• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH-KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA KAEDAH INI

Dalam dokumen Qawaidul Fiqhiyyah (Halaman 25-35)

PERKARA YANG YAKIN TIDAK DIHILANGKAN OLEH KERAGUAN (SYAK)

KAEDAH-KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA KAEDAH INI

Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain.Antaranya :

Kaedah Pertama :

Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya

ناك ام يلع ناك ام ءاقب لصلا

Ertinya: Asal sesuatu kekal mengikut apa yang ada pada asalnya, bermakna dihukumkan dengan kekal sesuatu pada zaman yang akan datang mengikut apa yang berlaku pada zaman sebelumnya. Kaedah ini sama juga dengan perkataan fuquha' : (لصلا باحصتسلا) Ertinya:Kembali kepada hukum asal.

Di antara masalah yang terbit daripada kaedah ini.

• Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih berhadas.25

• Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh)maka puasanya sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang masih kekal.

• Perempuan yang ditalak dengan thalak raj'i mengatakan iddahnya belum tamat maka dibenarkan percakapannya dan ia berhak menerima nafkah kerana asalnya kekal iddah.

• Pembeli mendakwa telah membayar harga sesuatu kepada penjualannya pada hal penjual mengatakan harganya belum lagi dibayar maka hendaklah dibenarkan perkataan penjual dengan sumpahnya seterusnya harga itu kekal menjadi tanggungjawab pembeli.

Kaedah Kedua :

Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada Tanggungjawab

ةمذلا ةءارب لصلا

Al-Zimmah dari segi bahasa bererti janji aman, manakala pada istilah pula ialah perkara yang mengenai seseorang yang menerima kewajipan dan kepastian.

( (ةمذلا ةءاربbererti terlepas daripada tanggungjawab dan tidak terikat

dengan sesuatu hak.

Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa.

Di antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:

• Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang

dipinjamkannya di dalam tangan orang yang meminjam (peminjam) dan ia menuntut gantirugi barang tersebut, kemudian si peminjam menafikannya, maka dibenarkan perkataan orang yang memberi pinjam (pemilik).

• Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian

orang yang kena dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan supaya bersumpah tetapi ia berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana asalnya terlepas daripada tanggungjawab.

• Seorang yang syak adakah ia telah

melakukan sesuatu perbuatan atau tidak maka mengikut asalnya ia tidak melakukannya.

هلعفي مل هنأ لصلاف ؟ل وأ ائيش لعف له كش نم

Contohnya : seseorang yang syak adakah ia telah menjatuhkan thalak ke atas isterinya atau tidak, maka tidak jatuh thalaknya kerana pada asalnya ia tidak melakukannya.26

Di antara kaedah yang terbit daripada kaedah ini:

نقيتملا هنل ليلقلا ىلع لمح ريثكلا وأ ليلقلا ىف كشو لعفلا نقيت نم

Maksudnya: Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini.

Di antara contoh yang terbit daripada kaedah ini

• Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah mengerjakan sesuatu perkara yang ditegah atau tidak maka

disuruh ke atasnya sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.

• Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan basuhan yang ketiga.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah melakukan tiga rakaat atau empat rakaat maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.

• Orang yang syak adakah ia telah menthalak isterinya dengan thalak satu atau lebih maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.

Kaedah Ketiga:

Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru Mendatang Itu Tiada27

(مدعلا لصلا)وأ (مدعلا ةضراعلاروملا ىف لصلا)

Sebagaimana telah maklum bahawa tiada itu terdahulu daripada ada

(دوجولا ىلع قباس مدعلا)

Tiap-tiap sesuatu yang mendatang, pada asalnya tiada. Jadi tiada itu terdahulu daripada ada yang didakwakan ada sebelum daripada dapat disabitkan adanya tetapi masih diragukan, dan tiada itu merupakan asal, maka hendaklah

27 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 57, Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 620, Qawaid al-Khadami, ms 312 dll

dikembalikan kepada asalnya hingga telah sabit perkara baru yang menentang asalnya. Dari kaedah ini berlaku berbagai hukum fekah.

• Pemodal mendakwa keuntungan ke atas orang yang memperniagakan hartanya (ضارقلا لماع) pada hal pihak amil membantah dakwaan tersebut, maka dibenarkan perkataan pembantah (لماع) dengan sumpah sebab keuntungan itu perkara yang mendatang kerana sebelum daripada diperniagakan keuntungan tersebut tidak wujud.

• Telah sabit hutang ke atas seseorang dengan

pengakuan atau penjelasannya kemudian ia mendakwa telah menjelaskannya atau tuan hutang melucutkannya. Maka hendaklah dibenarkan perkataan orang yang memberi hutang sehingga orang yang berhutang itu dapat membuktikan bahawa ia telah menjelaskan hutangnya atau hutangnya telah dilucutkan.

• Orang yang memakan makanan orang lain lalu ia berkata "saya telah diizinkan makan" sedangkan tuannya membantah (menafikan) maka dibenarkan perkataan tuannya kerana pada asalnya harta benda itu milik orang lain.

• Penjual dan pembeli berkelahi tentang kesihatan haiwan yang telah dijual atau dibeli, maka dibenarkan perkataan penjual kerana perkara yang baru datang (penyakit) itu

asalnya tiada dan selamat (sihat) ialah keadaan asalnya yang yakin.

Kaedah Keempat:

Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan Masa Yang Paling Hampir Sekali28

نمز برقأب هريدقت ثداح لك يف لصلا

atau

28 Ibn Nujaim, ms : 64, Dur al-Ahkam, juz 1 ms : 25, Syarah al-Alusi, jld 1 ms : 32, Hasyiah Sumbali Zhadah, ms : 85

(هتاقوأ برقأ ىلاِ ثداحلا ةفاضا لصلا)

Daripada Kaedah ini terbit berbagai cabang hukum :

• Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafie29 dan wajiblah ia mengulangi sembahyang yang dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali.

• Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut

kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk dengan air yang najis.

• Seseorang yang memukul perut perempuan yang mengandung kemudian perempuan tersebut melahirkan anak yang masih hidup dan anak itu terus hidup dalam jangka masa yang panjang tanpa sakit kemudian ia mati maka tidak wajib atas orang yang memukul itu membayar ganti rugi (diat) kerana pada zahirnya ia mati dengan sebab lain.

Daripada kaedah ini terbit pula satu kaedah:

Asal Bagi Sesuatu Itu Harus Hingga Ada Dalil Yang Menunjukkan Haram

(ميرحتلا ىلع لدي ىتح ةحابلِا ءايشلا ىف لصلا)

Kaedah ini mengikut mazhab Hanafi bahawa asal bagi sesuatu itu haram hingga ada dalil yang menunjukkan harus berbeza dengan pendapat Imam Syafie. Punca khilaf di antara dua mazhab tersebut berlaku apabila sesuatu perkara itu tidak disebut di dalam nas. Dalil yang menunjukkan mazhab Syafie ialah sabda Rasulullah SAW:

وفعوهف هنع تكس امو مارح وهف لا مرح امو للح وهف لا لحأ ام)

ولبقأف

ا

لا ناِف هتيفاع لا نم

(ائيش ىسنيل نكي مل

Bermaksud: Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.

Al-Tabrani meriwayatkan hadis daripada Abi Sha'labah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

(دحو اهوكهتنت لف ءايشا نع ىهنو اهوعيضت لف ضئارف ضرف لا نا

اهنع ثحبتلف نايسن ريغ نم ءايشأ نع تكسو اهاودتعت لف ادودح)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah swt telah mefardhukan pelbagai kefardhuan, maka janganlah kamu merosakkannya dan menegah beberapa perkara maka janganlah kamu mencerobohinya.

Menentukan beberapa sempadan maka janganlah kamu melewatinya dan ia mendiamkan beberapa perkara tanpa lupa maka janganlah kamu membahasnya.

Daripada kaedah tersebut terbit beberapa masalah:

• Binatang yang dimusykilkan keadaannya ada dua pendapat, yang asahnya ialah halal sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Rafie.

• Jika seseorang syak tentang besar benda yang di tampal dengan perak maka pada asalnya harus sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam Syarh Muhazzab.

• Masalah zirafah telah berlaku perselisihan di antara fuqaha' mengenainya. Kata al-Subki bagi pendapat yang terpilih ialah halal dimakan kerana asal bagi sesuatu adalah halal. Binatang itu tidak mempunyai taring maka ia tidak termasuk di dalam senarai binatang-binatang haram. Mengikut

pendapat yang kedua : daripada Ibnu al-Qhuttan yang dinukilkan daripada nas Imam Ahmad Ibnu Hambal dan diputuskan di dalam kitab at-Tanbih adalah haram. Menurut apa yang disebut oleh Imam Nawawi

Kaedah Kelima :

Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat

ةقيقحلا ملكلا ىف لصلا

Terbit daripada kaedah ini berbagai cabang hukum:30

• Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya ialah anak sejati; (بلصلا دلو ). Menurut pendapat yang lain pula termasuk juga cucu kerana ditanggungkan di atas hakikat dan majaz.

• Jikalau seseorang itu bersumpah tidak mahu masuk ke dalam rumah Muhammad maka sumpahnya tidak dikira kecuali ia masuk ke dalam rumah yang dimiliki oleh

Muhammad sendiri, sebaliknya tidak terjadi sumpah dengan rumah yang didiaminya secara pinjam atau sewa kerana rumah yang disewanya itu adalah majazi.

Berkenaan dengan kaedah "Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan (Syak)" ada beberapa masalah yang berkaitan dengannya.

Pertama: Kata Ibnu al-Qas di dalam kitabnya (صيلختلا) "yang yakin

tidak dihilangkan oleh syak" ada sebelas masalah :

1. Orang yang menyapu dua khuf merasa syak adakah tempoh yang dibenarkan itu telah tamat atau tidak maka hendaklah ia membasuh kakinya.

2. Seorang yang syak adakah ia telah menyapukan khufnya semasa bermukim atau musafir maka dihukumkan dengan tamat tempohnya.

3. Apabila seorang yang musafir bertakbiratul ihram dengan niat qasar di belakang imam yang tidak diketahuinya adakah ia musafir atau bermukim wajib ke atasnya sembahyang secara sempurna (مامت).

4. Masalah air kencing binatang di dalam air yang banyak kemudian didapati air tersebut telah berubah tetapi ia tidak mengetahui adakah perubahan itu disebabkan oleh air kencing tersebut atau lainnya maka dikirakan najis.

5. Perempuan mustahadhah yang muthahayyirah wajiblah ia mandi pada setiap waktu ia hendak sembahyang mengikut mazhab Syafie kerana ia syak tentang darah yang terputus sebelumnya.

6. Seseorang yang terkena najis pada pakaian atau tubuhnya tetapi ia tidak mengetahui di manakah tempat terkena yang sebenarnya maka wajiblah ia membasuh kesemuanya.

7. Seseorang yang bermusafir kemudian ia meragui (syak) adakah ia telah sampai ke kawasan mukimnya atau tidak, maka tidak harus ia mengqasarkan sembahayangnya.

8. Seorang yang bermusafir kemudian ia syak adakah ia telah niat bermukim atau tidak, maka tidak harus ia mengambil hukum rukhsah (keringanan).

9. Perempuan mustahadhah yang ditimpa penyakit dedas apabila berwhuduk kemudian ia syak adakah hadasnya putus atau belum lalu ia sembahyang dengan whuduk tersebut maka sembahyangnya tidak sah.

10.Orang yang bertayammun kemudian dia terlihat sesuatu yang tidak diketahui adakah perkara yang dilihatnya itu

bahang panas31 (بارس) atau air maka batallah

tayammumnya walaupun pada haqiqatnya perkara yang dilihat itu bahang yang panas.

11.Seorang yang memanah binatang lalu terkena sasarannya kemudian binatang tersebut lari dan didapati binatang tersebut telahpun mati dan ia syak adakah binatang itu mati disebabkan olehnya atau perkara lain maka binatang tersebut tidak halal dimakan .

Kedua: Kata Syeikh Abu Hamib al-Isfirayini bahawa keraguan atau

syak itu ada tiga bahagian .

Pertama : syak yang berlaku ke atas perkara yang asalnya haram .

Kedua : syak yang berlaku ke atas perkara yang asal nya harus.

Ketiga : syak yang tidak diketahui asalnya. Contoh Bahagian Pertama: seperti seseorang yang memasuki sebuah negeri yang mana penduduknya terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam, kemudian ia mendapati (menjumpai) daging binatang, maka daging itu tidak halal baginya sehingga dia

mengetahui bahawa daging itu adalah daripada binatang yang disembelih oleh orang Islam kerana asalnya adalah haram dan ia syak tentang penyembelihannya yang halal, tetapi jika kaum muslimin di dalam negeri tersebut lebih ramai berbanding dengan yang lainnya maka haruslah ia makan daging tersebut kerana beramal dengan ghalib yang nyata.

Contoh Bahagian Kedua: Seorang yang mendapati air yang berubah dan perubahan itu mungkin disebabkan oleh najis atau lama bertakung, maka haruslah ia bersuci dengannya kerana beramal dengan ghalib dan beramal dengan asalnya yang suci. Contoh Bahagian Ketiga: Seseorang yang bermuamalat dengan orang yang kebanyakan hartanya diperolehi secara haram padahal

31 Sarob ertinya bahang panas waktu tengahari kelihatan seperti gelombang air (fatamorgana)

ia tidak mengetahui adakah wang yang diambil daripadanya itu diperolehi daripada sumber yang halal atau haram? Maka tidak haram bermuamalat dengannya kerana mungkin yang diambil daripadanya itu halal dan tidak wujud kepastian yang haram tetapi hanya wang makruh sahaja kerana takut terjatuh ke dalam

melakukan perkara yang haram.

Berkata Imam Nawawi: bahawa perbahasan ulama kita tentang syak terhadap air, hadas, najis, sembahyang, thalak dan sebagainya ialah perasaan ragu-ragu di antara ada dan tiadanya samada keduanya sama berat atau salah satu daripadanya lebih kuat atau lebih rajih itulah yang dimaksudkan dengan syak bagi ulama-ulama feqah dan kitab-kitab feqah. Tetapi para ulama Usul, mereka membuat perbezaan berkenaan perkara tersebut. Mereka berpendapat jika kedua-duanya sama berat dinamakan syak, tetapi jika salah satu daripadanya itu lebih rajih atau lebih kuat maka perkara yang rajah itu dinamakan zann, sebaliknya yang lemah itu marjuh atau waham.32

Dalam dokumen Qawaidul Fiqhiyyah (Halaman 25-35)

Dokumen terkait