kedua Joint Declaration on Security Cooperation telah dilakukan pada tahun 2010. Intipati perjanjian yang dipersetujui untuk berkongsi maklumat berkenaan maritim terutama di Asia Pasifik. Namun kedua negara ini tidak dapat menjalankan kebanyakan daripada intipati perjanjian kerana kedua negara menghadapi masalah kekangan kewangan yang diperuntukkan untuk kajian pertahanan. Tidak hanya terhad kepada pembangunan aset pertahanan, perjanjian keselamatan Jepun dan Australia juga menganjurkan kerjasama untuk meningkatkan kebolehan pasukan keselamatan masing- masing seperti pertukaran pegawai, latihan latihan serta mengkoordinasi aktiviti berkaitan operasi pengaman, pembangunan kapasiti dan penguatkuasaan undang- undang. Pada 2012, Jepun dan Australia telah mengesahkan satu visi baru yang dikenali sebagai Common Vision and

Objectives”(Vision Statement). Pada April 2014, Jepun telah menandatangani perjanjian kelengkapan pertahanan Defence Equipment Agreement dengan Australia. Perjanjian ini

antara lain membolehkan kedua negara ini melakukan kajian bersama untuk membangunkan kapal selam dan beberapa kelengkapan maritim lain (Cook 2014). Ini merupakan perjanjian kali ketiga antara dua negara berkaitan isu pertahanan.

6.4.5 Jepun sebagai kuasa Maritim Asia Pasifik?

Rajah 8: Rumusan terhadap analisis Negara Jepun

Sumber: Penyelidik

Terdapat empat faktor yang telah disenaraikan bagi mengenalpasti adakah Jepun mampu menjadi sebuah negara kuasa maritim utama di Asia Pasifik. Seperti yang telah disenaraikan diatas,empat faktor utama yang perlu dilihat adalah sumber manusia, ekonomi, teknologi dan kerjasama pertahanan. Jepun mengalami sedikit masalah berkaitan faktor sumber manusia dan ekonomi. Rakyat Jepun mengalami meningkatan usia dan kadar kelahiran yang sedikit telah menyebabkan tenaga muda yang boleh diharapkan untuk menyertai angkatan SDF menjadi berkurangan. Pada tahun 2005, kadar kelahiran adalah 0.1 peratus manakala pada tahun 2008, kadar kelahiran adalah -0.1 peratus sebelum menjadi -0.2 pada tahun 2011 (OCDE 2014). Ditambah pula rakyat yang ada pada masa kini lebih berminat untuk memilih bidang kerja yang mempunyai gaji tinggi dan suasana kerja yang lebih menarik.

Dari aspek ekonomi, walaupun Jepun merupakan antara negara yang mempunyai pendapat tinggi di dunia namun hanya satu peratus dari pendapatan negara kasarnya sahaja boleh digunakan untuk aspek pertahanan. Berdasarkan kepada NDPG tahun 2010, Kerajaan berhasrat untuk mengstrukturkan semula semua pasukan di dalam SDF. Ini akan menyebabkan kos yang tinggi bagi menempatkan pasukan serta aset di tempat baru kerana kos pengurusan dan penyelenggaraan perlu dibiayai oleh kerajaan. Jika kebanyakan bajet pertahanan telah diperuntukkan untuk kos pengurusan dan penyelenggaraan, maka kos penyelidikan dan pembangunan menjadi terhad. Selain itu, Jepun juga perlu membiayai kos pengurusan dan penyelenggaraan pihak AS yang berpengkalan di negaranya sebanyak 65 peratus setahun.

Dari aspek teknologi, walaupun Jepun merupakan negara yang maju di dalam bidang industri, namun untuk industri pertahanan mereka masih mengalami kekangan kerana terdapat polisi eksport yang telah tidak membenarkan pihak industri untuk menghasil, mengeluar dan mengeksport kelengkapan persenjataan kepada pihak luar secara banyak (rujuk Teknologi dan Industri Pertahanan). Polisi pertahanan Jepun yang telah dirangka dan diluluskan adalah berdasarkan kepada hasil persetujuan AS sendiri iaitu sebelum pembangunan industri ketenteraan ini giat dijalankan. Jika Jepun ingin membangunkan teknologi ketenteraannya, Jepun perlu mengubah polisinya terhadap beberapa aspek seperti kuota untuk membangunkan industri pertahanan dan nilai minimum pengkesportan senjata.

Aspek terakhir adalah kerjasama pertahanan antara Jepun dan beberapa negara yang dianggap rakan pertahanan strategik. Negara tersebut adalah AS, India dan Australia. Keempat- empat negara ini mempunyai kepentingan satu sama lain kerana faktor kebangkitan kuasa maritim China telah memberikan impak keselamatan kepada mereka. Keempat-empat negara melihat China sebagai pesaing dan pencabar dari aspek ekonomi dan ketenteraan. Peningkatan bajet pertahanan dan keseriusan China di dalam membangunkan industri pertahanan telah menyebabkan empat negara tersebut melakukan perikatan untuk mengimbangi kebangkitan tersebut. Bagi Jepun, AS sebagai rakan sekutu dengan aset serta kepakaran yang tinggi sangat penting supaya teknologi itu dapat membantu untuk

Sumber manusia; Ekonomi; teknologi;

Kerjasama Pertahanan Jepun Kuasa Maritim

Asia Pasifik Polisi

mengelakkan serangan dari masa hadapan jika berlaku kemungkinan pertempuran. India sebagai sebuah negara yang besar dan saiznya adalah hampir sama dengan China memberikan kelebihan dari aspek sumber manusia. Manakala kerjasama dengan Australia untuk kajian terhadap aset ketenteraan akan memberikan kelebihan kepada Jepun untuk meningkatkan kemahiran di dalam pembangunan industri itu. Keempat- empat negara juga telah terlibat secara bersama untuk beberapa siri latihan dan pembinaan kapasiti secara bersama.

Keinginan kerajaan terutama di bawah pemerintahanan Abe dlihat lebih agresif berbanding perdana menteri lain. Abe lebih senang dan sangat kuat di dalam menjalankan tugasnya di dalam polisi luar. Sebagai contoh Abe cuba mengukuhkan ikatan keselamatan di Asia Pasifik dengan cara menambahkan rakan sekutu sebanyak mungkin. Polisi berkaitan SDF juga perlu dikaji semula kerana pada ketika ini pasukan MSDF tidak dibenarkan untuk menjalankan misi-misi ketenteraan tetapi hanya terhad kepada misi kemanusiaan dan yang berkaitan dengan menjaga kepentingan trafik dari ancaman jenayah maritime

Terdapat dua faktor yang lebih penting dan mempengaruhi sesuatu keputusan yang akan dibuat. Pertama adalah faktor kepimpinan dan kredibiliti seorang pemimpin. Seseorang Perdana Menteri yang berwibawa mampu untuk mengubah sesuatu dasar dan memberikan tekanan kepada banyak pihak. Sifat kepimpinan seseorang pemimpin sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi orang lain seperti ahli kabinet dan rakyatnya.Ia juga merupakan satu kemahiran di dalam menunjukkan perbuatan bagi meyakinkan orang lain tentang apa yang sedang diperkatakan (Yuki 2006). Ricketts (2009, 2) berpendapat untuk menjadi pemimpin yang hebat dan digruni, seseorang perlu mempunyai ciri- ciri seperti bijak, berwaspada, agresif, bertanggungjawab, berpendirian tegas, mempunyai keyakinan diri dan kreatif.

Di dalam kes negara Jepun pada masa ini, Perdana Menteri Shinzo Abe menunjukkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin yang boleh beberapa dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini. Sebagai contoh, Abe telah membentangkan usul terhadap kenaikan bajet untuk pertahanan yang tertinggi di dalam sejarah Jepun dengan menghujahkan tindakan itu adalah perlu kerana“proactive pacifism.” (Panda 2015). Bajet yang diluluskan bernilai ¥4.98 trillion yen atau ASD$42 bilion itu adalah untuk membeli pesawat, stealth fighters dan kenderaan amfibia bagi membolehkan pasukan MSDF untuk melindungi perairan Jepun dan sebagai persiapan untuk menghadapi apa- apa konflik maritim. Ini merupakan rentetan daripada perebutan wilayah maritim di Kepulauan Senkaku dengan China. Menurut Smith (2014), kredibiliti Abe sangat membanggakan malah beliau telah memainkan peranan yang sangat aktif di peringkat global bagi mempromosikan beberapa polisi yang dipertahankannya.

Faktor kedua adalah Jepun merupakan sebuah negara yang berdaulat. Oleh itu sebarang perlembagaan boleh dilakukan tanpa perlu terikat dengan mana- mana pihak termasuk AS. Walaupun perjanjian pertahanan bersama AS telah dibuat sejak seharusnya mampu untuk mengaplikasikan undang- undang sendiri tanpa mendapat tekanan dari mana – mana pihak. Benoist (1999) mendefinisikan kedaulatan sebagai pemengang kuasa pemerintahan yang sah, merdeka dan diikhtiraf kekuasaannya itu. Di peringkat antarabangsa, kedaulatan bermaksud tidak ada campur tangan dari kuasa asing di dalam urusan sesebuah negara. Mohd Ainuddin et al (2004) menjelaskan perkataan kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Daripada dua definisi tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa Jepun mempunyai kuasa autoriti untuk merangka dan melaksakan sesuatu polisi tanpa perlu dipengaruhi oleh unsur luaran lain. Contohnya Artikel 9, Perlembagaan 1947 seharusnya boleh dikaji semula kewajarannya jika Jepun benar- benar berhasrat untuk memansuhkannya. Ini kerana artikel itu telah menyebabkan Jepun tidak boleh mempunyai pasukan tentera seperti negara lain.

Sebagai kesimpulan terhadap analisis di dalam bab ini, di dapati untuk menjadi sesebuah negara yang bertindak sebagai pemain global, sesebuah negara perlu mempunyai

beberapa karekteristik seperti kemajuan dalam teknologi, polisi yang efektif, sumber manusia dan rakan sekutu penting bagi mendapatkan sokongan dari rakyat untuk menyokong kepada tindakan yang akan diambil. Namun apa yang lebih utama adalah sikap kepimpinan seseorang pemimpin akan menentukan bagaimana sesebuah negara itu akan dibentuk. Seorang pemimpin yang agresif dan berpandangan jauh akan memikirkan satu bentuk polisi dan dasar pertahanan yang mampu untuk melindungi kepentingan nasional negara dan rakyatnya. BAB 7: RUMUSAN DAN PENUTUP

7.1 Rumusan

Berdasarkan kepada analisis yang telah dilakukan, dua faktor utama iaitu ekonomi dan strategik maritim merupakan penyebab utama Jepun berkerjasama secara aktif dengan negara- negara pesisir di Selat Melaka. Kebergantungan terhadap selat ini jelas kerana lebih 80 peratus sumber tenaga dan aktiviti import- eksport menggunakan laluan ini. Kebergantungan ini telah bermula sejak tahun 1960an dan disebabkan di waktu itu, tahap keselamatan untuk pelayaran agak rendah, maka Jepun telah memutuskan untuk bekerjasama dengan negara pesisir. Walaupun pada awalnya Jepun mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan negara pesisir terutama Malaysia dan Indonesia kerana masalah persepsi terhadap penjajahan Jepun di dua negara ini pada tahun 1940an, tetapi Jepun tetap berusaha untuk bekerjasama kerana ia sedar bahawa jika soal keselamatan pelayaran tidak dinaik taraf, ia akan memberikan kesan kepada ekonominya di masa akan datang. Faktor strategik maritim merupakan aspek kedua yang menyebabkan Jepun bekerjasama dengan negara pesisir. Strategik maritim dibahagikan kepada dua iaitu keselamatan pelayaran dan keselamatan maritim.

Rumusan kepentingan nasional Jepun di Selat Melaka dan potensinya sebagai kuasa maritim di Asia Pasifik

JCG APMM; Bakorkamla,

Dalam dokumen KEPENTINGAN NASIONAL JEPUN DI SELAT MELA (Halaman 31-39)

Dokumen terkait