• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB III: KONSEP KETAATAN RAKYAT TERHADAP PEMIMPIN DI MALAYSIA

4.2. Kedudukan Malaysia Pada Pandangan Islam

4.2.2. Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

Sebagai sebuah negara yang telah dijajah selama beberapa abad oleh penjajah barat, dan sebagai sebuah negara common law226, Malaysia banyak dipengaruhi oleh

fahaman sekularisme227 yang memisahkan antara pemerintahan dan agama serta fahaman nasionalisme sebagaimana kebanyakan negara moden hari ini228. Ini jelas dinyatakan di dalam Kertas Putih ketika usaha untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan bahawa peruntukan mengenai Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menjejaskan sifat sekular persekutuan229. Ini juga dapat dilihat di dalam isi kandungan Perlembagaan Malaysia apabila Agama Islam hanya memiliki peranan yang kecil dalam perlembagaan. Peruntukan bahawa “Agama Islam adalah agama bagi

225

Ghazali Mayudin (2006), “Demokrasi dan Pilihan raya di Malaysia”, dalam Ghazali Mayudin et al. (eds.), Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 55.

226

Merujuk kepada negara-negara yang sistem dan undang-undangnya dibentuk dan ditadbirkan mengikut cara England.

227

Suatu fahaman yang mahu memiliki kebebasan mutlak dalam merencana, menyusun dan melaksanakan dasar-dasar hidup manusia yang bebas dari sebarang pengaruh agama. Lihat Ustaz Abdul Basir Alias (2002), Ancaman Nasionalis Sekular Ekstrim di Malaysia. As-Syabab Media: Selangor, h. 15.

228

Ibid.

229

Abdul Aziz Bari (2005), Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Selangor: Intel Multimedia and Publication, h. 9.

114 persekutuan”230 tidak bermaksud untuk menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, tetapi hanyalah penerimaan Agama Islam sebagai agama rasmi dalam bentuk sebuah negara yang sekular231. Ia hanya membolehkan upacara-upacara rasmi diadakan mengikut adat-istiadat Islam sebagaimana yang dihuraikan oleh Tun Mohamed Suffian Hashim, bekas ketua hakim negara232. Lantaran itu, ia tidak melibatkan pemakaian undang-undang Islam di peringkat persekutuan233. Ini menyebabkan bidang kuasa undang-undang Islam di Malaysia sangat terhad234. Bahkan, bagi mengukuhkan perlembagaan yang digubal tersebut, ia secara jelas memperuntukkan bahawa perlembagaan ini adalah undang-undang yang tertinggi mengatasi undang-undang lain235, manakala segala undang-undang, dasar dan pentadbiran yang baru digubal perlulah berlandaskan atau tidak menyalahi perlembagaan ini.

Namun begitu, sifat sekularisme yang terkandung di dalam perlembagaan Malaysia ini tidak juga bermaksud bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, terutama di dalam pengertiannya yang sebenar. Ini kerana negara sekular dalam pengertiannya yang sebenar ialah sebuah negara yang tidak memberikan tempat dan pengiktirafan langsung kepada agama di dalam pemerintahan236 sebagaimana negara Amerika Syarikat. Para pemimpin di Malaysia juga tidak pernah mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan India237. Bahkan, parti UMNO sebagai komponen utama di dalam kerajaan yang memerintah semenjak merdeka sering melaung-laungkan bahawa mereka berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu dan Agama Islam serta melaksanakan Islam

230

Perlembagaan Malaysia: Perkara 3(1).

231

Mahmood Zuhdi Abd. Majid (1997), Pengantar Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 100.

232 Ibid., h. 101. 233 Ibid. 234 Ibid., h. 112. 235

Perlembagaan Malaysia, Perkara 4(1).

236

Abdul Aziz Bari (2001), Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 250.

237

115 dengan sebenar-benarnya238. Walaupun perlaksanaannya mungkin sedikit berbeza, namun sekurang-kurangnya Islam memiliki kedudukan yang lebih istimewa239 berbanding dengan agama-agama lain di dalam perlembagaan dan pemerintahan. Ini menafikan bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular walaupun terdapat sifat sekular di dalam perlembagaan.

Sesetengah orang melihat bahawa jalan penyelesaian untuk perlaksanaan Islam di Malaysia adalah dengan menukar sistem yang ada. Namun ini sebenarnya agak sukar kerana selain melihat kepada komposisi kaum dan agama yang ada di Malaysia, umat Islam juga tidak semua memahami dan bersedia untuk melaksanakannya. Sebenarnya terdapat satu lagi pilihan di dalam merealisasikan perlaksanaan Islam di Malaysia, iaitu dengan menggunakan kerangka sistem yang ada dan memanfaatkannya dengan cara yang bijaksana dan berkesan240. Bahkan, kemungkinan ini adalah lebih baik dan lebih berkesan iaitu dengan cara menerima Perlembagaan Malaysia secara positif, melaksanakannya dan menegakkan sistem Islam di dalamnya241.

Secara zahirnya, terdapat beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia yang memberikan hak dan keistimewaan kepada Agama Islam. Antaranya adalah peruntukan di dalam Perkara 3(1) yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, Perkara 11 yang menyatakan hak kebebasan beragama, Perkara 12(2) yang membenarkan penggunaan wang-wang awam untuk tujuan-tujuan Islam, Perkara 150(6A) yang mengecualikan undang-undang Islam daripada undang-undang darurat dan Perkara 121(1A) yang menyatakan kedudukan Mahkamah Syariah di dalam sistem perundangan. Peruntukan-peruntukan ini sebenarnya memberi ruang kepada pemerintah

238

Ghazi Ramli dan Aidit Ghazali (2001), Pemimpin Politik Berwibawa Pada Alaf Baru: Cabaran dan

Panduan, Kuala Lumpur: Akademi Iqra’, h. 277-292.

239

Ahmad bin Mohamed Ibrahim (1999), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia”, dalam Abdul Monir Yaacob (eds.), Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat

Majmuk, op.cit., h. 165.

240

Abdul Aziz Bari, Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, op.cit., h. 78.

241

Ahmad bin Mohamed Ibrahim (1999), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia”, dalam Abdul Monir Yaacob (eds.), Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat

116 untuk melaksanakan Islam secara lebih meluas242. Ini kerana selain menggunakan peruntukan-peruntukan yang sedia ada di dalam perlembagaan sebaik mungkin243, pindaan-pindaan juga boleh dilakukan dalam usaha perlaksanaan Islam ini244. Ini disebabkan perlembagaan Malaysia sebenarnya bukanlah terlalu rigid, tetapi bersifat fleksibel245. Bahkan, selain boleh dilakukan pindaan, perlembagaan juga boleh menerima banyak tafsiran sama ada berdasarkan niat pihak yang membuat perlembagaan ataupun berdasarkan konteks dan kandungan peruntukan tersebut246. Cuma peranan yang dimainkan oleh hakim-hakim di dalam banyak kes di mahkamah sebelum ini tidak banyak membantu dan memberi kelebihan kepada Islam247 walaupun kebanyakan hakim adalah dari kalangan umat Islam248. Begitu juga para pemimpin negara setakat ini tidak banyak membantu di dalam usaha memartabatkan Islam di dalam konteks perundangan dan perlembagaan sedangkan terdapat banyak ruang dan peluang yang membolehkan martabat Islam dipertingkatkan249.

Walaupun begitu, dengan wujudnya peruntukan-peruntukan tersebut di dalam perlembagaan yang memberikan hak dan keistimewaan kepada Agama Islam sebagai agama rasmi, kerajaan telah mewujudkan beberapa institusi Islam. Antaranya adalah majlis-majlis Agama dan dan jabatan-jabatan Agama Islam Negeri selain beberapa jawatan khusus seperti Mufti dan Hakim Syar‘i. Dalam sistem perundangan terdapat mahkamah khusus bagi umat Islam di dalam mengadili sebahagian kes-kes dengan

242

Sila rujuk Abdul Aziz Bari, Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, op.cit., h. 12-16.

243

Ibid., h. 82.

244

Ibid., h. 24.

245

Perlembagaan yang rigid merujuk kepada perlembagaan yang hanya boleh diubah setelah peraturan dan syarat tertentu dipatuhi. Perlembagaan yang fleksibel pula merujuk kepada perlembagaan yang boleh diubah dengan mudah tanpa mematuhi peraturan dan syarat-syarat tertentu. Lihat Abdul Aziz Bari,

Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, op.cit., h. 5. Lihat juga Abdul Aziz Bari, Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, op.cit., h. 88.

246

Abdul Aziz Bari, Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, op.cit., h. 17.

247 Ibid., h. 132. 248 Ibid., h. 88. 249 Ibid., h. 141-144.

117 berlandaskan syari‘at Islam iaitu Mahkamah Syari‘ah250. Bidang kuasa jenayah Mahkamah Syari‘ah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.251 Bidang kuasa ini dibuat semenjak tahun lima puluhan iaitu ketika Mahkamah Syari‘ah telah ditubuhkan.Walaubagaimanapun penggunaan Mahkamah Syari‘ah hanya terbatas bagi orang Islam sahaja dengan bidang kuasa yang sempit dan ia tidak mempunyai apa-apa kesan terhadap orang bukan Islam. Contohnya kes hadanah atau penjagaan anak yang

yang telah melibatkan salah seorang ibu atau bapa yang bukan Islam di mana ia tidak boleh dibicarakan dalam Mahkamah Syari‘ah. Sehingga kini beberapa perubahan telah berlaku dari masa ke semasa serta penyesuaian dibuat mengikut kehendak perlembagaan. Sekiranya terdapat yang bertentangan dengan perlembagaan, maka ia akan terbatal setakat mana berlakunya pertentangan tersebut252.

Selain itu, raja-raja dibenarkan bertindak mengikut budi bicara sendiri dalam manjalankan kuasa serta peranan sebagai ketua agama. Jika dilihat dari sudut hubungan Raja dengan kerajaan yang memerintah pula, dalam beberapa peruntukan, akta parlimen dan enakmen negeri, sultan dikehendaki menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri atau Menteri Besar253.

Ringkasnya, walaupun Malaysia tidak meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi, sebenarnya syari‘at Islam masih boleh dimartabatkan menggunakan sistem yang ada pada hari ini dengan melakukan sedikit pengubahsuaian di dalam Perlembagaan Malaysia yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahkamah Syari‘ah pula perlu dimartabatkan mengatasi Mahkamah Sivil yang ketika ini memiliki bidang kuasa yang jauh lebih besar. Inilah peranan yang harus dimainkan

250

Abdul Hamid Hj. Mohamad (2005), “Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia: Kesannya Kepada Pembangunan Negara”, dalam Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), h. 200.

251

Tun Muhamad Suffian bin Hashim (1976), An Introduction of Malaysia. Kuala Lumpur: Government Printer, h. 57.

252

Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengantar Undang-Undang Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1997, h. 173.

253

118 oleh para pemimpin Malaysia pada hari ini khususnya dalam usaha melaksanakan tanggungjawab terhadap agama dan umat Islam serta mendapatkan hak untuk ditaati oleh rakyat.