• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJIAN QIRĀ’ĀT DI DARUL QURAN DAN MA’AHAD TAHFIZ AL-QURAN (DQ DAN MTQ) DI MALAYSIA

2.5 KANDUNGAN KURIKULUM PENGAJIAN QIRĀ’ĀT DI DQ DAN MTQ

Kandungan kurikulum qirā’āt bagi kursus-kursus qirā’āt Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di DQ, JAKIM dan MTQ merujuk kepada Buku Sukatan Kurikulum Diploma335 dibahagi mengikut 16 minggu pengajian.

2.5.1 Kursus Asas Qirā’āt ‘Ilm

Setiap tajuk pengajaran dan pembelajaran dibahagikan mengikut 16 minggu pengajian. Pada minggu pertama para pelajar mempelajari “Pengenalan ilmu Qirā’āt, Adab Ilmu dan Latar Belakang Imam al-Shāṭibī. Pada minggu kedua dan ketiga ialah Bab “Muqaddimah Shāṭibī. Minggu keempat tajuk pengajaran ialah Bab al-Isti’ādhah dan Bab al-Basmalah. Minggu kelima tajuk pengajaran ialah Surah ‘Um al-Qur’ān. Minggu keenam tajuk pengajaran ialah Bab al-Idghām al-Kabīr. Minggu ketujuh pengajaran ialah Bab Hā’ Kināyah dan Bab Mad. Minggu kelapan ialah Bab Mad dan

Qaṣr. Minggu kesembilan tajuk pengajaran ialah Nūn Sakīnah dan Bab al-Hamzatayn. Minggu kesepuluh tajuk pengajaran ialah Bab al-Hamz al-Mufrad dan Bāb al-Naql wa al-Saktah. Minggu kesebelas dan kedua belas tajuk pengajaran ialah Bab Waqf Hamzah wa Hisyām ‘ala al-Hamz. Minggu ketiga belas dan keempat belas tajuk

pengajaran ialah Bab al-Fatḥ wa al-Imālah. Minggu terakhir pengajian pensyarah dan pelajar membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang telah dipelajari.336

Rujukan utama yang digunakan dalam kursus ini ialah kitab Matan al-Shāṭibiyyah al-Musammā Ḥirz al-‘Amānī wa Wajh al-Tahānī fī al-Qirā’āt al-Sab’ yang ditulis oleh al-Imam al-‘Allāmah al-Qāsim bin Firruh bin Khalaf bin Aḥmad al-Shāţibī

334

Ibid., 38, 80, 89. 335Ibid., 17. 336Ibid., 17

124 al-Ru’aynī al-Andalūsī dan kitab Taqrīb al-Ma’ānī fī Sharh Ḥirz al-‘Amānī fī al-Qirā’āt al-Sab’ yang ditulis oleh Sayyid Lāshīn dan Khālid Muḥammad al-Ḥāfīz.337

2.5.2 Kursus Asas Qirā’āt Amali

Kursus ini berbentuk amali iaitu mempelajari surah al-Fatihah dan 2 rubu’ dari awal surah al-Baqarah secara praktikal mengikut Qirā’āt al-Sab’. Tajuk pengajaran ditentukan berdasarkan jenis-jenis imam dan rāwī pada setiap minggu.

Pada minggu pertama sehingga minggu ketiga tajuk pengajaran ialah praktikal bacaan imam Nāfi’. Minggu keempat dan kelima ialah praktikal bacaan imam Ibn Kathīr. Pada minggu keenam ialah praktikal bacaan imam Abū ‘Amrū. Minggu ketujuh dan kelapan ialah praktikal bacaan imam Ibn ‘Āmir. Minggu kesembilan ialah praktikal bacaan imam ‘Āṣim. Minggu kesepuluh hingga minggu dua belas ialah praktikal bacaan imam Ḥamzah. Minggu ketiga belas dan keempat belas ialah praktikal bacaan imam Kisā’ī. Minggu kelima belas dan keenam belas ialah minggu ulangkaji tajuk-tajuk pengajaran yang telah dipelajari.338

2.5.3 Kursus Qirā’āt ‘Ilmī I

Kursus ini merupakan kesinambungan tajuk-tajuk pengajaran bagi kursus Asas Qirā’āt ‘Ilmī yang menggunakan Kitab Matan al-Shāṭibiyyah al-Musammā Ḥirz al-‘Amānī wa Wajh al-Tahānī fī al-Qirā’āt al-Sab’ yang ditulis oleh al-Imam al-‘Alāmah al-Qāsim bin Firruh bin Khalaf bin Aḥmad Shāṭibī Ru’aynī Andalūsī dan kitab Taqrīb al-Ma’ānī fī Sharh Ḥirz al-‘Amānī fī al-Qirā’āt al-Sab’ yang ditulis oleh Sayyid Lāshīn dan Khālid Muḥammad al-Ḥāfīz.

Tajuk pengajaran minggu pertama ialah Bab al-Waqf ‘alā Awākhir al-Kalām. Minggu kedua pula ialah Bab al-Waqf ‘alā Marsūm al-Khaf. Manakala minggu ketiga dan keempat ialah Bab Madhāhibihim fi Yā’āt al-Idāfah. Minggu kelima dan minggu keenam ialah Bab Yā’āt al-Zawāid. Minggu ketujuh hingga minggu kesebelas ialah Bab

337Ibid. 338Ibid., 38.

125

Farsh al-Hurūf surah al-Baqarah. Minggu ke dua belas hingga minggu keempat belas

ialah Bab Farsh al-Hurūf surah Ali Imran. Minggu ulangkaji diadakan pada minggu kelima belas dan keenam belas.339

2.5.4 Kursus Qirā’āt ‘Ilm II

Kursus ini juga merupakan kesinambungan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam Kursus Qirā’āt‘Ilm I. Tajuk-tajuk pengajaran berkisarkan pada Bab Farsh al-Hurūf dari minggu pertama hingga minggu keempat belas tetapi surah-surah yang berlainan mengikut minggu pengajaran iaitu surah al-Nisa’ dipelajari pada minggu pertama dan minggu kedua. Surah al-Ma’idah pada minggu ketiga dan minggu keempat. Pada minggu kelima dan minggu kesembilan ialah surah al-An’am. Surah al-A’raf dipelajari pada minggu kesepuluh hingga minggu kedua belas. Manakala minggu ketiga belas ialah surah al-Anfal dan minggu keempat belas ialah surah al-Taubah. Minggu ulangkaji diadakan pada minggu kelima belas dan minggu keenam belas.340

2.5.5 Kursus Qirā’āt Amali I

Aspek pengajaran dan pembelajaran kursus ini menumpukan qirā’āt secara praktikal bagi bacaan Surah al-Baqarah mengikut riwāyah Qālūn, riwāyah Warsh dan qirā’āt Ibn Kathīr. Kursus ini merupakan lanjutan bagi kursus Asas Qirā’āt Amali.

Riwāyah Qālūn dipelajari pada minggu pertama sehingga minggu keempat. Minggu kelima hingga minggu kesepuluh ialah riwāyah Warsh. Qirā’āt Ibn Kathīr pula pada minggu kesebelas sehingga minggu keempat belas. Minggu kelima belas dan minggu keenam belas ialah merupakan minggu ulangkaji.341

2.5.6 Kursus Qirā’āt Amali II

Kursus ini memfokuskan aspek pengajaran dan pembelajaran qirā’āt secara amali dan praktikal bagi bacaan surah al-Baqarah mengikut qirā’āt Abū ‘Amrū yang dipelajari dari minggu pertama sehingga minggu ketujuh, qirā’āt Ibn ‘Āmir dipelajari pada minggu

339

Ibid., 77. 340Ibid., 86. 341Ibid., 38.

126 kelapan sehingga minggu kedua belas dan qirā’āt ‘Āṣim pada minggu ketiga belas dan minggu keempat belas pengajian. Manakala minggu kelima belas dan minggu keenam belas merupakan minggu ulangkaji. Kursus ini merupakan kesinambungan bagi kursus Qirā’āt Amali I.342

2.5.7 Kursus Qirā’āt Amali III

Kursus ini juga mendedahkan para pelajar bacaan surah al-Baqarah mengikut qirā’āt Ḥamzah pada minggu pertama sehingga minggu kesembilan dan qirā’āt Kisā’ī pada minggu kesepuluh sehingga minggu keempat belas secara praktikal dan amali. Manakala pada minggu kelima belas dan minggu keenam belas dikhususkan untuk membuat ulangkaji terhadap sesi pembelajaran lepas. Kursus ini merupakan lanjutan bagi kursus Qirā’āt Amali II. 343

2.6 KITAB RUJUKAN

Rujukan utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran qirā’āt bagi Kursus Asas Qirā’āt ‘Ilm, Kursus Asas Qirā’āt Amali, Kursus Qirā’āt ‘Ilm I, Kursus Qirā’āt ‘Ilm II, Kursus Qirā’āt Amali I, Kursus Qirā’āt Amali II dan Kursus Qirā’āt Amali III ialah Kitab Matan Shāṭibiyyah Musammā Ḥirz ‘Amānī wa Wajh Tahānī fī al-Qirā’āt al-Sab’ yang ditulis oleh al-Imam al-‘Allāmah al-Qāsim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-Shāţibī al-Ru’aynī al-Andalūsī dan kitab Taqrīb al-Ma’ānī fī Sharh Ḥirz al-‘Amānī fī al-Qirā’āt al-Sab’ yang ditulis oleh Sayyid Lāshīn dan Khālid Muḥammad al-Ḥāfīz. Terdapat juga buku-buku rujukan tambahan yang digunakan dalam proses p&p pengajian qirā’āt iaitu:

i. Al-Iḍā’ah fī Bayān Usūl Qirā’āt oleh ‘Alī Muḥammad al-Ḍabbā’.

ii. Al-Irsyādāt al-Jaliyyah fī al-Qirā’āt al-Sab’ min Ṭarīqay al-Shāṭibiyyah wa al-Durrah oleh ‘Abd al-Fattāḥ al-Qādī.

iii. Al-Wāfī Sharh al-Shāṭibiyyah oleh ‘Abd al-Fattāḥ al-Qādī.

342Ibid., 80. 343Ibid., 89.

127 iv. Irshād al-Murīd fī Sharh al-Qaṣīd oleh ‘Alī Muḥammad al-Ḍabbā’.

v. Al-Idāh li Matan Durrah fī Qirā’āt Thalāth Mutammimah li al-Qirā’āt al-‘Ashr li al-Imām Ibn al-Jazarī oleh ‘Abd al-Fattāḥ al-Qādī.344

2.7 KAEDAH PENILAIAN

Penilaian memberikan maklum balas terhadap keberkesanan pengajaran dan objektif pengajaran. Pengukuran dan pengujian bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku pelajar. Oleh itu, sebelum dapat membina ujian atau instrumen, guru perlu memastikan tingkah laku yang ingin diukur atau diuji seperti yang dilaksanakan dalam pengajarannya.345

Setiap kurikulum mempunyai penilaian bagi mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut. Kurikulum qirā’āt dinilai oleh para pensyarah secara berterusan melalui dua kaedah346:

a) Peperiksaan Akhir

Peperiksaan akhir diadakan selepas selesai minggu pengajian selama 16 minggu. Peperiksaan ini diadakan pada setiap semester pengajian. Markahnya dinilai berdasarkan ketepatan jawapan para pelajar sebanyak 60 peratus.

b) Penilaian Berterusan

Setiap pensyarah kursus yang terlibat dengan p&p akan memberi penilaian berterusan kepada pelajar iaitu:

i. Kerja kursus mengandungi penilaian bagi pembentangan, kuiz, ujian, kertas kerja, kerja amali, kerja kursus yang diadakan di sepanjang semester. Para pensyarah akan menilai berdasarkan hasil tugasan pelajar sebanyak 30 peratus.

344Azhari Othman, (Pensyarah Qirā’at, DQ) dalam temu bual dengan penulis, 5 Mei 2013. 345

Vincet Pang & Denis Lajium, Penilaian dalan Pendidikan. (UNIMAS: Kota Kinabalu Sabah, 2010), 32. 346Darul Quran, JAKIM, Persidangan Pengetua-pengetua Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke 22 (laporan resolusi bengkel penilaian, Darul Quran, JAKIM, 29 Mac 2011), 1-3.

128 ii. Kehadiran

Pensyarah akan memberi markah sebanyak 10% bagi kehadiran dan komitmen para pelajar sepanjang minggu pengajian juga tururt dinilai supaya menarik minat pelajar untuk hadir ke kelas dan mengelakkan para pelajar tidak memahami silibus pengajian.347

Peperiksaan akhir bagi Kursus Qirā’āt yang berbentuk ilmi atau teori iaitu Kursus Asas Qirā’āt ‘Ilm, Kursus Qirā’āt ‘Ilm I dan Kursus Qirā’āt ‘Ilm II adalah secara bertulis, manakala bagi peperiksaan akhir yang berbentuk amali iaitu Kursus Asas Qirā’āt Amali, Kursus Qirā’āt Amali I, Kursus Qirā’āt Amali II dan Kursus Qirā’āt Amali III ialah secara shāfawī atau praktikal.348

Jadual 2.5. Gred Prestasi Akademik Pelajar DQ dan MTQ Bagi Kurikulum Qirā’āt

Julat M Arkah

Gred Mata Nilaian Taraf Pencapaian

80-100 A 4.0 Imtiyāz (Cemerlang)

70-79 B 3.5 Jayyid Jiddan (Amat Baik)

60-69 B 3.0 Jayyid (Baik) 55-59 C 2.5 Maqbūl (Lulus) 50-54 C 2.0 Maqbul (Lulus) 45-49 D 1.5 Maqbul (Lulus) 40-44 D 1.0 Maqbul (Lulus) 0-39 F 0 Rāsib (Gagal)

Sumber: Bahagian Peperiksaan Darul Quran

Semua keputusan peperiksaan akan dicatat dan didokumentasikan dalam rekod akademik setiap pelajar. Semua markah dalam semua peperiksaan akan dianalisis untuk menentukan purata timbunan mata nilaian gred sebagai perkiraan prestasi akademik. Setiap keputusan yang melepasi gred prestasi akademik lulus akan melayakkan setiap pelajar meneruskan pengajian semester yang berikutnya. Ukuran keputusan ini dibuat

347

Ibid.

348Usamah bin Mohd Muhsin (Pensyarah Qirā’at, MTQMSA) dalam temu bual dengan penulis 1 September 2013.

129 berdasarkan keputusan semua nilaian pada akhir setiap semester pengajian.349 Gred dan mata gred yang diberikan untuk menilai prestasi akademik pelajar bagi Kurikulum

Qirā’āt adalah seperti dalam Jadual 2.5 di atas dan Jadual 2.6 di bawah.

Jadual 2.6. Gred Prestasi Akademik Pelajar DQ Dan MTQ Bagi Kurikulum Qirā’āt

Bil Gred Nilaian Gred Catatan

1 XK Dihalang Tidak cukup kehadiran.

2 TL Tidak

Lengkap

tidak menyelesaikan tugasan atau peperiksaan yang diperlukan oleh sesuatu kursus dengan kebenaran pensyarah. Pelajar diberi satu tempoh tertentu untuk melengkapkan tugasan dan ujian untuk penilaian penuh daan gred.

3 TD Tarik diri. Pelajar menarik diri daripada kursus dengan kebenaran pensyarah dalam masa 4 minggu pertama pengajian.

4 TH Tidak Hadir tidak hadir tanpa kebenaran iaitu pelajar tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran

5 TK Tidak Hadir

dengan kebenaran

Tidak hadir peperiksaan dengan kebenaran atau sakit

Sumber: Bahagian Peperiksaaan Akademik Darul Quran.

Setiap pelajar wajib menyempurnakan semua kursus-kursus yang menjadi prasyarat penganugerahan Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat JAKIM dengan gred pencapaian yang telah diluluskan serta memenuhi peruntukan-peruntukan yang telah dibuat oleh Bahagian Peperiksaan Akademik Darul Quran JAKIM dan MTQ. Pangkat yang diberikan bagi GPA dan CGPA untuk menilai prestasi akademik pelajar adalah seperti jadual 2.7 dibawah.

Jadual 2.7. Penilaian Prestasi Akademik Pelajar DQ dan MTQ Bagi KQ

Bil Gred Pangkat

1. 3.75-4.00 Imtiyāz (Cemerlang)

2. 3.25-3.74 Jayyid Jiddān (Sangat Baik)

3. 2.51-3.24 Jayyid (Baik)

4. 2.0-2.5 Maqbūl (Lulus)

5. 0-1.9 Rāsib (Gagal)

Sumber: Bahagian Peperiksaan Akademik Darul Quran

130

2.8 RANCANGAN MENGAJAR PENSYARAH

Rancangan Mengajar ialah suatu rancangan yang ditulis oleh guru dengan menggunakan format yang standard. Ia dihasilkan daripada kemampuan guru untuk merancang pengajarannya berdasarkan isi-isi kandungan dari tajuk yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran yang telah disusun dalam rancangan semester atau mingguan. Perancangan pengajaran hendaklah mematuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan seperti langkah-langkah pengajaran, isi kandungan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran ialah bahan utama yang menjadi sumber bagi merancang pengajaran.350

Rancangan Mengajar merupakan suatu program yang dicerakin dan disusun atur dengan teliti yang disediakan oleh guru sebagai panduan bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Asas kepada rancangan mengajar ialah sukatan yang disediakan oleh pihak tertentu seperti KPM, KPT dan sebagainya. Sukatan itu perlu sebagai rujukan utama untuk menentukan tahap, kadar dan skop kemahiran bagi suatu tahun pengajaran. Rancangan Pengajaran ini mengandungi maklumat umum pengajaran seperti subjek dan tajuk, tarikh, hari, kelas, masa, tajuk besar dan sub tajuk, tempat dan jumlah pelajar selain maklumat lengkap Rancangan Pengajaran seperti objektif, alat bantu mengajar, maklumat sedia ada pada pelajar, isi pengajaran, induksi set, kemahiran yang hendak diterapkan, aktiviti yang disusun mengikut urutan yang terkandung pendekatan dan kaedah p&p dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar selain catatan anggaran kadar masa yang hendak digunakan bagi satu objektif.351

350Ahmad Mohd Salleh, Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam: KPLI Pengajian Islam & j-QAF ed.ke-2, (Oxford Fajar: Selangor, 2011), 220.

351Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, ed.per-1, (cet.per-1, UTM: Skudai Johor, 2007), 222-224.

131 Setiap para pensyarah akan menyediakan rancangan mengajar semester dan rancangan mengajar semester dalam kurikulum qirā’āt. Pelaksanaan Rancangan Mengajar akan dipantau dan disahkan oleh Ketua Jabatan sebanyak 3 kali seminggu. 352

2.9 PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN