• Tidak ada hasil yang ditemukan

Qawaidul Fiqhiyyah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Qawaidul Fiqhiyyah"

Copied!
68
0
0

Teks penuh

(1)

ةيهقفلا دعاوقلا

QAWAID

FIQHIYYAH

Hj. Mohd Qary Abd Ghapar Al-Tantawy Mesry

Qawaid Fiqhiyah

(2)

Cetakan Pertama……... Julai 2003

©

Hak cipta terpelihara.

Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan,

dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman ataupun sebaliknya,

tanpa izin terlebih dahulu dari pihak penulis.

Designer : Al Azhar Media Enterprise

Izin Terbit :

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )

(3)

SENARAI KANDUNGAN

Mukasurat Muqaddimah

KAEDAH KULLIYYAH DI DALAM ILMU FEQAH

Kaedah Pertama :

TIAP-TIAP PERKARA MENGIKUT TUJUANNYA (اهدصاقمب روملا)

a. Perkara-Perkara Yang Memerlukan Kepada Niat b. Pengertian Niat

• Dari Segi Bahasa

• Dari Segi Istilah

c. Masalah Meniatkan Farfdhu Pada Zakat

d. Tersalah Pada Penentuan (نييعت) e. Penentuan Niat Dan Masanya f. Waktu Niat

g. Niat Zakat h. Niat Qurban i. Permulaan Niat

j. Masalah Kinayah Thalak (Cerai)

k. Ibadah Yang Banyak Mengandungi Perbuatan l. Tempat Niat

m. Perkara-Perkara Yang Tidak Memadai Dengan Niat

n. Berazam Melakukan Maksiat o. Syarat Niat

p. Berkenaan Dengan Pahala

q. Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat r. Masalah Taraddud (Keraguan)

s. Perkara Yang Berkaitan Dengan Niat t. Ta'lik Pekerjaan Dengan Insya Allah u. Amalan Yang Tidak Memerlukan Niat

v. Masalah Mencampurkan Niat Dengan Perkara Lain 7 9 10 13 13 13 16 16 17 18 18 18 19 19 19 20 20 20 21 23 23 24 25 26 27 27

(4)

w. Menuntut Ganti Pada Niat

Kaedah Kedua :

KEYAKINAN TIDAK DAPAT DIHILANGKAN OLEH KERAGUAN (كشلاب لازي ل نيقيلا)

Kaedah-Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini

• Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya (ناك ام يلع ناك ام ‘اقب لصلا)

• Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada Tanggungjawab (ةمذلا ةأرب لصلا)

• Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru Mendatang Itu Tiada (مدعلا ةضراعلا روملا يف لصلا)

• Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan Masa Yang Paling (نمز برقأب هريدقت ثداح لك يغ لصلا)

Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat (ملكلا يف لصلا

ةقيقحلا)

Kaedah Ketiga :

KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN (ةقشملا ريسيتلا بلجت)

a. Al-Masyaqqah Dari Segi Bahasa

b. Masyaqqah Atau Kesukaran Yang Membawa Kepada Keringanan

c. Sebab-Sebab Bagi Mengambil Atau Mengamalkan Hukum Rukhsah

d. Pembahagian Rukhsah

Kaedah Keempat :

KEMUDHARATAN DIHILANGKAN ATAU DIHINDARKAN ( لازي ةرورضلا)

a. Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini

Dharurat Mengharuskan Tegahan (حيبت ةرورضلا

تاروظحملا)

Dharurat Dikira Mengikut Keadaannya (ردقت ةرورضلا

اهردقب)

Kaedah-Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini Pula : 1. Ditanggung Kemaslahatan Khusus Untuk Menolak

28 29 31 31 33 36 38 41 46 48 49 49 52 55 56 56 58 59

(5)

Kemaslahatan Umum

2. Kemudharatan Yang Lebih Besar Dihilangkan Dengan Kemudharatan Yang Lebih Ringan 3. Apabila Bertentangan Di Antara Dua Kerosakkan Hendaklah Dilakukan Kerosakkan Yang Lebih

Ringan

4. Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Kemudharatan

5. Menolak Kerosakkan Lebih Utama Daripada Menarik Kemaslahatan

6. Hajat Menepati Dharurat

- Perbezaan Antara Dharurat Dan Hajat

Kaedah Kelima :

ADAT YANG DIAKUI (ةمكحم ةداعلا)

a. Pengertian Adat b. Dalil Kaedah

c. Pembahagian 'Uruf Dan Adat

d. Kedudukan 'Uruf Dan Adat Dari Segi Hujjah e. Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha

• Kegunaan Adat Seperti 'Uruf

• Khilaf Ulama Tentang Menetapkan Adat

• Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah Ini

f. Syarat Diiktibar Dengan 'Uruf Dan Adat

g. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Kaedah Ini Senarai Bahan Rujukan

61 63 64 66 68 69 71 71 73 74 75 75 76 78 79 82 86 87

(6)

MUQADDIMAH

ميحرلا نمحرلا هللا مسب

حلاصم يلع ماكحلا دعاوق سسأ يذلا هلل دمحلا

هلآو دمحم هللا لوسر يلع ملسلاو ةلصلاو مانلا

ماركلا هب احصأو

Dengan penuh rasa ikhlas dan tawaduk kepada Allah Subhanahu wata'ala, saya telah berusaha menyusun buku (

ةيهقفلا دعاوقلا) siri pertama mengenai pembelajaran kaedah-kaedah

feqah yang diambil dari kitab-kitab muktabar di dalam Islam yang membahaskan kaedah-kaedah feqah Islam.

Untuk menyusun buku ini bukanlah mudah kerana

memandangkan buku-buku yang membahaskan kaedah-kaedah ini kebanyakannya di dalam bahasa Arab maka menjadi susah kepada kita untuk memahaminya. Dengan pertolongan serta hidayah Allah swt kesukaran tersebut dapat diatasi, gaya bahasa terjemahan kaedah yang dikemukakan di dalam buku ini adalah satu perkara yang baru kerana setakat ini buku yang membahaskan tentang kaedah feqah jarang sekali saya dapati di Malaysia yang

menggunakan bahasa Melayu. Seandainya terdapat kekurangan di dalam buku ini saya amat berharap sidang pembaca membuat teguran yang baik dan membina agar ianya dapat memantapkan lagi tentang pengkajian saya ini.

Setelah di fikirkan dengan teliti, saya dengan usaha yang murni untuk menerbitkan buku ini dengan beberepa sebab.Di antaranya:

Pertama : Agar memberikan satu manfaat yang baik untuk diri

saya.

Kedua : Bagi mereka yang kurang memahami Bahasa Arab, mudah-mudahan buku ini dapat dijadikan panduan yang

(7)

Telah menjadi kewajipan kepada ulama dan mereka yang tahu tentang agama agar menjaga keharmonian agama Islam dan agar memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana sabda nabi Saw:

(

( نيدلآ ىف هقفي أريخ هب هللآ ديري نم

Maksudnya: Barang siapa yang Allah kehendaki

seseorang itu dengan kebaikan nescaya diberikan (oleh Allah) akan kefahaman di dalam agama.

Saya amat bersyukur kepada Allah yang telah

menganugerahkan pertolongannya bagi menyiapkan hasil karya yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan buku ini mendapat berkat daripadanya dan saya memohon perlindungan Allah supaya

dijauhinya sebarang bentuk pemikiran yang sesat dan bid'ah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Nukman Bin Che Amin

Kaherah

KAEDAH KULLIYYAH ( ةيلك )

DI DALAM ILMU FEQAH

Makna ( ةدعاقلا ) di dalam bahasa Arab ialah asas. Dan di dalam istilah pula sebagaimana yang telah disebut oleh Tajul as-Subki تايئزج هيلع قبطني ىذلا يلكلا رملا: ةدعاقلا ertinya: Perkara pokok yang dipraktikkan ke atas perkara-ranting atau cawangannya.1

Maudhu' kaedah feqah ialah perbuatan mukallaf dan objeknya ialah hukum syara'. Misalnya كشلاب لازي ل نيقيلا keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak dan sebagainya.

Oleh kerana masalah-masalah cawangan feqah begitu banyak maka perlulah dibuat penentuan dan penetapan ini dengan kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip yang tertentu, dan tugas pengkaji pula perlulah memahami kaedah-kaedah tersebut dan mengetahui dalil-dalil kerana masalah feqah semuanya kembali kepada kaedah-kaedah yang tertentu.

(8)

Sebahagian ulama feqah mengembalikan segala masalah cawangan kepada lima kaedah dan setengah daripadanya

mengatakan lebih daripada itu. Menurut pendapat pertama tiap-tiap satu kaedah itu di bahagikan pula kepada beberapa cawangan dan tiap-tiap cawangan itu di masukkan pula masalah cawangan yang serupa dengannya.

ميحرلا نمحرلا هللا مسب

Kaedah Pertama:

TIAP-TIAP PERKARA MENGIKUT TUJUANNYA

(اهدـصاقمب روـملا)

Ertinya: Tiap-tiap perkara itu mengikut tujuannya (apa yang di kehendaknya). Asal atau dalil bagi kaedah ini ialah hadis yang di riwayatkan oleh Imam al-Bukhori, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai daripada Sayyidina Umar R.A.

(ىون ام ئرما لكل امناِو تاينلاب لامعلا امناِ)

Maknanya: Sesungguhnya segala amalan itu (dikira menurut) dengan niat (yang dikehendaki) dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang menurut mengikut niatnya.

Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan hadis ini daripada Anas R.A:

هل ةين ل نمل لمع ل

Ertinya: Tidak dikira amalan mereka yang tidak mempunyai niat. Al-Syihab telah meriwayatkan hadis:

هلمع نم ريخ نمؤملا ةين

(9)

Imam as-Syafie, Ahmad ibnu Hanbal, Abdul Rahmn Al-Mahdi, al-Daruqutni dan lainnya bermuafakat bahawasanya hadis ini merupakan asal bagi kaedah yang merangkumi satu pertiga ilmu. Imam Syafie menegaskan bahawa hadis ini merangkumi satu pertiga ilmu sebagaimana yang dinaqalkan oleh al-Buwaiti2.

Al-Baihaqi3 menjelaskan bahawa hadis tersebut

merangkumi satu pertiga ilmu kerana memandangkan usaha manusia tidak sunyi daripada tiga perkara, iaitu hati, lidah dan anggota badan, maka niat termasuk di dalam salah satu daripada tiga yang tersebut.

Kaedah ini berpecah pula kepada beberapa kaedah di antaranya bahawa yang diiktibarkan di dalam aqad ialah tujuan dan makna, tidak kepada lafaz dan perkataan.

(ىنابملاو ظافللل ل يناعملاو دصاقملل دوقعلا يف ةربعلا ناِ)

4

Maka hendaklah digunakan perkataan yang tertentu bagi sesuatu aqad supaya niatnya menjadi sah dan dikira oleh syara'.

Kaedah ini menerbitkan pula dasar larangan membuat aqad untuk mencapai kepada tujuan yang bertentangan dengan

perkataan atau sifat aqad seperti jual beli yang mengandungi riba. Atau pun aqad nikah yang ditujukan kepada semata2 tahlil

sebagaimana sabda nabi SAW:

هل للحملاو للحملا لا نعل

Ertinya : Telah melaknat Allah swt orang yang muhallil dan orang yang ditahlilkan kepadanya.

Maka nikah tersebut dikira fasad iaitu rosak, tetapi ada pendapat ulama mengatakan bahawa aqad tersebut sah sekiranya tidak disebut syarat tahlil di dalam aqad.

2 Abu Ya'kub Yusuf al-Qurasyi al-Misri

3 Al-Imam al-Hafiz al-'Alim Abu Bakr al-Hasan al-Baihaqi 4 Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 207, Majallah al-Ahkam, juz 1/18

(10)

Banyak dalil-dalil syara' dan prinsipnya menyokong bahawa qhasad atau niat semasa aqad atau di dalam aqad sangat penting kerana qhasadlah yang memberi kesan sah atau

tidak(tentang amalan itu).

Halal atau haram itu semuanya terpulang kepada niat, sebagai contohnya seperti binatang sembelihan apabila disembelih semata-mata untuk dimakan hukumnya halal tetapi sebaliknya jika sembelihan itu kerana selain daripada Allah swt. Begitu juga diharamkan orang yang memerah buah anggur terhenti di atas niatnya, tetapi jika diniatkan untuk membuat cuka diharuskan kerana berpandukan kepada sabda Nabi SAW:

ىون ام ءىرما لكل امناِو تاينلاب لامعلا امناِ

Maksudnya: Sesungguhnya segala amalan itu (dikira menurut) dengan niat (yang di kehendaki) dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang dikira mengikut niatnya.

Sabda Nabi SAW itu bercorak umum yang mana merangkumi ibadat, muamalat dan lain-lainnya dan di antara kaedah-kaedah yang terbit daripada kaedah tersebut bahawa tidak ada pahala dan seksa melainkan dengan niat dan qhasad

walaupun tidak dilaksanakan. Sebagai contohnya, orang yang tidak dapat menghadiri majlis ilmu disebabkan keuzuran maka ia

mendapat pahala juga.

Imam-imam mazhab memandang tinggi kepada hadis tersebut, kata Abu Ubaidah tidak ada di dalam hadis-hadis nabi saw yang lebih lengkap daripada hadis ini.

a. Perkara-Perkara Yang Memerlukan Kepada Niat

Tujuan yang paling penting bagi niat antaranya ialah untuk membezakan di antara ibadat dan adat5 seperti berwuduk dan

mandi, kerana adakalanya kedua-duanya untuk membersihkan dan menyejukkan tubuh badan dan adakalanya bagi tujuan ibadat.

5 Iidhoh Qawaid Fiqhiyyah,ms : 11, Mawahib Saniyyah 'Ala

(11)

Menahan diri daripada makan, minum dan sebagainya adakala nya untuk mejaga badan dan sebagainya. Begitu juga dengan duduk didalam masjid adakalanya untuk beribadat, beristirehat dan sebagainya.

b. Pengertian Niat

Dari segi Bahasa ialah : (ءيشلا ىلع مزعلا) bercita-cita di atas sesuatu6.

Manakala dari segi Istilah Ulama Feqah :

(لعفلاب انرتقم ءىشلا دصق)

Maknanya: qasad sesuatu disertai dengan niat. Dari keterangan tersebut wujud beberapa permasalahan, antaranya:

Pertama: Tidak disyaratkan niat bagi ibadat yang tidak mungkin

menjadi adat atau tidak wujud kesamaran dengan yang lain seperti beriman kepada Allah, membaca al-Quran, berzikir dan

sebagainya. Ini kerana perkara-perkara tersebut berbeza dari segi bentuk dengan yang lain7 tetapi sekiranya seseorang itu bernazar

untuk berzikir atau membaca al-Quran maka dia wajib berniat nazar untuk membezakan di antara yang wajib dengan yang lain

sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Qhamuuli di dalam kitabnya al-Jawahir yang dinaqalkan daripada Imam al-Ruwiyani. Imam al-Sayuti ada membahaskan, jika seseorang itu bernazar hendak berselawat ke atas nabi saw dia tidak perlu berniat kerana sudah dikira berbeza dengan yang lain tetapi pendapat ini tidak disokong oleh ulama-ulama lain bahkan mereka berpendapat bahawa memerlukan niat juga8.

Mengikut pendapat yang masyhur bahawasanya azan tidak berhajat kepada niat tetapi ada disebut di dalam kitab al-Bahr bahawa azan bagi yang lain daripada sembahyang berhajat kepada

6 Lisanul Arab

7 Al-Asybah Wan-Nazhoir, ms : 13 8 Al-Qawaid al-Janiyyah, ms : 131

(12)

niat, ini adalah kerana azan itu juga disuruh oleh syarak kepada yang lain daripada sembahyang.

Kedua: Tentang disyaratkan niat terhadap perkara yang ada

syubhah atau kesamaran di antara ibadat dengan yang lain. Tetapi jika sekiranya perkara-perkara itu tidak menimbulkan syubhah atau kesamaran maka ianya tidak berhajat kepada niat. Ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:

(ىون ام ءىرما لكل امناِو)

Maksudnya: Sesungguhnya bagi tiap-tiap amalan itu tertentu di atas niat.

Di antaranya sembahyang fardhu memerlukan kepada penentuan fardhu sebab sembahyang zuhur dan asar serupa dari segi perbuatan dan tidak dapat dibezakan di antara kedua-duanya kecuali dengan penentuan ( نييعت ). Begitu juga sembahyang dua hari raya maka hendaklah di tentukan sama ada hari raya I'dul Fitri atau I'dul Adha.

Di antara perkara-perkara yang memerlukan kepada penentuan ialah puasa sebagaimana yang dijelaskan oleh pengikut-pengikut Imam Syafie rahimahullah (باحصلا) untuk membezakan di antara puasa ramadhan dengan puasa yang lain .

Ketiga: Perkara-perkara yang melibatkan niat serta wajib

dinyatakan kefardhuannya, seperti wajib niat fardhu pada wuduk, mandi, sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Menurut setengah ulama diwajibkan niat fardhu ketika mandi dan tidak ketika wudhu'9 sebab mandi itu kadang-kadangnya mandi biasa

(adat) sedangkan wudhu' itu tidak ada kerana lain melainkan untuk ibadat sahaja. Penjelasan ulama berkenaan dengan diisyaratkan niat wajib bagi wuduk mungkin wuduk yang dilakukan itu fardhu atau pembaharuan (ديدجت) samalah seperti sembahyang kerana sembahyang itu kadang-kadang wajib dan kadang-kadang sunat.

(13)

c. Masalah Meniatkan Fardhu Pada Zakat

Menurut pendapat yang asah hendaklah diniatkan fardhu pada zakat kerana perkataan sedekah itu mengandungi makna fardhu dan sunat tetapi jikalau seseorang itu menghadirkan di dalam hatinya perkataan zakat sahaja maka disyaratkan lagi dia menghadirkan perkataan fardhu kerana perkataan zakat itu semata-semata digunakan kepada fardhu.

d. Tersalah Pada Penentuan (نييعت)

Maka seseorang yang menentukan di dalam niatnya bahawa Imam yang ia ikuti itu Muhammad tiba-tiba tersalah maka solatnya tidak sah10.

Imam al-Sayuti menjelaskan bahawa tidak disyaratkan pada amalan-amalan fardhu menyatakan "fardhu ain" di dalam niat tanpa khilaf ulama, begitu juga menyatakan "fardhu kifayah" di dalam solat jenazah. Tetapi ada pendapat yang kedua mengatakan bahawa orang yang solat jenazah wajib menyatakan fardu kifayah di dalam niatnya untuk membezakan dengan fardhu ain.

e. Penentuan Niat Dan Masanya

Dr Mohd Syidqi11 ada menyebut di dalam kitabnya

ةــيلكلا ةــيهقفلا دــعاوق حاضيإ ىف زيجولا bahawa tidak ada ibadat melainkan

dengan niat akan tetapi adakah disyaratkan (نــييعت). Kebanyakan Ulama berpendapat jika permasalahan ini berlaku pada perkara yang dikatakan wajib yang luas waktunya (عــسوم) seperti solat fardhu, maka wajib padanya ditentukan (نــييعت) niat tanpa khilaf ulama, sekiranya berlaku permasalahan tersebut pada waktu wajib yang tidak dibenarkan padanya mengerjakan suruhannya pada

10 al-Mawahib as-Sunniyyah 'ala al-Faraid al-Bahiyyah

11 Dr. Mohd Sidqi bin Ahmad al-Burno Ustaz al-Musaid Universiti Al-Imam

(14)

waktu yang lain (قيضم بجاو) seperti puasa, yang mana waktunya bermula daripada naik fajar hinggalah terbenam matahari (maghrib) maka masalah ini ada khilaf di kalangan ulama. Mengikut mazhab Syafie bahawa (نييعت) disyaratkan juga untuk membezakan di antara puasa Ramadhan dengan yang lain12. Di dalam mazhab Hambali

permasalahan tersebut berlaku khilaf13 berkenaan dengan

ibadat-ibadat yang harus dilakukan adakah ia memerlukan niat atau tidak14.

Ibadat-ibadat tersebut tidak berhajat kepada niat bahkan memadai jika seseorang yang hendak memulakannya terlintas di dalam hatinya untuk mendampingi dirinya (برــقت) kepada Allah seperti makan, tidur mencari nafkah dan sebagainya.

f. Waktu Niat

Waktu niat pada asalnya ialah di permulaan melakukan ibadat, kecuali puasa maka harus didahulukan niatnya dari permulaan puasa kerana susah hendak menunggu masa menjelang fajar, kemudian niat yang dilakukan oleh seseorang sebelum masuk waktu itu berjalan hingga sampai fajar kecuali puasa sunat, diharuskan beniat selepas daripada masuk waktu permulaan puasa kerana ada hadis yang menyatakan demikian. Pernah suatu ketika Rasulullah SAW pergi menuju ke tempat kediaman Sayyadatina Aisyah lalu baginda bertanya kepadanya :

(موصأ اذإ ىنإف :لاق ,ل :تلاق ,ءيش مكدنع له)

Maksudnya : “Adakah di sisimu sesuatu daripada makanan?” Aisyah menjawab “Tidak ada wahai Rasulullah”, lalu Rasulullah berkata “Maka sesungguhnya aku hendak berpuasa”.15

g. Masalah Niat Zakat :

12 Al-Asybah Wan-Nazhoir dan Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 30 13 Al-Muqni', juz 1 ms : 363

14 Al-Wajiz Fi IIdhahi Qawaid al-Fiqh al-Kulli, ms 67 15 Qalyubi wa 'Umairah, juz 2 ms : 52

(15)

Menurut pendapat yang asah di dalam mazhab Syafie bahawa harus didahulukan niatnya sebelum daripada dikeluarkan zakat kerana diqiaskan dengan puasa.

h. Masalah Niat Korban

Diharuskan niat korban sebelum daripada disembelihkan binatang tersebut. Menurut pendapat yang asah tidak wajib disertakan niat semasa menyembelih binatang. Dan harus seseorang berniat korban ketika mewakilkan binatang kepada seseorang yang menyembelih.

i. Permulaan Niat :

Permulaan niat: ialah pada awal melakukan ibadat. Awal ibadat sembahyang ialah permulaan menyebut Allahu Akbar (di takbiratul ihram). Mengikut kitab al-Raudhah dan asal bagi Raudah daripada fatwa Imam al-Bughawi bahawa asal bagi niat ialah dipermulaan melakukan ibadah.

j. Masalah Kinayah Thalaq:

Mengikut hukum yang dirajihkan di dalam kitab asal Raudah bahawa niat kinayah thalaq samada sesorang itu niat di permulaan perkataan atau di akhirnya dikirakan jatuh thalaq di sisi pendapat yang asah.

k. Ibadat Yang Banyak Mengandungi Perbuatan :

Ibadat yang banyak mengandungi perbuatan memadai niatnya di awal perbuatan yang pertama sahaja dan tidak berhajat kepada mengulangi niat pada kelakuan yang kedua, seperti wudhu’, sembahyang dan ibadat haji di sisi pendapat yang asah.

(16)

l. Tempat Niat

Tempat niat adalah di dalam hati dan qhasad itu kelakuan hati. Menurut ulama-ulama feqah, niat itu ialah :

لعفلاب انرتقم ءيشلا دصق

Maksudnya : qhasad sesutu dengan disertai perbuatan.

Kesimpulannya : ialah bahawa niat itu tidak memadai dengan

semata-mata menyebut dengan lidah tanpa qhasad di dalam hati, sekiranya seseorang itu telah qhasadkan di dalam hatinya sahaja dan tidak melafazkan dengan lidah, maka sahlah ibadatnya cuma sunat sahaja dilafazkan dengan lidah untuk memudahkn hadir niat di dalam hati.16

m. Perkara-Perkara Yang Tidak Memadai Dengan Niat:

Ada juga perkara-perkara yang tidak memadai dengan niat sahaja tanpa perkataan seperti seseorang yang meniatkan nazar atau berniat cerai tanpa melafazkan dengan perkataan, maka nazar tersebut tidak sah dan tidak jatuh thalaqnya.

n. Berazam Melakukan Maksiat

Seseorang yang berazam untuk melakukan maksiat tetapi ia belum lagi melakukan maksiat tersebut atau tidak dilahirkan melalui perkataan maka ia masih tidak berdosa, kerana berdasarkan kepada hadis nabi SAW :

هب لمعت وأ ملكتت مل ام اهسفنأ هب تثدح ام يتمل زواجت لا نإ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah memaafkan bagi umatku terhadap apa yang terlintas di hati selama mana ia belum bercakap atau melakukannya.

(17)

o. Syarat Niat

Pertama : Islam, oleh itu tidak sah ibadat orang yang murtad atau

kafir tetapi ada beberapa perkara yang dikecualikan daripada syarat ini.

Pertama: Perempuan kitabiyyah yang menjadi isteri kepada lelaki muslim maka sah ia mandi untuk menghalalkan dirinya kepada suami tanpa khilaf di antara ulama disebabkan dharurat dan disyaratkan ia berniat sebagaimana yang diputuskan oleh syiekh Mutawalli di dalam bab wudhu’ dan telah disahihkan oleh Imam Nawawi. Tetapi ada setengah pendapat mengatakan tidak wajib niat. Ada setengah ulama berpendapat mandi orang kafir dikira sah tetapi tidak sah jika ia berwudhu’. Hukumnya berbeza dengan orang murtad, mandi dan wudhu’nya tidak sah.

Kedua: Sah kifarat yang dilakukan oleh orang kafir tetapi dengan disyaratkan ada niat pada kifarah tersebut.

Ketiga: Apabila orang murtad mengeluarkan zakatnya pada ketika ia murtad maka sah zakatnya dan memadailah

Kedua : Tamyiz, kanak-kanak yang belum lagi mumayyiz tidak sah

ibadahnya begitu juga orang yang gila.

Ada beberapa perkara yang dikeluarkan di dalam syarat ini :

1. Kanak-kanak kecil yang diwudhukkan oleh walinya untuk melakukan tawaf dan walinya meniatkan ihram untuknya.

2. Isteri yang gila dimandikan oleh suaminya untuk menghalalkan kepadanya maka suaminya yang berniat, mengikut pendapat yang asah.

3. Mengetahui perkara yang diniatkan sebagaimana yang telah dijelaskan Imam al-Bughawi dan lainnya. Sesiapa yang tidak tahu kefardhuan wudhu’ maka tidak sah wudhu'nya. Jika seseorang itu mengetahui bahawa sembahyang yang dilakukannya itu fardhu tetapi tidak mengetahui rukun-rukunnya, atau mengiktiqadkan semua perbuatan sembahyang itu sunat atau setengahnya fardhu dan

(18)

setengahnya sunat sedangkan ia tidak dapat membezakan di antara kedua-duanya maka hukumnya tetap sah. Kata Imam al-Ghazali orang yang tidak dapat membezakan di antara fardhu dan sunat maka ibadatnya sah dengan syarat jangan ia qhasad membuat yang sunat itu dengan perkara fardhu, jika diqhasadkan sebagaimana tersebut hukumnya tidak sah.

4. Janganlah ia melakukan perkara yang menafikan niat seperti murtad. Jikalau seseorang itu murtad semasa sedang sembahyang atau puasa atau haji atau tayammum maka batallah ibadatnya. Jika berlaku murtad ketika ia sedang berwudhu’ atau mandi hukumnya tidak batal kerana perbuatan kedua-duanya itu tidak terikat di antara setengah dengan setengahnya yang lain, tetapi anggota yang dibasuh ketika murtad tidak dikira, jikalau berlaku murtad selepas berwudhu’ atau mandi maka menurut pendapat yang asah tidak batal wudhu’nya atau mandinya tetapi yang terbatal hanya tayammum sahaja sebab tayammum itu lemah ( فيعضضض). Jikalau berlaku murtad selepas selesai daripada sembahyang atau puasa atau haji atau zakat maka tidak wajib dilakukan semula perbuatan tersebut.

p. Berkenaan Dengan Pahala:

Berkenaan dengan pahala pula, sekiranya seseorang itu tidak kembali semula memeluk Islam maka semua pahala amal ibadat yang dilakukannya itu dikira batal berpandukan kepada firman Allah Taala :

(مهلامعأ تطبح كئلوأف رفاك وهو تميف)

Ertinya : Maka mati mereka itu di dalam kufur maka batallah segala amalan mereka.

(19)

Di antara perkara yang menafikan niat ialah memutuskan ibadat yang sedang dilakukan. masalah ini terbahagi pula kepada beberapa cawangan masalah :

1. Niat memutuskan iman na’uzubillah min zalik. Maka dikirakan seseorang itu telah murtad.

2. Jika seseorang itu murtad semasa ia sedang menunaikan sembahyang maka sembahyangnya itu batal. Tetapi jika ia berniat memutuskan sembahyang setelah ia selesai daripada mengerjakannya maka sembahyang itu tidak batal dengan ijma’ ulama.

3. Niat memutuskan puasa sedangkan ia berpuasa, hukum puasanya tidak batal begitu juga orang yang berniat memutuskan iktikaf yang sedang ia lakukan, hukumnya tidak batal.

4. Niat hendak makan atau bersetubuh pada siang hari Ramadhan tidak akan membawa kepada batal puasa yang sedang dikerjakan.

5. Niat memutuskan haji dan umrah, hukumnya tidak batal. 6. Niat memutuskan Fatihah pada hal ia sedang di dalam

sembahyang, hukum bacaannya batal sekalipun dengan diam yang pendek.

r. Masalah Taraddud (Keraguan)

Setengah daripada perkara yang menafikan niat ialah perasaan ragu-ragu (taraddud) iaitu keadaan mahu atau tidak sedangkan dirinya tidak menetapkan untuk menunaikan amalan tersebut maka dalam masalah ini ada beberapa cabang masalah.

1. Perasaan ragu-ragu samada hendak meneruskan sembahyang atau tidak sedangkan ia berada di dalam sembahyang, maka sembahyangnya menjadi batal atau seseorang itu mengta’likkan hendak memberhentikan sembahyangnya apabila berlaku sesuatu maka sembahyangnya menjadi batal.

(20)

2. Seorang musafir yang merasa was-was di dalam hatinya adakah ia telah berniat sembahyang secara qasar atau sempurna (مامت) dengan empat rakaat maka tidak dibenarkan ia mengqasarkan sembahyangnya bahkan hendaklah ia sembahyang secara sempurna dengan empat rakaat.

3. Seseorang yang bertayammum atau sembahyang atau puasa lalu ia syak di dalam hatinya adakah telah masuk waktu atau tidak kemudian ia nyata bahawa perkara yang dilakukan itu tepat berada di dalam waktunya, maka perkara yang dilakukannya itu tidak sah. Seseorang yang bertayammum tanpa mencari air terlebih dahulu kemudian ternyata tidak ada air setelah ia selesai daripada bertayammum maka tayammumnya tidak sah.

4. Orang yang mengadap kiblat ke suatu arah sedangkan ia masih lagi syak adakah arah yang dihadapkannya itu kiblat atau tidak kemudian ia mengetahui bahawa arah yang ia hadapkan itu kiblat maka sembahyanganya tidak sah.

5. Orang yang berkata semasa ia mengeluarkan zakat, “ini zakat” atau “ini sedekah” maka pemberian itu tidak dikirakan sebagai zakat kerana ada keraguan (taraddud) di dalam pemberian itu.

s. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Niat

Ashab as-Syafie telah berselisih pendapat tentang niat adakah ia dikirakan sebagai rukun atau syarat bagi ibadat?

Kebanyakan ulama mengatakan niat itu rukun kerana ia termasuk di dalam ibadat tetapi Qadhi Abu at-Thayyib17 dan Ibnu

as-Sobagh18 mengatakan niat itu syarat bukannya rukun.

t. Ta’lik Pekerjaan Dengan Insya Allah

Jika seseorang berniat sesuatu perkara dan diikuti pula dengan perkataan "Insya Allah", jika diniatkan ta’lik maka batallah

17 Al-Qadhi At-Thahir bin Abdullah bin Umar At-Thabari, wafat pada tahun 450

H

18 Abd as-Sayyid Muhammad bin as-Sobagh al-Baghdadi, wafat pada tahun 477

(21)

sembahyangnya tetapi jika ia niat mengambil berkat dengan kalimah tersebut maka ibadatnya tidak batal.

Seseorang yang berhadas besar berkata dengan ayat al-Quran maka diqhasadkan bacaan atau tidak ada sebarang qhasad hukumnya haram tetapi jika ia qhasad zikir sahaja tidak diharamkan. Akan tetapi jika ia qhasad kedua-duanya sekali maka hukumnya haram.

Seseorang yang membawa al-Quran dan bersama dengannya barangan yang lain sedangkan ia tidak ada wudhu’, jika ia qhsadkan membawa al-Quran sahaja hukumnya haram tetapi jika ia qhasadkan membawa barangan sahaja atau kedua-duanya sekali tidak haram.

Seseorang yang mandi sunat pada pagi Jumaat tidak memadai bagi mandi junub, menurut pendapat yang asah.

u. Amalan Yang Tidak Memerlukan Niat

Ada juga amalan yang tidak memerlukan niat iaitu berkenaan dengan perkara-perkara yang wajib ditinggalkan seperti zina, judi, mencuri, dan sebagainya, ini kerana tujuannya telah tercapai tanpanya.19

v. Masalah Mencampurkan Niat Dengan Perkara Lain

Jika seseorang mencampurkan niatnya antara perkara ibadat dengan perkara yang bukan ibadat, ada juga boleh membawa kepada batal20. Antaranya ialah :

1. Seseorang yang menyembelih binatang qurban dengan niat kerana Allah dan kerana selain daripadaNya maka sembelihan itu haram dimakan.

19 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 14 20 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 23

(22)

2. Orang yang mengambil wudhu’ serta ia berniat di dalam hatinya untuk menyejukkan badan atau mandi hukumnya sah mengikut pendapat yang asah. Ini kerana menyejukkan badan itu telah terhasil samada ia berniat atau tidak.

3. Orang yang membaca di dalam sembahyangnya ayat al-Quran serta ia qhasadkan bacaan atau zikir atau memberi faham kepada orang lain hukum sembahyangnya sah.

w. Menuntut Ganti Pada Berniat

Jika kita menuntut kepada seseorang untuk berniat kepada kita semasa ia melakukan amalan yang kita wakilkan kepadanya, hukumnya sah mengikut fatwa yang dirajihkan oleh syiekh Ibnu Hajar di dalam bab al-Wakalah (دودرــم رــخأ اــهيف لــكوي نأ حــصي ل لوــقو) ertinya : pendapat yang mengatakan tidak sah kita wakilkan kepada seseorang untuk berniat, pendapat tersebut tertolak.21

(23)

Kaedah Kedua :

PERKARA YANG YAKIN TIDAK

DIHILANGKAN OLEH KERAGUAN (SYAK)

كشلاب لازي ل نيقيلا

Di antara kaedah tetap yang banyak mengandungi hukum feqah padanya ialah perkara yang yakin tidak dihilangkan oleh syak. Jika seseorang yang melakukan sesuatu perkara kemudian berlaku keraguan samada perkara itu telah berlaku atau belum maka dikekalkan hukum yakin.

Asal atau dalil bagi kaedah ini ialah sabda Rasulullah S.A.W:

جرخأ اهيلع لكشأف ائيش هنطب ىف مكدحأ دجو اذإ

؟ل مأ ءيش هنم

دجسملا نم نجرخي لف

احير دجي وأ اتوص عمسي ىتح

) Hadis Riwayat Muslim daripada Abi Hurairah (

Ertinya: Apabila Kamu dapati sesuatu yang berlaku pada perut kemudian timbul persoalan adakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah kamu sekali-sekali keluar daripada masjid sehinggalah kamu mendengar suara atau dapati baunya.

Dan sabda Rasulullah S.A.W:

دجي هنإ هيلإ ليخي لجرلا ملسو هيلع لا ىلص يبنلا ىلإ ىكش

.احير دجي وأ اتوص عمسي ىتح فرصني ل :ةلصلا ىف ءيش

Ertinya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa ia berasa was-was adakah telah keluar sesuatu pada masa ia menunaikan sembahyang, lalu baginda bersabda "janganlah kamu keluar daripada sembahyang sehingga kamu mendengar suara atau baunya". Rasulullah S.A.W. memberi penjelasan kepada orang yang berasa was-was semasa menunaikan

(24)

sembahyang supaya jangan keluar daripadanya sehinggalah ia merasa yakin tidak berhadas dengan mendengar suara atau mendapati baunya kerana perkara yang diyakini tidak boleh dihilangkan kecuali oleh yang yakin juga.22

Dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada hadis Abu Said al-Khudri R.A.

هت لص ىف مكدحأ ىكش اذإ

ف

ىلص مك :ردي مل

مأ اثلثأ

عبرأ

ا

نقيتسا ام ىلع نبيلو كشلا حرطيلف ؟

Ertinya : Apabila seseorang kamu syak pada masa menunaikan sembahyang dan ia tidak mengetahui berapakah rakaat yang telah dilakukannya samada tiga atau empat rakaat? Maka hendaklah ia ketepikan keraguan (syak) dan binalah di atas apa yang ia yakini.23

Dalil-dalil yang tersebut menunjukkan perintah Rasulullah supaya beramal dengan yakin dan menafikan yang syak atau ragu.

Misalnya : Seseorang yang sabit berhutang kepada

seseorang yang lain kemudian ia mati dan kita syak adakah ia telah membayarnya atau tidak, maka hutang itu masih tetap kerana hutang tersebut telah sabit dengan keyakinan. Dan jika berlaku syak tentang pembayarannya maka syak seperti ini tidak dapat menghilangkan perkara yang yakin.

Imam as-Sayuti ada menjelaskan di dalam kitabnya kebanyakan hukum feqah termasuk di dalam kaedah ini sehingga mecapai tiga perempat ilmu.24

22 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 56

23 Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya 24 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 56

(25)

KAEDAH-KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA KAEDAH INI

Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain.Antaranya :

Kaedah Pertama :

Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya

ناك ام يلع ناك ام ءاقب لصلا

Ertinya: Asal sesuatu kekal mengikut apa yang ada pada asalnya, bermakna dihukumkan dengan kekal sesuatu pada zaman yang akan datang mengikut apa yang berlaku pada zaman sebelumnya. Kaedah ini sama juga dengan perkataan fuquha' : (لصلا باحصتسلا) Ertinya:Kembali kepada hukum asal.

Di antara masalah yang terbit daripada kaedah ini.

• Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih berhadas.25

• Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh)maka puasanya sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang masih kekal.

• Perempuan yang ditalak dengan thalak raj'i mengatakan iddahnya belum tamat maka dibenarkan percakapannya dan ia berhak menerima nafkah kerana asalnya kekal iddah.

• Pembeli mendakwa telah membayar harga sesuatu kepada penjualannya pada hal penjual mengatakan harganya belum lagi dibayar maka hendaklah dibenarkan perkataan penjual dengan sumpahnya seterusnya harga itu kekal menjadi tanggungjawab pembeli.

(26)

Kaedah Kedua :

Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada Tanggungjawab

ةمذلا ةءارب لصلا

Al-Zimmah dari segi bahasa bererti janji aman, manakala pada istilah pula ialah perkara yang mengenai seseorang yang menerima kewajipan dan kepastian.

( (ةمذلا ةءاربbererti terlepas daripada tanggungjawab dan tidak terikat

dengan sesuatu hak.

Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa.

Di antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:

• Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang

dipinjamkannya di dalam tangan orang yang meminjam (peminjam) dan ia menuntut gantirugi barang tersebut, kemudian si peminjam menafikannya, maka dibenarkan perkataan orang yang memberi pinjam (pemilik).

• Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian

(27)

orang yang kena dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan supaya bersumpah tetapi ia berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana asalnya terlepas daripada tanggungjawab.

• Seorang yang syak adakah ia telah

melakukan sesuatu perbuatan atau tidak maka mengikut asalnya ia tidak melakukannya.

هلعفي مل هنأ لصلاف ؟ل وأ ائيش لعف له كش نم

Contohnya : seseorang yang syak adakah ia telah menjatuhkan thalak ke atas isterinya atau tidak, maka tidak jatuh thalaknya kerana pada asalnya ia tidak melakukannya.26

Di antara kaedah yang terbit daripada kaedah ini:

نقيتملا هنل ليلقلا ىلع لمح ريثكلا وأ ليلقلا ىف كشو لعفلا نقيت نم

Maksudnya: Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini.

Di antara contoh yang terbit daripada kaedah ini

• Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah mengerjakan sesuatu perkara yang ditegah atau tidak maka

(28)

disuruh ke atasnya sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.

• Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan basuhan yang ketiga.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah melakukan tiga rakaat atau empat rakaat maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.

• Orang yang syak adakah ia telah menthalak isterinya dengan thalak satu atau lebih maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.

Kaedah Ketiga:

Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru Mendatang Itu Tiada27

(

مدعلا لصلا)وأ (

مدعلا

ةضراعلاروملا ىف لصلا

)

Sebagaimana telah maklum bahawa tiada itu terdahulu daripada ada

(دوجولا ىلع قباس مدعلا)

Tiap-tiap sesuatu yang mendatang, pada asalnya tiada. Jadi tiada itu terdahulu daripada ada yang didakwakan ada sebelum daripada dapat disabitkan adanya tetapi masih diragukan, dan tiada itu merupakan asal, maka hendaklah

27 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 57, Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 620, Qawaid

(29)

dikembalikan kepada asalnya hingga telah sabit perkara baru yang menentang asalnya. Dari kaedah ini berlaku berbagai hukum fekah.

• Pemodal mendakwa keuntungan ke atas orang yang memperniagakan hartanya (ضارقلا لماع) pada hal pihak amil membantah dakwaan tersebut, maka dibenarkan perkataan pembantah (لماع) dengan sumpah sebab keuntungan itu perkara yang mendatang kerana sebelum daripada diperniagakan keuntungan tersebut tidak wujud.

• Telah sabit hutang ke atas seseorang dengan

pengakuan atau penjelasannya kemudian ia mendakwa telah menjelaskannya atau tuan hutang melucutkannya. Maka hendaklah dibenarkan perkataan orang yang memberi hutang sehingga orang yang berhutang itu dapat membuktikan bahawa ia telah menjelaskan hutangnya atau hutangnya telah dilucutkan.

• Orang yang memakan makanan orang lain lalu ia berkata "saya telah diizinkan makan" sedangkan tuannya membantah (menafikan) maka dibenarkan perkataan tuannya kerana pada asalnya harta benda itu milik orang lain.

• Penjual dan pembeli berkelahi tentang kesihatan haiwan yang telah dijual atau dibeli, maka dibenarkan perkataan penjual kerana perkara yang baru datang (penyakit) itu

asalnya tiada dan selamat (sihat) ialah keadaan asalnya yang yakin.

Kaedah Keempat:

Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan Masa Yang Paling Hampir Sekali28

نمز برقأب هريدقت ثداح لك يف لصلا

atau

28 Ibn Nujaim, ms : 64, Dur al-Ahkam, juz 1 ms : 25, Syarah al-Alusi, jld 1 ms :

(30)

(هتاقوأ برقأ ىلاِ ثداحلا ةفاضا لصلا)

Daripada Kaedah ini terbit berbagai cabang hukum :

• Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafie29 dan wajiblah ia mengulangi sembahyang

yang dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali.

• Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut

kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk dengan air yang najis.

• Seseorang yang memukul perut perempuan yang mengandung kemudian perempuan tersebut melahirkan anak yang masih hidup dan anak itu terus hidup dalam jangka masa yang panjang tanpa sakit kemudian ia mati maka tidak wajib atas orang yang memukul itu membayar ganti rugi (diat) kerana pada zahirnya ia mati dengan sebab lain.

Daripada kaedah ini terbit pula satu kaedah:

Asal Bagi Sesuatu Itu Harus Hingga Ada Dalil Yang Menunjukkan Haram

(ميرحتلا ىلع لدي ىتح ةحابلِا ءايشلا ىف لصلا)

Kaedah ini mengikut mazhab Hanafi bahawa asal bagi sesuatu itu haram hingga ada dalil yang menunjukkan harus berbeza dengan pendapat Imam Syafie. Punca khilaf di antara dua mazhab tersebut berlaku apabila sesuatu perkara itu tidak disebut di dalam nas. Dalil yang menunjukkan mazhab Syafie ialah sabda Rasulullah SAW:

وفعوهف هنع تكس امو مارح وهف لا مرح امو للح وهف لا لحأ ام)

ولبقأف

ا

لا ناِف هتيفاع لا نم

(ائيش ىسنيل نكي مل

(31)

Bermaksud: Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.

Al-Tabrani meriwayatkan hadis daripada Abi Sha'labah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

(دحو اهوكهتنت لف ءايشا نع ىهنو اهوعيضت لف ضئارف ضرف لا نا

اهنع ثحبتلف نايسن ريغ نم ءايشأ نع تكسو اهاودتعت لف ادودح)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah swt telah mefardhukan pelbagai kefardhuan, maka janganlah kamu merosakkannya dan menegah beberapa perkara maka janganlah kamu mencerobohinya.

Menentukan beberapa sempadan maka janganlah kamu melewatinya dan ia mendiamkan beberapa perkara tanpa lupa maka janganlah kamu membahasnya.

Daripada kaedah tersebut terbit beberapa masalah:

• Binatang yang dimusykilkan keadaannya ada dua pendapat, yang asahnya ialah halal sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Rafie.

• Jika seseorang syak tentang besar benda yang di tampal dengan perak maka pada asalnya harus sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam Syarh Muhazzab.

• Masalah zirafah telah berlaku perselisihan di antara fuqaha' mengenainya. Kata al-Subki bagi pendapat yang terpilih ialah halal dimakan kerana asal bagi sesuatu adalah halal. Binatang itu tidak mempunyai taring maka ia tidak termasuk di dalam senarai binatang-binatang haram. Mengikut

pendapat yang kedua : daripada Ibnu al-Qhuttan yang dinukilkan daripada nas Imam Ahmad Ibnu Hambal dan diputuskan di dalam kitab at-Tanbih adalah haram. Menurut apa yang disebut oleh Imam Nawawi

(32)

Kaedah Kelima :

Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat

ةقيقحلا ملكلا ىف لصلا

Terbit daripada kaedah ini berbagai cabang hukum:30

• Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya ialah anak sejati; (بلصلا دلو ). Menurut pendapat yang lain pula termasuk juga cucu kerana ditanggungkan di atas hakikat dan majaz.

• Jikalau seseorang itu bersumpah tidak mahu masuk ke dalam rumah Muhammad maka sumpahnya tidak dikira kecuali ia masuk ke dalam rumah yang dimiliki oleh

Muhammad sendiri, sebaliknya tidak terjadi sumpah dengan rumah yang didiaminya secara pinjam atau sewa kerana rumah yang disewanya itu adalah majazi.

Berkenaan dengan kaedah "Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan (Syak)" ada beberapa masalah yang berkaitan dengannya.

Pertama: Kata Ibnu al-Qas di dalam kitabnya (صيلختلا) "yang yakin

tidak dihilangkan oleh syak" ada sebelas masalah :

1. Orang yang menyapu dua khuf merasa syak adakah tempoh yang dibenarkan itu telah tamat atau tidak maka hendaklah ia membasuh kakinya.

(33)

2. Seorang yang syak adakah ia telah menyapukan khufnya semasa bermukim atau musafir maka dihukumkan dengan tamat tempohnya.

3. Apabila seorang yang musafir bertakbiratul ihram dengan niat qasar di belakang imam yang tidak diketahuinya adakah ia musafir atau bermukim wajib ke atasnya sembahyang secara sempurna (مامت).

4. Masalah air kencing binatang di dalam air yang banyak kemudian didapati air tersebut telah berubah tetapi ia tidak mengetahui adakah perubahan itu disebabkan oleh air kencing tersebut atau lainnya maka dikirakan najis.

5. Perempuan mustahadhah yang muthahayyirah wajiblah ia mandi pada setiap waktu ia hendak sembahyang mengikut mazhab Syafie kerana ia syak tentang darah yang terputus sebelumnya.

6. Seseorang yang terkena najis pada pakaian atau tubuhnya tetapi ia tidak mengetahui di manakah tempat terkena yang sebenarnya maka wajiblah ia membasuh kesemuanya.

7. Seseorang yang bermusafir kemudian ia meragui (syak) adakah ia telah sampai ke kawasan mukimnya atau tidak, maka tidak harus ia mengqasarkan sembahayangnya.

8. Seorang yang bermusafir kemudian ia syak adakah ia telah niat bermukim atau tidak, maka tidak harus ia mengambil hukum rukhsah (keringanan).

9. Perempuan mustahadhah yang ditimpa penyakit dedas apabila berwhuduk kemudian ia syak adakah hadasnya putus atau belum lalu ia sembahyang dengan whuduk tersebut maka sembahyangnya tidak sah.

10.Orang yang bertayammun kemudian dia terlihat sesuatu yang tidak diketahui adakah perkara yang dilihatnya itu

(34)

bahang panas31 (بارس) atau air maka batallah

tayammumnya walaupun pada haqiqatnya perkara yang dilihat itu bahang yang panas.

11.Seorang yang memanah binatang lalu terkena sasarannya kemudian binatang tersebut lari dan didapati binatang tersebut telahpun mati dan ia syak adakah binatang itu mati disebabkan olehnya atau perkara lain maka binatang tersebut tidak halal dimakan .

Kedua: Kata Syeikh Abu Hamib al-Isfirayini bahawa keraguan atau

syak itu ada tiga bahagian .

Pertama : syak yang berlaku ke atas perkara yang asalnya haram .

Kedua : syak yang berlaku ke atas perkara yang

asal nya harus.

Ketiga : syak yang tidak diketahui asalnya.

Contoh Bahagian Pertama: seperti seseorang yang memasuki sebuah negeri yang mana penduduknya terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam, kemudian ia mendapati (menjumpai) daging binatang, maka daging itu tidak halal baginya sehingga dia

mengetahui bahawa daging itu adalah daripada binatang yang disembelih oleh orang Islam kerana asalnya adalah haram dan ia syak tentang penyembelihannya yang halal, tetapi jika kaum muslimin di dalam negeri tersebut lebih ramai berbanding dengan yang lainnya maka haruslah ia makan daging tersebut kerana beramal dengan ghalib yang nyata.

Contoh Bahagian Kedua: Seorang yang mendapati air yang berubah dan perubahan itu mungkin disebabkan oleh najis atau lama bertakung, maka haruslah ia bersuci dengannya kerana beramal dengan ghalib dan beramal dengan asalnya yang suci. Contoh Bahagian Ketiga: Seseorang yang bermuamalat dengan orang yang kebanyakan hartanya diperolehi secara haram padahal

31 Sarob ertinya bahang panas waktu tengahari kelihatan seperti gelombang air

(35)

ia tidak mengetahui adakah wang yang diambil daripadanya itu diperolehi daripada sumber yang halal atau haram? Maka tidak haram bermuamalat dengannya kerana mungkin yang diambil daripadanya itu halal dan tidak wujud kepastian yang haram tetapi hanya wang makruh sahaja kerana takut terjatuh ke dalam

melakukan perkara yang haram.

Berkata Imam Nawawi: bahawa perbahasan ulama kita tentang syak terhadap air, hadas, najis, sembahyang, thalak dan sebagainya ialah perasaan ragu-ragu di antara ada dan tiadanya samada keduanya sama berat atau salah satu daripadanya lebih kuat atau lebih rajih itulah yang dimaksudkan dengan syak bagi ulama-ulama feqah dan kitab-kitab feqah. Tetapi para ulama Usul, mereka membuat perbezaan berkenaan perkara tersebut. Mereka berpendapat jika kedua-duanya sama berat dinamakan syak, tetapi jika salah satu daripadanya itu lebih rajih atau lebih kuat maka perkara yang rajah itu dinamakan zann, sebaliknya yang lemah itu marjuh atau waham.32

Kaedah ketiga:

KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN

(36)

ريسيتلا بلجت ةقشملا

Melalui kaedah ini banyak hukum-hukum Islam yang didasarkan kepadanya dan terbit daripadanya segala hukum kemudahan, kesenangan dan keringanan.

Asal bagi kaedah ini ialah firman Allah swt:

رسعلا مكبديري لو رسيلا مكب لا ديري))

Maksudnya: Allah mengkehendaki kesenangan ke atas kamu dan tidak mengkehendaki kesukaran ke atasmu.33

Dan firman Allah swt:

جرح نم نيدلا ىف مكيلع لعج امو))

Maksudnya: Dan tidak dijadikan kesukaran ke atas kamu di dalam agamamu.34.

Dan sabda Rasulallah SAW:

ةحمسلا ةيفينحلاب تثعب امنإ))

Maksudnya: Dibangkitkan daku dengan ugama yang samhah yakni cenderung kepada kebenaran.35

Dan hadis Nabi SAW:

نيرسعم اوثعبت ملو نيرسيم متثعب امنإ) )

Maksudnya: Sesungguhnya dibangkitkan kamu dengan kesenangan dan tidak dibangkitkan dengan kesusahan 36.

33 Al-Baqarah, ayat : 185 34 Al-Hajj, ayat : 78

35 Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya daripada Jabar

bin Abdullah

(37)

Dan sabda Rusulallah Saw:

اورسعت لو اورسي

Maksudnya: Permudahkanlah olehmu dan jangan sekali-sekali persusahkannya.

Dalil-dalil bagi kaedah ini amatlah banyak samada daripada al-Quran ataupun Hadis Nabi Saw. Ini membuktikan bahawa perundangan Islam berunsurkan kepada kemudahan, kesenangan dan keringanan. Syariat Islam tidak dikuatkuasakan dengan kepayahan dan kesukaran.

a. Al-Mushaqqah Dari Segi Bahasa

Al-Mushaqqah dalam bahasa Arab ialah diambil daripada

كعبتأ اذا ةقشمو اقش قشي رملا قش

Ertinya: sukar keatas perkara itu apabila mendatangkan kesukaran Firman Allah swt :

سفنلا قشب لا هيغلاب اونوكت مل دلب ىلا مكلاقثأ لمحتو))

Maksudnya: Binatang-binatang ternakan itu membawa bebab muatan kamu ke negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan susah payah.37

Sebenarnya di dalam hukum syara' ada juga terdapat mushaqqah atau kesukaran sebab hakikat taklif ialah; ةفلك هيف ام مازلا (mewajibkan perkara yang ada bebanan di dalamnya), tetapi tidak dinamakan bebanan ke atas manusia hanya mengikut adat sebagai mushaqqah, begitu juga usaha yang kita sumbangkan untuk

mencari rezeki atau nafkah hidup, maka menurut adat kebiasaannya tidak dikira sebagai musaqqah sebab perkara tersebut dianggap sebagai kebiasaan yang boleh dilakukan oleh setiap mukallaf.

(38)

Mushaqqah sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan dan tidak dinafikan oleh nas-nas syara'. Maka

kesusahan atau kesukaran tersebut tidak boleh dijadikan sebab atau faktor bagi kemudahan. jikalau kita inginkan kepada

kesenangan di dalam segala perkara bermakna kita tidak ada erti di dalam perjuangan hidup.

b. Mushaqqah Atau Kesukaran Yang Membawa Kepada Keringanan :

Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan

kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk

meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.38

Adapun Mushaqqah yang tidak membawa kepada kemudharatan seperti menggunakan air yang sejuk untuk mandi dan whudu' maka kesusahahn seperti ini tidak menjadi sebab bagi mengambil atau mengamalkan hukum keringanan (rukhsah).

c. Sebab-Sebab Bagi Mengambil Atau Mengamalkan Hukum Rukhsah

Di antara sebab-sebab atau faktor-faktor kemudahan atau keringanan di dalam ibadat dan lainnya untuk mengamalkan hukum rukhsah terbahagi tujuh perkara39:

Pertama: Musafir (ررررر) atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang,

38 Madkhal al-Fiqh al-Islami

(39)

meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.

Kedua: Penyakit (ررررر), syara' telah memperuntukkan

hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.

Ketiga: Paksaan (ررررررر), orang yang dipaksa dan

diugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz

dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah sebagaimana Firman Allah swt :

نكلو ناميلاب نئمطم هبلقو هركا نم لإ هناميا دعب نم لااب رفك نم

ميلا باذع مهلو لا نم بضغ مهيلعف اردص رقكلاب حرش نم

Ertinya: Barangsiapa yang ingkar (kufur) terhadap Allah sesudah ia beriman kecuali orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka dadanya kepada kekufuran maka atasnya kemurkaan Allah dan baginya seksaan yang pedih.40

Keempat: Terlupa (ررررررر),menjadi sesuatu sebab

bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa sabda Rasulallah :

(40)

همعطأ لا امناف هموص متيلف برش وأ لكاف مئاص وهو ىسن نم

هاقسو

Ertinya: Barangsiapa yang terlupa sedangkan ia berpuasa sesungguhnya Allah memberi makan dan minum

kepadanya.41

Mengikut pendapat Imam Maliki RA bahawa orang yang makan atau minum secara terlupa wajib ia

mengqhadakannya.42

Kelima: Kejahilan (ررررر), juga termasuk di dalam

keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah (ةعفش) di antara mereka berdua.

Keenam: Umum Balwa (ىولبلا ), juga termasuk di dalam

sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya (لوبلا لسلس), oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di

tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.

Ketujuh: Kekurangan (ررررر), juga termasuk didalam

kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak (taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

d. Pembahagian Rukhsah (ةصخر)

41 As-Syaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad, Nailu al-Authar Syarh

Muntaqi al-Akhbar Min Sayyidi al-Akhbar

(41)

Para ulama Usul Feqh telah membahagikan Rukhsah (ةصخر) kepada lima bahagian:

Bahagian Pertama: Rukhsah yang berlaku perkara wajib

seperti makan bangkai ketika ketiadaan makanan, sekiranya tidak dilakukan boleh membawa kepada kebinasaan badan dan berbuka puasa bagi mereka yang ditakuti jatuh

kebinasaan pada dirinya.

Bahagian Kedua: Rukhsah yang berlaku pada perkara

yang sunat seperti mengqhasarkan sembahyang bagi mereka yang musafir apabila jaraknya tiga marhalah. Berbuka puasa bagi pesakit atau musafir dan melihat perempuan yang akan dipinanginya.

Bahagian Ketiga: Rukhsah yang berlaku pada perkara

yang terlebih baik (aula) kita tinggalkan seperti menyapu khuf, berbuka puasa bagi mereka yang tidak takut berlaku kemudharatan ke atasnya dan bertayammum bagi mereka yang mendapati air tetapi dijual dengan harga yang tidak berpatutan (mahal) walaupun ia mampu untuk

membelinya.43 Kedua-dua kaedah tersebut Imam al-Ghazali

telah menyebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin dengan katanya ;ررر ررر ررررر ررر رر ررررر رر رر Tiap-tiap perkara yang melebihi batasannya berpindah kepada sebaliknya.

Bahagian Keempat: Rukhsah yang berlaku pada perkara

yang harus seperti jual beli secara tempahan (ملس).

Bahagian Kelima: Rukhsah yang berlaku pada perkara

yang makruh seperti qhasar bagi orang yang musafir kurang daripada tiga marhalah.

Di antara kaedah yang terbit daripada keadah ini berpunca daripada perkataan Imam as-Syafie RA:

(عـستا رـملا قاـض اذا)

(42)

Maksudnya: Apabila suatu perkara (pekerjaan) itu sukar nescaya diperluaskan oleh syara'. Seperti dimaafkan najis yang berada pada kaki lalat dan seumpamanya.

Dan terbit pula kaedah yang sebaliknya

(قاـض رملا عـسـتا اذا)

Maksudnya: Apabila luas maka berpindah pula menjadi sempit. Seperti pergerakan yang sedikit di dalam sembahyang .

Kaedah Keempat :

KEMUDHARATAN DIHILANGKAN ATAU

DIHINDARKAN

(43)

Kaedah ini merupakan salah satu daripada prinsip Islam yang unggul, dan dijamin oleh syara' untuk dipraktikkan di dalam kehidupan manusia. Di antara perkara yang termasuk di dalam prinsip ini ialah seperti mencuri, merampas harta benda orang lain dan sebagainya. Maka syara' mewajibkan supaya dipulangkan benda yang dicuri dan harta yang dirampas itu kepada pemiliknya sekiranya benda itu masih ada atau mestilah digantikan dengan harga sekiranya benda yang dicuri dan dirampas itu telah rosak. Begitu juga dengan binaan yang dibina di atas jalanraya atau dahan pokok kayu yang masuk ke dalam kawasan milik orang yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka, maka

hendaklah diruntuhkan binaan dan dipotong dahan tersebut. Dalil bagi kaedah ini sabda Rasullah SAW:

(رارض لو ررض ل)

Maknanya: Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan.

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Malik daripada Amru bin Yahya daripada bapanya secara mursal, manakala al-Hakim mengeluarkan hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak.

Al-Baihaki dan al-Dharqutni mengeluarkan daripada hadis Abu Said al-Khudri, Ibnu Majjah telah mengeluarkan hadis ini daripada Ibnu Abbas dan Ubadah Ibnu as-Shamat.

A. KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA KAEDAH INI Kaedah Pertama :

Kemudhratan Mengharuskan Tegahan

ةروظحملا حيبت ةرورضلا

Asal atau dalil bagi kaedah ini, firman Allah swt:

(44)

Ertinya: Barangsiapa yang terpaksa waktu kelaparan untuk memakan yang haram dengan tiada cenderung kepada dosa tidaklah mengapa kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan firman Allah swt:

نم نكلو ناميلاب نئمطم هبلقو هركأ نم لإ هناميإ دعب نم لاب رفك نم

ميظع باذع مهلاو لا نم بضغ مهيلعف اردص رفكلاب حرش

Ertinya: Barangsiapa yang mengingkari (kufur) terhadap Allah sesudah sesudah dia beriman kepadaNya orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka dadanya kepada kekufuran, maka ke atasnya kemurkaan Allah dan baginya siksaan yang amat besar.

Daripada Kaedah Ini Terbit Pula Beberapa Hukum

Antaranya:

• Harus memakan bangkai ketika dharurat, minum arak ketika terlalu dahaga, harus berubat dengan najis ketika ketiadaan ubat yang suci (secara dharuri).

• Harus membinasakan tanaman dan binaan orang kafir di dalam peperangan bagi tujuan melemahkan mereka.

• Harus membongkar kubur setelah dikebumikan mayat seperti dikebumi tanpa dimandikan atau tidak dihadapkan ke arah kiblat melainkan jika mayat itu dikebumikan tanpa kafan kerana mengaibkan si mati.44

Paksaan Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Orang Yang Dipaksa

(45)

Di antara paksaan yang tidak dibenarkan terhadap orang yang dipaksa melaksanakannya seperti berzina dan membunuh.45

Kaedah Kedua:

Kemudharatan Dikira Mengikut Keadaannya46

اهردقب ردقت ةرورضلا

Kaedah ini sebagai ikatan (ديق) bagi kaedah sebelumnya (

تاروظحملا حيبت ةرورضلا)

Hukum-hukum feqah yang termasuk di dalam kaedah ini memang banyak, di antaranya:

• Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak harus memakan bangkai kecuali sekadar menahan kebulurannya sahaja.

• Orang yang diminta pandangan mengenai peribadi seseorang terhadap orang yang datang merisik untuk meminang, memadailah dengan membuat sindiran atau komentar yang ringkas seperti mengatakan bahawa orang itu tidak layak atau tidak sesuai dengannya tanpa menyebut sebarang keburukan peribadinya.

• Doktor yang merawat perempuan yang sah dikahwini (perempuan ajnabiah) yang mengalami kesakitan hanya diharuskan melihat anggota yang sakit yang diperlukannya sahaja. Sebaliknya tidak harus melihat lebih daripada kadar tersebut.

45 Ada juga ulama feqah mendatangkan syarat (نع تاروظحملا ناصقنلا طرشب

تاروظحملا) ertinya : bahawa kurang benda yang ditegah itu daripada orang yang di dalam keadaan dharurat seperti orang yang di dalam dharurat, ia tidak boleh makan mayat jika si mati itu nabi

(46)

• Meletakkan pembalut atau tampalan (jabirah) ke atas anggota yang sakit janganlah melebihi anggota yang tidak sakit kecuali pada kadar yang tidak dapat dielakkan. Di dalam menghilangkan atau menghindarkan sesuatu kemudhratan, berkemungkinan timbul pula kemudharatan yang lain, maka akan berlakulah perkara yang bertentangan di antara yang menolak atau menghilangkan kemudharatan dengan kemudharatan yang akan timbul.

Para fuqaha' telah menetapkan beberapa hukum

berdasarkan kaedah ini. Kemudharatan yang hendak dihilangkan atau dihindari itu ada kalanya berbentuk umum dan adakalanya berbentuk khusus.

KEMUDHARATAN KHUSUS

Kemudharatan Khusus terbahagi kepada beberapa bahagian, adakalanya kemudharatan itu lebih berat, dan adakala lebih ringan, dan adakala bersamaan.

Jika kemudharatan itu berbentuk umum, mereka telah menetapkan satu kaedah seperti berikut:

1. Kaedah Pertama:

Ditanggung Kemudharatan Khas (Khusus) Untuk Menolak Kemudharatan Am (Umum)47

ماع ررض عفدل صاخلا ررضلا لمحتي

Mengikut kaedah asal bahawa setiap individu dibenarkan menjalani sesuatu tindakan yang memberi manfaat dan

menghindarkan kemudharatan atau kerosakan, melarang

seseorang daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang memberi mudharat adalah kemudhratan khas yang tertentu ke atas dirinya. Tetapi jika ia melakukan sesuatu pekerjaan yang akan

menimbulkan kemudharatan am terhadap masyarakat atau sesebuah negeri, maka dalam keadaan begini hendaklah ia

menerima atau menanggung kemudharatan dirinya (صاخلا) dengan tujuan untuk menghindari dirinya daripada kemudharatan umum (

(47)

ماعلا). Sebagai contoh, penjual senjata dilarang menjual peralatan tersebut ketika berlaku perang saudara kerana dengan penjualan itu membawa kepada berlakunya pertumpahan darah dalam masyarakat.

Seseorang peniaga dilarang daripada menaikkan harga barangan dengan sesuka hati semasa berlakunya kekurangan bahan-bahan makanan atau ubat-ubatan bahkan hendaklah pihak berkuasa mengawal serta menentukan harganya.

Para pedagang dilarang memonopoli (menguasai) barangan utama bahkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dengan menjual barangan tersebuat secara paksa.

Penjual anggur dan sebagainya ditegah menjual kepada pembeli-pembeli yang telah diketahui bahawa mereka akan memproseskan barangan tersebut menjadi minuman keras.

Pihak berkuasa berhak melarang mufti yang jahil

mengeluarkan fatwa atau mengajari orang ramai melakukan helah di dalam syara'.

Kaedah ini adalah antara kaedah yang dianggap penting di dalam hukum-hukum feqah dan kaedah ini dibina mengikut

kehendak syara' demi menjaga kebaikan (kemaslahatan) hamba.

(دابعلا حلاصم ىف ةيعرشلا دصاقملا ىلع ةينبم)

Allah swt mengurniakan hukum syara' kepada hambanya untuk menjaga ugama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda. Maka setiap perkara yang boleh merosakkan perkara tersebut dikira sebagai kemudharatan yang wajib dihilangkan mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang dapat difahami daripada kaedah ini ialah bahawa Islam menjatuhkan hukuman had potong tangan terhadap pencuri, had bagi peminum arak, had penzina, had tuduhan berzina (qhazf) dan had terhadap orang yang murtad.

Referensi

Dokumen terkait

Kepolisian memiliki peranan penting dalam penanganan penyebaran berita bohong ( hoax ), dalam hal ini Kepolisian Resor Gowa memiliki cara strategis tersendiri dalam

Penelitian ini bertujuan untuk merumuskan rekomendasi perancangan kualitas layanan pendidikan Pascasarjana Magister Manajemen sesuai dengan true customer needs untuk

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui fertilitas dan daya tetas telur ayam petelur dari hasil inseminasi buatan dengan menggunakan semen ayam buras, yang diencerkan dengan

L.) pada kesesuaian lahan aktual terendah S3 (eh) dan upaya perbaikan akan meningkatkan kelas potensial menjadi S2 (tc,wa) dengan faktor pembatas tc,wa

Peraturan Rektor Universitas Negeri Semarang Nomor 9 Tahun 2010 tentang Pedoman Praktik Pengalaman Lapangan Bagi Mahasiswa Program Kependidikan Universitas Negeri

Data di dalam penelitian ini adalah konflik batin yang dialami para tokoh dalam novel Cinta-Mu Seluas Samudra Karya Gol A Gong yang berupa kata-kata atau

PENGEMBANGAN INSTRUMEN ASESMEN PERKEMBANGAN EMOSI DAN SOSIAL PADA SISWA PROGRAM AKSELERASI DI SMPN 1 SUMEDANG.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu

Altkomite SC11; Kaynak ve ilgili proseslerle ilgili personelin vas Kaynak ve ilgili proseslerle ilgili personelin vas ıı fland  fland  ıı rma rma ş ş artlar  artlar  ıı , i