• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengkaji telah mengenalpasti beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran qirā’āt yang diamalkan di DQ dan MTQ:

2.9.1 Kaedah Kuliah

Kaedah ini merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang terpenting dalam penguasaan ilmu qirā’āt (Qirā’āt ‘Ilm), ditambah dengan tuntutan markah kehadiran sebanyak 10% mewajibkan para pelajar untuk menghadirinya. Terdapat dua metode yang digunakan dalam kaedah ini iaitu:

2.9.1(a) Metode Membaca Matan

i. Pensyarah akan membacakan matan-matan qirā’āt dengan sharh matan.

ii. Para pelajar akan mendengar dan meneliti setiap matan-matan yang dibaca dalam kitab rujukan mengikut silibus pengajian.

iii. Para pelajar juga diarahkan membaca matan dan sharh matan sambil pensyarah mendengar dan memantau setiap bacaan matan tersebut supaya tidak berlaku kesilapan baris.353

iv. Teknik secara individu atau berkumpulan berdasarkan pemilihan secara rambang dalam kalangan pelajardigunakan oleh pensyarah dalam kaedah membaca baris-baris matan supaya pelajar memberi tumpuan yang tinggi ketika pelajar lain membaca bacaan tersebut.

352

Ab Malik bin Ab Manaf ( Ketua Jabatan al-Quran, Darul Quran, JAKIM) dalam temu bual dengan penulis 2 Jun 2013.

132 Proses p&p yang melibatkan metode membaca matan dan sharh matan sama ada secaraberamai-ramai atau individu yang dilaksanakan ini amat penting di dalam meningkatkan penguasaan dalam hafazan matan-matan qirā’āt.354

2.9.1(b) Metode Sharh Matan

Metode memberi penerangan secara umum tentang kaedah qirā’āt imam contoh bab

imālah dan zawāt al-yā’ tiada berkait dengan ayat-ayat al-Quran tetapi dalam bentuk 30

juzu’ al-Quran daripada bab al-Isti’ādhah hingga bab Yā’āt al-Zawā’id dan akan membuat perbandingan bacaan perawi-perawi dalam satu imam.

Kesimpulannya pensyarah akan menghuraikan matan-matan qirā’āt yang telah dibaca oleh para pelajar dengan beberapa teknik:

1) Menerangkan rumūz ifrād yang terdapat di dalam matan. 2) Menerangkan rumūz jāmi’ yang terdapat di dalam matan.

3) Menerangkan maksud sharh yang terdapat di dalam matan qirā’āt dalam bahasa Melayu.

4) Membezakan bentuk-bentuk bacaan qirā’āt yang terdapat di dalam matan tersebut mengikut sharh matan.

5) Menunjukkan contoh-contoh ayat al-Quran yang menjadi dalīl dalam matan tersebut dalam Farsh Ḥurūf daripada surah al-Baqarah berdasarkan silibus

qirā’āt dalam Qirā’āt Amali. Contoh bacaaan imam Nāfi’, pensyarah akan

menyuruh para membuat perbandingan antara dua orang rāwī iaitu bacaan imam Qālūn dan imam Warsh.

6) Membuat rumusan dan kesimpulan bentuk-bentuk bacaan qirā’āt yang digunapakai mengikut imam dan rāwī-rāwīnya.355

354Hasil Pemerhatian pengkaji di kelas semester lima Ibn Kathīr di DQ pada 2 Mei 2013.

355Nadiah binti Jaamat ( Pensyarah Qirā’at di MTQMSA) dalam temu bual dengan penulis, 10 September 2013.

133 Antara ciri-ciri penyampaian kuliah yang berkesan ialah dengan suara dan syarahan yang jelas supaya difahami pendengaran dan mempunyai kemahiran yang mampu menarik perhatian pelajar dalam memberi penumpuan yang tinggi dalam subjek.356 2.9.2 Kaedah Hafazan

Kaedah ini penting kerana dapat menguatkan, mengembangkan ingatan dan mampu mengeluarkan semula dengan lengkap.357 Ianya juga memerlukan kesungguhan, ketekunan penghafaz untuk megingatkan apa yang dipelajari secara lisan dan bertulis.358

Metode ini merupakan asas utama dalam bidang pengajian qirā’āt untuk meningkatkan tahap kefahaman serta kemahiran dalam menguasai ilmu qirā’āt mengikut silibus p&p dan manhaj bacaan imam-imam qirā’āt berdasarkan ingatan yang kuat dalam dalil-dalil atau matan-matan qirā’āt.

Menurut Ghazali Darussalam359 terdapat tiga peringkat hafazan iaitu menghafaz semata-mata, menghafaz serta memahami apa yang dihafaz dan yang paling mantap ialah menghafaz beserta memahami dan menganalisa apa yang diingati. Aktiviti-aktiviti yang sering diamalkan dalam kaedah hafazan ialah:

i. Para pelajar diberi tugasan untuk menghafaz matan-matan Qirā’āt al-Shāṭibī serta dalīl-dalīl tertentu untuk tajuk-tajuk yang akan datang supaya memudahkan proses pembelajaran dan kefahaman p&p qirā’āt yang dipelajari.360

ii. Pensyarah juga mengamalkan teknik tebuk melalui pemilihan secara rawak dalam kaedah hafazan.

iii. Kaedah tasmik tidak digunakan dalam proses p&p kerana hafaz seluruh matan bukan merupakan tugasan wajib.

356Husnī Shaykh ‘Uthmān, Uṣūl Tadrīs al-Tajwīd ‘alā Riwāyah Ḥafṣ ‘an ‘Āṣim min Ṭarīq al-Shāṭibīyyah (cet.per-1, Mekah al-Mukarramah: Dār al-Ṭayyibah al-Hadrā’, 1426H/2005M) 46-48.

357Ghazali Darussalam, Pedagogi Pendidikan Islam (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2004), 265

358Ahmad Mohd Salleh. Pendidikan Islam Falsafah, (Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran) (Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd, 2004), 185.

359Ghazali Darussalam, Pedagogi Pendidikan, 265.

134 iv. Waktu yang sering diaplikasikan oleh pelajar untuk menghafaz matan ialah

waktu lapang antara waktu maghrib dan waktu isyak.361

v. Pensyarah akan memberi tugasan kerja kursus secara berterusan kepada pelajar dengan menghafaz lima hingga sepuluh bayt matan untuk persediaan tajuk-tajuk

qirā’āt yang akan dipelajari.

vi. Teknik ulangan dalil-dalil atau matan-matan dikenakan kepada para pelajar yang tidak menguasai hafazan.362

2.9.3 Kaedah Talaqqī dan mushāfahah

Kaedah talaqqī ialah satu kaedah pertemuan antara guru dan murid iaitu secara bersemuka untuk mengikut guru membaca dan menyebut ayat-ayat al-Quran secara

mushāfahah iaitu secara mengikut bacaan guru secara melihat pergerakan bibir semasa

proses p&p seperti yang digunakan oleh Rasulullah dalam proses penurunan al-Quran melalui malaikat Jibril.363

Kaedah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang sering diamalkan dalam proses p&p Qirā’āt Amali ialah:

i. Pensyarah membaca ayat-ayat al-Quran mengikut manhaj bacaan imam-imam qirā’āt.

ii. Para pelajar berada dalam keadaan senyap serta khusyu’ mendengar bacaan pensyarah sambil meneliti setiap ayat-ayat yang dibaca di dalam al-Quran.

iii. Para pelajar juga memerhati sebutan ayat-ayat al-Quran yang betul melalui pergerakan mulut dan bibir pensyarah.

361Pelajar-pelajar Semester Lima Kelas Ibn Kathīr (Darul Quran) dalam temu bual dengan penulis, 14 Oktober 2013.

362Borhanudin bin Abdul Rahman (Pensyarah Qirā’at di IQT, terengganu) dalam temu bual dengan penulis pada 10 September 2013.

363‘Abd al-Salām Maqbal al-Majīdī, Talaqqī al-Nabī Alfāz al-Qur’ān al-Karīm (cet.per-1, Beirut, Lubnan: Mu’assasah al-Risālah, 2000), 199.

135 iv. Pensyarah akan menerangkan tempat-tempat khilāf yang berlaku antara imam-imam qirā’āt sebagai contoh Qirā’āt Abū Amrū dengan Ibn ‘Āmir. v. Pensyarah juga akan menyuruh pelajar menyambung bacaan qirā’āt

-qirā’āt lain yang telah dipelajari sebagai ulangkaji tajuk-tajuk yang lepas.

vi. Para pelajar dapat membezakan antara bacaan qirā’āt imam-imam dan

rāwī-rāwīnya dan dapat membunyikan bacaan qirā’āt dengan betul dan

tepat di dalam bentuk-bentuk bacaan qirā’āt.

vii. Pensyarah juga menggunakan teknik latih tubi dengan sentiasa bertanya kepada para pelajar dalīl-dalīl bacaan imam-imam yang telah dihafaz supaya pelajar tidak lupa dalam waktu p&p 364

viii. Proses talaqqī juga menggunakan teknik talqīn dan metode tīkrar iaitu yang berulang-ulang kali365 yang diamalkan oleh para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran qirā’āt apabila kesilapan bacaan

qirā’āt dan tajwid.366

Metode tīkrar merupakan satu cara untuk berjaya dengan cemerlang dalam penguasaan ilmu hafazan iaitu berulang-ulang kali menyebutnya sehingga ingatan menjadi kuat.367

Bahkan metode pengulangan ini membantu proses pemahaman pelajar terhadap isi kandungan yang kurang difahami. Inilah metode yang disarankan oleh Ibn Khaldūn bahawa kepentingan mengulangi isi kandungan pengajaran sehingga sebanyak tiga kali pengulangan dalam proses p&p. 368

364Mohamed Tahir bin Abd Manap (Pensyarah Qirā’at dan Ketua Unit HEP, Darul Quran) dalam temu bual dengan penulis, 21 Jun 2013.

365‘Abd al-Salām Maqbal al-Majīdī, Talaqqī al-Nabī, 130.

366Ab Malek bin Ab Manaf ( Ketua Jabatan al-Quran, Darul Quran, JAKIM) dalam temu bual dengan penulis, 2 Jun 2013.

367Sharīf Kamal ‘Azb, Kaifa Taqra’ Qur’ān Karīm wa Taḥfaẓuhu wa Tajawwaduhu (cet. per-1, al-Qāherah: Dār al-Taqwā, 1421H/2001M), 49.

368Ibn Khaldūn, Muqaddimah Ibn Khaldun, terj. Dewan Bahasa dan Pustaka, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 763-764.

136 2.9.4 Kaedah Simā’

Kaedah simā’ ini amat penting dipraktikkan dalam pengajian qirā’āt kerana untuk membantu para pelajar menyebut lafaz-lafaz al-Quran dan bentuk-bentuk qirā’āt dengan ṣaḥīḥ. Al-Quran atau qirā’āt tidak boleh dipelajari melainkan dengan cara

talaqqī dan mushāfahah yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.369

Bahkan manhaj Rasulullah dalam p&p qirā’āt juga dapat disimpulkan dengan lima teknik antaranya ialah tasmī’ agar dapat membetulkan kesilapan bacaan atau sebutan

qirā’āt.370

Pensyarah akan menggunakan kaedah ini ketika dalam proses p&p Qirā’āt Amali dengan mendengar satu persatu setiap bacaan qirā’āt yang dibaca oleh para pelajar sama ada secara individu yang dipilih secara rawak.371

2.9.5 Kaedah Soal Jawab

Kaedah soal jawab merupakan satu kaedah yang berkesan dalam p&p sehingga boleh mewujudkan keadaan dua hala yang positif antara guru dan pelajar dan memberi kepuasan kepada pelajar dalam memahami apa yang dipelajari.372 Lantaran itu, pengkaji melihat setiap pensyarah amat menekankan pelbagai aktiviti-aktiviti dalam sesi soal jawab semasa kelas qirā’āt iaitu:

i. Pensyarah menamatkan sesi pengajian dengan bertanya kepada para pelajar berkaitan topik kuliah dan syarahan yang telah diajar.

ii. Kaedah soal jawab ini juga dilakukan pada awal waktu p&p berkaitan tajuk-tajuk lepas yang telah dipelajari.373

369Syarīf Kamal ‘Azb, Kaifa Taqra’, 48-49.

370Sharifah Norshah bani Syed Bidin et.al, Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam p&p Kelas al-Quran bagi Golongan Dewasa, Jurnal Keluaran Khas, Disember 2011 (Terengganu: Fak.Pengajian Kontemporari Islam UNISZA), 55.

371Hasil pemerhatian yang dilakukan pada pelajar shu’bah qirā’at 2 Oktober 2013 di MTQMSA.

372Abdullah al-Amin al-Na’imy, Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994), 157.

373Osman bin Ahmad (Pensyarah Qirā’at di MTQ INTIM, Perak) dalam temu bual dengan penulis, 13 Julai 2013.

137 iii. Para pelajar diberi peluang yang sangat luas untuk bertanya topik yang kurang difahami ketika sesi p&p berlangsung berkaitan dengan isi-isi syarahan atau kalimah-kalimah arab yang kurang difahami.374

iv. Para pelajar memberi respon yang sangat positif dengan bertanya manhaj bacaan imam yang kurang difahami ketika proses p&p berlangsung tetapi dalam keadaan menjaga adab-adab seorang pelajar.375

v. Kaedah ini juga digunakan dalam proses mengulangkaji tajuk-tajuk yang telah dipelajari sebelum bermula tajuk baru dalm p&p qirā’āt.376

Kaedah ini juga yang sering dipraktikkan oleh Rasulullah di dalam pengajarannya kepada para sahabat. Menurut Abū Fattāḥ al-Ghuddah377

kaedah dialog dan soal jawab dapat menarik perhatian pendengar dan mengajak mereka agar berfikir dengan menggunakan idea yang lebih bernas.

2.9.6 Kaedah Perbincangan Dalam Kumpulan

Kaedah ini digunakan pada setiap kali sesi p&p qirā’āt untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Menurut Ibn Khaldūn378

kaedah perbincangan ini mampu meningkatkan tahap keintelektualan para pelajar. Aktiviti-aaktiviti kaedah perbincangan dalam kumpulan yang dilaksanakan dalam p&p qirā’āt ialah:

i. Para pelajar akan membincangkan matan-matan qirā’āt dan manhaj bacaan imam-imam dalam bentuk ḥalaqah secara berkumpulan ketika waktu p&p bersama pensyarah.

ii. Pensyarah akan memberi tugasan kerja kursus baru dengan merujuk kitab dan nota tambahan yang disediakan oleh pensyarah kepada pelajar yang masih tidak

374Pemerhatian dalam kelas semester lima Nafi’, DQ pada 3 November 2013.

375Pemerhatian dalam kelas semester lima Nafi’ DQ dengan penulis, 4 November 2013.

376Rasidah Ashaary (Pensyarah Qirā’at di IQT, Terangganu) dalam temu bual dengan penulis, 10 September 2013.

377‘Abd al-Fattāḥ Abū Ghuddah al-Ḥalabī al-Sūrīi, Al-Rasūl al-Mu’allim, dirumikan oleh Shuhadak Mahmud dalam 40 teknik Rasulullah Mengajar (Seremban: al-Azhar Media, 2013), 132.

138 memahami dan kurang mahir dengan matan-matan qirā’āt dan manhaj bacaan imam-imam.379

Ini bertepatan dengan al-Qābisī380 bahawa teknik berkumpulan ini mampu memberi pendedahan kepada para pelajar di antara yang mahir dan lemah supaya guru mengetahui tahap kefahaman dan penguasaan di antara mereka.

2.9.7 Kaedah Pembentangan

Kaedah ini akan meningkatkan kefahaman dan penguasaan qirā’āt dalam kalangan para pelajar, ini jelas dibuktikan dengan hasil kajian menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang sangat signifikan antara faktor kecemerlangan serta penguasaan dengan teknik halaqah dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan yang akan memberi kesan kepada hasil pembelajaran dan kemahiran yang tinggi dan pembentukan nilai-nilai akhlak yang mulia.381

Kaedah ini merupakan tugasan wajib yang diberi pemarkahan di dalam subjek

qirā’āt. Aktiviti-aktiviti pembentangan yang dilaksanakan dalam p&p qirā’āt ialah:

i. Para pelajar diberi tugasan dengan membincangkan tajuk-tajuk khusus berkaitan dengan qirā’āt secara berkumpulan dalam tempoh seminggu.

ii. Pembentangan akan dilakukan dalam kelas bersama ahli kumpulan dengan menggunakan papan putih dan terdapat juga pelajar yang menggunakan ABM lain seperti komputer, telefon bimbit, MP3 dan sebagainya.

iii. Di akhir pembentangan para pensyarah akan bertanya secara rawak tentang topik berkaitan dengan membuat kesimpulan atau rumusan topik-topik yang telah dibincangkan dalam kumpulan.382

379

Pelajar-pelajar semester lima (MTQ MAIK) dalam temu bual dengan penulis, 1 Januari 2014. 380Abd Allāh al-Amīn al-Na’imī, Kaedah dan Teknik Pengajaran, 228.

381‘Amad bin Sayf bin ‘Abd al-Rahmān al-‘Abd al-Latīf, Āthār Ḥalaqāt Taḥfīẓ al-Qur’ān al-Karīm ‘Alā al-Taḥsīl al-Dirāsī wa al-Qayyīm al-Khuluqiyyah (cet.per-1, al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Su’ūdiyyah :Dār Kunūz Ishbiliyyan, 1431H/2010M), 114.

382Usamah bin Mohd Muhsin (Pensyarah Qirā’at di MTQMSA, di Melaka) dalam temu bual dengan penulis, 4 Oktober 2013.

139

2.10 PENUTUP

Pengajian Qirā’āt telah mula dilaksanakan sejak penubuhan Darul Quran pada tahun 1966 dan dikuti dengan penyertaan empat belas buah Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz lain yang menggunakan kurikulum yang sama berpandukan silibus kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM sejak tahun 1984 sehingga 2011.

Semua program yang ditawarkan di DQ dan MTQ berbentuk program diploma berbanding dengan kebanyakan ma’ahad tahfiz swasta yang menawarkan program aliran tahfiz dan aliran tahfiz dan al-Qira’āt sejak sekolah menengah.

Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM yang ditawarkan ini mengambil masa selama tiga tahun pengajian dan yang paling maksimum selama empat tahun. Objektif utama DQ dan MTQ ialah melahirkan Ḥuffāẓ yang mahir dalam bidang

qirā’āt serta memahami ilmu qirā’āt secara teori dan amali. Para pelajar yang

mengikuti program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM wajib mengambil tujuh subjek yang berkaitan Qirā’āt ‘Ilm dan Qirā’āt Amali berpandukan Kitab Matan al-Shāṭibiyyah al-Musammā Ḥirz al-‘Amānī wa Wajh al-Tahānī fī al-Qirā’āt al-Sab’ yang ditulis oleh Imam ‘Allāmah Qāsim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-Shāţibī al-Ru’aynī al-Andalūsī dan kitab Taqrīb al-Ma’ānī fī Sharh Ḥirz al-‘Amānī fī al-Qirā’āt al-Sab’ yang ditulis oleh Sayyid Lāshīn dan Khālid Muḥammad al-Ḥāfīz.

Malahan kaedah-kaedah penilaian yang dilaksanakan dalam sistem pemarkahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu peperiksaan akhir sebanyak enam puluh peratus dan penilaian berterusan yang merangkumi tiga puluh peratus kerja kursus iaitu seperti kertas kerja, kuiz, ujian dan sebagainya serta sepuluh peratus markah kehadiran.

Kaedah kuliah ialah kaedah yang paling popular digunakan dalam proses p&p Qirā’āt ‘Ilm. Manakala kaedah talaqqī dan mushāfahah merupakan kaedah yang sering digunakan dalam proses p&p Qirā’āt Amali. Terdapat juga kaedah-kaedah p&p lain

140 yang diamalkan dalam proses pengajian qirā’āt seperti kaedah hafazan, simā’, soal jawab, perbincangan dan pembentangan.

141

BAB III