• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJIAN QIRĀ’ĀT DI DARUL QURAN DAN MA’AHAD TAHFIZ AL- AL-QURAN DI MALAYSIA AL-QURAN DI MALAYSIA

PENGAJIAN QIRĀ’ĀT DI DARUL QURAN DAN MA’AHAD TAHFIZ AL-QURAN (DQ DAN MTQ) DI MALAYSIA

2.2 PENGAJIAN QIRĀ’ĀT DI DARUL QURAN DAN MA’AHAD TAHFIZ AL- AL-QURAN DI MALAYSIA AL-QURAN DI MALAYSIA

Pengajian qirā’āt telah mula dilaksanakan sejak program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM diperkenalkan di Darul Quran (DQ) pada tahun 1 Mac 1966 di bawah cawangan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH). Manakala pada tahun 1972 ia dikenali dengan nama Institut Pengajian Tahfiz al-Quran. Seterusnya pada tahun 1984 ia menjadi salah satu cawangan di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) di Jabatan Perdana Menteri sehingga dinaiktaraf menjadi sebuah cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dan akhirnya pada tahun 1997 telah diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan pusat iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengurus berkaitan hal ehwal Islam secara umum di Malaysia. Ia merupakan Institut Pendidikan tertua yang menawarkan program Diploma Tahfiz al-Quran.236

236Darul Quran, Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qirā’at (Kuala Kubu Bharu, Selangor: DQ, JAKIM, 2005), 1.

88 DQ memainkan peranan sebagai sebuah pusat pengajian yang tertua di Malaysia menawarkan program pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qirā’āt di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan, merancang dan melaksanakan program pengajian serta kursus dan latihan secara bersistematik serta berkualiti sama ada dari segi akademik dan tenaga kepakaran dalam bidang pengkhususan tahfiz al-Quran dan al-Qirā’āt. Malahan DQ dan MTQ juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan penerbitan hasil-hasil kajian dalam bidang al-Quran dan qirā’āt.237

Penyelarasan kurikulum tahfiz telah mula dilakukan dengan memperkenalkan Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat pada tahun 1984 di bawah anjuran BAHEIS. Terdapat Ma’ahad Tahfiz Negeri yang menduduki peperiksaan bersama iaitu, Ma’ahad Tahfiz Kedah, Ma’ahad Tahfiz Perak, Ma’ahad Tahfiz Melaka, Ma’ahad Tahfiz Johor dan Ma’ahad Tahfiz Wilayah Persekutuan. Manakala pada tahun 1994 pula Ma’ahad Tahfiz Selangor pula mengambil bahagian di dalam program Diploma Tahfiz al-Quran.238

Setelah Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat telah dinaktaraf sebagai salah satu bahagian di JAKIM pada tahun 1997, Ma’ahad Tahfiz Kedah, Ma’ahad Tahfiz Kelantan, Ma’ahad Tahfiz Negeri Sembilan dan Pahang juga telah mengambil bahagian dengan program Tahfiz al-Quran dan al-Qirā’āt Darul Quran JAKIM. Pada keseluruhannya terdapat penyelarasan terhadap Ma’ahad Tahfiz di seluruh negeri daripada segi sukatan pelajaran, kurikulum, buku-buku teks, peperiksaan diploma dan persijilan. Walau bagaimanapun penyelarasan ini masih di tahap minima kerana terdapat beberapa perbezaan yang ketara terhadap pelaksanaannya di Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz Negeri tersebut.239

237Ibid., 2.

238 Ibid.

239Hazaruddin Baharudin, “Pengajian Tahfiz al-Quran di Malaysia: Perbandingan antara Cara Moden dan Tradisional” Jurnal Darul Quran 3. (cet. per-1, Kuala Lumpur :DQ, JAKIM,1997), 17-19.

89 Sehingga tahun 2011 terdapat 13 buah Institusi Pengajian Tahfiz al-Quran Negeri yang menjalin kerjasama dengan Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang dikawal selia dengan sepenuhnya oleh Darul Quran JAKIM iaitu 3 buah Ma’ahad Tahfiz yang menyertai Darul Quran iaitu Institut Kemahiran Malaysia Sarawak (IKMAS), Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri Masjid Syaidina Ali Bukit Katil, Melaka dan Institusi Pengajian Islam (Yayasan Islam Terengganu). Pengiktirafan dan peperiksaan bersama dengan Darul Quran terhadap Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz negeri ini menghendaki mereka mengikuti sepenuhnya kurikulum Darul Quran bagi melayakkan para pelajar mereka dianugerahkan Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM. Secara umumnya sistem pengajian di Ma’ahad Tahfiz al-Quran di negeri-negeri ini mengikuti sepenuhnya sistem semester di Darul Quran JAKIM.240

Manakala Ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia ini adalah merujuk kepada institusi tahfiz yang dikawal selia oleh kerajaan negeri yang mempunyai pentadbiran hal ehwal islam yang tersendiri berdasarkan undang-undang negeri masing-masing serta diletakkan sepenuhnya di bawah Majlis Agama Islam yang dinaungi oleh pemerintah negeri atau sultan. Walau bagaimanapun terdapat banyak kerjasama yang berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di dalam pentadbiran hal ehwal Islam.

Ma’ahad Tahfiz al-Quran di negeri-negeri terdiri daripada empat belas buah institusi tahfiz al-Quran daripada pelbagai negeri-negeri di Malaysia iaitu Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka, Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan, Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Perak (INTIM), Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang, Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat (Yayasan Islam Perlis), Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri Kedah, Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Kelantan (MAIK), Institut Pengajian Islam (Yayasan Islam

240Darul Quran, JAKIM, Persidangan Pengetua-pengetua Ma’had Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke 22(laporan, Darul Quran, JAKIM, 29 Mac 2011), 1-4.

90 Terengganu), Institut al-Quran Terengganu, Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Pulau Pinang, Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Sabah, Ma’ahad Tahfiz Masjid Syaidina Ali Bukit Katil Melaka, IKMAS Institut Kemahiran Agama Sarawak.241 Manakala dua buah ma’ahad tahfiz swasta juga turut diperincikan daripada aspek latar belakang sahaja oleh pengkaji untuk menunjukkan sejarah penubuhan kedua-dua buah institusi. Latar belakang MTQ dan ma’ahad tahfiz swasta ialah seperti berikut iaitu: 2.2.1 Institut al-Quran Terengganu

Institut al-Quran Terengganu yang merupakan institusi yang pertama dibina selepas penubuhan Darul Quran. Pada awal penubuhannya dikenali dengan nama Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada 15 April 1984 di Masjid Abidin dengan bilangan pelajar seramai 15 orang di bawah bimbingan 5 orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Ahsin bin Wijaya, Ustaz Auza bin Omar dan Ustaz Ibrahim bin Tambu dan Tan Sri Dato’ Sheikh Ismail bin Mohamad al-Hafiz merupakan pengasas dan pengetua yang pertama bertugas di Ma’ahad Tahfiz al-Quran iaitu antara tahun 1984 hingga tahun 1993.242

Pada awal 1986, Ma’ahad Tahfiz al-Quran telah berpindah ke sebuah bangunan di Kg. Pengadang Baru, Kuala Terengganu dengan pertambahan bilangan pelajar dari seramai 15 orang kepada 30 orang. Pada 14 Julai 1993, pembinaan fasa pertama kompleks bangunan Ma’ahad Tahfiz al-Quran di Padang Midin yang terdiri daripada dua blok bangunan kuliah, tiga blok asrama, sebuah bangunan perpustakaan dan sebuah dewan makan telah berjaya diselesaikan.243

Sehingga kini, Kampus Padang Midin telah dilengkapi dengan pelbagai prasarana dan kemudahanan iaitu surau, blok pentadbiran, dewan dan asrama. Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu mula dikenali sebagai Institut al-Quran

241Ibid. 242

Abu Hassan Basori bin Abdullah (Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz, IQT) dalam temu bual pada 19 Mac 2014

91 Terengganu (IQT) pada 2 Januari 2007. Institut al-Quran Negeri Terengganu pula berperanan mewujudkan satu sistem pentadbiran dan kewangan yang cekap dan mesra, menguruskan sumber kewangan dan segala aset Institut al-Quran Terengganu secara berhemah dan telus berdasarkan peraturan dan arahan yang berkuatkuasa, menawarkan dan melaksanakan program-program pengajian akademik dan ilmiah ke arah pembentukan masyarakat yang dinamik dan intelektual dalam pelbagai bidang berteraskan al-Quran, melahirkan pelajar yang berketrampilan, budaya seiring dan berintegrasi dalam memenuhi tenaga kerja negara, menjadi sebuah pusat kajian penyelidikan, penerbitan dan pengumpulan bahan-bahan berkaitan al-Quran melalui aplikasi teknologi terkini.244

Pentadbiran di IQT dibahagikan kepada Bah.Hal Ehwal Pelajar, Bah. Akademik, Pentadbiran dan Kewangan, Penyelidikan dan Penerbitan, Jab.Pengajian Tahfiz, Jabatan Pengajian Berterusan dan Jabatan Pengajian Diploma.245 Institut al-Quran Terengganu yang bermula pada tahun 2005 telah beroperasi di premis sementara di Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan berpindah ke bangunan baru di Kampus Padang Midin, Marang, Terengganu pada 1 Januari 2008.246

Program pengajian yang ditawarkan di IQT ialah Program Persijilan Syahadah dan Diploma lepasan SPM serta program pengajian al-Furqān. Setelah beroperasi selama 25 tahun, seramai 721 orang pelajar telah berjaya memperoleh sijil tahfiz dan telah diterima untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara di antaranya ialah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Islam (USIM), Universiti al-Azhar dan lain-lain. Misi dan visi penubuhannya ialah menjadi pusat kecemerlangan pengajian dan perkembangan ilmu Quran dan menerajui pembentukan generasi

244IQT Terengganu, “Latar belakang IQT” laman sesawang dicapai 8 April 2013, www. http:// iqt.terengganu.gov.my/April 2013.

245Ibid. 246Ibid.

92 Quran melalui pembudayaan ilmu. Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada lepasan Ma’ahad Qiraat Shubra, cawangan ma’āhid Universiti al-Azhar dan terdapat sebahagian yang lain lepasan universiti Islam Madinah, Universiti Maghribi dan universiti tempatan yang terdiri dari UM, UKM dan UIA.247

Institut ini hanya menawarkan program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat dan kini pelajar-pelajarnya terdiri daripada semester dua, empat, enam dan lapan iaitu seramai enam puluh lapan orang.248 Terdapat empat belas orang tenaga pengajar yang terlibat dengan p&p Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang kesemuanya lulusan daripada Universiti al-Azhar dan lima orang mempunyai pengkhususan dalam bidang

qirā’āt iaitu empat orang di Ma’ahad Qiraat Shubra dan seorang di Ma’ahad Qiraat

Fatayāt Mansurah.249

2.2.2 Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Kedah

Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Kedah telah ditubuhkan secara rasmi pada 3 Mac 1985. Penubuhan ini dihasilkan oleh idea daripada Sultan Kedah dan pada peringkat awal, urusan pentadbirannya dikendalikan oleh Majlis agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan dibantu oleh Yayasan Islam Kedah tetapi Kolej Universiti Insaniah telah diberi pengiktirafan iaitu pada bulan Januari 2001 pihak Kerajaan Negeri Kedah telah membuat satu keputusan dengan menukar pentadbiran Ma’ahad Tahfiz al-Quran (MTAQ) Negeri Kedah Darul Aman yang beroperasi semenjak tahun 1985 berada di bawah Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK ) kepada INSANIAH yang telah diletakkan di bawah Kuliah al-Quran .250

Manakala pada tahun 2011, ma’ahad tahfiz ini diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kedah. Objektif penubuhannya ialah melahirkan golongan berpengetahuan lslam dan kemahiran profesional yang menghayati lslam,

247Ibid.

248Unit Akademik, Senarai Pelajar di DQ dan MTQ, Darul Quran 2012. 249

Abu Hassan Basori bin Abdullah (Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz, IQT) dalam temu bual dengan penulis, 19 Mac 2014.

93 membangunkan ummah berlandaskan akidah ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah yang berfikiran terbuka, rasional, bervisi jauh, berketerampilan dan berkeyakinan teguh, membina khazanah ilmu yang berteraskan lslam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan, menggunakan teknologi maklumat dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik, menjalinkan hubungan akademik di peringkat antarabangsa, melahirkan generasi bertakwa, berakhlak mulia, personaliti yang seimbang, harmonis dan holistik 251

Yuran pengajian dan yuran asrama ditanggung oleh YINK. Biasiswa sebanyak RM200 diberi kepada semua anak negeri sahaja. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh YINK untuk pelajar - pelajar yang layak. Pelajar hanya dikenakan bayaran RM500 satu semester.252

Bilangan pelajarnya seramai tujuh puluh tiga orang yang terdiri daripada semester dua dan empat di dalam program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat dan kelulusan tenaga pengajar kebanyakannya terdiri daripada lepasan Ma’ahad Qiraat Shubra, cawangan ma’āhid Universiti al-Azhar dan sebahagian kecil lepasan universiti tempatan. Kursus yang ditawarkan ialah Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat serta lepasa para pelajar diploma tersebut berpeluang menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan al-Qiraat di KUIN. Jumlah tenaga pensyarah yang teribat dalam p&p kurikulum qirā’āt seramai lima belas orang dan sebelas orang daripadanya berkelulusan dalam bidang pengkhususan qirā’āt daripada Ma’ahad Qiraat Shubra dan universiti tempatan serta Universiti Al-Azhar.253

2.2.3 Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Perak (INTIM)

Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Perak (INTIM) merupakan pusat pengajian tahfiz yang paling awal ditubuhkan di Perak dan antara yang terawal di Malaysia yang

251Ibid.

252MTQ MAIK, “Sejarah MTQ MAIK”, laman sesawang dicapai 15 Mac 2013, http: //maahadtahfiz.e-maik.my/profil/latar-belakang-mtq/sejarah-mtqmaik

94 memfokuskan pengajiannya dalam bidang al-Quran dan al-Qirā’āt . Ia telah ditubuhkan pada 1 September 1986 setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dalam bil.1099 bertarikh 9 Julai 1986 dan usaha gigih Dato’ Meor Arif bin Abu Bakar yang merupakan Adun Lubuk Merbau.254

Penempatan Ma’ahad ini telah mengalami lima kali proses perpindahan yang bermula di Masjid India Padang Ipoh, Perak, Masjid Negeri Ipoh, Jalan Dato’ Syaari, Kg.Melayu Addin, Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Bangunan Majis Agama Islam Perak di Jalan Garland, Ipoh, Bangunan Addin Jalan Lapangan Terbang, Ipoh dan akhirnya bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh serta diletakkan di bawah pentadbiran INTIM, JAIP dan dinamakan Unit Tahfiz. Kursus yang ditawarkan ialah Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat dengan kerjasama Darul Quran JAKIM. Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri serta mendapat biasiswa sebanyak RM550 sebulan serta mendapat penginapan asrama serta makanan dan minuman secara percuma.255

Objektif penubuhan ma’ahad ini ialah untuk melahirkan golongan hafiz al-Quran berkebolehan menguasai dan mempraktikkan ilmu asas pengajian Islam sekali gus menjadi pendakwah dan pemimpin yang dapat memimpin generasi dan umat Islam seluruhnya.256

Seramai empat puluh dua orang para pelajar yang mengambil Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang terdiri daripada semester dua, empat dan enam257 dan MTQ Perak mempunyai lapan orang tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan daripada

254Muhammad Firdaus bin Muhammad Tarmizi, Latar belakang MTQN Perak INTIM (fail Unit Kemasukan Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri Perak INTIM t.th) 1-2.

255

Ibid.,3-4 256Ibid., 5-6.

95 Universiti al-Azhar serta enam orang pensyarahnya mempunyai pengkhususan dalam bidang qirā’āt dan tiga orang pensyarah jemputan.258

2.2.4 Ma’ahad Tahfiz Kerajaan Negeri Johor

Ma’ahad Tahfiz Kerajaan Negeri Johor ditubuhkan pada bulan September 1986 hasil cadangan dari Menteri Besar Johor. Pada peringkat awal, ma’ahad ini terletak di Rumah Kenangan, Jalan Abdul Rahman Andak Johor Bharu, Kuarters JKR Jalan Abdul Rahman Andak dan Bangunan Trustee (ABIM) Jalan Abdul Rahman Andak tetapi telah berpindah ke kampus Ma’ahad Johor di Jalan Gertak Merah pada tahun Januari 1999 dan segala urusan pentadbirannya diletakkan di bawah pengurusan Kolej Pengajian Islam MARSAH.259

Kursus yang ditawarkan di ma’ahad ini ialah Diploma Tahfiz Quran dan al-Qiraat, JAKIM dan Diploma Tahfiz al-Quran dan al-al-Qiraat, MARSAH yang mendapat pengiktirafan LAN. Yuran pengajian yang dikenakan ialah sebanyak RM535 sebagai yuran pendaftaran dan yuran tahunan sebanyak RM1100 bagi pelajar lelaki serta RM1110 bagi pelajar perempuan. Misi ma’ahad ini ditubuhkan ialah untuk mendidik dan melatih pelajar dalam bidang tahfiz al-Quran dan al-Qirā’āt. Objektif penubuhannya ialah untuk mengeluarkan Ḥuffāẓ, Qurrā’ dan Du’āh yang berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara, menghidupkan kembali ilmu al-Quran serta menambahkan bilangan penghafaz al-Quran dan menyerapkan tenaga penghafaz yang berkebolehan di IPT dan imam masjid di seluruh negeri.260

Pelajar-pelajarnya hanya seramai empat belas orang yang terdiri daripada semester dua dalam shu’bah qirā’āt dan tenaga pengajarnya seramai 5 orang yang bertugas sebagai pensyarah tetap yang kebanyakannya terdiri daripada pengkhususan bidang qirā’āt iaitu dua orang lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Ma’ahad Qiraat

258Saifuldin bin Mohad Nawawi (Timbalan Pengetua Unit Tahfiz) dalam temu bual dengan penulis, 2 Januari 2013.

259

Buletin Jabatan Tahfiz Kolej Pengajian Islam Johor. (2008).H.2

260MARSAH, “Program Pengajian”, laman sesawang dicapai 19 Mac 2013, http://marsah.edu.my/v5/ms/program-pengajian/diploma/tahfiz-al-quran

96 Shubra, cawangan ma’āhid Universiti al-Azhar, Mesir dan dua orang lepasan Ma’ahad Qiraat al-Azhar Mansurah bagi pensyarah perempuan dan seorang daripada universiti tempatan iaitu UM dan terdapat juga seorang guru al-Quran yang membantu kelas-kelas tahfiz al-Quran yang berkelulusan diploma sahaja.261

2.2.5 Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Perlis

Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Perlis telah ditubuhkan pada Januari 1987 hasil daripada idea Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Pengambilan pertamanya telah diadakan bulan januari 1987 yang terletak di km 2.5 jalan Abi Tok Hisyam, Kangar Perlis. Pada tahun 1991 Jabatan Agama Islam Perlis telah menyerahkan pengurusan ma’ahad ini di bawah Yayasan Islam Perlis yang berfungsi menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan ma’ahad ini.262

Kursus yang ditawarkan di ma’ahad ini ialah Diploma Tahfiz Quran dan al-Qiraat, JAKIM dan Sijil Hafalan al-Quran yang dikeluarkan khas oleh Yayasan Islam Perlis. Semua kos pengajian dibiayai oleh pihak Yayasan Islam Perlis dengan pemberian dermasiswa sebanyak RM100 kepada para pelajar termasuk tempat tinggal serta makan dan minuman secara percuma. Objektif penubuhannya ialah melahirkan golongan hafiz di kalangan anak negeri Perlis. Seterusnya menjadikan golongan ḥuffāẓ ini sebagai dā’ī dan contoh ikutan bagi masyarakat negeri Perlis. Malahan matlamat utamanya ialah untuk melaksanakan fardhu kifayah bagi Kerajaan negeri Perlis.263

Kini kampus MTQ Perlis telah berpindah lokasi di Jalan Guar Jentik di Beseri. Semua silibus kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat adalah berdasarkan sukatan Darul Quran sepenuhnya. Malahan para pelajar juga turut diberikan dermasiswa sebanyak RM500 di atas kejayaan peperiksaan shafāwī dan taḥrīrī dalam subjek ḥifẓ al-Quran. Bilangan pelajar-pelajarnya seramai dua puluh orang yang terdiri daripada

261Rafidah Mohd Said (Ketua Jabatan Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat,MARSAH) dalam temu bual dengan penulis, 5 November 2013.

262Kertas kerja penubuhan Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Kerajaan negeri Perlis (1987), H.6. 263Ibid.

97 semester dua, empat dan enam dalam bidang qirā’āt sahaja dan tenaga pengajarnya seramai sembilan orang iaitu enam orang sebagai pensyarah sepenuh masa dan tiga orang terlibat sebagai pensyarah jemputan dan tenaga pengajar kebanyakannya terdiri daripada lepasan Ma’ahad Qiraat iaitu seramai tiga orang lepasan Ma’ahad Qiraat Shubra, cawangan ma’āhid Universiti al-Azhar dan terdapat sebahagian yang lain lepasan universiti Jordan, Universiti al-Azhar dan universiti tempatan.264

2.2.6 Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)

Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) telah ditubuhkan pada tahun 1991 dengan nama Kelas Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan dan pengambilan pelajar pertama seramai 17 orang yang dikendalikan dengan dua orang guru. Penubuhannya merupakan hasil dari idea mantan Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Tan Sri Utama Dato’ Seri Haji Mohd Isa bin Haji Abdul Samad. Kelas Tahfiz ini dikendalikan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.265

Pada awal penubuhannya, kelas ini menumpang di Ma’ahad Ahmadi Gemencheh dan telah menggunakan kurikulum yang digubal sendiri oleh pihak JHEAINS. ITQAN hanya menawarkan kemasukannya untuk pelajar lelaki sahaja tetapi bermula pada tahun 2007, ITQAN telah membuka peluang kepada para pelajar perempuan untuk menyambung pengajian dalam bidang pengajian tahfiz. Kini ITQAN telah mempunyai kompleks sendiri pada tahun 2003 iaitu Kompleks Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Sembilan yang berdekatan dengan Ma’ahad Ahmadi Gemencheh yang diberi nama Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) dengan menggunakan kurikulum yang digunakan oleh DQ, JAKIM dengan dengan visinya untuk melahirkan ḥuffāẓ yang cemerlang dan berktrampilan.266

264Zainul bin Ahmad (Pengetua Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Perlis) dalam temu bual dengan penulis, 19 Disember 2013.

265Brosur Penubuhan Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Sembilan.(t.t). 266Ibid.

98 Antara misi penubuhannya ialah untuk membangunkan dan memantapkan potensi pelajar dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sahsiah dan kepimpinan, membimbing anak didik ke arah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap sekolah, agama, bangsa dan negara serta mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang berjiwa al-Quran. Objektif penubuhannya ialah untuk memenuhi fardhu kifayah, melahirkan hafiz yang berkemahiran, menyediakan hafiz yang bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzu’ al-Quran tetapi juga ilmu-ilmu lain dan menghidupkan kembali al-al-Quran serta menambah bilangan hafiz yang dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

Kini terdapat dua puluh enam tenaga pengajarnya yang di antaranya berkelulusan daripada lepasan Ma’ahad Qiraat Shubra, cawangan ma’āhid Universiti al-Azhar dan terdapat sebahagian yang lain lepasan universiti tempatan. Pengajian yang ditawarkan di ma’ahad ini ialah Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM secara