• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha'

Dalam dokumen Qawaidul Fiqhiyyah (Halaman 58-64)

ADAT DIJADIKAN SUMBER YANG DIAKUI (ةمكحم ةداعلا)

E. Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha'

Uruf dan adat digunakan di dalam feqah dengan pelbagai corak, tiap-tiap satu daripadanya dibinakan sesuatu hukum menurut cara yang khusus kegunaannya seperti berikut:

Pertama: Digunakan sebagai dalil bagi hukum atau dalil

yang mentakhsiskan sesuatu nas seperti uruf bagi menempah sesuatu benda dan sebagainya.

Kedua: Digunakan uruf supaya menjadi ukuran bagi mufti

atau qhadi di dalam usaha untuk mempraktikkan hukum yang mutlak. Memandangkan syariat itu didapati di dalamnya hukum-hukum yang berbeza mengikut perbezaan adat dan maslahah. Maka kebiasaan syara’ tidak menentukan sesuatu nas secara khas bagi tiap-tiap golongan manusia bahkan secara menyeluruh (umum). Terpulanglah kepada para mufti dan qhadi seperti menfatwakan mengikut uruf masing-masing.

Ketiga: Digunakan uruf untuk menjelaskan perkara yang

dikenali ramai tentang buktinya samada memberi keizinan atau tegahan atau kewajipan penyaksian di dalam mahkamah dan lainnya.

Kegunaan Adat Seperti 'Uruf

Ulama-ulama telah mentakrifkan Adat sebagai :

( ررر ررررر ررررر ر ر رر رررر ر ر ررر رر ر رر رررررر رررررر ررر رررررررر)

Ertinya : Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara yang berulang dan logik di sisi tabiat yang semula jadi.

Dan mentakrifkan 'Uruf dengan: ( رر رررر ررررر رر ر ر

ررررررر رررررر رررررر)

Ertinya: Perkara yang telah diketahui oleh akal dan menjadi sebutan oleh ulama dengan penerimaan.

Perkara yang menjadi adat boleh diterima pakai seperti uruf pada beberapa masalah :

Di antaranya: masa yang maksimun dan minimum bagi tempoh haid dan umur yang minimum bagi baligh.61

Al-Imam al-Zarkasyi ada menyebut bahawa Imam as-Syafie tidak mengambil kira tentang adat pada dua masalah:

1. Seseorang yang meminta untuk mencatatkan sesuatu dengan seseorang mengikut adatnya diberi upah. Sedangkan masa minta itu dia tidak menyebut sebarang upah maka dia tidak berhak memintanya.

2. Ketiadaan sah jualbeli tanpa ijab dan qabul (ةاطاعم) sekalipun perkara tersebut telah menjadi adat.62

Kedua-dua fatwa tersebut menyalahi pendapat al-mukhtar, mengikut pendapat al-mukhtar pada masalah yang pertama memerlukan huraian iaitu seseorang yang meminta untuk menjadi pencatit bagi seseorang walaupun ia tidak menyebut upah sedangkan mengikut adat dengan cara yang ia lakukan itu boleh menerima upah maka ia berhak menuntut upahya tetapi sebaliknya jika tidak menjadi adat maka ia tidak berhak menuntut upahnya.

Pada masalah kedua pula (ةاطاعملآ) mengikut pendapat Imam al-Mutawalli, al-Bhughawi, al-Nawawi dan lain-lain lagi.bahawa jualan secara tersebut adalah sah sekiranya telah menjadi adat dan cara yang di lakukan itu dikirakan sebagai jualan seperi dilakukan jualan tersebut dengan cara perbuatan.

Mengikut pendapat Ibnu Suraij dan al-Ruwiyani bahawa jualan tersebut telah di haruskan oleh syarak pada benda-benda yang nilainya rendah sahaja pada uruf.seperti sebiji roti dan sebagainya.

Khilaf Ulama Dalam Menetapkan Adat :

Mengikut pengarang kitab Mawahibussaniah a’la al-faraidi al-bahiyyah: boleh dihukumkan sebagai adat walaupun sekali berlaku sahaja seperti hamba yang mencuri harta, perempuan yang istihadhah dan lain-lain lagi.

62 Mengikut nas yang difatwakan oleh Imam as-Syafie RA (al-Mansus) al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 277

Ada juga untuk menentapkan adat itu sekurang-kurangnya dengan berulang-ulang dua atau tiga kali, sebagai contoh, untuk mengenal pasti keturunan seseorang (فئاقلا ) ketika tidak diketahui siapakah keluarganya dan seperti binatang yang dilatih untuk berburu tidak boleh diambil kira binatang tersebut telah menerima ajaran jikalau dengan sekali percubaan sahaja.63

Imam al-Ghazali telah menentapkan adat itu sekurang-kurangnya berlaku tiga kali pada masalah binatang pemburuan tersebut, tetapi kebanyakan ulama menghukumkan dhaif pendapat tersebut berpandukan firman Allah Taala :

حراوجلا نم متملع امو تابيطلا مكل لحا) (

Erinya: Dihalalkan bagi kamu (makanan) yang baik (elok) dan daging binatang yang diburu oleh binatang perburuan.

Mengikut pendapat yang muktamad hendak dikirakan binatang perburuan itu telah menerima ajaran atau tidak hendaklah dicuba dengan berulang-ulang kali sehingga timbul pada sangkaan (zhann) kita bahawa binatang itu telah menerima ajaran.

Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah Ini ialah :

Yang Terkenal Dari Sudut 'Uruf Seperti Yang Terkenal Dari Sudut Syarat

(اطرش طورشملاك افرع فورعملا)

Yang dimaksudkan dengan "syarat" adalah perkara yang lebih umum daripada perkataan yang menunjukkan keizinan bagi perkataa-perkataan akad atau keterangan yang menyatakan jenis yang dikehendaki atau menyatakan kadar yang dikehendaki di dalam maksud sesuatu akad.

• Sebagai contoh 'uruf atau adat yang diizinkan oleh syara’ adalah sesiapa yang melihat kebakaran yang berlaku di dalam rumah seseorang atau melihat seekor lembu yang ditimpa kemalangan, maka dengan ini bermakna syara’ telah mengizinkan untuk masuk ke dalam rumah tersebut

bertujuan untuk memadamkam kebakaran walaupun dengan tidak meminta izin daripada tuannya. Begitu juga dengan menyembelih lembu tersebut. Oleh yang demikian ia tidak wajip menggantikannya.

• Contoh yang lain pula tentang masalah

menyampaikan kiriman kepada seseorang yang tertentu, maka di sisi uruf dan adat jika seseorang itu tidak ada di rumah, maka memadailah dengan disampaikan kepada isteri dan anak mereka.

• Contoh yang menunjukkan larangan ialah tanda papan yang diletakkan di tepi jalan. Ini menunjukkan tidak harus memasukki jalan tersebut.

• Contoh yang menunjukkan jenis-jenisnya selepas ditentukan seperti menyewa rumah yang tidak disebutkan keterangan secara teperinci maka memberi sewa

merupakan satu penjelasan untuk didiami rumah tersebut dengan bebas tidak kira berapa ramai jumlah ahli

keluarganya dan memberi penjelasan untuk menjalankan apa-apa projek yang dikehendaki oleh penyewanya .

Keempat : Digunakan pada pemangkin uruf di sudut

bahasa .

Tiap-tiap orang yang bercakap ditangguhkan percakapannya di atas uruf secara umum sama ada

percakapan syara’ atau yang semata-mata keluar daripada manusia seperti perkataan solat dari sudut bahasa ialah doa dan dari segi syara’ pula ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang khusus yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada segala hukum yang mengandungi segala kewajipan dan sebagainya hendaklah dilakukan mengikut kehendak urufnya.

Kelima : Digunakan uruf pada perkara yang biasanya

berlaku dan diketahui secara umum.

Untuk menguatkan (mentarjihkan) sesetengah mazhab di dalam feqah dengan syarat setiap mazhab yang hendak ditarjihkan itu adalah yang mempunyai dalil yang boleh diterima sebagai contoh, ialah ditarjihkan mazhab Hambali yang menyatakan pemegang gadai harus mengambil faedah daripada perkara yang digadinya tanpa keizinan daripada pihak yang menggadainya seperti binatang yang boleh diperahkan susunya atau dutunggani sebagai kenderaan dengan syarat pemegang gadai telah

mengeluarkn belanja untuk menjaganya (membelanya), dan ia boleh mengmbil fedah sekadar perbelanjaan yang telah dikeluarkan sahaja kerana uruf masyarakat telah melakukan perkara yang sedemikian.

Fatwa ini becanggah dengan pendapat jumhur ulama’ kerana mengikut pendapat mereka, pemegang gadai tidak dibenarkan mengambil apa-apa faedah terhadap benda yang digadai. Tiap-tiap pendapat mazhab itu masing-masing mempunyai dalil yang boleh diterima pakai. Dan harus mengambil faedah terhadap benda-benda yang digadai itu dengan syarat mendapat keizinan pemberi gadai (tuan asalnya) kerana uruf masyarakat telah lazim melakukannya. Dan setengah daripada pendapat mazhab bahawa mereka tidak membenarkan mengambil apa-apa faedah walaupun sedikit sahaja.

Keenam : Digunakan pada adat yang mendatangkan kesan

terhadap hukum syara’ kerana keadaan sekitar masyarakat telah menerima pakai perubahan yang memerlukan kaedah jangka lebih (طايتحا). Inilah yang dinamakan kerosakkan zaman sebagai contoh keadilan saksi-saksi yang boleh

diterima pakai. Tidak dapat dibuktikan pada zaman sekarang kecuali dengan (ةيكزت) iaitu pembersihan atau sokongan orang lain yang mengatakan si polan (individu) itu adalah seorang yang baik . Sebab pada zaman ini telah berlaku pendustaan secara meluas dan iman manusia telah rapuh sedangkan pada zaman silam memadai dengan semata-mata seseorang individu itu beragama Islam sahaja

Dalam dokumen Qawaidul Fiqhiyyah (Halaman 58-64)

Dokumen terkait