• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keutamaan Dimensi Kebahagiaan

Ilmu pengetahuan

PENGUKUHAN DIMENSI KEBAHAGIAAN MASYARAKAT MELAYU

12. Bersikap positif

4.3.2 Keutamaan Dimensi Kebahagiaan

Hasil kajian ini turut menemui dimensi paling utama mempengaruhi kebahagiaan dalam masyarakat Melayu. Jadual 4.3 menunjukkan keutamaan dimensi yang menyumbang kepada kebahagiaan berdasarkan analisis temu bual semi berstruktur. Hubungan kekeluargaan didapati dimensi yang paling tinggi sumbangan dalam kebahagiaan masyarakat Melayu, sebanyak 26 orang (86.67%) telah dilaporkan. Kajian ini selari dengan kajian-kajian lepas yang banyak menunjukkan bahawa keluarga adalah keutamaan dalam kehidupan masyarakat Melayu (Jaafar et al., 2004; Jaafar et al., 2009; Khairudin, 2009; Noriati, 2007; Zainal Abidin & Zamre, 2006). Khairudin (2009) turut mendapati keluarga sangat mempengaruhi kebahagiaan sebanyak 22.5%. Taraf hidup berada pada kedudukan yang kedua iaitu seramai 24 orang (80%). Di kedudukan ketiga kebahagiaan masyarakat Melayu ialah bersikap positif iaitu sebanyak 18 orang (60%). Diikuti dengan aktiviti masa lapang di tempat keempat iaitu 15 orang (50%), kedudukan kelima disumbangkan oleh hubungan baik dengan orang lain sebanyak sembilan orang (30%) dan lapan orang (26.67%) telah melaporkan persekitaran harmoni dan pencapaian dalam hidup memberikan kebahagiaan dalam kehidupan mereka dan berada pada kedudukan keenam. Kesihatan pula berada di tempat kelapan sebanyak tujuh orang (23.33%) yang melaporkannya. Terdapat lagi dua dimensi yang berkongsi di tempat yang sama iaitu ditangga kesembilan ialah agama dan autonomi seramai enam orang (20%). Lima orang (16.67%) telah menyatakan bahawa mereka bahagia dengan adanya ilmu pengetahuan pada kedudukan ke-11. Di tempat ke-12 adalah penerimaan/redha iaitu seramai tiga orang (10%).

University

Jadual 4.3 Dimensi Kebahagiaan Berdasarkan Keutamaan dalam Masyarakat Melayu

Dimensi Jumlah Peratus

Hubungan kekeluargaan 26 (1) 86.67

Taraf hidup 24(2) 80

Bersikap positif 18 (3) 60

Aktiviti masa lapang 15(4) 50

Hubungan baik dengan orang lain 9(5) 30

Persekitaran harmoni 8(6) 26.67

Pencapaian dalam hidup 8(6) 26.67

Kesihatan 7(8) 23.33 Agama 6(9) 20 Autonomi 6(9) 20 Ilmu pengetahuan 5(11) 16.67 Penerimaan 3(12) 10 Min 11.25 SD 7.67

Nota: N=30; SD: Standard deviation;( )= Kedudukan (ranking)

Secara keseluruhan didapati lima dimensi di atas, iaitu hubungan kekeluargaan, taraf hidup, bersikap positif, aktiviti masa lapang dan hubungan baik dengan orang lain menjadi menyumbang kepada kebahagiaan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, agama dilihat masih menjadi dimensi yang kurang penting dalam kebahagiaan masyarakat Melayu dan berada di kedudukan kesembilan dan dapatan ini selari dengan kajian Khairudin (2009) yang mendapati agama kurang penting dalam kebahagiaan masyarakat Melayu. Implikasi kajian akan dibincangkan selepas ini.

4.4 Perbincangan

Keputusan kajian yang diperoleh dalam Bahagian 4.3 akan dibincang secara terperinci dalam dua bahagiaan, iaitu kesepadanan dimensi dan keutamaan dimensi kebahagiaan.

University

4.4.1 Kesepadanan Dimensi

Perdebatan konsep kebahagiaan sering menjadi isu para sarjana Psikologi Positif dan akhirnya masing-masing bersetuju bahawa kebahagiaan itu boleh diukur mengikut dimensi (lihat Bahagian 1.2). Walaupun mendapat sambutan yang baik di kalangan ahli psikologi, sekali lagi wujud perbezaan pendapat dalam menentukan dimensi kebahagiaan yang melibatkan dua budaya utama, iaitu individualistik dan kolektivistik (lihat Bahagian 1.2.1). Lebih menarik lagi, dimensi-dimensi yang ditemui melibatkan pengaruh ideologi atau fahaman agama yang diamalkan seiring dengan nilai-nilai tradisi masyarakat tersebut (lihat Bahagian 1.2.2). Menggunakan dimensi kebahagiaan masyarakat lain boleh mengakibatkan nilai-nilai tradisi dan fahaman agama yang dianuti oleh masyarakat yang dikaji terabai (lihat Bahagian 2.3). Dengan itu, para sarjana cuba mengemukakan dimensi-dimensi kebahagiaan mengikut perspektif masyarakat yang dikaji, di samping menggunakan pelbagai pendekatan atau kaedah kajian dalam mengukuhkan dimensi kebahagiaan masyarakat tersebut (misalnya kajian Cummins, 2006; Dayton et al., 2001, Kim et al., 2007; Ku et al., 2008; lihat Bahagian 2.3).

Dengan menggunakan kaedah temu bual semi berstruktur sebagai pengukuhan dimensi kebahagiaan masyarakat Melayu, keputusan Kajian 2 telah menunjukkan dimensi-dimensi kebahagiaan yang diperoleh berpadanan dengan dapatan Kajian 1 (sila rujuk Bahagian 3.3) dan tiada dimensi baru yang ditemui dalam kajian lanjutan ini. Hal ini bukan suatu yang mengejutkan kerana Dayton et al. (2001) turut menunjukkan dapatan yang selari apabila menggunakan dua kaedah pengumpulan data yang berlainan (temubual semi berstruktur dan kumpulan fokus) dalam menerangkan kebahagiaan masyarakat Thailand. Boleh jadi keputusan yang konsisten ini juga berkait dengan

University

pemilihan responden kajian. Kim et al. (2007) telah menggunakan responden dewasa dalam kajian lanjutan disebabkan sampel pelajar kurang komprehensif dalam menerangkan kebahagiaan masyarakat Korea Selatan. Keputusan kajian mereka mendapati terdapat perbezaan dimensi kebahagiaan akibat daripada responden yang berlainan. Kajian Dayton et al. (2008) pula melibatkan responden yang sama umur dalam kedua-dua pengumpulan data dan keputusan yang ditunjukkan adalah selari (lihat Bahagian 1.3.1.2). Dilihat kepada kajian-kajian kuantitatif pula perbezaan kebahagiaan berdasarkan peringkat umur turut dilaporkan (Bishop, 2006; Horley & Lavery, 1995; Khairudin, 2009; Shmotkin, 1990). Hal ini menunjukkan pemilihan responden yang berbeza memberi implikasi dalam menafsir atau mendefinisi kebahagiaan. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa dimensi-dimensi yang ditemui adalah konsisten dan memberi sumbangan kepada kebahagiaan masyarakat Melayu (huraian secara terperinci setiap satu dimensi dalam Bahagian 3.4)

Penentuan dimensi kebahagiaan sebenarnya bergantung kepada cara dan kreativiti penyelidik mengkategorikan kenyataan-kenyataan yang dilontarkan oleh responden atau masyarakat yang dikaji. Misalnya, Cummins (1996) telah menemui sebanyak 351 dimensi kebahagiaan dan kemudiannya diasingkan menjadi 7 dimensi khusus (lihat Bahagian 1.3.1). Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Anggoro dan Widhiarso (2010) yang pada asalnya memperoleh 8 dimensi dan akhirnya hanya menemukan 4 dimensi utama sahaja (lihat Bahagian 1.3.1.2.2). Dengan itu, tidak hairan sekiranya dimensi kebahagiaan ada yang mendapati dua dimensi, enam dimensi, 14 dimensi dan sebagainya (Dayton et al., 2001; Hills & Argyle, 2002; Jaafar et al., 2009; Jongudomkarn & Camfield, 2006; Kim et al., 2007; Ku et al., 2008; Lee et al., 1999; Lu & Shih, 1997; Ryff, 1989; Santos, 2009; lihat Bahagian 1.3.1). Hal ini menunjukkan

University

nilai-nilai tradisi dan fahaman agama masyarakat yang dinilai. Begitu juga dimensi kebahagiaan yang ditemui dalam masyarakat Melayu (12 dimensi) adalah hasil daripada perbincangan pengkaji dengan ahli-ahli psikologi yang lain. Bukan kebahagiaan sahaja yang dilihat berdasarkan dimensi, malah pengkelasan dimensi turut berlaku ke atas aspek lain seperti personaliti (extroversion, neuroticism, openness, agreeableness, dan conscientiousness), motivasi (intrinsik dan ektrinsik), sokongan sosial (emosi, maklumat, sosial dan instrumental), konsep kendiri (keluarga, fizikal, sosial, peribadi dan moral-etika) dan sebagainya. Dengan adanya dimensi ini, penyelidik mudah meneroka sesuatu fenomena atau isu dengan lebih mendalam lagi. Tambahan pula, melihat kebahagiaan secara objektif, hasilnya turut dirasai secara subjektif.

Boleh dikatakan dimensi kebahagiaan yang diperoleh dalam kalangan orang Melayu (kajian ini) bukanlah dimensi yang unik (khas atau spesifik untuk orang Melayu sahaja), malah dimensi-dimensi tersebut turut dirasai dan boleh ditemui dalam masyarakat lain (lihat Bahagian 1.3 dan 3.4). Kajian silang budaya yang dijalankan oleh Lee et al. (1999) mendapati masyarakat Korea Selatan dan Kanada berkongsi dimensi yang sama tetapi keutamaan setiap dimensi berbeza antara kedua-dua masyarakat. Cummins et al. (2003) pula mendapati dua dimensi (keselamatan dan spiritual atau agama) tidak menyumbang kepada kebahagiaan masyarakat Australia. Tetapi kedua-dua dimensi tersebut menyumbang dalam kebahagiaan masyarakat Algeria (Tiliouine, 2009) dan China (Nielsen et al., 2010). Hal ini menjelaskan bahawa setiap dimensi mempunyai peluang dalam menyalurkan kebahagiaan. Sejauh mana dimensi itu memberi impak kepada kebahagiaan sesebuah masyarakat, bergantung kepada kekuatan nilai-nilai tradisi dan agama yang diamalkan (lihat Bahagian 1.2). Nampaknya, keunikan dimensi kebahagiaan terletak kepada nilai-nilai tradisi dan agama

University

yang dianuti yang menjadikan ianya berbeza dengan masyarakat lain (lihat Bahagian 1.2, Bahagian 1.3 dan Bahagian 3.4).

4.4.2 Keutamaan Dimensi Kebahagiaan

Merujuk kepada Bahagian 1.3, telah dijelaskan bahawa keutamaan kebahagiaan berdasarkan dimensi telah ditemui dalam beberapa masyarakat. Misalnya, Kim et al. (2007) mendapati hubungan dengan anak memberikan kebahagiaan yang paling utama kepada masyarakat Korea Selatan, diikuti dengan hubungan dengan ibubapa dan adik-beradik, hubungan dengan pasangan, hubungan dengan orang lain, kewangan (duit), kesihatan dan sebagainya. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Santos (2009) yang telah menemui dimensi kebahagiaan paling utama masyarakat Filipina adalah keluarga, diikuti oleh rakan-rakan, pencapaian, aktiviti masa lapang dan melancong, harta benda dan lain-lain. Semua ini menunjukkan bahawa setiap dimensi yang ditemui mempunyai keutamaan yang berbeza dalam kebahagiaan sesebuah masyarakat.

Keputusan kajian telah menunjukkan daripada 12 dimensi yang ditemui, hubungan kekeluargaan memberi sumbangan utama dalam kebahagiaan masyarakat Melayu (lihat Bahagian 4.3.2). Ini diikuti dengan dimensi taraf hidup, bersikap positif, aktiviti masa lapang dan hubungan baik dengan orang lain. Kesemua dimensi yang dinyatakan adalah antara lima dimensi teratas yang menyumbang kepada kebahagiaan masyarakat Melayu keseluruhan (sila rujuk Jadual 4.3). Dimensi-dimensi yang lain (ilmu pengetahuan, penerimaan/redha, agama, pencapaian dalam hidup, kesihatan, persekitaran harmoni dan autonomi) bukanlah tidak menyumbang kepada kebahagiaan

University

segelintir responden yang bersetuju dimensi-dimensi tersebut bermakna dalam kebahagiaan hidup mereka. Kajian ini akan membincangkan dengan terperinci lima dimensi yang terpenting.

Bahagian 3.4.1, telah menyatakan bahawa hubungan kekeluargaan orang Melayu berteraskan emosi dan pertalian darah antara ahli. Ia bertujuan menjaga hak dan tanggungjawab bersama. Segala keperluan yang individu perlu adalah bermula dari keluarga seperti keperluan fizikal, perlindungan, berpeluang untuk bekerjasama dari segi ekonomi, memperoleh pendidikan, latihan dan kemahiran, mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nilai dan kawalan tingkah laku, di samping menerima dan memberikan kemesraan, kasih sayang serta sokongan moral di antara ahli (Fatimah, 1995). Kajian ini bersetuju dengan Yaacob (1993) yang telah menyatakan bahawa hubungan pertama yang dijalin oleh individu Melayu dalam masyarakat bermula dari hubungan kekeluargaan (huraian lanjut lihat Bahagian 3.4.1). Jelas menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan menjadikan individu Melayu kenal alam sekeliling sebelum pergi kepada hubungan yang lebih luas.

Kehidupan keluarga Melayu bersesuaian dengan prinsip Islam yang mengajar masyarakatnya meneladani ibu bapa dan keluarga dengan baik, penuh kasih sayang, menghormati mereka dengan menunjukkan tingkah laku-tingkah laku sopan dan baik budi, dan ini membolehkan individu mendapat jaminan kebahagiaan di dunia dan akhirat (H. Abu Bakar, 1979). Maka, dapat disimpulkan bahawa keluarga adalah sumber rujukan utama dalam membentuk kehidupan dan memberikan kebahagiaan dalam hidup masyarakat Melayu. Oleh itu, tidak hairan apabila sebanyak 86.67 peratus responden kajian melaporkan yang keluarga adalah perkara utama yang membawa

University