• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kebahagiaan dan Masyarakat Melayu di Malaysia

1.3 Sorotan Kajian Lepas

1.3.2 Kebahagiaan dan Masyarakat Melayu di Malaysia

Seperti yang telah dinyatakan di Bahagian 1.3.1.2., masyarakat Asia Konfusian dan Asia Tenggara berpegang kepada budaya kolektivistik yang mengutamakan kebajikan

University

keluarga dan masyarakat. Walau bagaimanapun, dimensi kebahagiaan masyarakat tertentu tetap terikat dengan nilai-nilai tradisi tersendiri yang diamalkan dari generasi ke generasi. Tambahan pula, sistem kepercayaan juga berlainan seperti Konfusianisme, Hinduisme, Toisme dan Islam. Begitu juga halnya dengan masyarakat Melayu yang mempunyai nilai-nilai tradisi tersendiri yang sering dibicarakan oleh pengkaji-pengkaji alam Melayu dan Islam sebagai panduan hidup (Abdul Halim, 1993; Norazit et al., 1997; Noriati, 2007; Syed Husin, 2008; Wan Abdul Kadir, 1994). Barangkali nilai-nilai tradisi dan prinsip-prinsip Islam mempengaruhi kebahagiaan hidup masyarakat Melayu. Sebelum kita meneroka lebih jauh, elok kiranya dilihat dahulu kajian-kajian lepas yang berkait dengan kebahagiaan masyarakat Melayu di Malaysia.

Kajian-kajian tentang kebahagiaan di Malaysia telah menunjukkan ada peningkatan sejak akhir-akhir ini (Dahlan, Nicol & Maciver, 2010; Haslina, 2006; Jaafar et al., 2009; Khairudin, 2009; Ma’rof dan Asnarulkhadi, 2006; Nor Ba’yah dan

Kamsiah, 2002). Hal ini disebabkan ada kesedaran sarjana-sarjana psikologi di Malaysia untuk melihat kebahagiaan dalam kontek sosio-budaya masyarakat tempatan. Untuk kajian ini fokus diberikan kepada masyarakat Melayu (di Malaysia) sahaja atas dasar 52% penduduk di Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat Melayu (atas talian: www.epu.gov.my).

Setakat ini, Khairudin (2009) telah meneroka kebahagiaan dalam masyarakat Melayu dan mendapati kebahagiaan ada 10 dimensi (lihat Bahagian 1.3.1.2.2). Masih terlalu awal untuk menyatakan dimensi-dimensi kebahagiaan yang diperoleh mampu menyumbang kepada kebahagiaan masyarakat Melayu lantaran tiada kajian susulan atau lanjutan. Kim et al. (2007) mendapati ada perbezaan dimensi yang diperoleh kesan

University

berkemungkinan ada dimensi-dimensi lain yang menyumbang kepada kebahagiaan masyarakat Melayu kesan daripada kajian susulan yang akan dilaksanakan.

Merujuk kepada kajian-kajian terdahulu, terdapat beberapa pengkaji Melayu sudah mula menghubungkan beberapa aspek-aspek tertentu dalam mempengaruhi kebahagiaan (seperti kesihatan, agama, dan harga kendiri). Barangkali aspek-aspek yang dikaitkan memberi sumbangan yang besar dalam kebahagiaan masyarakat Melayu. Misalnya, Ma’rof dan Asnarulkhadi (2006) yang mengkaji tentang latar belakang terpilih dengan kesejahteraan subjektif di kalangan orang tua di Malaysia. Kajian ini meneliti bagaimana orang tua di Malaysia menilai tentang kehidupan mereka. Seramai 1993 orang tua telah terlibat dalam kajian ini (majoriti masyarakat Melayu; 99.3% atau 1979 orang). Latar belakang terpilih dalam kalangan orang tua seperti jantina, umur, tahap pendidikan, bilangan anak kandung yang masih hidup, jumlah nilai aset yang dimiliki, jumlah pendapatan bulanan, status pekerjaan dan status perkahwinan serta hubungannya dengan empat domain kesejahteraan, iaitu kesejahteraan mental, kesejahteraan fizikal (kesihatan), kesejahteraan sosial dan kesejahteraan ekonomi. Hasil kajian telah merumuskan bahawa latar belakang terpilih yang dikaji mempunyai hubungan yang signifikan dengan keempat-empat domain kesejahteraan subjektif. Kesejahteraan subjektif mental dan sosial didapati mempunyai skor yang tinggi. Manakala kesejahteraan mental/psikologi yang berkaitan dengan kesunyian dan kesukaran untuk tidur didapati rendah.

Selain itu, orang tua yang mempunyai kesejahteraan subjektif yang lebih baik adalah terdiri dari orang tua lelaki, yang berumur lebih muda, mempunyai pendidikan yang baik, mempunyai anak kandung yang ramai dan masih hidup, mempunyai kedudukan ekonomi (asset dan pendapatan) yang lebih baik, masih bekerja dan

University

berkahwin. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melihat empat domain sahaja dan kaitannya dengan hubungan latar belakang terpilih.

Selain itu, Nor Ba’yah dan Kamsiah (2002) telah menjalankan kajian tentang indikator kesejahteraan di kalangan ibu tunggal Melayu di Sarawak. Kajian mereka cuba melihat hubungan di antara umur, pendapatan, orentasi kehidupan, kesejahteraan emosi, kesejahteraan psikologikal dan kesejahteraan sosial. Seramai 170 orang ibu tunggal telah di ambil sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati pendapatan tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan orentasi kehidupan, kesejahteraan psikologikal, kesejahteraan sosial dan kepuasan hidup di kalangan ibu tunggal Melayu. Selain itu, kajian ini turut mendapati sederhana tinggi tahap kepuasan hidup ibu tunggal Melayu dan kebahagiaan berhubungan dengan kesejahteraan emosi.

Haslina (2006) pula telah mengkaji tentang kebolehgunaan Big Five Inventory dalam masyarakat Melayu. Komponen kesejahteraan subjektif turut diambil kira sebagai pemboleh ubah yang mempengaruhi personaliti di kalangan masyarakat Melayu. Seramai 302 (152 lelaki dan 150 perempuan) remaja Melayu telah melengkapkan soal selidik yang diberikan secara sukarela. Big Five Inventory telah digunakan untuk mengukur personaliti dan Bradburn Affect Balance Scale (ABS) digunakan untuk mengukur kesejahteraan subjektif remaja Melayu. Hasil kajian beliau mendapati terdapat hubungan di antara kesejahteraan subjektif dengan tiga tret personaliti, iaitu extraversion, neuroticism dan conscientiousness.

Jaafar dan Khairudin (2008) pula telah melihat takat kebahagiaan dan harga kendiri di kalangan orang Melayu. Kajian ini bertujuan melihat sejauhmana hubungan

University

soal selidik yang diberikan. Alat ujian Oxford Happiness Inventory (OHI) telah digunakan untuk mengukur kebahagiaan dan Rosenberg’s Self-Esteem Scale (RSES) pula digunakan untuk mengukur harga kendiri orang Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kebahagiaan dan harga kendiri (r=0.43). Hubungan yang ditunjukkan dalam masyarakat Melayu masih bersifat sederhana jika dibandingkan dengan masyarakat Barat yang didapati tinggi tahap penghargaan kendiri mereka.

Penglibatan dalam aktiviti sosial dengan kebahagiaan di kalangan orang tua telah dilakukan oleh Hazwani (2010). Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kedua-dua pemboleh ubah ini berhubungan. Seramai 30 orang tua mengambil bahagian. Oxford Happiness Inventory (OHI) telah digunakan untuk mengukur kebahagiaan orang tua dan Tahap Peserta dalam 28 aktiviti (Level of Participation in 28 Activities; terdiri dari lapan domain, iaitu aktiviti penggunaan bahan media dan komunikasi, aktiviti pembangunan pendidikan, aktiviti di rumah dan hobi, aktiviti kreatif, aktiviti di luar rumah, aktiviti khidmat masyarakat, aktiviti permainan, dan aktiviti sosial). Hasil kajian beliau mendapati hanya aktiviti sosial sahaja berhubungan dengan kebahagiaan (r=0.44) di kalangan orang tua. Orang tua yang terlibat dengan aktiviti sosial menunjukkan lebih rasa bahagia dan gembira serta sihat jika dibandingkan dengan orang tua yang langsung tidak terlibat dengan aktiviti sosial.

Khairudin dan Jaafar (2010) telah meneroka tentang penglibatan agama dan hubungan positif dengan orang lain sebagai penyumbang kepada kebahagiaan orang Melayu. Kajian ini secara objektif mengkaji tentang hubungan kedua-dua pembolehubah dengan kebahagiaan. Seramai 665 orang responden telah mengambil bahagian secara sukarela. Oxford Happiness Inventory (OHI) digunakan untuk menilai

University

kebahagiaan, skala 7 item tentang agama dan The Scale of Psychological Well-Being (hanya dimensi hubungan positif dengan orang lain sahaja digunakan). Hasil kajian telah mendapati adanya hubungan di antara kebahagiaan dengan agama (r=0.39) dan hubungan positif dengan orang lain (r=0.35). Islam menjadi teras kepada tingkahlaku dan tindakan, bentuk dan hubungan, nilai, sikap, dan pandangan orang Melayu (Wan Abdul Kadir, 1994). Tambahan pula, Islam merangkumi semua aspek kehidupan (Seman, 2012) dan ini bermakna setiap perbuatan dan tingkah laku hendaklah bersesuaian dengan peraturan Islam. Selain itu, masyarakat Melayu juga tidak boleh dipisahkan daripada anggota-anggota kelompok dan menjadi tanggungjawab setiap individu dalam kelompok berusaha untuk mengeratkan hubungan dengan pelbagai cara (Mohd. Koharuddin, 2005; Wan Abdul Kadir, 1994).

Dahlan, Nicol dan Maciver (2010) pula melihat elemen kepuasan hidup kalangan warga tua yang tinggal di institusi penjagaan warga tua di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan hidup dan memeriksa elemen kepuasan hidup di kalangan orang-orang tua yang tinggal di institusi. Sebanyak 68.3% (56 orang) warga tua Melayu yang terlibat dalam kajian ini. Keputusan kajian kuantitatif menunjukkan terdapat hubungan di antara kepuasan hidup dengan tempoh masa tinggal di institusi (.02). Manakala, keputusan kualitatif didapati ada dua tema utama pengalaman hidup mereka tinggal di institusi itu ialah, syukur (contentment) dan redha (acceptance). Menurut mereka, ini merupakan elemen baru dalam menilai kepuasan hidup warga tua di institusi.

Dapat dirumuskan bahawa kajian tentang kebahagiaan boleh dikatakan di peringkat penerokaan di kalangan sarjana Melayu. Masih terdapat banyak lagi isu

University

lagi dalam mengembangkan isu dimensi yang mempengaruhi kebahagiaan masyarakat Melayu. Seperti yang dinyatakan di awal bahagian ini, masyarakat Melayu masih terikat dengan 10 dimensi yang mempengaruhi kebahagiaan. Tambahan pula, kajian Khairudin (2009) merupakan percubaan pertama melihat dimensi dalam konteks masyarakat Melayu. Berkemungkinan juga, kajian yang melihat aspek-aspek tertentu yang membawa kebahagiaan mampu memberi implikasi yang besar dalam menentukan dimensi kebahagiaan khusus dalam masyarakat Melayu. Dengan itu, kajian ini akan meneroka sekali lagi dimensi kebahagiaan dalam masyarakat Melayu.